perdagangan k2 spm 2010- kupasan mutu jawapan calon

Upload: cikgu-faizal

Post on 14-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    1/32

    3755/2 PERDAGANGAN 2

    Perdagangan 2 1 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    BENTUK KERTAS SOALAN

    Kertas Perdagangan 3755/2 mengandungi enam soalan esei terbahagi kepada duabahagian. Bahagian A mengandungi lima soalan iaitu soalan 1 hingga 5 dan

    Bahagian B mengandungi satu soalan sahaja. Calon dikehendaki menjawab mana-mana tiga soalan daripada Bahagian A, dan wajib menjawab soalan Bahagian Byang berbentuk kajian kes. Semua soalan mengandungi beberapa ceraian danseterusnya dipecah-pecahkan lagi sekira struktur soalan memerlukannya.

    Calon diberi masa dua jam untuk menjawab soalan Bahagian A dan B tersebut.

    PRESTASI KESELURUHAN

    Prestasi calon keseluruhannya adalah pada tahap sederhana. Secara purata calondapat menjawab soalan yang dikemukakan dalam konteks soalan pada araskesukaran yang rendah. Manakala bagi soalan pada aras kesukaran yang tinggi,tidak ramai calon dapat menjawab dengan baik. Lebih-lebih lagi jika soalanberkenaan berpandukan bahan ransangan (stimulus) secara bergrafik, petikan teksatau kajian kes. Namun begitu, setiap ransangan membantu calon menjawab soalanyang berasaskan pengetahuan dan kefahaman yang berkaitan perkara asas dalamperdagangan seperti definisi khusus, prinsip dan konsep penting dalam sesuatutajuk. Bilangan calon yang hadir tetapi tidak menjawab juga kurang berbandingdaripada tahun lepas.

    Walau bagaimanapun kebanyakan calon masih kurang mahir menjawab soalan

    pada aras kesukaran sederhana dan tinggi. Calon sukar mengemukakan fakta danhuraian yang menepati situasi yang dikemukakan dalam soalan. Calon juga tidakmenghubungkaitkan huraian jawapan dengan ransangan yang diberi sama adasecara bergambar, petikan teks, petikan kes dan carta. Oleh itu calon hanya dapatmengemukakan fakta tanpa menulis huraian yang jelas. Kelemahan yang ketaraialah, calon tidak dapat menjawab dengan baik bagi soalan yang berunsurkemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Khususnya soalan berbentuk aplikasi,analisis, membuat keputusan dan menilai. Berdasarkan jawapan calon, didapatimereka tidak dapat menjawab dengan baik untuk soalan nombor 4, 5 dan 6.

    Kumpulan Tinggi

    Calon dapat memahami kehendak soalan dan mempunyai penguasaan konsep asasyang baik. Mereka berupaya menjawab soalan di semua tahap kesukaranberpandukan stimulus yang diberi. Calon juga dapat mengaitkan fakta perdagangandengan tugasan soalan, memberi huraian dan contoh yang jelas. Persembahanjawapan dapat diberikan dengan tersusun.

    Mutu jawapan calon adalah baik berdasarkan aspek berikut:i. Memahami dengan jelas kehendak soalan dan mengemukakan fakta yang

    tepat.ii. Menyusun fakta dan isi.

    iii. Menggunakan laras bahasa yang mudah difahami dan tepat.iv. Menulis jawapan dengan bersih dan kemas.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    2/32

    Perdagangan 2 2 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kumpulan Sederhana

    Calon dalam kumpulan ini dapat menjawab soalan aras kesukaran rendah, iaitupada tahap kemahiran pengetahuan dan kefahaman. Bagi ceraian soalan yangmempunyai aras kesukaran sederhana dan tinggi, calon tidak dapat menjawabdengan baik. Calon dalam kumpulan ini juga tidak dapat menjawab soalan yangmemerlukan kemahiran membuat keputusan, menganalisis, dan yang berunsurkemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Calon juga tidak dapat memberi contohpenerangan bagi item yang memerlukan penghuraian dan sering mengulangi faktayang sama.

