skrip pengerusi majlis malam kebudayaan minggu kokurikulum

15
SKRIP PENGERUSI MAJLIS (ALI) Mengumumkan ketibaan, Yang Berbahagia Puan Hajah Masni Binti Madat, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Diiringi oleh, Yang Berusaha Encik Amin Tan Tua, Ketua Unit Kokurikulum. Dibawakan secara terus dari Dewan Refflesia, terimalah pasangan pengacara anda: Wandy dan Teja

Upload: mohammad-azwandy-abdullah

Post on 25-Jun-2015

1.120 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Pengerusi Majlis Malam Kebudayaan Minggu Kokurikulum

SKRIP PENGERUSI MAJLIS (ALI)

Mengumumkan ketibaan,

Yang Berbahagia Puan Hajah Masni Binti Madat,

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau.

Diiringi oleh,

Yang Berusaha Encik Amin Tan Tua,

Ketua Unit Kokurikulum.

Dibawakan secara terus dari Dewan Refflesia, terimalah pasangan pengacara

anda:

Wandy dan Teja

Page 2: Skrip Pengerusi Majlis Malam Kebudayaan Minggu Kokurikulum

SKRIP PENGACARA MAJLIS (WANDY & TEJA)

TEJA : Terima kasih saudara Ali.

WANDY : Tuan-tuan dan puan-puan,

SELAMAT DATANG KE

MALAM KEBUDAYAAN MINGGU KOKURIKULUM,

PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

2010.

TEJA : Ya, tentu sekali Malam Kebudayaan ini merupakan malam penuh

berprestij.

Kerana pada malam ini kita akan menampilkan seramai 5 orang

peserta nyanyian solo…

WANDY : dan dengan rentak gerak tari, 4 kumpulan akan berentap meraih

gelaran juara bagi tarian kebudayaan Malaysia.

: Untuk pengetahuan semua, persembahan yang dibawakan oleh

setiap peserta akan dinilai dan diadili oleh juri-juri

professional yang dijemput khas.

TEJA : Juri yang pertama, Encik Hussien Basiran dari Jabatan Ilmu

Pendidikan.

WANDY : Cik Latifah Monas juga dari Jabatan Ilmu Pendidikan sebagai juri

yang kedua.

Page 3: Skrip Pengerusi Majlis Malam Kebudayaan Minggu Kokurikulum

TEJA : Juri yang ketiga, Puan Noraini Zakaria dari Jabatan PIPK.

WANDY : Dan ketua Juri kita pada malam ini, tidak lain dan tidak bukan,

Puan Anna Kodoh dari Jabatan Sains Sosial.

________________________________________________________________

Page 4: Skrip Pengerusi Majlis Malam Kebudayaan Minggu Kokurikulum

TEJA : Baiklah. Bagi membuka tirai malam kebudayaan minggu

kokurikulum ini, dijemput peserta pertama kita dengan lagu

yang pernah dipopularkan oleh Aizat AF7, Hanya Kau yang

Mampu.

Terimalah MUAZ.

* Persembahan Nyanyian 1

TEJA : Berikan tepukan sekali lagi kepada Muaz atas nyanyiannya itu

sebentar tadi. Tahniah Muaz.

________________________________________________________________

WANDY : Baiklah. Seterusnya adalah Persembahan Tarian Kebudayaan

Malaysia yang bertajuk Baruk Tribes.

Tarian ini merupakan_____________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

______________________________________________________

Tanpa membuang masa lagi. Dipersilakan kumpulan Nih Kamih.

* Persembahan Tarian 1

WANDY : Tahniah, tahniah! Itu dia tadi persembahan tarian Baruk Tribes

daripada kumpulan Nih Kamih. Berikan tepukan sekali lagi.

________________________________________________________________

Page 5: Skrip Pengerusi Majlis Malam Kebudayaan Minggu Kokurikulum

TEJA : Kita serikan lagi malam kebudayaan kita dengan persembahan

nyanyian bertajuk Terlalu Istimewa yang dipopularkan oleh

Adibah Noor. Tuan-tuan dan puan-puan, terimalah Lollin.

* Persembahan Nyanyian 2

WANDY : Tahniah. Sekali lagi, berikan tepukan kepada Lollin.

________________________________________________________________

TEJA : Untuk persembahan seterusnya adalah persembahan tarian

kebudayaan. Persembahan tarian ini adalah tarian yang diberi

nama Our Dance.

Di mana, Tarian ini merupakan tarian ______________________

____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

Dengan itu, dipersembahkan kumpulan Hinava.

* Persembahan Tarian 2

WANDY : Hadirin sekalian berikan tepukan kepada kumpulan Hinava atas

persembahan yang cukup menghiburkan tadi.

