siti norafatien-biosfera akuatik

Upload: pismpsainsjan10

Post on 14-Apr-2018

281 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    1/18

    TENAGA DALAM BIOSFERA-AKUATIK

    Oleh ; SITI NOR AFATIEN BINTI JUSOH

    1.0 Pendahuluan

    Rajah 1: Ilustrasi Biosfera

    Biosfera ialah persekitaran organisma hidup yang dibina oleh interaksi

    atmosfera- lautan, bumi dan persekitaran permukaan bumi (Bradshaw & Weaver

    1992). Menurut Daniel (2006), biosfera terdiri daripada sistem daratan dan akuatik yang

    mana sistem akuatik terdiri daripada sistem air tawar dan marin. Oleh itu, biosfera

    adalah lapisan bumi atau tempat di bumi yang mana ada hidupan di atasnya.

    Di biosfera inilah berlaku beberapa proses dan antara proses biosfera yang

    berlaku dalam ekosistem adalah aliran dan perpindahan tenaga. Aliran dan

    perpindahan tenaga berlaku dan wujud dalam rantai makanan atau siratan

    makanan. Apabila adanya aliran dan perpindahan tenaga dalam siratan dan rantai

    makanan, ia akan melibatkan proses memakan dan di makan serta penguraian dan

    pereputan organisma.

    Oleh itu, rantai makanan dan siratan memainkan peranan penting kerana ia

    menjelaskan bagaimana aliran dan perpindahan tenaga boleh berlaku. Rantai

    makanan dan siratan makanan bermula daripada pengeluar, pengguna primer sehingga

    pengguna tertier dan penguraian di mana berlaku aliran tenaga dari satu peringkat ke

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    2/18

    peringkat. Hanya 10-20 % sahaja tenaga digunakan untuk proses fotosintesis atau

    ditukar menjadi tisu badan pengguna setiap peringkat dan 90% tenaga hilang semasa

    proses respirasi, metabolisme dan pertumbuhan. Namun begitu, isu yang semakin

    meruncing berkenaan biosfera akuatik seperti sungai, tasik, lautan yang terjejas

    dan tercemar disebabkan aktiviti manusia akan menyebabkan rantai dan siratanmakanan terganggu sekaligus turut menyebabkan kematian atau kepupusan

    sesetengah hidupan akuatik. Seterusnya, ia akan mengganggu aliran dan

    perpindahan tenaga bagi hidupan di biosfera akuatik. Pada masa yang sama , isu

    pencemaran air iaitu sungai, tasik dan laut akan menyebabkan kepupusan habitat dan

    spesies serta ia menunjukkan bahawa manusia pada dasarnya bertindak sebagai

    penganggu ekosistem merupakan isu yang berkait rapat dengan aliran dan

    perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik.

    1.1 Sejarah dan Biosfera Akuatik.

    Sejak zaman dahulu lagi, terdapat hidupan di muka bumi ini. Hidupan ini terdiri

    daripada hidupan air dan juga hidupan darat. Demi meneruskan kelangsungan hidup,

    hidupan ini melakukan proses makan dan dimakan. Proses makan dan di makan ini

    mewujudkan rantaian dan akhirnya membentuk siratan makanan. Ini membuktikan

    bahawa sejak dahulu lagi proses aliran dan perpindahan tenaga telah berlaku. Begitu

    juga dengan hidupan air atau hidupan akuatik. Aliran dan perpindahan tenaga yang

    berlaku dalam rantai atau siratan makanan telah bermula sejak zaman dahulu lagi

    sehinggalah sekarang.

    Menurut Berita Harian Online bertarikh 16 Ogos 2012, Malaysia mempunyai

    khazanah lebih daripada 150 lembangan sungai utama dengan kira-kira 100 di

    Semenanjung sahaja. Ini menunjukkan bahawa sejak dahulu lagi Malaysia kaya dengan

    hidupan akuatik dan wujudnya aliran dan perpindahan tenaga dalam ekosistem hidupan

    sungai. Malahan, Malaysia juga kaya dengan tasik. Berdasarkan rajah 2, dapat dilihat

    sungai-sungai utama dan tasik di Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia

    kaya dengan hidupan akuatik di mana banyak berlaku aliran dan perpindahan

    tenaga dalam ekosistem akuatik sejak dahulu hingga sekarang.

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    3/18

    Rajah 2: Peta Sungai utama dan tasik di Malaysia

    Selain itu, sejarah juga menunjukkan bahawa penerokaan sungai dan tasik

    telah menyebabkan aliran dan perpindahan tenaga dalam ekosistem akuatik bagi

    hidupan di sungai dan tasik tertentu turut terjejas. Mengikut laporan Jabatan Alam

    Sekitar (JAS), daripada 120 lembangan sungai yang dipantau pada tahun 1999,

    sebanyak 13 tercemar, 75 sederhana tercemar manakala 32 masih bersih. Sungai

    merupakan antara ekosistem akuatik. Sekiranya sungai tercemar, hidupan akuatik yang

    wujud dalam ekosistem tersebut turut terjejas. Hal ini kerana setiap hidupan akuatik

    berada dalam tingkat tropik tertentu. Apabila satu-satu tingkat tropik terjejas, ini turut

    mengganggu perpindahan dan aliran tenaga. Tenaga yang diambil oleh hidupan untuk

    melakukan proses hidup akan berkurang dan ini akan menyebabkan haiwan tersebut

    mati kerana tiada makanan yang diperlukan. Sekiranya hal ini berterusan, ia akan

    menjejaskan keseimbangan ekosistem.