    Mutu jawapan calon sederhana berdasarkan aspek berikut

    i. Calon hanya dapat mengemukakan sebahagian fakta dan penerangandengan betul bagi setiap item.

    ii. Cara penulisan jawapan tidak mengikut kehendak soalan yang diberi.iii. Penerangan setiap fakta yang diberi kurang jelas dan secara berulang-

    ulang.iv. Laras bahasa yang digunakan masih betul selari dengan konsepperdagangan.

    v. Kebanyakan calon hanya dapat menjawab sebahagian daripada ceraianitem sahaja.

    vi. Soalan yang mempunyai stimulus, calon tidak dapat mengaitkan fakta danpenerangan jawapan berdasarkan stimulus yang diberi.

    Kumpulan Rendah

    Pada umumnya prestasi lemah dan tidak memuaskan. Kebanyakan merekamenjawab sebahagian ceraian item bagi soalan yang dijawab. Jawapan calon lebihbersifat andaian dan tekaan terutamanya bagi item yang memerlukan calonmembuat sesuatu keputusan. Calon tidak menggunakan istilah, huraian dan contohyang berkaitan dengan ilmu perdagangan. Calon juga kurang mengemukakanhuraian yang lengkap bagi menyokong sesuatu jawapan yang diberi. Calon sukarmenterjemahkan stimulus yang diberi dalam konteks penyelesaian masalah. Calontidak menggunakan maklumat yang disertakan dalam setiap stimulus sebagaimenyokong sesuatu huraian.

    Mutu jawapan calon adalah tidak memuaskan berdasarkan aspek berikut:

    i. Calon tidak mematuhi arahan dan kehendak soalan.ii. Calon tidak dapat memberikan jawapan yang baik dan kerapkali salah

    konsep.iii. Jawapan calon tersasar daripada kehendak soalan dan huraian yang

    dikemukakan pula tidak relevan serta tidak jelas.iv. Menggunakan laras bahasa yang sukar difahami, berbelit-belit, dan kabur.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    3/32

    Perdagangan 2 3 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    PRESTASI TERPERINCI

    Soalan 1

    Calon cemerlang dapat menjawab dengan baik soalan yang dikemukakan dengan

    berpandukan kepada gambar, petikan, dan rajah yang diberi. Terdapat lima ceraiansoalan dikemukakan. Soalan 1a dan 1d berpandukan gambar dan rajah. Manakalasoalan 1b dan 1e pula berpandukan petikan teks. Secara amnya kebanyakan calondapat memahami kehendak soalan berpandukan ransangan yang diberi. Fakta danistilah yang dikemukakan tepat. Huraian jawapan juga sistematik dan jelas sertamenepati kata tugas yang digunakan. Hujah dan penerangan yang dikemukakanjuga berdasarkan gambar, rajah, petikan teks dan konsep yang dipelajari dalammata pelajaran perdagangan. Calon dapat menyatakan dan menerangkan nilaifaedah dengan tepat.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    4/32

    Perdagangan 2 4 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    5/32

    Perdagangan 2 5 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Walaupun sebahagian besar calon dapat menjawab soalan yang diberi, namun tidaksemua ceraian soalan dapat dijawab dengan baik. Bagi soalan 1a(ii) calonmenjelaskan keperluan sosial tersebut dengan mengaitkan penghargaan. Walhalpada gambar berkenaan jelas menunjukkan keperluan kasih sayang. Calon jugatidak mengaitkan penerangan jawapan 1b dengan situasi yang diberi khususnyabagi menerangkan nilai faedah tempat. Calon sepatutnya mengaitkan nilai faedahdengan cara menghantar tebu ke tempat lain. Manakala bagi soalan 1c pula,sebahagian calon tidak mengemukakan huraian yang berkaitan dengan setiap faktorpengeluaran. Bagi lain-lain ceraian soalan 1, kebanyakan calon kehilangan markahkerana kekurangan fakta dan huraian serta isi jawapan yang berulang-ulang. Inidisebabkan mereka tidak menguasai tajuk berkaitan Asas Dalam Perdagangan.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    6/32

