skrip pengacara majlis mesyuarat agung pibg (2)

10
Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG SK AYER KEROH KALI KE-17 TAHUN 2015 PEMAKLUMAN: ( 15 MINIT SEBELUM ACARA BERMULA ) 1. Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera 2. Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU DAN GURU SK AYER KEROH BAGI TAHUN 2015 3. Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin. 4. Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program. 5. Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUK MATIKAN TELEFON BIMBIT atau disetkan dalam mod senyap @ silent mode 6. Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan SKRIP PENGACARAAN BIL AGENDA SKRIP 1 Ketibaan tetamu kehormat Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Haji Mohd Ali bin Mod Rustam, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Ayer Keroh Kali Ke-17 Tahun 2015. 1

Upload: roslina-ab-halim

Post on 21-Dec-2015

82 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

skrip pengacaraan

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG (2)

Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG

SK AYER KEROH KALI KE-17 TAHUN 2015

PEMAKLUMAN:  ( 15 MINIT SEBELUM  ACARA BERMULA )

1.     Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera

2.    Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU DAN GURU SK AYER KEROH BAGI TAHUN 2015

3.    Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin.

4.    Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program.

5.    Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUK MATIKAN TELEFON BIMBIT atau disetkan dalam mod senyap @ silent mode

6.    Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan

SKRIP PENGACARAAN

BIL AGENDA SKRIP

1 Ketibaan tetamu kehormat

Mengumumkan ketibaan

Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr. Haji Mohd Ali bin Mod Rustam,

Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad

ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SK Ayer Keroh Kali Ke-17 Tahun 2015.

1

Page 2: Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG (2)

2 Protokol Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Wassolati wassalamu ‘ala ashrafil anbia iwalmursalin.

Wa’ala alihi wa ashabihi ajma’in

Assalamualaikum whb,

Salam sejahtera,

Salam 1 Malaysia dan Salam Melaka Maju Negeriku Sayang,Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 753 Tahun,Salam Melaka Maju Fasa Kedua

Yang Berhormat  Senator Tan Sri Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad

Yang Berusaha Encik Roslan bin YaakobYang DiPertua PIBG SK Ayer Keroh,

Yang Dihormati Puan Rahimah binti Abdul Rasid,Guru Besar merangkap Penasihat PIBG, SK Ayer Keroh,

Encik Bobby Wee Teck Seng,Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Abdul Razak bin Rashidin,Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Encik Matmor bin Maryadi,Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan ahli jawatankuasa PIBG,

Guru-guru, seterusnya tuan-tuan dan puan-puan hadirin yang dikasihi sekalian.

2

Page 3: Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG (2)

3 Alu-aluan Bulat Air Kerana Pembentung

Bulat Manusia Kerana Muafakat

Faham Sesuai, Benar Seukur

Bulat Segolek, Pipih Selayang

Rundingan Jangan Selisih

Muafakat Jangan Bercanggah

Tuah Pada Sekata

Berani Pada Seia

Ibarat Labu Menjalar Ke Hulu

Ibarat Kundur Menjalar Ke Hilir

Pangkalnya Sama Dipupuk

Pucuknya Sama Digentis

Yang Jauh Dijemput Dengan Desta

Yang Dekat Dijemput Dengan Tepak

Berhimpun Dan Bermuafakat

Bagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sk Ayer Keroh Kali ke 17

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmatnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini.

Bagi pihak majlis, saya merakamkan ucapan selamat datang dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat Senator di atas kesudian Yang Berhormat Senator untuk hadir pada majlis kami hari ini. Kami juga berasa amat berbangga kerana dapat bersama-sama dengan ikon negeri Melaka yang tidak asing lagi pada hari ini.

3

Page 4: Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG (2)

4 Bacaan doa Sidang hadirin,

Bagi memula dan memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon kepada Allah swt agar segala urusan pada hari ini mendapat rahmat dan keberkatan serta dipermudahkan.

Dengan ini, majlis mempersilakan Al-fadhil Ustaz Hamidi bin Mat Isa untuk memimpin bacaan doa.  

Dipersilakan .....

- Bacaan Doa

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz di atas bacaan doa itu tadi.

