himalaya range - · pdf fileipp 23 jumlah 293 statistik pelajar baru di jabatan perdagangan...

18
EDISI OKTOBER – DISEMBER 2014 HIMALAYA RANGE

Upload: phungthu

Post on 25-Mar-2018

238 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

EDISI OKTOBER – DISEMBER 2014

HIMALAYA

RANGE

Page 2: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

HIMALAYA RANGE: TSERKO RI (5088M) Tserko Ri Peak (5088m) merupakan salah satu puncak yang terdapat di Banjaran Himalaya. Kedudukannya yang terletak di Langtang National Park merupakan salah satu daripada 15 Taman Negara yang terdapat di Nepal. Kedudukan yang berhampiran dengan Tibet menyebabkan kawasan ini diketegorikan sebagai kawasan terkawal. Hanya mereka yang mempunyai permit sahaja dibenarkan memasuki kawasan ini.

18/11/2014 Hari pertama saya sampai di Kathmandu City telah disambut oleh kawan saya Saligram yang merupakan warga Nepal. Hari pertama dan kedua saya bermalam di Thamel Street. Thamel merupakan tempat tumpuan pendaki dari seluruh dunia. Kebanyakan mereka akan singgah di sini satu atau dua malam sebelum memulakan ekspedisi . Bagi saya di sini merupakan syurga bagi peminat barang-barang keperluan untuk mendaki kerana anda boleh membeli dengan harga yang sangat murah. Setelah kesemua kelengkapan mendaki siap dimasukkan ke dalam beg, tepat jam 8 pagi saya bergerak ke Syabrubensi yang mengambil masa selama 7 jam menaiki kereta pacuan empat roda untuk sampai ke sana. Syabrubensi merupakan perkampungan terpencil yang terletak di utara Nepal. Merupakan ‘starting point’ untuk mereka yang ingin meneroka Langtang National Park. Untuk sampai ke sini anda perlu melepasi lebih 10 pemeriksaan daripada polis dan askar. Sepanjang perjalanan anda akan disajikan dengan pemandangan yang sangat indah. Anda juga dapat merasai salah satu ‘most dangerous road’ yang terdapat di Nepal. Masa ini paras ‘adrenaline’ anda akan berada pada tahap paling tinggi. Keseronokan tidak dapat digambarkan dan hanya tuhan sahaja yang mengetahui.

21/11/2014 Saya memulakan pendakian dari Syabrubensi jam 8.30 pagi. Selepas melepasi pemeriksaan polis saya meneruskan perjalanan. Matlamat perjalanan hari ini ialah Lama Hotel iaitu ‘guest house’ yang dibangunkan oleh orang kampong di sini. Hari pertama pemandangan tidak terlalu menarik. Saya berjalan di laluan yang

22/11/2014 Perjalanan hari ini menuju ke Kyanjin Gompa yang mengambil masa 8 jam untuk sampai ke sama. Kyanjin Gompa merupakan perkampungan yang terakhir yang ada di sepanjang laluan Langtang National Park. Kedudukan yang terletak di bawah Kyanjin Ri menyajikan pemandangan yang sangat cantik. Dikelilingi oleh gunung yang mempunyai ketinggian melebihi 5000m. Subahanallah. Dari sini

Page 3: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

berlembah dan akan melintasi beberapa jambatan gantung. Sampai di Lama Hotel pada pukul 2 petang dan saya menginap satu malam di sana.

boleh nampak Langtang Peak, Lantang Lirung Peak, Puri Himal Peak, Yala Peak, Ghanna Peak dan lain-lain lagi. Suhu yang sangat sejuk dan hampir mencecah suhu di bawah paras beku.

23/11/2014 5.30 pagi matahari sudah memunculkan diri. Selepas selesai solat, saya bersiap untuk mendaki gunung Tserko Ri yang mengambil masa 5 jam mendaki untuk sampai ke puncak dan 3 jam turun semula ke Kyanjin Gompa. Tepat jam 7.30 pagi saya memulakan pendakian, disebabkan suhu mencecah - 15 darjah celcius saya terpaksa memakai 3 lapisan baju panas semasa mendaki. Keadaan menjadi sukar apabila berada di ketinggian 4600m keadaan muka bumi yang bersalji dan berbatu menyebabkan saya terpaksa berhati -hati untuk mengelakkan daripada terjatuh. Lebih teruk pada ketinggian 4800m saya terkena AMS (Altitude Mountain Sickness). Saya bersyukur kerana AMS saya tidak begitu teruk dan saya hanya mengalami pening kepala dan rasa loya. Selepas berehat dan minum air dengan banyak keadaan semakin pulih dan saya meneruskan perjalanan secara perlahan-lahan. Disebabkan udara terlalu nipis saya tidak boleh berjalan dgn laju. Setiap 20 langkah saya akan berhenti kerana terlalu penat. Ini merupakan perkara biasa bila berada di ketinggian melebihi 4800m. Alhamdulillah selepas 4 jam 30 minit mendaki saya berjaya sampai ke puncak Tserko Ri 5088m. Saya disambut oleh 3 orang pendaki Canada yang sampai lebih awal. Subahanallah. Itulah yang terungkap apabila saya melihat pemandangan Banjaran Himalaya yang memutih indah. Rasa macam nak naik kesemua puncak. Selepas 30 minit dan sudah puas bergambar saya pun turun semula ke Kanjin Gompa. Saya tidak menunggu lama dekat puncak kerana keadaan suhu yang sangat sejuk. Perjalan turun mengambil masa 3 jam, agak perlahan kerana perlu melalui kawasan berais. Seronok sebenarnya berjalan di atas ais, akhirnya merasa juga saya berada di gunung berais.

