skrip drama puteri salju dan lima bidadari hutan.doc

Upload: ahmad-zafirullah-shukri-zulkefli

Post on 14-Apr-2018

291 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 skrip DRAMA PUTERI SALJU DAN LIMA BIDADARI HUTAN.doc

    1/10

    PUTERI SALJU DAN TUJUH ORANG KERDIL

    Situasi 1 : Puteri Salju dan dua orang dayang masuk ke pentas

    ( bunyi kicauan burung )

    Puteri : Dayang, sudah sebulan ayahanda beta mangkat. Beta rasa

    sunyi dan sedih.

    Dayang : Tidak mengapalah tuan puteri. Hamba dan dayang-dayang yang

    lain ada untuk menemani puteri di sini.

    Puteri : Ibu tiri beta sentiasa keluar sahaja.Dayang : Permaisuri kemana ya?

    Puteri : Entahlah dayang. Ke bandar agaknya. Setiap kali pulang, banyak

    pakaian cantik dan barang kemas baharu yang dibelinya.

    Dayang : Ye ke? Oh, begitu.

    Puteri : Dayang-dayang, mari kita turun ke taman. Beta rasa hendak

    memetik bunga pula.

    Dayang : Baiklah tuan puteri.

  • 7/27/2019 skrip DRAMA PUTERI SALJU DAN LIMA BIDADARI HUTAN.doc

    2/10

    Situasi 2 : Permaisuri masuk ke pentas bersama cermin ajaib dan ketua

    dayang. ( bunyi suspens )

    Permaisuri : Ha! Ha! Ha! Wahai cermin sakti kesayanganku. Siapakah wanita

    yang paling cantik di negara ini.

    Cermin : Ampun tuanku. Permaisurilah wanita yang paling cantik di negara

    ini.

    Permaisuri : Sudah tentu beta yang paling cantik. Itulah kenyataannya . Ha!Ha!

    Ha! Kamu dengar tak dayang? Betalah paling jelita.

    Dayang : Benar, permaisurilah yang paling cantik.

    Permaisuri : Bagus dayang.

    Dayang : Permaisuri, minggu depan akan diadakan majlis tari-menari di

    istana.

    Permaisuri : Untuk apa?

    Dayang : Sempena hari lahir Puteri Salju yang ke 18 tahun.

    Permaisuri : Perlu ke buat besar-besaran? Menyampah beta . Lebih-lebih

    pulak.

    Dayang : Kad jemputan telah diedar dan persiapan telah dibuat, permaisuri.

    Permaisuri : Baiklah. Catat dalam diari beta. Menyibuk!

    Situasi 3: Majlis Sambutan Hari Jadi Puteri Salju. Puteri Salju dan 3

    orang penari masuk ke pentas. Muzik dipasang. Penari

    mengambil tempat. (lagu : Echo)

  • 7/27/2019 skrip DRAMA PUTERI SALJU DAN LIMA BIDADARI HUTAN.doc

    3/10

    Situasi 4 : Permaisuri, cermin dan ketua dayang masuk ke pentas.

    (bunyi suspens)

    Permaisuri : Dayang, mana Puteri salju?

    Dayang : Ada tuanku. Puteri selalu berada di taman.

    Permaisuri : Oh. Eh cermin. Mari sini! Wahai cermin ajaibku, siapakah wanita

    yang paling cantik di negara ini?

    Cermin : Puteri Saljulah wanita paling cantik di negara ini.

    Permaisuri : Apa?! Puteri Salju? Beta tak percaya! Lebih baik kamu tengok

    baik-baik. Nanti beta pecahkan muka kamu!

    Cermin : Benar, tuanku. Ini kenyataan. Puteri Salju paling cantik.

    Permaisuri di tempat kedua.

    Permaisuri : Tidak!!!! Pengawal! Pengawal! Mari kamu ke sini!

    Pengawal : Patik mengadap permaisuri.

    Permaisuri : Pengawal, kamu bawa Puteri Salju ke hutan. Bunuh dia dan bawa

    hatinya kepada beta. Sekarang!

    Pengawal : Perintah akan dilaksana, tuanku.

  • 7/27/2019 skrip DRAMA PUTERI SALJU DAN LIMA BIDADARI HUTAN.doc

    4/10

    Situasi 5 : Pengawal dan Puteri Salju masuk ke pentas ( bunyi hutan )

    Pengawal : Cepat jalan!

    Puteri : Kamu hendak bawa beta ke mana?

    Pengawal : Ini arahan permaisuri. Patik hanya jalankan perintah.

    Puteri : Tolonglah jangan bunuh beta. Apa salah beta? Bantulah beta...

