sistem fail pbs kssr sekolah saya

5
Sistem Fail PBS KSSR sekolah saya Sebelum ini saya ada kongsikan penerangan ringkas tentang Contoh Instrumen PBS dan Pengurusan Evidens bagi membantu para guru KSSR memahami isu tersebut dengan lebih jelas dek kepelbagaian maklumat yang diterima dan salah faham tentang pelaksanaannya. Akibatnya, pelaksanaan PBS menjadi lebih sukar kerana ada perkara yang tidak pernah diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan (sila muat turun dan rujuk Instrumen Penjaminan Kualiti PBS ) ditokok-tambah oleh pihak-pihak tertentu sehingga membebankan guru itu sendiri. Saya sebagai JU KSSR dan PBS (Bahasa Arab) merupakan kumpulan guru terawal menerima maklumat tentang PBS terus daripada pihak LP semasa menghadiri Mesyuarat Penataran DSP Tahun 1 KSSR pada bulan Mac 2011. Jadi, saya amat berhati-hati ketika memberikan penerangan tentang PBS kepada para guru sama ada dalam kursus dan mesyuarat di peringkat negeri, daerah dan sekolah. Tentang Sistem Fail PBS, Lembaga Peperiksaan hanya meminta pihak sekolah menyediakan dua buah fail iaitu: 1) Fail Perkembangan Murid (FPM) 2) Fail Showcase

Upload: azlina-hashim

Post on 21-Dec-2015

32 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sistem Fail PBS KSSR Sekolah Saya

Sistem Fail PBS KSSR sekolah saya

Sebelum ini saya ada kongsikan penerangan ringkas tentang Contoh Instrumen PBS dan Pengurusan Evidens bagi membantu para guru KSSR memahami isu tersebut dengan lebih jelas dek kepelbagaian maklumat yang diterima dan salah faham tentang pelaksanaannya. 

Akibatnya, pelaksanaan PBS menjadi lebih sukar kerana ada perkara yang tidak pernah diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan (sila muat turun dan rujuk Instrumen Penjaminan Kualiti PBS) ditokok-tambah oleh pihak-pihak tertentu sehingga membebankan guru itu sendiri.

Saya sebagai JU KSSR dan PBS (Bahasa Arab) merupakan kumpulan guru terawal menerima maklumat tentang PBS terus daripada pihak LP semasa menghadiri Mesyuarat Penataran DSP Tahun 1 KSSR pada bulan Mac 2011.

Jadi, saya amat berhati-hati ketika memberikan penerangan tentang PBS kepada para guru sama ada dalam kursus dan mesyuarat di peringkat negeri, daerah dan sekolah.

Tentang Sistem Fail PBS, Lembaga Peperiksaan hanya meminta pihak sekolah menyediakan dua buah fail iaitu:1) Fail Perkembangan Murid (FPM)2) Fail Showcase

Bagi fail-fail yang lain pihak LP tidak menyediakan garis panduan atau format standard bagi pihak sekolah menyediakannya untuk melicinkan lagi pengurusan PBS di peringkat sekolah. Jadi, adalah satu tindakan yang kurang bijak apabila satu pihak hendak menyalahkan pihak lain hanya disebabkan 'ketidakseragaman' sistem fail PBS. Bagi saya, asalkan segala dokumen berkaitan PBS ada pada guru dan sekolah dan disimpan dengan kemas dan teratur.

Berikut adalah sistem fail PBS di sekolah saya:1- Fail Putih (AM 365) : Diuruskan dan disimpan oleh GPK 1.

Page 2: Sistem Fail PBS KSSR Sekolah Saya

2- Fail Pendua (Kulit Keras) : Diuruskan dan disimpan oleh GPK 1.

3- Fail Perkembangan Murid: Guru kelas perlu memastikan setiap murid mempunyai FPM supaya guru mata pelajaran dapat

menyimpan dan mengemaskini evidens dan laporan prestasi murid dengan teratur. 

4- Fail Showcase:Sebuah fail disediakan untuk setiap aliran/tahun. Penyelaras PBS setiap aliran hendaklah

memastikan guru mata pelajaran menyimpan evidens terbaik dalam fail ini.

Page 3: Sistem Fail PBS KSSR Sekolah Saya

5- Fail Dokumen Standard Prestasi (DSP):Sebuah fail disediakan untuk setiap aliran/tahun bagi menyimpan DSP setiap mata pelajaran.

6- Fail Mata Pelajaran:Laporan Prestasi Sumatif bagi setiap kelas dan mata pelajaran yang sudah dicetak akan disimpan

oleh Setiausaha PBS dalam fail ini.

Page 4: Sistem Fail PBS KSSR Sekolah Saya

 7- Fail Instrumen PBS:Penyelaras Tahun perlu memastikan setiap guru mata pelajaran menyimpan contoh Instrumen PBS yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (yang diperoleh semasa menghadiri Kursus

KSSR dan PBS) dan yang disediakan oleh guru mata pelajaran sendiri dalam fail ini.

Ada sebahagian sekolah mewujudkan Fail PBS bagi setiap guru dan ia merupakan tindakan yang betul tetapi sekolah saya tidak perlu mewujudkan fail guru kerana fail-fail No.5-7 seperti di atas telah menggantikan fungsi fail guru dan lebih menjimatkan kos.

Saya juga mewujudkan fail sendiri iaitu Fail Setiausaha PBS bagi menyimpan segala bahan bercetak yang saya terima seperti surat kursus dan mesyuarat daripada LP/JPN/PPD atau yang saya keluarkan dan rekodkan seperti memo, senarai guru, rekod SPPBS dan sebagainya.

Dari segi penyimpanan fail PBS, semua fail kecuali Fail Putih (AM 365) dan Fail Pendua (Kulit Keras) disimpan di dalam Bilik Operasi KSSR dan PBS. Guru yang bertanggungjawab untuk menguruskan fail-fail PBS hendaklah memastikannya disusun dengan kemas dan teratur.Dihantar oleh: Nazri Samsudin pada 10:30 AM Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Halaman: PBS