24/11/2014 Saya membatalkan rancangan untuk naik ke Kyanjin Ri di atas alasan keletihan. Jam 8.00 pagi saya meneruskan perjalanan ke Gosaikunda iaitu tasik yang terletak di atas Banjaran Himalaya.0 Selepas beberapa jam berjalan saya berhenti di ‘riverside’ (guesthouse) untuk makan tengahari. Di sini saya berkenalan dengan seorang pendaki dari Italy bernama Marco. Dia dalam perjalananan ke Sherpagaon, setelah mendapat tahu destinasi saya, Marco mencadangkan saya untuk pergi ke Sherpagaon kerana tempat tersebut lebih cantik dari Gosaikunda. Setelah berbincang dengan petunjuk jalan saya, kami pun bersetuju untuk ke Sherpagaon. Saya meneruskan perjalanan ke Rimche iaitu simpang ke Sherpagaon. Ternyata benar kata Marco laluan ke Sherpagaon tersangat sangat cantik. Dari mula sampai akhir saya berjalan di lereng gunung dengan keluasan trek hanya 1 langkah. Selepas sejam berjalan dari Rimche saya sampai di perkampungan Sherpagaon. Seronok dapat menikmati teh panas sambil melihat permandangan matahari terbenam yang sangat cantik.

Page 4: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

25/11/2014 Saya meneruskan perjalanan ke Syabrubensi dari Sherpagoan dan perjalanan mengambil masa selama 5 jam menurun. Rasa macam hendak menangis melihatkan pemandangan terlalu cantik! Selepas 5 jam saya sampai di Syabrubensi. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 10 hari saya berjaya memendekkan kepada 6 hari. Saya mengelak ‘acclimatisation’ selama 2 hari kerana saya tak mahu membuang masa.

26/11/2014 Bergerak balik ke Kathmandu dan menginap semalaman di Thamel.

27/11/2014 Seterusnya saya bergerak ke Pokhara yang terletak dalam 200km dari Bandar Kathmandu. Menaiki bas selama 7 jam untuk sampai ke Bandar Pokhara. Pokhara merupakan ‘starting point’ untuk mereka yang mahu pergi ke Annapurna Base Camp. Saya bermalam selama 4 hari di Pokhara dan melalukan bermacam-macam aktiviti seperti ‘mountain bike’, kayak, dan sebagainya dan seterusnya balik ke Kathmandu.

3/12/2014 Selepas 16 hari saya pun balik. Alhamdulillah perancangan selama setahun akhirnya membuahkan hasil. Tak terasa rugi langsung dengan jumlah duit yang saya keluarkan. Sebab dibalas dengan kepuasan yang tak terhingga dan dijamu dengan pemandangan yang sangat menakjubkan. Ini sahaja ringkasan perjalanan saya. Insyallah kalau ada rezeki akan pergi ke Everest Base Camp tahun depan atau dua tahun lagi (kalau nk sponsor amat dialu-alukan). Jika nak tahu cerita lebih lanjut boleh berjumpa saya. Insyaallah saya boleh cerita pengalaman 16 hari di Nepal secara solo. Akhir kata dari saya

Page 5: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

SELAMAT DATANG KEPADA

PELAJAR BARU JABATAN PERDAGANGAN

Seramai 293 pelajar baru telah mendaftar di Politeknik Nilai bagi mengikuti program-program yang ditawarkan di Jabatan Perdagangan. Jabatan Perdagangan mengucapkan selamat datang dan selamat belajar kepada semua pelajar baru Jabatan Perdagangan.

PROGRAM BILANGAN (ORANG) DIB 65 DEC 74 DLS 78 DRM 53 IPP 23 JUMLAH 293

Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 Nota: Sehingga 23 Dec 2014

PENDAFTARAN PELAJAR SENIOR JABATAN PERDAGANGAN

Seramai 599 pelajar senior Jabatan Perdagangan telah mendaftar di Politeknik Nilai pada 28 Disember 2014. Pendaftaran dilakukan di Dewan Seri Putra bermula 8.30pg hingga 12.30pg. Jabatan perdagangan mengucapkan selamat belajar kepada semua pelajar

PROGRAM JUMLAH SEMESTER DIB DEC DLS SEMESTER 2 83 48 55 186 SEMESTER 3 42 41 41 124 SEMESTER 4 LATIHAN INDUSTRI SEMESTER 5 50 28 26 104 SEMESTER 6 85 51 49 185 JUMLAH 260 168 171 599

JUMLAH PELAJAR JABATAN PEDAGANGAN SESI DIS 2014 = 892 orang (tidak termasuk pelajar praktikal)

Page 6: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

INDUSTRIAL VISIT TO ASEAN LOGISTICS AND SUPPLY CHAIN MANAGEMENT

Industrial visit to Asean Logistics And Supply Chain Management was held on 25 September 2014 to fullfill the requirement for

PL303 Supply Chain Management. This industrial visit involved all students DLS3 from class Supply Chain Management that was

conducted by Puan Siti Muyassarah Binti Abd Nasir.

