siti fairuz binti ismail€¦ · doa, semoga allah sentiasa merahmatimu. kekanda dan adinda, jasa...

31
FAKTOR YANG MENDORONG JEMAAH MENGIKUTI KULIAH SUBUH TAFSIR AL-AZHAR: KAJIAN DI MASJID AL-FALAH, TAIPING, PERAK. SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 29-Dec-2019

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

FAKTOR YANG MENDORONG JEMAAH MENGIKUTI KULIAH SUBUH

TAFSIR AL-AZHAR: KAJIAN DI MASJID AL-FALAH, TAIPING, PERAK.

SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

PSZ 19:16(Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

* Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD. Sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

CATATAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

Judul : FAKTOR YANG MENDORONG JEMAAH MENGIKUTI KULIAH

SUBUH TAFSIR AL-AZHAR: KAJIAN DI MASJID AL-FALAH,

TAIPING, PERAK.

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya_______________________________________________________________________ (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√ )

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : 18 JLN TEMENGGONG, KG. SG. TENGI, 44010 KUALA KUBU BARU, SELANGOR.

Tarikh:03 April 2009 Tarikh: 03 April 2009

Nama Penyelia : USTAZ ABDUL HAFIZ BIN HJ. ABDULLAH

SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL

SULIT

Page 3: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : USTAZ ABDUL HAFIZ BIN HJ. ABDULLAH

Tarikh : 03 April 2009________

Page 4: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

i

FAKTOR YANG MENDORONG JEMAAH MENGIKUTI KULIAH SUBUH

TAFSIR AL-AZHAR: KAJIAN DI MASJID AL-FALAH, TAIPING, PERAK

SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April, 2009

Page 5: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

ii

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan yang

setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .__________________

Nama penulis : SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL

Tarikh : 5 APRIL 2009

Page 6: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala puji-pujian hanya pada Mu Ya Allah

Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak terkira

Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.

Bonda dan Ayahanda,

Siti Rahamah Bt Hj Shamsuddin & Allahyarham Ismail Bin Awang

Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanannu dalam mendidik dan membesarkanku serta sentiasa

mendoakanku, sesungguhnya kasih ibu dan bapa membawa ke syurga. Ayahanda... pemergianmu kuiringi

doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu.

Kekanda dan Adinda,

Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat,

Semoga Allah melimpahkan kurnia dan sentiasa melindungi kita dalam keadaan Iman dan Islam. Ketahuilah, ilmu tanpa amal adalah sia-sia.

Warga pendidik

(terutama Ustaz Hafiz Bin Abdullah)

Lautan ilmu ini membuatkan daku tenggelam asyik dalam mengenali Sang Pencipta Rabbul

A’lamin. Daku akan sematkan segala mutiara ilmu yang telah kalian curahkan buat pedoman

meniti hidup ini.

Sahabat Tersayang,

Jasa kalian amat kuhargai.....

Kenangan bermuhajadah selama bergelumang di lautan ilmu ini bersama kalian adalah antara

kenangan terindah yang pernah terakam dalam hidupku, semoga ikatan ukhuwah kita akan kekal

selamanya.

Terima Kasih.

Page 7: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

iv

PENGHARGAAN

بسم اهللا الرحمن الرحيمSyukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T. di atas limpah kurnia-Nya serta

selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w., akhirnya selepas pelbagai cabaran dan

dugaan dapat jua laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini disiapkan dengan sepenuhnya.

Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia yang

dihormati, Ustaz Hafiz Bin Hj. Abdullah di atas segala nasihat, dorongan dan bimbingan

serta tunjuk ajar yang telah diberikan bagi memastikan PSM yang dijalankan dapat

disempurnakan dengan baik.

