siri 180 dirasuk kucing jantan-192

Upload: amirul-najmi

Post on 09-Apr-2018

307 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    1/131

    Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan

    Bagi menghilangkan rasa cemas, saya menarik nafas dalam-dalam sambil memeluk tubuh penuh erat. Kedinginan membuat

    kelopak bibir bergetar. Denag ekor mata saya jeling ke arah Andi

    Kamarool yang keresahan.

    Adakah Andi Kamarool mahu berada di sini sehingga fajar pagi

    terbit di kaki langit? Suara batin terus bergema. Dan dalam

    keadaan yang seba tidak kena itu, perlahan-lahan saya

    dongakkan kepala, merenung langit yang cerah. Awan nampak

    bersih sekali, bintang bertaburan di mana-mana. Bulan sabit kian

    mengecil.Saya segera berfikir, cara paling baik mengatasi masaalah yang

    dihadapi ialah dengan menyuarakan apa yang ada di dalam hati. Berapa lama kita harus berada disini Andi? dalam keadaan

    separuh menggigil saya bertanya. Oh.. Andi Kamarool kerutkan kening. Tetapi sepasang anak

    mata nya masih menyorot ke rumpun bamboo kuning.Aku tak tahan berdiri di sini lama-lama. Aku sejuk Andi, suara

    saya tertahan-tahan. Iya, aku juga macam kamu Tamar. Jadi apa yang mesti kita

    buat?

    Kita balik saha Andi.Tapi, macam mana dengan Mia dan Kak Sun?Pedulikan, mari kita balik Andi.

    Jum.Sebelum langkah pertama dimulakan untuk pulang kerumah

    papan, serentak saya dan Andi Kamarool membuang pandangan

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    2/131

    ke arah perdu buluh kuning yang diterangi cahaya lilin. Mia

    begitu khusyuk menghadapi timbunan batu kubur. Kak Sun yang

    berdiri membelakangi Mia tersenyum sambil mengamit kami agar

    medekatinya.Jangan dekati dia Andi, bisik saya.Andi Kamarool mengangguk. Tetapi Kak Sun, mengamit. Jangan pedulikan dan jangan kata apa-apa. Dia ada

    pendamping, sebab setiap kali akukutuk dan maki hamun Kak

    Sun, macam ada sesuatu yang datang kacau aku. Ada masanya

    aku ditampar, ditolak, ditendang. Aku tak dapat kesan benda

    aneh tu, saya pegang tangan kanan Andi Kamarool.

    Aku faham Tamar.

    Mari kita balik, Andi.Jum.Dan perjalanan ke rumah papan diteruskan. Kami membelah

    kedinginan dinihari yang mencengkam tulang. Salakan anjing liar,

    suara burung hantu dan musang jalang terus memukulgegendang telinga kami. Bayu dini hari yang bertiup lembutmengugurkan air embun yang terkumpul di hujung daun. Bila

    terkena kulit tubuh menambahkan lagi kedinginan.Saya jadi marah dan meradang semacam, bila perjalanandihalang oleh reranting yang bertaburan dipermukaan tanah.

    Entah mengapa, hati saya cukup ghairah untuk mencapai secepat

    mungkin ke rumah papan. Saya benci dengan lolongan anjing

    liar, suara burung hantu dan musang jalang. Suara binatang

    tersebut, saya rasakan seperti mengejek diri kami yang

    dipermainkan oleh Mia dan Kak Sun.

    Sabar Tamar, Andi Kamarool mengingatkan saya.Subhanallah ., kata saya.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    3/131

    Memang ganjil sekali, dalam kedinginan yang mengcengkam itu,

    dahi dan muka saya berpeluh. Pokok di kiri kanan jalan yang tadi

    bergerak lemah disentuh angina, secara mendadak bergoyang

    dengan keras, macam ada tenaga yang mengoncangnya.AhhSaya terus melompat, beberapa ekor tikus berbulu kuning

    sebesar lengan melintas ke depan. Suara jeritannya boleh

    mengoyangkan gegendang telinga. Berhenti Tamar Andi Kamarool memaut bahu kanan dan

    langkah saya berhenti.

    Bagi meghilangkan rasa berdebar, saya mengucap panjangsambil merenungke kaki langit. Ada cahaya kemerah-merahan

    mucul di situ, menandakan tidak lama lagi subuh akan menyapa

    penghuni maya. Beri lalun untuk meraka Tamar, bila mereka selesai bari kita

    pula jalan, tambah Andi Kamarool.

    MULUTLebih dari sepuluh minit kami berdiri, memperhatikan kumpulan

    tikus kuning melintas. Bila berdepan dengan kami, kumpulan

    tikus itu menganga mult, memperlihatkan sepasang gigi siung

    yang tajam dan panjang, macam gigi singa laut di kutub utara. Mata sebelah kanan buta dan maakala mata sebelah kiri

    berukuran sebesar bola pingpong memancarkan cahaya kebiruan-biruan. Suara jeritan kumpulan tikus cukup gamatmenenggelamkan suara lolongan anjing, burung hantu dan

    musang jalang.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    4/131

    Perarakan tikus kuning itu diakhiri denagn tikus hitam yang

    besarnya hamper menyamai kucing hitam jantan. Muncungnya

    macam muncung babi.

    Dah habis, sekarang kita teruskan perjalanan, itu yangdibisikkan oleh Andi kamarool ke telinga. Arahannya, segera saya

    patuhi. Langkah yang terbantut diteruskan semula. Kali ini,

    keadaan sungguh berlainan, tiada lagi kedengaran suara lolongan

    anjing, burung hantu dan musang jalang.Suasana terasa amat sepi sekali. Langkah pun kami percpatkan.

    Cahaya merah di kaki langit, kian garang. Rasa dingin mula

    mengendur, tidak sehebat tadi.

    Ketika kami sampai di kaki tangga rumah papan, terdengar kokokayam bersahut-sahutan. Kerana masih percaya dan patuh

    dengan pesan orang tua-tua, sebelum memijak anak tangga

    bongsu, kedua belah telapak tangan kami basuh dengan airembun di hujung daun. Dan kesan air embun yang masih ada di

    telapak tangan, kami sapukan ke muka serta kedua belah telinga.

    Kami segera naik ke rumah papan. Kerana keletihan, kami terus

    tertidur.

    JELMAPagi itu, setelah menunaikan fardhu subuh kami tidour kembali.