Asean Logistics & Transport Show 2014 (ALTS2014), Malaysia Biggest official supply chain solution exhibition, closed after 3

successful days with exhibitors expressing intention to participate again next year to capture the multimillion supply chain

management market.

The Inaugural event attracted the world top manufacturers of warehousing equipment: SSI Schaefer, Prestar and Loscam, Forklift

such as Yale, Clark, Heli, Baoli and Chery. The debutant show is endorsed by the MOT, MOE, EUMCCI, SIRIM, ALC, FMFF and

several other leading trade and industry organization. ALTS2014 will cover 3 halls with more than 8,000 sq.m gross.

Page 7: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

CIDOS INSPIRING LEARNING AWARDS 2014

Cidos Inspiring Learning Awards 2014 adalah satu pertandingan yang ditelah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, Curriculum Development and Evaluation Section dan Center for eLearning and Teaching (CeLT ),. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Politeknik Malaysia. Politeknik Nilai telah menyertai dan memenangi tempat keempat bagi pertandingan eMICROCONTENT COMPETITION. Peserta bagi pertandingan ini ialah Yasmin Binti Kamaruzaman (23DEC12F2005) dan Siti Norbaizatul Binti Abd Nasir (23DEC12F2004). Penyelia projek tersebut adalah Puan Zauyah Binti Azman.

Page 8: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

OPEN CART FOR E- COMMERCE

Program DEC telah menganjurkan satu program perkongsian ilmu iaitu Open Cart for E-Commerce

pada 10 dan 11 Disember 2014 yang lepas. Program ini disertai oleh 28 orang pelajar semester 5

program DEC dan 2 orang pensyarah DEC. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan

dan kemahiran di dalam menggunakan open cart dalam web e-commerce. Selain itu, program ini

adalah untuk membolehkan para peserta mengaplikasikan open cart di dalam kursus yang dipelajari

iaitu PE 503 E-Commerce Solution. Program ini bertempat di makmal programing Politeknik Nilai.

Penceramah yang dijemput bagi memberi penerangan mengenai program ini adalah Encik Wan Mustafa bin

Wan Ali dari Ekadz Marketing Sdn. Bhd. Beliau adalah seorang pemilik perniagaan internet dan turut

menggunakan Open Cart untuk perniagaan beliau. Selain dari berkongsi ilmu penggunaan Open

Cart ini, beliau turut berkongsi serba sedikit pengalaman dan ilmu pemasaran perniagaan secara

online dengan para peserta program.

Page 9: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

Kursus/Seminar/Latihan Yang Dihadiri

oleh staf Jabatan Perdagangaan (Okt – Dis)

Kursus/Seminar/Latihan Yang Dihadiri Bilangan

Staf JP Bulan Tarikh

Asean Logistics Symposium Malaysia: The Next Asean Logistics Hub 2

Disember 10/12/2014 & 21/11/2014

Bengkel Belajar Berfikir Di Luar Kotak "Learn To Think Outside The Box (TOTB)" 1 02/12/2014

Research & Innovation Seminar In Education (Rise2014) 9

November 13/11/2014

Seminar Pengajar Kemahiran Malaysia 2014 2 11/11/2014

Taklimat Jelajah GST 19

Oktober

31/10/2014

Bengkel Penyelarasan MySPA 3 29/10/2014 & 30/10/2014

Kursus Pengurusan Kewangan 1 13/10/2014 – 16/10/2014

Bengkel Penulisan Artikel Ilmiah 1 01/10/2014 & 02/10/2014

Fikir-Fikirkan…….

Usia kehidupan di dunia amat singkat. Sentiasalah maksimumkan amalan kebaikan dan meminimakan amalan yang buruk sebelum kita dijemput pulang.

Puan Kamisah Salikin

Page 10: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

Program CSR Konsultasi Teknologi

Hidroponik NFT Politeknik Malaysia mendapat

sambutan memberangsangkan Politeknik Nilai telah berjaya melaksanakan

Program CSR Konsultansi Teknologi Hidroponik NFT pada 18 Oktober 2014 yang telah disertai oleh lebih daripada 200 orang peserta dari pelbagai organisasi dan institusi sekitar Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Hj. Hasim bin Rusdi , Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap ADUN kawasan Labu.

