soalan 1

20
2.0 PERIHALKAN MASALAH YANG DIHADAPI DAN APLIKASI TEORi KAUNSELING YANG SESUAI 2.1 Kenalpasti Dan Perihalkan Masalah Yang Dihadapi oleh Hassan Hassan berasa gementar dan bimbang kerana ia beranggapan ‘Saya mesti mendapat markah tinggi dalam perbentangan ini kerana saya sentiasa mendapat markah tertinggi di sekolah sebelumnya’. Pada pendapat saya, saya kurang setuju atau pemikiranya tidak rasional atas menyebabkanya berasa gementar. Setiap individu menghadapi masalah terhadap sesuatu situasi dalam kehidupan mereka. Pelajar sekolah sentiasa mempunyai masalah dalam bidang pembelajarannya. Beberapa masalah bermula akibat daripada faktor tekanan. Faktor ini mengubah tingkah laku pelajar menjadi bermasalah. Pelajar bukan sahaja menunjukkan masalah tingkah laku, manakala kadang-kadang mereka mengalami masalah emosi seperti berasa takut, marah, bimbang, muram dan sebagainya. Oleh Page | 2 Hassan, seorang pelajar cemerlang yang baru berpindah ke sebuah sekolah elit di Bandar. Hassan mendapat giliran untuk membentang tugasan sejarahnya. Hassan berasa gementar dan bimbang kerana ia beranggapan ‘Saya mesti mendapat markah tinggi dalam perbentangan ini kerana saya sentiasa mendapat markah tertinggi di sekolah sebelumnya’. Berdasarkan aspirasi sistem pendidikan secara menyeluruh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Upload: sathis-menagah

Post on 14-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

bj

TRANSCRIPT

Page 1: soalan 1

2.0 PERIHALKAN MASALAH YANG DIHADAPI DAN APLIKASI TEORi

KAUNSELING YANG SESUAI

2.1 Kenalpasti Dan Perihalkan Masalah Yang Dihadapi oleh Hassan

Hassan berasa gementar dan bimbang kerana ia beranggapan ‘Saya mesti

mendapat markah tinggi dalam perbentangan ini kerana saya sentiasa mendapat

markah tertinggi di sekolah sebelumnya’. Pada pendapat saya, saya kurang setuju atau

pemikiranya tidak rasional atas menyebabkanya berasa gementar. Setiap individu

menghadapi masalah terhadap sesuatu situasi dalam kehidupan mereka. Pelajar

sekolah sentiasa mempunyai masalah dalam bidang pembelajarannya. Beberapa

masalah bermula akibat daripada faktor tekanan. Faktor ini mengubah tingkah laku

pelajar menjadi bermasalah. Pelajar bukan sahaja menunjukkan masalah tingkah laku,

manakala kadang-kadang mereka mengalami masalah emosi seperti berasa takut,

marah, bimbang, muram dan sebagainya. Oleh itu, masalah-masalah seperti berikut

perlu dibendung oleh seseorang guru bimbingan dan kaunseling supaya tidak mejadi

serius.

Sepertimana yang digambarkan, Hassan merupakan seorang pelajar yang

cemerlang yang telah berpindah ke sebuah sekolah elit di kawasan bandar. Di alam

sekolah yang baru, beliau mendapat giliran untuk membentangkan tugasan sejarahnya.

Hassan sentiasa mendapat markah yang tertinggi di sekolah sebelumnya. Hal ini

Page | 2

Hassan, seorang pelajar cemerlang yang baru berpindah ke sebuah sekolah elit di

Bandar. Hassan mendapat giliran untuk membentang tugasan sejarahnya. Hassan

berasa gementar dan bimbang kerana ia beranggapan ‘Saya mesti mendapat markah

tinggi dalam perbentangan ini kerana saya sentiasa mendapat markah tertinggi di

sekolah sebelumnya’. Berdasarkan aspirasi sistem pendidikan secara menyeluruh

dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015, Jelaskan bagaimana

anda sebagai seorang guru bombing akan membantu Hassan mengatasi perasaan

gementar dan bimbang yang timbul akibat pemikiran yang tidak rasional.