    Di Malaysia, sejarah berkaitan isu pencemaran yang melibatkan biosfera akuatik

    yang paling teruk adalah seperti yang berlaku di Sungai Pinang iaitu sungai yang paling

    kotor mengikut Laporan Kualiti Alam Sekitar 2004. Hal ini menunjukkan bahawa sungai

    yang tercemar ini tidak sesuai untuk didiami oleh hidupan akuatik dan sekiranya

    tiada hidupan akuatik sudah tentu aliran dan perpindahan tenaga tidak berlaku .

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    4/18

    Isu pencemaran laut seperti tumpahan minyak di Pelabuhan Klang pada 27 April 2011

    sebanyak 3 liter oleh Kapal bunker Arowana memburukkan lagi keadaan di mana

    rantai dan siratan makanan di perairan tersebut sudah tentu terganggu. Ini

    menjejaskan hidupan di kawasan tersebut kerana permukaan lautan diliputi

    minyak yang menyebabkan zooplankton yang bertindak sebagai pengeluar tidakmendapat cahaya matahari dan berkurangan. Apabila hal ini berlaku, haiwan akuatik

    yang bergantung hidup kepadanya tidak mendapat bekalan makanan dan tenaga.

    Pencemaran juga berlaku di Tasik Biru Ibam. Walaupun cantik untuk dipandang namun

    ekosistem yang sepatutnya wujud di dalamnya telah mati.

    Jika dilihat dari sudut sejarah sebelum penubuhan Malaysia, hidupan di

    biosfera akuatik masih lagi berada dalam keadaan yang boleh dikatakan

    seimbang. Ini kerana tasik-tasik, sungai dan lautan masih belum diteroka secarameluas. Pembangunan dan perindustrian masih belum berkembang maju. Penggunaan

    bahan kimia dalam pertanian masih belum meluas dan hasil sisa industri seperti sisa

    toksik masih belum begitu genting sehingga dibuang ke dalam sungai, tasik atau laut

    yang ada. Oleh itu, ekosistem akuatik air tawar seperti sungai dan tasik serta marin

    masih belum terancam. Rangkaian sistem pemakanan biosfera akuatik masih belum

    terjejas dan pada masa yang sama aliran dan perpindahan tenaga tetap berlaku seperti

    biasa kerana hidupan akuatik boleh mendapatkan tenaga dengan memakan hidupan

    lain.

    Hidupan akuatik tinggal di biosfera akuatik di mana air merupakan simbol

    hidupan akuatik. Oleh itu, air yang bersih dan berkualiti yang sesuai untuk hidupan

    hidup adalah sangat penting. Namun begitu, pencemaran air telah mengganggu

    proses memakan dan dimakan bagi hidupan akuatik menyebabkan aliran dan

    perpindahan tenaga terganggu. Pencemaran air ini sudah mula mengancam kehidupan

    sejak dahulu lagi iaitu pada zaman Neolitik lagi. Malahan, pada Zaman pemerintahan

    Raja Richard II, Raja Inggeris dari tahun 1377 hingga 1399, satu patung yang melarang

    air kumbahan disalirkan ke dalam sungai telah dilakukan oleh beliau. Sekiranya air

    kumbahan disalirkan ke sungai, tingkat tropik dalam rantaian makanan sudah tentu

    akan terganggu. Tambahan pula, air kumbahan akan menggalakkan pembiakan

    bakteria dan kulat dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke dasar sungai dan

    mengganggu hidupan di dalam air untuk mendapatkan tenaga melalui cahaya matahari.

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    5/18

    1.2 Isu Berkaitan Biosfera Akuatik dari Perspektif Agama

    Pencemaran yang berlaku boleh menyebabkan berlakunya kepupusan kepada

    sesetengah hidupan. Contohnya kepupusan haiwan. Kepupusan haiwan boleh

    menjejaskan aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera. Seperti yang diketahui,

    kepupusan mana-mana spesies dalam rantai makanan atau siratan makanan

    boleh menjejaskan spesies yang lain. Sebagai contoh, pengguna primer seperti

    udang boleh menjejaskan bilangan pengguna sekunder iaitu ikan kecil.

    Ketidakseimbangan ini boleh terjadi dan apabila keseimbangan ini berterusan

    kesannya adalah ke atas ekosistem air. Malahan, haiwan akuatik juga adalah

    ciptaan Allah dan berhak untuk meneruskan hidup. Jadi, menjaga kebajikan

    haiwan adalah sangat penting. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

    .

    .

    Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Maka apabila kamu

    membunuh maka perbaikilah cara membunuh dan apabila kamu menyembelih

    maka perbaikilah cara sembelihan. Hendaklah salah seorang daripada kamu

    mengasah pisaunya dan biarkan haiwan sembelihan mati tanpa terseksa. [Shahih

    Muslim no: 1955]

    Berdasarkan pesanan Rasulullah: Sesungguhnya Allah mewajibkan ihsan ke

    atas setiap sesuatu, para sahabat dan umat Islam generasi awal sentiasa

    mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan haiwan. Ini kerana ia termasuk dalam

    keumuman sifat ihsan yang bermaksud kebaikan yang melebihi. Jadi, dalam hal ini,

    perbuatan manusia seperti membuang sisa toksik ke dalam sungai,

    pembuangan sampah sarap, tumpahan minyak menunjukkan bahawa manusia

    kurang bersifat ihsan terhadap hidupan akuatik kerana ia boleh mengganggu

    rantaian makanan di mana aliran dan perpindahan tenaga terjejas.

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    6/18

    Selain itu, haiwan di bumi ini merupakan komuniti seperti mana manusia

    juga. Mereka berhak ke atas sumber-sumber semula jadi yang ada. Malahan, di

    dalam Al Quran sendiri terdapat kisah berkaitan haiwan. Unta betina Allah ini

    menjadi tanda bagimu. Maka, biarkanlah dia makan di bumi Allah dan janganlah

    kamu mengganggunya dengan gangguan apa pun (yang kerananya) kamu akanditimpa seksaan yang pedih. (QS. Al-A'raaf: 73)

    Dalam Al-Quran ada menyebut bahawa Allah S.W.T. menjanjikan rezeki

    kepada setiap makhluk-Nya yang dilahirkan ke dunia ini seperti yang terkandung di

    dalam Surah Sabaa, Ayat 39 yang bermaksud "Katakanlah sesungguhnya Tuhanku

    melapangkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di kalangan hamba-hamba-

    Nya dan Dia menyempitkan bagi (sesiapa yang dikehendaki-Nya). Dan barang siapa

    sahaja yang kamu nafkahkan (belanjakan), maka Allah S.W.T. akanmenggantikannya dan Dialah juga sebaik-baik pemberi rezeki". Justeru, dalam

    konteks ini, biodiversiti merupakan sebahagian daripada rezeki anugerah Ilahi

    kepada kita di muka bumi ini. Oleh yang demikian, sebagai khalifah Allah,

    manusia diamanahkan untuk menguruskan rezeki kurniaan-Nya dengan penuh

    kebijaksanaan baik di daratan, lautan mahupun di angkasa. Walaupun hidupan

    seperti udang, ikan dan ketam merupakan keperluan manusia, namun manusia

    perlu bijak menguruskannya dengan baik dan bukan tanpa berhemah.

    Perbuatan manusia yang mencemarkan biosfera akuatik merupakan

    antara tindakan merosakkan alam. Allah sangat melarang manusia melakukan

    sebarang kerosakan terhadap alam ciptaanNya sama ada di darat, laut atau pun di

    udara. Contoh kerosakan yang dilakukan manusia adalah pembuangan sisa toksik

    ke sungai atau tasik, tumpahan minyak di laut, Allah melarang manusia melakukan

    kerosakan di alam ini kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada hidupan

    dan alam sekitar. Misalnya, hidupan akuatik mati kesan pembuangan bahan

    beracun. Larangan berkenaan merosakkan alam ciptaan Allah ini jelaskan oleh

    Allah SWT dalam Al- Quran surah Luqman ayat 20

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    7/18

    1.3 Nilai dalam Biosfera Akuatik-Wujudkan ia?

    Manusia merupakan penghuni di atas permukaan bumi. Sebagai penghuni,

    manusia perlulah sedar bahawa segala yang telah diciptakan Allah mempunyai

    kepentingannya. Kita sebagai pengguna alam sekitar perlu bijak mengimbangi

    keperluan di bumi dan pada masa yang sama keperluan manusia itu tidak

    mengorbankan alam sekitar. Contohnya, aktiviti perkapalan manusia perlu diuruskan

    dengan bijak dan tumpahan minyak perlu dielakkan. Selain itu, tebus guna kawasan

    tanah untuk pembangunan menyebabkan ada kawasan tasik atau paya bakau yang

    banyak ekosistem terpaksa dimusnahkan demi keperluan manusia. Aktiviti pertanian

    dengan penggunaan baja kimia dan menyebabkan bahan kimia itu mengalir ke sungai-

    sungai terbukti bahawa manusia begitu alpa sehingga mengorbankan alam sekitar demi

    keperluan sendiri.

    Seterusnya, Islam juga telah mendidik kita dengan nilai tidak bermegah-megah

    dimana kemajuan teknologi yang kita miliki bukan untuk bermegah dan

    disalahgunakan. Contohnya, dari sudut berkaitan biosfera akuatik, kemajuan di bidang

    penangkapan ikan telah disalahgunakan untuk menangkap ikan secara berlebihan.

    Sekiranya ikan ditangkap secara berlebihan, ia akan menjejaskan rantai makanan dan

    hal ini seterusnya turut memberikan kesan kepada biosfera akuatik iaitu ekosistem

    lautan. Keseimbangan rantai makanan berlaku dan mengganggu aliran dan

    perpindahan tenaga dalam rantai makanan. Kesan yang dinyatakan tadi boleh terjadi

    kerana apabila ikan sebagai pengguna kedua mungkin akan menjejaskan rantai makan

    atau siratan makanan.

