skema jawapan bm kertas 2 ting 6.2

12
8/6/2019 Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2 http://slidepdf.com/reader/full/skema-jawapan-bm-kertas-2-ting-62 1/12 1  SMK ELOPURA SANDAKAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SKEMA JAWAPAN DAN PEMARKAHAN Arahan kepada calon:  Jawab satu soalan daripada Bahagian A, satu soalan Bahagian B, satu soalan  Bahagian C, dan satu soalan dalam Bahagian D. Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan. Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak. 910/2 [Lihat Sebelah] *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*  JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANP  ELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANNEGERISAB  AHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABAT  ANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEG  ERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATAN  PELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGER  ISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERIJABATAN  PELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARA  NNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJA  BATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARAN  NEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJAB  ATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANN  EGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABA TANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJ STPM 2011 910/2 BAHASA MALAYSIA KERTAS 2 (Tiga jam) SULIT*

Upload: rovina-samsudin

Post on 08-Apr-2018

245 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

8/6/2019 Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

http://slidepdf.com/reader/full/skema-jawapan-bm-kertas-2-ting-62 1/12

1

 

SMK ELOPURA SANDAKAN

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

SKEMA JAWAPAN DAN PEMARKAHAN

Arahan kepada calon:

 Jawab satu soalan daripada Bahagian A, satu soalan Bahagian B,  satu soalan

 Bahagian C, dan satu soalan dalam Bahagian D.

Gunakan lembaran kertas yang berasingan untuk tiap-tiap jawapan.

Markah bagi tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak.

910/2 [Lihat Sebelah]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

 JABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANP 

 ELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANNEGERISAB

 AHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABAT  ANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEG

 ERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATAN 

 PELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGER ISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERIJABATAN 

 PELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARA

 NNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJA BATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARAN 

 NEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANNEGERISABAHJAB

 ATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABATANPELAJARANN 

 EGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGEJABA

TANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJARANNEGERISABAHJABATANPELAJ 

STPM 2011910/2

BAHASA MALAYSIA

KERTAS 2

(Tiga jam)

SULIT*

Page 2: Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

8/6/2019 Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

http://slidepdf.com/reader/full/skema-jawapan-bm-kertas-2-ting-62 2/12

2

Bahagian A

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu

daripada tajuk-tajuk di bawah ini. [50m]

1. Kebelakangan ini, negara kita begitu ghairah menganjurkan pelbagai sukan bertaraf antarabangsa.

Penganjuran sukan seumpama ini dikatakan menguntungkan negara. Kemukakan hujah anda untuk 

menyokong pandangan tersebut. (Lima isi tentang faktor/sebab yang membuktikan penganjuran sukan

bertaraf antarabangsa menguntungkan negara).

JAWAPAN CADANGAN

Pendahuluan : - Peringkat awal penganjuran sukan antarabangsa kurang disenangi rakyat.- Kosnya tinggi dalam penyediaan prasarana yang lengkap dan canggih.

- Contohnya, Sukan Komanwel dan lumba kereta Formula Satu.

-  Namun, penganjuran sukan ini menguntungkan negara.

Isi-isi Penting :

1. Saluran yang mudah dan murah untuk mempromosikan Malaysia ke seluruh dunia.

- Media massa membuat promosi sebelum, semasa, dan selepas sukan ke seluruh dunia.

- Hal ehwal negara akan disiarkan oleh media di negara yang turut serta.

- Menarik orang asing melancong, melabur, dan melanjutkan pelajaran di sini.

2. Dapat memajukan sukan tanah air.

- Prasarana lengkap dan canggih dimanfaatkan oleh atlet negara.- Atlet dan rakyat mula meminati sukan seperti lumba lumba kereta Formula Satu.

- Jaguh sukan berwibawa akan dilahirkan.

3. Negara dapat memperkenalkan sukan-sukan tempatan dan atlet dapat menyertai semua acara sukan.- Seperti sukan silat dan sepak takraw yang asalnya sukan rakyat.- Atlet dapat menimba pengalaman dalam semua acara sukan.- Menaikkan semangat untuk berjaya.

4. Industri pelancongan dan industri lain turut berkembang.

- Peminat sukan datang melancong dan membeli-belah.- Industri perhotelan, pengangkutan, kraf tangan, dan sebagainya berkembang.

- Ekonomi negara kian maju.

5. Nilai murni dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat.- Penganjuran sukan mendidik rakyat membuat persiapan rapi sebelum sukan.

