sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan...

30
SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI WEB BERTAJUK BLOG DAN SOCIAL BOOKMARKING RAFIDAH BINTI ANTAS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 18-Oct-2020

13 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI WEB

BERTAJUK BLOG DAN SOCIAL BOOKMARKING

RAFIDAH BINTI ANTAS

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦

JUDUL : SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI WEB

BERTAJUK BLOG DAN SOCIAL BOOKMARKING

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya RAFIDAH BINTI ANTAS

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( )

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

����

����

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

(TANDATANGAN PENYELIA) (TANDATANGAN PELAJAR)

Alamat Tetap:

NO 9, JLN PP 2/6

TAMAN PUTRA PERDANA,

47100 PUCHONG, SELANGOR.

Tarikh: ____________________________ Tarikh: ______________________________

PROF. MADYA DR. JAMALLUDIN BIN

HARUN

Nama Penyelia

Disahkan oleh

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

Page 3: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : …………………………..............

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. JAMALLUDIN BIN HARUN

Tarikh : …………………………..............

Page 4: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI WEB

BERTAJUK BLOG DAN SOCIAL BOOKMARKING

RAFIDAH BINTI ANTAS

Projek Sarjana ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………………….

Nama Penulis : RAFIDAH BINTI ANTAS

Tarikh : ………………………………………….

Page 6: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

iii

untuk Ayahnda Antas Bin Sahi dan Bonda Norbaini Binti Jalali

yang di kasihi dan di sayangi

serta semua yang dekat di hati ini,

juga yang teristimewa buat Tunangku, Mohd Faizal Bin Abd Rahim,

tidak lupa buat abang-abangku dan adikku

Edwin, Mohd Faisal dan Fazly,

Terima kasih di atas segala sokongan, pengorbanan

dan kasih sayang.....

Page 7: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t

Bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya saya telah diberi kekuatan

untuk menyempurnakan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dengan jayanya. Setinggi-

tinggi penghargaan ikhlas dan terima kasih tidak terhingga kepada Prof. Madya Dr.

Jamalludin Harun selaku penyelia Projek Sarjana Muda, kerana kesanggupan dan

dedikasi beliau dalam memberikan bimbingan, tunjuk ajar, nasihat serta cadangan

sepanjang proses menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini.

Tidak lupa juga, saya ingin merakamkan terima kasih kepada rakan-rakan

yang sudi menghulurkan bantuan bila-bila masa diperlukan seterusnya semua pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang kajian ini dijalankan.

Page 8: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

v

ABSTRAK

Tujuan kajian ini ialah untuk merekabentuk dan membangunkan laman

pembelajaran berasaskan situasi menerusi web mengikut ciri-ciri seperti yang

dicadangkan oleh Herrington et al., (2000). Model rekabentuk ADDIE dijadikan

panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi

tumpuan pula ialah kemudahan “Blog dan Social Bookmarking serta Aplikasinya

dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran” di mana kumpulan sasarannya atau

penggunanya pula ialah guru atau bakal guru. Pendekatan pembelajaran berasaskan

situasi dipilih sebagai strategi penyampaian maklumat kerana ia merupakan salah

satu pendekatan pembelajaran aktif yang lebih kearah pembelajaran kendiri serta

mementingkan penglibatan pengguna secara aktif dan interaktif dalam proses

pembelajaran. Dengan sokongan konteks atau situasi pembelajaran yang autentik,

pengguna dapat mengaitkan pengalaman pembelajaran dalam dunia sebenar dan

mereka juga diharapkan boleh menguasai isi pelajaran dengan lebih berkesan. Bagi

melihat potensi laman pembelajaran yang telah disediakan, penilaian formatif telah

dijalankan menerusi sesi temubual. Analisis isi kandungan menerusi teknik

pembentukan tema telah digunakan. Berdasarkan data yang dianalisis dan

perbincangan yang telah dijalankan, pengkaji telah membuat rumusan dan

mengemukakan beberapa cadangan serta memberi huraian mengenai sistem

pembelajaran berasaskan situasi menerusi sistem pembelajaran web yang

dibangunkan.

Page 9: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

vi

ABTRACT

The purpose of this study is to design and develop a web-based learning

system that use situation based learning strategy based on the criterion suggested by

Herrington et al., (2000). ADDIE model design is used as the work’s guideline to

ensure that the web development process is arranged systematically. The main focus

on this study is to give a clearer picture and better understanding on how to use the

“Blog and Social Bookmarking with their application in teaching and learning

process”, which the target group or users are teachers or future teachers. The web-

based learning system that use situation based learning strategy has been choose

because it is an active learning method that more towards self learning approach with

emphasized the user to be involve actively and interactively in teaching and learning

process. With the support from the authentic situation context, it is hoped that the

users can apply their learning experience in real life and can give easier learning and

teaching process for the teacher and student. A formative evaluation by interview

session has been done to evaluate the potential of the web based learning that has

been developed. Based on the data gathered from the evaluation and discussion, the

researcher then come out with a conclusion and several recommendations as well as

explanations regarding the situation based learning strategy through web learning

system that has been develop.