Program ini merupakan salah satu aktiviti perkongsian teknologi di mana pasukan Poly Agropreneur Hidroponik NFT Politeknik Nilai telah berkongsi

pengetahuan daan pengalaman secara teori dan praktikal tentang teknologi hidroponik NFT .kepada para peserta. Di samping itu peserta juga turut didedahkan dengan peluang-peluang perniagaan di dalam industri agro. Di antara organisasi yang terlibat di dalam program ini ialah Kolej Komuniti Rembau, IPGKPT

Peserta sedang didedahkan dengan aktiviti penuaian hasil tanaman berasakan teknologi hidroponik NFT

YB. Dato’ Hj. Hasim bin Rusdi sedang menyampaikan cenderamata kepada wakil organisasi yang menyerta terlibat

Page 11: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

POLY AGROPRENEUR HIDROPONIK NFT POLITEKNIK NILAI SERTAI MAHA

INTERNATIONAL 2014

Pasukan Poly Agropreneur Hidroponik NFT Politeknik Nilai telah menyertai MAHA International 2014 pada 20 – 30 November 2014 di MAEPS Serdang. Ini merupakan penyertaan kali ke-2 bagi Pasukan Poly Agropreneur Hidroponik NFT di dalam ekspo pertanian terbesar ini. Poly Agropreneur Hidroponik NFT telah bernaung di bawah nama Politeknik Malaysia yang terdiri daripada Politeknik Nilai, Politeknik Jeli, Politeknik Kota Bharu dan Politeknik Sandakan .

Seramai 12 orang pelajar dan 6 orang pensyarah telah terlibat menjayakan pameran Poly Agropreneur Hidroponik NFT pada MAHA kali ini yang telah berjaya mempromosikan teknologi hidroponik NFT dan juga memasarkan produk sayuran salad segar dan dan set hobi hidroponik NFT kepada orang ramai.

Penyertaan Poly Agropreneur Hidroponik NFT di dalam MAHA kali ini telah dapat memberikan peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan penjalankan projek hidroponik NFT tanaman sayuran terutamanya salad kepada orang ramai dan secara tidak langsung cuba mempromosikan produk yang sedia ada. Pelajar terbabit juga telah berpeluang menambah pengetahuan tentang teknologi pertanian moden yang dipamerkan oleh agensi dan organisai lain yang terlibat.

Page 12: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

RIBA Edited by: Suzana Binti Ithnain (Ketua Program DIB) Berikut ini disampaikan huraian tentang Riba dan jenis-jenis riba. Selamat membaca.. 1. Pengertian Riba Riba berasal dari bahasa Arab yang berarti tambahan (al-ziyadah), berkembang (an-numuw), meningkat (al-irtifa’), dan membesar (al-‘uluw). Dengan demikian, riba dapat diartikan sebagai pengambilan tambahan dalam transaksi pinjam meminjam, bahkan tambahan dalam transaksi jual beli yang dilakukan secara batil juga dapat dikatakan sebagai riba. Beberapa ulama memberikan definisi riba seperti berikut ini. a). Muhammad ibnu Abdullah ibnu al-Arabi al-Maliki, dalam kitab Ahkam al-Qur’an, (IBI,39), memberikan pengertian riba, yaitu secara bahasa adalah tambahan, namun yang dimaksud riba dalam al-Qur’an yaitu setiap penambahan yang diambil tanpa adanya suatu ‘iwad (penyeimbang/pengganti) yang dibenarkan syariah. b). Kemudian, Badr ad-Dien al-Ayni, dalam kitab Umdatul Qari, (IBI, 39), menjelaskan bahwa prinsip utama riba adalah penambahan. Menurut syariah riba berarti penambahan atas harta pokok tanpa adanya transaksi bisnis riil. c). Imam Sarakhsi, dalam kitab al-Mabsul, (IBI, 39), memberikan pengertian riba adalah tambahan yang disyaratkan dalam transaksi bisnis tanpa adanya ‘iwadh (padanan) yang dibenarkan syariah atas penambahan tersebut.

2. Jenis Riba Secara garis besar, riba diklasifikasikan menjadi dua kelompok, yaitu riba yang terjadi akibat utang-piutang dan riba yang terjadi akibat jual-beli. Berikut ini jenis riba dari dua kelompok riba tersebut, yaitu, riba nasi’ah dan riba fadhal.(Sabiq, 2007) 1. Riba Nasi’ah Riba nasi’ah adalah pertambahan bersyarat yang diterima oleh pemberi utang dari orang yang berutang karena penangguhan pembayaran. Jenis riba ini diharamkan oleh Al Qur’an, Sunnah, dan Ijma ‘ulama. 2. Riba Fadhal Riba fadhal adalah jual beli uang dengan uang atau barang pangan dengan barang pangan yang disertai tambahan (juga emas dengan emas, perak dengan perak). Dari Abu Said, Rasulullah SAW bersabda, “ Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum sama banyak dan sama-sama diserahkan dari tangan ke tangan. Barangsiapa yang menambahkan atau minta tambahan sungguh ia telah berbuat riba. Pengambil dan pemberi sama.” (HR Bukhari dan Ahmad)

RASAKU, KASIHKU ABADI

Edited by: Suzana binti Ithnain

PUDING KARAMEL 6 biji telur

80 gm gula kaster 25 gm tepung kastard 15 gm tepung jagung

410 ml susu cair 410 ml air

1 camca teh vanila 80 gm gula pasir

100 ml air

Cara membuatnya 1. Pukul telur dengan gula kaster hingga gula larut.

2. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung, kacau sebati. 3. Tuangkan susu, air dan vanila; kacau rata-rata.

4. Jerang gula dan air hingga menjadi gula hangus. 5. Tuangkan ke dalam acuan berukuran 22 cm yang sudah

dilengser dengan marjerin. 6. Tapiskan campuran telur ke atas gula hangus. 7. Kukus selama 35-40 minit atau hingga masak.