- Memberikan pengalaman agar lebih matang dalam hal pengurusan.- Menjaga kebersihan dan bersopan santun.

- Kita akan dihormati dan dikenang oleh masyarakat luar.

Penutup : - Penganjuran sukan antarabangsa tinggi kosnya, tetapi manfaatnya banyak.- Ekonomi berkembang, politik stabil, dan rakyat hidup aman.- Pemimpin dapat menumpukan usaha mencapai Wawasan 2020.

 

910/2 [Lihat Sebelah]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 3: Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

8/6/2019 Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

http://slidepdf.com/reader/full/skema-jawapan-bm-kertas-2-ting-62 3/12

3

2. Kad kredit pada masa ini bukanlah merupakan sesuatu yang asing bagi kebanyakan pengguna di

negara ini. Kad ini kerap digunakan oleh orang ramai dalam urusan jual beli. Walau bagaimanapun, kita

tidak dapat menafikan bahawa penggunaan kad ini dengan meluas ada kebaikan dan keburukannya.

Jelaskan pernyataan ini. (Lima isi, iaitu dua/tiga isi tentang kebaikan kad kredit DAN tiga/dua isi

tentang keburukan kad kredit).

JAWAPAN CADANGAN

Pendahuluan : - Takrifan bagi kad kredit.- Kad yang dikeluarkan oleh sesebuah institusi kewangan, misalnya Maybank, CIMB,

RHB, dan lain-lain.

- Pemilik kad kredit membuat bayaran bagi sesuatu pembelian di tempat-tempat tertentu

dan kemuadian membayar semula kepada institusi kewangan berkenaan pada akhir 

 bulan.

- Terdapat kebaikan dan keburukan kad kredit.

Isi-isi Penting :

Kebaikan 1. Memudahkan pengguna

- Tidak perlu membawa wang tunai untuk berbelanja – risiko untuk dirompak dapat

dikurangkan. 

- Apabila melancong ke luar negara, tidak perlu menukarkan wang tunai kepada mata

wang asing jika menggunakan kad kredit.- Boleh membeli-belah melalui Internet dan menempah hotel dengan menggunakan kad

kredit.

2. Membantu pertumbuhan ekonomi secara umum.

- Pengguna boleh membeli barang walaupun ketika mereka tidak mempunyai wang.- Apabila permintaan bertambah, bekalan juga akan ditingkatkan, dan ini membantu

 pertumbuhan ekonomi.

3. Menyediakan kemudahan semasa kecemasan

- Pemilik dapat menyediakan kemudahan sumber kewangan pada masa kecemasan.

4. Pemegang kad kredit menikmati pelbagai kemudahan istimewa.

- Pengguna dapat menikmati pelbagai ganjaran yang ditawarkan oleh institusi kewangan

yang mengeluarkan kad kredit seperti ganjaran mata (points) dan potongan harga apabila

 berbelanja dengan kad kredit.- Pemegang kad mendapat perlindungan insurans kemalangan diri sekiranya membeli

tambang perjalanan dalam kenderaan awam menggunakan kad kredit.

Keburukan 1. Pengguna kad kredit terdorong untuk berbelanja lebih dan gemar berhutang / sukar mengawal

nafsu berbelanja.

- Menjadi boros dengan membeli barangan yang tidak perlu. Hal ini disebabkan merekatidak berasa bahawa wang keluar daripada saku mereka.- Faedah akan dikenakan ke atas baki hutang yang tidak berbayar pada setiap bulan.

- Hutang akan bertambah dan tindakan mahkamah akan diambil terhadap pemilik yang

tidak berupaya menjelaskannya.

2. Memberikan ruang kepada jenayah siber.

- Pihak yang berkepentingan boleh mengklon kad kredit dan menggunakan kad orang lain

secara haram.

910/2 [Lihat Sebelah]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 4: Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

8/6/2019 Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

http://slidepdf.com/reader/full/skema-jawapan-bm-kertas-2-ting-62 4/12

4

3. Institusi kewangan mengalami kerugian.

- Institusi kewangan yang mengeluarkan kad tersebut mungkin akan mengalami kerugian

sekiranya pengguna kad gagal membayar pinjaman mereka.

- Pengguna pula akan diisytiharkan muflis.

- Pada tahun 2005 sahaja, sejumlah RM3.7 bilion pinjaman melalui kad kredit tidak 

dilunaskan oleh pengguna.

4. Pengeluaran kad kredit yang tidak terkawal mengakibatkan inflasi- Pengguna cenderung berbelanja dengan kad kredit, beli dahulu bayar kemudian.- Menggalakkan sikap boros dan tidak cermat dalam perbelanjaan.