    Perdagangan 2 6 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kesilapan yang ketara bagi soalan 1 adalah bagi ceraian soalan 1d(ii). Calondikehendaki menghuraian jenis pengkhususan yang dinyatakan dalam rajah. Tetapicalon sebaliknya mengaitkan jenis pengeluaran bukannya jenis pengkhususan yangterdapat dalam rajah tersebut.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    7/32

    Perdagangan 2 7 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 2

    Calon dapat mengemukakan fakta dengan tepat tentang sumbangan usahawan.Huraian disertakan dengan contoh-contoh bersesuaian. Untuk soalan 2a, calondapat menerangkan empat bantuan perniagaan dengan tepat berserta peneranganyang betul. Soalan 2b(i), calon berupaya menjelaskan empat kelebihan kepadapengguna apabila membuat pembelian di premis perniagaan dalam gambar. Soalan2b(ii), calon dapat mengemukakan alasan mengapa peruncit di 2b(i) tidakmemerlukan perkhidmatan pemborong. Soalan 2c(i) dan 2c(ii), calon dapatmenunjukkan kiraan menghitung diskaun dengan tepat dan juga amaun yang perludibayar berpandukan dokumen yang ditunjukkan. Soalan 2d, calon dapatmenjelaskan dengan betul kaedah jualan secara sewa beli.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    8/32

    Perdagangan 2 8 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    9/32

    Perdagangan 2 9 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    10/32

    Perdagangan 2 10 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kebanyakan calon mengulang-ulang fakta sama. Calon tidak memberi peneranganyang lengkap bagi setiap fakta yang diberikan. Calon juga hanya mampu menjawabsebahagian ceraian soalan. Soalan 2a, calon dapat menjawab item ini denganmemberi fakta yang betul namun penghuraian kurang jelas. Soalan 2b(i), calondapat menjelaskan tiga kelebihan yang dinikmati pengguna apabila membeli dipremis yang digambarkan. Soalan 2b(ii), calon hanya mengemukakan dua alasanyang betul terhadap perniagaan runcit di 2b(i), tidak memerlukan perkhidmatanpemborong calon hanya menerangkan maksud perniagaan runcit sahaja. Calon jugamembuat huraian yang tidak relevan dengan stimulus yang diberi. Soalan 2c(i),calon dapat menghitung diskaun niaga dengan tepat. Soalan 2c(ii), calon dapatmenunjukkan sebahagian penghitungan dengan betul tetapi jawapan tidak tepat.Soalan 2d, calon memberi huraian yang kurang jelas berkaitan sewa beli.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    11/32

    Perdagangan 2 11 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon yang menjawab soalan 2a, hanya dapat menyenaraikan jenis perniagaandalam negeri. Soalan 2b(i), calon tidak dapat menghuraikan dengan lengkapkelebihan membeli di premis runcit besar-besaran seperti dalam gambar berkenaan.Soalan 2b(ii), calon tidak dapat mengaitkan dengan kehendak soalan serta memberihuraian yang tidak relevan dengan soalan. Soalan 2c(i) dan 2c(ii), calon tidak dapatmenghitung dan jawapan 2c(ii) tidak tepat. Soalan 2d, penjelasan lebih kepadaunsur menyewa rumah.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    12/32

