slide lestari

Upload: syirul-huda

Post on 19-Oct-2015

102 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

SEKOLAH LESTARI

TRANSCRIPT

PROGRAM SEKOLAH LESTARINAMA : SYIRUL HUDA BINTI RAMLINO K/P : 881114-12-5518KUMPULAN: JQAF 2EKURSUS: ASK2202W PENDIDIKAN ALAM SEKITARPENSYARAH: DR. NORMEE BINTI ABDUL RAHMAN

LATAR BELAKANGMerupakan program usahasama Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

LATAR BELAKANGProgram ini telah dilancarkan secara rasminya Oleh YB Dato Sri Hj Adenan Hj. Satem, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YB Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 27 Januari 2005. Bersempena dengan majlis tersebut, dua buah dokumen yang bertajuk "Asas Pembentukkan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar" dan "Garis panduan Pelaksanaan dan Penilaian Sekolah Lestari- Anugerah Alam Sekitar" telah dilancarkan bertujuan untuk membantu pelaksanaan damn penilaian program ini disekolah.LATAR BELAKANGDokumen ini bertujuan membantu pihak sekolah memperkukuh proses perlaksanaan pendidikan alam sekitar sedia ada. Elemen pendidikan alam sekitar dapat diterapkan pada kalangan guru dan pelajar secara tidak langsung dengan mengintergrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni alam sekitar dalam kurikulum dan kokurikulum.KOMPONEN SKOLAH LESTARITUJUAN SEKOLAH LESTARISekolah Lestari Bertujuan membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar aspek pengurusan , kurikulum, kokurikulum dan penghijauan.

Penglibatan warga sekolah dalam aktiviti sekolah lestari memberi peluang kepada mereka untuk mengamal, menghayati dan membudayakan ciri-ciri mesra alam di persekitaran sekolah, rumah, komuniti setempat, masyarakat dan negara.

KONSEP SEKOLAH LESTARISekolah Lestari berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan pihak swasta dan badan bukan kerajaan.

Konsep ini juga menitikberatkan pendekatan bersepadu dalam pengurusan, kurikulum, kokurikulum, dan penghijauan di sekolah. Sekolah Lestari adalah payung kepada aktiviti -aktiviti alam sekitar yang sedang dan akan dilaksanakan. Sekolah lestari merupakan pusat pembelajaran dan pengajaran yang dapat mempengaruhi warga sekolah dan masyarakat ke arah kehidupan yang lestari.

KONSEP B. Payung kepada Aktiviti Alam Sekitar

DEFINISI SEKOLAH LESTARIDEFINISI PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

OBJEKTIF SEKOLAH LESTARIPELAKSANAAN SEKOLAH LESTARI

PENILAIAN SEKOLAH LESTARI

AKTIVITI SK ALMA JAYA KE ARAH SEKOLAH LESTARI

AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKAN

MERCU TANDA SK ALMA JAYASebuah taman mini yang dibuat untuk menceriakan kawasan sekolah dengan menjadikan kereta api Bukit Bendera sebagai mercu tanda.

AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKANPAPAN CONGKAK DARIPADA BAHAN KITAR SEMULAPertandingan ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan kitar semula untuk menjaga alam sekitar.

AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKANKEMPEN KITAR SEMULAKempen kitar semula diadakan untuk menggalakkan murid mengetahui tentang barang-barang yang boleh dikitar semula sebagai kesedaran untuk menjaga alam sekitar. Barang-barang ini boleh dimasukkan ke dalam tong kitar semula yang disediakan di kawasan sekolah.

AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKANTAMAN NILAMTaman ini dibuat untuk mencantikkan kawasan sekolah dan juga sebagai kawasan rehat murid yang berkonsepkan taman agar murid boleh berehat sambil menikmati udara segar di sekolah.

AKTIVITI YANG TELAH DILAKSANAKANGOTONG ROYONG PERDANASetiap tahun sekolah akan mengadakan aktiviti gotong royong perdana untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan untuk menjaga kawasan sekolah khususnya dan menjaga alam sekitar amnya.

AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKANTAMAN HERBATaman ini akan diusahakan untuk dijadikan sebagai Taman Herba sempena dengan program keceriaan sekolah yang dikendalikan oleh unit Hal Ehwal Murid (HEM). Ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan herba tradisional dan penjagaan alam sekitar.

KESIMPULANKonsep sekolah lestari telah menggalakkan pihak sekolah untuk membuat pelbagai program yang berkonsepkan penjagaan alam sekitar.Ini memberi manfaat kepada sekolah di mana kawasan sekolah kelihatan lebih ceria dengan adanya taman-taman yang indah dan kebersihan sekolah lebih terjaga.Murid juga mendapat manfaat apabila dapat pendedahan awal mengenai kepentingan menjaga alam sekitar seperti mengamalkan kitar semula dan diberi tanggungjawab untuk menjaga taman-taman yang berada di sekitar kawasan sekolah.