Sekalung penghargaan juga saya ucapkan kepada sahabat karib saya terutamanya

Harpah Bt. Bohri. Tidak dilupakan juga Tengku Nazuin Bt Tengku Nazudin dan Affizah

Bt Adai yang sentiasa di sisi di waktu susah dan senang. Jutaan terima kasih kerana

banyak membantu sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Segala nasihat dan tunjuk

ajar serta panduan amat dihargai. Tidak lupa juga rakan-rakan yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung, jasa mereka semoga Allah membalasnya. Juga

penghargaan ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

dalam menjayakan penyelidikan ini. Terutama buat Ustaz Osman Bin Daud yang banyak

membantu dan tidak dilupakan para jemaah Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid

Al-Falah yang sudi bekerjasama dalam menjalankan penyelidikan ini. Semoga Allah

S.W.T. membalas segala jasa mereka.

Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipat gandakan pahala amalan kalian

seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.

Page 8: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti faktor yang mendorong

masyarakat mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah, Taiping,

Perak. Tinjauan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang

keistimewaan Tafsir Al-Azhar, ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Prof. Dr. Hamka dan

pendekatan yang digunakan dalam Kuliah Subuh tersebut. Sampel kajian ini terdiri

daripada jemaah Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah. Seramai 50 orang

mewakili keseluruhan jemaah telah dipilih secara tidak rawak. Set soal selidik

mengandungi 45 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif

untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian

Statistical Package for Social Science (SPSS) 14.0 for Windows. Secara keseluruhannya

hasil analisis menunjukkan responden bersetuju bahawa ketiga–tiga faktor telah

mendorong mereka untuk mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah

dengan catatan nilai min berada pada tahap yang tinggi. Faktor keistimewaan Tafsir Al-

Azhar mencatat nilai min 4.53, ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Prof. Dr. Hamka

mencatat nilai min 4.55 dan pendekatan yang digunakan dalam Kuliah Subuh mencatat

nilai min 4.41 . Oleh yang demikian, sebagai pengukuhan dan penambaikkan kepada

kajian yang dijalankan, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan.

Page 9: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

vi

ABSTRACT

This research is a survey to determine the factors that encourage the society to attend the

Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar at Masjid Al-Falah, Taiping, Perak. This survey also aims

at obtaining feedback regarding the level of knowledge posses by Prof. Dr. Hamka. The

sample for this research comprised of the congregation of Masjid Al-Falah. Fifty

respondents representing the overall congregation were chosen non randomly. A set of

45 item questionnaires were distributed to the respondents and the data was analysed

descriptively to obtain the frequency, percentage and mean values. Statistical Package

for Social Science (SPSS) 14.0 for Windows was used to analyse the data. Overall, the

research findings show that the respondents agreed that the three factors mentioned

encourage them to attend the Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar as the mean value scored is

high. The factor of the special features of Tafsir Al-Azhar scored mean value of 4.53;

the high level of knowledge possessed by Prof. Dr. Hamka scored mean value of 4.55

and approach used in the Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar scored mean value of 4.41.

Therefore, as the reinforcement and improvement for this research, the researcher has

put forward several recommendations.

Page 10: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

Page 11: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

viii

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 9

1.8.1 Faktor 9

1.8.2 Mendorong 10

1.8.3 Jemaah 10

1.8.4 Mengikuti 10

1.8.5 Kuliah 11

1.8.6.1 Tafsir Al-Azhar 11

1.8.7 Masjid Al-Falah, Taiping, Perak 12

1.9 Penutup 12

BAB II SOROTAN KAJIAN 13

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Pengenalan kepada Tafsir Al-Azhar 13

