sksat - teks ucapan pengarah pelajaran kedah 2012

12
TEKS UCAPAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN Terima kasih Pengacara Majlis, Yang Berusaha Encik K. Thachanamurthy, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah Darul Aman. Yang Berbahagia Encik Ahmad Rakhli bin Hassan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Ketua-ketua Jabatan, Pengetua-pengetua, Guru-guru Besar, Guru-guru, para waris dan anak-anak penerima anugerah yang dirai dan dikasihi sekalian. Assalamualaikum dan salah sejahtera. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan hidayahNya kita dapat bersama-sama lagi bagi menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah. Ucapan terima kasih ditujukan kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk

Upload: mohdnizamsaidin

Post on 01-Jan-2016

57 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sksat - Teks Ucapan Pengarah Pelajaran Kedah 2012

TEKS UCAPAN

PENGARAH PELAJARAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Terima kasih Pengacara Majlis,

Yang Berusaha Encik K. Thachanamurthy, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sultan

Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah Darul Aman.

Yang Berbahagia Encik Ahmad Rakhli bin Hassan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa

dan Guru (PIBG),

Ketua-ketua Jabatan,

Pengetua-pengetua,

Guru-guru Besar,

Guru-guru, para waris dan anak-anak penerima anugerah yang dirai dan dikasihi

sekalian.

Assalamualaikum dan salah sejahtera.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan

hidayahNya kita dapat bersama-sama lagi bagi menyempurnakan Majlis Anugerah

Kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Jitra, Kedah. Ucapan

terima kasih ditujukan kepada pihak sekolah kerana sudi menjemput saya untuk berucap

serta menyampaikan hadiah kepada pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum

dan kokurikulum. Tahniah kepada semua warga sekolah kerana berjaya meneruskan

tradisi kecemerlangan ini.

Page 2: Sksat - Teks Ucapan Pengarah Pelajaran Kedah 2012

Sidang hadirin yang dihormati,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada

para pelajar yang telah berjaya menerima anugerah pada hari ini. TAHNIAH DAN

SYABAS SAYA UCAPKAN. Saya sendiri sebenarnya turut berbangga dengan

pencapaian anak-anak semua kerana adanya usaha gigih dan komitmen yang tinggi

untuk mencapai kejayaan pada hari ini.

Dalam dunia pendidikan hari ini, Hari Anugerah Pelajar Cemerlang merupakan

acara tahunan yang sangat bererti, khususnya sebagai tanda penghormatan dan

pengiktirafan terhadap kejayaan para pelajar. Majlis ini juga menjadi pemangkin untuk

memotivasikan kecemerlangan pelajar, lebih-lebih lagi dalam arus perdana

pembangunan dan transformasi pendidikan hari ini yang semakin berdaya saing. Majlis

ini juga turut akan menyuntik semangat kepada pelajar-pelajar lain untuk meningkatkan

pencapaian masing-masing dalam pelbagai bidang.

Hadirin yang dimuliakan,

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Page 3: Sksat - Teks Ucapan Pengarah Pelajaran Kedah 2012

Bagi mencapai hasrat murni ini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah

menggariskan dasar-dasar penting dan melakukan transformasi pendidikan bagi

menjayakannya. Dasar-dasar dalam bidang pendidikan telah dibina mengikut

perkembangan dan peredaran semasa.

Selepas berakhirnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) – 2006

hingga 2010, pihak kementerian telah melaksanakan empat inisiatif di bawah Bidang

Keberhasilan Utama Negara( NKRA) bagi memantapkan lagi program dalam bidang

pendidikan serta m,eluaskan lagi akses kepada pendidikan berkualiti dan

berkemampuan.

