sistem perakaunan perniagaan

33
Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com . Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 1 SISTEM PERAKAUNAN PERNIAGAAN Perakaunan adalah suatu proses merekod, mencatit dan meringkaskan semua urusniaga perniagaan secara sistematik. Dahulu ianya dikenali sebagai Simpankira. Tujuan utama dan kebaikan kita mencatit segala urusniaga adalah kerana : Daya ingatan manuasia yang terhad ataupun dengan bahasa lain kita mudah terlupa dengan apa yang berlaku semasa kita menguruskan transaksi perniagaan. Catitan yang lengkap dan sempurna memudahkan penyediaan Penyata Kewangan yang terdiri dari Buku Tunai/Bank, Lejar Am, Buku Penghutang, Buku Pemiutang dan Buku Belian Aset. Semua catatan yang dibuat adalah merupakan sejarah dan bukti lengkap perniagaan. Ini amat penting sebagai petunjuk untuk peniaga mengetahui pada bulan berapakah jumlah Jualan atau Belian kedai beliau meningkat akibat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Ini membolehkan peniaga bersedia lebih awal bagi mengatasi pusingan bulan tersebut. Memudahkan peniaga untuk memohon bantuan pembiayaan atau geran dari Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan. Rekod perakaunan yang disediakan menjadi alat pengukur kemajuan sesuatu perniagaan yang akan memudahkan sesuatu permohonan pembiayaan itu diluluskan oleh pihak tertentu. Penyata kewangan yang disediakan dapat membantu kita menilai kemajuan kewangan perniagaan kita pada masa tertentu. Segala hutang piutang perniagaan dapat di kawal dan di kutip. Penyata kewangan juga membolehkan peniaga tersebut mengetahui jumlah harta dan nilai tanggungan perniagaan beliau. 5 KUMPULAN AKAUN Secara asasnya seseorang peniaga mestilah mengetahui 5 kumpulan akaun bagi memudahkan beliau membuat catitan urusniaga. 5 kumpulan tersebut adalah: Aset (Harta) Liabiliti (Tanggungan) Modal atau Ekuiti Hasil atau Pendapatan Belanja atau Belian Tip nak ingat 5 kumpulan akaun ni: A ku A untuk Aset L ebih L untuk Liabiliti M emahami M untuk Modal H ati H untuk Hasil B udimu B untuk Belanja Cuba baca: Aku Lebih Memahami Hati Budimu

Upload: clean-agent-sdn-bhd

Post on 31-May-2015

835 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

1

SISTEM PERAKAUNAN PERNIAGAAN

Perakaunan adalah suatu proses merekod, mencatit dan meringkaskan semua urusniaga perniagaan secara

sistematik. Dahulu ianya dikenali sebagai Simpankira. Tujuan utama dan kebaikan kita mencatit segala

urusniaga adalah kerana :

• Daya ingatan manuasia yang terhad ataupun dengan bahasa lain kita mudah terlupa dengan apa yang

berlaku semasa kita menguruskan transaksi perniagaan.

• Catitan yang lengkap dan sempurna memudahkan penyediaan Penyata Kewangan yang terdiri dari

Buku Tunai/Bank, Lejar Am, Buku Penghutang, Buku Pemiutang dan Buku Belian Aset.

• Semua catatan yang dibuat adalah merupakan sejarah dan bukti lengkap perniagaan. Ini amat penting

sebagai petunjuk untuk peniaga mengetahui pada bulan berapakah jumlah Jualan atau Belian kedai

beliau meningkat akibat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Ini membolehkan peniaga bersedia

lebih awal bagi mengatasi pusingan bulan tersebut.

• Memudahkan peniaga untuk memohon bantuan pembiayaan atau geran dari Institusi Kewangan atau

Agensi Kerajaan. Rekod perakaunan yang disediakan menjadi alat pengukur kemajuan sesuatu

perniagaan yang akan memudahkan sesuatu permohonan pembiayaan itu diluluskan oleh pihak

tertentu.

• Penyata kewangan yang disediakan dapat membantu kita menilai kemajuan kewangan perniagaan

kita pada masa tertentu.

• Segala hutang piutang perniagaan dapat di kawal dan di kutip.

• Penyata kewangan juga membolehkan peniaga tersebut mengetahui jumlah harta dan nilai

tanggungan perniagaan beliau.

