skrip khatamal quran 2014.docx

5
MAJLIS KHATAMAL QURAN DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2014 SK SEBANDI ULU, ASAJAYA Tarikh : 20 November 2014 Masa : 7.15 pagi Tempat : Dewan Masyarakat Kampung Sebandi Ulu, Asajaya (Skrip Pengacara) Johan (Sebelum Majlis Bermula) Assalamualaikum wbth, salam sejahtera dan salam 1malaysia. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan- tuan dan puan-puan ke Majlis Khatamal Quran dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2014 SK Sebandi Ulu, Asajaya. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian diminta mengambil tempat di dalam dewan. Rosma (Majlis Bermula) Dari Dewan Masyarakat Kampung Sebandi Ulu, Asajaya, dibawakan secara langsung Majlis Khatamal Quran Peringkat Sekolah 2014. Dengan ini ,diumumkan perarakan masuk Yang Berbahagia……………………………………………………………………………bersama para peserta Khatamal Quran 2014 dengan diiringi Yang Berusaha Penolong Kanan 1 SK Sebandi Ulu, Encik Hadi Bin Haji Seli, Yang Dihormati Ketua Kaum Kpg Sebandi Ulu, Puan Jama’ Binti Haji Baylai,Yang Dihormati Kaunselor merangkap Pengerusi AJKKK Kampung Sebandi Ulu, Encik Tegak Bin Mat,Yang Dihormati YDP PIBG SK Sebandi Ulu, Encik Let Bin Keram, para guru dan ibu bapa peserta.

Upload: nyla-july

Post on 16-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

MAJLIS KHATAMAL QURAN DAN PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2014SK SEBANDI ULU, ASAJAYA

Tarikh: 20 November 2014Masa: 7.15 pagiTempat : Dewan Masyarakat Kampung Sebandi Ulu, Asajaya(Skrip Pengacara)

Johan(Sebelum Majlis Bermula)Assalamualaikum wbth, salam sejahtera dan salam 1malaysia. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan ke Majlis Khatamal Quran dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2014 SK Sebandi Ulu, Asajaya. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu, tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian diminta mengambil tempat di dalam dewan.

Rosma(Majlis Bermula)Dari Dewan Masyarakat Kampung Sebandi Ulu, Asajaya, dibawakan secara langsung Majlis Khatamal Quran Peringkat Sekolah 2014.

Dengan ini ,diumumkan perarakan masuk Yang Berbahagiabersama para peserta Khatamal Quran 2014 dengan diiringi Yang Berusaha Penolong Kanan 1 SK Sebandi Ulu, Encik Hadi Bin Haji Seli, Yang Dihormati Ketua Kaum Kpg Sebandi Ulu, Puan Jama Binti Haji Baylai,Yang Dihormati Kaunselor merangkap Pengerusi AJKKK Kampung Sebandi Ulu, Encik Tegak Bin Mat,Yang Dihormati YDP PIBG SK Sebandi Ulu, Encik Let Bin Keram, para guru dan ibu bapa peserta.

(para VIP, tetamu serta peserta Khatamal Quran mengambil tempat)

JohanBismilLahirRahmanirRahim Alhamdulilahhirabbilalamin.. Wasssala tuwassalamu alaasyarafil ambia iwal mursalin. Waala alihi wasahbihiajmain...

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,Sebagai pembukaan majlis kita pada hari yang penuh dengan keberkatan ini, marilah sama-sama kita saksikan Majlis Khatamal Quran yang akan dijayakan oleh murid-murid Tahun 6 Bestari 2014 serta akan dipimpin oleh, Ustaz Sirajuddin Bin Safaie dan Ustaz Johan Bin Haji Gohet. Dipersilakan.

(Selepas Tamat Majlis Khatamal Quran 2014)

Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian,Majlis Khatamal Quran diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada para peserta khatamal quran. Untuk itu, majlis dengan segalanya hormatnya menjemput yang berusaha Penolong Kanan 1, Encik Hadi Bin Haji Seli untuk mengiringi Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah bagi menyampaikan cenderahati kepada para peserta khatamal quran 2014.