2.2.1 Sejarah penulisan Tafsir Al-Azhar 14

2.2.2 Metod penulisan Hamka dalam

Tafsir Al-Azhar 16

2.2.3 Penerbitan Tafsir Al-Azhar 18

2.2.4 Keistimewaan Tafsir Al-Azhar 18

2.2.4.1 Gaya bahasa Tafsir Al-Azhar 19

2.2.4.2 Rujukan muktabar di Alam

Melayu 19

2.3 Biografi Hamka 20

2.3.1 Latar Belakang Keluarga 21

2.3.2 Pendidikan 21

2.3.3 Perkahwinan 23

2.3.4 Kegiatan 24

2.3.4.1 Muhammadiyah 25

Page 12: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

ix

2.3.4.2 Majlis Ulama Indonesia 26

2.3.4.3 Sasterawan 27

2.3.5 Hasil karya Hamka 28

2.3.5.1 Agama, Sastera dan Budaya 28

2.3.5.2 Sastera, Agama dan Falsafah 29

2.3.5.3 Agama dan Falsafah 30

2.3.5.4 Pengurusan dan Ketua Pengarang 31

2.3.5.5 Karya Agung Tafsir Al-Azhar 31

2.3.6 Kematian 32

2.4 Kuliah Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah 32

2.4.1 Sejarah Kuliah Tafsir Al-Azhar 33

2.4.2 Pendekatan Kuliah Subuh Tafsir

Al-Azhar 34

2.4.3 Latar belakang Tenaga Pengajar Kuliah

Subuh Tafsir Al-Azhar 34

2.5 Kajian terdahulu 36

2.6 Kesimpulan 37

BAB III METODOLOGI KAJIAN 38

3.1 Pendahuluan 38

3.2 Reka Bentuk Kajian 38

3.3 Tempat Kajian 39

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 40

3.5 Instrumen Kajian 40

3.5.1 Soal Selidik 40

3.5.1.1 Bahagian A 41

3.5.1.2 Bahagian B, C dan D 41

3.5.2 Temubual 42

Page 13: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

x

3.6 Tatacara Kajian 43

3.6.1 Kajian Rintis 43

3.6.2 Kajian Sebenar 44

3.7 Analisis Data 44

3.8 Jangka Masa Kajian 46

3.9 Kesimpulan 47

BAB IV DAPATAN KAJIAN 48

4.1 Pendahuluan 48

4.2 Analisis Data dan Keputusan 49

4.2.1 Bahagian A 49

4.2.2 Bahagian B 52

4.2.3 Bahagian C 60

4.2.4 Bahagian D 68

4.3 Analisis Keseluruhan 76

4.3.1 Bahagian B 77

4.3.2 Bahagian C 79

4.3.3 Bahagian D 81

4.4 Kesimpulan 82

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 84

5.1 Pendahuluan 84

5.2 Perbincangan 84

5.2.1 Latar Belakang Responden 85

5.2.2 Faktor Keistimewaan Tafsir Al-Azhar 86

Page 14: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

xi

5.2.3 Faktor Ketinggian Ilmu Yang Dimiliki

Oleh Prof. Dr. Hamka 87

5.2.4 Faktor Pendekatan Dalam Kuliah Subuh

Tafsir Al-Azhar 88

5.3 Rumusan 89

5.3.1 Faktor Keistimewaan Tafsir Al-Azhar 90

5.3.2 Faktor Ketinggian Ilmu Yang Dimiliki

Oleh Prof. Dr. Hamka 89

5.3.3 Faktor Pendekatan Yang Digunakan

Oleh Tenaga Pengajar Dalam Kuliah

Subuh Tafsir Al-Azhar 91

5.4 Cadangan 92

5.4.1 Cadangan Tindakan 91

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 93

5.5 Penutup 94

BIBLIOGRAFI 95

LAMPIRAN

Page 15: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

xii

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Skala Likert 42

3.2 Agihan Soalan Mengikut

Klasifikasi Persoalan Kajian 42

3.3 Nilai Skor Min 45

3.4 Pembahagian 5 point Skala Likert 45

3.5 Jangka Masa Kajian 46

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 49

4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 50

4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 50

4.4 Taburan Responden Mengikut Jarak

Tempat Tinggal Dari Masjid Al-Falah 51

4.5 Taburan Responden Mengikut Bilangan

Kuliah Yang Dihadiri Oleh Responden 51

4.6 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B01 52

4.7 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B02 53

4.8 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B03 53

4.9 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B04 54

4.10 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B05 54

4.11 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B06 55

4.12 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B07 55

4.13 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B08 56

Page 16: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

xiii

4.14 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B09 56

4.15 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B10 57

4.16 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B11 57

4.17 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B12 58

4.18 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B13 58

4.19 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B14 59

4.20 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item B15 59

4.21 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C01 60

4.22 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C02 60