5 KUMPULAN AKAUN

Secara asasnya seseorang peniaga mestilah mengetahui 5 kumpulan akaun bagi memudahkan beliau

membuat catitan urusniaga. 5 kumpulan tersebut adalah:

• Aset (Harta)

• Liabiliti (Tanggungan)

• Modal atau Ekuiti

• Hasil atau Pendapatan

• Belanja atau Belian

Tip nak ingat 5 kumpulan akaun ni:

A ku A untuk Aset

L ebih L untuk Liabiliti

M emahami M untuk Modal

H ati H untuk Hasil

B udimu B untuk Belanja

Cuba baca:

Aku Lebih Memahami Hati Budimu

Page 2: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

2

ASET

Aset adalah sesuatu yang dimiliki oleh perniagaan yang mempunyai nilai wang. Ianya boleh dikatogerikan

kepada 2:

• Aset Tetap : Merupakan Aset yang dimiliki atau di beli oleh perniagaan dengan tujuan memperolehi

hasil atau pendapatan tetapi bukan untuk di jual serta mempunyai hayat yang tertentu. Contohnya

seperti Kenderaan, Bagunan(Premis), Perabot/Peralatan Pejabat, Mesin dll.

• Aset Semasa : Merupakan harta yang tidak jelas dari segi bentuk, mudah berubah dan tidak

mempunyai nilai tetap, di mana nilai pegangan padsa suatu masa senantiasa berubah mengikut

keadaan. Contohnya seperti wang tunai, stok barangan niaga, penghutang, deposit dll

LIABILITI (Tanggungan)

Liabiliti adalah tuntutan atau hak pihak ketiga yang mesti dijelaskan oleh perniagaan pada masa yang telah

ditetapkan. Ianya terbahagi kepada 2:

• Liabiliti Jangka Panjang : Merupakan tanggungan yang mesti dijelaskan dalam tempoh yang lama

yakni melebihi setahun seperti Pinjaman sewa beli, pinjaman bangunan, pinjaman MARA dll.

• Liabiliti Semasa : Merupakan tanggungan yang mesti dijelaskan dalam masa yang singkat atau

pendek seperti Pemiutang perniagaan, overdraf dll.

MODAL (Ekuiti)

Sesuatu yang dilaburkan oleh pemilik atau peniaga di dalam memulakan perniagaannya seperti wang tunai

atau aset tetap. Modal peniaga akan bertambah sekiranya perniagaan beliau mendapat keuntungan tetapi

Modal peniaga akan berkurangan jika sekiranya perniagaan beliau mengalami kerugian atau peniaga itu

mengambil wang tunai atau barang perniagaan untuk kegunaan sendiri. Ini dikenali sebagai Ambilan.

HASIL

Hasil atau pendapatan bagi sesebuah perniagaan diperolehi melalui jualan atau perkhidmatan yang

ditawarkan kepada pelanggan. Semua jualan secara tunai atau hutang akan dikira sebagai hasil.

BELANJA

Perbelanjaan adalah semua jumlah wang yang dibelanjakan untuk menjana hasil atau pendapatan bagi

sesautu perniagaan. Ianya terbahagi kepada 2:

Page 3: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

3

• Perbelanjaan Modal : Semua perbelanjaan untuk pembelian Aset bagi kegunaan perniagaan seperti

pembelian kenderaan, pembelian perabot dll.

• Perbelanjaan Hasil: Seperti Belanja pengeluaran, belanja pemasaran, belanja pentadbiran, belanja

untuk membeli stok dll.

Urusniaga Perniagaan

Dokumen Perniagaan

Mencatat & Merekod

Invoice

Resit

Bil

Buku Cek

Baucer

Buku Lejar / Dairi

Mengkelaskan 5 Kump.

Akaun

Aku Lebih Memahami

Hati Budimu

Aset

Liabiliti

Modal

Hasil

Belanja

Imbangan Duga

Penyata Pendapatan

(Untung & Rugi)

Kunci Kira-Kira

Penyata Kewangan

Buku Tunai/Bank

Lejar Am

Buku Penghutang

Buku Pemiutang

Senaraikan Baki Akaun:

Item Aset disebelah Debit

Item Liabiliti disebelah Kredit

Item Modal disebelah Kredit

Item Hasil disebelah Kredit

Item Belanja disebelah Debit Jumlah Debit = Jumlah Kredit

Item Hasil & Belanja

Item Aset, Liabiliti & Modal

T

A

T

A

C

A

R

A

P

E

R

A

K

A

U

N

A

N

Page 4: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

4

CARA MEREKOD CATITAN URUSNIAGA

BUKU TUNAI

Semua transaksi perniagaan yang melibat tunai perlu direkodkan di dalam buku ini. Catitan Debit(DT)

dan Kredit(KT) untuk buku tunai adalah seperti berikut:

Dt Adalah semua jenis transaksi penambahan atau penerimaan wang tunai sahaja

Kt Adalah semua jenis pengurangan atau pembayaran wang tunai sahaja

Sebagai contoh:

1. Jualan barang secara tunai - Item Debit

2. Modal tunai memulakan perniagaan - Item Debit

3. Terima bayaran hutang secara tunai – Item Debit

4. Bayar gaji pekerja secara tunai – Item Kredit

5. Belian barangan secara tunai – Item Kredit

6. Bayar hutang secara tunai – Item Kredit

BUKU BANK

Semua transaksi perniagaan yang melibatkan penggunaan Cek sesebuah Bank akan direkodkan di dalam

buku ini.Catitan Debit & Kredit adalah sama seperti buku tunai tetapi yang membezakannya ialah semua

urusniaga hanya melibatkan bayaran atau penerimaan cek sahaja.

