skrip drama.doc

11
Babak 1 Watak : Serigala dan Kura-kura. Latar Belakang : Tepi sungai Props : Daging Pementasan Bermula : Muzik…… Pada suatu hati, ada seekor serigala bernama Dodo. Dodo berasa sangat lapar sambil menyanyi. (lirik lagu : Daging daging engkaulah makanan saya, Bilaku lapar memangku rindu sekali, Daging daging engkaulah makanan saya. Ubahsuai daripada lagu ibu) DODO : Aduh, laparnya! Aku sudah dua hari tak makan. Tuhan oh tuhan, tolonglah aku! Kesiannya Dodo ini, ia berjalan-jalan dengan perut yang lapar untuk mencari makanan. Ketika dodo berjalan-jalan untuk mencari makanan, tiba-tiba dodo terjumpa seketul daging, maklumlah dagingkan makanan kegemaran Dodo. Dodo sangat gembira. DODO : Wah, daging ni besarnya! Nasib baiklah hari ini, aku nak bawa daging ini balik ke rumah! Hahahahah~~~ Dodo membawa daging tersebut pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Waktu nak balik, dodo melalui satu titi. Dodo pun meniti dengan penuh berhati-hati. Tiba-tiba Dodo ternampak ada lagi seekor serigala yang membawa daging yang lagi besar daripada daging Dodo. Dengan sikap tamak Dodo

Upload: celyn-lee

Post on 12-Nov-2015

244 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Babak 1

Watak

:Serigala dan Kura-kura.

Latar Belakang:Tepi sungai

Props

:Daging

Pementasan Bermula : MuzikPada suatu hati, ada seekor serigala bernama Dodo. Dodo berasa sangat lapar sambil menyanyi. (lirik lagu : Daging daging engkaulah makanan saya, Bilaku lapar memangku rindu sekali, Daging daging engkaulah makanan saya. Ubahsuai daripada lagu ibu)DODO

:Aduh, laparnya! Aku sudah dua hari tak makan. Tuhan oh

tuhan, tolonglah aku!

Kesiannya Dodo ini, ia berjalan-jalan dengan perut yang lapar untuk mencari makanan.

Ketika dodo berjalan-jalan untuk mencari makanan, tiba-tiba dodo terjumpa seketul

daging, maklumlah dagingkan makanan kegemaran Dodo. Dodo sangat gembira.

DODO

:Wah, daging ni besarnya! Nasib baiklah hari ini, aku nak

bawa daging ini balik ke rumah! Hahahahah~~~

Dodo membawa daging tersebut pulang ke rumah dengan hati yang gembira. Waktu nak balik, dodo melalui satu titi. Dodo pun meniti dengan penuh berhati-hati. Tiba-tiba Dodo ternampak ada lagi seekor serigala yang membawa daging yang lagi besar daripada daging Dodo. Dengan sikap tamak Dodo yang mahukan daging yang ada pada daging serigala itu. Dodo pun mula menyalak pada serigala itu.

DODO

:Woof ,woof, woof(Menyalak dengan garang sekali.)

Apabila Dodo menyalak, daging dalam mulutnya pun terjatuh ke dalam sungai. Sambil berteriak, Dodo menerjun ke dalam sungai untuk mendapat balik daging. Selepas terjatuh dalam sungai, barulah Dodo sedar bahawa serigala yang ia nampak tadi adalah bayang-bayang Dodo sendiri. Yang lagi teruk ialah Dodo tidak tahu berenang!

DODO

:Tolong, tolong, tolong!

Pada masa itu, seekor kura-kura terdengar jeritan Dodo, ia pun terjun ke dalam sungai

menyelamatkan Dodo.

DODO

:Terima kasih, si kura-kura! Awak menyelamatkan nyawa aku, tanpa awak, matilah aku hari ini.KURA-KURA:Kenapa awak begitu cuai, tahu sendiri tak tahu berenang,

mestilah meniti dengan berhati-hati.

DODO

Aku terjatuh sebab

Dodo pun menceritakan apa yang telah berlaku. Selepas Kura-kura mendengar cerita Dodo, ia pun mula memberi nasihat kepada Dodo.

KURA-KURA:Disebabkan sikap tamak awak ni, awak langsung tidak

dapat makan daging itu serta menyebabkan awak rugi dan langsung tidak mendapat apa-apa keuntungan. Oleh itu, kita haruslah bersyukur.

DODO

Saya sudah sedar akan kesalahan saya

Dodo pun meninggalkan diri dan terus mencari makanan.

Kemudian, Si kura-kura berjalan ke dalam hutan.

Babak 2

Watak

:Kura-kura, Pelanduk dan Sang Kancil.

Latar Belakang:Hutan dan dusun buah-buahan.

Props

:Buah rambutanPementasan Bermula : MuzikSemasa kura-kura bersiar-siar di dalam hutan, ia bertemu kawan baiknya Si Pelanduk.

SI PELANDUK:Hai, Si Kura-kura, apa khabar?

SI KURA-KURA:Khabar baik, Si Pelanduk.

SI PELANDUK:Wah, cuaca hari ini sangat baguslah, saya suka cuaca

macam ini.

SI KURA-KURA:Wah, tengok tu, pokok sana penuh dengan buah!

SI PELANDUK:Wah, nampaknya sangat sedap, jom, kami makan manggis.

SI KURA-KURA:Kulit manggis ini banyak getah, lepas kamu makan nanti,

mulut kamu melecup dan tak cantik.

SI PELANDUK:Aduh, macam ini tak dapat makan manggislah.

Mereka teruskan perjalanan mereka.

SI PELANDUK:Tengok tu, banyak rambutan di atas pokok, buah manggis

tak boleh makan apatah kita makan buah rambutan.

