sjkc bahasa malaysia tahun 4 penulisan 2013 - 1

Upload: johari

Post on 10-Feb-2018

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 SJKC Bahasa Malaysia Tahun 4 PENULISAN 2013 - 1

    1/2

    SJK(C) DAMANSARAJALAN TROPICANA UTARA, PETALING JAYA.

    PENILAIAN ( KALI 4/2013 )

    PENULISAN BAHASA MELAYU TAHUN 4

    Nama ______________________________ Markah _____________

    Kelas ______________________________ Tarikh _____________

    Masa 8.00 8.50 pg

    ( 50 minit )

    Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Kamu

    dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, Kamu boleh memilih sama ada menjawab

    Soalan1, Soalan2 atau Soalan 3.

    Bahagian A

    [ Masa dicadangkan : 15 minit ]

    [ 10 markah ]

    Gambar di bawah menunjukkan suasana ketika Hari Sukan di sebuah sekolah. Tulis lima ayat yang lengkaptentang lima suasana ketika Hari Sukan tersebut.

    ___________________________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________________________________

    4 BM/PEN/1

  • 7/22/2019 SJKC Bahasa Malaysia Tahun 4 PENULISAN 2013 - 1

    2/2

    Bahagian B

    [ Masa dicadangkan : 40 minit ]

    [ 30 markah ]

    Pilih satudaripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnyatidak kurang daripada 60

    patah perkataan.

    1. Pada suatu petang, aku dan dua orang kawanku berjoging di taman. Setelah penat berjoging, kami berjalan-

    jalan disekitar taman sambil berbual-bual. Tiba-tiba...

    Mulakan karangan kamu dengan, Tiba-tiba ...

    ATAU

    2. Kamu telah menyertai lawatan ke sebuah zoo. Ceritakan pengalaman kamu ketika melawat zoo itu.

    ATAU

    3. Ibu kamu meminta kamu ke kedai untuk membeli beberapa barang. Tuliskan perbualan kamu dengan pekedaitersebut dengan selengkapnya.

    Bahagian C

    [ Masa dicadangkan : 20 minit ]

    [ 20 markah ]

    Tulisempat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan cerita di bawah ini.Berikan contoh yang

    sesuai berdasarkan petikan tersebut.Panjangnya jawapan kamu hendaklahtidak lebih daripada 40 patah

    perkataan.

    Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

    Pada malam ini, ibu Wei Wen, Puan Nancy akan mengadakan majlis sambutan hari lahir ayah

    Wei Wen yang keempat puluh satu. Wei Wen segera pulang dari sekolah. Selepas menukar pakaian

    sekolah, Wei Wen ke bilik air untuk mandi. Kemudian, dia berjalan ke dapur untuk mendapatkan

    ibunya. Wei Wen melihat beberapa orang jiran sedang membantu ibunya memasak. Wei Wen

    bersalam dengan jiran-jirannya itu.

    Selepas itu, Wei Wen membantu ibunya menghiris bawang. Dia menghiris bawang dengan

    hati-hati agar jarinya tidak cedera. Kemudian, dia memasukkan kulit bawang ke dalam plastik

    sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.

    Pada waktu malam, ayah Wei Wen, Encik Leong pulang ke rumah. Encik Leong terkejut

    melihat jiran-jirannya berkumpul di rumahnya. Rupa-rupanya, mereka hendak menyambut ulang

    tahun kelahirannya. Beliau berasa terharu dengan sambutan yang diberikan. Beliau mengucapkan

    terima kasih kepada keluarga dan jiran-jirannya itu.

    Disediakan Oleh :- Disemak Oleh :-

    _________________ ___________________( En. Jeffry B. Shapi ) (En. Johari B. Mat Jap )

    4 BM/PEN/2