skema jawapan perdagangan k2 ting4 2014 (new)

Upload: rosnani-kadis

Post on 13-Jan-2016

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

perdagangan

TRANSCRIPT

SKEMA JAWAPANPERDAGANGAN KERTAS 2TINGKATAN 4

PEPERIKSAAN PENGGAL 1

2014Soalan 1

(a) X ialah keperluan rohani .. terdiri daripada keperluan sempurna kendiri [1m]..merupakan keperluan yang paling tinggi dalam hierarki keperluan maslow [1m]

..berkaitan dengan keperluan untuk mencari pengertian dan kemajuan diri yang baru

dan lebih menarik [1m]

(b) i.Y ialah perdagangan

..melibatkan kegiatan pengagihan bahan-bahan mentah, barang separuh siap dan

barang siap daripada pengeluar asal kepada pengguna akhir [1m]

..terbahagi kepada dua iaitu perniagaan dan bantuan perniagaan [1m]

..dapat membantu industry perusahaan mengagihkan keluarannya [1m]

ii. Z ialah industry ekstraktif

..melibatkan kegiatan mengeksport bahan-bahan mentah daripada alam semula jadi

seperti perlombongan, perhutanan dan sebagainya [1m] ..juga dikenali sebagai industry peringkat pertama ]1m]

..nilai faedah barang yang dihasilkan oleh industry ini adalah rendah [1m]

(c) i.Buruh

..tenaga manusia yang digunakan dalam menjayakan sesuatu proses pengeluaran [1m]

..tenaga mental dan fizikal yang digunakan untuk mengeluarkan dan memproses sumber-sumber alam menjadi barang-barang siap untuk digunakan [1m]

..dapat digolongkan kepada tiga iaitu buruh mahir, separuh mahir dan buruh kurang mahir [1m]

Modal..merujuk kepada mesin dan peralatan, yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran barang dan perkhidmatan [1m]

..juga disebut sebagai segala jenis barang yang berupaya untuk mengeluarkan barang lain [1m]Usahawan ..merupakan pengerak utama dalam proses pengeluaran [1m] ..terlibat dalam keupayaan atau kemahiran pengurusan yang ada pada seseorang

Individu [1m]

..bertindak menggabungkan semua factor pengeluaran untuk menjayakan proses

pengeluaran [1m]

ii..pengkhususan mengikut proses [1m]

..pengkhususan mengikut pekerjaan/profesion {1m]

iii. Pengkhususan diamalkan kerana:

..dapat meningkatkan kemahiran pekerja [1m] ..membolehkan penggunaan mesin dalam proses pengeluaran [1m]

..dapat menjimatkan masa [1m]

..dapat meningkatkan output dan mengurangkan kos pengeluaran [1m]

(d) i. T ialah Bank [1m]

ii. Peranan bank

..menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan kepada peniaga seperti kemudahan

penyimpanan dan pembayaran [1m]

..menyediakan pelbagai kemudahan yang cekap, sistematik dan selamat untuk

melancarkan perjalanan perniagaan [1m]

..menyediakan kemudahan tukaran wang asing [1m]

..menyediakan kemudahan pembiayaan serta pengiriman dan penerimaan bayaran

[1m] Soalan 2(a) Faktor yang mempengaruhi pengeluar beras:Jenis barang [1m]

..Beras ialah contoh barang yang tahan lama dan boleh diedarkan melalui orang

tengah [1m]Luas Pasaran [1m]

..pengeluar beras perlu melibatkan pemborong dan peruncit untuk membantu mengedar dan memasarkan barang ke merata-rata tempat [1m]Kemampuan pengeluar [1m]

..syarikat yang kecil masih memerlukan khidmat pemborong dan peruncit untuk

Memasarkan barang keluaran syarikat mereka. [1m](b) i..jenis perniagaan tersebut ialah Kedai Sejaras [1m]

ii kelebihan perniagaan kedai sejaras

..pengurusan yang cekap [1m]