SI KURA-KURA:Tapi buah rambutan ini ada tuan punyalah, mana boleh kita

makan buah orang lain.

SI PELANDUK:Bolehlah, bolehlah, saya suka makan buah rambutan, saya

nak sekarang juga.

SI KURA-KURA:Eh..(Berfikir-fikir.)

Kura-kura pun berfikir, mahukan ia cabut rambutan tersebut? Selepas berfikir, kura-kura memutusi mencabut buah rambutan itu, sebab ia takut kawan baiknya marah. Ia pun mula memanjat pokok.

SI PELANDUK:Wah, awak banyak kacaklah, kura-kura. Pandainya!~

SI KURA-KURA:Ah, dah habis cabutlah,letihnya, boleh turunlah ni.

Si Kura-kura pun turun dari pokok. Tiba-tiba ia terpijak alarm inframerah.

(Bunyi alarm berbunyi.)

Si kura-kura dan Si Pelanduk terperanjat apabila mendengar bunyi alarm yang begitu kuat.

SI KURA-KURA:Alamak, sekuriti pasti datang, macam mana sekarang?

SI PELANDUK:Eh...awak jaga sendiri, saya cabut dulu, selamat tinggal!

Hehehe~

Si pelanduk memugut semua rambutan dan terus meninggalkan kura-kura.

SI KURA-KURA:Eih, tunggu saya~ jangan pergi dulu! awak ni memang tak

mengenang budi saya, bahkan kacang lupakan kulit

Semasa kura-kura menuruni lantai, ia terus ditangkap oleh sekuriti serta-merta

SI KURA-KURA:Ah! bukan ni sahabat saya, sang kancil yang cerdik?

SANG KANCIL:Betul~~Aku baru jadi sekuriti semalam.

SI KURA-KURA:Ehh...kancil, kita kawan karib, bukan? Tolong~~ Lepaslah

saya~~

SANG KANCIL:Tak boleh leh, awak tahu aku ini bukan sahaja cerdik,

pandai, kacak, baik hati, tetapi juga adil! Memang awak

sahabatku, tapi aku masih kena tangkap awak leh!

SI KURA-KURA:Hai...tidak lama dulu, saya baru menasihati Dodo supaya

jangan tamak, tak sangka saya pun yang tamak pula, saya

amat menyesali...

SANG KANCIL:Ada kala, kita hanya tahu cakap orang, tapi sendiri

pun buat sama, kena tahu ada hujan, ada panas, ada hari,

ada balas

Kemudian, sang kancil membawa kura-kura pergi ke balai polis.

Babak 3

Watak

:Sang Kancil, Sang Buaya.

Latar Belakang:Hutan

Props

:

Pementasan Bermula : MuzikDisebabkan kes mencuri rambutan itu, Sang Kancil telah dimarahi penyelianya dan dipecat jawatan. Oleh itu, ia kehilangan sumber gaji, dan tidak mampu membeli makanan. Suatu hari nanti, Sang Kancil berasa lapar dan berjalan-jalan di dalam hutan untuk mencari makanan. Oleh kerana makanan di sekitar kawasan kediamannya telah berkurangan, Sang Kancil berniat untuk mencari makanan di luar kawasan kediamannya.

Tiba-tiba Sang Kancil terpandang seberang sungai terdapat banyak buah-buahan kegemarannya yang sedang masak ranum.

Sang Kancil

: Nampak alangkah enaknya, jika aku dapat menyeberangi

sungai ini, dapatlah aku menikmati buah-buahan tersebut.

Sang Kancil terus berfikir mencari akal bagaimana untuk menyeberangi sungai yang sangat dalam dan deras arusnya. Tiba-tiba Sang Kancil terpandang Sang Buaya yang sedang asyik berjemur di tebing sungai. Tanpa berlengah-lengah lagi, Sang Kancil terus menghampiri Sang Buaya yang sedang berjemur.

Sang Kancil

Hai, sahabatku, apa khabar awak pada hari ini?

Sang Buaya

:Sang Kancil? Berani engkau, engkau tak tahu ke buaya

suka makan daging kancil?

Sang Kancil

Ya, Sang Buaya. Tapi aku ada pesanan penting dari orang

kaya.

Sang Buaya

:Pesanan penting?

Sang Kancil

Ya, Sang Buaya. Orang kaya minta aku mengira bilangan

binatang-binatang di hutan ini, supaya dia adakan makan.

Semua Sang Buaya:(Menjerit dengan gembira.) Makanan!

Sang Buaya

:Baiklah kancil, kita mula mengira sekarang. Buaya-buaya

sekalian, kita mula berkumpul!

Sang Kancil

Eh, Sang Buaya. Lebih baik kita mengira di dalam sungai,

takut nanti ada yang tertinggal.

Sang Buaya

:Ya juga. Buaya sekalian, berkumpul di dalam sungai!

Buaya-buaya pun mula berbarisan di dalam sungai. (Bunyi terjun ke dalam sungai.)

Sang Buaya

:Sang Kancil, engkau boleh kira sekarang.

Sang Kancil

Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh!

Sang Buaya

:Semua berapa, kancil?

Sang Kancil

Ada tujuh ekor buaya yang bodoh!

Sang Buaya

:Ah!

Sang Kancil

Sebenarnya aku cuba nak menyeberang sungai ini, hi hi

hi

Sang Buaya

:Jadi, tak adalah makan?

Buaya-buaya

:Kita kena tipu! Ini semua engkau punya pasal, betul!

Semua buaya mengejar Sang Buaya untuk membelasahnya.

Mana tahu, buah-buahan di seberang sungai sudah habis dimakan oleh monyet, sepandai-pandai kancil, melepas juga. Semacam kata pepatah: "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga."

Sekian terima kasih!