Page 10: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PENULIS ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xvi

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Penyataan Masalah 10

1.4 Objektif Kajian 11

1.5 Rasional Kajian 11

Page 11: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

viii

1.6 Kepentingan Kajian 13

1.6.1 Guru 13

1.6.2 Pelajar 13

1.6.3 Kementerian Pelajaran 14

1.7 Skop dan Batasan Kajian 14

1.8 Definisi Istilah 15

1.8.1 Web 2.0 15

1.8.2 Blog 15

1.8.3 Social Bookmarking 16

1.8.4 Pembelajaran Berasaskan Situasi 16

1.8.5 Simulasi 16

1.9 Penutup 16

2 SOROTAN KAJIAN 18

2.1 Pengenalan 18

2.2 Kepentingan PBK dalam Pengajaran dan Pembelajaran 19

2.2.1 Kelebihan Penggunaan Komputer dalam Pengajaran dan

Pembelajaran 21

2.3 Perkembangan Internet dalam Pendidikan 23

2.4 Perkembangan Web 2.0 dalam Pendidikan 24

2.4.1 Ciri-ciri Web 2.0 25

2.4.2 Kelebihan Web 2.0 dalam Pengajaran dan Pembelajaran 25

2.5 Penggunaan Blog dalam Pengajaran dan Pembelajaran 26

2.5.1 Kelebihan Blog dalam Pengajaran dan Pembelajaran 27

2.6 Penggunaan Social Bookmarking dalam Pengajaran dan

Pembelajaran 28

2.6.1 Kelebihan Social Bookmarking dalam Pengajaran dan

Pembelajaran 29

2.7 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran 30

2.8 Teori Pembelajaran 30

Page 12: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

ix

2.8.1 Teori Behaviorisme 31

2.8.2 Teori Kognitif 32

2.8.3 Teori Konstruktivisme 33

2.9 Pembelajaran Berasaskan Situasi 35

2.9.1 Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Situasi 35

2.9.2 Kelebihan Pembelajaran Berasaskan Situasi 36

2.9.3 Pembelajaran Berasaskan Situasi dalam Persekitaran

Pembelajaran Elektronik 36

2.10 Simulasi 37

2.10.1 Ciri-ciri Simulasi 38

2.10.2 Kelebihan Simulasi 39

2.10.3 Simulasi Berasaskan Video Interaktif 41

2.10.3.1 Ciri-ciri Video Interaktif 41

2.10.3.2 Kelebihan Video Interaktif 42

2.11 Penggunaan Laman Web sebagai Medium Pengajaran 43

2.11.1 Kelebihan Web dalam Pengajaran dan Pembelajaran 44

2.12 Model Reka Bentuk Instruksional 44

2.13 Penutup 48

3 REKA BENTUK LAMAN WEB 49

3.1 Pengenalan 49

3.2 Model Reka Bentuk Pengajaran yang digunakan dalam Pembangunan

Laman Web 50

3.2.1 Fasa Analisis 50

3.2.2 Fasa Rekabentuk 51

3.2.3 Fasa Pembangunan 53

3.2.4 Fasa Penilaian 54

3.3 Carta Alir Laman Web 54

3.4 Reka Bentuk Laman Web 56

3.4.1 Reka Bentuk Informasi / Strategi Pembelajaran 56

Page 13: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

x

3.4.2 Reka Bentuk Interaksi 59

3.4.3 Reka Bentuk Antaramuka / Visual 60

3.4.4 Lain-lain Kemudahan atau Aspek Reka Bentuk 61

3.5 Pemilihan Perisian untuk Membangunkan Laman Web 62

3.6 Pembangunan Aplikasi yang Dihasilkan 63

3.7 Penyebaran Aplikasi yang Dihasilkan 64

3.8 Penutup 65

4 HASIL PEMBANGUNAN 66

4.1 Pengenalan 66

4.2 Aliran Sistem Pembelajaran 66

4.3 Reka Bentuk Antara Muka Sistem Pembelajaran 72

4.4 Reka Bentuk Interaksi 74

4.5 Reka Bentuk Strategi Pembelajaran Laman Web 76

4.5.1 Gambaran Konteks Sebenar Atau Autentik Yang

Mengambarkan Situasi Dimana Pengetahuan Akan

Digunakan 76

4.5.2 Aktiviti Yang Autentik: Di Mana Aktiviti Yang Ill-Define

Yang Mengambarkan Aktiviti Yang Sebenar Di Dunia

Nyata 77

4.5.3 Capaian Kepada Pakar: Capaian Kepada Pakar Dalam

Pelbagai Peringkat Melalui Saluran Komunikasi Dalam

Eblogger Dan Sebagainya 79

4.5.4 Pelbagai Peranan Dan Perspektif: Pelajar Boleh Mengakses

Bahan Pembelajaran Dari Pelbagai Perspektif Serta Boleh

Menggunakan Pengetahuan Dalam Pelbagai Cara 80

4.5.5 Pengetahuan Yang Dikonstruk Secara Kolaborasi:

Pencarian Penyelesaian Atau Maklumat Secara

Kolaboratif 82

Page 14: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

xi

4.5.6 Refleksi: Refleksi Yang Digunakan Haruslah

Menggunakan Contoh Ataupun Tugasan Sebenar Yang

Dapat Dikaitkan Dengan Dunia Nyata 83

4.6 Penutup 85

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 86