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    13/32

    Perdagangan 2 13 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon dapat menjawab sebahagian daripada kehendak soalan. Calon kurangberupaya untuk menghuraikan isi jawapan dengan teratur. Bagi soalan 3a(i), calondapat mengenal pasti jenis perniagaan berkenaan tetapi huraian tidak lengkap dimana jawapan tidak memasukkan contoh seperti apa yang terdapat dalam grafikiaitu perniagaan antara Malaysia, Indonesia dan Thailand. Bagi soalan3a(ii), calonhanya berjaya memberikan satu atau dua fakta sahaja tanpa huraian. Contohnya,mereka berjaya memberikan fakta seperti perbezaan tingkat teknologi tetapi tidakberupaya menjelaskan fakta tersebut. Ada juga calon boleh memberikan huraiantanpa menyatakan fakta. Soalan 3a(iii), calon tidak dapat menentukan eksport nyatadan eksport tak nyata bagi Malaysia. Ini disebabkan mereka tidak faham akan grafikyang diberi dalam soalan. Bagi soalan 3b, calon hanya berjaya memberikan satuatau dua alasan sahaja mengapa Encik Ramli mencadangkan perniagaan francais.Ada juga calon yang memberikan jawapan seperti yang terdapat dalam dialogsahaja iaitu perniagaan francais sesuai bagi peniaga yang kurang pengalaman.Soalan 3c(i), kebanyakan calon tahu membuat pilihan tetapi alasan kurangmantap.Alasan yang diberi dalam bentuk umum, kurang jelas dan tidak mengaitkandengan butiran yang ada dalam soalan. Soalan 3c(ii), calon tidak berjaya membuat

    kiraan dan penghitungan dan seterusnya gagal memberikan jawapan untuk jumlahpendapatan.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    14/32

    Perdagangan 2 14 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    15/32

    Perdagangan 2 15 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon tidak berupaya memahami kehendak soalan dengan tepat. Huraian jawapanyang kabur dan tidak memenuhi kehendak soalan. Soalan 3a(i), kurang kesilapanyang ketara kecuali ada segelintir calon memberikan jawapan ada urus niaga antaranegara Indonesia, Malaysia dan Thailand tetapi tidak menyatakan apakah jenisperniagaan tersebut. Soalan 3a(ii), calon dapat memberikan fakta tetapi hurainnyatidak menggunakan maklumat yang diberi bersama rajah. Soalan 3a(iii), calon kelirustatus negara pengeksport dan gagal mengenal pasti contoh produk yang di eksport.Soalan 3b, penjelasan calon tidak menepati alasan yang dikehendaki. Calonmemberikan faktor-faktor untuk memulakan perniagaan yang tiada kaitan denganperniagaan francais. Soalan 3c(i), calon memilih jenis pelaburan lain daripadastimulus yang diberi. Ini disebabkan calon tidak faham kehendak soalan. Soalan3c(ii), jawapan secara tekaan atau andaian sahaja tanpa menunjukkan jalanpengiraan.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    16/32

    Perdagangan 2 16 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 4

    Secara amnya tidak ramai calon memilih untuk menjawab soalan 4 kerana soalan iniberkaitan tajuk Tingkatan 5. Kebanyakan calon kurang menguasai isi pelajaranberkaitan perbankan, insurans, pengangkutan dan komunikasi. Soalan 4 terdiridaripada lima ceraian item yang berpandukan petikan teks dan gambar. Calon dapatmelakarkan cek berdasarkan situasi yang dikemukakan dalam soalan 4a. Setiapitem cek dilukis mengikut format yang betul. Seterusnya calon dapat menjelaskankebaikan penggunaan cek dalam perniagaan. Soalan 4e pula, calon dapat memilihjenis perkhidmatan komunikasi yang sesuai digunakan serta menjelaskan

    penggunaan perkhidmatan yang dipilih.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    17/32