    Kira-kira pukul tujuh setengah baru bangun. Badan terasa sihat

    dan segar. Dan seperti pagi-pagi sebelumnya kami tetap menanti

    sarapan yang akan dibawa oleh kak Sun. Menjelang jam

    sembilan, sarapan yang diharapkan itu, tidak kunjung tiba.

    Tak payah tunggu Kak Sun Tamar, buat air kopi sendiri. Didapur ada kopi, gula, ada air dan periuk, Andi Kamarool

    mengemukakan cadangan dan saya menerima tanpa sebarang

    bantahan. Kami terus ke ruang dapur.

    Apa yang kita rasa ni, adalah akibat dari peristiwa malam tadi.

    Mia mogok masak untuk kita dan Kak Sun pula tak mahu datang

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    5/131

    ke sini, suara Andi Kamarool separuh lemah dari atas bendul.

    Dia tersenyum melihat saya terkial-kial menghidupkan api di

    dapur.

    Ini baru amaran pertama, ada lagi akibat yang bakal kita terima.Mungkin lebih buruk dari ini Andi, balas saya tenang.

    Sebelum keadaan menjadi lebih buruk, ada baiknya kita

    tinggalkan tempat ini.Bila waktu nya Andi? saya mendesak.

    Tengah hari atau sebelah petang,

    Aku setuju. Tap, siapa nak beritahu Mia? Apa alasan yang nakkita beritahu dia. Aku tak mahu menganggap rancangan kita

    gagal, kerana iti kita cabut. Kita kena beri alasan yang cukuplojik, Andi, saya segera memasukkan kopi dan gula kedalam

    kolei dan kemudian saya kacau perlahan-lahan. Andi Kamarool termenung sejenak, dua tiga kali dia melagakangigi bawah. Barangkali dia sedang mencari formula terbaru untuk

    menyelesaikan masaalah yang sedang dihadapi.Begini saja Tamar.Apa lagi Andi?Kita sama-sama jumpa Mia.

    OK, aku setuju tapi Tapi apa lagi Tamar.Adi Kamarool tidak jadi menghirup kopi. Cawan di letakkan

    kembali atas lantai. Matanya tidak berkedip merenungwajahsaya. Dia bagaikan tidak sabar menanti kata-kata yang

    bakal saya luahkan. Tentu sekali perasaannya berdebar cemas.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    6/131

    Kita perlu jumpa Haji Simpul, orang tua yang disebut-sebut, Kak

    Sun pada kita tu. Dari orang tua itu, kita cuba korek rahsia diri

    dan keturunan Mia. Apa macam kau setuju tak?

    Aku setuju Tamar, bila kita nak jumpa Haji Simpul?

    Andi Kamarool menggeleng-gelengkan kepalanya. Tidak setuju

    dengan rencana yang saya susun. Bagi menghilangkan rasa

    resah, saya menghirup kopi. Andi Kamarool juga berbuat seperti

    apa yang saya buat.Kenapa kamu tidak setuju Andi?

    Ada baiknya, kita jumpa haji Simpul dulu, sebelum kita jumpa

    Mia. Kemudian kita minta kepastian dari Mia, apakah cerita yangkita dapat dari Haji Simpul itu benar atau tidak.

    Iya, aku setuju dengan pendapat kamu tu, Andi.Kami terus ketawa. Dan untuk kesekian kalinga, kopi terus kami

    teguk. Kerana saya sudah menyediakan air kopi, kerja-kerjauntuk mengemaskan barang dan pakaian ke dalam beg menjadi

    tugas Andi Kamarool pula.

    Dan kini, masa untuk saya berehat pula.

    MARAKSinar matahari pagi berebut-rebut masuk ke ruang tamu, setelah

    daun tingkap saya kuak. Terpaku saya dijendela mendengar kicau

    burung pagi. Aman rasanya mata dan hati melihat pohon yangmenghijau. Sinar matahari terus marak, beberapa orang pekerja

    Mia memikul cangkul dan pungkis melintas di depan rumah

    menuju ke ladang. Mereka tidak lokek mendermakan senyum

    untuk saya. Andi Kamarool terus bergelut dengan tugasnya.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    7/131

    Aku harap datuk kamu dan Haji Basilam tidak ke mana-mana.

    Tetap menanti kita di Sungai Penuh, Andi Kamarool bersuara. Seingat aku, datuk jarang mungkir janji, balas saya. Dan

    perbualan kami mati di situ saja. Andi Kamarool kembali dengantugasnya semula.

    Sambil menikmati keindahan alam semulajadi, secara dia-diam

    saya sorot kembaliktindakan yang telah kami lakukan. Apakah

    kami telah memilih jalan yang betul atau jalan yang salah,

    sehingga kami terperangkap dalam dilemma yang seba sulit ini?Andi, Andi buka pintu.Bagaikan kilat saya menerpa kea rah Andi Kamarool yangterhenti dari melipat pakaian. Kami Saling berpandangan.

    Itu suara Mia, bisik Andi Kamarool.

    Iya, aku juga fakir begitu.Kami kembali membisu. Kembali pandangan dengan seribu

    pertanyaan. Apa yang timbul dalam kepala saya ialah

    malapetaka. Mungkin kedatangan Mia dengan segumpalkemarahan yang meluap-luap. Pergi buka pintu, kalau kedatangan baik, kita sambut dengan

    baik. Kalau jahat kita sambut cara jahat. Kita harus bersedia

    menghadapi seribu kemungkinan, begitu bersemangat AndiKamarool meluahkan kata-kata, mendorong saya melangkah ke

    pintu dan membukanya.Baru bangun tidur.Mia tercegat didepan, menatang setalam mangkok untu sarapan

    pagi. Dia kelihatan menarik sekali dengan rambut yang disisir

    rapi. Ada sekuntum bungah cempaka di celah rambut sebelahkiri. Baju kebaya biru dengan kain putih amat cocok sekali

    dengan dirinya. Dia memang anggun.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    8/131

    Kenapa tercegat, ambil lah talam ni.

    Talam tembaga segera saya sambut.Berkemas?

    Saya anggukkan kepala.Mahu kemana?Pertanyaan itu tidak saya jawap. Walau bagaimanapun Mia tetap

    melangkah ke ruang tamu,. Andi Kamarool tercegat di situ

    menanti kedatangan Mia.