..harga barang yang berpatutan [1m]

..jimat kos promosi [1m]..risiko kerugian dapat disebarkan [1m]

..dapat meluaskan pasaran [1m]

iii. ..pengeluar mendirikan kedai runcit sendiri [1m]

..munculnya pelbagai bentuk perniagaan runcit [1m]

..Tempahan khas [1m]

..penubuhan koperasi [1m](c) i..Kesilapan dari segi jumlah harga barang niai yang betul ialah RM7500 [1m] ..dokumen yang digunakan ialah nota kredit [1m] ii. 3 X RM2500 RM7500 [1m]

Tolak : diskaun niaga 10% 750 [1m]

6750 [1m]

Tolak: diskaun tunai 2% 135 [1m] Jumlah yang perlu dibayar 6615 [1m]

(d) i..kaedah jualan tunai [1m] ii. Kelebihan kaedah jualan tunai

..tiada risiko hutang lapuk [1m]

..urus niaga cepat dan mudah [1m]

..kerja merekod lebih mudah [1m]

..membantu pusingan modal [1m]

Soalan 3

(a) i.. invois ialah dokumen rasmi yang mengandungi maklumat lengkap tentang barang yang

dijual secara kredit kepada pembeli [1m] dan ia dihantar sebaik sahaja barang

diserahkan kepada pembeli [1m] ..invois juga digunakan sebagai bahan rujukan untuk merekod dalam buku akaun [1m]

ii. maklumat dalam invois:

..nombor invois dan tarikh ia dikeluarkan [1m]

..nama dan alamat pembeli dan penjual [1m]

..jenis, kuantiti dan harga barang yang dijual [1m]

..syarat serahan, syarat bayaran dan syarat diskaun [1m]

..jumlah penuh yang perlu dijelaskan oelh pembeli [1m]

..singkatan K&K diK [E. & O.E] [1m]

(b) i. P ke D.K bermaksud kos angkutan percuma sehingga barang dipunggah ke dalam kapal

[1m]ii. K.I.T bermaksud harga barang termasuk kos barang, insurans dan tambang ke tempt pembeli [1m]

iii. Ang.Had bermaksud pembeli perlu membayar kos angkutan sepenuhnya kerana harga barang tidak termasuk belanja pengangkutan [1m]

iv. Ang.Dibayar bermaksud pembeli tidak perlu membayar kos angkutan kerana ditanggung sepenuhnya oleh penjual [1m]

(c) i. nota kiriman

..dokumen yang dikeluarkan oleh syarikat pengangkutan [1m]

..dikeluarkan dalam tiga salinan satu disimpan oeh penjual sementara dua lagi akan dibawa oleh pemandu bersama-sama dengan barang [1m]..pembeli perlu menandatanganidokumen ini apabila menerima barang [1m]..Dokumen ini mengandungi maklumat seperti nama & alamat penjual [m], nama dan

alamat pembeli [m] serta jenis dan kuantiti barang yang diangkut [m]ii. invois proforma

..invois proforma adalah sama dengan invois biasa kecuali perkataan proforma ditambah

selepas perkataan invois [1m]

..invois proforma digunakan oleh penjual /pembekal dalam keadaan yang berikut:

penjual enggan memberi kredit [1m]-invois proforma dihantar sebagai satu cara sopan untuk menuntut bayaran daripada pembeli sebelum barang dihantar [1m]

pembeli dibenarkan mencuba atau menguji barang terlebih dahulu [1m]

..dalam perniagaan antarabangsa, invois proforma berfungsi memberitahu pengimport

anggaran harga bagi barang yang dipesan. [1m]

..selain itu, dokumen ini boleh dijadikan bukti untuk pihak kastam memeriksa barang yang dieksport dan mengira duti eksport [1m]

iii. penyata akaun

..dokumen yang menunjukkan ringkasan urus niaga yang berlaku antara pembeli dengan penjual dalam sesuatu bulan. [1m]