    Perdagangan 2 17 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    18/32

    Perdagangan 2 18 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    19/32

    Perdagangan 2 19 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Kebanyakan calon tidak dapat menjawab dengan baik bagi soalan 4c dan 4d. Bagisoalan 4c, calon tidak mengenalpasti kegunaan jenis insurans yang diiklan tersebut.Sepatutnya calon menerangkan kegunaan insurans hayat. Manakala bagi soalan 4dpula, calon tidak dapat menjelaskan lima fungsi Lembaga Pelabuhan denganlengkap. Calon hanya dapat menulis satu atau dua huraian sahaja. Oleh itusebahagian calon telah kehilangan banyak markah bagi kedua-dua ceraian soalanini.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    20/32

    Perdagangan 2 20 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Sebahagian kesilapan yang ditemui berkaitan soalan 4a adalah tidak melukis cekmengikut situasi yang diberi. Kedudukan butiran dan maklumat cek juga tidak tepat.Manakala bagi soalan 4c, calon menjelaskan kegunaan jenis insurans selaininsurans hayat contohnya insurans pendidikan. Ini tidak menepati maklumat yangdinyatakan dalam iklan tersebut. Bagi soalan 4d(i) dan 4d(ii) pula, calon gagalmenjelaskan fungsi Lembaga Pelabuhan dengan betul. Sebaliknya menjelaskanfungsi agensi yang tiada berkaitan dengan kehendak soalan. Calon juga tidakmenamakan satu contoh Lembaga Pelabuhan yang terdapat di Malaysia. Sebaliknyamengemukakan nama agensi yang tidak berkaitan dengan Lembaga Pelabuhan.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    21/32

    Perdagangan 2 21 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    22/32

    Perdagangan 2 22 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 5

    Soalan 5a, calon tahu jenis gudang yang digunakan didalam stimulus yang diberidan dapat menghuraikan dengan jelas. Soalan 5b(i) dan 5b(ii), calon dapatmengenal pasti jenis promosi yang dipilih dan menjelaskan dengan baik mengikutkehendak soalan yang boleh menepati peraturan pemarkahan. Soalan 5c, calondapat menyatakan enam bantuan MARA kepada peniaga kecil seperti dalamperaturan pemarkahan. Soalan 5d, calon dapat memberi fakta, penerangan dancontoh serta dua tanggungjawab yang telah dijalankan oleh syarikat tersebutberpandukan gambar yang diberi dengan jelas. Bagi soalan 5e, calon dapatmenerangkan cara membeli dengan bijak berdasarkan situasi yang diberi.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    23/32

    Perdagangan 2 23 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 5a, calon tidak dapat mengenal pasti jenis gudang dengan tepat. Calonhanya tahu memberi jawapan fungsi gudang yang digunakan secara umum. Soalan5b(i) dan 5b(ii), calon tidak tahu jenis promosi yang sesuai dan calon menjelaskankelebihan promosi secara umum. Soalan 5c, calon menyenaraikan beberapabantuan MARA kepada peniaga kecil. Soalan 5d, calon tidak dapat menghuraikandengan jelas dan tidak menggunakan maklumat di dalam gambar. Soalan 5e, calontidak dapat mengaplikasikan soalan dengan situasi. Calon memberi peneranganyang tidak jelas serta jawapan calon terlalu umum.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    24/32

    Perdagangan 2 24 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    25/32

    Perdagangan 2 25 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 5a, kebanyakan calon mencadangkan jenis gudang berbon yang tidaksesuai kepada pengilang tersebut berdasarkan stimulus yang diberi. Soalan 5b(i)dan 5b(ii), calon tidak tahu jenis promosi yang sesuai dipilih dan menjelaskan pulasecara umum. Soalan 5c, calon tahu bantuan MARA kepada peniaga kecil tetapitidak dapat menyatakan dengan lengkap. Soalan 5d, calon tidak menjelaskantanggungjawab syarikat itu secara khusus. Soalan 5e, penerangan calon terlaluringkas, tidak tepat dan sukar difaham, walaupun calon tahu amalan membelidengan bijak.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    26/32