    Wajah Mia yang ceria segera berubah menjadi keruh, bila melihatteko dan kesan air kopi di kolei yang tersadai di ruang tamu.

    Dengan [erlahan-lahan ekor matanya melirik tajam ke arah dua

    beg pakaian yang tersandar di sudut dinding. Dan sambil

    meletakkan ke atas lantai, saya liha bibir Mia bergerak-gerak.

    Macam ada sesuatu yang diperkatakannya.Kami ingat tadi, tak ada air dan kuih muih untuk kami, jadi kami

    pun buat kopisendiri. Duduklah Mia, buat apa berdiri macam

    patung, lembut sekali nada suara Andi Kamarool.

    Terima kasih.

    Mia terus duduk bersimpuh penuh sopan disisi saya. Beberapa

    saat kemudian Andi Kamarool turut duduk. Kami bertiga (Mia

    berada di tengah) menghadapi hidangan.

    SEMERBAK

    Bau kopi asli yang harum semerbak berpadu dengan bau lepat

    pisang membuat saya hilang malu. Tanpa segan silu, tudung saji

    dari mengkuang segera saya buka.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    9/131

    Kamu ini, memang tak sabar. Gelojoh sangat, tuan punya belum

    pelawa kau dah mulakan, Bisik Andi Kamarool.

    Kopi yang aku buat dengan air kopi yang Mia buat lain rasanya.

    Air tangan Mia, memang sedap, saya berjenaka.

    Di tengah-tengah deraian ketawa Mia dan Andi Kamarool, saya

    terus mengunyah dan menelan lepat pisang. Air kopi panas yang

    wangi saya teguk. Tubuh terasa segar dan bertenaga.Bernafas sungguh kamu makan Tamar, jangan lupa orang yang

    kemudian, kata Andi Kamarool, lalu saya sambut dengan

    senyum.

    Terlambat hantar, maafkan saya, Mia renung batang hidungAbdi Kamarool.

    Tak mengapa, bantuan dan pertolongan yang diberikan selama

    ini, rasanya tak dapat kami balas, sambil menjamah lepat pisang

    Andi Kamarool bersuara. Kemudian dia menghirup kopi panas.

    Mia masih senyum dengan sepasang mata masih tertumpu pada

    dua beg di tepi dinding.

    Berkemas mahu ke mana Tamar, Andi?Pertanyaan yang sememangnya suda diduga. Tetapi, ntuk

    memberi jawapannya memang sulit. Kerana tidak memperolehi

    jawapn segera, membuatkan anak mata Mja berputar kearah

    saya dan Andi Kamarool.Hasil ari renungannya itu, membuat kami jadi serba salah. Antara

    saya dan Andi Kamarool saling bertukar pandangan.Mahu meninggalkan rumah ini.Mia sendiri menemui jawapannya. Serentak kami anggukkan

    kepala, macam merpati jantan panggil merpati betina.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    10/131

    Kami berdua nak jumpa datuk Tamar dan Haji Basilam, Andi

    Kamarool bersuara tunduk. Dia bagaikan tidak sanggup menatap

    muka Mia.

    Ke Sungai Penuh? soal Mia.

    Betul, Mia, balas saya.Mia dongakkan muka merenung siling rumah. Kemudian meraba

    kuntum bunga cempaka di kepala yang kedudukannya sudah

    agak senget kekanan.

    Terlalu cepat, agaknya kamu dah jumpa penunggu rumah batu.

    Tak jumpa Mia, kami gagal, tutur saya kehampaan.Sepatutnya kamu berdua teruskan hingga berjaya, jangan cepat

    putus asa dan mudah mengalah.Kata-kata yang terpancut dari kelopak bibir bibir Mia, membuat

    ssaya dan Andi kamarool menggigit bibir. Saya kira debar dada

    Andi Kamarool tidak sehebat debar di dada saya. Sebenarnya,

    secara tidak langsung Mia mencabar kami. Saya dan Andi

    Kamarool terus membisu. Pertanyaan Mia tidak mendapat tindakbalas dari kami.Malam tadi macam mana ?

    Pertanyaan itu membuat saya tersentak. Mustahil Mia tak tahu pa

    yang berlaku malam tadi. Lantas saya membuat kesimpulan, Mia

    tahu tapi sengaja buat tak tahu.Kami gagal, sahut saya.Tak mahu diteruskan lagi? soalnya serius.Tak mahu, kami dipermain-mainkan, sahut Andi Kamarool.Maksud kamu Andi? sepasang bijik mata terbeliak menghala ke

    batang hidung Andi Kamarool. Saya lihat Andi Kamarool resah.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    11/131

    Barangkali dia terjerat dengan pertanyaan itu atau tidak mahu

    mengungkit-ungkit hal yang sudah berlalu kerana perbuatan itu

    boleh memalukan Mia.

    Cuba terangkan, aku tak faham Andi, Mia terus mendesak.

    Malam tadi, kamu menghias diri. Pergi kekubur lama di bawah

    pokok buluh kuning, apa kamu sudah lupa Mia?. Kamu

    mahumempermainkan kami. Ungkapan yang saya luahkan itu

    membuat Mia terkejut. Dahinya berkerut dan wajahnya agak

    pucat. Andi Kamarool tunduk merenung lantai.

    Aku tak faham Tamar, kamu menuduh sebarangan saja,

    sanggah Mia.

    Malam tadi, kamu membalut tubuh dengan kain hitam, kamu

    mengelingi kubur berkali-kali. Kak Sun menemani kamu. Aku dan

    Andi tengok segala-galanya. Usah berdalih Mia, usahlah

    mempermain-mainkan aku dan Andi, semua yang bergolak

    dalam hati terus saya luahkan. Andi kamarool membiarkan, dia

    seolah-olah tidak mahu membabitkan diri dalam situasi yang

    agak yang agak tegang ini.Aku tak buat perkara tu, Tamar, suara Mia meninggi. Dia mulamemperlihatkan riak kemarahan dan terus melompak bagaikan

    harimau menerkam pelanduk. Dalam sekelip mata Mia terus

    berdiri tercegat.