BUKU PENGHUTANG

Sudah menjadi kebiasaan di dalam dunia perniagaan ini untuk berurusniaga secara kredit atau hutang.

Penghutang merupakan pelanggan yang berhutang dengan perniagaan kita. Buku ini diwujudkan adalah

untuk mencatatkan butir-butir urusniaga pelanggan yang berhutang. Apa yang terpenting sekali ialah

seseorang peniaga itu dapat mengetahui BAKI hutang bagi setiap pelanggannya. Walaubagaimanapun

semua peniaga adalah dinasihatkan agar cuba mengelak daripada memberi hutang kepada para

pelanggan. Catatan Debit & Kredit adalah seperti berikut:

Dt Penghutang

Kt Jualan

Page 5: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

5

Di dalam urusniaga kredit(hutang) hanya 2 akaun sahaja yanag akan terlibat iaitu Akaun Penghutang dan

Akaun Jualan sahaja.

BUKU PEMIUTANG

Kadangkala seseorang peniaga mendapat kemudahan kredit (hutang) daripada pembekal atau vendor.

Tempoh kredit bergantung kepada persetujuan antara pembekal dan peniaga. Kebanyakkannya memberi

tempoh 30 hari hingga 45 hari dari tempoh penerimaan oleh peniaga. Buku pemiutang dapat

menunjukkan jumlah BAKI hutang seseorang peniaga dengan para pembekal. Catatan Debit & Kredit

adalah seperti berikut:

Dt Belian Stok

Kt Pemiutang

Di dalam urusniaga ini hanya 2 akau sahaja yang terlibat iaitu Akaun Pemiutang dan akaun Belian Stok.

LEJAR AM

Lejar am juga dikenali sebagai buku catatan ‘rojak’ kerana semua jenis transaksi urusniaga selain daripada

Buku Tunai, Buku Bank, Buku Penghutang dan Buku Pemiutang akan dicatatkan di dalam buku Lejar Am.

Catatan Debit & Kredit bagi lejar am adalah berlawanan dengan 4 buku yang disebut tadi. Sebagai

contohnya ialah Akaun Gaji Pekerja, Akaun Jualan, Akaun Belian, Akaun Bil Telefon, Akaun sewa kedai

dll. Kesimpulan bagi transaksi Debit & Kredit di dalam Lejar Am dapat dihuraikan seperti gambarajah di

bawah:

Lejar Am

Debit

Kredit

Buku Tunai dan Buku Bank

DEBIT

Penambahan atau Penerimaan

KREDIT

Pengurangan atau Pembayaran

Buku Penghutang (jualan Hutang)

Debit

Buku Pemiutang (belian Hutang)

Kredit

Page 6: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

6

Penerangan

Anak Panah Merah menunjukkan pemindahan butir butir penerimaan (Dt) dari buku tunai/bank ke

bahaigian kredit lejar am.

Dt Buku Tunai/Bank

Kt Lejar Am

Anak Panah Pink menunjukkan pemindahan butir butir pembayaraan (Kt) dari buku tunai/bank ke

bahagian debit lejar am.

Dt Lejar Am

Kt Buku Tunai/Bank

Anak Panah Biru menunjukkan butir butir belian stok secara kredit dari buku pemiutang ke bahagian

debit lejar am

Dt Lejar Am (Akaun Belian Stok)

Kt Buku Pemiutang

Anak Panah Hitam menunjukkan butir butir jualan secara kredit dari buku penghutang ke bahagian

kredit lejar am

Dt Buku Penghutang

Kt Lejar Am (Akaun Jualan stok)

Page 7: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

7

Contoh Catatan bergu (Debit & Kredit) :

Encik Majid memulakan perniagaan kedai barangan elektrik pada 10hb Mei 2005 dengan modal

permulaan sebanyak RM10,000 tunai. Berikut adalah urusniaga-urusniaga yang berlaku sehingga 31hb

Julai 2005.

Tarikh Keterangan

10/5 Modal Tunai Awal RM10,000

Sebelum sesuatu urusniaga itu di buat catatan bergu, seseorang peniaga itu perlu

mengetahui apakah akaun yang terlibat pada sesuatu urusniaga. Jadi pada contoh ini

selepas dicongak didapati hanya Akaun Modal & Akaun Tunai sahaja yang terlibat.

Selepas itu peniaga itu perlu memastikan akaun mana di sebelah debit & kredit. En.