    Pengawal : Patik telah diarahkan untuk membunuh puteri dan membawa hati

    tuan puteri kepada permaisuri. Jika tidak, patik pula akan dihukum

    pancung.

    Puteri : Apa kata jika kamu lepaskan beta. Gantikan hati beta dengan

    hati ayam hutan.

    Pengawal : Hati ayam kecil sangat, tuan puteri. Lagipun permaisuri suka

    makan hati ayam masak kicap. Mesti permaisuri dapat bezakan

    hati ayam dengan hati manusia.

    Puteri : Ye ke? Betul juga... Kita ambil hati rusa .

    Pengawal : Baiklah. Patik lepaskan puteri, dengan satu syarat. Puteri mesti

    berjanji tidak akan pulang lagi keistana selama-lamanya.

    Puteri : Baiklah. Beta berjanji. Eh, pengawal, di sana ada seekor rusa.

    Cepat tangkap!

  • 7/27/2019 skrip DRAMA PUTERI SALJU DAN LIMA BIDADARI HUTAN.doc

    5/10

    Situasi 6: Puteri terus berjalan di atas pentas. Terjumpa sebuah rumah.

    Orang kerdil datang dan terkejut melihat puteri.

    Puteri : Eh, rumah siapa ni? Tak ada orang la. Baik beta berehat di sini.

    (Tidur di situ)

    Kecil : Eh, tolong! Tolong! Ada penceroboh!

    Gagah : Cepat tangkap dia. Pencuri ya?

    Puteri : Maafkan beta.... beta ingatkan rumah ni kosong. Beta hanya

    tumpang tidur.

    Tegas : Kalau ada rumah, mestilah ada tuannya. Tak faham ke?

    Puteri : Maafkan beta...

    Riang : Siapa kamu? Beraninya datang ke hutan seorang diri.

    Puteri : Nama beta Puteri Salju. Beta telah dianiaya oleh ibu tiri beta dan

    dihantar ke hutan.

    Lembut : Eh, kesian puteri yang cantik ni. Mari kita tolong dia.

    Tegas : Apa pulak nak kesian. Pandai-pandai la nak hidup.

    Comel : Jangan pedulikan dia, puteri. Dia ni moody sikit. Tapi baik hati.

    Rajin : Baiklah. Kami setuju. Puteri Salju boleh tinggal bersama kami.

    Kami ni orang kerdil. Nama saya Riang. Ini Kecil, Gagah, Rajin,Lembut, Tegas dan Comel.

    Puteri : Terima kasih semua. Awak semua memang baik hati.

  • 7/27/2019 skrip DRAMA PUTERI SALJU DAN LIMA BIDADARI HUTAN.doc

    6/10

    Situasi 7: Permaisuri, cermin dan dayang masuk ke pentas.

    ( bunyi suspens)

    Permaisuri : Wahai cermin sakti. Puteri Salju telah mati. Siapakah wanita

    paling cantik di Negara ini?

    Cermin : Puteri Saljulah wanita yang paling cantik di negara ini.

    Permaisuri : Apa? Ini bermakna dia masih hidup. Habis tu, hati siapa yang

    dibawa oleh pengawal semalam? Nak tipu beta ya? Pengawal!

    Pengawal!

    Pengawal : Masuk mengadap, tuanku.

    Permaisuri : Berani kamu tipu beta. Tangkap dia dan penggal kepalanya.

    Pengawal : Tolong....tolong.... maafkan patik...

    Permaisuri : Beta mesti bunuh Puteri Salju hari ini juga.

    ________________________________________________________________

  • 7/27/2019 skrip DRAMA PUTERI SALJU DAN LIMA BIDADARI HUTAN.doc

    7/10

    Situasi 8 : Puteri dan orang kerdil masuk ke pentas.

    Rajin : Puteri Salju, kami pergi bekerja dahulu. Tuan puteri jagalah

    rumah ini seperti rumah sendiri.

    Puteri : Baiklah. Beta akan masak lauk yang sedap untuk kamu semua

    makan selepas balik bekerja nanti.

    Comel : Wah, bestnya...ada orang tolong masak untuk kami.

    Kecil : Puteri Salju, tapi.....tuan puteri perlu berhati-hati tinggal seorang

    di rumah ini. Kawasan ni terpencil. Takut ada pula penjahat yang

    datang. Jangan buka pintu jika ada orang yang tak dikenali. Ok?

    Puteri : Bidadari semua janganlah risau. Beta taka pa-apa. Beta janji akan

    berhati-hati. Cepatlah pergi. Nanti lambat pula.

    Orang kerdil

    (semua ) : Selamat tinggal, puteri. Bye...

    Bunyi orang kerdil menyanyi.

