skrip juruacara majlis graduasi 2015

Upload: noraizatidawi

Post on 06-Mar-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

SKRIP JURUACARA MAJLIS GRADUASI & KHATAM AL-QURAN SK KUALA MATU 2015

November 18, 2015SKRIP JURUACARA MAJLIS GRADUASI & KHATAM AL-QURAN SK KUALA MATU 2015

MASAPERISTIWABUTIRAN PENYAMPAIANPENYAMPAI

8.00- 10.00 pagiKhatam Al-QuranUstaz Hamzah take overUstaz Hamzah

Ketibaan tetamu kehormatMengumumkan ketibaan Yang Berbahagia ................................................................mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Daro. (tetamu duduk dalam 30 saat)Acara kita dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Hadirin diminta berdiri.

SalutasiTerima kasih, hadirin dijemput duduk.

Sireh berlipat sireh pinang,Sireh dari pulau Mutiara,Pemanis Kata Selamat Datang,Awal Bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.Yang Berbahagia ............................................................................mewakili Pegawai Pelajaran Daerah Daro.

Yang berusaha,______________________, Guru Besar SKKM.

Yang Berbahagia,____________________________Yang Dipertua PIBG SKKuala Matu.

Yang Berbahagia Yang Berbahagia, Kaunselor, Ketua Kaum Hilir, Ketua Kaum Hulu, Pegawai-pegawai Masjid Kampung Kuala Matu, Barisan Guru Penolong Kanan, guru-guru, ibu bapa serta anak-anak murid sekalian.

Selamat datangDengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha pengasih, Segala puji bagi Allah tuhan pentadbir sekalian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat baginda sekalian.Hari ini menanam jagung,Dibawa ke Perlis bersama peria,Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis penuh ceria

Mencari timba si anak dara,Di bawah sarang burung tempua;Salam sembah pembuka bicara,Selamat datang untuk semua.

Kami mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke :-

MAJLIS GRADUASI & KHATAM AL-QURAN SK KUALA MATU BAGI TAHUN 2015

Bacaan DoaHadirin sekalian,

Lebat kemiri pohonnya rendah,Dahan terikat tali perkasa,Sepuluh jari kami menadah,,Mohon berkat Yang Maha Esa.

Majlis dengan ini menjemput Ustaz Mohd Fauzi bin Isa untuk untuk membacakan doa. Majlis mempersilakan.

Ucapan Aluan oleh GB

Ucapan wakil muridAmin Ya Rabb Al Amin. Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.Hadirin sekalian,Sudilah tuan jalan berlapan,Jalan berlapan di malam kelam,Sudilah tuan beri ucapan ,Kata aluan pemanis kalam.

Seterusnya majlis dengan sukacitanya ingin mempersilakan, ____________________, Guru Besar SKKMbagi menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

Terima kasih atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput adik MOHD AZNIL BIN ALI, Wakil murid SKKM bagi menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan

Ucapan Perasmian Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Daun semulur di pekan sari,Batang jerami rebah ke bumi;Madah dihulur sembah diberi,Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin sekalian,Sampailah saat yang dinanti. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan :

.............................................................................,

untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi & Khatam Al- Quran SKKM bagi tahun 2015.Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ____________________________ atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Persembahan NyanyianHadirin sekalian,Marilah kita sama-sama menumpukan perhatian ke pentas bagi menyaksikan persembahan nyanyian yang akan disampaikan oleh adik Suraya Binti Ismaily dengan tajuk lagunya Habib Ya Habib, dan adik Muhd Nurziehan Bin Muhd Ridzuan dengan tajuk lagunya Potret. Majlis mempersilakan.

Begitulah tadi persembahan nyanyian yang cukup menghiburkan daripada adik Suraya Binti Ismaily dan adik Muhd Nurziehan bin Muhd Ridzuan.

Majlis Graduasi

Sijil Tahun 6 n Prasekolah

Persembahan Koir

Pengawas sekolah dan Pusat Sumber

Pengawas Asrama, KK/ PKK

Penghargaan Ko Kurikulum

Persembahan Tarian

Kehadiran Penuh Kelas

Kehadiran Penuh Asrama

NILAM dan Matapelajaran Terbaik

Persembahan Poco-poco

Kedudukan Dalam Kelas, Wakil Sekolah

Persembahan Zumba

Murid Berpuasa Penuh, Kehadiran Penuh KAFA, Kedudukan Dalam Kelas KAFA

UPKK Terbaik, Anugerah Khas

Persembahan TarianCekal pujangga mencoret madah,Perturun ilham karya sejati,Berdoa sudah berucap pun sudah,Kini tiba arena yang dinanti.

Seterusnya adalah upacara penyampaian hadiah.

Majlis graduasi kita pada pagi ini dimulakan dengan penyampaian sijil untuk murid tahun 6 dan juga penyampaian sijil untuk murid-murid prasekolah SKKM.

Untuk menyampaikan sijil , dijemput

diiiringi________________________________________

Dipersilakan.

Hadirin sekalian,Sungguh harum Si Bunga Raya,Dipetik oleh si anak dara,Kanak-kanak umpama permata,Menjadi harapan Malaysia tercinta.

(RUJUK SENARAI NAMA PENERIMA ANUGERAH)

Terima kasih diucapkan kepada______________________________________ atas kesudian menyampaikan sijil..

Hadirin sekalian, majlis kita berhenti rehat sebentar. Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan koir daripada murid-murid Tahun 6 yang akan menyampaikan 3 buah lagu iaitu lagu__________________________________________________________________________________________

Dipersilakan.

