skill for a brighter future - sabah.gov
TRANSCRIPT
“ Skill For A Brighter Future”
KERTAS KONSEP
SABAH SKILL COMPETITION
TAHUN 2014
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KOTA KINABALU
JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
JALAN 3, KKIP SELATAN,
88460 KOTA KINABALU
SABAH
TEL : 088-499 825
FAKS : 088-499 851
1. BUTIRAN PROGRAM
Nama Program : Sabah Skill Competition 2014
Tarikh : 16 ogos 2014
Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang
Tempat : Suria Sabah
2. PENGENALAN
Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu (ILPKK) merupakan sebuah institusi latihan
kemahiran awam di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia yang telah
beroperasi sejak tahun 2001 untuk menyediakan latihan kemahiran kepada belia-belia di Sabah.
Bagi membantu hasrat kerajaan untuk mengarusperdanakan bidang latihan kemahiran negara
selaras dengan Teras Keempat dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk
membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia bagi negara, ILPKK mengambil inisiatif
atas dasar tanggungjawab institut kepada masyarakat (Corporate Social Responsibility) untuk
mengadakan satu pertandingan kemahiran yang dinamakan Sabah Skill Competition. Tema Sabah
Skill Competition 2014 adalah “ Skill For A Brighter Future”. Pertandingan ini adalah terbuka
kepada semua rakyat Sabah berdasarkan beberapa kategori pertandingan.
3. TUJUAN
Pertandingan kemahiran Sabah Skill Competition diadakan untuk:
i. Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bidang kemahiran bagi mengubah persepsi
masyarakat bahawa bidang kemahiran adalah bidang kelas kedua.
ii. Menonjolkan ikon kemahiran untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa belia yang
menceburi bidang kemahiran boleh lebih berjaya daripada belia aliran akademik.
iii. Mempromosikan bidang kemahiran sebagai menyambut seruan kerajaan untuk
meningkatkan peratus pekerja mahir dari 28% ke 38 % pada tahun 2015 dan 50% pada
tahun 2020.
iv. Mendapatkan penglibatan industri dan agensi-agensi bukan kerajaan untuk sama-sama
memastikan graduan bidang kemahiran boleh mendapat pekerjaan dengan mudah di
industri serta mengurangkan job mismatch di antara graduan dan keperluan industri.
4. KERJASAMA PENGANJURAN
Penganjuran Sabah Skill Competition tidak akan dapat dilaksanakan tanpa sokongan dan bantuan
dari banyak pihak. Oleh itu, penganjuran pertandingan ini akan melibatkan kolaborasi dengan
beberapa jabatan persekutuan dan negeri Sabah. Semua agensi yang terlibat akan dilantik untuk
mengaggotai Jawatankuasa Induk Sabah Skill Competition 2014 kelak.
5. PERINCIAN PERTANDINGAN
5.1 Kategori Penyertaan
Kategori Bidang yang dipertandingkan
Sekolah Menengah/ Sekolah Teknik/
Kolej Vokasional
Lukisan Kejuruteraan
Elektronik
Institut Latihan Kemahiran Awam/
Institut Latihan Kemahiran Swasta
Pendawaian Kawalan Motor
Computer Aided Design
Syarikat Pendawaian Kawalan Motor
Computer Aided Design
Terbuka
Tatarias dan Dandanan Rambut
Hiasan Kek
Sulaman/Anyaman (OKU)
5.2 Penjurian
Penyertaan akan dinilai oleh satu Panel Penilai / Hakim yang terdiri daripada individu-individu
yang berkelayakan dan tidak mempunyai kepentingan dalam pertandingan ini. Keputusan
Panel Penilai / Hakim adalah MUKTAMAD.
