sistem tanaman fertigasi

Upload: annreetha-anthony

Post on 14-Apr-2018

255 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Sistem Tanaman Fertigasi

    1/2

    SISTEM TANAMAN FERTIGASI

    Teknologi pertanian masa kini terus berubah,hasil pengeluaran bukan sahaja dapat

    ditingkatkan dengan berganda tetapi kaedah penanaman dapatdipermudahkan,mengelak serangan musuh perosak dan dalam masa yang sama kos buruh

    dapat dikurangkan.Sistem fertigasi ialah satu kaedah pemberian larutan baja kapada zon

    akar yang diperlukan oleh pokok secara berkesan,tanpa pembaziran dan pencemaranalam sekitar. Fertigasi berasal dari dua perkataan Inggeris iaitu fertilization dan

    irrigation.Sistem Fertigasi ialah satu daripada adalah cabang hidroponik yang antara lain

    terdiri dari Sistem Titis Mikro,hidropinik Aliran Dalam,hidroponik AliranCetek,hidroponik static,Aeroponik dan Pemercik Mikro. Sistem Fertigasi sangat sesuai

    bagi tanaman sayur berbuah saperti tomato,timun jepun,cili merah,terung,melon,cili

    sayur, strawberi dan juga pokok hiasan.Umumnya tanaman ini untuk kebanyakan

    tanaman bernilai tinggi dipasaran. Tanaman Sistem Fertigasi bertujuan untukmengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar yang disebabkan oleh serangga

    kulat saperti pythium,fusarium,rhizoton dan juga penyakit layu bacteria yang berpunca

    daripada tanah. Kelebihan Sistem Fertigasi antaranya pokok diberi baja dengan sukatan

    dan masa yang ditetapkan tanpa pembaziran.Baja terus diberi kapada zon akar supayamudah diserap oleh pokok. Dalam Sistem Fertigasi beberapa peralatan digunakan bagi

    tujuan mengawal serangga perosak dan merumput dengan membuat Rumah LindunganHujan dan juga jaring kalis serangga.Kaedah ini menyebabkan tenaga buruh dapat

    dijimatkan.Sistem ini juga tidak menggunakan tanah. Beberapa media digunakan bagi

    tujuan menggantikan fungsi tanah saperti cocopeat,sekam padi,rootwool,perlite,zeolitedan juga vermiculate dalam kaedah tanaman fertigasi.Cocopeat dan sekam padi

    digunakan secara meluas kerana harga murah dan ringan mudah digunakan.Peralatan atau

    kompenan yang diperlukan dalam sistem fertigasi adalah saperti tangki,tong stok

    nutrient,pam,paip poly atau pvc.Dripper,mini tubing,tubing,timer dan perlatan kawalanair dan baja. Dalam sistem fertigasi air baja diberi mngikut masa iaitu antara 3 6 kali

    sehari selama 5 10 minit. Ini bergantung kapada cuaca dan juga kawasan tanaman.Pembinaan sistem fertigasi sekitar RM 160,000 RM 180,000 untuk kawasan seluas satuekar dengan muatan beg 6-7 ribu.Jumlah tanaman bergantung kepada jenis tanaman.Hasil

    pengeluarannya boleh mencapai empat hingga enam kali ganda dari tanaman diatas

    kawasan terbuka.Pulangan modal dalam sistem tanaman ini mengambil masa 3 - 4 tahun

  • 7/30/2019 Sistem Tanaman Fertigasi

    2/2