skrip pengacara majlis

Upload: rajeshwari-periasamy

Post on 07-Jan-2016

486 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

skrip

TRANSCRIPT

SKRIP PENGACARA MAJLIS KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS TUANKU BAINUN 2015SELASA 1 OKTOBER 2015 PUKUL 8:00 PAGIMASAQUEANNCATATAN

8:00 PAGIPendaftaran pesertaPerhatian.

Semua peserta dikehendaki untuk mendaftar dan melapor diri di tempat pendaftaran.

8.30 PAGISenamrobikHadirin sekalian,

Sebelum memulakan permainan tradisional kita pada pagi ini, dijemput para pensyarah bersama-sama dengan para peserta untuk memanaskan badan dengan senamrobik yang diketuai oleh saudari FLORENCE.

Terima kasih atas pimpinan saudari FLORENCE.

9.00 PAGIPermulaan Tradisional

Diminta peserta berdaftar di stesen permainan mengikut jadual pertandingan yang telah ditetapkan.

12:45 a.m.Upacara penutupan Majlis mengalu-alukan ketibaan Yang Berusaha .., pengarah IPG Kampus tuanku bainun dan para pensyarah.

Untuk makluman tuan, carnival permaian tradisional ini bermula dari pagi dengan melibatkan 7 kumpulan pelbagai aktiviti serta permainan tradisional yang menarik kerana setiap permaianan yang dilakukan oleh setiap kumpulan dikehendaki mamasukan elemen-elemen inovasi pada setiap permainan. Ini menjadikan permaianan tersebut menjadi lebih menarik dan memberi nafas baru dalam permainan tersebut tetapi elemen-elemen keaslian masih dikekalkan.

Dengan ini, majlis dengan hormatnya mempersilakan untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Karnival Permainan Tradisional IPG Kampus Tuanku Bainun 2015.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan...

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan penutup sebentar tadi.

Dengan ucapan itu tadi, maka rasmilah sudah Majlis Penutup pada tengahri ini.

Penyampaian Hadiah Kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan iaitu Upacara Penyampaian Hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan .. untuk menyampaikan hadiah diiringi Ketua Jabatan PJ iaitu Tn.Hj Faisal Bin Mohd Japeri

Tempat ketiga jatuh kepada kumpulan ..Dipersilakan wakil tampil ke hadapan untuk menerima hadiah.

Tempat kedua jatuh kepada kumpulan ...Dipersilakan wakil tampil ke hadapan untuk menerima hadiah.

Tempat pertama jatuh kepada kumpulan ..Dipersilakan wakil tampil ke hadapan untuk menerima hadiah.

Terima kasih diucapkan kepada atas kesudian menyempurnakan upacara tadi.

Seterusnya majlis menjemput Tn .Hj. Faisal selaku ketua jabatan pj dan diringi oleh En. Rosli sham untuk menyampaikan cenderamata kepada tuan pengarah

Seterusnya majlis menjemput En. Rosli sham Bin Ramli utk menyampaikan cenderamata kepada tn. Hj. Faisal bin mohd japeri selaku ketua jabatan pj.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada en. Rosli sham di atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Karnival Permainan Tradisional IPG Kampus Tuanku Bainun tahun 2015.

Majlis sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program kita pada hari ini.

Sekian, wabiilahi taufik wal hidayah.dan terima kasih.

4