    Kamu jangan menuduh sebarangan Tamar, dia mula menjerit

    dan menghentak-hentak kakinya ke lantai. Piring dan cawan yangada didalam talam tembaga turut bergegar. Mia benar naik

    angina, gerak gerinya tangkas sekali, bagai seorang lelaki. Sifat

    gadis yang lembut terus hilang darinya. Mia, nanti dulu jangan melenting, Andi Kamarool segera

    bertindak dengan mendekati Mia. Kamu tak boleh menuduh

    sebarangan pada Mia, kamu harus bertanya dengan cara baik,

    sambung Andi Kamarool sambil melepaskan pandangan yang

    tajam terhadap saya.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    12/131

    Entah apa ilmu yang digunakan oleh Andi Kamarool, kemarahan

    Mia yang meluap segera menjadi sejuk. Dia nampak tenang dan

    duduk bersimpuh kembali.

    Maafkan Tamar, Mia, pohon Andi Kamarool.

    Mia anggukkan kepala. Agar, situasi menjadi aman, Andi

    Kamarool mengungkap kembali kisah-kisah lucu yang pernah

    dialaminya yang disampaikan secara berjenaka, membuat saya

    dan Mia ketawa terbahak-bahak.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    13/131

    SIRI 181 RAHSIA HUJUNG KAMPUNG

    Bila situasi tegang dapat diamankan, secara diplomasi Andi Kamaroolmenceritakan secara terperinci tentang apa yang saya alami malam tadi. DanAndi Kamarool juga menceritakan bagaimana dirinya terbabit dalam kejadian itu.

    Memang sudah ditetapkan, Tamar seorang saja berdepan dengan pengawalrumah. Tetapi, semasa dia mahu menghubungi penunggu rumah secara ghaib,tiba-tiba saja dia seperti kena rasuk dan terus balik ke rumah. Dia kejutkan akusuruh sembahyang subuh, katanya hari sudah siang. Pada hal masa itu barupukul dua pagi, Andi Kamarool mengulangi kisah yang saya lalui menjelangsubuh.

    Kemudian apa terjadi? Mia kelihatan tidak sabar.

    Aku tenteramkan perasaannya. Kemudian aku ajak dia kerumah batu lama. Masaaku dan Tamar mahu mengelilingi rumah batu lama, kami bertembung denganKak Sun. Dia menunggu kamu di pintu belakang sambung Andi Kamarool.

    Tunggu aku? Kenapa dia tunggu aku?

    Iya, tunggu kamu selesai hiaskan diri,

    Hias diri? Mahu kemana? Mia seperti merungut.

    Nak pergi ke kubur di bawah pokok buluh. Kejadian selanjutnya seperti apa yangTamar sebutkan tadi. Tak payahlah aku ulangi lagi, nanti kau marah pula Mia,Andi Kamarool berhenti bercakap. Dia menelan air liur.

    Ohhhhh..,

    Mia seperti terkejut dan tidak mahu meneruskan kata-kata. Saya dan AndiKamarool berpandangan. Nyanyian beburung pagi, di luar rumah, tidak menarikperhatian kami berdua, Mia menundukkan muka, merenung lantai.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    14/131

    Hampir lima minit berlalu, tiada sepatah perkataan yang terungkap dari mulutkami bertiga (Mia,saya dan Andi Kamarool). Suasana dalam ruang terasa amatsepi sekali.

    Kalau ada jarum yang jatuh dapat didengar. Mia masih merenung lantai. Entah

    apa yang bermain dalam tempurung kepalanya. Entah apa tindakan selanjut yangbakal dilakukan Mia? Apakah kemarahannya akan meletup dengan tiba-tiba.Mungkinkah dia akan menafikan apa yang dialaminya? Semua berkecamuk dalamkepala saya.

    Andi, Tamar .

    Serentak saya dan Andi Kamarool mengarahkan biji mata kewajah Mia. Perasaansaya tersentuh melihat air jernih bertakung di kelopak matanya dan mengalirmembasahi cerun-cerun pipi. Kedua belah sayap bahubergegar menahan sedu.

    Kenapa nangis, Mia? tanya saya.

    Aku tak buat perkara yang kamu sebutkan tadi, Tamar.

    Tapi, aku tengok dengan mata kepala aku sendiri. Kamu melakukan nya Mia.

    Susah nak aku jelaskan, Tamar.

    Saya segera merenung muka Andi Kamarool. Dengan memberi isyarat mata, sayaminta Andi Kamarool membantu.

    Lupakan semua yang berlaku Mia, Andi Kamarool cuba menenangkan keadaan.Dengan jari-jemari kanan, Mia mengesat air mata yang mengalir lembut di pipi.

    Inilah masaalah yang aku hadapi. Beberapa orang pekerja pernah melihat akuberjalan malam, sedangkan aku tidak melakukannya. Ada macam-macam ceritayang menakutkan tentang aku. Padahal aku tak buat perkara macam itu, Miamenangis tersedu.

    Bagi mengatasi situasi tersebut, Andi Kamarool memperlihatkan kematangan dankesabarannya. Dia berjaya menjalankan peranannya dengan baik sekali, penuhsopan dan kelembutan. Tangisan Mia berjaya dileraikan.

    Kak Sun tak pernah cerita apa-apa kepada kamu ? Tanya Andi Kamaroolsesudah Mia berjaya mengawal perasaannya.

    Tak pernah, Mia gelengkan kepala.

    Sedikit pun dia tak pernah cerita? saya mencelah.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    15/131

    Dia cuma kata Mia tidak meneruskan kata-kata. Saya dan Andi Kamarooltidak mendesak. Kami ambil jalan mudah, kalau Mia meneruskan cerita kamibersyukur. Kalau dia tidak mahu, kami tidak akan memusuhinya.

    Dia cuma beritahu, pada malam tertentu dia akan membawa aku ke satu tempat,

    kami agak terkejut, bila Mia bersedia menyambung cerita yang terputus, perkarabegini memang sudah lama dilakukannya, sambung Mia dengan nada suarayang terputus-putus.

    Bila didesak, dia cuma kata Begini, lupakan saja perkara itu. Aku memangmengharapkan kedatangan kamu berdua supaya dapat mengatasi masaalah yangaku hadapi, Mia buka rahsia diri.

    Haji Basilam tahu hal ini? Andi Kamarool cungkil rahsia.

    Tak tahu, Cuma Kak Sun seorang saja yang tahu

    Saya dan Andi kamarool termenung panjang mendengar cerita Mia itu. Semuanyaserba menyulitkan.