Majid telah melabur RM10,000, ini bermakna perniagaan tersebut memiliki wang tunai

RM10,000. Setiap pertambahan Tunai kita akan debitkan Akaun Tunai. Catatan bergu

adalah seperti berikut:

Dt Tunai 10,000

Kt Modal 10,000 (Buku Lejar Am)

15/5 Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3,000

Seseorang peniaga harus terus mencongak akaun apakah yang terlibat. Akaun yang

akan terlibat ialah Akaun Perkakas Pejabat dan Akaun Tunai. Maka catatan bergunya

adalah:

Dt Perkakas Perabot 3,000 (Buku Lejar Am)

Kt Tunai 3,000

20/5 Membeli Barang-barang jualan tunai RM5,000

Terus sahaja mencongak akaun apa yang terlibat……

Dt Akaun Jualan 5,000 (Buku Lejar Am)

Kt Tunai 5,000

25/5 Bayar Tambang kereta secara tunai RM100

Dari conggakan ……pembayaran telah berlaku jadi

Dt Akaun Tambang 100 (Buku Lejar Am)

Kt Tunai 100

28/5 Jualan tunai RM200

Dari conggakan ……penerimaan tunai telah berlaku jadi

Dt Tunai 200

Kt Buku Jualan 200

30/5 Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,000

Apabila transaksi jualan hutang berlaku, secara automatik hanya ada 2 akaun sahaja

yang terlibat iaitu Akaun penghutang dan akaun jualan. Untuk memudahkan kita,

Akaun Jualan hanya berada di sebelah Kredit sahaja, jadi akaun penghutang mestilah di

sebelah Debit.

Dt Penghutang Hassan 1,000

Kt Akaun Jualan 1,000

Page 8: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

8

30/5 Bayar gaji pekerja secara tunai RM300

Apabila ada pembayaran berlaku…….

Dt Akaun Gaji 300

Kt Tunai 300

1/6 Bayar sewa secara tunai RM400

Apabila ada pembayaran berlaku…….

Dt Akaun Sewa 400

Kt Tunai 400

7/6 Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250

Apabila ada pembayaran berlaku…….

Dt Akaun Kursus 250

Kt Tunai 250

10/6 Jualan tunai RM5,500

Dari conggakan ……penerimaan tunai telah berlaku jadi

Dt Tunai 5,500

Kt Jualan 5,500

20/6 Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7,000

Apabila berlaku belian secara hutang, hanya ada 2 akaun sahaja yang terlibat iaitu

akaun belian dan akaun pemiutang. Untuk makluman, akaun belian semestinya

dicatitkan hanya di sebelah Debit sahaja. Jadi catitannya ialah:

Dt Belian 7,000

Kt Pemiutang – Ah Seng 7,000

21/6 Beli perabot kedai secara tunai RM1,200

Tunai dah keluar dari poket peniaga jadi…………

Dt Pekakas perabot 1,200

Kt Tunai 1,200

22/6 Hassan bayar hutang secara tunai RM400

Ada penghutang dah bayar hutang pada peniaga, jadi tunai dah diterima ……

Dt Tunai 400

Kt Penghutang – Hassan 400

25/6 Bayar lesen perniagaan secara tunai RM200

Duit tunai dah keluar jadi……

Dt Akaun Lesen 200

Kt Tunai 200

27/6 Bayar iklan secara tunai RM250

Duit tunai dah berkurang lagi…….

Dt Akaun Belanja Iklan 250

Kt Tunai 250

30/6

Jualan hutang kepada Salmah RM2,500

Apabila ada sahaja jualan hutang terus dapat dicongak bahawa hanya akaun

Page 9: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

9

penghutang dan akaun jualan yang terlibat. Sebagaimana telah diterangkan di atas

akaun jualan semestinya di sebelah kredit….

Dt Akaun Penghutang – Salmah 2,500

Kt Jualan 2,500

2/7 Bayar Bil elektrik, air dan telefon secara tunai RM320

Duit keluar lagi…..

Dt Akaun Utiliti 320

Kt Tunai 320

3/7 Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2,000

Seperti yang berlaku pada 20/6 maka catitannya seperti berikut…

Dt Pemiutang – Sykt Raju 2,000

Kt Belian 2,000

5/7 Jualan tunai RM1,500

Duit masuk lagi….

Dt Tunai 1,500

Kt Jualan 1,500

8/7 Membuka akaun di BCB RM2,000

Di sini akaun bank telah di buka dengan mengambil wang tunai sebagai deposit

permulaan membuka akaun bank. Jdi tunai berkurang tetapi akaun bank bertambah….

Dt Bank 2,000

Kt Tunai 2,000

10/7 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran

sebulan RM1,000 selama 60bulan.

Di sini bank yang memberi pinjaman dikategorikan sebagai Liabiliti jangka panjang.