5 Ucapan Guru Besar

Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Seorang pemimpin hebat,Menjadi suluh dalam gelita,Menjadi penawar dalam bisa,Menjadi penenang dalam duka,Menjadi penyejuk dalam derita,Menjadi penyabar dalam murka.

Maka sebagai membuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Rahimah binti Abdul Rasid, Guru Besar merangkap Penasihat PIBG SK Ayer Keroh untuk menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan....

- Ucapan Guru Besar

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar atas ucapan sebentar tadi, (yang berkemungkinan adalah merupakan ucapan beliau yang terakhir dalam majlis seumpama ini sekiranya hasrat Puan Guru Besar untuk menamatkan perkhidmatannya diluluskan.)

4

Page 5: Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG (2)

6 Ucapan Alu-aluan YDP PIBG

Warga dewan yang mulia.

Majlis diteruskan dengan mempersilakan Encik Roslan bin Yaakob, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Ayer Keroh untuk memberikan ucapan.

Dengan sukacitanya dipersilakan....

- Ucapan YDP PIBG

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

                                                   RUJUK M/S SEBELAH

5

Page 6: Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG (2)

7 Ucapan Perasmian

Arak-arak kelapa puan,Tidak puan kelapa bali,Harap-harap kepada tuan, Tidak tuan, siapalah lagi

Kalau tuan pikat kenari,Jangan patahkan batang jerami,Kepada tuan sembah diberi,Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Ayer Keroh Kali KE 17 BAGI TAHUN 2015.

Dengan penuh takzim majlis mempersilakan.....

- Ucapan Perasmian

Pohon sirih pohon selasihTumbuh merimbun di hujung lamanKalungan budi junjungan kasihmenjadi kenangan sepanjang zaman

Buah selasih buah kelubidi dalam dulang hidangan pagiTerima kasih daun keladiBila diundang datanglah lagi.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr Hj Mohd Ali bin Rustam di atas ucapan yang disampaikan dan juga di atas kesudian menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi.

6

Page 7: Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG (2)

8 Penyampaian Sijil dan cendera-hati

Beli keladi di Pekan Lidup,

Sayang rasa lemaknya kurang;

Taburlah budi ketika hidup,

Kelak jasa dikenang orang.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2012/2015

Justeru, majlis sekali lagi menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam diiringi oleh Guru Besar SK Ayer Keroh, Puan Rahimah binti Abdul Rasid untuk naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SK Ayer Keroh bagi Sesi 2012 / 2015.

Dengan segala hormatnya dipersilakan....

Pohon selasih di dalam kolamAnak haruan berenang-renangTerima kasih kami ucapkanBudi tuan menjadi kenangan

Dijemput..............(rujuk senarai nama)

Dijemput..............

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi.  

Sebagai tanda terima kasih yang tidak terhingga juga sebagai dan kenang-kenangan dipersilakan Puan Rahimah binti Abdul Rasid, Guru Besar SK Ayer Keroh untuk menyampaikan cenderahati daripada warga PIBG SK Ayer Keroh kepada tetamu istimewa kita pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar.

7

Page 8: Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG (2)

9 Penutup Dengan berakhirnya majlis penyampaian sijil dan cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah majlis perasmian Mesyuarat Agung kita pada hari ini.

Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Dari mana asalnya, usah diusul,

Molek budinya menambah serii;

Dua tiga bicara salah tersasul,

Jangan dibawa ke dalam hati.

Bintang barat terbitnya petang,

Bintang timur terbitnya pagi;

Jika tidak melarat panjang,

Tersisa umur bertemu lagi.

Majlis dengan ini mempersilakan Yang Dihormati Puan Guru Besar, Puan Rahimah binti Abdul Rasid dan Yang Berusaha Yang Dipertua PIBG, Encik Roslan bin Yaakob untuk mempersilakan dan mengiringi Yang Berhormat Senator Tan Sri Dr Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam ke Majlis Jamuan Ringan.

Majlis mempersilakan.

Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

Untuk makluman hadirin sekalian, majlis berhenti rehat dan dijemput kepada semua hadirin di dewan ini untuk mengambil minuman yang disediakan di belakang dewan dan majlis akan bersambung semula pada pukul........

8

Page 9: Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG (2)

9