..dihantar oleh penjual ada awal setiap bulan kepada pembeli yang masih berhutang [ 1m] untuk mengutip hutang dengan cara yang sopan. [1m]

..pembeli akan menggunakannya untuk menyemak buku-buku akaunnya. [1m]

..maklumat yang terkandung dalam penyata akaun ialah baki pada awal bulan [m] tarikh dan jumlah jualan [m] tarikh dan jumlah pulangan [m] serta baki hutang pada akhir bulan [m]

Soalan 4(a) Tiga faktor pengeluaran yang terlibat

Tanah [1m]

..merujuk kepada segalasumber dan bahan yang dapat diperolehi daripada

alam semulajadi [1m]

..aktiviti penanaman sayur merupakan sumber semulajadi dan ini merujuk

kepada faktor tanah [1m]

Modal [1m].

..Merujuk kepada barang seperti jentera, mesin dan sebagainya yang digunakan alam

aktiviti pengeluaran [1m]..jentera atau mesin untuk membaja tanah dan mengutip hasil sayur [1m]

Usahawan [1m]

..petani itu sendiri yang mengambil risiko mengembleng atau mengabungjalinkan semua

faktor pengeluaran seperti tanah dan modal [1m] untuk menghasilkan sesuatu keluaran iaitu sayur-sayuran [1m]

(b) Sumbangan encik rakesh kepada NegaraMewujudkan peluang pekerjaan [1m]

..masalah pengangguran dapat dikurangkan [1m]

Menyumbangkan terhadap pembangunan ekonomi [1m]

..cukai yang dibayar digunakan untuk meningkatkan taraf infrastruktur dan pembangunan [1m]

Meningkatkan taraf hidup masyarakat [1m]

..pelbagai barang dan perkhidmatan dapat dinikmati oleh masyarakat [1m]

(c) i. Pengkhususan mengikut proses [1m]

..berlaku di kilang dimana proses pengeluaran di bahagikan kepada bahagian kecil

[1m]

ii. Pengkhususan mengikut profesion/pekerjaan [1m]

..individu mengkhusus mengikut minat, kecenderungan dan kemahiran [1m] iii. pengkhususan antara kawasan [1m] ..sesuatu kawasan disesebuah Negara mengeluarkan satu jenis keluaran sahaja disebabkan factor sejarah, tanah-tanah dan benntuk muka bumi [1m](d) tidak [1m]

Alas an

..masalah kemahuan serentak [1m]

..penentuan nilai barang [1m]

..kesukaran menbahagi-menbahagikan barang [1m]

Soalan 5(a) perniagaan runcit:

..menjual pelbagai jenis barang [1m]

..kepada pengguna akhir [1m]

..dalam kuantiti yang kecil [1m]

..mengikut keperluan pengguna [1m]

(b) i. contoh barang:

..ubat-ubatan, makanan atau minuman dalam tin [1m]

..gula, beras atau pakaian [1m]

ii. ciri-ciri barang

..barang tahan lama atau tidak mudah rosak [1m]

..permintaan berterusan sepanjang tahun [1m]

..barang yang ikeluarkan secara pukal diperlukan dalam kuantiti yang keci mengikut keperluan penggun [1m]

(c) i. jenis peruncitan tersebut ialah jualan langsung [1m]

ii. ciri-ciri jualan langsung ialah:

..jualan barang terus melalui kunjungan jurujual dari pintu ke pintu [1m]..jurujual atau agen dilantik dan dilatih dengan pelbagai kemahiran jualan [1m]

..secara pelbagai peringkat (multi level) [1m]

..menggunakan senarai harga, katalog atau sampel produk [1m]

..antara jenis produk yang sesuai termasuklah kosmetik, dan perkakasan dapur,insurans dan lain-lain [1m]

iii. Empat kelebihan jualan langsung kepada pembeli:

..boleh bersemuka dengan pembeli [1m]

..boleh pergi ke kawasan yang sukar dihubungi [1m]

..tidak perlu premis yang besar [1m]