Hadirin yang dihormati,

Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah menambah beberapa dasar penting

bagi memartabatkan bidang pendidikan di negara ini. Antara dasar-dasar yang telah

dikenalkan adalah :

- KSSR yang dimulai pada tahun 2011

- MBMMBI dijalankan bagi menggantikan PPSMI

- 1 Murid 1 Sukan

- Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

- KSSM yang akan dimulakan pada tahun 2013

Pengenalan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) adalah untuk melakukan

satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang

Page 4: Sksat - Teks Ucapan Pengarah Pelajaran Kedah 2012

melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan pedagogi, peruntukan masa,

kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Asas

penggubalan KSSR adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta

juga berdasarkan prinsip KBSR. KSSR diharap menjadi landasan kepada guru

untuk menjana pelbagai kaedah pengajaran dan seterusnya mengatasi masalah

murid lemah menerusi teknik pembelajaran secara intervensi.

Kejayaan dalam transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh

daripada semua pihak, termasuk penggubal dasar, pengurus kurikulum, ibu bapa

serta pihak berkepentingan. Perlaksanaan KSSR juga memasukkan unsur-unsur

inovasi dan kreativiti. Matlamat utamanya adalah untuk melahirkan murid yang

mempunyai ketrampilan diri dan personaliti kreatif, menghasilkan idea kreatif dan

inovatif, menguasai kemahiran komunikasi serta mengaplikasi pengetahuan dan

kemahiran secara kritis dan kreatif. KSSR merupakan kurikulum yang dinamik dan

digubal bagi memastikan anak didik di sekolah dibekalkan dengan ilmu yang relevan

dengan keperluan dan cabaran abad ke-21.

Bagi mencapai segala hasrat dan dasar Kementerian Pelajaran, warga pendidik

perlu memastikan sekolah menjadi tempat untuk memperkembangkan potensi murid

secara menyeluruh sebagaimana dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Page 5: Sksat - Teks Ucapan Pengarah Pelajaran Kedah 2012

Dalam hal ini, guru memegang peranan penting bukan sahaja sebagai pendidik

malah turut menjadi ejen tranformasi yang bertanggungjawab berinteraksi secara

langsung dengan murid atau pelajar. Keilmuan, kesungguhan dan kesabaran guru

memberikan bimbingan serta didikan adalah ramuan yang perlu ada dalam diri

seorang guru. Semua kriteria berkenaan penting dalam memastikan kejayaan anak

didik kita untuk terus maju dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum.

Untuk itu, saya berharap agar guru-guru sekalian dapat memainkan peranan

utama dengan kerjasama yang erat daripada pihak ibu bapa dalam melaksanakan

setiap dasar ini dan seterusnya menjayakan agenda transformasi pendidikan demi

masa depan anak-anak kita. Guru-guru merupakan pemimpin dan penjana utama

transformasi pendidikan negara. Para pendidik harus sedar tentang tugas dan amanah

yang dipikul untuk mendidik generasi yang mencapai wawasan negara. Kemahiran dan

pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha untuk mengaplikasi

kaedah-kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Para pendidik perlu menyambut

baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak

berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi

mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan itu suatu anjakan paradigma

dapat dilakukan oleh para pendidik.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa adalah agen utama dan yang

pertama mesti memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab mengasuh,

Page 6: Sksat - Teks Ucapan Pengarah Pelajaran Kedah 2012

mendidik, mengajar serta membimbing anak-anak untuk menjadi pewaris pelapis

kepada generasi yang cemerlang ilmu dan akhlaknya di dunia dan di akhirat.

Kelalaian, kelemahan, kesilapan atau kesalahan ibu bapa dalam mentarbiah

anak-anak adalah saham terbesar dalam menambahkan lagi jumlah generasi pincang,

bermasalah, terpesong, sampah masyarakat, musuh negara serta perosak agama.

Ibu bapa harus menjadi cermin, ikutan, contoh teladan yang baik kepada anak-

anak dalam pelbagai bidang untuk membentuk generasi yang cemerlang terutamanya

dalam pendidikan. Pepatah Melayu ada mengingatkan kita “MELENTUR BULUH BIAR

DARI REBUNGNYA”, bermaksud, mendidik anak itu biar dari masa kecilnya, kerana

anak-anak yang dilahirkan itu bagaikan kain putih, maka terpulanglah kepada ibu bapa

untuk mencorak – warnakannya mengikut kemahuan. Peranan kita seterusnya sebagai

ibu bapa adalah memberi semangat, dorongan, galakan, perangsang dan sentiasa

mengambil berat. Kesemua elemen tersebut hendaklah sentiasa berlaku dengan

penuh hikmah dan bijaksana.