Akaun bank bertambah jadi…

Dt Akaun Bank 50,000

Kt Akaun pinjaman Maybank 50,000

20/7 Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15,000

En Majid telah membeli aset dengan mengurangkan baki di akaun bank jadi….

Dt Akaun Kenderaan 15,000

Kt Akaun Bank 15,000

21/7 Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1,500

En. Majid membayar hutangnya kepada Sykt Raju dan ini mengurangkan baki akaun

bank….

Dt Pemiutang – Sykt Raju 1,500

Kt Akaun Bank 1,500

22/7 Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5,000

En. Majid mengurangkann lagi baki akaun bank beliau

Dt Pemiutang – Sykt Hassan 5,000

Kt Akaun Bank 5,000

Page 10: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

10

30/7 Salmah bayar hutang tunai Rm 2,000

Duit tunai bertambah bila ada penghutang yang membayar hutangnya…..

Dt Tunai 2,000

Kt Penghutang – Salmah RM 2,000

31/7 Bayar gaji pekerja secara tunai RM500

Apabila ada pembayaran berlaku…….

Dt Akaun Gaji 2,000

Kt Tunai 2,000

31/7 Masukkan wang tunai ke dalam bank RM2,500

Duit tunai berkurang tetapi baki akaun bank bertambah….

Dt Bank 2,500

Kt Tunai 2,500

31/7 Bayar Sewa secara tunai RM400

Apabila ada pembayaran berlaku…….

Dt Akaun Sewa 400

Kt Tunai 400

31/7 Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1,000 secara cek.

Bagi pembayaran ansuran pinjaman ada tiga lejar yang akan terlibat.

1. Akaun Pinjaman (pokok Pinjaman)

2. Akaun Faedah di Bayar

3. Akaun Bank atau Tunai

Bagaimana cara merekod catatan beregu ini, Kita perlu mengira berapakah bayaran

pokok dan faedah pinjaman untuk sebulan dahulu:

Ansuran sebulan RM1,000 X 60 bulan = RM60,000 jumlah kena bayar kepada Bank.

Jumlah keseluruhan RM60,000 – RM50,000 pokok pinjaman = RM10,000 faedah

pinjaman. Jadi;

RM50,000 / 60 bulan = RM834 pokok pinjaman sebulan dan

RM10,000 / 60 bulan = RM166 faedah pinjaman sebulan. Jadi, catatan beregunya

adalah seperti berikut:

Dt Akaun Pinjaman Maybank Finance 834

Dt Akaun Faedah Pinjaman 166

Kt Akaun Bank 1,000

31/7 Stok Akhir RM 9,000

Pengiraan stok akhir kebiasaanya dilakukan setahun 2 kali sahaja, tetapi oleh kerana

kesibukan peniaga ianya dilakukan sekali setahun iaitu pada 31hb Disember setiap

tahun. Cara mengira jumlah nilai RM stok tersebut adalah secara anggaran kuantiti

produk dan di darab dengan harga kos terakhir yang diperolehi dari pembekal barangan

tersebut.

Nota: Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas perabot 10% dan kenderaan 20%

Sila sediakan Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira

Page 11: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

11

Tip:

Untuk memudahkan akaun yang mana berada di debit atau di kredit, kita hanya berpandukan kepada

akaun tunai atau bank sahaja. Jika penerimaan wang atau cek kita debitkan sahaja Akaun Tunai/Bank

dan secara automatik akaun yang satu lagi kita kreditkan. Samalah juga jika sesautu pembayaran tunai

atau cek dibuat, kita terus sahaja mengkreditkan akaun tunai/bank dan mendebitkan akau yang satu lagi.

IMBANGAN DUGA

Imbangan duga adalah senarai semua baki-baki akaun sesebuah perniagaan bagi membuktikan kejituan

pengiraan dan pemindahan akaun yang sempurna. Ia digunakan sebagi alat pengukur samada kemasukan

debit dan kredit didalam buku tunai/bank, buku penghutang, buku pemiutang dan lejar am adalah betul.

Imbangan duga tidak dianggap sebagai salah satu dari keluarga penyata kewangan. Untuk mengetahui

samada akaun-akaun yang dibuat itu adalah betul, jumlah bahagian debit dan kredit mestilah sama. Bagi

penentuan baki akaun mana yang akan diletakkan di bahagian debit atau kredit, sila rujuk gambarajah

dibawah:

PENYATA PENDAPATAN

Penyata pendapatan merupakan penyata yang menunjukkan segala ringkasan hasil dan belanja bagi

sesuatu tempoh perakaunan. Ianya juga dikenali sebagai Penyata Untung Rugi. Kepentingan penyata ini

adalah :

• Mengetahui keuntungan atau kerugian sesuatu perniagaan.

• Sebagai kayu pengukur mengkaji prestasi atau kemajuan sesebuah perniagaan.