Page 2: soalan 1

menyebabkan Hassan berasa gementar dan bimbang yang timbul akibat daripada

pemikiran yang tidak rasional iaitu beliau beranggapan bahawa mesti mendapat markah

yang tertinggi dalam pembentangan ini seperti di sekolah dahulu. Hassan berasa

tertekan dengan keputusan yang akan diperolehi di sekolah elit di bandar. Saya

berpendapat bahawa tekanan merupakan faktor perasaan gementar dan bimbang yang

timbul dalam sanubarinya.

Menurut Dr. David B. Posen-Lifestyle counselor and Psychotherapist, tekanan

boleh didefinisikan sebagai satu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang

disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya. Terdapat dua jenis tekanan iaitu

‘austress’ tekanan positif dan ‘distress’ tekanan negatif. Tekanan positif pula, membantu

untuk berusaha mencapai sesuatu hasrat yang membawa kepada kejayaan. Manakala,

tekanan negatif akan memberi kesan yang buruk dalam perkembangan emosi dan

fizikal sesuatu individu. Apabila berlaku tekanan, seseorang itu berkelihatan risau,

mudah kecewa, sentiasa bimbang, marah, takut dann sebagainya.

Seperti dalam situasi Hassan, beliau berasa bimbang dan gementar akibat

daripada punca tekanan. Hal ini mengakibatkan Hassan hilang tumpuan, tidak boleh

berfikir dan susah untuk membuat sesuatu keputusan. Tambahan pula, beliau boleh

berlaku masalah kesihatan seperti penyakit. Kemungkinan besar akan berlaku tekanan

akibat daripada beberapa punca.

Pada pandangan saya, Hassan berasa tertekan akibat daripada faktor perasaan

ini. Sifat semula jadi setiap pelajar menginginkan pencapaian yang sangat tinggi

menyebabkan mereka berasa tertekan. Terdapat pelajar yang mempunyai matlamat

yang terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kemampuan mereka. Pelajar yang sentiasa

mendapat keputusan yang dipuji tentulah mereka mengharapkan keputusan yang lebih

tinggi dalam peperiksaan akan datang. Mereka akan mempunyai satu sifat "inferior" di

dalam diri mereka. Apabila mereka tidak dapat mencapai apa yang mereka cita-citakan

mereka yang berasa sangat tertekan.

Menurut Festinger (1957) dalam teorinya iaitu Teori Dissonance Kognitif, dilayari

daripada blog cikgu semasa: Murid Dan Alam Belajar, “Apabila terdapat ketidaktekalan

Page | 3

Page 3: soalan 1

antara sikap atau tingkah laku (dissonansi), sesuatu harus dilakukan untuk

mengurangkan dissonansi. Menurut beliau lagi, “ dissonansi ini berlaku dalam situasi

dimana individu terpaksa membuat pilihan antara dua, iaitu tindakan atau kepercayaan

yang bertentangan.” Penyataan ini adalah sangat sesuai untuk menyatakan masalah

yang dihadapi oleh Hassan. Sehubungan dengan itu, kaunselor yang

bertanggungjawab perlu mengambil tindakan dan laksanakan teknik yang sepatutnya

bagi menghapuskan tanggapan ini. Berdasarkan penyataan lain berhubung dengan

masalah ini adalah Teori Atribusi oleh Weiner(1979), yang menegaskan bahawa

menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika mereka memperoleh sesuatu yang

dinginkan.” Tambahan lagi, teori ini juga mengandungi teori efikasi kendiri, iaitu

penekanan ditumpukan kepada persepsi pelajar yang mempengaruhi cara mereka

mentafsir kejayaan atau kegagalan usahanya.