Hadirin yang saya muliakan,

Sebenarnya ibu bapa dan guru perlu mempunyai hubungan yang baik dan erat.

Lebih-lebih lagi pada era globalisasi kini yang memaparkan pelbagai karenah negatif

yang membabitkan kanak-kanak dan remaja. Ini adalah kerana statistik salah laku

yang dipaparkan oleh pihak media kian menakutkan hari demi hari. Sebenarnya kes-

kes disiplin adalah suatu yang tidak boleh dibiarkan.

Page 7: Sksat - Teks Ucapan Pengarah Pelajaran Kedah 2012

Hadirin sekalian,

Saya percaya pihak PIBG sekolah ini begitu berperanan untuk membantu pihak

sekolah bagi menjayakan setiap program yang dirancangkan. Semua pencapaian yang

telah dikecapi pada hari ini adalah berkat keikhlasan dan komitmen padu yang

ditunjukkan oleh setiap warga sekolah dan peranan yang dimainkan oleh Persatuan Ibu

Bapa dan guru (PIBG).

Sesungguhnya saya amat berbesar hati dengan komitmen dan daya usaha serta

tenaga yang telah dicurahkan oleh para pendidik serta ibu bapa sehingga membawa

Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin ini menempa kejayaan demi kejayaan.

Terkini….saya dimaklumkan sekolah ini juga telah berjaya melayakkan pencapaian

“Top Five” dalam Anugerah Kokurikulum Peringkat kebangsaan. Syabas dan Tahniah.

Insya Allah, sekolah ini bakal mendapat tempat terbaik dalam Anugerah

Kecemerlangan Kokurikulum 2012 yang akan diumukan pada minggu hadapan.

Manakala keputusan UPSR juga akan diumumkan dalam jangka masa yang terdekat

ini. Jadi, marilah sama-sama kita berdoa dan bertawakkal semoga segala usaha guru-

guru, ibu bapa dan murid-murid sekolah ini akan membuahkan kejayaan bukan sahaja

di peringkat sekolah, malahan hingga ke peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan

seterusnya ke peringkat antarabangsa.

Kepada para pelajar, ingatlah bahawa usaha untuk kecemerlangan diri perlu

dilakukan berterusan. Kita mesti sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk

menempah kejayaan dalam pendidikan. Sebagai pelajar, kita harus proaktif untuk

Page 8: Sksat - Teks Ucapan Pengarah Pelajaran Kedah 2012

menguasai pelbagai kemahiran terutama yang berkaitan dengan kecanggihan teknologi

maklumat.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas kepada

warga Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin yang berusaha dengan gigih

sebagai satu pasukan untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang

sama ada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Di bawah keistimewaan Sekolah

Berprestasi Tinggi ini, semua pihak seharusnya bersyukur dan berusaha dengan lebih

bersemangat lagi untuk memacu kejayaan demi kejayaan.

Kejayaan dan kecemerlangan penerima anugerah hari ini perlu juga dijadikan

teladan kepada pelajar-pelajar lain bahawa kejayaan tidak datang bergolek tetapi

memerlukan pengorbanan yang padu dan jitu. Bak kata pepatah, “Di mana ada

kemahuan, di situ ada jalan, di mana ada kemenangan, di situ ada kecemerlangan”

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Akhir sekali, saya mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah

menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan ini dengan jayanya. Saya juga ingin

mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Sultan

Ahmad Tajuddin kerana telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan

dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah pada tahun ini. Harapan saya agar

sekolah ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam semua bidang yang

Page 9: Sksat - Teks Ucapan Pengarah Pelajaran Kedah 2012

sedang dan akan diceburi. Semoga majlis pada hari ini akan memberikan banyak

manfaat dan keberkatan kepada kita semua.

Sekian, terima kasih.