- Menyemarakkan api inflasi dan menjejaskan ekonomi negara.

Penutup : - Kad kredit sebenarnya berfungsi sebagai media atau alat perantaraan bagi membuat sesuatu

  pembayaran, bukan merupakan suatu kuasa beli. Sebagai pengguna, kita perlu bijak 

memanfaatkannya.

3.  Negara Dunia Ketiga ghairah menarik pelabur asing melabur ke negara masing-masing. Malaysia juga

tidak berkecuali dalam hal ini kerana pelaburan asing amat mustahak untuk mempercepat pembangunan di

Malaysia. Berikan hujah-hujah anda tentang kepentingan pelaburan asing dan langkah-langkah untuk 

menarik pelabur asing ke Malaysia. ( Lima isi; dua/tiga isi tentang kepentingan pelaburan asing DAN

tiga/dua isi tentang langkah-langkah menarik pelabur asing).

JAWAPAN CADANGAN

Pendahuluan : - Negara Dunia Ketiga giat menarik pelabur untuk mendapatkan modal dan teknologi.- Kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai pendekatan demi menarik kemasukan

 pelaburan asing.- Pelaburan asing akan mempercepat kemajuan negara.

Isi-isi penting :

Kepentingan 1. Membawa masuk teknologi canggih dan kepakaran

- Pelabur asing akan menjalankan R&D di Malaysia. Kita akan mempelajari teknologi

canggih daripada mereka.

- Lama-kelamaan kita mampu menguasai teknologi moden, rakyat akan menjadi tenaga

 profesional, dan kita mampu menghasilkan teknologi sendiri.

2. Meningkatkan peluang pekerjaan- Kemasukan pelabur asing bermakna lebih banyak kilang perindustrian didirikan.- Lebih banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.- Tanpa masalah pengangguran, masalah sosial dapat dikurangkan.

3. Meningkatkan penggunaan bahan mentah tempatan- Pelaburan asing akan menggunakan bahan mentah tempatan; harga dan penggunaan

 bahan mentah lebih terjamin.

- Barangan siap meraih harga tinggi, pelaburan asiing dapat menambah pendapatan

negara.- Kita juga untung dari segi imbangan pembayaran negara kita.

4. Menggalakkan masuk modal asing

910/2 [Lihat Sebelah]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 5: Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

8/6/2019 Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

http://slidepdf.com/reader/full/skema-jawapan-bm-kertas-2-ting-62 5/12

5

- Modal pelaburan asing tidak perlu dibayar balik. Dengan itu, kerajaan dapat sumber kewangannya untuk pembangunan negara.

- Kita tidak perlu membuat pinjaman asing.

5. Menggalakkan pembangunan infrastruktur - Kawasan perindustrian lengkap dengan kemudahan infrastruktur.- Pelabuhan dan lapangan terbang yang canggih juga disediakan.

- Kemudahan asas yang lebih sempurna; taraf hidup sosial rakyat negara ini dapatdipertingkatkan.

Langkah-langkah menggalakkan pelaburan asing :

1. Menawarkan pelbagai kemudahan infrastruktur untuk pelabur - KLIA dapat menampung keluar masuk pelabur asing di Malaysia.

- System pengangkutan jalan yang canggih seperti LRT juga dibina.

- Kawasan pejabat yang termoden juga disediakan di Cyberjaya dan KLCC.- Kawasan kediaman yang berkualiti juga ditawarkan.

- Sistem komunikasi yang canggih juga dibekalkan melalui MEASAT I dan MEASAT II.

2. Kestabilan politik 

- Pelaburan asing merupakan pelaburan jangka panjang.- Politik yang stabil bererti dasar kerajaan tidak berubah.

- Keselamatan sosial juga terjamin.- Operasi kilang pelabur berjalan lancar.

3. Kemudahan dan insentif yang pelbagai ditawarkan

- Kerajaan memberikan pengecualian cukai kepada pelabur asing; menguntungkan

syarikat pelabur asing.

- Pakar asing juga akan diberikan kebebasan keluar masuk.

- Ahli keluarga mereka boleh tinggal lebih lama di sini tanpa banyak sekatan.

- Peratusan saham yang harus dimiliki oleh rakyat kita dilonggarkan.- Semua insentif ini akan memudahkan pelabur asing melabur di Malaysia.

