skv vampire 10chaps 23 30

Upload: fajar-pakeer

Post on 04-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 23 30

    1/8

    Suamiku Vampire23

    4

    Lidya terasa pelik dengan telatah anak

    angkatnya, Zaran. Zaran merupakan anak

    kepada Shahril dan Syaza. Memandangkan

    anak itu begitu rapat dengannya, dia sudah meng-

    anggap anak itu seperti anaknya.

    Zaran tidak sudah-sudah membetulkan tudunglabuh yang dipakai Lidya. Kejap ke kanan dan kejap ke

    kiri.

    Sayang, jangan buat Mama Alya pening. Mama Alya

    rasa dah tak senget lagi, jelas Lidya kepada Zaran.

    Mama Alya kena nampak cantik dan kemas, jawab

    Zaran selamba.

    Eh, budak niBaru empat tahun dah pandai ya

    nasihat orang, bisik Lidya sendiri. Bibirnya sudah ter-

    hias dengan senyuman.

    Ya, Zaran. Baiklah. Sekarang mama Alya dah nam-

    pak cantik dan kemas? soal Lidya inginkan kepastian.

    Zaran memandang Lidya dengan wajah yang ber-

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 23 30

    2/8

    24Ria Natsumi

    kerut sambil meletakkan tangannya di bawah dagu

    seperti sedang memikirkan sesuatu. Barulah cantik

    Baru Zaran sayang Mama Alya, katanya dengan gem-bira sambil memeluk Lidya.

    Pelik. Lidya berkata perlahan, tapi dia yakin apa

    yang dikatanya itu mampu didengari oleh Syaza yang

    berada tidak jauh daripadanya.

    Anak aku dikatakan pelik Syaza mengomel

    tanda tidak puas hati.Lidya hanya tersenyum sahaja. Baiklah, Mama Alya

    nak gerak sekarang. Zaran doakan mama Alya ya?

    pinta Lidya.

    Zaran hanya mengangguk kepala.

    Wajah comel Zaran, dicium Lidya dan tangannya

    disalam Zaran. Lidya menghampiri Syaza, disalam ta-ngan Syaza.

    Akak doakan Alya berjaya, kata Syaza.

    Lidya hanya mengangguk sambil tersenyum.

    Lidya aLya!

    Lidya berdiri dan mula melangkah dengan menye-

    but nama Allah dalam hatinya. Dia duduk apabila

    disuruh. Dia memerhati keadaan bilik tersebut. Di ha-

    dapannya ada tiga orang lelaki. Ketiga-tiga lelaki itu

    masih muda dan mungkin sebaya dengannya.

    Kali pertama jumpa perempuan seperti anda yang

    datang untuk ditemu duga. Perkenalkan diri anda,

    pinta lelaki yang bersongkok sambil tersenyum lebar.

    Begitu juga dengan dua lelaki di sebelahnya.

    AssalamualaikumNama saya Lidya Alya. Saya se-

    orang anak tunggal dan ibu saya, ibu tunggal juga

    Dua-dua tunggal? potong salah seorang lelaki

    sambil ketawa.

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 23 30

    3/8

    Suamiku Vampire25Lidya hanya tersenyum. Tidak dipedulikan per-

    tanyaan lelaki itu. Dia kembali menyambung kata-

    katanya yang tergendala tadi. Saya tiada pengalamanbekerja. Saya mempunyai ijazah dalam bidang pema-

    saran. Sebelum ni saya belajar di UiTM Shah Alam

    Kenapa anda berminat untuk bekerja di sini? soal

    salah seorang lelaki daripada tiga daripada mereka.

    Memotong kata-kata Lidya.

    Aduh, aku nak jawab apa? Kenapa ya? Kenapa?Otak cuba berungsi.PleaseHati Lidya merintih. Ber-

    kira-kira mahu menjawab soalan yang ditanya. Dia

    memang cepat gelabah apabila disoal dengan me-

    ngejut. Dia tidak dapat berfkir dengan baik.

    Kenapa?

    EmmUntuk mencari pengalaman, jawab Lidyaringkas. Dia cuba tersenyum walaupun hatinya sudah

    tidak menentu debarnya.

    Baiklah. Cukup, itu aje. Pihak kami akan meng-

    hubungi anda jika berjaya mendapat jawatan ini. Anda

    boleh keluar, kata lelaki bersongkok itu tidak lepas

    memandang Lidya.

    Itu aje? soal Lidya. Dia berasa hairan kerana di-

    tanya soalan mudah dan sekejap sahaja.

    Anda mahu kami bertanya lagi?

