slide pizza

22
PEMBANTU PENYEDIA ROTI L-100-1 PRODUCE PIZZA Disediakan Oleh, Muhammad Aizat Bin Sazani

Upload: aizatsazani1989

Post on 06-Jul-2015

489 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

PEMBANTU PENYEDIA ROTI

L-100-1PRODUCE PIZZA

Disediakan Oleh,

Muhammad Aizat Bin Sazani

PENGENALAN Perkataan ‘pizza’ bermaksud ‘sting’ atau ‘season’(perasa). Pizza sangat

popular di Itali dan berasal dari Naples. Pizza di itali bermaksud ‘pie’ iaitu

makanan yang unik.

Secara asasnya pizza merupakan doh roti yang dicanai sehingga nipis

dengan lapisan atasnya dilengkapi tomato puri , keju parmesan atau keju

monzarella dan perasa rempah serta bawang putih yang kemudiannya

dibakar didalam oven. Di sesetengah kawasan itali, pizza diperbuat daripada

pastri selain daripada doh roti yang mana merupakan hidangan ringan, tetapi

untuk Pizza Neapolitan, asasnya mestilah daripada doh roti.

Pizza Neapolitan adalah ‘pie’ yang dibakar atau tart yang di isi dengan

kombinasi bahan-bahan berperisa didalam sos tomato. Terdapat juga pizza

manis, pizza kosong, pizza jagung dan pizza goreng di seluruh itali.

Banyak pizza tradisional mengandungi cerita disebalik kewujudan sebagai contoh :

i. Margherita dicipta untuk Permaisuri Itali semasa beliau dan suaminya melawat

Naples pada tahun 1889.

ii. Don Raffaele Esposito berbanga untuk menunjukan keseniannya dengan

menyediakan pizza baru dengan inti istimewa dimana pizza ditaburi dengan keju

Monzarella untuk tetamu diraja.

Pizza mengabungkan 3 warna iaitu hijau mewakili capsicum / cili banggala, putih

untuk keju dan merah mewakili tomato puri.

Di Perancis, secara tradisi pizza disediakan daripada tart pastri rapuh (asas doh

pie) atau puff pastri yang dihias dengan tomato puri dan buah zaiton. Kebiasaan

pizza dihidangkan sebagai snek koktail.

Pizza dibakar didalam oven panas selama 15-20minit atau sehingga masak dan

keju yang ditabur mencair. Untuk hidangan, satu pizza kecil biasanya sesuai untuk

seorang, tetapi untuk pizza yang besar boleh dihidangkan untuk 4 orang, ternyata

pizza mempunyai pelbagai jenis dan saiz untuk dicuba.

DOH PIZZA Asas doh pizza ialah doh yang diperkaya dengan susu. Ia mungkin

dibuat daripada air yang boleh menjadikan ia lembut daripada doh

yang menggunakan susu. Tepung serbaguna boleh juga digunakan

kerana doh pizza tidak memerlukan tambahan struktur dimana boleh

diperolehi daripada doh roti.

Minyak zaitun memberikan doh lebih perisa berbanding mentega

cair. Sebaiknya buat doh pizza sehari awal supaya ia mempunyai

masa rehat doh yang tidak perlu dinaikkan / kembang (rest) dengan

segera, ia boleh disejukkan (refrigerated) segera selepas diuli.

BENTUK PIZZA Ada dua bentuk pizza:

Bentuk bulat / round (kaedah tradisional)

Bentuk empat segi / rectangular

KETEBALAN PIZZA Terdapat 2 jenis pizza dengan ketebalan yang berbeza :

Pembuat Pizza Neapolitan lebih mengemari pizza dengan

ketebalan 4-6mm dengan tebing yang dalam supaya dapat

mengisi taburan (topping) dengan lebih banyak.

Pembuat Pizza Romans lebih mengemari pizza yang leper

dengan ketebalan 3mm yang menyerupai biskut. Pizza

Romans lebih kering daripada Neapolitan dimana kuantiti

‘topping’ yang sedikit lebih mudah diserap oleh doh semasa

proses pembakaran.

PIZZA DIBAHAGIKAN

KEPADA 3 BAHAGIAN :

Asas / base

Inti / filling

Taburan / topping

Asas / BaseAsas base pizza biasanya daripada doh roti yang diperkaya

dengan minyak zaiton. Doh pizza dibentuk seperti yang

dikehendaki dan direhatkan sebelum ditambah sebarang

‘filling’ atau ‘topping’.

Inti / FillingTerdapat beberapa jenis inti untuk pizza. Sos tomato adalahsatu daripada inti yang penting didalam pizza. Sos diperkayadengan rempah itali seperti oregano, bay leave dan thyme. Inti lain yang digunakan ialah :

Daging :

Daging lembu yang dikisar

Ayam yang dipotong kiub

Makanan laut :

Udang

Tuna

Ikan bilis

Kepah

Sayuran :

Cendawan

Capsicum merah

Capsicum hijau

Bawang besar

Terung

Taburan / ToppingTaburan sangat penting didalam pembakaran pizza untuk

menampung inti dan menambah rasa. Keju Monzarella dan

Parmesan sesuai digunakan sebagai taburan kerana ia

seperti gam ‘bertali’. Apabila pizza dibakar, keju diatasnya

akan mencair. Pizza sesuai dimakan semasa ia masih panas.

BAHAN-BAHAN PIZZA TEPUNG

YIS

GARAM

CECAIR

MINYAK ZAITUN

PERALATAN-PERALATAN PIZZAPERALATAN-PERALATAN BESAR :

Spiral Mixer

Dough Divider

Baking Proofer

Baking Oven

Working Table

ALATAN-ALATAN KECIL :

Mixing Bowl

Hook

Digital Scale

Rolling Pin

Scaper

Roller Docker

Baking Tray

LANGKAH-LANGKAH

PENYEDIAAN

PERMULAAN PROSES

i. Pastikan segala peralatan bersih dan dalam keadaan baik.

PROSES MENGADUN DOH :

i. Masukkan semua bahan-bahan kering ke dalam mangkuk

adunan / mixing bowl dan uli selama 1minit.

ii. Kemudian campurkan bahan-bahan cecair dan uli

sehingga sebati.

PROSES MEREHATKAN DOH :

i. Bulatkan doh dan rehatkan ia selama 20minit dengan

ditutupi plastik wrapping atau kain yang lembab.

PROSES MEMBAHAGIKAN DOH :

i. Bahagikan doh kepada 60gram (sebiji).

ii. Canai doh menggunakan rollingpin.

iii. Letakkan doh yang sudah dicanai diatas baking tray.

iv. Buat lubang kecil menggunakan rollerdocker.

PROSES MENGHIAS PIZZA :

i. Sapu doh dengan sos pizza.

ii. Taburkan inti-inti.

iii. ‘Pipe’ doh dengan mayonis.

PROSES MEMBAKAR PIZZA :

i. Panaskan baking oven pada suhu 200°C.

ii. Rehatkan doh selama 1minit.

iii. Bakar doh selama 15-25minit.

HASIL PIZZA

i. Keluarkan doh daripada baking oven.

ii. Sejukkan doh selama 10minit sebelum dimakan.

TERIMA KASIH DIATAS TUMPUAN

DAN PERHATIAN YANG DIBERI