5.3 Hadiah
Hadiah berupa trofi, wang tunai dan sijil penyertaan akan diberi kepada pemenang bagi semua
bidang seperti berikut:-
Kategori Bidang Tempat Pertama Tempat Kedua Tempat Ketiga
Kategori
Sekolah
Elektronik RM1,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM700.00 + trofi +
sijil penyertaan
RM500.00 + trofi +
sijil penyertaan
Lukisan
Kejuruteraan
RM1,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM700.00 + trofi +
sijil penyertaan
RM500.00 + trofi +
sijil penyertaan
Kategori
Institusi
Pendawaian
Kawalan Motor
RM5,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM3,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM1,500.00 + trofi
+ sijil penyertaan
Computer Aided
Design
RM5,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM3,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM1,500.00 + trofi
+ sijil penyertaan
Kategori
Syarikat
Pendawaian
Kawalan Motor
RM5,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM3,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM1,500.00 + trofi
+ sijil penyertaan
Computer Aided
Design
RM5,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM3,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM1,500.00 + trofi
+ sijil penyertaan
Kategori
Terbuka
Tatarias dan
Dandanan Rambut
RM3,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM2,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM1,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
Hiasan Kek RM3,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM2,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM1,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
Sulaman/Anyaman
(OKU)
RM3,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM2,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
RM1,000.00 + trofi
+ sijil penyertaan
5.4 Anugerah
Anugerah Khas Tangan Emas Ketua Menteri Sabah akan dianugerahkan kepada seorang
peserta terbaik berupa trofi beserta hadiah wang tunai RM5,000.00 dan sijil.
6. ATURCARA DAN PENGISIAN PROGRAM
Semua bidang pertandingan akan bermula secara serentak pada jam 10.00 pagi. Tempoh masa
pertandingan adalah berdasarkan bidang dan berakhir selewat-lewatnya pada jam 4.00 petang.
Sepanjang tempoh pertandingan para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan artis-artis
jemputan dan diselitkan dengan sesi perkongsian oleh ikon-ikon kemahiran yang berjaya dalam
hidup.
Pengunjung juga boleh mengunjungi booth pameran oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta untuk
memperoleh lebih banyak informasi berkenaan latihan kemahiran yang terdapat di Sabah.
Dianggarkan sebanyak 40 booth pameran akan dibuka pada hari tersebut.
Tentatif program
Masa Program
8.00 pagi - Persiapan peserta pertandingan
10.00 pagi - Pertandingan bermula
- Persembahan artis jemputan
- Perkongsian ikon kemahiran
1.00 petang - Makan tengahari
4.00 petang - Pertandingan berakhir/ Penjurian
- Perasmian & Penutup
- Majlis Penyampaian Hadiah
- Bersurai
7. KOS TERLIBAT
Bil Bahagian Keterangan Anggaran Kos
1 Hadiah
Hadiah untuk semua pemenang
pertandingan kemahiran dan
pertandingan booth terbaik
RM61,000.00
2 Cenderahati Goodie bags/ door gift RM30,000.00
3 Makan dan Minum
Staf dan peserta semasa hari
pertandingan, majlis makan
malam
RM 36,000.00
4 Bahan pertandingan Peralatan dan bahan guna
habis pertandingan RM50,000.00
5 Pameran Sewaan booth RM10,500.00
6 Percetakan Buku aturcara, bahan promosi RM
7 Pengangkutan Sewaan bas RM3,500.00
8 Persembahan DJ, tarian, penyanyi, emcee RM 15,000.00
8. PENAJAAN
Pihak penganjur berusaha untuk mendapatkan penajaan daripada pihak luar dalam menyokong
penganjuran Sabah Skill Competition 2014. Penajaan ini adalah terbuka kepada mana-mana individu,
syarikat mahupun agensi luar yang berminat untuk bersama-sama dalam menjayakan penganjuran
Sabah Skill Competition 2014. Pihak penganjur telah menyenaraikan beberapa faedah yang boleh
ditawarkan kepada para penaja sebagai tanda penghargaan daripada pihak pengajur atas jasa sokongan
menjayakan penganjuran Sabah Skill Competition 2014 ini. Penajaan Sabah Skill Competition 2014
dibahagikan kepada empat kategori penajaan iaitu Penaja Utama bagi tajaan sebanyak RM15,000 ke
atas ; Penaja Bersama bagi tajaan sebanyak RM10,000 ke atas ; Penaja Eksekutif bagi tajaan
sebanyak RM5,000 ke atas dan Penaja program bagi tajaan sebanyak RM4,999 dan ke bawah.
9. PENUTUP
Pihak pengajur berharap Sabah Skill Competition dapat menjadi salah satu aktiviti yang menarik
minat masyarakat dan memberi kesedaran bahawa bidang kemahiran bukan lagi bidang kelas
kedua malah setaraf bidang-bidang lain yang boleh menyumbang ke arah usaha negara untuk
membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Oleh itu, pihak penganjur berharap
akan mendapat kerjasama dan sokongan padu dari pelbagai pihak untuk menjayakan program ini
seterusnya menjadikan pertandingan ini sebagai salah satu aktiviti dalam kalendar tahunan di
negeri Sabah. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Jaikol Udar, di talian 088-499825.