    Taklah, tapi pelik, kata Lidya sambil bangun. Te-

    rima kasih. Assalamualaikum Lidya terus berlalu

    dan terus menuju ke li.

    Beberapa ketika menunggu, pintu li di hadapan

    Lidya terbuka. Kelihatan seorang lelaki bercermin

    mata gelap sedang berdiri tegak di dalamnya. Tiada

    tanda-tanda mahu memberi ruang kepadanya untuk

    masuk ke dalam li tersebut. Terpaksalah dia membo-

    loskan dirinya terus ke belakang lelaki tersebut.

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 23 30

    4/8

    26Ria Natsumi

    Awak datang sini buat apa?

    Lidya terkejut dengan pertanyaan daripada lelaki di

    hadapannya itu. Dia hanya mendiamkan diri. Apabila literbuka, cepat-cepat dia keluar, tetapi dihalang oleh

    lelaki itu. Akibat daripada itu, pintu li tertutup semula

    dan lelaki itu menekan butang ke tingkat atas. Tingkat

    yang paling tinggi.

    Saya cuma bertanya, takkan susah nak jawab kut?

    Saya datang sini untuk mohon kerja, jawab Lidya.Dia berasa gerun dengan sikap lelaki itu yang tiba-tiba

    bertindak sedemikian.

    Lelaki itu tersenyum. Makin lebar senyumannya.

    Lidya bagaikan pernah melihat lelaki di hadapannya

    itu. Lebih-lebih lagi apabila melihat senyuman itu. Tapi,

    ingatannya lemah. Sedikit pun tidak dapat membantuuntuk dia mengecam wajah itu.

    Lelaki itu menekan semula butang G. Lidya dipan-

    dangnya penuh minat. Suasana berubah sunyi. Hanya

    desah naas masing-masing sahaja yang kedengaran

    perlahan.

    Beberapa ketika berada dalam keadaan begitu, ak-

    hirnya Lidya dapat keluar dari li tersebut. Debaran

    hatinya memang tidak dapat digambarkan. Dia berasa

    takut. Takut dengan apa yang dilihatnya. Lelaki itu

    bagaikan ahli kongsi gelap. Pakaiannya serba hitam

    kecuali tali lehernya sahaja yang berwarna merah.

    Langkahnya diatur laju. Takut lelaki pelik itu akan

    mengekorinya.

    aLya! Tunggu! laung Adam. Dia menghalang Lidya

    dengan tubuhnya yang sasa.

    Lidya terhenti. Dia hanya menundukkan mukanya.

    Dia langsung tidak sangka sesi temu duganya yang

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 23 30

    5/8

    Suamiku Vampire27kedua ini akan menemukan dirinya dengan Adam,

    orang yang pernah berada dekat di hatinya sebelum

    ini. Juga orang yang telah menghancurkan hatinya.Alya panggil Adam yang makin menghampiri

    Lidya.

    Ustaz Adam, tolong jaga tingkah laku awak, kata

    Lidya. Mukanya masih ditundukkan.

    Maa, Alya. Adam mula menjarakkan dirinya.

    Jangan panggil nama itu lagi. Awak panggil ajesaya Lidya.

    Adam tersentak mendengarnya. Terpancar wajah

    kecewa pada raut wajahnya.

    Lidya tidak mempedulikan reaksi yang ditunjukkan

    Adam. Dia masih berlagak selamba. Seolah-olah keke-

    cewaan yang terpancar pada wajah Adam, tidak di-lihatnya.

    BaiklahLidya, awak apa khabar?

    Khabar baik. Kalau tak ada apa-apa lagi, saya pergi

    dulu, kata Lidya sambil berjalan. Dia tidak mahu lama-

    lama di situ.

    Boleh tak kita berbincang sekejap? pinta Adam.

    Lidya hanya mengangguk. Namun langkah tetap

    diatur menuju ke tempat letak kereta.

    Adam hanya mengikut langkah kaki Lidya. Dia ber-

    henti saat melihat Lidya sudah menyandarkan tubuh

    pada sisi kereta gadis itu.

    Suasana hening seketika. Masing-masing bagaikan

    mati kata untuk bersuara.

    Awak masih bencikan saya? soal Adam memecah

    suasana.

    Saya nak cakap satu perkara aje yang dah lama

    saya simpan dalam hati ni, kata Lidya sambil menunduk

    wajahnya. Dia menarik naas dengan perlahan-lahan

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 23 30

    6/8

    28Ria Natsumi

    untuk mengumpul sedikit kekuatan. Kenapa awak

    buat saya cemburu masa itu? Kalau awak suka dia, bagi

    tahu aje. SayaSaya akan cuba aham dan melepaskanawak untuk perempuan yang awak suka tu. Itu yang

    awak nak dan saya dah melakukannya, luah Lidya

    dengan mata yang sayu.