Senaraikan Baki Akaun:

Item Aset disebelah Debit

Item Liabiliti disebelah Kredit

Item Modal disebelah Kredit

Item Hasil disebelah Kredit

Item Belanja disebelah Debit

Jumlah Debit = Jumlah Kredit

Aku Lebih Memahami Hati Budimu

Page 12: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

12

• Memberitahu pemegang syer atau rakan kogsi mengenai keupayaan dan keuntungan perniagaan.

• Memudahkan pengiraan Zakat atau Cukai Pendapatn sesebuah perniagaan.

Di dalam penyata ini kita akan dapat melihat 2 daripada 5 kumpulan akaun bergabung untung pengiraan

Untung Bersih sesuatu perniagaan. 2 kumpulan itu ialah Hasil dan Belanja. Semua jumlah Hasil atau jumlah

jualan tunai atau kredit digabungkan dan di tolak dengan Kos Barang Dijual yang akan menghasilkan

Untung Kasar. Selepas itu Untung Kasar akan ditolak dengan semua perbelanjaan operasi, pentadbiran dan

kendalian, maka akan menghasilkan Untung atau Rugi Bersih.

Tip

Salah satu item perbelanjaan yang selalu dilupakan ialah belanja Susutnilai. Apakah Susunilai?

Susutnilai adalah disebabkan keusangan dan kehausan sesuatu aset yang digunakan bagi memudahkan

urusan perniagaan. Selain darip aspek keusangan, ciptaan-ciptaan teknologi baru juga adalah antara punca

sesuatu aset itu tidak praktikal lagi untuk digunakan. Contohnya seperti komputer yang dianggap tidak ada

nilai lagi selepas 2 tahun digunakan kerana kepantasan teknologi mencipta perisian yang baru. Peratus

pengiraan susutnilai adalah mengikut jenias aset tersebut. Contoh peratus susutnilai yang digunakan dalam

Sistem Perakaunan di Malaysia adalah seperti berikut:

1. Kenderaan – 20% atau 5 tahun

2. Bangunan Kekal – 2% atau 50 tahun

3. Komputer dan Pencetak – 50% atau 2 tahun

4. Perabot dan Perkakasan Pejabat – 15% atau 6 tahun

Kaedah pengiraan yang paling kerap digunakan ialah Kaedah Garis Lurus. Kaedah ini menunjukkan belanja

susutnilai adalah sama setiap tahun mengikut ketahanan harta. Contoh Kiraan. En. Ahmad membeli kereta

untuk kegunaan perniagaan pada bulan Julai 2005 dengan harga RM40,000, sila kira susutnilai degan kaedah

Garis Lurus. Peratus sustnilai 20% setahun:

Tahun Harga Kos Susutnilai Susutnilai Terkumpul Nilai Aset Bersih

1 40,000 8,000 8,000 32,000

2 40,000 8,000 16,000 24,000

3 40,000 8,000 24,000 16,000

4 40,000 8,000 32,000 8,000

5 40,000 7,999 39,999 1

Page 13: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

13

Mengikut kaedah garis lurus, belanja susutnilai adalah sama setiap tahun dan pengiraan nilai aset bersih

adalah dengan formula berikut:

Nilai Aset Bersih = Harga Kos Aset – Susutnilai Terkumpul

Pada tahun kelima nilai bersih aset menunjukkan baki sebanyak RM1.00. Ini menunjukkan aset tersebut

masih digunakan untuk kegunaan perniagaan. Jika pada tahun kelima aset tersebut telah di jual maka

barulah boleh untuk kita meletakkan nilai sifar.

KUNCI KIRA-KIRA

Kunci Kira-Kira merupakan satu penyata yang menunjukkan jumlah 3 kumpulan akaun iaitu Aset,

Liabiliti dan Modal/Ekuiti Pemilik yang telah pun diterangkan sebelum ini pada mukasurat 2.

Semua format penyata seperti Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira boleh dirujuk

pada file excel Penyata Kewangan Kewangan Perniagaan.

PENUTUP

Hasrat kami agar tuan puan telah pun mendapat sedikt maklumat mengenai bagaimana satu set penuh

penyata kewangan dapat disediakan. Penyata yang terpenting adalah Penyata Pendapatan. Harapan kami

agar pihak tuan puan dapat menyiapkan penyata kewangan ini pada setiap tahun agar memudahkan kita

membuat kiraan membayar zakat dan cukai.

Tuan puan juga adalah dinasihatkan membuat rujukan tambahan daripada buku perakaunan dan juga

tunjuk ajar dari mereka yang terlatih dalam bidang perakaunan untuk mendapat gambaran yang lebih

jelas di dalam penyediaan sistem perakaunan ini.

Tahniah! diucapkan kepada tuan puan kerana berani untuk mengubah cara pentadbiran dan pengurusan

perniagaan kepada yang lebih sistematik.