    Malah, Islam telah mengajar kita dengan nilai bersyukur akan nikmat-nikmat

    yang telah dikurniakan Tuhan dengan menjaga batas-batasnya dan jangan

    keterlaluan dalam sesuatu urusan. Pada masa kini, pelbagai industri telah wujud di

    negara kita dan ada sesetengah industri menghasilkan sisa beracun dan bertoksik. Sisa

    yang dikeluarkan kilang perlu diuruskan dengan baik kerana ia akan menjejaskan

    ekosistem terutama kawasan biosfera akuatik seperti sungai sekiranya dilupuskan di

    situ. Menguruskan sisa-sisa bertoksik menelan belanja yang agak mahal. Oleh itu,

    terdapat sesetengah pihak yang mengambil jalan mudah dengan membuang sisa toksik

    ke sungai, tasik atau laut begitu sahaja tanpa dirawat demi mengaut keuntungan. Ini

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    8/18

    menunjukkan bahawa masih terdapat rakyat Malaysia yang kurang nilai bersyukur

    dengan nikmat alam yang dikurniakan Tuhan. Malahan, mereka begitu keterlaluan dan

    rakus tanpa memikirkan kesannya di kemudian hari. Tanpa nilai bersyukur akan

    nikmat-nikmat ini, kesannya nanti adalah sudah tentu terhadap hidupan biosfera

    akuatik kerana aliran dan perpindahan tenaga tidak berlaku.

    Aliran dan perpindahan tenaga berlaku bagi hidupan akuatik atau hidupan

    daratan untuk meneruskan kehidupan mereka. Ini kerana apabila sesuatu hidupan

    memakan hidupan lain, mereka akan memperoleh tenaga dan tenaga yang diperoleh ini

    akan digunakan untuk melakukan proses-proses hidup yang lain. Jadi, isu-isu yang

    berkaitan dengan biosfera akuatik seperti pencemaran sungai, tasik dan lautan,

    kepupusan spesies dan habitat perlu dielakkan. Oleh itu, sebagai manusia, kita

    perlu mempunyai nilai menghargai dan menyayangi alam sekitar. Pada masa

    yang sama wujud kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam

    sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

    Pada masa kini, nilai peka terhadap isu-isu alam sekitar merupakan antara

    nilai yang perlu ada dalam diri individu. Ini kerana Malaysia merupakan negara yang

    sedang membangun. Bidang perindustrian, pertanian, perladangan dan penternakan

    semakin maju. Ini menyebabkan berlakunya isu kepupusan habitat dan spesies dan

    manusia menjadi pengganggu kepada ekosistem dan biosfera terutama biosfera

    akuatik dan daratan. Namun begitu, amat menyedihkan apabila banyak akhbar

    melaporkan isu-isu pencemaran laut, sungai, tasik dan penerokaan paya bakau yang

    menyebabkan kepupusan habitat dan spesies yang mengganggu ekosistem di kawasan

    biosfera tersebut. Ini berlaku kerana kurangnya nilai peka terhadap isu alam sekitar di

    kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira golongan status masyarakat.

    Kesimpulannya, dalam memastikan aliran dan perpindahan tenaga bagi biosfera

    hidupan akuatik tidak terjejas, nilai-nilai seperti cintakan alam sekitar, menghormati

    alam sekitar dan nilai yang telah dinyatakan perlu ada dalam diri masyarakat supaya

    isu-isu berkaitan biosfera akuatik tidak terus berlaku dan berlarutan sehingga kesannya

    akan dirasakan oleh generasi yang akan datang. Kesemua nilai ini sedikit sebanyak

    dapat membantu memelihara dan memulihara ekosistem terutama ekosistem

    yang melibatkan hidupan akuatik.

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    9/18

    1.4 Isu Biosfera Akuatik dan Kaum-Apa Kaitannya?

    Isu yang berkaitan biosfera akuatik iaitu pencemaran sungai turut

    mendatangkan kesan kepada kaum di Malaysia. Contohnya adalah pencemaran

    yang berlaku di Sungai Belatop di kawasan Lojing. Pencemaran Sungai Belatop di Gua

    Musang Kelantan telah menyebabkan hidupan di biosfera tersebut terganggu. Hidupan

    seperti ikan ,katak turut mendapat kesan. Ikan merupakan antara sumber makanan

    bagi kaum orang Asli suku Temiar. Apabila ekosistem di kawasan sungai tersebut

    terjejas, manusia turut menerima kesannya terutama penduduk orang Asli suku Temiar

    yang tinggal berdekatan. Sumber air bersih turut terjejas. Secara tidak langsung,

    masyarakat kaum asli yang tinggal di kawasan tersebut menerima kesannya. Hal ini

    menunjukkan bahawa isu berkaitan biosfera akuatik turut berkait rapat dengan

    manusia.

