skema jawapan pmr geografi 2010

7

Click here to load reader

Upload: cikguizanorliza

Post on 24-Jun-2015

3.584 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skema Jawapan PMR Geografi 2010

Disediakan oleh Cikgu Wan

JAWABAN GEOGRAFI PMR 2010 BESERTA ALASAN JAWAPAN.

1. A 2. C3. D – ketersampaian – kerana ada jalan

raya yang boleh sampai ke petempatan - Faktor kegiatan ekonomi kerana

penduduk tinggal sebagai petani menanam getah dan kelapa sawit

4. B – jawapan paling tepat ialah VW – kerana PQ – cerun cembung, RS – cerun curam.TU-cerun landai.

5. B – sungai berpunca daripada kawasan tanah tinggi – jadi sungai setia mengalir ke arah tenggara

6. A7. A – Dataran Kerian di Perak, pilihan B –

Lembah Kelang – Bijih Timah/pembandaran, C – Dataran beralun selatan – Tanaman nanas, kelapa sawit dan getah, D – Lembah Sungai Kinabatangan – kawasan paya

8. D – bentuk muka bumi hakisan ombak – gerbang laut

9. B – pilihan A – Endau antara Johor dan Pahang, Sg Padas untuk hidroelektrik,

10. B - peringkat I – Jeram, Delta peringkat III, Tetambak peringkat III dan Likuan Sungai – peringkat II.

11. C – penggunaan baja organic dapat meningkatkan kesuburan tanih. Pilihan A – membina teres untuk elak hakisan tanih, pilihan B – tanaman tutup bumi untuk elak hakisan tanih. PIlihan D –

mengairi kawasan pertanian peranan sungai.

12. A – pola jejari sepunca berpunca dari kawasan tanah tinggi.

13. C – Ekuinoks musim luruh pada 23 september

14. A – putaran bumi akan menyebabkan kejadian pembiasan angin lazim, pasang surut dan siang dan malam. Semua pilihan jawapan untuk B,C dan D adalah tentang Peredaran bumi.

15. C – Kesan Pulau Haba Bandar. Pilihan A – Jerebu kesan daripada pembakaran, pilihan B – hujan asid kesan daripada aktiviti perindustrian, pilihan C – penipisan lapisan ozon kesan daripada penggunaan CFC

16. D – Jelebu dan Kuala Pilah merupakan kawasan lindungan hujan oleh Banjaran Titiwangsa.

17. B – Kawasan beriklim Siberia aktiviti utama pada musim sejuk ialah pembalakan dan memburu binatang. Aktiviti pembalakan dijalankan pada musim sejuk kerana getah pokok membeku dan kayu balak senang ditarik kerana tanah licin (membeku)

18. D – kawasan yang dilorekkan mengalami iklim tundra – ciri iklimnya mengalami hujan tahunan kurang 250 mm dan hujan turun dalam bentuk kerpasan (hujan dan salji)Pilihan A, B dan pilihan C untuk iklim khatulistiwa.

1

Page 2: Skema Jawapan PMR Geografi 2010

Disediakan oleh Cikgu Wan

19. C – Kawasan yang dimaksudkan dalam maklumat ialah kawasan gurun.

20. B – penipisan lapisan ozon disebabkan oleh gas CFC yang dilepaskan oleh penyaman udara, aerosol, baja kimia dan kapal terbang supersonic. Pilihan A akan menyebabkan pulau haba Bandar, pilihan C akan menyebabkan tanah menjadi subur dan pilihan D akan menyebabkan suhu meningkat.

21. D - Tanih untuk Hutan Paya Air Tawar ialah tanih gambut. Berikut merupakan kombinasi yang benar untuk jenis hutan dan jenis tanih.

i. Hutan paya air masin – tanih lumpur

ii. Hutan Gunung – Tanih lateritiii. Hutan pantai – tanih pasir

22. B – pemeliharaan hutan ialah mewartakan taman Negara.

23. B – Maklumat menunjukkan hutan di kawasan gurun panas. Hutan di gurun panas mempunyai akar panjang dan akar merebak. Akar merebak untuk ambil air semasa hujan. Dan daun berkilat dan berbulu untuk halang tumbuhan kehilangan banyak air.