Kalau dibakar di dalam ketukar gunakan sistem double boiler. Dengan cara ini, puding akan masak dengan wap daripada air panas dan ketuhar sekaligus. Kalau dengan cara kukus, gunakan api sederhana perlahan dan perlu ditutup dengan kertas aluminium atau aluminium foil. Jangan ditutup ketat. Memadai dibentukkan seperti ‘bumbung’ untuk mengelakkan wap pengukus menitis ke atas puding dan merosakkannya. Bagaimana hendak mendapatkan puding karamel (jenis kukus) yang bertekstur halus? Caranya pukul telur dan gula sehingga gula larut. Ada dua cara untuk membuat gula perang. Pertama, jerang gula pasir hingga keperangan, ketepikan dari api kemudian tuangkan air. Kacau atas api perlahan hingga gula hangus tadi larut sepenuhnya. Kedua dengan menjerang air dan gula pasir di atas api sederhana. Kacau sekali-sekala hingga gula larut. Kemudian biarkan hingga campuran air gula pekat dan berbuih halus. Warnanya akan berubah dari kuning pucat ke perang keemasan. Segera angkat dan tuangkan ke dalam acuan atau tin berlengser marjerin. Kemudian baru dituangkan campuran telur yang lain.Jangan dibiar gula hangus terlalu lama di dalam periuk walaupun sudah diangkat dari api kerana ia akan terus hangus dengan kepanasan periuk hingga menyebabkan gula hangus tadi menjadi pahit

Page 13: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

Amalan Zikir Asmaul Husna (99 Nama-nama Allah) Oleh: Kamisah binti Salikin Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya suka untuk berkongsi tentang kelebihan zikir Asmaul Husna jika kita sentiasa mengamalkan. Semoga kita semua mendapat keberkatan dengan mengamalkan zikir ini.

Apabila berzikir dengan nama-nama Allah hendaklah dibaca dengan dimulai dengan perkataan Ya (Wahai). Contohnya: ar-Rahman menjadi Ya Rahman.

Allah:

Nama yang Maha Agung dan Mulia. Pemilik utama segala pujian. Di baca 5000x dengan khusyuk, tertib dan dengan kebersihan rohani untuk dekat dengan Allah setiap hari.

Ar Rahman (Maha Pengasih): 100x selesai solat 5 waktu, insyaAllah sesiapa yang membacanya akan menjadi seorang yang pengasih, terang hatinya dan tidak mudah menjadi pelupa.

Ar Rahim (Maha Penyayang): 100x setiap hari. InsyaAllah akan di jadikan orang tersebut penyayang dan di sayangi orang dan di beri kemudahan.

Al Malik (Maha Menguasai): 121x setiap hari selepas fajar, insyaAllah akan di kayakan Allah dengan bersebab atau dengan pintu yang di bukakan Allah.

Al Quddus (Maha Suci): 100x setiap hari setelah tergelincir matahari. InsyaAllah hari-harinya akan bersih dengan kesombongan, iri hati dan hasad dengki.

As Salaam (Maha Sejahtera): 160x setiap hari, insyaAllah penyakit yang di deritai akan sembuh atau bila di bacakan kepada pesakit akan sembuh selagi belum sampai ajal.

Al Mu'min (Maha Pemelihara Keamanan): 136x setiap hari insyaAllah akan aman diri dan hartanya daripada kejahatan.

Al Muhaimin (Maha Menjaga): Sebanyak-bayaknye setiap hari, insyaAllah akan sentiasa di awasi Allah dan di bersihkan zahir & batinnya. Juga bercahaya hatinya.

Al Aziz (Maha Mulia): 40x setiap hari selesai solat subuh selama 40 hari, insyaAllah akan di kurniakan Allah kekayaan dan di muliakan oleh Allah. Tidak akan dia mengharap atau berhajat sesuatu selain daripada Allah.

Al Jabbar (Maha Perkasa): 226x setiap pagi dan petang, insyaAllah tidak berdaya orang yang memusuhi untuk menganiayakannya. Akan tunduk mereka semua dengan pertolongan Allah.

Al Mutakabbir ( Maha Megah): 662x setiap hari, insyaAllah akan terlindung daripada musuh dan tunduk orang yang takabbur. Jika di baca saat bersama isteri, insyaAllah akan di kurniakan anak yang soleh dan sihat.

Al Khaliq (Maha Pencipta): 5000x insyaAllah akan di temui harta, kekasih atau keluarga yang hilang. Jika di baca di waktu malam Allah akan mengirimkan malaikat untuk membantu menempuh hidup di atas jalan yang benar.

Al Bari (Maha Membebaskan): 100x pada siang hari, insyaAllah akan terhindar dan selamat dari kesulitan dan kebinasaan.

Al Musawwir (Maha Pembentuk): 336x, insyaAllah segala perbuatan dan pekerjaannya akan menjadi baik.

Al Ghaffur (Maha Pengampun): 100x dalam keadaan menunggu solat Jumaat di dalam Masjid; dosa-dosa yang terdahulu akak diampun kan Allah SWT, insyaAllah.