    Perdagangan 2 26 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Soalan 6

    Calon berjaya menjawab soalan dengan memberikan fakta dan huraian dengantepat berdasarkan kajin kes yang diberi. Soalan 6a, calon tahu status Syarikat DinaMek sebagai IKS dan mengemukakan alasan dengan tepat seperti dalam kes. Bagiceraian soalan 6b, calon dapat menerangkan empat kepentingan Syarikat Dina Mekkepada negara berdasarkan kajian kes. Soalan 6c, calon mampu menjelaskandokumen yang dimaksudkan dan dapat dihuraikan dengan jelas. Soalan 6d, calondapat menentukan jenis gudang yang sesuai digunakan serta menjelaskan denganbetul. Bagi soalan 6e, calon dapat mengemukakan alasan terhadap status tuntutanganti rugi Syarikat Dina Mek dengan tepat.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    27/32

    Perdagangan 2 27 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    28/32

    Perdagangan 2 28 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon kurang berupaya memberikan jawapan dengan tepat kerana tidak menguasaicara menghuraikan jawapan. Soalan 6a, calon mengetahui status Syarikat Dina Meksebagai industri kecil dan sederhana tetapi alasan yang diberi tidak mantap. Soalan6b, calon dapat memberikan fakta kepentingan Syarikat Dina Mek kepada negaratetapi tidak dapat menerangkan dengan baik setiap fakta tersebut. Soalan 6c, calonmampu mengenal pasti dokumen yang diperlukan tetapi huraiannya tidak relevandengan dokumen tersebut. Soalan 6d, calon tidak dapat menamakan jenis gudangdengan tepat tetapi masih boleh menghuraikan kegunaan gudang itu. Terdapat jugacalon yang boleh menamakan gudang tetapi tidak boleh menjelaskan fungsi gudangdengan tepat. Soalan 6e, calon tahu status tuntutan Syarikat Dina Mek iaitu tidakberjaya, tetapi alasan yang dikemukakan kurang jelas serta tidak tepat.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    29/32

    Perdagangan 2 29 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    30/32

    Perdagangan 2 30 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    Calon kurang memahami kehendak soalan. Soalan 6a, calon menyatakan SyarikatDina Mek bukan berstatus Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan huraian calonjuga tidak tepat.Soalan 6b, calon dapat menyatakan kepentingan Syarikat Dina Mek kepada negaratetapi tidak dapat menghuraikan dengan lengkap. Soalan 6c, calon hanya menekadokumen yang diperlukan dan tidak dapat menghuraikan. Soalan 6d, calon dapatmenamakan gudang berbon tetapi huraian yang diberi tidak berkaitan dengansituasi kes. Soalan 6e, status tuntutan yang dinyatakan tidak tepat, manakala alasanyang diberi juga tidak relevan.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    31/32

    Perdagangan 2 31 Kupasan Mutu Jawapan SPM 2010

    SARANAN KEPADA CALON

    1. Calon hendaklah menguasai setiap tajuk yang diajar di Tingkatan Empat danTingkatan Lima berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian SukatanPelajaran. Ini membantu calon lebih mudah menjawab soalan secaramenyeluruh kerana setiap soalan yang dikemukakan adalah secara

    gabungjalin antara beberapa tajuk tertentu.2. Fakta dan huraian jawapan hendaklah menggunakan istilah, konsep dan larasbahasa mata pelajaran Perdagangan seperti dalam Sukatan Pelajaran danbukan secara umum.

    3. Calon seharusnya menguasai tugasan soalan berpandukan kata tugas yangdigunakan. Ini membantu calon mengemukakan fakta dan huraian yangmenepati kehendak soalan.

    4. Jawapan yang dikemukakan hendaklah ditulis secara sistematik supaya faktadan huraian mudah dikesan dan menepati kehendak soalan.