(penyampaian cenderahati)

Terima kasih kepada yang berhormat kerana sudi menyampaikan cenderahati kepada para peserta khataml quran 2014.

Hadirin dan hadirat sekalianMajlis kita hari ini akan berhenti rehat sebentar. Majlis akan diteruskan semula pada pukul 10.00 pagi. Harap maklum dan terima kasih.(majlis berhenti rehat sebentar)

JohanMAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2014Tarikh :20 November 2014Masa : 10.00 pagiTepat : Dewan Masyarakat Kampung Sebandi Ulu, Asajaya

Mengumumkan ketibaaan Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Pembangunan Belia dan Menteri Muda Perumahan Negeri Sarawak merangkap ADUN N.14 Asajaya.

MelurHadirin warga dewan sekalian,Perarakan masuk para pelajar Tahun 6 Bestari yang akan menamatkan sesi persekolahan untuk Tahun 2014.(perarakan masuk)

Hadirin Hadirat yang dihormati sekalian,Bagi meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, kita akan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan kita, Negaraku dan lagu sekolah, Gemilang Terbilang Pasti. Para hadirin diminta berdiri bagi menghormati lagu kebangsaan Negara kita dan lagu sekolah.

(Selepas Nyanyian )Terima kasih dan para hadirin dijemput duduk

JohanDari Kuching pergi ke SamarahanTerus pula ke Sebandi UluHarap semua berikan perhatianMohon saya mulakan majlis dahulu,

Yang BerhormatDatuk Haji Abdul Karim Rahman HamzahMenteri Muda Pembangunan Belia dan Menteri Muda Perumahan Negeri Sarawak merangkap ADUN N.14 Asajaya,Yang BerusahaEncik Hadi Bin Haji SeliPenolong Kanan Kurikulum Sekolah Kebangsaan Sebandi UluYang DihormatiPuan Jama bt Haji BaylaiKetua Kaum , Kampung Sebandi UluYang Dihormati,Encik Tegak Bin MatKaunselor merangkap Pengerusi AJKKKKampung Sebandi UluYang DihormatiEncik Let Bin KeramYDP PIBG Sekolah Kebangsaan Sebandi UlBarisan Penolong Kanan Barisan guru Para ibu bapa serta para pelajar yang dikasihi sekalian.Selamat datang ke Majlis Khatamal Quran dan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang SK Sebandi Ulu Tahun 2014.Kami selaku wakil pihak majlis pada pagi ini, turut sama merakamkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin warga dewan khususnya Yang Berhormat Datuk Haji Abdul Karim Rahman kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.Hadirin warga dewan yang dihormati sekalian, Hari ini, tanggal 20 November 2014 bersamaan 27 Muharram 1436 Hijrah, warga dewan akan bersama-sama menyaksikan catatan kenangan manis buat para penerima anugerah tahun ini.Hari Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang yang diraikan saban tahun ini, antara lain mengundang objektif untuk menjadi paksi kepada para pelajar bagi mengukir kecemerlangan dalam segenap bidang pendidikan terutamanya dalam peperiksaan awam waima peperiksaan dalaman.Majlis yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang mempraktikkan budaya membaca melalui Penganugerahan Sijil dan Hadiah Galakan Membaca, Peningkatan Kemajuan Murid Kelas Wawasan,Penghargaan Penglibatan Ko-Kurikulum dan beberapa anugerah khas yang lain. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjadi tonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam diri para pelajar ini.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tangan ditadah penuh inayah,Majlis dibuka penuh rahmatNya,Mohon keberkatan serta hidayah,Moga tercerna minda kelas pertama.Sebelum tirai dibuka, sebelum majlis bermula, moleklah kiranya bersama-sama kita menadah tangan memohon limpah rahmat dan barakah kepada Yang Esa bersama wakil kita pada hari ini iaitu Yang Berbahagia Ustaz Sirajuddin Bin Safaie untuk memimpin bacaan doa. Dengan limpah takzimnya, majlis mempersilakan.

(bacaan doa)