    Sekiranya isu pencemaran air iaitu sungai atau laut tidak ditangani, kaum

    peribumi akan menerima kesannya. Contohnya, sekiranya sumber air bersih terjejas, ini

    akan mengganggu kesihatan mereka. Selain itu juga, kegiatan perikanan mereka

    akan terjejas. Kaum yang bergantung pada sumber ikan akan terjejas. Hasil

    tangkapan mereka akan mengecil kerana rantai makanan hidupan akuatik terganggu.

    Contohnya, orang asli di sungai Baloi, Sarawak mengalami pengecilan saiz

    penangkapan ikan.

    1.5 Biosfera Akuatik dan Budaya.

    Di Malaysia terdapat pelbagai kaum yang mendiami tanah Malaysia dari utara

    sehingga ke selatan. Setiap kaum mempunyai budaya dan pandangan tersendiri

    terhadap alam sekitar. Budaya setiap kaum kebanyakannya menyarankan agar

    alam sekitar merupakan perkara yang perlu dijaga dan diberikan perhatian.

    Namun, disebabkan arus pemodenan, budaya yang ada sering dilupakan.Malahan, sikap manusia yang tamak dalam mengejar keuntungan dan secara tidak

    langsung mengabaikan alam sekitar menyebabkan budaya ini ditelan zaman.

    Namun begitu, sekiranya kita melihat kepada penduduk asli di kawasan

    Tasik Chini. Mereka masih lagi mempunyai kebudayaan atau kepercayaan yang

    tersendiri, Mereka mempercayai animisme. Selain itu, sekiranya kita melihat suku

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    10/18

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    11/18

    Dari sudut ekopelancongan pula, biosfera akuatik memainkan peranan

    penting menyumbang kepada bidang pelancongan. Kebanyakan negara di dunia

    menjalankan bidang pelancongan dengan menggalakkan kemasukan pelancong dari

    dalam atau luar negara dengan keindahan persekitaran terutama yang melibatkanbiosfera akuatik . Di sesetengah negara, terdapat lautan, tasik, sungai, air terjun, hutan

    paya bakau dan sebagainya. kawasan biosfera akuatik ini penting untuk aktiviti

    pelancongan. Contohnya, di Malaysia, terdapat pelbagai pulau yang indah dengan

    hidupan marin yang pelbagai. Taman laut boleh dilawati dan kebanyakan pelancong ke

    sungai untuk melihat hidupan di taman laut. Aktiviti snorkelling dijalankan untuk

    melihat hidupan akuatik seperti ikan dan penyu. Malahan, aktiviti scuba diving

    boleh dilakukan oleh pelancong untuk melihat keindahan terumbu karang dan

    hidupan di dasar laut. Di kawasan hutan paya bakau pula, turut dijadikan sebagai

    pusat pelancongan. Contohnya, di Tanjung Piai dijadikan pusat pelancongan.

    Tadahan air penting bagi bekalan air pada masa akan datang. Biosfera akuatik

    juga penting untuk dijadikan kawasan tadahan dan simpanan air. Contohnya ialah

    kawasan tasik. Tasik boleh digunakan untuk tadahan dan bekalan air. Di Malaysia, tasik

    digunakan sebagai salah satu tempat untuk tadahan air. Contohnya, tasik Chini, Tasik

    Bera dan sebagainya.

    1.7 Punca Isu dalam Biosfera Akuatik

    Pelbagai punca yang boleh menyebabkan terganggunya aliran dan perpindahan

    tenaga dalam hidupan air. Kebanyakan punca pencemaran air yang menyebabkan

    kepupusan habitat dan spesies adalah kerana kegiatan ekonomi. Punca ini penting

    untuk dikenal pasti kerana aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera memainkan

    peranan penting dalam memastikan kestabilan ekosistem. Antara punca pencemaran

    yang menjadi penyebab terganggunya aliran dan perpindahan tenaga bagi hidupan air

    ialah pembuangan sisa dari kilang ke dalam sungai atau kawasan tasik. Sisa

    bahan buangan kilang seperti sisa toksik dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang

    tidak bertanggungjawab. Perbuatan ini dilakukan bagi melupuskan sisa tanpa

    melibatkan kos bagi pihak terbabit. Mereka mengambil jalan mudah tanpa memikirkan

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    12/18

    kesannya di kemudian hari. Apabila sisa ini dibuang ke dalam sungai atau tasik,

    kawasan tersebut sudah tidak sesuai untuk didiami oleh hidupan akuatik kerana sungai

    dan tasik telah tercemar. Ini akan menyebabkan banyak hidupan akuatik yang mati.

    Apabila hidupan akuatik mati, kesannya akan mengganggu aliran dan perpindahan

    tenaga dalam rantai makanan.