Oleh itu, gangguan yang sebegini haruslah dihapuskan dan sebagai kaunselor,

seseorang itu mesti melaksanakan langkah yang bersesuaian untuk membantu

Hassan. Hal ini juga ada dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

(PPPM), “system pendidikan akan mempersiapkan setiap murid supaya berani

menghadapi cabaran masa depan, menyelesaikan konflik secara aman, membuat

keputusan yang wajar dalam situasi kritikal, dan mempunyai keberanian melakukan apa

yang betul.

2.2 Teori kaunseling yang sesuai untuk membantu Hassan

Melalui kajian saya tentang teori-teori bimbingan dan

kaunseling, saya bercadang Teori Rasional Emotif

Behavioral Terapi (REBT) sebagai teori kaunseling yang

paling sesuai yang dapat membantu Hassan mencapai

potensi diri yang sepenuhnya. Teori Rasional Emotif Terapi

telah diasaskan oleh Albert Ellis. Teori ini terbina apabila

beliau mendapati bahawa teori Psikoanalisis yang dipelopori

oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk

pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau telah menggabungkan

terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-

Page | 4

Page 4: soalan 1

rasional (RET). Tambahan pula, Albert Ellis telah membina teori berasaskan kepada

kognitif tetapi selepas itu beliau telah meluaskan asas teorinya yang memasukkan

konsep tingkah laku dan emosi. Teori ini adalah satu usaha yang konsisten untuk

memperkenalkan pendekatan pemikiran logik dan proses kognitif di dalam kaunseling.

Dalam teori REBT beliau juga menyatakan bahawa terdapat lima komponen utama

dalam teori ini. Antaranya ialah, Activating Events, Irrational Beliefs, Undesirable

Consequences, Disputing Irrational Beliefs, and Cognitive Effects of Disputing.

Berdasarkan komponen di atas, maka boleh dikatakan bahawa bukan (A) yang

menyebabkan reaksi emosi yang boleh keterlaluan (C). sebaliknya, proses pemikiran

yang mengalah, negatif atau tidak rasional (B) yang menyebabkan berlakunya (C).

Dalam sesi kaunseling, klien diajar untuk melawan pemikiran-pemikiran tadi (D) dan

menjana kesan positif (E).

Pada pandangan saya, teori ini amat sesuai untuk mengatasi masalah Hassan.

Dalam teori REBT, Albert Ellis memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan,

penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan ini juga bercorak didaktif

atau mengajar, mengarah serta mengutamakan kepada pemikiran daripada

kepercayaan yang tidak rasional. Albert Ellis mempercaya bahawa manusia merupakan

makhluk yang rasional dan gangguan emosi adalah disebabkan oleh pemikiran yang

tidak rasional yang wujud dalam hidup seseorang yang telah dipelajari daripada ibu

bapa, kawan-kawan dan komuniti di persekitarannya.

Kepercayaan-kepercayaan yang tidak rasional ini boleh dikenalpasti sekiranya

individu itu mempunyai ciri-ciri utama seperti perasaan rendah diri dan malu yang

teramat (self-devaluation and awfulizing), kurang bersemangat, daya toleransi yang

lemah, terlalu menuntut (demandingness), mengalah serta menyalahkan orang lain

(deservingness and damnation) dan sebagainya. Dalam kajian kes ini, Hassan berasa

bimbang dan takut kerana dia membina satu perasaan yang tidak rasional bahawa dia

mesti mencapai keputusan yang tinggi seperti semasa di sekolah lama. Perasaan dan

fikiran negatif serta penolakan diri harus dilawan dengan cara berfikir yang rasional dan

logik, yang boleh diterima menurut akal sihat, serta menggunakan cara verbalisasi yang

rasional.

Page | 5

Page 5: soalan 1

3.0 Dua teknik kaunseling yang sesuai untuk membantu Hassan

Berdasarkan teori REBT, dalam bidang bimbingan dan kaunseling telah

menggunakan berbagai teknik bagi membantu para klien yang datang mendapatkan

perkhidmatan mereka. Teknik REBT boleh dibahagikan kepada tiga cabang utama iaitu

Teknik Kognitif, Teknik Emotif dan Teknik Tingkah Laku, setiap cabang mempunyai

teknik yang lebih khusus untuk dipraktikkan. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi

oleh Hassan, dua teknik yang saya dipilih ialah Teknik Emotif dan Teknik Kognitif.

