soalan 1 (1)

Upload: hemachandaran-rathnakumar

Post on 13-Oct-2015

23 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

B CCCCNCCVXVXVXMXFXXXXZXDXZGDZDGZGC XXHFXXGXGFZXGKmzTFSM

TRANSCRIPT

JAYANTHY MADAIALLAGAN

JAYANTHY MADAIALLAGANRBT 3118

LAKARAN DAN PROTOTAIP

1) PENGENALAN PRODUK Reka bentuk dan teknologi merupakan sebuah matapelajaran yang membantu kita menghasilkan sesuatu produk bagi memenuhi kehendak dalam kehidupan harian kita. Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membekalkan kita dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi untuk menghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. Disini kita didedahkan kepada pengenalan kreativiti serta turut melakukan kajian reka bentuk dan kefungsian produk. Kita juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan. kayu dengan bahan kitar semula bukan logam serta penghasilan projek elektrik. Di samping itu, kita juga dapat melakukan kerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasa melakukan aktiviti turut diberi penekanan. Saya guru pelatih PISMP semester 4 diminta menghasilkan satu produk yang berasaskan kayu dan logam. Saya diminta memilh sebuah produk bagi mengatasi masalah yang saya hadapi ini. Pemilihan produk adalah mengikut kesesuain kepada masalah dan idea sendiri. Produk yang saya pilih itu adalah tempat meletak surat, memo dan menggantung kunci. Produk yang saya pilih itu mempunyai 2 jenis produk yang digabungkan dalam satu produk sahaja. Ini mempunyai dua kegunaan yang berbeza. Salah satunya adalah Produk A iaitu tempat meletakkan surat membantu kita meletakkan segala jenis surat ataupun memo ke dalam itu. Produk B pula mempunyai fungsi menggantungkan kunci kunci di tempat yang khas.

2) MASALAH Saya mempunyai seorang abang yang sibuk dengan kerjayanya sehingga tidak ada masa untuk meletakkan surat dan memo serta mengantung kunci kereta dan motor di tempat yang disediakan. Surat surat dan memo abang saya terima itu senantiasa berteraburan di seluruh rumah. Adik sepupu saya mengambil surat surat yang penting ini dan menconteng dengan pen. Malah, kunci kereta dan motor juga tidak dijumpai apabila memerlukannya kerana diletakkan seperti itu sahaja di atas meja yang terdapat di ruangtamu. Ini kerana adik sepupu saya senantiasa suka bermain dengan kunci ini dan terus membuang ke dalam longkang. Sekadarnya surat penting diperlukan kami ahli keluarga dimarah dan diminta mencarikannya sehingga dapat.

3) PENYELESAIAN MASALAH Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menyediakan satu peti meletakkan surat surat serta memo yang penting di tempat yang khas serta menggantung kunci di tempat yang disediakan supaya masalah ini tidak berulang lagi. Demikian itu, saya berfikir panjang dan membuat keputusan untuk menghasilkan produk meletakkan surat dan gantung kunci. Selepas perbincangan dengan rakan rakan bagi menyelesaikan masalah ini, tercetuslah beberapa idea bagi menyelesaikan masalah ini. Antara berikut:-a) Tempat meletak surat dengan alat tulis.b) Tempat penyimpanan surat yang boleh dilekatkan atau digantung pada dinding dan tempat tinggi supaya tidak diambil oleh kanak kanak serta kekal (peti besi) yang mempunyai kunci serta kod rahsia.c) Tempat menyimpan surat yang mempunyai kunci dan sensor. Apabila orang yang tidak berkenaan menyentuh peti suratnya alarm akan berbunyi.

4) MENGUMPULKAN DATA DAN MAKLUMAT. KAEDAH PEMERHATIAN Saya pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra untuk memerhati contoh contoh lakaran dan hasil kerja yang dihasilkan oleh para pelajar Kemahiran Hidup. Saya mendapat beberapa idea melalui hasilan produk pelajar pelajar itu untuk menyelesaikan masalah ini. KAEDAH LAWATAN Pada 30 Julai 2013, 2.00 petang saya membuat lawatan ke Hardware Shop yang terletak di Bandar Banting untuk mengenalpasti bahan- bahan yang sesuai untuk menyiapkan tugasan / projek ini. Selain itu, lawatan ini juga menjana minda serta idea bagi menghasilkan projek ini supaya hasil projek yang dihasilkan lebih berkualiti dan dengan kos yang lebih murah. SOAL SELIDIK Bagi mendapatkan idea- idea yang bernas dan baik yang dapat membantu penghasilan projek rekacipta ini, saya telah membuat soal selidik secara tidak formal terhadap rakan- rakan sekerja dan jiran-jiran berhampiran rumah saya. Saya didapati hampir 70 % ahli keluarga mengalami masalah yang sama dalam penyimpanan surat surat penting dan kunci. Mereka juga mengadu bahawa mereka sering dimarah oleh suami mereka untuk mencari surat surat dan memo yang tercicir itu.

5) MENGANALISIS MAKLUMAT

KEKUATANKELEMAHAN

Tidak memerlukan masa yang panjang. Papan tidak boleh kena air kerana ia boleh senang reput.

Kos rendah Tidak tahan muatan yang berat.(kunci yang banyak)

Bahan bahan senang didapati dalam pasaran.

Memerlukan tempat penyimpanan yang kecil sahaja.

6) PENCETUSAN IDEA Daripada beberapa produk yang saya menganalisasi saya memilih produk ini kerana ia memerlukan tempat letak yang kecil dan memenuhi keperluan produk. Proses penghasilannya senang dan tidak memerlukan luangan masa yang panjang. Oleh itu, saya memilih produk ini bagi menyelesaikan masalah saya ini.

7) BAHAN DAN ALATANa) Bahan

BILBAHANGAMBARKUANTITI

1Papan 1

2Kertas pasir2

3Paku Secukupnya

4Plywood1

5Hook3

6Varnis1

7PVC pipe

2

Alatan 1Tukul 1

2Berus Cat1

3Gergaji1

8) KOS

BAHANKUANTITIHARGA SEUNITJUMLAH

Papan 1RM 14.00RM 14.00

Kertas pasir2RM 1.00RM 2.00

PakuSecukupnyaRM 2.00RM 2.00

Plywood1RM 5.00RM 5.00

Hook3RM 1.00RM 1.00

Varnis 1RM 4.00RM 4.00

JUMLAH BESAR- RM 28.00

9) KAEDAH PENGHASILAN

I. Memilih produk yang bersesuain dengan masalah.II. Membuat lakaran berasaskan produk.III. Menyediakan bahan bahan dan peralatan yang betul.IV. Memotong papan mengikut ukuran.V. Menggosok papan dengan kertas pasir.VI. Memaku papan ikut lakaran.VII. Memasang hook di tempat yang betul.VIII. Mencat varnish.