________________________________________________________________

Page 6: Skrip Pengerusi Majlis Malam Kebudayaan Minggu Kokurikulum

TEJA : Hadirin sekalian. Kita teruskan lagi malam penuh gilang-gemilang

ini dengan persembahan nyanyian lagu daripada penyanyi no. 1

Malaysia Dato’ Siti Nurhaliza. Terimalah Karmila dengan lagunya

Bukan Cinta Biasa.

* Persembahan Nyanyian 3

WANDY : Itu dia Bukan Cinta Biasa dari bukan Dato’ Siti tp Dato’ Karmila.

Berikan tepukan sekali lagi.

________________________________________________________________

WANDY : Baiklah, mari kita semarakkan lagi malam kebudayaan kita

dengan gerak tari seterusnya. Iaitu tarian yang bertajuk Colours

of Malaysia.

Tarian ini merupakan___________________________________

____________________________________________________

____________________________________________________

_____________________________________________________

Tanpa membuang masa lagi, mempersembahkan kumpulan

Kolibambang Kosuabon dengan tarian mereka Colours Of

Malaysia.

* Persembahan Tarian 3

TEJA : Berikan tepukan sekali lagi kepada kumpulan Kolibambang

Kosuabon. Tahniah diucapkan.

________________________________________________________________

Page 7: Skrip Pengerusi Majlis Malam Kebudayaan Minggu Kokurikulum

TEJA : Baiklah. Menyerikan lagi malam kebudayaan kita, kami bawakan

anda untuk melangkah sedikit ke belakang. Kerana Penyanyi kita

yang seterusnya akan mempersembahkan lagu yang pastinya

mengimbau kenangan lama. Lagu ini pernah dipopularkan oleh

Diana Nasution dalam era 80 an. Pastinya anda semua tahu lagu

Benci Tapi Rindu. Mempersembahkan Saiful Lasima.

* Persembahan nyanyian 4

WANDY : Ya..itu dia penyanyi paling veteran dalam kalangan penyanyi kita

pada malam ini dengan lagu yang juga veteran. Berikan tepukan

sekali lagi.

________________________________________________________________

Page 8: Skrip Pengerusi Majlis Malam Kebudayaan Minggu Kokurikulum

WANDY : Mari kita gegarkan dewan refflesia dengan rentak gerak tari

seterusnya. Persembahan tarian yang akan dibawakan oleh

kumpulan seterusnya dinamakan Rentak Di bawah Bayu.

Tarian ini merupakan___________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

Tanpa membuang masa lagi, dipersilakan kumpulan Aramai Tii.

* Persembahan Tarian 4

WANDY : Tahniah, Tahniah! Sidang Hadirin berikan tepukan gemuruh

sekali lagi kepada kumpulan Aramai tii.

________________________________________________________________

WANDY : Baiklah. Kini tibalah kita ke persembahan yang terakhir. Lagu

yang akan dinyanyiakan ini pernah dipopularkan oleh Anuar Zain

dan menjadi salah satu OST dalam tayangan wayang Cinta pada

tahun 2008. Terimalah Fazley dengan lagunya Perpisahan.

* Persembahan Nyanyian 5

TEJA : Tahniah, Tahniah! Sidang Hadirin berikan tepukan gemuruh

sekali lagi kepada Fazley.

Page 9: Skrip Pengerusi Majlis Malam Kebudayaan Minggu Kokurikulum

WANDY : dan tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang telah

mengambil bahagian dalam acara malam ini.

TEJA : Baiklah. Sementara kita menunggu untuk keputusan daripada

juri-juri professional malam ini. Kami bawakan anda satu lagi

persembahan khas, iaitu persembahan gerak tari yang

dinamakan _________________.

Tarian ini adalah tarian__________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

___________________________________________________

Diketuai oleh________________terimalah

______________dengan persembahan tarian

______________

* Persembahan Khas

WANDY : Tahniah, tahniah dan tahniah diucapkan kepada semua peserta

yang telah mengambil bahagian dalam acara malam ini.

TEJA : Baiklah dengan persembahan itu sebentar tadi. Maka tibalah kita

ke acara yang dinanti-nantikan.

WANDY : Keputusan telahpun berada di tangan saya. Dengan itu dijemput

__________________________________________________

Untuk mengumumkan keputusan para juri pada malam

kebudayaan Minggu Kokurikulum.

Page 10: Skrip Pengerusi Majlis Malam Kebudayaan Minggu Kokurikulum

* Mengumumkan keputusan.

TEJA : Tahniah diucapkan kepada pemenang.

WANDY : Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta yang terlibat.

TEJA : Dengan keputusan yang telah diumumkan itu sebentar tadi

maka berakhirlah

MALAM KEBUDAYAAN MINGGU KOKURIKULUM,

PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

2010.

WANDY : Kami dari pihak urusetia memohon seribu kemaafan andainya

terlanjur kata, silap salah, dan menyentuh perasaan.

Sesungguhnya, yang baik itu dari ALLAH yang maha esa. Dan

yang buruk itu datang dari kejahilan hati. Sekian.