..sesuai untuk produk yang memerlukan khidmat nasihat [1m]Empat kekurangan jualan langsung kepada pembeli

..pembeli dikenakan bayaran yang lebih tinggi [1m]

..hanya barang tertentu boleh menggunakan kaedah ini [1m]

..penjual perlu modal yang besar [1m]

..Kos overhead juga tinggi sebab kena cetak katalog dan latih ejen [1m]Soalan 6(a) i..bank..membuat pembayaran kepada ejen dan pemborong dengan selamat [1m] dengan

menggunakan cek maka tidak perlu mengendalikan wang tunai [1m]

..encik soh boleh mengatasi masalah modal pusingan dengan mendapatkan kemudahan

overdraf [1m] kerana ada kemudahan akaun semasa [1m]

..encik soh boleh menerima pembayaran daripada pelanggan dengan cek dan memasukkan

ke dalam akaun semasa [1m]

ii..komunikasi..boleh membuat dan menerima pesanan alat ganti dengan cepat dan segera [1m] melalui

alat2 komunikasi seperti lelefon dan telefaks [1m]

..tidak perlu menyimpan stok alat ganti dengan banyak kerana para pembekal boleh

dihubungi serta merta, maka masalah modal pusingan dapat diatasi [1m]..boleh menghubungi bakal pelanggan iaitu pengusaha bengkel kereta melalui telefon mudah alih [1m] untuk memperkenalkan alat-alat ganti yang diniagakannya hal ini dapat meningkatkan jualan dan keuntungan [1m]iii. pengangkutan

..pengangkutan membantu encik soh menerima barang pesanan dari para pembekal dengan cepat dan segera [1m]. contohnya ialah pengangkutan jalan raya menggunakan lori dan van [1m]

..encik soh boleh menghantar alat ganti yang dipesan oleh pelanggan [1m] dengan kereta/van ke bengkel dengan cepat dan pantas [1m]

iv. Insurans

..insurans dapat melindungi perniagaan encik soh terhadap pelbagai risiko perniagaan [1m] seperti risiko kebakaran dan kecurian [1m]

..dengan membayar sedikit premium [1m] encik soh akan dibayar ganti rugi jika risiko yang diinsuranskan berlaku [1m] encik soh akan kembali kepada kedudukan asal seperti sebelum berlakunya risiko. [1m]

..encik soh dapat menjalankan dan memperkemebangkan perniagaan dengan lebih yakin. [1m](b) Encik soh mampu menjalankan perniagaan tanpa bantuan promosi kerana:..sasaran pelanggannya adalah para pengusaha bengkel kereta motor [1m] encik soh mengunjungi mereka secara peribadi dan memperkenalkan alat ganti baru yang ada di pasaran [1m] dan beliau juga member penerangan kepada mereka tentang barangan tersebut [1m]

..lawatan ke bengkel kereta motor lebih berkesan daripada menjalankan promosi seperti pengiklanan kerana kos pengiklanan tinggi [1m]

..contohnya. menghasilkan dan mencetak risalah dan mengedarkannya mungkin melibatkan belanja yang tinggi [1m] dan mungkin tidak sampai kepada sasaran pasaran, iaitu para pengusaha bengkel kereta motor [1m]

Encik soh mampu menjalankan perniagaan tanpa bantuan pergudangan kerana:

..membeli stok dalam kuantiti yang kecil [1m] iaitu hanya apabila ada pesanan daripada pelanggannya [1m] kerana pesanan boleh diterima dengan segera kerana pembekal berada berdekatan iaitu di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya [1m]

..encik soh tidak melakukan kerja-kerja pecah pukal seperti membungkus atau melabel

[1m]..alat ganti boleh diperolehi daripada para pembekal sepanjang tahun, maka tidak perlu

perlu menyimpan stok yang banyak. [1m]

..harga alat ganti adalah stabil kerana permintaan dan penawaran adalah stabil maka

tidak perlu pergudangan untuk menyelaraskan permintaan dan penawaran [1m]