skrip hari kokurikulum

6
Skrip Hari kokurikulum Hadirin sekalian… dimulakan hajat setinggi gunung, dimulakan dengan lagu pusaka. Oleh itu, bagi memulakan majlis, diminta semua hadirin berdiri bagi menghormati lagu Negaraku. Hadirin dipersilakan duduk 1.Ucapan pembuka majlis Assalamualaikum…… Alhamdullillah………. -Yang Berusaha Tuan Hj Muhamad b Abd Rahim Pengetua SMK Langgar -Yang berusaha Penolong kanan Pentadbiran,Pn Roshidah bt Musa -Yang berusaha Penolong Kanan HEM, En Mohd Azuddin b Mat Tahir -Yang berusaha Penolong kanan Kokurikulum, En Mohd Hashim b Musa -Yang dihormati En Fauzi b Mohamad Yang dipertua PIBG, Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar -Ahli-ahli jawatankuasa PIBG -Guru-guru kanan, guru-guru, -Ibu bapa para waris -dan seterusnya putera puteri cemerlang dari gedung ilmu Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar Meskipun masih mentah mentafsir madah berhelah Tapi, itulah Bakal kuntum-kuntum pewaris Mengharumi persada bonda tanah pusaka -Alhamdullillah, Kita mensyukuri rahmat-Nya Kita meniti kasih-Nya Dan kerana qadim kasih-Nya Kita di sini. Hadirin-hadirat sekalian, Sesungguhnya demi sesungguhnya, Seperti datangnya kelmarin dan semalam itu Yang semakin jauh, tak berkunjung lagi Maka pagi ini, 1

Upload: rohaya-ishak

Post on 23-Jun-2015

2.211 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skrip hari kokurikulum

Skrip Hari kokurikulum

Hadirin sekalian… dimulakan hajat setinggi gunung, dimulakan dengan lagu pusaka.Oleh itu, bagi memulakan majlis, diminta semua hadirin berdiri bagi menghormati lagu Negaraku.Hadirin dipersilakan duduk

1.Ucapan pembuka majlis

Assalamualaikum……Alhamdullillah……….

-Yang Berusaha Tuan Hj Muhamad b Abd RahimPengetua SMK Langgar

-Yang berusaha Penolong kanan Pentadbiran,Pn Roshidah bt Musa

-Yang berusaha Penolong Kanan HEM, En Mohd Azuddin b Mat Tahir

-Yang berusaha Penolong kanan Kokurikulum, En Mohd Hashim b Musa

-Yang dihormati En Fauzi b Mohamad Yang dipertua PIBG, Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar

-Ahli-ahli jawatankuasa PIBG

-Guru-guru kanan, guru-guru,-Ibu bapa para waris-dan seterusnya putera puteri cemerlang dari gedung ilmu Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar Meskipun masih mentah mentafsir madah berhelah

Tapi, itulah Bakal kuntum-kuntum pewaris Mengharumi persada bonda tanah pusaka

-Alhamdullillah, Kita mensyukuri rahmat-Nya Kita meniti kasih-Nya Dan kerana qadim kasih-Nya Kita di sini.

Hadirin-hadirat sekalian,

Sesungguhnya demi sesungguhnya,Seperti datangnya kelmarin dan semalam ituYang semakin jauh, tak berkunjung lagiMaka pagi ini,Entah kali keberapa agaknyaKafeteria bertuah ini menjadi saksiMenyambut majlis sebesar ini

Bukan pilis sebarang pilisWaris pusaka budaya bangsaBukan majlis sebarang majlis

1

Page 2: Skrip hari kokurikulum

Anugerah kokurikulum diberi nama

Maka, hari ini,Pada hitungan hari yang ke-22Bulan September 2012Kita terpanggil untuk menjayakanSambutan Hari kokurikulum Bersama Warga SMK. Langgar

Dan,Kepada tetamu yang meluangkan serincik waktuYang bertandang dengan undanganYang hadir dengan bersalamYang bersimpuh dengan bersuruhSetitik budi tuan-tuan jadi bandinganTeringat kami jadi kenanganPun begitu, kepadaYang Dipertua PIBGYang sudi menyeriKedatangan tuan kami sambut

Dengan kompang mengiringi langkahKilauan manggar memagari jalananDeretan guru merai kedatangan

Maka kami menjunjung budiDan kasih yang setingginya

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kata orang,Merahnya inai mencari kukuKuningnya kunyit mencari kapurMaka, adat majlis teruskan acara

2.Bacaan doa – Ustaz Abdul Rahim bin Husin

Kini,Kita semaikan benih-benih doaKe Hadrat IlahiMelafazkan kalimah setulus hatiMoga majlis sentiasa diberkati

Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Ustaz Abdul Rahim bin Husin untuk memimpin kita membaca doa.