    BERNAUNG

    Kami tidak boleh lagi bernaung di rumah papan. Kami harus berangkat. Semuayang kami buru semakin jauh. Semua usha yang dilakukan sering berdepandengan kegagalan. Tetapi, bila kami fakir tentang nasib Mia, rasanya tidak sampaihati untuk membiarkan dia sendirian menghadapi masaalah yang sungguh kusutitu.

    Begini saja Mia, jangan susah hati, Andi Kamarool cuba memujuk, bila kamisampai di Sungai Penuh nanti, semua yang terjadi kami sampaikan kepada HajiBasilam dan datuk Tamar. Barangkali mereka boleh menolong.

    Tapi. Mia menelan air liur.

    Aku tahu, kamu merasa serba salah kerana masaalah tu tak pernah kamuceritakan pada Haji Basilam ayah angkat kamu. Tambah Andi Kamarool.

    Diluar sinar mentari kian keras, suara nyanyian beburung kian kurang. Tetapi,

    jeritan ungka di kaki bukit masih kedengaran sekali-sekala.

    Jadi, kamu berdua nak berangkat petang ni juga? Biji mata Mia silih bergantimenatap wajah saya dan Andi Kamarool. Dia bagaikan mohon simpati danpertimbangan yang sewajarnya.

    Iya, serentak kami berdua

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    16/131

    Mia segera menundukan kepalanya, merenung lantai. Angin pagi yang bertiupagak perlahan, menyentuh kulit pipi saya.

    Begini saja Andi, Tamar, Mia menganggukkan kepala. Sepasang anak matanyayang lembut memanah wajah saya dan Andi Kamarool. Tentu, ada sesuatu mahu

    diperkatakannya, fikir saya.

    Apa dia Mia, cakaplah, kata saya sambil menggosok-gosok bibir yang tidakgatal. Andi Kamarool merenung kosong ke luar melalui jendela yang terdedah.Awan gemawan yang lembut, kelihatan bergerak perlahan-lahan.

    Mia senyum pendek. Wajah saya direnung, mungkin nada suara lembut yangsaya ungkap sebentar tadi, memberi petanda optimis kepadanya.

    Begini saja Tamar, kau dan Andi tidur semalam lagi disini. Pagi esok lepassembahyang subuh kau orang bertolak, secara kebetulan pula subuh esok si

    Mandur nak bawa pala, cengkih dan hasil kebun yang lain ke Sungai Penuh.Kamu berdua boleh tumpang dia, naik lori.

    Apa fasal kamu beria-ia sungguh menahan kami supaya bermalam bermalamsemalam disini? tanya saya, kamu nak suruh kami cari pengawal rumah batulama tu, Mia.

    Mia menarik nafas dalam-dalam. Ekornya menjeling tajam ke arah suasana di luarmenerusi jendela yang terbuka luas.

    Aku tidak berniat macam tu. Bila kamu bertolak pagi esok, malam ini boleh akusediakan nasi lemak atau pulut untuk bekal kamu berdua.

    BIBIR

    NIAT kamu baik Mia. Tapi, sulit untuk kami, balas saya.Andi Kamarool anggukkan kepala. Setuju dengan apa yang saya luahkan. Tidakada tindak balas dari Mia. Suasana dalam rumah papan lama terasa bungkamsekali.

    Beberapa saat berlalu begitu saja. Tiada suara tiada bicara. Tiga insan dengantiga persoalan yang berlainan. Mia segera saya jeling. Apakah tindakan selanjut

    yang bakal dilakukan

    Perlahan-lahan dia membasahkan kedua belah kelopak bibirnya dengan lidah. Diabagaikan kecewa dengan ungkapan yang saya luahkan. Andi Kamaroolmengosok-gosok lantai papan dengan telapak tangan kirinya. Saya tak tahukenapa Andi berbuat demikian. Tetapi, apa yang pasti, dia sedang memikirkansesuatu.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    17/131

    Apa yang sulit tu Tamar? satu kejutan dari Mia. Dia minta sebuah kepastian, aku fakir perkara itu tak sulit dan menimbulkan masalah. Cuma semalam sahaja,demi kebaikan kamu berdua. sambungnya tanpa memberi peluang untuk sayamenindih hujah yang diajukan. Tindakannya yang pantas , membuat saya hilangtumpuan. Saya bagaikan tergamam.

    Kalau itu hajatkau Mia, biarlah kami bermalam lagi disini. Subuh esok kamibertolak ke Sungai Penuh dengan lori pengangkutan barang, lagi sekali sayamengalami kejutan.

    Andi Kamarool memberi kata putus tanpa berunding dengan saya. Ini sudahketerlaluan, saya perlihatkan rasa tidak puas hati dengan menumbuk lantaipapan. Mia terperanjat.

    Jangan mudah naik darah, Tamar!

    Andi Kamarool jegilkan biji mata. Air mukanya berubah menjadi keruh.

    Humm, saya mengeluh.

    Aku kira kamu setuju. Demi kebaikan kita berdua dan persahabatan dengan Mia,apa salahnya kita tunaikan permintaannya, bahu kanan saya segera ditepuk olehAndi Kamarool, sinar matanya tidak sekeras tadi. Penuh kelembutan memintasimpati. Tindak-tanduk Andi Kamarool itu membuat saya berada dalam keadaanserba salah.

    Kamu setuju, Tamar! Andi Kamarool bagaikan memaksa.

    Saya terus membisu. Sukar untuk saya membuat keputusan. Kalau saya setuju,secara langsung memperlihatkan ketidak tegasan saya pada Mia. Kalau sayamenolak, mungkin hubungan saya dengan Andi Kamarool kurang baik.

    Katakan yang kau setuju Tamar, sungguh mengejutkan bila Andi Kamaroolmengungkapkan kembali kata-kata itu dalam keadaaan berbisik.

    Demi persahabatan, saya anggukan kepala. Keriangan terpancar diwajah AndiKamarool. Tetapi, jauh disudut hati saya, berbunga perasaan kurang senangterhadap rakan karib yang pandai membuat keputusan sendiri, tanpa mahuberunding.

    Terima kasih Tamar, Mia renung saya.

    Berikan terima kasih tu pada Andi.

    Kamu marah lagi, Tamar sahut Andi Kamarool.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    18/131

    Tidak, kata saya tenang .