    Selain itu, bahan buangan domestik seperti minyak, sampah, najis juga

    penyumbang kepada pencemaran air yang akhirnya boleh mengganggu hidupan

    dalam air. Apabila hidupan dalam air terganggu sudah tentu aliran dan perpindahan

    tenaga turut terganggu. Contohnya, di kawasan pantai, bahan buangan seperti botol,

    plastik sampah di buang ke dalam laut. Haiwan seperti penyu yang makan obor-obor

    akan tertukar obor-obor dengan plastik sampah. Apabila haiwan ini makan plastik

    tersebut, mereka akan jatuh sakit dan mati. Sinar Harian-8 Disember 2012memaparkan tentang penyu yang bertajuk Penyu Mati Makan Plastik. Dalam artikel

    tersebut, golongan nelayan dinasihatkan untuk menjaga haiwan ini daripada mati

    dengan tidak membuang sampah plastik ke dalam laut. Selain itu juga,

    Pada masa yang sama, penerokaan dan penebangan pokok juga boleh

    menyumbang ke arah pencemaran air. Ini kerana penerokaan boleh menyebabkan

    hakisan tanah berlaku. Ini membawa kepada tanah runtuh yang seterusnya akan

    masuk ke dalam sungai dan mendakan berlaku. Mendakan akibat daripada hakisan

    tanah menyebabkan sungai menjadi cetek. Ini menjejaskan ekosistem hidupan di

    sungai. Pada masa yang sama, kegiatan pembalakan dan perlombongan pula

    menghasilkan kelodak, lumpur, pasir, dan batu kecil yang menyebabkan

    kandungan oksigen dalam air semakin kurang lalu memusnahkan kehidupan

    akuatik.

    Aliran dan perpindahan tenaga turut terjejas sekiranya salah satu spesies lenyap

    dalam rantai makanan. Punca hal ini berlaku juga disebabkan kegiatan perikanan

    tanpa kawalan. Menurut Kang Chai ( ) , kegiatan perikanan yang dijalankan tanpa

    kawalan dan penggunaan pukat harimau serta pukat tunda yang bermata halus akan

    menyebabkan kepupusan ikan kerana pukat tersebut turut memerangkap anak-anak

    ikan dan memusnahkan spesies ikan.

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    13/18

    1.8 Kesan-kesan Isu Berkaitan Biosfera Akuatik.

    Aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik akan terganggu sekiranya

    pencemaran air terutama air sungai, tasik dan laut terus berlaku. Ini akan memberi

    kesan kepada spesies dan habitat di Malaysia dan pada masa yang sama manusia

    turut menerima kesannya. Ini kerana manusia juga saling bergantung hidup dengan

    biosfera akuatik.

    Manusia turut menerima kesan sekiranya isu berkaitan aliran dan perpindahan

    tenaga dalam biosfera akuatik berlaku. Hal ini dapat dilihat apabila kegagalan untuk

    menjaga kebersihan alam sekitar juga boleh memberi kesan yang besar kepada

    sektor pelancongan di negara kita, misalnya ia akan membantutkan kegiatan-

    kegiatan pelancongan sama ada yang sedia ada ataupun yang bakal diterokai .

    Sebagai contoh, pada penghujung tahun lepas, pelabur telah menolak rancangan untuk

    membina hotel di Pantai Pasir Gemuruh berhampiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang

    kerana kawasan tersebut telah diancam pencemaran. Kawasan tersebut yang

    dahulunya bersih dan cantik, kini telah dipenuhi dengan sampah sarap. Hidupan marin

    di kawasan tersebut turut terganggu.

    Selain itu, 50% sungai di negara kita juga telah tercemar dan 5% daripadanya

    berada pada tahap yang sangat tenat. Jika diamati, kini tiada lagi kawasan air terjun diPulau Pinang, Sungai Klang pula tercemar teruk dan kawasan perlombongan di Batu

    Pahat, Johor juga dipenuhi dengan sampah sarap

    Aliran dan perpindahan tenaga akan terjejas sekiranya rantai makanan bagi

    hidupan akuatik terjejas. Menurut Azman Abdullah et. al (2008), ekosistem marin

    akan terjejas disebabkan oleh industri petroleum dan gas asli. Apabila permukaan laut

    dilitupi ketulan minyak, Ini akan mengurangkan penembusan cahaya matahari ke laut.

    Kesannya, kehidupan plankton dan zooplankton yang menjadi makanan ikan dan

    hidupan lain akan mati. Ini menjejaskan rantai makanan dalam laut.

    Sektor pertanian merupakan antara sektor penting di Malaysia. Pencemaran air

    akan menyebabkan air tidak sesuai untuk diminum dan mengancam nyawa

    hidupan akuatik.

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    14/18

    1.9 Peranan kerajaan dan masyarakat

    Kepupusan spesies dan habitat serta manusia sebagai pengganggu ekosistem

    merupakan antara isu yang berkait rapat dengan aliran dan perpindahan tenaga dalam

    biosfera akuatik. Antara peranan yang boleh dijalankan oleh pihak kerajaan adalah

    menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar, Kementerian

    Sumber Asli dan Alam sekitar merupakan kementerian yang dipertanggungjawabkan

    untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Penguatkuasaan undang-undang oleh

    Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang berada di bawah kementerian ini memainkan

    peranan penting dalam memastikan alam sekitar terutama hidupan di biosfera akuatik

    selamat dan tidak terancam. Contohnya, mempertingkatkan penguatkuasaan Akta

    Kualiti Alam Sekitar 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

    Malahan, Jabatan Pengaliran dan Saliran juga diberi peranan oleh

    Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi mengambil tindakan supaya

    semua premis makanan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan memasang

    sistem penapis sisa makanan bagi menghalang sisa makanan, gris dan minyak .

