sistem pemantauan projek ii (spp ii) unit...

7
SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) JABATAN PERDANA MENTERI PENGENALAN SPP II merupakan mekanisme pemantauan holistik pertama dibangunkan dengan merangkaikan peranan Kementerian/Agensi termasuk negeri dan daerah, Agensi Pelaksana : Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Agensi Pusat : Unit Perancang Ekonomi (EPU), Perbendaharaan Malaysia (MOF) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) secara online. Ia dilengkapkan dengan 3 fungsi iaitu Operasi (Modul e-Permohonan, Agihan Bajet, Pemantauan dan Notis Perubahan Projek (NOC)), Pengurusan (Modul Penilaian Outcome, Executive Information System (EIS), Geographical Information System (GIS) dan Verifikasi) dan Repositori Pengetahuan. SPP II merupakan sistem pemantauan projek holistik merangkumi fasa perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian program/projek Kerajaan Persekutuan dibawah RMLT. Ia merupakan sistem pemantauan projek pertama merangkaikan Kementerian/Agensi dan Kerajaan Persekutuan secara online untuk membuat permohonan projek, kelulusan dan memantau kemajuan pelaksanaan bagi projek fizikal dan bukan fizikal mengikut milestone projek LAPORAN INOVASI TUJUAN Sebagai platform pelaksanaan aktiviti Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan serta Penilaian bagi sesuatu Program dan Projek yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah RMLT. SPP II digunakan untuk menjana laporan untuk dibentangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Projek-Projek Pembangunan.

Upload: hanhan

Post on 06-Feb-2018

507 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT …habinovasi.mampu.gov.my/.../2266-sistem-pemantauan-projek-ii.pdf · SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN

SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II)

UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) JABATAN PERDANA MENTERI

PENGENALAN

SPP II merupakan mekanisme pemantauan holistik pertama dibangunkan dengan merangkaikan

peranan Kementerian/Agensi termasuk negeri dan daerah, Agensi Pelaksana : Jabatan Kerja

Raya (JKR) dan Agensi Pusat : Unit Perancang Ekonomi (EPU), Perbendaharaan Malaysia

(MOF) dan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) secara online. Ia dilengkapkan dengan 3

fungsi iaitu Operasi (Modul e-Permohonan, Agihan Bajet, Pemantauan dan Notis Perubahan

Projek (NOC)), Pengurusan (Modul Penilaian Outcome, Executive Information System (EIS),

Geographical Information System (GIS) dan Verifikasi) dan Repositori Pengetahuan. SPP II

merupakan sistem pemantauan projek holistik merangkumi fasa perancangan, pelaksanaan,

pemantauan dan penilaian program/projek Kerajaan Persekutuan dibawah RMLT. Ia merupakan

sistem pemantauan projek pertama merangkaikan Kementerian/Agensi dan Kerajaan

Persekutuan secara online untuk membuat permohonan projek, kelulusan dan memantau

kemajuan pelaksanaan bagi projek fizikal dan bukan fizikal mengikut milestone projek

LAPORAN INOVASI

TUJUAN

Sebagai platform pelaksanaan aktiviti Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan serta Penilaian

bagi sesuatu Program dan Projek yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah RMLT.

SPP II digunakan untuk menjana laporan untuk dibentangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa

Penyelarasan Projek-Projek Pembangunan.

Page 2: SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT …habinovasi.mampu.gov.my/.../2266-sistem-pemantauan-projek-ii.pdf · SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN

PROSES – IN HOUSE

SPP II dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman di peringkat Pusat Bank Data Negara dan

Inovasi (NADI) yang merupakan salah satu bahagian dibawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan

(ICU) JPM. SPP II dibangunkan berdasarkan maklumbalas yang diterima oleh pengguna SPP di

ICU JPM. Sistem ini kemudiaanya diselenggara oleh kontraktor luar sepanjang operasi.

SEBELUM DAN SELEPAS

Sebelum sistem SPP II dibangunkan, setiap kementerian dan agensi mempunyai sistem tersendiri

untuk memantau projek dan tiada integrasi data antara kementerian dan agensi menyebabkan

kesukaran untuk mendapatkan maklumat terkini. Sistem SPP II telah menyatukan kesemua

kementerian dan agensi diatas satu platform yang sama untuk memudahkan proses pengambilan

maklumat serta menjimatkan masa.

IMPAK INOVASI

INOVATIF/KREATIVITI

Mengubah proses pemantauan projek dan pengemaskinian daripada melalui laporan bertulis

kepada laporan online bagi memudahkan maklumat untuk diakses oleh pengguna dengan mudah

dan berkesan.

KEBERKESANAN

Maklumat projek yang dikemas kini, pemantauan yang efektif dan tindakan penyelesaian

melalui SPP II memberi faedah kepada industri pembangunan dan penjanaan ekonomi (G2B),

menyelesaikan masalah kelewatan projek dan isu-isu cross cutting di antara Kementerian/Agensi

(G2G) dan seterusnya membawa manfaat kepada kesejahteraan rakyat (G2C).