4. Perlindungan undang-undang untuk para pelabur giat dijalankan.- Kini Akta Cyber telah berkuat kuasa. Hukuman yang ketat akan dikenakan terhadap

 penjenayah computer.- Jenayah pemalsuan tandatangan multimedia, menceroboh, mencuri dan memusnahkan

data syarikat, menyairkan bahan lucah dan sebagainya dapat disekat.- Dengan ini, penggunaan teknologi multimedia akan lebih selamat.

- Akta Hak Intelek juga digubal. Akta ini boleh mencegah kegiatan cetak rompak 

teknologi maklumat.

Penutup : - Pelaburan asing memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi di Malaysia.

Memandangkan hakikat inilah pelbagai insentif serta kemudahan pelaburan telah disediakan untuk menggalakkan pelaburan asing di negara ini.

 

4. Anda merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk di kawasan tempat tinggal anda, justeru anda diminta agar 

menghantar memorandum kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri bagi menyatakan bantahan

terhadap pendatang asing di kawasan anda dan mengemukakan langkah-langkah untuk menanganinya.

Sediakan memorandum itu selengkapnya. (Format Khusus Memorandum. Lima isi; dua/tiga isi tentang

bantahan DAN tiga/dua isi tentang langkah-langkah menangani).

910/2 [Lihat Sebelah]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 6: Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

8/6/2019 Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

http://slidepdf.com/reader/full/skema-jawapan-bm-kertas-2-ting-62 6/12

6

JAWAPAN CADANGAN

Format memorandum

Pendahuluan : - Penerima memorandum- Pengirim memorandum

- Tajuk : Bantahan terhadap Kehadiran Pendatang Asing dan Langkah-langkah

menanganinya.

Bantahan : 1. Peningkatan kadar jenayah dan masalah sosial.- Kehadiran pendatang asing meningkatkan kadar jenayah.- Mengancam keselamatan penduduk, terutamanya wanita dan kanak-kanak.

- Pendatang asing yang kebanyakannya bekerja sebagai buruh kasar terlibat dalam jenayahseperti mencuri, memecah rumah, dan pergaduhan.

- Pergaduhan yang menyebabkan kematian seing berlaku dalam kalangan mereka kerana

 berebutkan gadis atau kalah dalam perjudian.- Terdapat pergaduhan yang berlaku antara pendatang asing dengan penduduk tempatan

kerana sikap biadap mereka yang mengganggu gadis tempatan.- Mereka juga bergaul bebas antara lelaki dan perempuan.- Wujud koloni dan sering berkumpul di kedai-kedai kopi pada waktu malam.

2. Mewujudkan petempatan haram

- kawasan bukit di kampong dijadikan sebagai petempatan sementara.- Mereka tidak memiliki dokumen yang sah, memudahkan mereka melarikan diri apabila

operasi diadakan oleh pihak berkuasa.- Terdapat juga pendatang asing yang menyewa rumah penduduk tempatan.

- Sesetengahnya menduduki rumah yang tidak berpenghuni tanpa pengetahuan pemiliknya.

- Kawasan hutan turut dijadikan petempatan mereka.

- Wujud setinggan, mencuri bekalan elektrik dan air daripada penduduk tempatan.

3. Menjejaskan peluang ekonomi penduduk kampung- Kebanyakan majikan dalam sektor perladangan dan pembinaan lebih suka mengupah

warga asing kerana murah.- Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja kerja malah ada yang sanggup menorah

getah.- Mereka menjual barangan seperti mainan, buah-buahan di pasar malam atau gerai kecil.- Penduduk tempatan tidak berpuas hati kerana merampas peluang mereka.- Berlaku pergaduhan berebutkan tapak perniagaan.

Cadangan :

4. Mengawal kemasukan warga asing- Perketatkan kemasukan warga asing.- Mengehadkan jumlah kemasukan mereka.

- Memastikan pendatang yang benar-benar layak sahaja yang memasuki Malaysia.- Pihak Imigresen, kastam, polis marin menghalang kemasukan pendatang asing secara

haram.

5. Menjalankan operasi secara berterusan

- Langkah pengawalan yang ketat.- Operasi terhadap pendatang asing haram secara berterusan.

- Terdapat penduduk tempatan melindungi mereka setelah menerima suapan wang ringgit.

910/2 [Lihat Sebelah]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 7: Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

8/6/2019 Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

http://slidepdf.com/reader/full/skema-jawapan-bm-kertas-2-ting-62 7/12

7

- Langkah proaktif uuntuk menangkap warga asing atau mereka yang terlibat dalamkomplot ini.

Penutup : - Kebanjiran warga asing secara haram.