5.1 Pengenalan 86

5.2 Perbincangan / Ringkasan Sistem Pembelajaran Web Ini 86

5.3 Kelebihan Dan Kelemahan Sistem Pembelajaran Web Ini 87

5.3.1 Kelebihan Sistem Pembelajaran Web Ini 87

5.3.2 Kelemahan Sistem Pembelajaran Web Ini 89

5.4 Masalah Yang Dihadapi Semasa Rekabentuk Dijalankan

5.4.1 Masalah Untuk Memikirkan Pelbagai Situasi Yang Sesuai

Dengan Pendekatan Yang Dipilih 90

5.4.2 Masalah Untuk Mengenalpasti Cara Penyampaian Yang

Digunakan Bersesuaian Dengan Strategi Pembelajaran 90

5.4.3 Masalah Untuk Menetukan Rekabentuk Informasi,

Rekabentuk Interaksi, Rekabentuk Antaramuka Yang Dibina

Bersesuaian Dengan Pendekatan Pembelajaran 91

5.4.4 Masalah Untuk Menentukan Tahap Kefahaman Pengguna

Terhadap Sistem Pembelajaran Web Ini 91

5.5 Pandangan Pengguna Terhadap Sistem Pembelajaran Laman

Web Ini / Maklum Balas Pengguna Secara Temubual 91

5.6 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 95

5.7 Penutup 96

Page 15: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

xii

RUJUKAN 97

LAMPIRAN A 101

Page 16: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.2 Ciri-Ciri Pembelajaran Berasaskan Situasi 57

4.1 Penerangan Mengenai Ikon atau Pautan Utama Yang

Digunakan Di Dalam Sistem Pembelajaran Menerusi

Web 70

5.1 Maklum Balas Pengguna Terhadap Temu Bual Yang Di

Lakukan 92

Page 17: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

2.1 Model ASSURE oleh Heinich, Molenda,

Rusell dan Smaldino (1996) 45

2.2 Model Reka bentuk Hannafin & Pick (1988) 45

2.3 Model Reka Bentuk Pengajaran ADDIE 47

3.1 Carta Alir Laman Web 56

4.1 Antaramuka Intro 67

4.2 Antaramuka Utama 67

4.3 Antaramuka Blog 68

4.4 Antaramuka Web 2.0 69

4.5 Antaramuka Social Bookmarking 69

4.6 Antaramuka Objektif Pembelajaran 70

4.7 Penggunaan imej / grafik sebenar 72

4.8 Penggunaan Video 73

4.9 Penggunaan Teks 74

4.10 Penggunaan Icon 75

4.11 Penggunaan Anak Panah 75

4.12 Penggunaan Konsep Iframe 76

4.13 Gambaran Konteks Autentik 77

4.14 Pencarian Maklumat Menggunakan Komputer 78

Page 18: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

xv

4.15 Penyampaian Maklumat dengan Menggunakan

Video 78

4.16 Capaian kepada Pakar 79

4.17 Perbincangan Diantara Pelajar 80

4.18 Enjin Pencarian Google 81

4.19 Mendapatkan Maklumat Menggunakan Skype 82

4.20 Pencarian Maklumat Secara Kolaborasi 83

4.21 Gambaran Refleksi 84

4.22 Refleksi untuk Pembelajaran Social Bookmarking 85

Page 19: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

xvi

SENARAI SINGKATAN

MSC - Koridor Raya Multimedia

CAI - Computer Assisted Instruction

CAL - Computer Assisted Learning

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi

PBK - Pembelajaran Berbantukan Komputer

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

WWW - World Wide Web

Page 20: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan negara pada masa kini lebih maju kerana telah mengalami

perubahan yang pesat dari pelbagai aspek. Ini disebabkan pelbagai langkah yang

telah diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan mutu pendidikan di negara kita

supaya ia setanding dengan negara-negara maju yang mana telah menerapkan

penggunaan teknologi dan ICT dalam bidang pendidikan. Langkah yang diambil oleh

kerajaan ialah dengan menubuhkan Multimedia Super Corridor (MSC) di mana ia

merupakan salah satu projek mega kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri

Malaysia ke-4 pada tahun 1996 yang merupakan langkah kerajaan untuk membentuk

rakyat Malaysia ke arah masyarakat celik IT dan bersedia menghadapi era teknologi

maklumat. Dengan pengwujudan Sekolah bestari yang juga merupakan salah satu

aplikasi perdana MSC, ianya telah merealisasikan hasrat negara untuk mencapai

matlamat Wawasan 2020, iaitu memerlukan pertumbuhan produktif yang dapat

dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis,

inovatif dan kreatif serta bersedia untuk turut serta dalam ekonomi globalisasi.