4.23 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C03 61

4.24 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C04 61

4.25 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C05 62

4.26 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C06 62

4.27 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C07 63

4.28 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C08 63

4.29 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C09 64

4.30 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C10 64

4.31 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C11 65

4.32 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C12 65

4.33 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C13 66

4.34 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C14 66

4.35 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item C15 67

4.36 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D01 68

4.37 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D02 69

4.38 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D03 69

4.39 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D04 70

4.40 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D05 70

4.41 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D06 71

4.42 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D07 71

4.43 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D08 72

4.44 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D09 72

Page 17: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

xiv

4.45 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D10 73

4.46 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D11 73

4.47 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D12 74

4.48 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D13 75

4.49 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D14 75

4.50 Taburan Dapatan Sampel Bagi Item D15 76

4.51 Rumusan Peratusan dan Min Bagi

Faktor Keistimewaan Tafsir Al-Azhar 77

4.52 Rumusan Peratusan dan Min Bagi

Faktor Ketinggian Ilmu Yang Dimiliki

Oleh Prof. Dr. Hamka 79

4.53 Rumusan Peratusan dan Min Bagi

Faktor Pendekatan Yang Digunakan

Dalam Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar 81

4.54 Min Keseluruhan Bagi Setiap Objektif Kajian 83

Page 18: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

xv

SENARAI SIMBOL / SINGKATAN

α - Alpha

Hamka - Haji Abdul Malik Karim Amrullah

HR - Hadith Riwayat

km - Kilometer

KS - Kurang Setuju

n - Jumlah Responden

PSM - Projek Sarjana Muda

S - Setuju

s.a.w. - Sallallahu 'alaihi wa sallam

SPSS - Statiscal Package for Social Science

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

S.W.T. - Subhanahu Wa Ta'ala

TS - Tidak Setuju

t.th - Tahun tidak diketahui

Page 19: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

xvi

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Tajuk

A Contoh Borang Soal selidik

B Contoh Soalan Temu Bual

C Surat Akuan Pelajar Dari Fakulti Pendidikan

D Surat Permohonan Menjalankan Kajian Di Masjid

Al-Falah

Page 20: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

BAB І

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Al-Quran merupakan mukjizat yang terbesar yang diturunkan kepada Nabi

Muhammad s.a.w. Al-Quran diturunkan kepada umat manusia supaya manusia

menjadikannya sebagai paksi dan panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Allah

memerintahkan kepada sekalian umat manusia supaya menuruti ajaran Al-Quran

sebagai panduan hidup. Seperti firman Allah S.W.T dalam Surah Al-A‘raf ayat 3

(Sheikh ‘Abdullah Basmeih, 2000: 272):

(#θãèÎ7 ®?$# !$tΒ tΑ Ì“Ρé& Ν ä3 øŠ s9 Î) ÏiΒ óΟ ä3 În/ §‘ Ÿωuρ (#θãèÎ7 −Fs? ÏΒ ÿ ϵ ÏΡρ ߊ

u!$u‹ Ï9 ÷ρ r& 3 Wξ‹ Î=s% $Β tβρ ã ©. x‹s? ∩⊂∪

Terjemahannya: “(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad) turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin selain dari Allah; (tetapi sayang!) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.”

Page 21: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

2

Allah juga telah menjanjikan kepada hambaNya bahawa sesiapa yang mengikuti

ajaran Al-Quran dan As-Sunnah akan memperolehi kejayaan dan kemenangan. Seperti

firman Allah S.W.T dalam Surah Al-A‘raf ayat 157 (Sheikh ‘Abdullah Basmeih, 2000:

308):

t Ï% ©! $# šχθãèÎ7 −Ftƒ tΑθß™ §9 $# ¢ É< ¨Ζ9 $# ¥_ÍhΓW{ $# “Ï% ©! $# … çµ tΡρ ߉Åg s†