- Langkah untuk membendung demi kesejahteraan masyarakat setempat dan keamanan

negara.- Ucapan terima kasih, pengakuan, tarikh, tandatangan, nama, dan jawatan.

Bahagian B

5   Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpamenjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara170 hingga 180   patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan.

[20m]

Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sedang membangun dari segi ekonomi dan sosial, dan kita

sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai taraf negara maju. Walaupun negara kita bergiat cergas dalam

sektor perindustrian, tetapi kita tidaklah mengabaikan sektor pertanian malah terus membangunkannya dengan

pelbagai ikhtiar yang difikirkan wajar. Hal ini penting dilakukan kerana Malaysia memiliki keistimewaan tertentu yangdapat dimanfaatkan dalam bidang ini. Amatlah rugi jika kita mengabaikan salah satu daripadanya.

Tidak ada sesiapa yang dapat menafikan hakikat bahawa sektor perindustrian di negara kita harus dimajukan

dan perlu lebih diutamakan daripada sektor pertanian. Hal ini demikian kerana pendapatan yang diperoleh daripada

sektor perindustrian adalah   jauh melebihi perolehan daripada sektor pertanian. Pendapatan sektor perindustrian

yang stabil  dan lumayan dapat memantapkan ekonomi negara. Hal ini demikian kerana hasil daripada sektor

perindustrian tidak terdedah kepada faktor luaran seperti cuaca yang boleh menjejaskan jumlah pengeluaran dan

harga jualan, iaitu sebagaimana yang sering mempengaruhi hasil kegiatan sektor pertanian.

Selain itu, jika sektor perindustrian berkembang pesat di negara kita, hal ini mampu mendorong pembukaan

kilang-kilang pembuatan dan seterusnya membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak dan pelbagai. Penubuhan

kilang-kilang perindustrian yang beroperasi untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk, bukan sahaja di

bandar malah juga di luar bandar. Penawaran pekerjaan yang pelbagai jenis dan pelbagai peringkat dalam berbagai-

 bagai kegiatan sektor perindustrian mampu menarik minat penduduk setempat untuk bekerja berbanding dengan dalam

sektor pertanian.

Walaupun negara kita giat memajukan sektor perindustrian, sektor pertanian juga harus diberikan perhatian

untuk dimajukan. Hal ini disebabkan sektor pertanian juga dapat menyumbang pertumbuhan kepada ekonomi negara.

Pengeluaran sektor pertanian bukan sahaja dapat membekalkan makanan kepada pengusahanya malah kepada seluruh

penduduk Malaysia juga. Jika kita mengeluarkan hasil tanaman dengan banyak, negara kita tidak perlu bergantung

kepada negara lain untuk sumber makanan, seterusnya ini dapat mengurangkan import sumber makanan. Di sebalik 

itu, hasil yang banyak  memberikan peluang kepada kita untuk  mengeksportnya pula. Maka dengan demikian,

pengaliran keluar mata wang negara kita dapat dihentikan, manakala pengaliran masuk mata wang asing dapat

ditambah.

Di samping itu, sektor pertanian memang amat perlu dimajukan untuk  mengatasi masalah tanah terbiar

yang menjadi semakin serius pada masa ini. Tanah terbiar harus dimajukan dan diusahakan untuk  mengelakkan

pembaziran sumber pengeluaran itu. Masalah tanah terbiar mungkin akan menyebabkan tanah tersebut gersang dan

kehilangan sumber mineral yang penting bagi pertumbuhan tanaman. Secara tidak langsung, kita mungkin akan

kehilangan nilai daripada khazanah alam yang amat berharga itu.

Hasil daripada sektor pertanian juga dapat dijadikan input untuk kegiatan sektor perindustrian. Sektor

pertanian menyediakan bahan-bahan mentah untuk diproses oleh pengusaha sektor perindustrian. Contohnya, hasil

tanaman getah menyediakan susu getah yang dapat diproses menjadi tayar kereta dan pelbagai barangan berasaskan getah.

Hasil tanaman kelapa sawit pula dapat menyediakan buah kelapa sawit yang boleh diproses untuk dijadikan minyak,

sabun, lilin, dan lain-lain. Semua keluaran ini dapat dijual pada harga yang berpatutan dan mampu menjana

pendapatan kepada negara.

