sistem pemerintahan beraja

4
SOALAN 01 SOALAN 01 BINCANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA DI ASIA BINCANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA DI ASIA SAMSUDIN ABD KADIR SAMSUDIN ABD KADIR emerintahan dalam masyarakat Asia sebelum pengaruh Barat muncul disandarkan kepada sistem beraja. Dalam sistem ini masyarakat memberikan kesetiaan yang tidak berbalah  bahagi kepada raja. Keduduk an raja amat dihormati dan menjadi suatu k eramat kepada rakyatnya. Dalam menilai dan mengkaji sistem ini ia dapat dinilai melalui konsep raja dari sudut pandangan rakyat. P Melalui konsep yang dipegang, rakyat melihat raja mereka sebagai individu manusia yang lain daripa da manus ia yang lain. Raja dilihat sebag ai indivi du yang penuh keramat dan kesaktian. Raja mempunyai kuasa yang tidak ada tandingan dengan manusia lain. Keadaan seperti ini dapat dijelaskan melalui konsep ketuhanan atau kekuasaan ketuhanan yang ada pada raja. Dengan kata lain penghormatan rakyat terhadap rajanya bergantung pada kekuasaan ketuhanan yang ada pada raja itu. Dengan kepercayaan bahawa raja itu, sama ada ialah tuhan, anak tuhan, mempunyai kuasa tuhan atau individu lindungan tuhan, raja menjadi objek sama ada untuk disembah atau menurut seg ala arahan atau titahnya. Melawan atau cu baan memberontak menjadi satu kesalahan besar dan boleh menyebabkan mereka yang berkelakuan seperti ini disumpah atau dimurkainya. Kemurk aan raj a ini dia ngg ap seb agai kemurk aan tuhan dan individu yang melanggar kepercayaan ini akan mendapat kecelakaan. Kepercayaan seperti ini telah meletakkan raja dalam situasi yang selesa dan sentiasa mendapat kepatuhan daripada rakyat. Keadaan seperti ini dapat digambarkaan melalui kepercayaan masyarakat Jepun yang  percaya bahawa keturunan kemaharajaan Jepun daripada keturunan Amaratsu iaitu keturunan Dewi Matahari. Kedewaan maharaja Jepun menjadi masyarakat Jepun percaya maharaja mereka mempunyai satu kekuasaan terhadap rakyat dan negara Jepun. Begitu juga dengan kedudukan raj a-r aja Bur ma. Sia m, dan Ind oci na. Raj a-r aja mer eka dih ubu ngk an den gan kes uci an dan  pengaruh Buddha Theravada. Mereka percaya bahawa bahawa kedudukan raja akan membantu mereka untuk mendapatkan kebahagian di dunia masa kini dan mendatang. Malahan bagi rakyat Burma, kedudukan dan kawasan istana raja dianggap suci. Rakyat perlu menundukan kepada mereka, membuka kasut, dan mematuhi peraturan is tana bagi menghormati kesucian istan a yang dianggap sebagai lambang kesucian dan ketuhanan. Sifat-sifat ketuhanan yang ada pada raja-raja ini membo lehka n merek a dihor mati lebi h darip ada indi vidu manusia lain dan membo lehka n mereka menjalankan pemerintahan dan pentadbiran tanpa banyak penentangan daripada rakyat. Keadaan ini ditambah dengan pengaaruh golongan cerdik pandai agama seperti para sami yang /var/www/apps/conversion/tmp/scratch_3/289 08013.doc//Page 1 of 4 Samsudin Bin Abd Kadir - 7/12/2013

Upload: samsudin

Post on 30-May-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

8/14/2019 SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-pemerintahan-beraja 1/4

SOALAN 01SOALAN 01

BINCANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA DI ASIABINCANGKAN SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA DI ASIA

SAMSUDIN ABD KADIR SAMSUDIN ABD KADIR 

emerintahan dalam masyarakat Asia sebelum pengaruh Barat muncul disandarkan kepada

sistem beraja. Dalam sistem ini masyarakat memberikan kesetiaan yang tidak berbalah

 bahagi kepada raja. Kedudukan raja amat dihormati dan menjadi suatu keramat kepada rakyatnya.

Dalam menilai dan mengkaji sistem ini ia dapat dinilai melalui konsep raja dari sudut pandangan

rakyat.