Page 14: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

14

PANDUAN MENGGUNAKAN FILE PEYATA PERAKAUNAN KEWANGAN

(MICROSOFT EXCEL)

Klik dua kali pada ikon di bawah di dalam CD-Rom yang anda perlolehi.

Tip

Sebelum anda memasukkan data urusniaga anda sila patikan anda menyimpan (save) dahulu file Penyata

Kewanagn Perakaunan ini di ‘desktop’ komputer anda. Selepas anda membuka file tersebut ‘save’kan

dulu dengan menukar nama file dengan menggunakan menu ‘Save as’:

Anda pelu membuat salinan ‘master’ agar ianya boleh digunakan untuk perniagaan lain anda.

Kemasukan data transaksi perniagaan anda adalah seperti contoh di bawah:

Tarikh Keterangan

10/5 Modal Tunai Awal RM10,000

15/5 Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3,000

20/5 Membeli Barang-barang jualan secara tunai RM5,000

25/5 Bayar Tambang kereta secara tunai RM100

28/5 Jualan tunai RM200

30/5 Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,000

30/5 Bayar gaji pekerja secara tunai RM300

1/6 Bayar sewa secara tunai RM400

7/6 Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250

10/6 Jualan tunai RM5,500

20/6 Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7,000

21/6 Beli perabot kedai secara tunai RM1,200

22/6 Hassan bayar hutang secara tunai RM400

Page 15: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

15

25/6 Bayar lesen perniagaan secara tunai RM200

27/6 Bayar iklan secara tunai RM250

30/6 Jualan hutang kepada Salmah RM2,500

2/7 Bayar Bil elektrik, air dan telefon secara tunai RM320

3/7 Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2,000

5/7 Jualan tunai RM1,500

8/7 Membuka akaun di BCB RM2,000

10/7 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran

sebulan RM1,000 selama 60bulan.

20/7 Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15,000

22/7 Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1,500

21/7 Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5,000

30/7 Salmah bayar hutang tunai Rm 2,000

31/7 Bayar gaji pekerja secara tunai RM500

31/7 Masukkan wang tunai ke dalam bank RM2,500

31/7 Bayar Sewa secara tunai RM400

31/7 Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1,000 secara cek.

31/7 Stok Akhir RM 9,000

Nota: Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas perabot 10% dan kenderaan 20%

Sila sediakan Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira

CONTOH KEMASUKAN DATA:

Kemasukan transaksi PENERIMAAN TUNAI.

10/5 Modal Tunai Awal RM10,000

28/5 Jualan tunai RM200

Pastikan jumlah yang anda masukkan pada column

Tunai SAMA dengan column Modal Tunai. Sila

praktikkan perkara ini untuk semua transaksi.

Page 16: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

16

Kemasukan transaksi PEMBAYARAN TUNAI

15/5 Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll)

RM3,000

20/5 Membeli Barang-barang jualan secara

tunai RM5,000

25/5 Bayar Tambang kereta secara

tunai RM100

30/5 Bayar gaji pekerja

secara tunai RM300

Page 17: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

17

Kemasukan transaksi PENERIMAAN BANK

10/7 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran

sebulan RM1,000 selama 60bulan.

8/7 Membuka akaun di BCB

RM2,000

Jika hanya melibatkan pemindahan tunai untuk

di simpan di akaun bank perniagaan sendiri,

kemasukan transaksi hanya di column Bank

sahaja. Begitulah juga jika pengeluaran tunai

dari bank untuk kegunaan perniagaan.

Page 18: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

18

Kemasukan transaksi PEMBAYARAN BANK

Bagi pembayaran hutang kepada PEMIUTANG secara tunai atau cek, dalam Buku pembayaran Bank atau

Tunai sila catatkan seperti di atas. Dan yang selebihnya sila catatkan pada buku pemiutang seperti di bawah.

Setiap kali ada pembelian hutang dari pembekal, anda dikehendaki memasukkan data di dalam Buku

Pemiutang seperti diatas. Jika ada pembelian hutang yang baru sila masukkan data pada ruangan ‘Item’

20/7 Membeli

kenderaan

untuk

kegunaan

perniagaan

dengan cek

RM15,000

Sila catitkan nombor cek

anda di sini. Di tunggul cek

(Cek butt) juga anda

dikehendaki mencatitkan

jumlah dan kepada siapa

ianya di bayar.

20/6 Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7,000

22/7 Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1,500

21/7 Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5,000

3/7 Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2,000

Page 19: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

19

dan ‘Harga Belian’. Jika ada bayaran hutang sila masukkan data pada ruangan ‘Item’, ‘Tarikh Bayaran’

dan ‘Tunai atau Cek’.

Bayaran Pinjaman pula ada dua lejar yang terlibat iaitu Buku Pembayaran Bank dan Penyata pembayar

Pinjaman :

31/7 Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1,000 secara cek.

10/7 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran

sebulan RM1,000 selama 60bulan.