Perkembangan teknologi dalam bidang komputer masa kini terus berkembang

dengan pesatnya. Perkembangan inilah yang mencetuskan pemikiran untuk

menerapkan teknologi bidang komputer dalam sistem pendidikan hari ini. Aspek

teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya ke arah

menyemai dan memupuk minat pelajar terhadap pembelajaran.

Page 21: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

2

Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) adalah satu pendekatan yang

menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran

berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di

samping aktiviti latih tubi (PPK, 1993; Jamaludin, 1989). Criswell (1989)

mendefinisikan PBK sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan

pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif.

Secara ringkasnya, komputer sebagai satu pendekatan yang digunakan untuk

menyampaikan isi pelajaran supaya pembelajaran dapat menjadi lebih mudah,

menarik dan berkesan serta berinteraksi dengan komputer mengikut kehendak dan

keupayaan sendiri, berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar

terhadap pelajaran, meningkatkan motivasi pelajar, membolehkan pembelajaran

bersendiri (individualise learning), membolehkan pelajar mengakses maklumat yang

sukar diperolehi, membolehkan pelajar mengumpul maklumat yang memerlukan

masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperolehi, mewujudkan suasana

pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar, membolehkan pelajar mencuba

atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, atau bahaya untuk dilaksana

dengan cara biasa, meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi pelajar, memberi

peluang kepada pelajar belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum

dan meningkatkan kemahiran ICT dikalangan pelajar dan pada guru itu sendiri.

Pada masa kini, transformasi yang sangat besar telah berlaku bagaimana

penggunaan internet telah berubah cara dan kaedah penggunaan internet. The World

Wide Web (WWW) yang dahulunya adalah media ‘read only’, kini telah bertukar

menjadi media ‘read/write’. Pengguna Internet kini sudah boleh menjadi pencipta,

pemberi ataupun menyalurkan maklumat secara teks, audio mahupun video. Ia juga

boleh membentuk rangkaian dan komuniti sendiri contohnya dengan penggunaan

Web 2.0.

Web 2.0 adalah trend atau gaya pembangunan laman web dengan

menggunakan Teknologi World Wide Web untuk tujuan meningkatkan kreativiti,

memastikan perkongsian maklumat adalah selamat dan meningkatkan fungsi dan

kecekapan laman web. Konsep Web 2.0 telah membawa kepada perubahan dalam

Page 22: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

3

komuniti pengguna laman web seperti perkongsian blog, wiki dan website berunsur

sosial seperti Facebook dan Friendster. Teknologi Sosial seperti komuniti atas talian

(Communiti Online), Pengantara Komunikasi Video (Video Mediated Comunication)

dan Perkhidmatan Media Sosial (Social Media Services) seperti Facebook dan

Youtube, Blog, Photo Sharing (flickr), Presentation Sharing (slideshare.net), Social

Bookmarking (delicious) sebenarnya telah meletakkan kuasa kepada pengguna.

Kemudahan kepada orang ramai berkongsi kepakaran dan saling mempelajari di

antara satu sama lain (Attwell 2006, Downes 2005, Siemens 2006).

Perkataan Web 2.0 diasaskan oleh O’Reilly Media, Inc. Menurut O’Reilly (2004)

“Web 2.0 is the network as platform spanning all connected devices. Web

2.0 applications are those that make the most of the intrinsic advantages of that

platform: delivering software as a continually-updated service that gets better the

remixing data from multiple sources, including individual users, while providing

their own data and services in form that allows remixing by others, creating network

effects through an “architecture of participation,” and going beyond the page

metaphor of web1.0 to deliver rich user experiences.”

Walau bagaimana pun Web 2.0 bukanlah versi baru bagi World Wide Web,

sebaliknya ianya hanya berbeza dari segi cara pembangunan laman web dan cara

pelayar menggunakan web tersebut. Jika dibandingkan dengan Web 1.0, Web 2.0

lebih merujuk kepada corak penggunaan dan penyediaan elemen kepada pengguna.

Jika dahulu, Web 1.0 lebih kepada "output" sahaja yang mana pengguna hanya

mendapat maklumat daripada webmaster. Perubahan yang ketara dalam Web 2.0

memperkenalkan sistem "input dan output" yang membolehkan pengguna membaca

maklumat, menghantar sebarang data dan memaparkan kembali data tersebut di

dalam laman web tersebut. Secara keseluruhannya, Web 2.0 merupakan generasi

kedua dalam pembangunan Internet yang merangkumi perubahan sesuatu laman

menjadi satu platform aplikasi laman web interaktif untuk pengguna.

