skrip pengacaraan integriti

11
SKRIP PENGACARAAN SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK ANJURAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA & INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA 16 OGOS 2014 DI SJK (C) YU MING 2, PEKAN NANAS, PONTIAN, JOHOR

Upload: mohd-zaki-mohamed-som

Post on 18-Jan-2016

164 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

teks pengacara seminar integriti uollz

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Pengacaraan Integriti

SKRIP PENGACARAANSEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK

ANJURANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

&INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA

16 OGOS 2014

DI

SJK (C) YU MING 2, PEKAN NANAS, PONTIAN, JOHOR

Page 2: Skrip Pengacaraan Integriti

BIL. ACARA TINDAKAN

1.0Housekeeping

Hadirin hadirat sekalian,

Di sini terdapat beberapa pengumuman dan peringatan sepanjang seminar ini berlangsung :

**(baca slot housekeeping yang disediakan)

2.0Pengumuman

Mengumumkan ketibaan…

Yang Berbahagia................................................ dif-dif kehormat para jemputan dan pihak penceramah.

Para hadirin dipersilakan berdiri.

3.0Kata Aluan

(selepas tetamu duduk dan menerima buku cenderamata)

Berseri mutiara tepian intan,Setara memikat delima merah,Kalimah Bismillah kita mulakan,Membuka tirai majlis nan indah.

Di majlis ini kami bermadah,Mengucap puji alhamdulillah;Madah ini pembuka wadah,Semoga majlis dikurniakan limpah.

Yang Berbahagia ……………….................... Yang Berbahagia……………………………… Yang Berbahagia..............................................

– Penceramah dari Institut Integriti Malaysia Yang berbahagia- ....................................

Penceramah dari............................................ Yang............................................................. Yang...........................................................

Para pegawai Jabatan Pendidikan Daerah Pontian Para Pegawai Institut Integriti MalaysiaPegawai Guru Besar-Guru Besar Guru-guru Seterusnya hadirin sekalian

Page 3: Skrip Pengacaraan Integriti

ASSALAMUALAIKUM W.B.T, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA.

Majlis dengan rasa penuh hormat, mengalu-alukan kehadiran para jemputan, serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK, anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan Institut Integriti Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Yu Ming 2.

4.0Lagu ”NEGARAKU”.

Hadirin sekalian,

Majlis kita akan dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku.

Untuk itu, pihak majlis memohon para hadirin untuk berdiri tegak dan bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku sebagai tanda kecintaan, hormat dan setia kepada Negara Tercinta.

*****************************************Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dan para hadirin dipersilakan duduk

5.0Bacaan Doa

Tetak buluh panjang suluhMari jolok sarang penyengatAngkat doa jari sepuluhDoa minta biar selamat

Sebelum jauh jarum saat menganjak arah, meneroka jalan pagi yang istimewa ini majlis akan segera kita mulai dengan bacaan doa.

Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan, al-Fadhil Ustaz Hafiz Haikal bin Junaidi untuk menerajui doa selamat sebagai permintaan hajat dan restu, agar majlis kita diberkati hendakNya.

Dipersilakan dengan segala hormatnya.

(Bacaan Doa)

Page 4: Skrip Pengacaraan Integriti

Amin,Amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga lafaz doa kita tadi, diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih diucapkan..

6.0Ikrar Integriti

Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar Integriti, yang akan dipimpin oleh Encik Muhammad Nur Naim bin Hamin.

Dengan segala hormatnya dipersilakan. Semua hadirin dimohon berdiri.

*******************************************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

7.0Ucapan tetamu kehormat(Jika ada)

Aturcara Seminar Integriti Warga Pendidik diteruskan lagi.

Sebagai pembuka tirai acara kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan......................................................................................untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*******************************************Sirih sekapur anugerah mesra,Lipatan gemilang mengisi puan;Menyusur agenda pemula cerita,Madah berbisik dek kata aluan.