Page 20: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

20

Catatan Merekod Penghutang Perniagaan

Setiap kali ada Jualan hutang dari pelanggan, anda dikehendaki memasukkan data di dalam Buku

Penghutang seperti diatas. Andai terdapat ulangan jualan hutang yang baru sila masukkan data pada ruangan

‘Item’ dan ‘Harga Jual’. Jika ada bayaran hutang sila masukkan data pada ruangan ‘Item’, ‘Tarikh Bayaran’

dan ‘Tunai atau Cek’.

30/5 Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,000

22/6 Hassan bayar hutang secara tunai RM400

Page 21: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

21

Pengiraan Belanja Susutnilai.

Anda perlu memasukkan jumlah urusniaga pada ruangan ‘Kos Aset’ dan ‘% Susutnilai Setahun’ sahaja.

Yang lainnya akan dikira secara automatik oleh komputer.

Page 22: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

22

Penerangan mengenai Penyata Kewangan.

Klik 2 kali pada ikon ini dan satu lembaran kerja Excel akan muncul seperti di bawah:

Buku Tunai Buku Bank Buku Penghutang Buku Pemiutang Lejar Bayaran Lejar

Pinjaman Susutnilai

Penyata Kewangan :

Pendapatan & Kunci

Kira Kira

Page 23: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

23

Contoh Penuh Kemasukan Data Urusniaga:

Tarikh Keterangan

10/5 Modal Tunai Awal RM10,000

15/5 Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3,000

20/5 Membeli Barang-barang jualan secara tunai RM5,000

25/5 Bayar Tambang kereta secara tunai RM100

28/5 Jualan tunai RM200

30/5 Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,000

30/5 Bayar gaji pekerja secara tunai RM300

1/6 Bayar sewa secara tunai RM400

7/6 Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250

10/6 Jualan tunai RM5,500

20/6 Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7,000

21/6 Beli perabot kedai secara tunai RM1,200

22/6 Hassan bayar hutang secara tunai RM400

25/6 Bayar lesen perniagaan secara tunai RM200

27/6 Bayar iklan secara tunai RM250

30/6 Jualan hutang kepada Salmah RM2,500

2/7 Bayar Bil elektrik, air dan telefon secara tunai RM320

3/7 Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2,000

5/7 Jualan tunai RM1,500

8/7 Membuka akaun di BCB RM2,000

10/7 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran

sebulan RM1,000 selama 60bulan.

20/7 Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15,000

22/7 Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1,500

21/7 Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5,000

30/7 Salmah bayar hutang tunai Rm 2,000

31/7 Bayar gaji pekerja secara tunai RM500

31/7 Masukkan wang tunai ke dalam bank RM2,500

31/7 Bayar Sewa secara tunai RM400

31/7 Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1,000 secara cek.

31/7 Stok Akhir RM 9,000

Nota: Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas perabot 10% dan kenderaan 20%

Sila sediakan Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira

Page 24: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

24

Catatan dalam Penerimaan Buku Tunai

Page 25: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

25

Catatan dalam Penerimaan Buku Bank

Page 26: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

26

Catatan dalam Pembayaran Buku Tunai

Page 27: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

27

Catatan dalam Pembayaran Buku Bank

Page 28: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

28

Catatan dalam Buku Pemiutang

Page 29: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

29

Catatan dalam Buku Penghutang

Page 30: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

30

Catatan pada Lejar Pembayaran Pinjaman

Page 31: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

31

Catatan pada Imbangan Duga.

Anda tidak perlu memasukkan data pada Penyata ini. Kemasukan data akan dibuat secara automatik oleh

komputer.

Page 32: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

32

Catatan pada Penyata Pendapatan.

Anda tidak perlu memasukkan data pada Penyata ini. Kemasukan data akan dibuat secara automatik oleh

komputer. HANYA PERLU MEMASUKKAN JUMLAH STOK AKHIR SECARA MANUAL

KERANA IANYA PERLU DITENTUKAN OLEH TUAN/PUAN PADA SETIAP HUJUNG BULAN

DENGAN MEMBUAT KIRAAN PADA HARGA KOS BARANG AN ITU DIBELI.

Catatan pada Kunci Kira-Kira

Jumlah Stok Akhir pada 31 Julai ialah

RM9,000.00

Page 33: Sistem perakaunan perniagaan

Dwi Cemerlang Enterprise

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda

amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U

33

Anda tidak perlu memasukkan data pada Penyata ini. Kemasukan data akan dibuat secara automatik oleh

komputer. HANYA JUMLAH BERSIH NILAI ASET TETAP PERLU DIMASUKKAN SECARA

MANUAL PADA KUNCI-KIRA-KIRA TERSEBUT.

Jumlah kedua-dua nilai bersih asset

tetap ini diambil daripada lejar

pengiraan susutnilai atau ‘sheet’ Beli

Aset pada mukasurat 21.