Oleh itu, alangkah bagusnya jika penggunaan web 2.0 ini digunakan sebagai

salah satu alat bantu mengajar didalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia

bersesuaian dan bertepatan dengan trend zaman sekarang di mana pelajar lebih

Page 23: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

4

percaya, yakin, selesa dengan menggunakan teknologi sosial untuk berkongsi,

mencari maklumat dengan mudah berbanding dengan pendekatan pengajaran

tradisional.

1.2 Latar Belakang Masalah

Perkembangan Web 2.0 pada masa kini selalu diperkatakan oleh ramai pihak

termasuklah juga dikalangan pelajar. Mereka menggunakan Web 2.0 itu sebagai

media sosial seperti Facebook, Myspace, Friendster, Delicious, Blog, Wiki, Youtube

untuk berinteraksi, mencari maklumat, berkongsi maklumat dan sebagainya. Tetapi

terdapat juga segelintir pelajar yang kurang mendapat pendedahan dalam

perkembangan arus teknologi dan ICT ini. Menurut kajian Kalyani (2007) yang

bertajuk Tinjauan terhadap tingkah laku maklumat dalam kalangan pelajar sarjana

pendidikan UTM, enjin pencarian maklumat seperti Google dan Yahoo! paling kerap

digunakan untuk mendapatkan sebarang maklumat, yang mana kita tahu bukan

semua maklumat yang diterima adalah sahih. Mereka juga tidak boleh berkongsi

maklumat atau pendapat kerana penggunaan internet pada masa itu hanya

membenarkan pengguna memuat turun maklumat tetapi tidak boleh menambah

maklumat. Selain itu kaedah pembelajaran luar kelas yang terbatas menyebabkan

terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru dan pelajar. Contohnya interaksi

pelajar dengan guru amat sedikit berlaku selepas diluar waktu kelas. Ini

menyebabkan masalah yang dihadapi oleh pelajar berkaitan dengan pelajaran tidak

boleh diselesaikan. Komunikasi juga jarang berlaku diantara pelajar, dan ini

menyukarkan mereka untuk berbincang tentang pelajaran, kerja kursus atau projek,

dan sukar berkongsi maklumat ataupun bertukar-tukar pendapat sesama sendiri.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik juga menyebabkan pelajar

tidak berminat untuk belajar. Selain itu, maklumat terkini atau isu semasa yang

berkaitan dengan pendidikan lambat diterima oleh guru dan pelajar. Pembelajaran

luar kelas juga sukar dilaksanakan dengan tanpanya teknologi dan ICT. Oleh itu, cara

untuk mengatasi masalah ini ialah dengan memberi pendedahan kepentingan web 2.0

Page 24: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

5

dan penggunaan blog dan social bookmarking dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Jika web 2.0 ini digunakan sebagai salah satu alat bantu mengajar dalam

proses pengajaran dan pembelajaran mungkin ini amat menarik kerana banyak

kelebihan yang boleh didapati daripada penggunaannya seperti berpeluang

menerokai kaedah pembelajaran yang lebih efisien, memberikan maklumat dan

berkongsi maklumat atau kerja dengan pengguna lain, mengumpul maklumat dan

mengabungkan maklumat yang didapati dengan maklumat yang sedia ada,

mewujudkan kerjasama diantara beberapa pengguna dalam apa jua aktiviti bercirikan

inovasi dan boleh membangunkan beberapa teknik yang menarik dan bersesuaian

dengan kehendak pengguna. Selain itu juga, boleh membantu memaksimumkan

penggunaan teknologi dan ICT untuk pembelajaran luar kelas. Daripada dapatan

kajian Jafry Mohd Daud dan Zuhaidi Mukrim (2007) yang bertajuk Perspektif

pensyarah terhadap penggunaan ICT dalam pengajaran telah menunjukkan sebanyak

41.9% bersetuju bahawa dengan ICT pelajar dapat melakukan perbincangan secara

online dan penggunaan ICT membantu pelajar mengimbas nota kuliah (71%),

mengimbas soalan tutorial (67.7%) dan pelajar dapat melakukan latihan tanpa had

waktu (71%).

Tetapi persoalannya adakah pelajar dan guru sudah bersedia menggunakan

web 2.0 ini sebagai satu perantaraan untuk membuat segala aktiviti yang berkaitan

dengan akademik dan pengurusan sekolah. Mungkin mereka perlu mengubah

pemikiran mereka dengan menerima web 2.0 sebagai salah satu alat bantu mengajar

dalam proses pembelajaran kerana mereka bukan sahaja mendapat kepelbagaian

dalam teknik pengajaran malah keberkesanan pembelajaran dapat dicapai.