Page 3: SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT …habinovasi.mampu.gov.my/.../2266-sistem-pemantauan-projek-ii.pdf · SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN

SIGNIFIKAN

SPP II menyelesaikan masalah/memenuhi keperluan semasa:

• Memudahkan proses perancangan, permohonan, kelulusan dan perubahan maklumat

projek (Modul e-Permohonan dan NOC)

• Pemantauan projek (fizikal dan kewangan/perbelanjaan) yang komprehensif secara

online dan offline (Modul Pemantuan dan Verifikasi)

• Pengukuran penilaian outcome bagi menganalisis pencapaian outcome projek (actual vs

desired outcome (Modul Penilaian Outcome)

• Pertukaran maklumat (real-time) bagi memastikan integriti data. (Integrasi dengan JANM

(eSPKB dan GFMAS) dan JKR (SKALA)

• Pengagihan peruntukan Rolling Plan mengikut program/projek setiap dua tahun

RELEVEN

SPP II meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan :

• Penjimatan masa pengurusan dan pemantauan projek secara online bermula

daripada permohonan sehingga penilaian outcome projek (full cycle)

• Penilaian keutamaan projek melalui Creativity Index bagi Kementerian/Agensi

mengukur keberkesanan projek di peringkat awal dan memudahkan agensi

pelulus memberi penarafan keutamaan untuk kelulusan

• Fleksibiliti kepada Kementerian/Agensi untuk memohon perubahan terhadap

maklumat projek yang telah diluluskan pada bila-bila masa dan tidak melalui

fasa-fasa tidak pasti. Belajar dari bawah

PENGIKTIRAFAN

ICU JPM memperoleh persijilan bagi Information Security Management System (ISMS) bagi

skop Data Center Operations Supporting SPP II pada 4 Mei 2012 sehingga 3 Mei 2015. Selain

Page 4: SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT …habinovasi.mampu.gov.my/.../2266-sistem-pemantauan-projek-ii.pdf · SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN

itu ICU JPM juga turut mendapat Persijilan ISO 9001:2008 ICU JPM bagi skop Penyelarasan

dan Pemantauan Projek RMLT merangkumi prosedur Change Request SPP II, Pelaporan

Masalah SPP II dan Pelaksanaan Latihan dan Data Cleaning SPP II.

SPP II turut mendapat pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui Modul

EIS : iMEX yang telah memenangi Tempat Ketiga bagi Anugerah Inovasi JPM Tahun 2010 dan

Anugerah Futuregov bagi Kategori Government Transformation of the Year 2012. Selain itu

SPP II Web Based juga turut tersenarai (shortlisted) bagi Anugerah United Nation Public

Services Awards (UNPSA) anjuran Jaringan Pentadbiran Awam Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu (UNPAN).

Tempat Pertama Anugerah Inovasi Sektor Awam 2015, Kategori Inovasi Teknologi Maklumat

dan Komunikasi (AIICT) bagi Sistem Pemantauan Projek II (SPP II) Tahun 2015.

SPP II juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam laporan Public Investment

Management Assessment (PIMA) yang telah dikeluarkan oleh International Monetary Fund

(IMF). SPP II diiktiraf sebagai satu sistem yang membantu kerajaan dalam pemantauan projek

secara berkesan dan digunakan untuk tujuan pelaporan secara mingguan oleh kementerian dan

agensi

Page 5: SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT …habinovasi.mampu.gov.my/.../2266-sistem-pemantauan-projek-ii.pdf · SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN

GAMBAR BERKAITAN

Page 6: SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT …habinovasi.mampu.gov.my/.../2266-sistem-pemantauan-projek-ii.pdf · SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN
Page 7: SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT …habinovasi.mampu.gov.my/.../2266-sistem-pemantauan-projek-ii.pdf · SISTEM PEMANTAUAN PROJEK II (SPP II) UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN

PENUTUP

Penggunaan SPP II selaras dengan Arahan No. 1, 2010 Majlis Tindakan Negara sebagai

instrumen pemantauan bagi membantu Kementerian/Agensi melaksana dan memantau projek

pembangunan kerajaan di dalam setiap Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dengan

menggunakan teknologi maklumat sebagai pemudah cara dalam proses pemantauan projek. Ia

bertepatan dengan wawasan Kerajaan Elektronik untuk meningkatkan sistem penyampaian

dengan menggunakan teknologi maklumat dan seterusnya meningkatkan produktiviti dan kualiti

perkhidmatan. SPP II merupakan apparatus utama dalam sistem pengurusan projek fizikal sektor

awam, selaras dengan peranan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU

JPM) sebagai agensi pemantau pelaksanaan projek yang unggul dan peneraju pelaksanaan

pemantauan outcome program/projek yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan di

peringkat Persekutuan, negeri dan Badan Berkanun

Disediakan oleh:

Nama Pegawai/Unit Terlibat : Bahagian Ekonomi, ICU JPM

Tel. : 03-88723877

Emel : [email protected]