Page 14: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

Al-Qahhar (Maha Pemaksa/Maha Menguasai): Di baca setiap malam secara terus-menerus sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan mendapat ketenangan batin dan bebas daripada kehidupan yang sukar.

Al-Wahhab (Maha Pemberi): 300x setiap hari atau selepas selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dan mendapat kekayaan, kehebatan dan kebesaran.

Ar-Razzaq (Maha Pemberi Rezeki): Baca berulang-ulang kali insyaAllah segala usaha kita akan berjalan lancar serta sentiasa dikurniakan rezeki yang mencukupi.

Al-Fattah (Maha Membebaskan/ Maha Membukakan): di baca 71x setiap selesai fardhu subuh sambil meletakkan tangan di atas dada; insyaAllah akan bercahaya hatinya dan dipermudahkan segala urusannya.

Al-Alim (Maha Mengetahui): 100x sesudah solat 5 waktu, insyaAllah akan memperoleh ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.

Al-Qabid (Maha Penggenggam): Sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terlepas daripada ancaman jahat.

Al-Basit (Maha Meluaskan): Baca 10x setelah solat Dhuha, insyaAllah akan dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dan di luaskan ilmunya.

Al-Khafid (Maha Mnejatuhkan): 500x dengan khusyukk dan tawadhuk; insyaAllah akan terlindung daripadanya perbuatan dan maksud jahat serta di kabulkan hajatnya.

Ar-Rafi' (Maha Meninggikan): 100x setiap hari, insyaAllah akan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT.

Al-Muiz (Maha Memuliakan): 140x seepas solat isya' setiap Isnin dan Jumaat, insyaAllah akan dipandang mulia oleh orang.

Al-Muzill (Maha Menghinakan): 75x , akan dijauhkan Allah SWT daripada bahaya orang-orang yang berbuat jahat dan memudaratkan.

As-Sami' (Maha Mendengar): 100x setiap khamis setelah selesai solat zuhur tanpa pengetahuan orang lain akan termakbul doanya, insyaAllah.

Al-Basir (Maha Melihat): 100x sebelum solat Jumaat; Allah akan membuka hati dan fikirannya, insyaAllah.

Al-Hakam (Maha Menetapkan hokum): Dibaca sebanyak-banyaknya selepas tengah malam, insyaAllah akan dikurniakan ilmu rahsia dan hikmah agama.

Al-'Adl (Maha Adil): 104x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan dikurniakan Allah sifat yang adil dan diperlukan pula untuk mengadili orang lain.

Al-Latif (Maha Penyantun / Maha Lemah-Lembut): 133x setiap hari, insyaAllah akan di peroleh taufiq dan hidayah daripada Allah SWT. Akan berhasil dalam perniagaan dan sentiasa dilimpahi rezeki.

Al-Khabir (Maha Bijaksana): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan berhenti dari segala tabiat buruknya dan akan terhindar dari perbuatan khianat orang-orang zalim.

Al-Halim (Maha Penyantun/ Maha Penyabar): 88x setiapkali selesai solat sunat fardhu; insyaAllah akan kekal berpangkat kedudukannya dan akan bertambah baik kedudukannya, insyaAllah.

Al-'Azim (Maha Agung): 7000x setiap hari dan setiap malam selama sebulan: insyaAllah akan naik darjatnyadan memperoleh kelebihan dan kesenangan yang banyak dalam kehidupan dunia.

Al-Ghafur (Maha Pengampun): Zikir sebyanyak-banyaknya setiap malam: insyaAllah akan dilenyapkan segala kesukarannya dan diampunkan dosa bagi mereka yang bertaubat.

Page 15: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

As-Syakur (Maha Mensyukuri): Zikir sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di jernihkan hatinya dan disembuhkan penyakit yang di alaminya.

Al'Aliy (Maha Tinggi): Zikirlajh sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan terbela nasib mereka yang membaca nya dan terarah matlamat hidupnya dan jika sedang mengembara akan selamat sampai ke destinasinya, insyaAllah.

Al-Kabir (Maha Besar) 100x setiap selesai solat fardhu,; insyaAllah akan dibukakan Allah pintu makrifat baginya. Jika ia berhutang insyaALlah akan berkemampuan melunaskan hutangnya.

Al-Hafiz (Maha Memelihara): 16x setiap hari: insyaAllah akan terselamat daripada malapetaka.

Al-Muqit (Maha Mencukupkan): bacalah sebanyak-banyaknya kedalam segelas air dan diberi minum kepada anak yang buruk perangainya; insyaAllah akan berubah perangai anak itu kepada baik.

Al-Hasib (Maha Menghisab): Zikir setiap hari: insyaAllah akn terhindar daripada bahaya dan bebas daripada rasa takut.

Al-Jalil (Maha Luhur): 75x setiap pagi `kira-kira 2.30 pagi setiap hari; insyaAllah usahanya dan kedudukannya akan meningkat dengan tidak diduga.

Al-Karim (Maha Pemurah): 280x setiap kali hendak tidur, insyaAllah akan lapang reqzekinya dan mendapat kemuliaan dan kehormatan dalam hidupnya.