Antara contoh web 2.0 yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran ialah blog dan social bookmarking. Blog adalah satu jenis web yang

dikategorikan sebagai online journal atau pun online diary (Doctorow et al., 2002)

Ianya berkonsepkan post atau artikel yang berbentuk kronologi atau bersiri. Dalam

bahasa yang lebih senang, post yang lama akan berada di bawah post yang terbaru

Page 25: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

6

dan begitulah seterusnya. Blog menggunakan bahasa php web programming kerana

ianya melibatkan database untuk meyimpan post/artikel.

“Blogs are powerful communication tools. Blogging as in reading and

thinking and reflecting and then writing is connecting and learning”. (Richardson,

2006).

Penggunaan web blog di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mungkin

salah satu cara yang boleh membantu guru untuk menyediakan tips untuk guru-guru

lain, membuat refleksi tentang kerja kursus, berkongsi idea dan mencari maklumat

atau isu-isu penting yang berkaitan dengan profesion mereka.

Menurut Richardson (2006) kepentingan web blog kepada pelajar ialah

pelajar boleh berkomunikasi tentang isu semasa atau maklumat yang terbaru secara

terus, menyediakan portal untuk kegunaan pelajar, memudahkan pelajar untuk

menghantar tugasan, dan juga memudahkan pelajar melihat ulasan terhadap tugasan

atau subjek yang dibincangkan. Selain itu, ruangan post forum yang disediakan juga

bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar membuat refleksi setiap topik

yang diajar di dalam kelas, memberi komen kepada setiap maklumat terbaru,

mengadakan aktiviti perbincangan tentang pembelajaran, bengkel, atau kerja kursus.

Web blog ini juga adalah salah satu cara untuk membenarkan pelajar berinteraksi

dengan pelajar lain tentang apa jua aktiviti pembelajaran dan juga salah satu cara

untuk memberi pelajar ruang melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Social Bookmarking pula membenarkan pengguna internet untuk membaca,

menyimpan, mengklasifikasi, memberi rating, memberi komen, menyusun setiap

topik atau kategori yang ditanda untuk digunakan dalam tag dan memberikan

kelebihan kepada pengguna untuk berkongsi alamat laman web yang bersesuaian,

menarik dan yang paling popular untuk dilayari dengan pengguna lain.

Kelebihan social bookmarking ialah kategori di dalam ruangan blog senang

untuk di kemaskini, senang untuk dikongsi dengan pelajar-pelajar, boleh

mendapatkan sumber atau rujukan daripada pengguna lain dan membolehkan pelajar

membina pembelajaran aktif (Trevino, 2005).

Page 26: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

7

Kelebihan social bookmarking dalam pendidikan ialah pengguna mudah

untuk mencari maklumat, pengguna boleh menyusun dan mengklasifikasikan sumber

pembacaan, dan membenarkan pengguna yang mempunyai minat yang sama untuk

membina satu komuniti. Social bookmarking amat penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran contohnya dari aspek pembelajaran ia boleh digunakan untuk

memupuk pembelajaran berpusatkan pelajar, memudahkan rangkaian sosial di

kalangan pelajar dan guru, dan membenarkan pembelajaran seumur hidup.

Pada masa kini, masih terdapat guru yang menggunakan pendekatan secara

tradisional dimana pengajaran hanya berlaku di dalam kelas. Dengan perkembangan

teknologi dalam pendidikan, guru disarankan melakukan perubahan dalam gaya

pengajaran mereka di bilik darjah supaya dapat disesuaikan dengan gaya

pembelajaran pelajar pada masa kini. Cara pengajaran tradisional contohnya

pengajaran berpusatkan guru, ‘chalk and talk’, kaedah buku teks dan penyoalan dan

sebagainya tidak boleh membantu para pelajar dalam mempraktikkan gaya

pembelajaran berkesan. Oleh itu, gaya pengajaran guru perlu diubahsuai kepada

bentuk gaya pengajaran lain seperti gaya pengajaran berpusatkan individu yang

boleh memantapkan gaya pembelajaran dan seterusnya meningkatkan pencapaian

akademik. Gaya pembelajaran berkesan di kalangan pelajar juga banyak bergantung

kepada motivasi, minat dan cara pengajaran yang diperkenalkan guru. Pembelajaran

berkesan adalah pembelajaran yang menyeronokkan (Dick & Reiser, 1989). Menurut

Ismail Zain (2009) dari artikelnya yang bertajuk Pendidikan Bertaraf Dunia Ke Arah

Pembestarian Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran, beliau menyatakan

keseronokan belajar adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua golongan guru

terhadap pelajar-pelajarnya. Keseronokan membawa implikasi pelajar tertarik dan

berminat hendak belajar, manakala guru pula mempunyai strategi yang boleh

mendorong pelajar-pelajarnya memberi tumpuan serta mengambil bahagian yang

menyeluruh dalam proses pengajaran pembelajaran.