    Malam ni, kami mahu tidur saja, kami mahu rehat, tak mahu cari dan tak mahufakir tentang penjaga rumah batu kamu, sambil menggeliat Andi Kamaroolmengeluarkan ingatan. Anak matanya terpaku ke wajah Mia.

    Aku tidak mengharap perkara itu,

    Jadi kamu mahu kami berehat, saya mencelah.

    Memang itu yang aku harapkan, tingkah Mia.

    Ternyata Mia tidak dapat menyembunyikan kegembiraannya. Harapannya berhasilmenjadi kenyataan. Namun begitu, sebagai manusia hati kecil saya disulamidengan pelbagai persoalan. Macam-macam saya fikirkan. Mungkinbekal yangdiucapkan oleh Mia itu mempunyai maksud tertentu. Mungkin budi yang mahu

    dihulurkan adalah perangkap untuk kami.

    Mia, lagi sekali anak matanya saya tenung.

    Kenapa Tamar?

    Kamu ikhlas mengajak kami,

    Iya, angguk Mia.

    Saya tidak meneruskan pertanyaan. Dalam senyum, anak matanya yang jernihberada dalam anak mata saya. Saya merasakan ada keikhlasan dan kejujurandalam kolam mata Mia.

    Kamu berdua sangsi dengan aku?

    Kenapa kamu cakap macam itu Mia, sampuk Andi Kamarool gugup.

    Renungan Tamar, lain macam aje, balas Mia.

    Kali ini renungan ditumpukan ke wajah Andi Kamarool yang sejak tadi cumapasangkan telinga saja. Kenapa dia tak mahu pandang aku? Timbul pertanyaandalam hati.

    Aku juga merasakan macam tu, gerak geri Tamar penuh dengan tandatanya,Andi Kamarool setuju dengan komen yang diluahkan oleh Mia. Keadaan sayabenar-benar tersepit kini.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    19/131

    Aku tak pernah sangsi, aku tak pernah bimbang dengan kamu,Mia sayabersuara perlahan sambil mengelengkan kepala. Andi Kamarool tersenyum. Miamembetulkan anak rambutnya yang terjuntai di dahi.

    Pengakuan ikhlas dari Tamar. Kamu bagaimana Andi? saya lihat sepasang

    anak mata Mia bercahaya ke arah Andi Kamarool.

    Aku juga macam Tamar, tak perna sangsi terhadap kamu.

    Kami bertiga segera bertukar senyuman dan pandangan.

    Semuanya sudah terjawap, semuanya sudah selesai. Kalau begitu biar aku balikdulu, Mia terus bangun. Tetapi, beberapa minit kemudian dia duduk bersilakembali. Tindak tanduk yang dilakukan oleh Mia menimbulkan tanda tanya dalamhati kami berdua.

    Kenapa Mia? saya menyoal.

    Biar aku bersihkan cawan dan piring dulu.

    Tak payah, kami boleh basuh, Andi Kamarool melarang.

    Tak apalah, balas Mia selamba

    KUMPUL

    Mia pun mengumpulkan, cawan dan piring, ditaruh atas talam. Dengan langkah

    yang teratur, dia menatang talam menuju ke ruang dapur. Mungking kerana tidakada apa-apa yang mahu diperkatakan Andi Kamarool segera bangun danmelangkah ke arah tingkap. Dia berdiri di situ melihat pepucuk kelapa yangmelintuk liouk ditolak angina. Saya segera meluruskan sepasang kaki sambilmenyandarkan belakang pada dinding rumah.

    Dia ringan tulang, Andi.

    Siapa Tamar? Andi Kamarool menoleh kearah saya.

    Mia.

    Hum. Aku juga berpendapat begitu Tamar.

    Saya membengkok sepasang kaki, terus duduk bersila. Tetapi belakang masihmelekap pada dinding. Bunya cawan dan piring berkaga jelas kedengaran diruang dapur.

    Tapi, aku kurang senang dengan kamu, Andi.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    20/131

    Bagaikan kilat Andi Kamarool menerpa kearah saya dan terus duduk. Kamibertentangan wajah.

    Apa yang kau kurang senang dengan aku, Tamar.

    Perangai kamu.

    Kenapa dengan perangai aku, Tamar?

    Kamu terlalu berlembut bila berdepan dengan Mia. Kamu selalu mengalah, sukamendengar cakapnya,

    Maksud kamu, Tamar? Air muka Andi Kamarool nampak resah.

    Sekejap dia gigit bibir, sekejap melagakan gigi atas dengan bawah. Sekejap renun

    ke tingkap, sekejap renungan ke dapur. Apa yang dibuat, semuanya tidak kena.Andi Kamarool benar-benar keresahan.

    Maksudnya, kata saya dengan tenang.

    Kerana Mia, kau paksa aku secara tak langsung supaya menunaikanpermintaannya. Cara kamu menyakitkan hati.

    Saya ledakan apa yang bergolak dalam batin selama ini. Andi Kamaroolmenggosok pangkal hidungnya dua tiga kali. Keresahan diwajahnya beransurkuran. Dia tidak terkejut dengan apa yang saya luahkan. Senyum mula berlaridikelopak bibirnya. Saya tunduk merenung lantai.

    Sinar matahari yang kian keras terus menerpa ke setiap sudut rumah. Keadaanluar bertambah panas, bahangnya tersa sehingga ke dalam rumah. Kicau burunglangsung tiada kedengaran. Tetapi, sekali terdengar suara burung merbahtanah memanggil anak mencari cacing pengisi perut. Hati saya berdebarmenanti reaksi dari Andi Kamarool berhubung dengan kata-kata yang sayahamburkan sebentar tadi.

    Aku ada muslihat, tuturnya memecahkan kesepian.

    Musliahat apa? Muslihat mengenakan kawan, menguntungkan orang lain,sanggah saya. Nada suara agak keras sedikit.

    Tak semua muslihat dan rahsia mesti diceritakan atau dibawa berunding dengankawan, Kalau kita fikirkan, muslihat itu menguntungkan kita boleh buatkeputusan sendiri, kata Andi Kamarool sambil melunjurkan sepasang kakinya.Kemudia dia menginsut ke pintu, merenung halaman rumah yang dimamahmatahari.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    21/131

    Apa muslihatnya? sergah saya.

    Andi Kamarool berpatah balik ke sisi saya.