$¹/θçGõ3 tΒ öΝ èδy‰Ψ Ïã ’ Îû Ïπ1 u‘öθ−G9 $# È≅‹ ÅgΥM}$# uρ Ν èδã ãΒù'tƒ Å∃ρã ÷èyϑø9 $$Î/

öΝ ßγ8 pκ ÷] tƒ uρ Ç tã Ì x6Ψ ßϑø9 $# ‘≅ Ït ä†uρ ÞΟ ßγ s9 ÏM≈ t6 Íh‹ ©Ü9$# ãΠ Ìh pt ä†uρ ÞΟ ÎγøŠ n=tæ

y] Í× ¯≈ t6 y‚ø9 $# ßì ŸÒtƒ uρ öΝ ßγ ÷Ζ tã öΝ èδu ñÀÎ) Ÿ≅≈n=øñF{ $# uρ ÉL ©9 $# ôM tΡ% x. óΟ Îγ øŠ n=tæ

4 š Ï% ©! $$sù (#θãΖ tΒ# u ϵ Î/ çνρ â‘ ¨“ tã uρ çνρ ã |Á tΡuρ (#θãèt7 ¨?$# uρ u‘θ‘Ζ9 $#

ü“Ï% ©! $# tΑ Ì“Ρé& ÿ… çµ yètΒ   y7 Í× ¯≈ s9 'ρé& ãΝ èδ šχθßsÎ=ø ßϑø9 $# ∩⊇∈∠∪

Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad s.a.w), nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifatnya) di dalam taurat dan injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka dengan mengerjakan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.”

Page 22: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

3

Ayat tersebut bermaksud sekiranya kita berpegang dengan apa yang telah

diperintahkan di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah kita tergolong dalam kalangan

orang yang berjaya. Secara tidak langsung untuk kita berpegang dengan perintah yang

terkandung di dalam Al-Quran kita perlu meneliti dan memahami terlebih dahulu secara

terperinci agar kita mengetahui segala hukum-hakam yang akan kita laksanakan dengan

baik dan jelas. Ini kerana Al-Quran itu sendiri merupakan sumber rujukan utama yang

perlu dirujuk oleh umat Islam supaya manusia tidak berada dalam golongan orang-orang

yang sesat dalam melaksanakan sesuatu amal ibadat. Ini selaras dengan hadis Nabi

Muhammad (Muwatta’, t.th: 704) :

ل قا) لى اهللا عليه وسلمص(رسول اهللا أن أنه بلغه: عن مالك كتاب اهللا : لوا ما مسكتم بهما ت فيكم امرين لن تضترك: (

)وسنة نبيه

Maksudnya: “Daripada Malik: Sesungguhnya telah disampaikan kepadanya bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda: Aku tinggalkan kepadamu dua perkara. Engkau tidak akan tersesat selagi kamu berpegang kepada keduanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi.”

(H.R. Malik)

Maka lahirlah Ilmu Tafsir yang memandu umat Islam dalam memahami isi

kandungan Al-Quran dengan jelas dan terperinci. Hanya dengan mempelajari Ilmu

Tafsir kita akan dapat memahami maksud ayat Al-Quran secara tersurat mahupun

tersirat. Merupakan satu kerugian yang amat besar sekiranya umat Islam hanya

membaca Al-Quran tanpa memahami apa yang dibacanya. Oleh itu, kita perlu

menggalakkan masyarakat agar mempelajari Ilmu Tafsir supaya dapat membentuk

masyarakat yang patuh kepada Allah dan RasulNya di samping sekaligus dapat

menyelesaikan segala permasalahan masyarakat yang jahil tentang ilmu agama.