Dengan perkembangan teknologi dan ict dalam bidang pendidikan, guru di

bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan berusaha menggabungkan

pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah melahirkan satu corak penyampaian

yang berkesan dan bermakna (Abdullah Mohd Noor, 2007). Menurut Rio Sumarni et

Page 27: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

8

al., (2002) stail pembelajaran pelajar dan strategi pengajaran guru seharusnya

sepadan untuk membolehkan pembelajaran berkesan pelajar. Bagi memastikan

sesuatu pengetahuan itu mampu menjadi maklumat yang berguna dan boleh

digunakan dalam kehidupan, suasana atau persekitaran pembelajaran yang

disediakan haruslah lebih kepada pengaplikasian kepada dunia sebenar dan

berkonsepkan autentik. Oleh itu pembelajaran aktif harus dititkberatkan kerana ia

amat sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar masa kini yang lebih kearah kendiri.

Pembelajaran aktif merujuk kepada satu proses pembelajaran yang

memerlukan pelajar aktif dalam proses pengumpulan maklumat atau isi pelajaran.

Mereka tidak lagi pasif dan hanya menerima input daripada guru. Pelajar akan

terlibat dengan pemikiran aras tinggi, menganalisa tugasan, sintesis dan menilai.

Oleh itu pembelajaran aktif adalah satu bentuk aktiviti pengajaran yang melibatkan

pelajar melakukan tugasan dan memikir tentang apa yang mereka lakukan. Terdapat

pelbagai teknik pembelajaran aktif yang boleh diaplikasikan contohnya pembelajaran

berasaskan situasi, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran secara penemuan

dan sebagainya. Kindley (2002) telah membuat beberapa perbandingan antara

pendekatan pembelajaran secara tradisional dengan pembelajaran menggunakan

pendekatan pembelajaran berasaskan situasi dan mendapati pembelajaran tradisional

lebih menumpukan kepada pengetahuan manakala pembelajaran berasaskan situasi

lebih mementingkan prestasi dan interaktiviti yang tinggi dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Oleh itu pendekatan pembelajaran berasaskan situasi amat sesuai

digunakan dalam menyampaikan maklumat berkaitan penggunaan blog dan social

bookmarking dalam pengajaran dan pembelajaran.

Teori pembelajaran berasaskan situasi ialah satu kemahiran menggunakan

komputer untuk komunikasi berperantarakan komputer boleh diperoleh dengan

hanya berada dalam situasi yang memaksa pengguna mengguna dan mempelajarinya.

Ia boleh dikaitkan dengan teori pembelajaran bersituasi iaitu teori umum mengenai

pemerolehan ilmu. Cognition & Techonology Group at Vanderbilt (1993)

mengatakan bahawa teori ini boleh diaplikasikan dalam konteks pembelajaran

berasaskan teknologi yang berfokus kepada kemahiran penyelesaian masalah. Teori

ini adalah berasaskan kefahaman bahawa ilmu diperoleh dari situasi kontekstual dan

dipengaruhi oleh konteks, aktiviti dan budaya persekitaran di mana pembelajaran

Page 28: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

9

berlaku (Brown et al., 1989). Ini bermaksud, pelajar memperoleh ilmu melalui

pengalaman autentik membuat pekerjaan atau tugasan yang dilakukan oleh ahli

professional dalam bidang berkenaan. Melalui pengalaman autentik ini pelajar

mendapat akses dan maklumat mengenai cara bagaimana melakukan sesuatu

pekerjaan dengan matlamat yang telah ditentukan dan penuh bermakna (Brown et al.,

1989). Interaksi sosial merupakan elemen paling penting dalam teori ini. Pelajar

terlibat dalam komuniti yang memerlukannya memperoleh ilmu tertentu. Apabila

pelajar semakin banyak terlibat dengan komuniti berkenaan mereka menjadi semakin

aktif dan terikat dengan budaya yang akan menjadikannya pakar yang

berpengalaman. Dua prinsip utama dalam teori ini ialah ilmu perlu diperoleh dalam

situasi yang autentik dan pembelajaran memerlukan interaksi sosial dan kolaboratif.

Berdasarkan teori ini, seseorang pelajar walaupun bukan dari bidang komputer

mampu menjadi pakar menggunakan komunikasi berperantarakan komputer

sekiranya ia terlibat secara langsung dalam aktiviti kolaboratif menggunakan sistem

komunikasi berperantarakan komputer.