24. B - gambar menunjukkan hutan paya bakau kerana akar jangkang dan ada akar cerucuk. Akar jangkang untuk menyokong pokok daripada tumbang, mengelakkan hakisan ombak dan pembiakan hidupan akuatik. Manakala akar ceracak adalah untuk pernafasan. Pilihan A adalah untuk hutan hujan

tropika, pilihan C adalah untuk hutan pantai dan pilihan D adalah untuk hutan paya air tawar.

25. B – kawasan yang dilorekkan ialah kawasan gurun sahara ada pokok kaktus. Pilihan A iaitu pokok Oak ada di hutan gunung/Mediterranean, Pilhan B di Hutan Hujan Tropika dan Pilihan D terdapat di Hutan Siberia.

26. A – kawasan yang bertanda A ialah kawasan larut, Matang, Perak.

27. D – hutan yang dimaksudkan dalam maklumat ialah hutan gunung. Pilihan A ialah hutan paya bakau – larut matang , Perak, Pilihan B ialah hutan paya air tawar – tasik bera, Pilihan C ialah Delta Rajang.

28. D – Pokok yang dimaksudkan dalam maklumat ialah pokok di hutan pantai yang bertanih pasir.

29. D – Penduduk kurang daripada 50 sekm persegi ialah kawasan penduduk jarang . Pilihan A merujuk Ipoh (padat), Pilihan B Kota Bharu (padat), PIlhan C Bintulu (padat)

30. A – faktor yang menyebabkan perubahan penduduk ialah kadar kelahiran, kadar kematian dan migrasi.

31. B – Kawasan penduduk berlebihan seperti Bangladesh dan Pakistan mengalami kadar buta huruf yang tinggi.

2

Page 3: Skema Jawapan PMR Geografi 2010

Disediakan oleh Cikgu Wan

32. D – Negera yang dimaksudkan dalam maklumat ialah Negara kurang penduduk. Negara kurang penduduk mempunyai kadar pengangguran yang rendah. Pilihan A adalah untuk Negara lebih penduduk, pilihan B adalah untuk Negara optimum, pilihan C adalah untuk Negara lebihan penduduk.

33. C – faktor utama yang menyebabkan kadar kelahiran rendah ialah wanita berkerjaya. Pilihan A tidak tepat kerana dasar kerajaan Malaysia inginkan penduduk seramai 70 juta orang, pilihan B dan D akan menyebabkan kadar kelahiran rendah.

34. C - faktor yang mempengaruhi peningkatan jumlah penduduk ialah taraf kesihatan Negara semakin meningkat. Pilihan A tidak tepat kerana jika kadar emigrasi tinggi rakyat semakin kurang, pilihan B dan D tidak tepat kerana akan menyebabkan bilangan penduduk semakin kurang kerana kadar kelahiran semakin berkurang.

35. A – Negara yang dimaksudkan dalam maklumat ialah Negara kurang penduduk. Negara kurang penduduk mengalami kadar kelahiran rendah dan kadar kematian rendah kerana taraf kesihatan yang tinggi. Pilihan B, C dan D adalah untuk Negara lebihan penduduk.

36. D – Kawasan KESEDAR – Kelantan Selatan dan KETENGAH – Trengganu Tengah merupakan kawasan Felda –

menggalakkan migrasi luar Bandar ke luar Bandar.

37. C – Kebun kecil getah mempunyai pola petempatan berselerak kerana tanah milik pekebun sendiri.

38. A – Petempatan awal tamadun manusia di lembah sungai kerana tanih subur dan untuk pengangkutan. Pilihan B dan D tidak tepat manakala pilihan C adalah untuk petempatan awal yang terletak di kawasan Gua.

39. C – Pengangkutan udara amat penting di pedalaman Sarawak dan Sabah kerana bentuk muka bumi yang berhutan tebal dan bergunung ganang tidak sesuai untuk pengangkutan darat.