Berdasarkan teknik emotif, terdapat lima kaedah iaitu ‘rational emotive imagery’,

‘humor’, role playing’, ‘shame-attacking’ dan ‘force and vigor’. Menurut Albert Ellis

(2001),”kaedah ‘rational emotive imagery’ merupakan satu bentuk latihan mental.

Teknik ini direka bentuk untuk membina corak emosi yang baru.” Berdasarkan

penyataan Ellis lagi, “klien membayangkan sendiri pemikiran, perasaan dan kelakuan

sama seperti dengan cara yang mereka inginkan dalam dunia reality,”

Dengan menggunakan teknik emotif ini, klien boleh ditunjukkan tentang cara

untuk bagaimana membayangkan salah satu perkara yang teruk serta yang mungkin

berlaku kepada diri, bagaimana merasa kecewa dengan situasi tersebut, bagaimana

perasaan pada situasi tersebut, dan seterusnya bagaimana mengubah pengalaman

tersebut kepada perkara negatif yang lebih sihat. Dalam fenomena ini, Hassan

menggunakan perasaan yang dialaminya untuk dijadikan sebagai pembakar diri,

sebagai satu langkah untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mendapat hasil yang

lebih baik dengan tidak mempedulikan tanggapan orang tentang apa yang orang lain

akan komen terhadapnya. Oleh itu, kaedah ini akan dapat membantu Hassan membuat

imaginasi terhadap sesuatu yang mungkin berlaku terhadap dirinya sekiranya dia

mengambil tindakan tertentu seperti tindakan semasa berfikiran tidak rasional.

Kaedah kedua yang berkaitan dengan masalah Hassan berdasarkan teknik ini

ialah kaedah ‘humor’. Kaedah ini merupakan gangguan emosi yang sering diakibatkan

oleh pemikiran tentang sesuatu kesalahan diri dengan terlalu serius seperti yang

dihadapi oleh Hassan. Kaedah ini secara jelasnya dapat memberi kesan yang baik

terhadap perubahan emosi Hassan sekiranya kaunselor menggunakan peluang dengan

Page | 6

Page 6: soalan 1

sebaik mungkin. Dalam situasi ini, sebagai kaunselor, saya menggunakan unsur jenaka

secara halus untuk mengubah kepercayaan tidak rasional tersebut. Contohnya,

‘pedulikan kata orang, awak nampak hebat dan segak semasa pembentangan nanti,

kata kaunselor kepada Hassan.’ Kaedah yang ketiga ialah ‘role playing’. Kaedah ini

melibatkan tindakan emosi dan tingkah laku klien. Klien perlu menunjukkan atau

memainkan keadaan di mana klien mempunyai keadaan kebimbangan, tekanan

ataupun kemurungan. Melibatkan tindakan emosi dan tingkahlaku klien. Kemudian,

kaunselor mengambil bahagian dengan memainkan peranan klien ataupun reverse

role-play sehinggalah klien menyedari dan dapat menerangkan semula bagaimana

pemikiran tidak rasional itu berlaku.

Oleh yang demikian, kaedah role-play ini boleh juga digunakan kepada Hassan

supaya menjadi lebih asertif apabila dia mendapati dirinya sukar bertindakbalas dengan

keadaan yang dibimbanginya. Kaedah role-play ini memberi peluang kepada Hassan

untuk mencuba mengeluarkan satu tingkah laku baru dalam situasi yang lebih selamat

sebelum digunakan di luar atau semasa sesi pembentangan bagi matapelajaran

Sejarah. Kaedah yang terakhir dalam teknik ini untuk dilaksanakan semasa sesi

kaunseling bersama Hassan ialah kaedah ‘force and vigor’. Melalui kaedah ini, Hassan

dapat dibantu dengan menukarkan proses intelektual kepada kefahaman emosi.