P

Melalui konsep yang dipegang, rakyat melihat raja mereka sebagai individu manusia

yang lain daripada manusia yang lain. Raja dilihat sebagai individu yang penuh keramat dan

kesaktian. Raja mempunyai kuasa yang tidak ada tandingan dengan manusia lain. Keadaan seperti

ini dapat dijelaskan melalui konsep ketuhanan atau kekuasaan ketuhanan yang ada pada raja.

Dengan kata lain penghormatan rakyat terhadap rajanya bergantung pada kekuasaan ketuhanan

yang ada pada raja itu. Dengan kepercayaan bahawa raja itu, sama ada ialah tuhan, anak tuhan,

mempunyai kuasa tuhan atau individu lindungan tuhan, raja menjadi objek sama ada untuk 

disembah atau menurut segala arahan atau titahnya. Melawan atau cubaan memberontak menjadi

satu kesalahan besar dan boleh menyebabkan mereka yang berkelakuan seperti ini disumpah atau

dimurkainya. Kemurkaan raja ini dianggap sebagai kemurkaan tuhan dan individu yang

melanggar kepercayaan ini akan mendapat kecelakaan. Kepercayaan seperti ini telah meletakkan

raja dalam situasi yang selesa dan sentiasa mendapat kepatuhan daripada rakyat.

Keadaan seperti ini dapat digambarkaan melalui kepercayaan masyarakat Jepun yang

 percaya bahawa keturunan kemaharajaan Jepun daripada keturunan Amaratsu iaitu keturunan

Dewi Matahari. Kedewaan maharaja Jepun menjadi masyarakat Jepun percaya maharaja mereka

mempunyai satu kekuasaan terhadap rakyat dan negara Jepun. Begitu juga dengan kedudukan

raja-raja Burma. Siam, dan Indocina. Raja-raja mereka dihubungkan dengan kesucian dan

 pengaruh Buddha Theravada. Mereka percaya bahawa bahawa kedudukan raja akan membantu

mereka untuk mendapatkan kebahagian di dunia masa kini dan mendatang. Malahan bagi rakyat

Burma, kedudukan dan kawasan istana raja dianggap suci. Rakyat perlu menundukan kepadamereka, membuka kasut, dan mematuhi peraturan istana bagi menghormati kesucian istana yang

dianggap sebagai lambang kesucian dan ketuhanan. Sifat-sifat ketuhanan yang ada pada raja-raja

ini membolehkan mereka dihormati lebih daripada individu manusia lain dan membolehkan

mereka menjalankan pemerintahan dan pentadbiran tanpa banyak penentangan daripada rakyat.

Keadaan ini ditambah dengan pengaaruh golongan cerdik pandai agama seperti para sami yang

/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_3/28908013.doc//Page 1 of 4

Samsudin Bin Abd Kadir - 7/12/2013

Page 2: SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

8/14/2019 SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-pemerintahan-beraja 2/4

mendapatkan kedudukan yang tinggi selepas maharaja. Keadaan ini juga berlaku kepada Raja

Siam yang menganggap dirinya sebagai raja segala raja ataupun divine kingship. Kedudukannya

dihubunkan dengan kesucian agama Buddha dan membolehkan kedudukan raja Siam mengatasi

lain-lain kerajaan beraja di muka bumi ini.

Jika Maharaja Jepun dianggap mempunyai kaitan dengan Dewi Matahari, Raja Nguyen di

Vietnam menganggap dirinya anak tuhan atau Thein-tu. Dengan kedudukan ini raja Vietnam

dianggap mempunyai hak dalam memerintah dunia. Beliau menganggap dirinya sebagai wakil

kepada tuhan. Kedudukan ini membolehkan pengaruh dan kuasanya dapat dipeluaskan kepada

seluruh rakyat dibawah pemerintahannya. Begitu juga dengan keturunan raja Kampucea seperti

Ang Duang ( 1848 -1860 ) dan Sihanouk ( 1943 - 1970 ). Mereka dianggap suci keturunan yang

suci. Kesucian ini membolehkan mereka membina pengaruh dan kuasa dalam memerintah

negara.

Melalui konsep ketuhanan ini raja-raja di Asia beperanan dalam menentukan kesejahteraan

negara dan rakyatnya. Sebagai contoh, Raja Burma berperanan dalam mengembangkan agama

dan menjadi penaung dalam negara. Ia juga berperanan sebagai sumber penakluk negeri dan

menjadi tunggak kekuaatan ketenteraan Burma seperti yang dipaparkan oleh Alaungpaya 1800an.