910/2 [Lihat Sebelah]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 8: Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

8/6/2019 Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

http://slidepdf.com/reader/full/skema-jawapan-bm-kertas-2-ting-62 8/12

8

Sebagaimana kata Perdana Menteri kita, negara kita harus bijak  memanfaatkan sesuatu yang kita miliki di

 bumi yang dianugerahkan Allah kepada kita, maka amat wajar bagi memajukan kedua-dua sektor pertanian dan sektor 

 perindustrian secara saling melengkapi. Kita harus bersyukur atas anugerah itu dan kita juga harus sedar bahawa tidak 

banyak negara di dunia ini yang dapat menikmati kelebihan seperti yang ada di negara kita ini.

Soalan 5 : JAWAPAN CADANGAN

Isi Utama - Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun (1) dan sedang berusaha untuk mencapaistatus negara maju. Walaupun Malaysia cergas dalam sektor perindustrian (2), sektor pertaniannya

tidaklah diabaikan (3). Langkah ini penting kerana Malaysia mempunyai keistimewaan (4) tertentu.3/4 = IUT

Isi Sokongan -

1.  Sektor perindustrian memang diberikan keutamaan (1) kerana pendapatan yang diperoleh (2) daripadanya lebih tinggi

dan stabil (3) disebabkan hasilnya tidak dipengaruhi oleh faktor luaran (4). Hal ini penting untuk memantapkan ekonomi

negara (5). 3/5 = IS 1

2. Sektor perindustrian  (1) yang melibatkan pengeluaran pelbagai produk dapat menawarkan peluang pekerjaan yang banyak  (2), baik di bandar mahupun di luar bandar (3). 2/3 = IS 2

3. Dalam pada itu, sektor pertanian juga perlu diberikan perhatian (1) disebabkan sektor ini juga memberikan sumbangan

kepada pertumbuhan ekonomi negara (2). Sektor pertanian membekalkan makanan kepada penduduk (3).2/3 = IS 3

4. Pengusahaannya membolehkan kita mengurangkan import makanan (1). Kita juga boleh mengeksportnya (2) dan denganini pengaliran wang ke luar dapat dikurangkan (3). 2/3 = IS 4

5.  Sektor pertanian juga perlu dimajukan (1) untuk mengatasi masalah tanah terbiar (2) dan mengelakkan

pembazirannya (3), dan mengelakkan kita kehilangan nilai khazanah (4) tersebut.3/4 = IS 5

6.  Hasil pertanian (1) juga dapat dijadikan input atau bahan mentah untuk sektor perindustrian (2). Semua hasil keluaran(3) sektor pertanian dapat menyumbang pendapatan (4) kepada negara jika dijual dengan harga yang berpatutan (5).

3/5 = IS 6

Kesimpulan - Kita harus bijak memanfaatkan sesuatu yang kita miliki  (1) dan amat wajar (2) bagi kita untuk memajukan kedua-dua sektor (3). Kita harus bersyukur (4) atas anugerah Tuhan ini kerana tidak banyak 

negara memiliki kelebihan (5) seperti ini. 3/5 = KT

910/2 [Lihat Sebelah]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 9: Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

8/6/2019 Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

http://slidepdf.com/reader/full/skema-jawapan-bm-kertas-2-ting-62 9/12

9

Bahagian C

 Jawab satu  soalan sahaja.

6  Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa biasa dengan memindahkan bentuk dialog kedalam cakap pindah. [15m]

“Kaunampak Pawang Kri?” tanya Alwi dengan kuat.

“Mungkin bergelut dengan buaya itu. Tapi aku tak nampak jelas!” jawab Muslim dengan kuat juga.

Tali alai naik lagi. Tidak lama kemudian permukaan air terbelah lagi. Buaya itu muncul semula,

menghempaskan badannya.“Tembak!” jerit Alwi.

“Ada Pawang Kri!”

“Apa?”

“Ada Pawang Kri!’

“Aku tak fikir Pawang Kri boleh menyelam begini lama,” kata Muslim menurunkan senapang dari

 bahunya.

“Siapa tahu? Mungkin dia boleh menyelam sampai tiga puluh minit,” jawab Alwi.

“Kita nanti lagi?”“Ya, apa yang kita boleh buat?” ujar Alwi sambil ketawa. “Kau mahu terjun dan mencarinya dalam Sungai

Usar ini?”

“Apa? Kaujangan perli aku! Kauingat aku ni apa?” balas Muslim.

“Aku sebenarnya risau, kenapa Pawang Kri tak timbul-timbul lagi.” Alwi merungut.

“Aku pun macam kau juga. Kenapa lama sangat ni!”Mereka menanti lagi. Tetapi penantian kali ini menyebabkan mereka berpeluh.

