soalan 1

2
SOALAN 1 : DEFINISI KAUNSELING DARI PELBAGAI SUDUT Bimbingan Kaunseling ini pada asasnya mempunyai pelbagai takrifan yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Setiap takrifan ini, dihuraikan oleh ahli-ahli psikologi ini mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), menjelaskan maksud bimbingan ialah perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Selain itu Othman Mohamed (2000) juga mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh orang yang menerima. Biasanya ia merujuk kepada menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya Takrifan kaunseling sering ditafsirkan sebagai satu bentuk nasihat. Namun ia bukan hanya nasihat semata-mata disebabkan wujunya unsur nasihat ini. Pada asasnya kaunseling berasal dari perkataan Inggeris iaitucounseling yang bermaksud menolong. Namun begitu terdapat pelbagai takrifan lain berkenaan dengan maksud kaunseling ini antaranya ialah Blocher (1974) merumuskan bahawa kaunseling ialah satu proses menolong individu mengenali diri sendiri dan cara berinteraksi dengan keadaan persekitarannya. Pada masa sama individu ini dapat memperkembangkan potensi diri untuk masa depannya. Kaunseling menurut takrifan Shertzer dan Stone (1968), membawa maksud proses interaksi seseorang individu dalam memahami diri sendiri serta keadaan sekelilingnya. Proses ini melibatkan penetapan matlamat dan nilai hidup yang dibentuk dan dijelaskan sehingga dapat mecapai keputusan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah satu keadaan dimana proses untuk membantu individu yang bermasalah, Krumboltz dan Thoreson (1976). Selain itu, ia juga merujuk kepada bagaimana membantu seseorang individu untuk menyelesaikan masalah personal, perasaan dan cara untuk membuat

Upload: georgina-lai

Post on 20-Nov-2015

224 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

SOALAN 1 : DEFINISI KAUNSELING DARI PELBAGAI SUDUT

Bimbingan Kaunseling ini pada asasnya mempunyai pelbagai takrifan yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Setiap takrifan ini, dihuraikan oleh ahli-ahli psikologi ini mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), menjelaskan maksud bimbingan ialah perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Selain itu Othman Mohamed (2000) juga mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh orang yang menerima. Biasanya ia merujuk kepada menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya

Takrifan kaunseling sering ditafsirkan sebagai satu bentuk nasihat. Namun ia bukan hanya nasihat semata-mata disebabkan wujunya unsur nasihat ini. Pada asasnya kaunseling berasal dari perkataan Inggeris iaitucounselingyang bermaksud menolong. Namun begitu terdapat pelbagai takrifan lain berkenaan dengan maksud kaunseling ini antaranya ialah Blocher (1974) merumuskan bahawa kaunseling ialah satu proses menolong individu mengenali diri sendiri dan cara berinteraksi dengan keadaan persekitarannya. Pada masa sama individu ini dapat memperkembangkan potensi diri untuk masa depannya. Kaunseling menurut takrifan Shertzer dan Stone (1968), membawa maksud proses interaksi seseorang individu dalam memahami diri sendiri serta keadaan sekelilingnya. Proses ini melibatkan penetapan matlamat dan nilai hidup yang dibentuk dan dijelaskan sehingga dapat mecapai keputusan yang wajar untuk masa depannya.

Kaunseling juga ialah satu keadaan dimana proses untuk membantu individu yang bermasalah, Krumboltz dan Thoreson (1976). Selain itu, ia juga merujuk kepada bagaimana membantu seseorang individu untuk menyelesaikan masalah personal, perasaan dan cara untuk membuat keputusan. Seterusnya kaunseling juga merupakan satu proses pertemuan secara interaktif iaitu bersemuka antara kaunselor dan klien sehingga berlaku perubahan pada diri klien tersebut, Patterson dan Eisenberg (1983). Oleh itu, maksud kaunseling dapat disimpulkan sebagai suatu proses bantuan secara profesional untuk bimbingan klien memahami dirinya dan suasana sekelilingnya. Bimbingan ini dilakukan sehingga kelihatan perubahan yang positif kepada klien tersebut.