sjh ref

3
REFLEKSI Sepanjang melaksanakan tugasan penulisan esei berasaskan buku,internet,surat khabar , banyak pengalaman yang telah saya perolehi. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa peringkat permulaan ialah tugasan ini telah membawa saya untuk ke perpustakaan Institut untuk mencari bahan-bahan rujukan bagi menyipkan kerja kursus ini dengan jayanya. Tugasan ini telah mengubah persepsi saya terhadap fungsi perpustakaan Institut. Sebelum ini, saya beranggapan buku-buku di perpustakaan sudah lapuk.Tetapi, saya lihat sudah banyak pembaharuan yang dilakukan. Buku-buku yang berkenaan juga lebih mudah untuk didapati. Perubahan positif ini menguntungkan saya kerana saya memperoleh sumber-sumber untuk dijadikan rujukan penulisan esei ini. Pembacaan yang mendalam berkaitan Dasar Pendidikan Negara adalah sangat penting kerana saya memerlukan fakta supaya saya dapat memberikan premis yang logik. Di samping itu, pembacaan akan meluaskan pengetahuan saya dan kelebihan itu membantu saya untuk memahami sesuatu pandangan yang bersifat kritis. Sementara itu, pengalaman semasa melaksanakan tugasan yang tidak dapat saya lupakan adalah pengalaman kongsi maklumat tentang dasar-dasar pendidikan negara kita sesama kawan. Satu pengalaman baru bagi saya kerana kita baru menjadi kawan di institusi ini,tetapi dalam masa yang singkat ini kami dapat berbual mesra dan berkongsi maklumat yang dikumpulkan.Selain itu,pada peringkat awal perasaan takut, gementar, dan teruja saling bercampur baur kerana ini merupakan kali pertama saya buat

Upload: sharvind-sky-ren

Post on 14-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: sjh ref

REFLEKSI

Sepanjang melaksanakan tugasan penulisan esei berasaskan buku,internet,surat

khabar , banyak pengalaman yang telah saya perolehi. Antara pengalaman yang tidak

dapat dilupakan semasa peringkat permulaan ialah tugasan ini telah membawa saya

untuk ke perpustakaan Institut untuk mencari bahan-bahan rujukan bagi menyipkan

kerja kursus ini dengan jayanya. Tugasan ini telah mengubah persepsi saya terhadap

fungsi perpustakaan Institut.

Sebelum ini, saya beranggapan buku-buku di perpustakaan sudah lapuk.Tetapi, saya

lihat sudah banyak pembaharuan yang dilakukan. Buku-buku yang berkenaan juga lebih

mudah untuk didapati. Perubahan positif ini menguntungkan saya kerana saya

memperoleh sumber-sumber untuk dijadikan rujukan penulisan esei ini. Pembacaan

yang mendalam berkaitan Dasar Pendidikan Negara adalah sangat penting kerana saya

memerlukan fakta supaya saya dapat memberikan premis yang logik. Di samping itu,

pembacaan akan meluaskan pengetahuan saya dan kelebihan itu membantu saya untuk

memahami sesuatu pandangan yang bersifat kritis.

Sementara itu, pengalaman semasa melaksanakan tugasan yang tidak dapat

saya lupakan adalah pengalaman kongsi maklumat tentang dasar-dasar pendidikan

negara kita sesama kawan. Satu pengalaman baru bagi saya kerana kita baru menjadi

kawan di institusi ini,tetapi dalam masa yang singkat ini kami dapat berbual mesra dan

berkongsi maklumat yang dikumpulkan.Selain itu,pada peringkat awal perasaan takut,

gementar, dan teruja saling bercampur baur kerana ini merupakan kali pertama saya

buat kerja kursus seperti ini. Oleh sebab itu,saya rasa seperti saya tidak dapat

menghabiskan kerja kursus ini dengan sempurna tetapi dengan panduan

pensyarah,bantuan kawan-kawan saya dapat menyempurnakan kerja ini.Paling ditakuti

adalah jika saya mengeluarkan kata-kata yang salah atau tidak sesuai dalam penulisan

esei saya.

Manakala, pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa mengakhiri tugasan tersebut

adalah saya berasa agak gementar kerana ini adalah tugasan yang buat kali

pertama.Oleh sebab itu saya berasa terdapat banyak kesalahan dan kesilapan dalam

kerja kursus saya ini.Saya juga menghadapi beberapa cabaran semasa menjalankan

tugasan ini iaitu pada peringkat awal permulaan tugasan ini saya mempunyai maklumat

Page 2: sjh ref

yang kurang berkaitan dasar pendidikan negara dan dapat mengatasi masalah ini

dengan mengumpulkan banyak maklumat melalui internet dan buku-buku.

Melalui tugasan ini saya telah mempelajari pelbagai perkara baru.Antaranya ialah latar

belakang dasar pendidikan negara dan kandugannya. Selain itu, satu lagi kelebihan

adalah tugasan ini melatih saya untuk berfikir secara logik dan kritis. Kedua-dua jenis

pemikiran ini akan membantu saya membuat penilaian yang lebih tepat mengenai

sesuatu perkara. Ia juga dapat membantu saya memahami sesuatu perkara secara

mendalam dan membuat keputusan yang sewajarnya.

Kesimpulannya,saya memang telah menimba banyak pengalaman semasa melakukan

tugasan projek ini.Bahan rujukan untuk menyiapkan kerja kursus ini bukan sahaja

menolong saya untuk menyiapkan kerja kursus ini malah juga menambahkan ilmu

pengetahuan saya tentang dasar pendidikan negara.