Terima kasih majlis ucapkan.

8.0Slot 1

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Pagi yang penuh gilang-gemilang dan bermakna ini, akan diteruskan dengan membawa kita meneroka dan menyingkap tirai pagi dengan pelbagai agenda pendakian aspirasi ilmu.

Page 5: Skrip Pengacaraan Integriti

Apa kata kita hayati pesanan, nasihat dan perkongsian ilmu daripada penceramah kita pada pagi ini.

Pada pagi ini, Seminar Integriti Warga Pendidik dimulakan dengan slot pertama yang bertajuk: Falsafah dan Prinsip Pelan Integriti Nasional

Yang akan disampaikan oleh...............................................................................

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

******************************************Nyiur gading puncak mahligai,Sayang ketupat berisi inti;Ucapan pesanan indah bernilaiAkan sentiasa kekal di hati.

Demikianlah tadi ceramah yang disampaikan oleh..................................................................................yang memberikan kita gambaran tentang apakah yang dimaksudkan dengan Falsafah dan Prinsip Pelan Integriti Nasional

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Selesai sudah ceramah bagi slot pertama ini. Seminar pada hari ini berhenti rehat buat seketika.

Jauh sudah kami melancong,Singgah bertamu di tepi pekan,Perut sudah mula keroncong,Marilah berjamu kami sediakan.

Para jemputan, dif-dif kehormat, guru-guru dijemput untuk menjamu selera.

Page 6: Skrip Pengacaraan Integriti

9.0Slot 2

Hadirin yang dihormati,

Alat tradisional orang penarik,Gendang gendut tali kecapi.Juadah dinikmati harap menarik,Kenyang perut senang hati.

Orang berkahwin berhias saratKompang dipalu bersama jidurPerut kenyang mata pun beratHarap tiada sesiapa tertidur

Majlis diteruskan dengan Slot Ke-2 pada pagi ini iaituCeramah bertajuk: Integriti dalam Pendidikan

Yang akan disampaikan oleh

............................................................................

...........................................................................

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*******************************************

Demikianlah tadi ceramah yang disampaikan oleh ............................................................................. yang memberikan kita pejelasan tentang apakah yang dimaksudkan dengan Integriti dalam Pendidikan.

Semoga apa yang disampaikan dapat memberikan kita iktibar dan teladan dalam kita melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh ilitizam dan keikhlasan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

10.0(Penyampaian Cenderamata)

Adat tradisi jadi sandaran,Tetamu bertandang diberi bingkisan;Sebelum pulang ditinggalkan balasan,Untuk mengeratkan hubungan persaudaran.

Majlis kita akan diteruskan dengan atur cara penyampaian cenderamata tanda kenang-kenangan.

Page 7: Skrip Pengacaraan Integriti

Bagi menyempurnakan atur cara ini, majlis menjemput dan mempersilakanYang Berbahagia......................................................Diiringi oleh ............................................................Bagi menyampaikan cenderamata kepada penceramah.Dipersilakan.

Majlis mempersilakan

1. ............................................................

............................................................

2. …………………………………………..

…………………………………………..

Terima kasih majlis ucapkan atas penyampaian cenderamata sebentar tadi.

11.0Bersurai

Ada pangkal ada hujungnya,Ada hulu ada muaranya,Ada pintu, ada tirainya,Ada pembuka, ada penutupnya.

Kalau ada jarum yang patah,Jangan risau untuk mencari;Apa jua silap dan salah,Jari disusun mohon dimaafi.

Hadirin sekalian. SEMINAR INTEGRITI WARGA PENDIDIK kita telah sampai ke penghujung.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis yang penuh ceria dan bermakna ini.

Sehingga berjumpa lagi.Sekian Terima Kasih.

Wabilahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wbt.

Page 8: Skrip Pengacaraan Integriti

Meninggalkan Majlis

Majlis mempersilakan..............................