Begitulah persembahan koir yang cukup hebat sebentar tadi. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, kumpulan koir ini telah dipimpin oleh ____________________________________

Majlis sekarang diteruskan dengan Penyampaian Sijil Penghargaan untuk Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber. Untuk menyampaikan sijil, majlis menjemput___________________________________

diiringi___________________________________ untuk naik ke pentas.

TENGOK LIST

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________________________________atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Seterusnya adalah penyampaian Sijil Penghargaan kepada Pengawas Asrama, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas. Untuk itu majlis menjemput ____________________________________diiringi____________________________________untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.

TENGOK LIST

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________________________________atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Seterusnya adalah penyampaian Sijil Penghargaan Ko Kurikulum. Untuk itu majlis menjemput ____________________________________diiringi____________________________________untuk menyampaikan sijil. Dipersilakan.

TENGOK LIST

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________________________________atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Hadirin sekalian, majlis berhenti rehat sebentar. Marilah kita sama-sama menumpukan perhatian ke pentas bagi menyaksikan persembahan tarian _______________________________________daripada _______________________________

Seterusnya ialah penyampaian Hadiah Kehadiran Penuh Kelas. Untuk menyampaikan hadiah, majlis menjemput ____________________________________diiringi____________________________________Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________________________________atas kesudian menyampaikan sijil sebentar tadi.

Majlis seterusnya adalah penyampaian bagi hadiah Kehadiran Penuh Asrama Lelaki Dan Perempuan. Untuk menyampaikan hadiah, majlis menjemput ____________________________________diiringi____________________________________Majlis mempersilakan.

TENGOK LIST

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________________________________atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Mekar angsana pandang tak jemu,Bunganya luruh ke dalam raga,Buku laksana lautan ilmu,Dasarnya penuh mutiara berharga.

Seterusnya, adalah penyampaian anugerah NILAM bagi tahun 2015 dan matapelajaran terbaik. Bagi menyampaikan anugerah, majlis menjemput ____________________________________diiringi____________________________________

TENGOK LIST Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________________________________atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Hadirin sekalian, sekarang marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan poco-poco daripada ____________________________Untuk pengetahuan hadirin, kumpulan poco-poco ini telah dibimbing oleh _____________________

Majlis diteruskan dengan menjemput ____________________________________diiringi____________________________________

bagi menyampaikan hadiah berdasarkan Kedudukan Murid Di Dalam Kelas dan hadiah kepada murid yang mewakili sekolah dalam Sukan dan Ko-Akademik. Dipersilakan.

Terima diucapkan kepada __________________ atas kesudian menyampaikan hadiah.

Hadirin sekalian, majlis akan berhenti rehat sebentar. Marilah kita sama-sama menyaksikan persembahan zumba daripada murid-murid tahun 5 yang telah dibimbing oleh _________________

Pergi sekolah seawal pagi,Melintas jalan berhati-hati,Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,Penerima-penerimanya sabar menanti

Majlis diteruskan dengan penyampaian Sijil dan Hadiah kepada murid KAFA untuk kategori Murid Berpuasa Penuh, Kehadiran Penuh KAFA dan Kedudukan Dalam Kelas KAFA. Bagi menyampaikan anugerah, majlis menjemput ____________________________________diiringi____________________________________

TENGOK LIST Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________________________________atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Gembira mereka menerima hadiah,Lagak gayanya menjulang piala,Anugerah cemerlang berlangsung sudah,Kini menanti kemuncaknya pula.

Hadirin sekalian, sekarang kita sudah tiba ke kemuncak majlis. Bagi menyampaikan anugerah murid cemerlang UPKK dan Anugerah Khas 2015, majlis dengan berbesar hati ingin menjemput dan mempersilakan____________________________________diiringi____________________________________Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada _______________________________________atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Majlis kita teruskan lagi dengan menyaksikan persembahan tarian _______________________ daripada ______________________ yang dibimbing oleh _________________________Dipersilakan.

Penyampaian CenderamataHadirin sekalian,

Seterusnya adalah majlis penyampaian cenderamata, dijemput ____________________________________ bagi menyampaikan cenderamata kepada ____________________________________________sebagai tanda terima kasih dari kami warga SKKM di atas kesudian untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis pada hari ini.Terima kasih diucapkan sekali lagi.

Majlis tamat dan jemput makanTerima kasih diucapkan atas persembahan yang menarik sebentar tadi. Hadirin sekalian, dengan berakhirnya persembahan sebentar tadi, maka berakhirlah Majlis Graduasi & Khatam Al-Quran SKKM bagi tahun 2015.

Kami mewakili pihak sekolah, menyusun sepuluh jari atas segala kekurangan dan kesilapan yang berlaku sepanjang majlis berlangsung.

Subur padi Allah kurnia,Hidup mula di dalam air,Sudah menjadi lumrah dunia,Setiap yang bermula akan berakhir.

Di atas dahan burung tempua,Berkicau-kicauan bertegur siapa,Tanda ingatan kami semuaWarga SKKM jangan dilupa.

Bunga seroja di atas para ,Jatuh ditimpa buah berangan,Andai kata tersilap bicara,Kemaafan jua kami pohonkan.

Pihak majlis ingin menjemput ___________________________________ mengiringi ___________________________________ bersama-sama dengan dif-dif jemputan yang lain untuk ke bilik jamuan bagi menikmati juadah yang disediakan.

Sekian sahaja daripada kami. Wabilahitaufikwalhidayah, Assalamualaikumwarahmatullahi wabarahkatuhTerima kasih

Pengumuman