    Bukankah kita merancang nak jumpa Haji Simpul, Tamar. Inilah peluang,

    gembira sekali nada suara Andi Kamarool. Bahu kanan saya ditepukmya berkali-kali. Kelopak bibirnya mengukir senyum. Untuk kesekian kalinya wajah AndiKamarool saya tatap.

    Bukan kerana permintaan Mia? ulang saya.

    Tidak, Andi kamarool gelengkan kepala.

    Memang pada mulanya aku mahu menolak. Tetapi. Bila aku fikirkan dalam-dalam, tidak rugi memenuhi permintaannya. Ini peluang terbaik untuk kitaberjumpa Haji Simpul, sambung Andi Kamarool lagi.

    Aku tak menduga sampai di situ, kata saya tenang

    MATI

    Dialog selanjutnya terpasa dimatikan. Anak telinga kami menangkap bunyitelapak kaki Mia dari ruang dapur menuju ke ruang tengah. Kami segera bangun.Masing-masing cari haluan sendiri. Saya berdiri dimuka pintu, pura-puramerenung rerumput di halaman. Andi kamarool memilih jendela, pura puramelihat awan gemawan dan beburung yang terbang. Kami pura-pura buat tidaktahu yang Mia sudah berada di ruang tengah.

    Hai, dua-dua mengelamun. Satu jadi jaga pintu dan satu lagi teropong kapalterbang lalu, usik Mia.

    Kami pura-pura terkejut besar dan segera berpaling ke arahnya. Serentak, kamimendekati Mia, hingga kedudukannya berada di tengah-tengah (dia antara sayadan Andi Kamarool).

    Terima kasih kerana tolong basuhkan cawan dan piring, Andi Kamarool mulabersuara sambil tersengih.

    Sepatutnya aku yang mengucapkan terima kasih kerana kamu berdua sudimenunaikan permintaan aku. Tengah hari ini makan di rumah aku.

    Tapi kami bersuara serentak.

    Saya terpaksa mengalah untuk memberi laluan pada Andi Kamarool. Biar diauruskan, barangkali dia dapat memberikan alasan yang bernas dan lojik.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    22/131

    Siri 182 Jadi Hamba Iblis

    Kerana Andi Kamarool lambat menyambung percakapan yangterputus, keresahan datang dalam diri saya. Rupa-rupanya

    keresahan yang sama juga dialami oleh Mia. Buktinya, dia tidakdapat duduk dengan aman. Sering saja mengaru-garu pangkalleher dan meraba hujung bajunya.

    Andi, saya bersuara.

    Dengan segera Andi Kamarool mengangkat tangan kanannya,memberi isyarat supaya diam. Jangan campur dalam urusannya.Lebih tetap dia menyuruh saya membantu. Mia hanya

    memperhatikan saja gerak-geri Andi Kamarool.

    Kami berdua ada rancangan nak berjalan-jalan di kawasankampong, dihujung lading Mia. Kam nak berkenalan denganpenduduk setempat. Andi Kamarool berhenti bercakap. Diasenyum pada saya dan Mia.

    Kali ini, biar aku dan Tamar makan diluar, sambung AndiKamarool . Saya anggokkan kepala, setujua dengan apa yang

    dituturkan oleh Andi Kamarool itu.

    Mia tidak memperlihatkan reaksi yang negative. Dia nampakbersahaja menerima kata-kata Andi Kamarool. Cuma hati sayasaja yang cemas. Bimbang , kalau dia melenting danmenghalang.

    Eloklah tu, tapi hati-hati. Kalau kamu dengar komen orangkampung tentang aku dan rumah batu, jangan cakap apa-apa.

    Kamu berdua dengar saja, Mia meluahkan ingatan.

    Kami segera mengangguk.

    Tapi jangan lupa makan malam dirumah aku, Mia kemukakanpermintaan dalam senyum penuh kemesraan. Ngin yang

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    23/131

    berlegar diruang tamu menggerakkan anak rambutnya yangterjuntai dicuping telinga kiri.

    Begini Mia, Andi Kamarool membetulkan duduknya, biar selesa

    dan seronok, begitu jugak saya.

    Apa lagi Andi? Mia bertanya.

    Terlanjur dah keluar dari lading kamu, kami nak beli baranguntuk makan malam, dalam nada suara keyakinan sayameluahkan kata-kata.

    Sesungguhnya, saya sendiri tidak menduga boleh berbuat

    begitu. Semuanya tidak dirancang, keluar dari mulut secaraspontan.

    Maksud kamu, mahu masak sendiri, Mia menghalakansepasang biji matanya ke wajah saya.

    Nampaknya begitulah Mia. Kami juga nak bersembahyangberjemaah Maghrib dan Isyaak dengan orang kampong, Andiyang menyelamatkan keadaan.

    Rasa terkejut terbayang dimuka Mia. Dia merenung kosong kearah ruang dapur. Macam ada sesuatu yang bermain dalamtempurung kepalanya. Dia senyum sinis.

    Agaknya nak tukar selera, nak makan masakan sendiri.Maklumlah dah kerap sangat makan masakan aku, terasa juga

    jemunya, Mia bagaikan menyindir. Saya dan Andi hanya mamputersenyum, tidak mahu memberikan sebarang komentar.

    Aku, harap rancangan kamu dapat berjalan dengan lancer,tambah Mia, dia segera berpusing menuju ke ambang pintu.

    Aku balik dulu, hati-hati masa berjalan dalam kawasan kampongorang, Mia mengingatkan lagi. Dia pun melangkah menurunianak tangga. Kami juga turut berbuat demikian, tetapi setakat

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    24/131

    kaki tangga sahaja. Mia pun melangkah pulang, berlenggangpenuh sopan.

    RANCANGAN

    Kira kita jam sepuluh pagi, kami tinggalkan rumah papan menujuke arah selatan lading milik Mia. Setelah melepasi pintu pagaryang tidak berkunci, kamu memasuki kawasan tanah paya yangmenjadi sempadan antara tanah kampong dengan kawasanlading peninggalan arwah orang tua Mia.

    Lebih kurang setengah jam perjalanan, akhirnya kami sampaikekawasan pinggir kampong. Dari situ, kami melalui jalan tanah

    merah yang agak sunyi.

    Kiri kanan jalan penuh dengan pokok-pokok getah. Bila sampaikekawasan perumahan, suasana terasa agak sibuk, kelihatanada para penduduk menebas kawasan rumah yangkebanyakannya ditanam dengan pokok-pokok buah-buahanseperti betik, rambutan, ciku dan sebagainya.