Dengan hormatnya dipersilakan

Terima kasih

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Alfadil Ustaz Abdul Rahim bin Husin.

3.Laporan Tuan Pengetua

Tuan-tuan dan puan-puan,

2

Page 3: Skrip hari kokurikulum

Untuk mendahului acaraBagi melangsungkan bicara

Majlis dengan segala hormat mempersilakan Tuan Haji Mohamad b Abd Rahim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar untuk menyampaikan ucapan dan laporan sekolah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Terima kasih

Sesamudera kasih diucapkan kepada Tuan Haji Mohamad b Abd Rahim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar atas kesudian beliau menyampaikan ucapan dan laporan sekolah.

4.Ucapan Perasmian – YDP PIBG

Hadirin-hadirat sekalian,

Dengan budi yang bercambahDengan kasih yang terserlah

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berusaha En Fauzi b Mohamad, Yang Dipertua PIBG SMK Langgar untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.

Dengan hormatnya dipersilakan

Terima kasih

Majlis menyampaikan madah berbingkis kalungan bunga ucapan terima kasih tak terhingga untuk Yang Dihormati En Fauzi b Mohamad, YDP PIBG atas kesudian beliau menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan perasmian majlis pada hari ini.

Persembahan multimedia

Majlis merakamkan setinggi-tinggi rasa terima kasih kepada En Fauzi b Mohamad atas kesudian beliau menyempurnakan gimik perasmian.

Kini kami sajikan kepada tuan-tuan warna-warna kegemilangan pelajar-pelajar dalam bidang kokurikulum melalui persembahan multi media. Dipersilakan.

** Demikianlah tadi persembahan yang dilakukan oleh pasangan kembar SMK Langgar iaitu adk Shahida dan syahirah bt Said dari tingkatan 4 Bestari.

3

Page 4: Skrip hari kokurikulum

Penyampaian Hadiah

Hadirin-hadirat sekalian,

Sekarang …tibalah masanya untuk acara penyampaian hadiah dan sijil kepada guru dan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar yang cemerlang.

- Untuk itu…majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tn. Hj Mohamad b Abd Rahim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar untuk menjemput Yang Dihormati En Fauzi b Mohamad bagi menyempurnakan acara penyampaian hadiah dan sijil kepada guru dan para pelajar.

- Dengan hormatnya dipersilakan

- Senarai penerima hadiah dan sijil dirujuk

Terima kasih

- Majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dihormati En Fauzi b Mohamad kerana kesudian beliau menyempurnakan acara penyampaian hadiah dan sijil kepada guru dan para pelajar.

Cenderahati kepada YB PPD Menjemput

Hadirin-hadirat sekalian,

- Sekalung budi, seikhlas rasa- Untuk itu……..sebagai tanda terima kasih kami, sekali lagi dijemput Yang

Berusaha Tn. Hj. Mohamad b Abd Rahim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Dipertua PIBG. En Fauzi b Mohamad

- Dengan hormatnya dipersilakan

Terima kasih

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn. Hj. Mohamad b Abd Rahim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar.

Penutup

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempurnalah sudah majlis Perasmian Hari Kokurikulum SMK Langgar bagi Tahun 2012 pada pagi ini. Semoga kecemerlangan kokurikulum SMK Langgar akan mewarnai kegemilangan pelajar dan guru, ins. Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha Tn Pengetua mengiringi Yang dihormati En Fauzi b Mohamad, para jemputan serta hadirin sekalian untuk sesi lawatan ke gerai-gerai jualan dan

4

Page 5: Skrip hari kokurikulum

seterusnya ke Majlis Jamuan Ringan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Hadirin sekalian,

Setinggi mana gunung didakiSepantas mana kaki dibawa berlariDan sedalam mana lautan diselamiAkan terhenti jua di tepian hariMaka begitulah jugaSejauh mana acara diaturAkan berakhir juga di rembang hari

Sekian,Sambutlah salam ukhwah penuh kemesraan,Wabillahhitaufikwalhidayah…………

5