Ar-Raqib (Maha Mengawasi): 50x dengan niat agar Allah memelihara hartanya; insyaAllah akan terpeliharalah.

Al-Mujib (Maha Mengabulkan): 55x setiap selesai solat subuh; insyaAllah akan di kabulkan permohonannya oleh Allah SWT.

Al-Wasi' (Maha Luas): 127x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan Allah SWT kehidupan yang mencukupi serta jalan keluar daripada segala kesempitan hidup.

Al-Hakim (Maha Bijaksana): Biasakan zikir ini setiap hari; insyaAlllahtidak akan mengalami kesukaran dalam menjalankan segala tugas dan pekerjaannya.

Al-Wadud (Maha Mencintai): 1000x setiap hari; insyaAllah akan diperbaiki segala urusan dunia dan di akhirat.

Al-Majid (Maha Mulia): 99x setiap hari selepas solat subuh dan kemudian ditiupkan ke telapak tangan dan di sapukan ke mukanya; insyaALlah akan dapat kemuliaan dan kasih saying dari keluarganya.

Al-Ba'its (Maha Membangkitkan): 100x sebelum tidur dengan meletakkan kedua-dua tangan di atas dadanya; insyaAllah akan diterangkan hatinya dan di beri ilmu hikmat dan makrifat.

As-Syahid (Maha Menyaksikan): 319x setiap malam; insyaAllah akan meninggalkan segala perbuatan tidak baik dan akan kembali ke jalan yang benar.

Al-Haqq (Maha Haq/Maha Benar): Zikirlah setiap hari; insyaAllah akan tetap hatinya dan keimanannya kepada Allah SWT.

Al-Wakil (Maha Memelihara): 1000x; insyaAllah akan Allah redakan hujan lebat yang berbadaikan taufan dan akan pula dibukakan pintu rezeki oleh Allah.

Al-Qawi (Maha Kuat): Bacalah Yaa Qawiyyul Matiin 1000x setiap malam; insyaAllah akan kembali bertenaga seperti yang di perlukan bagi mereka yang lemah jasmani dan rohani.

Al-Matiin (Maha Kukuh): Sebanyak-banyaknya dengan hati yang ikhlas dan rendah diri; insyaAllah akan lenyap segala kesulitan yang di hadapi.

Page 16: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

Al-Waliyy (Maha Melindungi): 1000x pada malam Jumaat, insyaAllah alan diberi Allah satu wilayah dan apabila dihisab di padang mahsyar akan di hisab dengan cara yang amat mudah.

Al-Hamid (Maha Terpuji): 100x setiap kali selepas solat 5 waktu; insyaAllah akan terhindar daripada tabiat buruk akan akan menjadi orang yang soleh.

Al-Muhsi (Maha Menghitung): 1000x, insyaAllah akan mendapat kemudahanpada hari perhitungan nanti.

Al-Mubdiyy (Maha Memulai): setiap hari dengan hati yang khusyuk; insyaAllah akan di jernihkan hati dan fikirannya.

Al-Mu'id (Maha Mengembalikan): Zikir sebanyak 124x sebeum mengerjakan solat 5 waktu; insyaAllah barang yang hilang akan di jumpai kembali.

Al-Muhyi (Maha Menghidupkan): 68x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan terkeluar dari badannya segala jenis penyakit.

Al-Mumit (Maha Mematikan): Zikir sebanyak-banyaknya sebelum tidur; insyaAllah sesiapa yang tiada kekuatan melawan nafsunya akan berupaya mengawal nafsunya.

Al-Hayy (Maha Hidup): Zikirlah sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan diberi hati yang terang dengan cahaya tauhid dan iman. Akan terhindar daripada sifat keji dan mungkar.

Al-Qayyum (Maha Tegak/Berdiri dengan SendiriNya): Zikirlah Yaa Hayyu Yaa Qayyum sebanyak 1000x setiap hari; insyaAllah hartanya akan bertambah, di turuti orang perkataannya, dikasihi dia oleh semua dan ditinggikan martabatnya.

Al-Wajid (Maha Mengadakan): Di bacakan sebanyak-banyaknya setiap hari; insyaAllah akan Allah kurniakan kekayaan batin dan kemantapan jiwa.

Al-Majid (Maha Luas Kemuliaan): 400x setiap hari; insyaAllah di jernihkan hati & fikirannya.

Al-Wahid (Maha Esa): zikir secara berulang-ulang kali di tempat sunyi; insyaAllah akan bebas daripada ketakutan.

As-Samad (Maha Diperlukan): 313x dalam waktu 3 hari dan disertai dengan puasa 3 hari juga; insyaAllah akan di kabulkan hajatnya.

Al-Qadir (Maha Kuasa): Di baca sebanyak 305x setiap hari; insyaAllah akan tercapai segala maksud serta hajatnya dan tercapai cita-citanya.

Al-Muqtadir (Maha Menentukan): 20x setiap kali bangun tidur; insyaAllah di permudahkan segala urusan dan pekerjaannya.

Al-Muqaddim (Maha Mendahulukan): 124x setiap hari; insyaAllah akan maju di dalam apa yang di usahakannya.

Al-Muakhir (Maha Mengakhirkan): 100x setiap hari; akan mendapat rahmat dan redha Allah dan di terima taubatnya; insyaAllah.