Page 23: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

4

Ilmu tafsir telah mengalami perkembangan yang pesat dan kini masyarakat

mempunyai banyak pilihan dalam mencari tafsir yang boleh dijadikan sumber rujukan

dan panduan untuk memahami dan meneliti isi kandungan ayat-ayat Al-Quran. Antara

tafsir yang muktabar yang boleh dijadikan rujukan ialah Jami ‘al-bayan fi tafsir al-

Quran oleh Ibn Jarir al-Tabari, Al-Muharrir al-wajiz fi tafsir al-Kitab al-‘Aziz oleh Ibn

‘Atiyyah, Ma‘alim al-tanzil oleh al-Baghawi, Tafsir al-Quran al-‘Azim oleh Ibn Kathir

dan Al-Durr al-manthur fi al-tafsir bi al-ma’thur oleh al-Suyuti. Ekoran daripada hal

tersebut penyelidik ingin menegaskan bahawa Prof. Dr. Hamka juga tidak ketinggalan

dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran dan menghasilkan tafsir yang muktabar di alam

Melayu iaitu Tafsir Al-Azhar.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pelbagai usaha telah dilakukan dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran agar ia

dapat menjadi tempat rujukan oleh masyarakat. Masyarakat pada masa kini telah

mempunyai banyak pilihan dalam memilih tafsir yang mahu dijadikan rujukan dalam

memahami ayat-ayat Al-Quran. Antara tafsir yang boleh dijadikan rujukan oleh

masyarakat Melayu khususnya ialah Tafsir Al-Azhar. Ini kerana Tafsir Al-Azhar

merupakan tafsir yang paling muktabar dan merupakan ensiklopedia agama yang ulung

di alam Melayu sesuai dengan bi’ah dan kebudayaan alam melayu itu sendiri (Abdul

Hafiz Abdullah, 2008:127).

Tafsir Al-Azhar merupakan sebuah tafsir yang lengkap yang dapat mengatasi

permasalahan masyarakat Melayu dalam mencari tafsir yang boleh dijadikan rujukan

dan panduan. Tafsir Al-Azhar ialah sebuah tafsir hasil karya al-Marhum Prof. Dr.

Hamka yang merupakan seorang tokoh ilmuan agama dan penulis yang telah banyak

menghasilkan karya dalam usaha menyampaikan dakwah Islamiyah. Tafsir Al-Azhar

Page 24: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

5

merupakan karya al-Marhum yang paling agung. Beliau berharap Tafsir Al-Azhar

memudahkan lagi pemahaman mereka mengenai ayat-ayat Al-Quran dan membantu

umat Islam menghayatinya (Abdul Hafiz Bin Hj. Abdullah, 2008:125).

Kini, masyarakat telah semakin jauh daripada penghayatan agama dalam

kehidupan seharian lantaran daripada hidup yang tidak berpaksikan Al-Quran dan As-

Sunnah. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak tertentu dalam

menggalakkan masyarakat untuk mendekatkan diri dengan ajaran agama khususnya

untuk memahami tafsiran ayat-ayat Al-Quran. Ini kerana dengan mempelajari Ilmu

Tafsir akan membolehkan kita menghayati ajaran Islam dengan cara yang lebih

berkesan. Antara usaha yang dilakukan untuk mendekatkan masyarakat dengan

mempelajari Ilmu Tafsir ialah dengan menganjurkan kuliah tafsir kepada masyarakat

setempat. Perkara ini telah dilakukan oleh Jawatankuasa Masjid Al-Falah, Taiping,

Perak yang menganjurkan Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar kepada masyarakat setempat.

Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar yang dijalankan di Masjid Al-Falah, Taiping,

Perak yang dikendalikan oleh Ustaz Osman Bin Daud yang bertindak sebagai tenaga

pengajar dalam menyampaikan isi kandungan Tafsir Al-Azhar. Mengikut pemerhatian

penyelidik, Kuliah Tafsir Al-Azhar mendapat sambutan yang amat menggalakkan

dengan penyertaan jemaah yang ramai. Oleh itu, penyelidik begitu berminat untuk

mengkaji apakah yang mendorong jemaah dalam mengikuti kuliah tafsir ini.