  • 7/27/2019 skrip DRAMA PUTERI SALJU DAN LIMA BIDADARI HUTAN.doc

    8/10

    Situasi 9: Puteri terus membuat kerja. Tiba-tiba datang seorang perempuan

    tua mengetuk pintu.

    Tok! Tok! Tok!

    Puteri : Ye...siapa tu? Penjual ubat ke? Maaflah. Beta tak nak beli..

    Orang tua : Minta maaf anakku... nenek datang ni bukannya nak jual ubat.

    Nenek sedang memetik buah tadi. Ternampak rumah anak ni.

    Kenapa tinggal di hutan berseorangan. Tidak takut ke?

    Puteri : Oh, maafkan beta. Beta ingatkan penjual ubat tadi. Beta tak

    tinggal berseorangan. Ini rumah 5 bidadari hutan. Beta telah diusir

    oleh ibu tiri beta yang jahat ke dalam hutan. Ibu tiri beta mahu

    membunuh beta. Nasib baik beta dapat melepaskan diri.

    Orang tua : Kesian...Kesian....malang sungguh nasib kamu. Baiklah, nenek

    nak balik ni. Tapi, ambillah epal yang masak ranum ini. Nenek beri

    percuma. Makanlah. Nenek ada banyak lagi buah-buahan lain di

    dalam bakul ni.

    Puteri : Betul ke ? Sedap nampaknya epal ni. Dah lama beta tidak makan

    epal. Asyik makan buah pisang je... Terima kasih. (Puterimenggigit buah epal, lalu pengsan)

    (Muzik latar: Creepy )

    Orang tua itu ketawa dengan kuat lalu membuka penutup kepalanya.

    Orang tua : Ha! Ha! Ha! Padan muka kamu, Puteri Salju. Betalah Permaisuri

    yang kamu katakana itu. Berani kamu melarikan diri dari beta.

    Sekarang kamu telah makan epal beracun itu. Matilah kamu.....

    Ha! Ha! Ha! (Berjalan keluar pentas)

  • 7/27/2019 skrip DRAMA PUTERI SALJU DAN LIMA BIDADARI HUTAN.doc

    9/10

    Situasi 10 Orang kerdil balik ke rumah dan terkejut melihat keadaan

    puteri.

    Gagah : Eh, kenapa puteri salju?

    ( Orang kerdil duduk mengelilingi puteri , tunduk dan menangis. Muzik latar :

    creepy )

    Putera dan pengawal masuk ke pentas.

    Putera : Pengawal, hari ni nampaknya kita tiada binatang buruan. Seekor

    rusa atau arnab pun tiada.

    Pengawal : Ha! Tu ada rusa putera. Cepat panah.

    Putera : Oh....tak kena pulak. Dah lari la...

    Pengawal : Putera, dengar tak bunyi tu?

    Putera : Apa? Ye lah. Ada bunyi tangisan.

    Pengawal : Hamba takutlah putera. Entah2 hantu hutan menangis mintak

    tolong tak? Eiii seramnya.

    Putera : Mengarut. Mari kita tengok kat sana. Bunyi tu dating dari sana.Pengawal : Ada orang. Kenduri ke? Ramai2 tu...

    Putera : Mengapa kamu semua menangis? Siapa yang mati ni?

    Riang : Ini Puteri Salju. Puteri bukan mati. Tapi termakan epal racun yang

    disihir oleh permaisuri jahat.

    Putera : Apa? Kena sihir? Pengawal, ambilkan kotak pertolongan cemas

    kita. Beta ada penawar racun.

  • 7/27/2019 skrip DRAMA PUTERI SALJU DAN LIMA BIDADARI HUTAN.doc

    10/10

    (Putera memberi puteri minum ubat penawar. Puteri terjaga)

    Puteri : Ah...Ah... Apa yang telah berlaku? Kena beta tak sedarkan diri...

    Sia...siapa kamu?

    Tegas : Puteri, inilah penyelamat tuan puteri.

    Putera : Nama beta Putera Adi dari negara jiran. Ini pengawal beta.

    Gagah : Tuan putera mesti membela nasib Puteri Salju. Puteri telah

    dianiaya ibi tirinya yang jahat dan kejam.

    Putera : Baiklah. Pengawal, bawakan tentera kita ke istana permaisuri itu

    dan tawan semua penjahat.

    Pengawal : Perintah akan dilaksana. Patik minta diri dulu.

    Puteri : Jangan bunuh permaisuri. Dia masih ibu beta.

    Putera : Jangan risau, ayahanda beta akan hokum dia dengan setimpal.

    Puteri : Terima kasih. Putera Adi memang baik hati.

    Putera : Puteri Salju juga baik hati dan sangat cantik. Bolehkah kita

    bersahabat mulai hari ini? Marilah melawat istana beta.

    Puteri : Baiklah.

    Sekian, terima kasih