Al-Awwal (Maha Awal): 40x setiap hari selama 40 hari; insyaAllah akan di kurniakan anak lelaki. Jika di baca sebanyak 1000x selama 40 hari ; insyaAllah akan di mudahkan hidupnya.

Al-Akhir (Maha Akhir): 200x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan ; insyaAllah akan dibukakan pintu rezeki yang halal baginya oleh Allah.

Az-Zahir (Maha Nyata): Zikir Ya Zahir sebanyak 1106x setiap selesai solat 5 waktu dan di amalkan selama sebulan; insyaAllah akan di terangi hatinya dan di buka rahsia dari ilmu yang sukar.

Page 17: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

Al-Batin (Maha Tersembunyi): 300x setiap selesai solat 5 waktu; insyaAllah akan di bukakan kepadanya keberanian yang sejati.

Al-Waliyy (Maha Menguasai): 10,000x pada waktu siang dan 10,000x pada waktu malam insyaAllah akan di bukakan pintu makrifat baginya; insyaAllah.

Al-Muta'ali (Maha Suci/Terpelihara): 541x setiap hari; insyaAllah akan mendapat hasil yang baik dan di tinggikan martabatnya.

Al-Barr (Maha Dermawan): Di baca 7x kepada anak yang baru lahir; insyaALlah akan terlindung anak tersebut daripada bahaya sehingga akil baligh.

At-Tawwab (Maha Penerima Taubat): Sebanyak mungkin; insyaAllah akan di permudahkan untuk kembali ke jalan yang benar dan di redhai.

Al-Muttaqim (Maha Menyeksa): Zikir sebanyak 690x setiap kali selesai solat 5 waktu atau 6900x pada waktu malam; insyaAllah akan mendapat pertolongan untuk mengalahkan musuh.

Al-'Aff (Maha Pemaaf): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan di ampunkan dosanya.

Ar-Rauf (Maha Mengasihani): Sesispa yang selalu membaca doa ini akan di kasihi Allah SWT. Akan di limpahi rahmat dan tidak pula dia sengsara di dalam hidupnya.

Al-Malikul Mulk (Maha Menguasai Kerajaan): Zikir sebanyak 212x atau lebih setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan harta dan kekayaan kepadanya.

Dzul Jalaali wal Ikram (Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan): Baca sebanyak 1065x setiap hari selama sebulan maka Alllah akan memakbulkan hajat dan doanya.

Al-Muqsit (Maha Mengadili): Di baca sebanyak 700x dengan niat; insyaAllah di kabulkan niatnya.

Al-Jami' (Maha Mengumpulkan): Baca sebanyak-banyaknya; insyaAllah akan jumpa barang yang hilang dan keluarga yang jauh akan di ketemukan semula.

Al-Ghani (Maha Kaya): Di baca sebanyak 1007x setiap hari; insyaAllah akan di anugerahkan kepadanya kekayaan zahir & batin dan juga di permudahkan jalan hidupnya.

Al-Mughni (Maha Mengkayakan): Zikir sebanyak 1,000x; insyaAllah akan menjadi kaya dengan kurnia Allah.

Al-Mani' (Maha Menolak/Melarang): Baca sebanyak 164x sebelum solat subuh; insyaAllah akan di kurniakan kehidupan kekeluargaan yang baik dan terhindar daripada kezaliman.

Ad-Dharr (Maha Memudharatkan): 1001xsetiap hari ; insyaAllah akan sembuh daripada penyakit yang telah lama tidak dapat di sembuhkan.

An-Nafi' (Maha Pemberi Manfaat): setiap hari sebyak-banyaknya: insyaAllah segala penyakit dan kesusahannya akan hilang.

An-Nur (Maha Bercahaya): sebanyak 256x setiap hari; insyaAllah akan terang hati nurani dan jiwanya untuk makrifat kepada Allah SWT.

Al-Hadi (Maha Pemberi Petunjuk): Sesiapa yang selalu menyebut asma' ini; insyaAllah akan memperoleh ilmu kerohanian.

Al-Badi' (Maha Pencipta Yang Baru): Di baca yaa Badi' as Samawaati wal Ardh sebanyak 70x; insyaAllah akan bebas dia dari sebarang kesulitan.

Page 18: HIMALAYA RANGE -  · PDF fileIPP 23 JUMLAH 293 Statistik Pelajar Baru di Jabatan Perdagangan Sesi Disember 2014 . ... International 2014 pada 20 30 November 2014 di MAEPS Serdang

Al-Baqi (Maha Kekal): 1000x; insyaAllah akan hilang segala dukacitanya dan kemudharatan.

Al-Warith (Maha Mewarisi): 707x setiap malam; insyaAllah akan memperoleh kejayaan di dalam bidang kehidupan yang di ceburi.

Ar-Rashid (Maha Pemberi Petunjuk): zikir sebanyak 1000x antara Maghrib dan Isya'; insyaAllah segala kesusahan dan kepayahannya akan hilang.

As-Sabur (Maha Penyabar): Zikirlah sebanyak 3000x; insyaAllah akan hilanglah penderitaan dan kesusahan yang sedang di hadapi.

Baca, hayati dan amalkan.