Perkara ini membawa maksud bahawa pemikiran atau tingkah laku negatif yang

dihasilkan adalah tidak rasional dan dengan kaedah ini Hassan akan mendapat

kefahaman emosi berhubung dengan masalah ini. Dalam langkah perlaksanaan kaedah

ini, kaunselor akan membantu Hassan berdialog dengan diri sendiri dan meluahkan

segala kepercayaan tidak rasional dan kemudian menghapuskan kepercayaan yang

tidak rasional ini dengan tegas.

Teknik yang kedua berdasarkan teori REBT adalah teknik kognitif. Teknik

kognitif ini melibatkan cara kaunselor mengajar klien tentang bagaimana berhadapan

dengan penyataan yang tidak rasional yang wujud dalam diri mereka supaya tidak

mempercayainya dan menghapuskan pemikiran atau kepercayaan yang timbul.

Tambahan lagi, perubahan cara berfikir klien juga turut memberikan impak yang besar

Page | 7

Page 7: soalan 1

dalam perubahan emosi dan tingkah laku klien.Berdasarkan teknik REBT yang telah

dipelopori oleh Albert Ellis ini terdapat empat kaedah perlaksanaan teknik ini iaitu

menyingkirkan kepercayaan tidak rasional, membuat tugasan kognitif, mengubah

penggunaan bahasa dan kaedah psikopendidikan.

Kaedah menyingkirkan kepercayaan tidak rasional ini melibatkan penglibatan

yang aktif daripada kaunselor dalam menyingkirkan kepercayaan tidak rasional seperti

yang dialami oleh Hassan. Dalam kes ini, kaunselor akan mengajar Hassan tentang

cara bagaimana untuk menyingkirkan kepercayaan tersebut. Sehubungan dengan itu

juga, kaunselor akan bertindak untuk mengarah klien untuk membuktikan mengapa dia

harus berasakan dirinya teruk jika sesuatu yang dilakukannya tidak berjaya. Berhubung

dengan perkara ini, kaunselor bertindak dalam mencabar kepercayaan Hassan dengan

mempersoal pemikiran tidak rasionalnya dan cabaran ini akan digantikan dengan

pemikiran baru yang lebih rasional. Konfrontasi atau tindakan yang baik mampu

menyerang pemikiran yang tidak rasional dan akan membuatkan Hassan menyedari

akan keadaan tersebut.

Kaedah kedua pula ialah kaedah membuat tugasan kognitif. Kaedah ini

membolehkan klien melakukan tugasan kognitif yang membina berhubung dengan

masalah dan isu kepercayaan yang klien timbulkan. Terdapat satu cara melalui kaedah

ini dalam membantu klien iaitu kaunselor memberi bantuan kepada klien dalam melihat

dan menyedari penyataan “mesti” dan “harus” yang dipegangnya. Kemudian, klien akan

mengubah penyataan tersebut menjadi lebih positif dengan tugasan praktikal klien

seperti klien berfikiran bahawa dia harus melakukan sesuatu perkara dengan sebaik

mungkin dan mesti dia akan mendapat keputusan atau markah yang terbaik.

Walaubagaimanapun, bagi klien yang mempunyai pemikiran yang tidak rasional, klien

sering meletakkan sifat negatif itu ke dalam situasi kehidupannya. Sebagai contoh,

dahulunya klien berada dalam persekitaran rakan yang agak lemah atau sederhana

dalam akademik. Apabila tiba di sekolah baru, rakan-rakan sekelasnya yang lain

memperolehi keputusan yang lebih baik darinya.