40. B – Rancangan pembangunan Wilayah Johor Tenggara adalah untuk pembangunan kawasan felda – dikenali sebagai KEJORA

41. C – petempatan awal di Malaysia ialah Kota Tampan, Perak.

42. C – kawasan yang dimaksudkan ialah kawasan perindustrian.

43. A – Bandar perindustrian ialah Bayan Lepas yang merupakan kawasan Zon Perdagangan Bebas.

44. D – Terdapat sumber petroleum di Kertih.

45. A – Felda merupakan dasar kerajaan.

3

Page 4: Skema Jawapan PMR Geografi 2010

Disediakan oleh Cikgu Wan

46. C – jalan kereta api dibina oleh pihak British adalah untuk mengangkut bijih timah ke pelabuhan.

47. D – Stesen satelit bumi terletak di Melaka, Labuan, Kuantan, Semantan dan Langkawi – Guna newmonik Makan Laksa Kerbau Sambil Lari – untuk senang pelajar ingat ).

48. C – Kesan pembinaan lebuh raya ialah suhu meningkat dan Tanah runtuh. Pilihan I tidak tepat kerana kelembapan udara akan berkurang. Pilihan IV tidak tepat kerana Jerebu disebabkan oleh pembakaran hutan.

49. B – Sumber yang tidak boleh diperbaharui ialah batu kapur.

50. C – Arang batu terdapat di Merit Pila, Sarawak. Berikut jawapan yang tepat untuk kombinasi yang diberikan :i. Kaolin – Tapah/Bidorii. Bijih Timah – Ipohiii. Bauksit – Teluk Ramuniaiv. Emas – Raubv. Kuprum – Mamut.

51. C – rajah kincir angin di Balanda. Berikut merupakan kombinasi jawapan yang tepat:China – pasang surutIceland – geotermaPerancis – ombak

52. D – Plastik dihasilkan daripada petroleum.

53. D - Tenaga yang digunakan di Iceland ialah tenaga geoterma. Berikut merupakan kombinasi jawapan yang tepat:i. Tenaga Suria – Jepunii. Tenaga Ombak – Peranchisiii. Tenaga Biosmas – India

54. B – sumber mineral yang boleh dikitar

semula ialah bijih timah. Bijih timah digunakan untuk menyadur tin. Tin boleh dikitar semula. Pilihan A tidak tepat kerana Kaolin menghasilkan seramik. Pilihan C – Batu kapur menghasilkan simen dan pilihan D Arang batu menghasilkan bahan bakar.

55. A – Silimpopon dan Balingan terdapat Arang Batu. Berikut kombinasi yang tepat :

i. Bijih timah – ipoh /lembah kintaii. Kuprum – mamutiii. Emas – raub, bau

56. A - Getah amat sesuai untuk tanih laterit. Berikut merupakan kombinasi yang tepat:i. Gambut – nenasii. Aluvium – padiiii. Pasir – kelapaiv. Tembakau – berisv. Lada hitam – lateritvi. Koko – laterit.

57. D – Tanaman nanas terdapat di kawasan beralun Johor. Pilihan A adalah dataran kedah perlis untuk padi, pilihan B adalah Kuala Trengganu, pilihan C adalah Cameron Highland untuk Tanaman hawa sederhana .

4

Page 5: Skema Jawapan PMR Geografi 2010

Disediakan oleh Cikgu Wan

58. A – Hujan asid akan menyebabkan tanaman rosak dan cat bangunan rosak kerana terhakis oleh hujan yang mengandungi asid. Pilihan B tidak tepat kerana kesan rumah hijau akan menyebabkan suhu meningkat, aras laut meningkat, pilihan C – pulau haba akan menyebabkan Bandar menjadi lebih panas dan pilihan C – penipisan lapisan ozon akan menyebabkan katarak mata.

59. A – Eko pelancongan – ekosistem – Taman Negara, Pahang. Pilihan B ialah Johor Bahru, Pilihan C ialah Bintulu dan pilihan D ialah Lahad Datu.

60. D - Kesan penggunaan baja kimia ialah sungai tercemar kerana baja itu akan masuk ke dalam sungai menyebabkan ikan mati (hidupan akuatik terancam). Pilihan I disebabkan oleh pembalakan dan pilihan II akan menyebabkan tanah menjadi lebih subur.

JAWAPAN :

DISEDIAKAN OLEH:

CIKGU WAN

JAWAPAN PERIBADI BERDASARKAN PENGALAMAN SEBAGAI GURU GEOGRAFI.

5