    Ini bagi mengelakkan kotoran tersebut mencemarkan sungai apabila disalurkan terus ke

    sungai. Program-program berkaitan pencegahan pencemaran dan mengambil tindakan

    undang-undang turut dilakukan oleh Jabatan Pengaliran dan Saliran. Sekiranya disabit

    kesalahan, boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 25 (3) Akta Kualiti Alam

    Sekeliling 1974, iaitu denda tidak lebih daripada RM 100,000.00 atau penjara untuk

    tempoh tidak lebih daripada 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Denda tambahan juga

    pada kadar tidak lebih daripada RM 1000.00 boleh dikenakan bagi tiap-tiap hari

    kesalahan yang diteruskan selepas suatu notis yang menghendakinya menghentikan

    perbuatan tersebut disampaikan.

    Seterusnya, kempen melindungi alam sekitar turut boleh dilakukan oleh

    pihak kerajaan. Kerjasama kempen dengan beberapa kementerian seperti

    Kementerian Pelajaran, Kementerian Komunikasi dan Belia dan Kementerian Tenaga,

    Teknologi Hijau dan Air boleh dilakukan bagi menjayakan kempen ini. Contohnya,

    kempen kesedaran pentingnya sungai, tasik dan laut bersih boleh dilakukan di sekolah

    rendah dan menengah untuk mendidik mereka menyayangi dan menjaga alam sekitar

    supaya hidupan dan ekosistem tidak terganggu.

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    15/18

    Selain itu badan bukan kerajaan dan kerajaan juga boleh bekerjasama

    dengan pihak media seperti mengadakan kempen kesedaran. Pada masa yang

    sama juga, pameran juga boleh diadakan. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-

    sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti perpustakaan awam.. Bahan-bahan

    menarik seperti carta, poster dan keratan akhbar boleh di pamerkan. Selain itu, pitavideo dan slid-slid yang berkenaan pencemaran juga boleh di tayangkan. Pameran

    sebegini boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi

    hidupan akuatik.

    Pada masa yang sama, kerajaan boleh mengatasi pencemaran sungai dengan

    mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan

    terus ke dalam sistem perparitan. Ini dengan menyediakan tangki takungan

    bawah tanah dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usahanegara menjadikan Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air (Utusan

    Malaysia, 2006). Pihak kerajaan seharusnya memperuntukkan sejumlah wang bagi

    menyediakan sistem perparitan daripada kawasan perumahan terutama kawasan

    perindustrian. Bagi pengusaha kedai makanan pula perlu dibina saluran paip khas

    supaya air buangan dapat dikumpulkan di kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam

    sistem perparitan.

    Malaysia merupakan negara yang dikelilingi lautan dan terdapat pelbagai aktiviti

    yang berkaitan dengan laut. Oleh itu, pelbagai risiko pencemaran berkaitan laut boleh

    terjadi. Contohnya adalah tumpahan minyak yang besar. Perangkaan menunjukkan

    bahawa lebih dari 165 pelantar minyak telah menjalankan usaha cari gali dan aktiviti

    pengeluaran di perairan Laut Cina Selatan dan Selat Melaka pula adalah laluan

    perkapalan yang antaranya paling sibuk di dunia . Dalam tahun 1995 terdapat lebih

    kurang 30251 buah kapal yang telah melalui Selat Melaka yang mana hampir 30%

    adalah merupakan kapal-kapal tangki. (Sumber : Perangkaan Jabatan Laut

    Semenanjung Malaysia ). Dalam mengatasi masalah pencemaran biosfera akuatik iaitu

    laut, apa dilakukan oleh kerajaan adalah:

    1) Kerjasama antara negara yang berkongsi perairan.

    Malaysia berkongsi perairan dengan Indonesia dan Thailand. Ketiga-tiga negara

    ini saling terlibat dalam kerjasama yang bertujuan untuk mencapai kepentingan

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    16/18

    bersama. Malaysia dan Indonesia telah bekerjasama dalam usaha untuk

    mempertahankan kedaulatan Selat Melaka di bawah kedaulatan kedua-dua negara .

    Satu rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah dibuat di

    Jabatan Alam Sekitar.

    2. Peranan syarikat minyak.

    Syarikat-syarikat minyak telah bergabung untuk membentuk Tierred Area

    Response Capability (TARC) . Pertubuhan ini dibentuk pada tahun 1986 dan dianggotai

    oleh Syarikat Minyak ESSO, Caltex dan Mobile . Organisasi ini mempunyai pelbagai

    kelengkapan yang canggih dan terkini yang dapat digunakan dalam kerja-kerja

    pengawalan dan pembersihan kawasan tumpahan minyak.

    3. Tindakan segera

    Tindakan segera dilakukan apabila berlakunya kejadian tumpahan minyak,.