Page | 8

Page 8: soalan 1

Jadi, situasi baru ini akan menyebabkan pemikiran tidak rasional klien akan

terbawa-bawa dalam kehidupan sehariannya terutama ketika menjalani sesi

persekolahan walaupun masih lagi ada rakannya yang lain peroleh keputusan yang

sama atau sedikit rendah darinya. Situasi yang digambarkan di atas turut berlaku

terhadap klien yang bernama Hassan. Bagi mengatasi masalah ini, kaunselor boleh

memberikan tugasan kepada Hassan untuk cuba melakukan tindakan tertentu dalam

situasi nyata bagi mengukuhkan sifat positif Hassan seperti kaunselor melaksanakan

simulasi sesi kaunseling berkelompok dengan mengadakan aktiviti pembentangan oleh

murid lain dan setelah selesai sesi tersebut, Hassan akan tunggu sementara waktu dan

kaunselor meminta murid tersebut memberikan komen atau pandangan sepanjang

perkara yang berlaku semasa sesi pembentangan dijalankan.

Contoh soalan yang boleh ditanya ialah :-

a. bagaimanakah dengan sesi pembentang oleh rakan kamu ada?

b. bagaimanakah reaksi yang telah ditunjukkan oleh rakan kamu tadi?

c. adakah semuanya dalam keadaan baik atau kekecewaan?

Kaedah seterusnya, penggunaan bahasa yang tidak tepat merupakan salah satu

penyebab berlakunya perubahan proses pemikiran, termasuk pemikiran tidak rasional.

Penyataan seperti “mesti” dan “harus” ataun “sepatutnya” boleh diubah oleh klien

dengan pilihan yang lebih baik. Kemudian, klien akan mengubah penyataan tersebut

menjadi lebih positif dengan tugasan praktikal klien. Kaunselor boleh menggunakan

penyataan ini dalam sesi kaunseling dengan Hassan untuk mengubah kepercayaan

tidak rasional. Kaedah terakhir ialah menggunakan kaedah psikopendidikan di mana

kaedah ini berunsurkan pendidikan merupakan kaedah yang sesuai dalam proses

pengajaran kepada klien. Kaunselor mengambil peranan lebih aktif, kaunselor boleh

berbincang serta menunjukkan sesuatu kepada Hassan seperti ketidaklogikan dan cara

praktis tertentu.

Page | 9

Page 9: soalan 1

4.0 Kemahiran – kemahiran asas kaunseling

Langkah utama bagi menjadi seorang kaunselor yang baik ialah dengan

menguasai serta mengaplikasi beberapa kemahiran asas bimbingan dan kaunseling.

Kecekapan dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas ini akan membolehkan

seseorang kaunselor melaksanakan langkah yang berkesan semasa melaksanakan

sesi kaunseling. Tambahan lagi, penguasaan terhadap kemahiran ini akan memberikan

input yang berguna buat kaunselor ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam

keadaan gelisah, ketika menghadapi masalah serta yang berada dalam keadaan

ketidakseimbangan emosi dan psikologi.

Beberapa kemahiran - kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh seseorang

kaunselor termasuklah kemahiran membina hubungan, kemahiran mendengar,

kemahiran menggalakkan klien bercakap, kemahiran menyoal, kemahiran

berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran meneroka,

keamhiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan kemahiran mengetahui

teori-teori dan teknik-teknik kaunseling. Bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh

Hassan, beberapa kemahiran asas kaunseling telah saya pilih bagi proses

perlaksanaan sesi bimbingan dan kaunseling iaitu:

4.1 Kemahiran membina hubungan

Perlaksanaan sesi bimbingan dan kaunseling adalah berkait rapat dengan

perhubungan di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang menghadapi masalah

atau meminta bantuan kaunselor dalam mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka

baik dari segi kegelisahan, ketakutan atau sebagainya. Sehubungan dengan itu, bagi

mencapai objektif dengan berkesan, maka membina hubungan diantara kaunselor

dengan Hassan merupakan langkah utama yang sangat penting. Hal ini adalah kerana

hubungan kepercayaan tidak dapat diwujudkan dengan cara paksaan. Kemahiran

membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi

kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling

mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia

Page | 10

Page 10: soalan 1

berbincang. Tahap ini termasuklah kaunselor akan memberi perangsang kepada

Hassan agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif.