    5. Calon mestilah menguasai kemahiran mengaplikasi isi pelajaran setiap tajukyang telah diajar dalam situasi sebenar aktiviti perniagaan dan bantuan

    perniagaan.6. Calon perlu mengingati fakta-fakta penting untuk setiap tajuk agar mereka tidak

    terkeliru dengan sesuatu istilah, terutamanya istilah yang hampir sama.7. Sentiasa membuat ulangkaji dan latih tubi secara topikal supaya mereka

    mudah menguasai soalan pada aras kesukaran yang sederhana dan tinggi.8. Calon hendaklah menggunakan buku teks sepenuhnya sewaktu proses

    pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan juga waktu mengulangkajiagar tajuk yang dikuasai selari dengan kandungan sukatan pelajaran.

    9. Calon mestilah berusaha untuk meningkatkan kemahiran menjawab soalan-soalan pada tahap pemikiran tinggi (high order thinking) yang mengujikemahiran berfikir secara kritis dan kreatif seperti kemahiran aplikasi,

    kemahiran menganalisis, kemahiran membuat keputusan dan menilai.

  • 7/27/2019 Perdagangan K2 SPM 2010- Kupasan Mutu Jawapan Calon

    32/32

    SARANAN KEPADA GURU

    1. Guru hendaklah menggunakan buku teks sewaktu sesi pengajaran danpembelajaran agar murid mudah merujuk fakta, huraian dan situasi tertentutentang tajuk yang diajar supaya sejajar dengan Sukatan Pelajaran.

    2. Tumpukan kepada latihan menjawab soalan-soalan yang berunsur kemahiranberfikir secara kritis dan kreatif terutamanya soalan yang berpandukan bahanransangan seperti bergambar atau petikan teks.

    3. Guru juga perlu membantu murid dalam memahami konsep-konsep asasperdagangan agar mereka tidak terkeliru dalam penggunaan istilah tertentusemasa mengemukakan fakta dan huraian.

    4. Murid perlu dibimbing agar menulis jawapan secara teratur mengikut kata tugasyang digunakan dan juga situasi yang tunjukkan. Sebaik-baiknya setiapjawapan dimulai dengan fakta dan diikuti dengan huraian dan contoh.

    5. Guru hendaklah memahami objektif sukatan mata pelajaran dan juga objektifpentaksiran mata pelajaran serta menghayati huraian sukatan mata pelajaran.Ini memudahkan guru merancang pengagihan masa dan tajuk yang diajar agar

    seimbang dan sesuai dengan peruntukan waktu pengajaran seminggu.6. Oleh sebab terdapat pelbagai halangan dan gangguan yang tidak diduga danjuga cuti umum yang menjejaskan sesi pengajaran, dicadangkan agar gurumenghabiskan sukatan pelajaran lebih awal. Ini mengelakkan masalah sukatanpelajaran perdagangan tidak habis diajar.

    7. Bagi memudahkan murid menjawab soalan bersifat kontekstual, guruhendaklah mengadakan sesi lawatan ke premis perniagaan dan agensikerajaan yang berkaitan supaya mereka diberi pendedahan secara hands-on.

    8. Penggunaan kaedah pengajaran secara bermodul dapat membantu muridmenguasai sesuatu tajuk secara menyeluruh. Ini juga membantu gurumengesan murid yang bermasalah dan merancang langkah pemulihan.

    9. Sering membuat latihan simulasi terutama soalan SPM tahun-tahun lepasdengan murid-muridnya supaya mereka dapat mengetahui bentuk sebenarsoalan SPM.

    10. Program pemulihan hendaklah dilakukan setelah selesai sesuatu peperiksaanberdasarkan prestasi jawapan murid. Setiap kertas yang disemak hendaklahdijelaskan tentang kekuatan murid sebagai motivasi dan seterusnya kelemahandan kesilapan perlu dikemukakan sebagai bimbingan pemulihan.

    11. Dicadangkan supaya guru membuat kajian tindakan bagi mengesan kekuatandan kelemahan proses pengajaran dan juga murid yang perlu dibimbing.Seterusnya membantu guru membuat program penambahbaikan danpemulihan terhadap murid yang lemah.