    Langkah pertama yang harus dilakukan ialah mengawal tumpahan minyak daripada

    merebak ke kawasan lain . Tumpahan minyak akan cepat merebak melalui tiupan angin

    dan pengaliran arus air yang deras . Terdapat empat cara yang digunakan untuk

    mengawal tumpahan minyak iaitu :

    I. Cara mengepung dan mengumpul tumpahan

    II. Menggunakan dispersent dan bahan kimia

    III. Pembersihan pantai

    IV. Dibiarkan sahaja

    Apabila berlaku kejadian tumpahan minyak, pihak yang bertanggungjawab akan

    menjalankan operasi pembersihan minyak secara berperingkat-peringkat iaitu peringkat

    tempatan, peringkat kawasan dan peringkat wilayah

    1.10 Cadangan dalam menyelesaikan isu biosfera akuatik.

    Dalam memastikan aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik terus

    berlaku, perkara yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti punca ini dari akar

    umbinya, Aliran dan perpindahan tenaga dalam biosfera akuatik berlaku kerana

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    17/18

    disebabkan oleh sikap manusia itu sendiri. Manusia menyebabkan berlakunya

    pencemaran yang mengganggu ekosistem dan habitat hidupan akuatik .

    Jadi, bagi memastikan persekitaran selamat untuk didiami, pada pandangan

    saya sikap dalam diri individu itu sendiri perlu diubah. Setiap manusia perlu sedar

    bahawa habitat air adalah sangat penting bagi hidupan akuatik supaya mereka dapat

    meneruskan kelangsungan hidup. Apabila ini berlaku, rantai makanan tidak terganggu

    dan aliran serta perpindahan tenaga dapat berlaku seperti biasa.

    Seterusnya, lawatan ke pusat-pusat pemeliharaan hidupan akuatik boleh

    dijalankan oleh pihak sekolah, institusi pendidikan untuk memberikan kesedaran

    kepada pihak yang terlibat. Contohnya, lawatan boleh diadakan ke Pusat Konservasi

    Penyu .Lawatan ini boleh memberikan kesedaran tentang hidupan akuatik yang

    semakin terancam

    Pada pandangan saya, apa yang paling penting untuk menangani masalah

    berkaitan pencemaran di biosfera akuatik adalah perlu adanya nilai keagamaan

    dalam diri individu itu sendiri. Setiap agama sudah pasti menganjurkan penganutnya

    untuk mencintai alam sekitar. Pada masa yang sama, ia menganjurkan manusia untuk

    menjaga dan mentadbir alam dengan baik dan bukan membuat sebarang kerosakan.

    Hal ini jelas dinyatakan dalam agama Islam. Sebagai seorang yang beragama Islam,

    kita sepatutnya menghargai nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada umatnya. Ini

    menunjukkan bahawa kita bersyukur dan menghargai nikmat yang Allah kurniakan.

    Didikan agama perlu diberikan sejak dari kecil lagi. Pada masa yang sama, nilai

    keagamaan perlu dikaitkan dengan alam sekitar, Di sini amat penting tugas seorang

    ibu bapa menerapkan nilai keagamaan. Selain itu juga, di sekolah, guru turut

    memainkan peranan penting. Mana-mana guru boleh mengaitkan nilai alam sekitar

    dengan agama. Di sini, peranan guru Sains turut menonjol. Guru yang mengajar

    Sains perlu menerapkan nilai menjaga alam sekitar dan kaitannya dengan Islam.

    Kita bukan sahaja mengajar tetapi tugas guru pada masa yang sama juga adalah untuk

    mendidik.

  • 7/29/2019 SITI NORAFATIEN-BIOSFERA AKUATIK

    18/18

    BIBLIGRAFI

    Derita Orang Asli di Lojing tiada Kesudahan dilayari. Diperolehi di

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/derita-orang-asli-di-lojing-

    tiada-kesudahan /

    Abu Bakar Yang ( 2004) . Alam Sekitar Anugerah Tuhan, Kuala Lumpur: Institut

    Kefahaman Malaysia

    Daniel D. Chiras (2006). Seventh Edition Environmental Science . United States of

    America: Jones and Bartlett Publisher

    Azman Abdullah, Rosnah Haji Salleh, Kuswandi Tayen (2008). STPM dan Pra- u Teks

    dan Rujukan Lengkap Kemahiran Geografi, Selangor: Arah Pendidikan.

    Kang Chai , Chong Yoon, Chong Hui , Darmindar Singh ( ) Fokus Super Hot PMR

    Geografi. Selangor:Pelangi Publishing

    Kelestarian Akuatik Hutan Paya Bakau. Diperoleh Ogos 2013 di

    http://muhammadyusuf123.blogdetik.com/2011/05/25/pencemaran-sungai/

    Rosnah Haji Salleh, Shukri Sulaiman, Che Zainon Shafie (2007 ). Teks dan Rujukan

    Lengkap Geografi Fizikal dan Pra- U, Selangor: Arah Pendidikan

    http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/derita-orang-asli-di-lojing-tiada-kesudahan%20/http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/derita-orang-asli-di-lojing-tiada-kesudahan%20/http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/derita-orang-asli-di-lojing-tiada-kesudahan%20/http://muhammadyusuf123.blogdetik.com/2011/05/25/pencemaran-sungai/http://muhammadyusuf123.blogdetik.com/2011/05/25/pencemaran-sungai/http://muhammadyusuf123.blogdetik.com/2011/05/25/pencemaran-sungai/http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/derita-orang-asli-di-lojing-tiada-kesudahan%20/http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/derita-orang-asli-di-lojing-tiada-kesudahan%20/