Page 25: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

6

1.3 Pernyataan Masalah

Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar yang diadakan di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak

merupakan satu usaha yang murni dan mulia yang membawa masyarakat kembali

kepada Al-Quran. Ia adalah satu usaha yang perlu dicontohi oleh organisasi lain dalam

usaha membawa masyarakat memahami isi kandungan tersirat yang terdapat di sebalik

ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan kepada manusia. Kuliah tersebut diadakan

pada setiap hari kecuali hari Ahad dan mengambil masa selama 1 jam. Walaupun ia

hanya mengambil masa selama 1 jam, namun masa tersebut digunakan dengan

sebaiknya oleh Tenaga Pengajar dalam menyampaikan isi kandungan Tafsir Al-Azhar.

Terdapat sekurang-kurangnya 50 orang yang mengikuti Kuliah Subuh tersebut.

Ia merupakan satu jumlah yang agak besar dan ekoran daripada itu telah menimbulkan

minat penyelidik untuk mengkaji adakah kemungkinan terdapat beberapa faktor yang

menarik minat jemaah dalam mengikuti kuliah subuh Tafsir Al-Azhar. Ekoran daripada

itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan mencari jawapan yang lebih tepat adakah faktor

keistimewaan Tafsir Al-Azhar, faktor ilmu yang dimilki oleh Prof. Dr. Hamka serta

pendekatan yang digunakan oleh Tenaga Pengajar Masjid Al-Falah telah mendorong

minat masyarakat untuk mengikuti kuliah subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah,

Taiping, Perak.

Page 26: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.4 1 Mengkaji faktor keistimewaan Tafsir Al-Azhar yang menyebabkan jemaah

mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar.

1.4 2 Mengenalpasti faktor ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Prof. Dr. Hamka yang

menyebabkan jemaah mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar.

1.4 3 Mengenalpasti faktor pendekatan yang digunakan oleh Tenaga Pengajar

menyebabkan jemaah mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dilakukan untuk menjawab persoalan berikut:

1.5. 1 Adakah faktor keistimewaan Tafsir Al-Azhar yang menyebabkan jemaah

mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar?

1.5.2 Adakah faktor ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Prof. Dr. Hamka yang

menyebabkan jemaah mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar?

Page 27: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

8

1.5.3 Adakah pendekatan yang digunakan oleh Tenaga Pengajar menyebabkan jemaah

mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar?

1.6 Kepentingan Kajian

Dapatan kajian ini sangat penting dan perlu diteliti oleh beberapa pihak tertentu.

Kajian ini dijalankan berdasarkan beberapa kepentingan iaitu:

1.6.1 Sebagai satu alternatif untuk memberi pendedahan tentang Tafsir Al-Azhar

kepada masyarakat.

1.6.2 Menjadi rujukan kepada ahli akademik untuk melakukan kajian terhadap Prof.

Dr. Hamka khususnya dalam bidang pentafsiran Al-Quran.

1.6.3 Sebagai panduan kepada Tenaga Pengajar Masjid Al-Falah dalam memantapkan

lagi usaha mereka dalam menyampaikan Tafsir Al-Azhar kepada masyarakat.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Masjid Al-Falah, Taman Sri Kota, Taiping, Perak Darul

Ridzuan pada 29 Januari 2009 semasa sesi Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar dijalankan.

Kajian ini terbatas dari segi saiz sampel kerana penyelidik hanya melibatkan jemaah

Page 28: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

9

yang mengikuti Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah pada tarikh tersebut

sahaja iaitu seramai 50 orang jemaah.

Kajian ini hanya memfokuskan kepada tiga faktor sahaja iaitu faktor

keistimewaan Tafsir Al-Azhar, faktor ketinggian ilmu yang dimiliki oleh Prof. Dr.

Hamka dan faktor pendekatan yang digunakan dalam Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar.

1.8 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah dan perkataan yang perlu dijelaskan terlebih dahulu

untuk memberi gambaran yang jelas dan tepat tentang tajuk kajian yang dijalankan.

Istilah-istilah tersebut ialah:

1.8.1 Faktor

Menurut Kamus Dewan (1998: 348), maksud ‘faktor’ ialah unsur atau sebab

yang menyumbangkan kepada sesuatu hasil. Maksud lain bagi istilah faktor ialah

bilangan (nombor) yang kalau didarab menghasilkan bilangan yang tertentu.