Selain itu kaedah simulasi juga digunakan untuk menyampaikan maklumat

penggunaan blog dan social bookmarking dalam pengajaran dan pembelajaran. Layte

(1997) menyatakan simulasi boleh dihasilkan dengan memberi peluang pancaindera

kita berada dalam kehidupan yang sebenar dengan erti kata boleh menyentuh objek

sebenar (Freedman, 1998). Mungkin lebih menarik ada unsur teknologi video

interaktif dalam simulasi kerana ia amat sesuai dengan cara penyampaian dan akan

memberi kesan pengajaran lebih menarik. Pendekatan pembelajaran berbantukan

teknologi adalah pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan teknologi secara

berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses

pengajaran dan pembelajaran. Manakala video pula merupakan elemen atau media

yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat dan ia

sebagai satu sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan.

Menurut Smellie et al. (1997) media pengajaran yang menggunakan teknologi

multimedia berupaya untuk menarik perhatian pelajar, memudahkan pelajar

memahami dan mendapat maklumat yang kompleks berbanding dengan

penyampaian melalui lisan. Smellie et al. (1997) juga menyatakan teknologi

multimedia membantu mengatasi kesuntukan masa, saiz dan ruang. Media

pengajaran yang berasaskan komputer mampu untuk menggunakan teknologi

Page 29: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

10

multimedia yang mempunyai ciri-ciri interaktif yang membolehkan para pengguna

mencapai maklumat dari segmen ke segmen yang lain tanpa mengikut urutan.

Menurut Jamaludin (1996) ‘interaktiviti’ ialah suatu proses yang membenarkan

pemperosesan maklumat yang mendalam di dalam minda pelajar. Mikovec dan Dake

(1995) pula mengatakan bahawa ‘interaktif’ berkait rapat dengan maklum balas atau

kawalan individu.

Penggunaan Blog dan Social Bookmarking dalam pengajaran dan

pembelajaran memang tidak boleh dinafikan keberkesanannya. Sebagai seorang

pendidik, teknologi ini seharusnya dipraktikkan. Penggunaan web 2.0 ini sesuai

digunakan sebagai alat bantu mengajar yang amat mudah dikendalikan dan menarik

dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan membantu melancarkan aktiviti

dalam pengurusan pendidikan yang mana menyusun atur, perkongsian ilmu,

kolaborasi dalam persembahan dokumen bukan hanya terhad di dalam kelas malahan

ia boleh berlaku di mana-mana sahaja. Blog dan Social Bookmarking boleh dijadikan

platform dalam melaksanakan proses ini.

Secara keseluruhannya perkhidmatan Blog dan Social Bookmarking terkini

dan cara penggunaan dan kaedah pembelajaran yang sesuai akan memberikan hasil

yang berkualiti. Oleh itu, sebagai pendidik, perlu mengambil peluang ini untuk

digunakan dalam mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran secara online.

Teknologi sosial boleh memperbanyakkan lagi aktiviti yang lebih menarik

berbanding kaedah tradisional yang mana pelajar hanya boleh menerima sebarang

maklumat tetapi tidak boleh berkongsi maklumat dengan pelajar lain.

1.3 Pernyataan masalah

Bagi mempertingkatkan lagi cara penggunaan internet dalam pengajaran dan

pembelajaran, kepentingan web 2.0 perlu di dedahkan untuk di realisasikan dalam

pendidikan. Sebuah laman web, penggunaan blog dan social bookmarking dengan

pendekatan pembelajaran berasaskan situasi dan simulasi berasaskan video interaktif

telah dibangunkan. Dengan adanya laman web ini sekurang-kurangnya ia dapat

Page 30: SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN SITUASI MENERUSI …€¦ · panduan kerja agar proses pembangunan menjadi lebih sistematik. Topik yang diberi tumpuan pula ialah kemudahan “Blog

11

membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan

pelajar.

1.4 Objektif Kajian

i) Merekabentuk aktiviti pembelajaran berasaskan situasi dan kaedah

simulasi dalam menyampaikan maklumat berkaitan dengan

penggunaan blog dan social bookmarking dalam pengajaran dan

pembelajaran.

ii) Membangunkan sistem pembelajaran menerusi web bertajuk blog dan

social bookmarking berasaskan pendekatan

a. Pendekatan pembelajaran berasaskan situasi.

b. Teknologi simulasi.

1.5 Rasional Kajian

Penggunaan blog dengan menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan

situasi dan disokong lagi dengan kaedah simulasi iaitu video interaktif amat sesuai

ini kerana memberi galakan dan kepercayaan kepada pelajar dan guru bahawa web

blog memberi banyak manfaat dalam proses pengajaran dan pembelajaran contohnya

pelajar boleh berkongsi sebarang maklumat, bertukar-tukar pendapat, memberikan

komen, boleh mendapatkan info terkini dengan cepat dan sebagainya. Manakala guru

juga boleh memuat naik nota, dan ini akan memudahkan pelajar untuk membuat

ulangkaji pelajaran. Interaksi antara guru dan pelajar meningkat walaupun

pembelajaran luar kelas. Setiap kes atau situasi yang ditunjukkan akan memberi

impak lagi mendalam tentang keberkesanan web blog dalam pengajaran dan

pembelajaran.