    Alya, tolong jangan cakap begitu. Adam masih

    memanggil dengan panggilan itu. Tidak mahu me-

    manggil dengan panggilan Lidya. Terasa janggal dibibirnya untuk menyebut nama itu.

    Adam, tolong dengar! Saya tahu, saya dah meluka-

    kan hati awak. Tapi, teruk sangatkah saya ni? Saya

    tinggalkan awak pun sebab terpaksa. Kalau masa itu

    awak tak tuduh saya macam-macam, semua ini tak

    akan berakhir begini. Memang saya yang minta putusdengan awak walaupun sebenarnya saya sendiri tak

    sanggup. Kalau itu yang terbaik untuk awak, saya akan

    lakukan. Ya. Apa yang saya lihat sekarang, keputusan

    saya putus dengan awak adalah terbaik untuk diri

    awak. Saya gembira lihat awak bahagia. Saya gembira.

    Mata Lidya mula berair, tetapi dia cuba menahannya

    daripada terus membasahi pipinya.

    Adam hanya menunjukkan wajah bersalah. Dia

    tidak menyangka yang Lidya akan merasa seperti itu.

    Saya masih ingat lagi, kalau saya nak bergambar

    dengan awak, awak selalu mengelak. Awak selalu tak

    beri peluang pada saya. Tapi kalau budak perempuan

    lain yang nak bergambar awak, awak tak kisah. Awak

    boleh tersenyum gembira sebelah mereka. Dengan

    saya, awak jadi lain sangat. Saya sedih. Saya tahu, saya

    tak sempurna untuk awak. Setiap hari saya tunggu

    awak. Tapi awak tak pernah ada. Saya hanya hidup

    dengan bayang-bayang awak saja. Saya tak mampu nak

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 23 30

    7/8

    Suamiku Vampire29reda dengan kepedihan hati ni untuk merelakan

    kepergian awak. Kenapa awak buat saya macam ni?

    Sekurang-kurangnya, cakaplah sesuatu. Saya nak tung-gu awak lagi, tetapi saya dah putus asa, kata Lidya

    sambil membuka pintu keretanya.

    Adam terkejut. Kaku dengan apa yang didengarinya

    tadi. Saat dia sedar, Lidya sudah berada di dalam kereta

    dengan enjin yang sudah dihidupkan.

    Saya harap awak dah menemui kebahagiaan yangawak cari selama ini. Terima kasih kerana menjemput

    saya datang ke majlis perkahwinan awak. Saya pergi

    dulu. Assalamualaikum Lidya terus memecut kerat-

    nya. Akhirnya, air matanya gugur juga.

    Lidyamenghampiri Umi Kalsom yang duduk di

    ruang tamu. Dilabuhkan duduknya di sebelah uminya.

    Umi, Alya setuju ajelah jadi guru tadika kawan umi

    tu. Walaupun Alya minat dalam bidang perniagaan,

    tapi rasanya bidang itu tak sesuai dengan penampilan

    Alyalah, kata Lidya dengan muka mencuka.

    Kenapa Alya? Umi Kalsom menggenggam tangan

    Lidya.

    Lidya melentokkan kepalanya di bahu uminya.

    Manja.

    Ada orang tegur pasal penampilan Alya. Rasa ter-

    cabar umi, tapi tak ada kekuatan nak melawan, jelas

    Lidya. Dia mendongak memandang Umi Kalsom.

    Tadi, semasa dia menunggu giliran untuk ditemu

    duga di syarikat yang pertama, dia ditergur oleh se-

    orang perempuan yang penampilannya agak terkini

    mengikut esyen-esyen sekarang.

    Penampilan begini pun boleh menceburi bidang

    pemasaran? Ada hati betul

  • 7/31/2019 SKV Vampire 10chaps 23 30

    8/8

    30Ria Natsumi

    Masih terngiang-ngiang bicara itu di cuping telinga

    Lidya. Panas sahaja hatinya mendengar.

    Kenapa pula nak tegur? Sayang bukan buat salah?Kenapa? Wanita yang penampilan seperti Alya tak

    boleh menceburi bidang perniagaan ke? Alya jangan

    cepat putus asa. Kalau Alya minat, teruskan aje. Tapi

    kena niat yang betul. Bidang macam tu banyak dugaan

    dan cubaan. Alya kena bijak menghadapinya, kata Umi

    Kalsom lembut.Lidya mengangguk tanda aham. Lega sedikit apa-

    bila mendengar kata-kata uminya.