‘Faktor’ dalam kajian ini bermaksud unsur-unsur atau sebab-sebab yang

mempengaruhi jemaah untuk mengikuti Kuliah Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah.

Page 29: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

10

1.8.2 Mendorong

Menurut Kamus Dewan (1998: 314), terdapat dua maksud mendorong iaitu;

Menyorong (ke depan), menolak (dari belakang ke depan), tampil (ke depan). Kedua;

Kiasan memberansangkan, mempengaruhi, menyebabkan (jadi sesuatu).

‘Mendorong’ dalam kajian ini bermaksud perkara yang mempengaruhi

masyarakat mengikuti Kuliah Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak.

1.8.3 Jemaah

Menurut Kamus Dewan (1998: 529), terdapat beberapa maksud maksud istilah

jemaah iaitu: Pertama; kumpulan orang yang beribadat. Kedua; Orang ramai,

perjumpaan orang ramai. Ketiga; Sidang.

‘Jemaah’ dalam kajian ini bermaksud perjumpaan dan kumpulan orang ramai

yang hadir untuk mendengar kuliah Tafsir Al-Azhar di Masjid Al-Falah, Taiping, Perak.

1.8.4 Mengikuti

Menurut Kamus Dewan (1998: 482), terdapat empat maksud perkataan

mengikuti iaitu: Pertama; Turut di belakang orang, menurut apa telah terjadi atau ada.

Page 30: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

11

Kedua; Turut sebagai yang telah dilakukan oleh orang, mencontohi apa yang dibuat oleh

orang sebelumnya. Ketiga; Turut hadir (dalam pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dan

lain-lain). Keempat; Memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat dan lain-lain)

dengan bersungguh-sungguh.

‘Mengikuti’ dalam kajian ini bermaksud masyarakat atau jemaah yang turut

hadir dalam Kuliah Tafsir Al-Azhar di Masjid al-Falah, Taiping, Perak.

1.8.5 Kuliah

Menurut Kamus Dewan (1998: 724), terdapat beberapa maksud perkataan

‘kuliah’ antaranya ialah; Pelajaran yang disampaikan secara bersyarah (berpidato) oleh

mahaguru atau pensyarah di universiti atau maktab, syarahan. Kedua; Ceramah agama.

‘Kuliah’ dalam kajian ini bermaksud syarahan dan kupasan ayat-ayat Al-Quran

dalam Tafsir Al-Azhar yang disampaikan oleh tenaga pengajar Masjid Al-Falah,

Taiping, Perak.

1.8.6 Tafsir Al-Azhar

Tafsir Al-Azhar ialah nama bagi tafsir Al-Quran hasil karya Prof. Dr. Hamka. Di

dalam kajian ini, Tafsir Al-Azhar didefinisikan sebagai penjelasan atau huraian tentang

ayat-ayat Al-Quran yang ditafsirkan oleh Prof. Dr. Hamka.

Page 31: SITI FAIRUZ BINTI ISMAIL€¦ · doa, semoga Allah sentiasa merahmatimu. Kekanda dan Adinda, Jasa dan pertolongan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat, Semoga Allah melimpahkan

12

1.8.7 Masjid Al-Falah, Taiping, Perak

Masjid Al-Falah merupakan sebuah tempat kuliah Tafsir Al-Azhar dijalankan. Ia

terletak di Taman Sri Kota berhampiran dengan Taiping, Perak.

1.9 Penutup

Kesimpulannya, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengetahui adakah

faktor keistimewaan Tafsir Al-Azhar, faktor ilmu yang dimiliki oleh Prof. Dr. Hamka

serta pendekatan yang digunakan oleh Tenaga Pengajar Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar

Masjid Al-Falah menjadi pendorong kepada jemaah mengikuti kuliah tafsir ini. Kajian

ini difokuskan kepada jemaah yang menghadiri Kuliah Subuh Tafsir Al-Azhar di masjid

tersebut sebagai responden dalam usaha untuk mendapatkan data kajian.