Kekutan negara dapat diterjemahkan dengan kekuatan yang ada pada raja. Ini dapat disimpulkan

dengan kepercayaan masyarakat Burma bahawa raja mereka mempunyai satu keajaiban dan

kekuasaan kerana keuapayaannya untuk mengumpulkan gajah putih. Pengumpulan ini dianggap

sebagai lambang kepada ciri-ciri luar biasa raja seperti gagah dan lambang kemakmuran negara.

Gajah putih juga dikaitkan dengan sebagai simbol kedaulaan sejagat serta pengiktirafan kuasa

raja oleh kuasa-kuasa ghaib. Selain itu, raja Burma juga beperanan dalam memberi pengesahan

sama ada dalam sistem politik mahupun soisal. Di sinilah keunggulan yang ada pada diri raja.

Tanpa pengesahan raja individu pembesar tidak boleh menjalankan pemerintahan mereka. Oleh

itu semua kedudukan rakyat memerlukan pengesahan daripada raja bagi mengesahkan kuasa dan

 pemerintahan yang dijalankan. Raja juga berperanan dalam menentukan adat resam tempatan

 berkekalan dan dipatuhi. Ia juga perlu mempunyai moral yang tinggi bagi menjamin kebahagiaan

rakyat di dunia dan dunia akan datang. Dengan demikian kesucian raja yang dihubungkan dengan

ketuhanan perlu bagi menjamin pengekalan dan kebahagiaan itu sentiasa ada dan dinikmati oleh

masyarakat.

Dalam masyarakat Vietnam, peranan raja mereka dalam pemerintahan diibaratkan sebagai

 punca ilmu. Selain itu ia juga berperanan dalam menentukan kemakmuran ekonomi negara dan

rakyat. Ia juga dipercayai sebagai ayah kepada rakyatnya. Hal ini kerana manusia kebanyakan

diberi keupayaan yang berbeza jika dibandingkan dengan raja dan raja Vietnam memiliki

/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_3/28908013.doc//Page 2 of 4

Samsudin Bin Abd Kadir - 7/12/2013

Page 3: SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

8/14/2019 SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-pemerintahan-beraja 3/4

kelebihan tersebut, iaitu kelebihan sebagai anak tuhan. Kelebihan-kelebihan inilah yang

menjadikan raja Vietnam ditaati dan sumber kepada kesetiaan rakyat yang tidak berbelah bahagi.

Kelebihan ini bukan sahaja ada pada raja di Vietnam , tetapi ia juga menjadi kelebihan kepada

raja di Kampucea. Dengan status sebagai raja yang suci, raja-raja Kampucea berperanan sebagai

tempat rujukan undang-undang. Malahan, apa-apa yang dikatakannya adalah merupakan satu

 peraturan dan mesti dipatuhi. Selain tugas tersebut, raja Kampucea juga berperanan sebagai

tempat menaruh harapan kepada rakyat yang menghadapi masalah. Raja dianggap sebagai tempat

menyelesaikan kesulitan kerana ia juga dianggap sebagai lambang kepada kemakmuran. Dengan

kata lain tanpa raja negara akan musnah dan kacau bilau akan berlaku. Oleh itu, kepatuhan

kepada kata-kata raja merupakan undang-undang dan peraturan yang harus dipatuhi.

Bagi raja Siam peranan yang dimainkannya dalam pemerintahan negara ialah raja

dianggap sebagai pelindung kepada rakyat. Tanpa raja rakyat akan menghadapi kesengsaraan.

Hal ini kerana raja Siam dipercayai mempunyai kuasa yang mutlak tentang semua yang ada di

 bumi ini. Keadaan ini bersesuaian dengan konsep divine kinship yang ada pada raja. Dalam era

 pemerintahan Rama 1, beliau telah mengeluarkan undang-undang yang diperlukan pada waktu

itu. Selain itu raja juga ialah penaung kepada agama Buddha dan beliau juga memastikan segala

upacara negara dan agama dijalankan. Dalam bidang pendidikan, Rama 1 menggalakkan

kesusasteraan rakyat serta telah mengubahsuai tradisi yang diamalkan dalam era Ayudhya seperti

undang-undang cerai, kesusasteraan, sejarah, undang-undang agama, dan istiadat negara. Beliau

 juga telah melaksanakan revolusi senyap yang mementingkan intelek manusia bagi menentukan

nasib negara. Dalam pemerintahan Rama 2 dan 3, mereka telah berperanan dalam menentukan

keamanan negara disamping meneruskan usaha Rama 1 dengan berperanan dalam pelaksanaan

upacara negara serta memperkembangkan keintelektualan masyarakat di samping

mempertahankan negara daripada tekanan pihak luar. Keadaan dan kebolehan raja Siam dalam

menjalankan pemerintahan dapat dikaitkan dengan kekuasaan yang ada pada rajanya dengan

mengumpulkan gajah putih iaitu satu lambang kebebasan raja dalam mendapatkan dan

menjalankan pemerintahannya.