Contohnya, “ Hassan, cuba tenangkan diri, jangan rasa lemah kerana rasa tidak yakin

diri, Hassan perlu fikirkan secara baik. Adakah orang akan mengata kepada Hassan?

Tidak bukan. Hassan janganlah fikirkan perkara yang sebegini kerana Hassan dah cuba

sebaik mungkin dan jika terdapat kekurangan, Hassan boleh membetulkan kesilapan itu

untuk masa yang akan datang kerana cikgu dan rakan-rakan suka kepada orang yang

suka berusaha, kata kaunselor kepada Hassan.”

Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan

dan menunjukkan kemesraan. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran

asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk

berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan

kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling.

Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa Hassan menghadapi realiti

dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan

lisannya. Dalam erti kata lain, ia bertujuan untuk ketidakseimbangan kenyataan yang

diberikan oleh Hassan. Namun, kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan

kemahiran ini kerana sekiranya Hassan belum lagi bersedia menghadapi konfrontasi,

Hassan akan merasakan bahawa dirinya terancam. Ini adalah kerana Hassan mungkin

tidak faham bahawa konfrontasi yang dibuat sebenarnya bukan bersifat agresif dan

menentang, tetapi bertujuan untuk menyedarkan Hassan tentang ketidakseimbangan

kenyataan yang diberikannya.

4.2 Kemahiran mendengar

Penekanan utama ialah kepada kemahiran mendengar (listening), khusus

daripada aspek fizikal telinga dan aspek mendengar psikologikal, iaitu melalui hati,

perasaan dan pemerhatian. Seseorang kaunselor haruslah berusaha untuk

mempertingkatkan keupayaan mendengar yang berkesan. Dalam ke ini, kaunselor

perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada membalas percakapan

Hassan. Kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya

Page | 11

Page 11: soalan 1

untuk mendengar semua percakapan Hassan untuk memahami mesej klien dengan

lebih sempurna. Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut

dilihat dan didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut

memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu

pengucapannya itu.

Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan

perasaannya yang sebenar. Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran mental dan

fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa

ataupun sebaliknya. Oleh itu dikatakan proses mendengar melibatkan seluruh deria

yang terdapat pada diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang

diperkatakan, mata untuk melihat bagaimana gerak laku semasa perkataan atau ayat

dituturkan, hidung juga turut menghidu bau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala

deria sentuhan sebagai bersalaman dan sebagainya. Oleh yang demikian, amat penting

bagi kaunselor mendengar dan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi

suara mahupun tingkah laku bukan lisan klien.

Contoh kemahiran mendengar :-

Hassan : Saya berasa bimbang terhadap pembentangan tugasan sejarah ini.

Kaunselor : kenapa anda berasa bimbang terhadap pembentangan tersebut?

Hassan : Saya sentiasa mendapat markah tinggi di sekolah sebelumnya, oleh itu

saya juga mendapatkan yang terbaik di sekolah ini.

Kaunselor : Apa yang menyebabkan Hassan berasa gementar sedangkan Hassan

mendapat markah tinggi di sekolah sebelumnya

Page | 12

Page 12: soalan 1

4.3 Kemahiran menyoal

Kemahiran menyoal boleh menambahkan keupayaan kaunselor untuk

mengumpul maklumat dengan lebih spesifik. Ia membantu kaunselor memahami butir-

butir klien dengan lebih mendalam bagi membolehkannya membuat keputusan yang

tepat berdasarkan maklumat yang tepat itu. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah

berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya.

Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan

berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan. Soalan – soalan

yang ditanya kepada klien haruslah bersesuaian dengan tahap, mudah difahami dan

memudahkan klien untuk menjawabnya. Matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan

maklumat dengan cepat, mendapatkan maklumat lanjut dan akhir sekali untuk

mendapatkan kepastian. Di dalam sesi kaunseling terdapat dua bentuk soalan yang

dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan terbuka.

