skema kertas 2 sej t4 2015
DESCRIPTION
kertas 2TRANSCRIPT
BAHAGIAN ASOALAN STRUKTUR
1. Empayar Maurya yang diasaskan oleh Chandaragupta Maurya merupakan empayar pertama di India
(a) Bagaimana cara Chandragupta mengasaskan empayar Maurya.(Rujuk BT ms 41)
F1- menyatukan kerajaan-kerajaan kecil ( 1 markah )
(b) Apakah kejayaan yang dicapai oleh Asoka sehingga zaman pemerintahannya dianggap Zaman kegemilangan Dinasti Maurya. (Rujuk BT ms 45)
F1- berasaskan kejayaan Asoka menamatkan perang saudaraF2- menakluk negeri Kalinga yang mempunyai ramai pendudukF3- menekankan kedamaian dan kemajuan sosial
F4- menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha/ tidak lagi menerusi ketenteraan
F5- membentuk birokrasi pentadbiran untuk menjalankan pemerintahannya
( 2 markah )
(c) Undang-undang Dinasti Maurya diukir pada tiang batu yang dikenali Kepala Tiang Asoka. Berikan contoh undang-undang yang diukir pada tiang tersebut.(Rujuk BT ms 47 )
F1- Raja atau pemerintah diumpamakan bapa oleh masyarakatnya. F2- Larangan terhadap penyembelihan haiwan walaupun dalam
upacara korban.( 1 markah )
(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, berikan kelebihan perluasan empayar tanpa kekerasan seperti yang dilakukan oleh Asoka. (Rujuk BT ms 49)
F1- menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk memperluaskan pengaruh dan kedudukan Maurya.
F2- memberi penekanan terhadap agama Buddha F3 – seluruh India menjadi kawasan takluk empayar Maurya
M – mana-mana jawapan yang munasabah( 3 markah )
(e) Sebagai seorang warganegara yang bertanggungjawab, apakah tindakan yang perlu anda lakukan untuk memelihara kedaulatan undang-undang negara.
F1 – mematuhi undang-undang yang telah ditetapkanF2- menghormati Rukun NegaraF3- menjaga keamanan negaraF4 – mengukuhkan semangat perpaduan antara semua bangsaF5 – menyokong sistem pemerintah kitaM – mana-mana jawapan yang munasabah
( 3 markah )
2. 567 Terdapat tiga teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu dari Semenanjung
Tanah Arab, China dan India.
(a) Terangkan teori kedatangan Islam dari Semenanjung Tanah Arab. [10 markah]
F1 - Pedagang Arab mempunyai pusat perdagangan di Canton dan Amoy.
F2 - Pedagang Arab yang berulang-alik ke China singgah di Asia Tenggara menunggu perubahan angin monsun.
F3 - Mereka menetap dan membina perkampungan.F4 - Ada yang berkahwin dengan wanita tempatan.F5 - Di samping berdagang mereka menyebarkan Islam.F6 - Wujudnya perkampungan Arab bernama Ta Shih di
Sumatera Utara.H6a- Ini membuktikan Islam bertapak di Asia Tenggara sejak
abad ke-7 M.F7- Terdapat persamaan kesusasteraan Asia Tenggara dengan
kesusasteraan Arab.F8 - Penggunaan perkataan Arab dalam penulisan.F9 - Tulisan jawi telah diambil daripada tulisan Arab.F10- Terdapat persamaan adat resam dan kebudayaan orang
Melayu dengan budaya Arab.H10a - Contohnya amalan menghormati tetamuH10b - Contohnya tarian dabus dan zapin berasal dari ArabF11 - Karya tempatan menceritakan bahawa pengislaman raja di
Asia Tenggara dilakukan oleh syeikh dari Tanah Arab.H11a- Contohnya Hikayat Raja-Raja Pasai menceritakan
pengislaman Sultan Malik al-Salih dilakukan oleh Sheikh Ismail dari Tanah Arab.
F12- Raja Pattani Phya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said dari Arab.
F13- Penulisan kitab Melayu menggunakan gaya bahasa Arab.H13a- Pada peringkat awal ditulis dalam bahasa Arab.F14- Kitab yang ditulis menggunakan rujukan dari Tanah Arab.
(b) Jelaskan bukti kedatangan Islam dari China. [6 markah]
F1- Peniaga Cina Islam sudah lama berdagang ke Asia TenggaraF2- Pedagang Islam dari Canton dan Amoy berhijrah beramai-
ramai ke Asia Tenggara pada tahun 876 M.F3- Penemuan batu bersurat Terengganu di Kuala Berang,F4- Unsur seni bina masjid di Nusantara menyamai unsur seni
bina China.F5- Bumbung masjid menyamai bentuk bumbung pagoda.F6 - Penggunaan atap genting China, warna merah dan kuning
pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid menunjukkan ciri-ciri seni bina China.
F7 - Penggunaan jubin pada lantai, dinding dan tangga
(c) Pada pendapat anda, apakah keistimewaan ajaran Islam yang menarik minat masyarakat Asia Tenggara untuk menerimanya?
[4 markah]
F1- Islam mudah difahamiF2- Islam sesuai dengan budaya masyarakat Asia TenggaraF3- Masyarakat asia Tenggara mudah menerima perubahanF4- Masyarakat tertarik dengan cara hidup IslamF5- Agama Islam dianuti oleh pemerintahF6- Semua pihak sama-sama menyebarkan IslamM - Mana-mana jawapan munasabah