Bagi masyarakat Jepun walaupun raja dianggap mempunyai unsur ketuhanan, tetapi ia

dapat dimanipulasikan oleh Shogun. Dalam hal ini raja Jepun hanya berperanan dalam

melaksanakan upacara sahaja, tetapi tidak dalam hal politik jika dibandingkan dengan raja-raja di

Burma, Siam, Vietnam, dan Cina. Aspek politik banyak diiitentukan oleh Shogun yang

memerintah melalui keesahan raja. Segala bentuk perrjalanan dan pemerintahan negara

dijalankan oleh Shogun. Malahan raja dihalang daripada bertemu dengan pembesar lain dan

rakyat. Ia hanya boleh dilakukan jika mendapat kebenaran dan iringan Shogun Tokugawa sahaja.

/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_3/28908013.doc//Page 3 of 4

Samsudin Bin Abd Kadir - 7/12/2013

Page 4: SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

8/14/2019 SISTEM PEMERINTAHAN BERAJA

http://slidepdf.com/reader/full/sistem-pemerintahan-beraja 4/4

Walaupun dalam aspek ini kelihatan Shogun lebih berkuasa, tetapi raja tetap berperanan sebagai

ketua negara dan kerajaan. Hal ini kerana Shogun masih memerlukan raja, kerana tanpa raja

Shogun tidak boleh berkuasa. Ini berikutan daripada kepercayaan rakyat bahawa raja

memberikan kuasanya kepada Shogun untuk memerintah. Shogun pula memanipulasikan

kedudukan raja bagi memberikan hak kepadanya untuk mentadbir Jepun. Keadaan ini kerana raja

Jepun dianggap mempunyai kesucian dan ada hubungan dengan dewi matahari. Pemberian kuasa

kepada Shogun oleh raja melambangkan pemberian kuasa dewi matahari kepada Shogun. Dengan

kata lain, raja Jepun ialah sumber kedaulatan dan bukannya sumber kuasa dalam pentadbiran.

Shogun pula memperguna kedudukan ini bagi mendapat taat setia daripada rakyat dan pembesar 

supaya mereka tidak menentang dan memberontakan terhadapnya. Kedudukan ini membolehkan

keluarga Togukawa mengawal pemerintahan dan mentadbir Jepun lebih daari 200 tahun, jika

dibandingkan dengan rakan-rakannya – Nobunaga dan Yoritomo.

Bagi maharaja Cina ia masih mengawal dan mentadbir serta menjadi nadi penting dalam

 pemerintahan Cina. Maharaja mempunyai kuasa penuh dalam pemerintahan dan menganggap

dirinya seperti divine kinship. Ia melihat orang lain tidak bertamadun jika dibandingkan dengan

Cina. Keadaan di India dan Indonesia pula raja-rajanya didapati kehilangan banyak kuasa. Segala

kuasa mentadbir telah diambil oleh pihak penjajah. Walaupun pada peringkat awalnya mereka

seperti raja-raja Asia yang lain, tetapi kebijaksanaan penjajah Eropah telah menyebabkan mereka

kehilangan kuasa melalui perjanjian dan kekalahan dalam peperangan. Dari segi konsep, rakyat

masih melihat mereka mempunyai hubungan dengan tuhan. Bagi Indonesia rajanya pada awalnya

dikaitkan dengan amalan dalam Hindu, Buddha, dan kemudiannya Islam. Begitu juga, dengan

raja Burma dan Vietnam yang akhirnya mereka mengikut jejak langkah dengan kehilangan kuasa

di tangan penjajah Eropah.

Sebagai rumusannya raja-raja ini boleh dikatakan kesemuanya telah dihubungkaitkan

dengan aspek agama. Mereka telah dilihat seperti manusia lain yang teristimewa sehinggakan

segala perintahnya diikuti dan ditaati. Tanpa hubungan ini manusia raja ini berkemungkinan tidak 

akan dapat bertahan lama dalam pemerintahan. Unsur kesucian dan ketuhanan yang ada pada

mereka telah membolehkan mereka sentiasa ditaati.

/var/www/apps/conversion/tmp/scratch_3/28908013.doc//Page 4 of 4

Samsudin Bin Abd Kadir - 7/12/2013