Contoh soalan tertutup:-

Contoh soalan terbuka :-

Page | 13

Kaunselor : adakah anda rasa berasa gementar dan bimbang atas disebabkan oleh

pembentangan tugasan Sejarah?

Hassan : ya.

Kaunselor : Mengapa Hassan berasa gementar dan bimbang untuk

membuat perbentangan tugasan sejarah?

Hassan : saya berasa bimbang kerana saya mesti mendapat markah

tinggi dalam pembentangan ini.

Page 13: soalan 1

4.4 Kemahiran parafrasa

Membuat parafrasa adalah penting untuk menunjukkan kaunselor mendengar

dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan

dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Parafrasa

ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien.

Matlamat utama ialah memudahkan penerokaan ke atas klien. Kemahiran

memparafrasa ini ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati

tingkah laku klien. Selain itu parasfrasa juga digunakan untuk membuat refleksi kepada

apa yang dikatakan oleh klien. Ia juga bagi memastikan yang kaunselor mendapat

mesej yang betul dari klien serta memberi peluang kepada klien mendengar kembali

apa yang dirasa dan dikatakannya. Sebagai contohnya :-

4.5 Kemahiran komunikasi

Proses komunikasi boleh berlaku melalui dua cara iaitu berbentuk lisan (verbal)

dan bukan lisan (non-verbal). Walaubagaimanapun, tujuan kedua-dua cara tersebut

adalah sama iaitu untuk menyampaikan sesuatu mesej, perasaan, idea dan fikiran dari

seseorang individu atau penyampai kepada individu lain atau disebut juga sebagai

penerima. Tanggungjawab sebagai kaunselor adalah perlu berusaha menguasai

kemahiran-kemahiran melayan dan berkomunikasi, memberi respons yang berkesan

dan mempertimbangkan bagaimana membentuk sesuatu keadaan atau situasi yang

kondusif. Kaunselor perlu menghormati, memuji budaya dan peka kepada adat resam

klien-kliennya yang berbeza dengan menggunakan perkataan, ekspresi yang tepat

supaya halangan sosial dapat dielakkan. Terdapat dua kemahiran komunikasi dalam

Page | 14

Hassan : ‘Saya mesti mendapat markah tinggi dalam perbentangan ini kerana saya

sentiasa mendapat markah tertinggi di sekolah sebelumnya’.

Kaunselor : Nampaknya, anda mesti membuat yang terbaik dalam pembentangan

ini.

Page 14: soalan 1

kaunseling iaitu komunikasi verbal dan bukan verbal. Komunikasi verbal di mana

kelancaran bahasa sangat penting semasa dalam sesi bimbingan dan kaunseling. Jika

seseorang kaunselor tidak mengamalkan kelancaran bahasa, kliennya mungkin berasa

kekeliruan ataupun maklumat tidak disampaikan dengan jelas.

Bahasa kaunselor mesti “konsisten” dengan segala tindakan beliau. Contohnya,

jika seorang kaunselor mengatakan, “ Saya sangat gembira untuk bercakap dengan

kamu”, nada suara beliau dan pergerakan badannya mesti menyampaikan suasana

positif tesebut semasa menerima kliennya. Dengan ini, kaunselor dapat mengenal pasti

masalah yang dihadapi oleh klien dan seterusnya merancang strategi untuk membantu

mengurangkan masalah yang dihadapi oleh klien. Keberkesanan komunikasi dapat juga

menunjukkan rasa hormat kaunselor terhadap klien dan ini akan menimbulkan rasa

dalam diri klien sebagai insan yang dihargai. Komunikasi bukan verbal di mana

menggunakan air muka untuk menyampaikan makna tertentu. Ia juga menunjukkan

gerakan sebagian anggota badan seperti mata dan tangan untuk berkomunikasi

berbagai makna serta efektif.

Contoh komunikasi verbal terhadap fenomena Hassan :-

Page | 15

Kaunselor : apa khabar hari ini?

Hassan : khabar baik.

Kaunselor : terima kasih kerana sudi datang untuk sesi kaunseling

Hassan : sama - -sama