JAWAPAN CADANGAN

Dengan suara yang kuat, Alwi ingin tahu, sama ada Muslim melihat Pawang Kri atau tidak. Dengan suara

yang kuat juga, Muslim mengatakan bahawa berkemungkinan Pawang Kri bergelut dengan buaya itu, tetapi

menurutnya, dia tidak nampak dengan jelas. Tali alai naik lagi dan tidak lama selepas itu permukaan air terbelah

lagi. Buaya itu muncul semula dan menghempaskan badannya. Alwi menjerit dan meminta Muslim menembaknya.

Muslim menjerit dan memberitahu Alwi bahawa (di situ) ada Pawang Kri. Alwi ingin tahu untuk mendapatkan

kepastian, dan Muslim mengatakan bahawa (di situ) ada Pawang Kri. Sambil menurunkan senapang dari bahunya,

Muslim mengatakan bahawa dia berpendapat bahawa Pawang Kri tidak mungkin boleh menyelam sedemikian lama.

Alwi mengatakan bahawa tidak ada sesiapa tahu bahawa berkemungkinan Pawang Kri boleh menyelam selama tiga  puluh minit. Muslim meminta kepastian sama ada mereka perlu terus menanti atau tidak. Sambil ketawa, Alwi

mengeyakan kata-kata Muslim dan mengatakan bahawa tidak ada apa-apa yang boleh dibuat oleh mereka.

Menurutnya Alwi lagi, dia juga ingin tahu sama ada Muslim mahu terjun atau tidak ke dalam Sungai Usar itu untuk 

mencari Pawang Kri. Muslim membalas dengan meminta supaya Alwi tidak memerlinya dan memintanya agar tidak 

membuat sebarang tanggapan tentang dirinya. Sambil merungut, Alwi mengatakan bahawa dia sebenarnya risau

sebab Pawang Kri belum timbul-timbul lagi. Muslim memberitahu Alwi bahawa dia juga seperti Alwi dan ingin

tahu sebab Pawang Kri terlalu lama (di dalam air). Mereka menanti lagi, tetapi penantian mereka pada kali ini

menyebabkan mereka berpeluh.

910/2 [Lihat Sebelah]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 10: Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

8/6/2019 Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

http://slidepdf.com/reader/full/skema-jawapan-bm-kertas-2-ting-62 10/12

10

7  Alih bentuk bahasa prosa klasik di bawah ini kepada bentuk prosa Melayu moden. [15m]

Maka oleh Tun Indera Segara segala kata Tun Isap itu semuanya dipersembahkan kepada Sultan Ahmad.

Maka baginda pun tersenyum. Maka titah Sultan Ahmad, “Benar katanya itu.” Maka dianugerahi baginda Tun

Indera Segara.

Setelah hari siang, maka Peringgi pun naiklah ke darat. Maka Sultan Ahmad pun naik gajah. Juru Demangnamanya, Seri Udani di kepala gajah. Tun Ali Hati di belakang. Maka baginda keluarlah dengan segala hulubalang,

maka peranglah dengan Peringgi beramuk-amukan.

Seketika perang itu, maka rakyat Peringgi pun undur daripada sangat tempuh orang Melaka. Maka tampil

Alfonso de Albuquerque dengan seribu soldadu berpelurunya istinggar, seperti kacang jatuh ke bidai bunyinya,

demikianlah daripada sangat tempuh anak Portugal.

Maka pecahlah perang orang Melaka, lalu undur. Maka tinggal Sultan Ahmad seorang diri di atas gajah.

Maka oleh Peringgi, gajah Sultan Ahmad dikepungnya banyak-banyak. Maka Sultan Ahmad pun beradukan tombak 

dengan Peringgi, kena tapak tangan baginda, luka sedikit. Maka oleh Sultan Ahmad dikendongkannya tangannya,sambil memberitahu anak Melaka.

JAWAPAN CADANGAN

Semua maklumat yang diberitahu oleh Tun Isap itu dimaklumkan kepada Sultan Ahmad oleh Tun Indera

Segara. Setelah mendengar kata-kata Tun Indera Segara, Sultan Ahmad berasa gembira. Baginda juga mengaku

akan kebenaran kata-kata Tun Indera Segara, dan sebagai tanda penghargaan, Tun Indera Segara dikurniakanhadiah.

Pada keesokan hari, Portugis naik ke darat untuk berperang. Dalam pada itu, Sultan Ahmad pula menaikigajah yang bernama Juru Demang yang dipandu oleh Seri Udani yang duduk di kepala gajah. Tun Ali pula duduk di

 belakang gajah. Setelah itu, Sultan Ahmad bersama-sama semua hulubalang berperang dengan Portugis. Perang itu

 berlanjutan beberapa ketika dan orang-orang Portugis mula berundur kerana tidak dapat bertahan dengan keberanian

  pahlawan Melaka yang berperang itu. Panglima Portugis, Alfonso de Albuquerque, bersama-sama seribu orang

tenteranya, mula melancarkan serangan dengan menggunakan senapang. Bunyi tembakan senapang itu seperti

kacang jatuh ke atas bidai.

Serangan senapang yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh Portugis menyebabkan orang Melaka

tidak dapat menangkisnya dan mereka mula berundur. Cuma tinggal Sultan Ahmad dan gajahnya sahaja di medan perang itu. Tentera Portugis mula mengepung Sultan Ahmad dan gajahnya. Sultan Ahmad mula menyerang orang-

orang Portugis yang mengepung baginda dengan menggunakan tombak, tetapi tapak tangan baginda terluka sedikit.

Sultan Ahmad pun membaluti tangannya itu dengan kain sambil memangggil orang-orang Melaka.

910/2 [Lihat Sebelah]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 11: Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

8/6/2019 Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

http://slidepdf.com/reader/full/skema-jawapan-bm-kertas-2-ting-62 11/12

11

Bahagian D

8   Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan

kemudian buat pembetulan. [15m]

Malaysia perlu berusaha menjadikan konsep “masyarakat berfikir” sebagai suatu agenda penting dalam  pembangunan bangsa dan pembinaan negara. “Masyarakat berfikir” adalah asas   penting bagi mencorakkan

 perubahan masyarakat maju di abad ke-21. Kemajuan material dan ekonomi yang negara kita miliki sepatutnya

merintis perubahan yang lebih dinamis ke arah melahirkan “masyarakat berfikir”. “Masyarakat berfikir” ialahmasyarakat yang berwibawa, produktif, berfikiran jauh, optimistik pada perubahan, bersifat demokratik, dan

dapat membina serta mempertahankan nilai-nilai yang menjamin kesejahteraan anggota masyarakatnya. Masyarakat

yang mempunyai tahap pemikiran yang rendah merupakan masyarakat yang tidak mempunyai daya kekuatan, daya

ketahanan psikologi, dan tidak dapat menentukan haluan perubahan untuk membangun, menghadapi cabaran, dan

merintis kepada perubahan.

 JAWAPAN CADANGAN

Bil. Kesalahan Analisis Kesalahan Pembetulan

1.

Malaysia perlu

 berusaha

menjadikankonsep…

Kesalahan tidak ada kata hubung pancangan komplemen.

Ayat tersebut merupakan ayat majmuk pancangan

komplemen. Oleh itu, kata hubung pancangan komplemen‘untuk’ perlu hadir selepas kata kerja ‘berusaha’

Malaysia perlu

 berusaha untuk 

menjadikankonsep…

2.

…adalah asas

 penting…

Kesalahan penggunaan kata pemeri ‘adalah’. Perkataan ‘asas’

ialah kata nama. Kata pemeri yang sesuai hadir sebelum kata

nama ‘asas’ ialah ‘ialah’.

…ialah asas

 penting…

3.

…di abad ke-21… Kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘di’. Kata sendi nama

‘di’ digunakan untuk menunjukkan tempat dan arah

sedangkan perkataan ‘abad’ merujuk pada masa.

…pada abad ke-

21…

4.…ekonomi yang

negara kita miliki…

Kesalahan struktur binaan ayat pasif diri orang ketiga. Ayat

ini seharusnya mematuhi struktur KN (objek - ekonomi) +

KK (dimiliki oleh) + KN (subjek – negara kita)

…ekonomi yang

dimiliki oleh negara

kita…

5.…optimistik pada

 perubahan…

Kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘pada’. Kata sendi

nama ‘pada’ khusus untuk menunjukkan masa dan tempat.

Perkataan ‘perubahan’ tidak merujuk pada masa atau tempat.

…optimistik  kepada

 perubahan…

910/2 [Lihat Sebelah]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

Page 12: Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

8/6/2019 Skema Jawapan Bm Kertas 2 Ting 6.2

http://slidepdf.com/reader/full/skema-jawapan-bm-kertas-2-ting-62 12/12

12

6.

…merintis kepada

 perubahan.

Kesalahan kata kerja aktif transitif. Perkataan ‘merintis’ ialah

kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek. Kata kerja

aktif transitif mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada

kata nama, sedangkan ‘kepada’ bukan kata nama, tetapi katasendi nama.

…merintis

 perubahan.

910/2 [Lihat Sebelah]

*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*