    Semua orang yang ditemui, sama ada yang berjalan kaki atau

    naik basikal semuanya ringan mulut. Mudah memberi salam danmenegur sapa.

    Mahu ke mana ?

    Tegur seorang lelaki yang berusia sekitar enam puluhan,dibahunya ada seberkas kayu. Parang terselit di pinggang. Diaseperti baru balik dari kebun buah-buahan.

    Kami nak cari rumah Haji Simpul. Saya menjawap.

    Orang tua itu menurunkan berkas kayu dari bahu, disandarkanpada pangkal pokok ketapang. Dengan secebis kain (yang sukarditeka warnanya kerana sudah lusuh) dia menyapu peluh di dahi.Dia memperkenalkan dirinya sebagai Lebai Saad. Kami punberitahu nama kami kepadanya.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    25/131

    Kamu berdua orang luar?

    Serentak kami anggukkan kepala.

    Begitulah selalunya, orang luar datang kesini suka sangatmencari Haji Simpul. Nama dan kebolehannya tersebar di mana-mana. Pada kami dia cuma orang tua biasa saja, katanya sambilmengajak kami duduk atas tunggul kayu.

    Apa hal nak jumpa dia?

    Tak ada apa-apa, saja nak jumpa, kata Andi Kamarool.

    Ikut jalan ni keutara, kamujumpa dua deret kedai papan, kamujalan lagi hingga kamu jumpa sebuah rumah di hujung kampong,berdinding tepas, beratap rumbia. Itulah rumah Haji Simpul,dengan nada suara yang bersahaja Lebai Saad memberipetunjik.

    Terima kasih, Pak Lebai, kata saya.

    Sama-sama kasih, selamat jalan.

    Kami segera bersalaman dan meneruskan langkah.

    Semasa sampai di halaman rumah Haji salaim, kami dapati daunpintu rumahnya tertutup rapat. Tetapi, tingkap terbuka luas, suaraorang membaca Quran jelas kedengaran. Berhampiran tanggaterdapat sebuah basikal tua. Saya terus memberi salam.Gembira sekali, bila salam yang diberi menerima jawapan.

    TEGAP

    Daun pintu terkuak, seorang gadis sunti dalam lingkungan usia12-13 tahun muncul dipintu, memakai tuding.

    Haji ada dirumah? saya bertanya.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    26/131

    Ada, si gadis menghilangkan diri. Tempatnya segera digantioleh seorang lelaki tua, memakai serban, janggutnya putihsampai kedada. Kelihatan tegap dan sasa.

    Sila masuk,

    kami masuk ke perut rumah. Duduk bersila atas tikarmengkuang. Orang tua itu memanggil gadis sunti suruh masakair.

    Ini piut saya, sambil memegang hujung serban, orang itubersuara.

    Macam tadi, kami anggukkan kepala. Ekor mata sayamengawasi setiap sudut ruang. Semuanya menyenangkan.

    Kamu berdua orang luar?

    Iya, Tuan Haji, jawap Andi Kamarool.

    Saya sudah memutuskan setiap pertanyaan yang diajukan olehHaji Simpul akan dijawap oleh Andi Kamarool. Saya mahumembisu.

    Dari lading arwah orang tua Mia?

    Iya, Tuan Haji.

    Kenapa tak ikut jalan raya? Ikut jalan raya lagi dekat. Taksampai sepuluh minit dah sampai kesini.

    Tiada jawapan yang dihamburkan oleh Andi Kamarool. Dia

    merenung kearah saya, seolah-olah meminta bantuan. Keranasaya sudah memutuskan mahu mendengar sahaja, jadi sayabuat tak kisah dengan renungan itu.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    27/131

    Andi Kamarool garu cuping telinga tiga kali berturut-turut,sebagai isyarat saya menjawap pertanyaan Haji Simpul. Sayagelengkan kepala, tidak bersedia untuk masuk campur.

    Kerana tak ada orang yang nak beritahu, jadi kamu berdua mainredah saja, haji Simpul mengakhiri ungkapan dengan senyumsinis.

    Iya, cepat Andi Kamarool menyahut.

    Kenapa kau orang tak Tanya Harisun orang gaji Mia, dia tahujalan pintas. Ikut jalan pintas, lagi pintas lagi cepat.

    Dia tak suka kami jumpa Tuan Haji, tidak semena-mena sayaikut campur. Melanggar janji dan azam sendiri. Haji Simpultersenyum lagi. Tidak memberikan sebarang komentar.

    Silapnya kerana kami tak bertanya, Andi Kamarool sepertimembela Kak Sun.

    Ohh.., sahut Haji Simpul separuh keras. Matanya tertumpukearah kami berdua.

    TENTANG

    Memang saya tidak berdaya menentang biji mata Haji Simpul,sinar matanya saya rasakan menusuk kalbu. Gerak anak matahitamnya bagaikan membaca rahsia diri. Pepohon manggis yangtumbuh di kiri kanan rumah membekalkan rasa sejuk, meskipunmataharimemancar keras Bayangkan, berapa panasnya bahangmatahari jam sebelas pagi.

    Si gadis sunti datang meletakkan tiga cawan kopi hitam didepankami. Saya mengambil kesempatan melemparkan pandangankeluar menerusi jendela. Si gadis sunti meninggalkan ruangtamu.

    Sila minum, pelawa Haji Simpul.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    28/131

    Terima kasih, kata saya.

    Terima kasih, kata Andi Kamarool.

    Serentak kami angkat cawan dan serentak pula meneguk kopihitam. Rasa pahitnya bagaikan lekat di tekak. Sepat-cepat sayaletakkan cawan. Tidak bersedia untuk menghirup kali kedua.

    Kopi pahit, baik untuk tubuh. Dapat mengelakan kencing manis.Tapi, kalau minum berlebihan boleh menyebabkan sakit kepala.Kopi yang kamu minum, kopi asli, mungking kata-katayangterpancut dari mulut Haji Simpul, akibat melihat wajah kamiyang berkerut menelan air kopi yang dibuat oleh piutnya.

    Minumlah lagi, desak Haji Simpul.

    Kami berdua jadi serba salah . Menolak tanda k urang sopan,diminum pahitnya bukan kepalang. Saya dan Andi Kamaroolsaling berpandangan, saling bertukar senyum pahit. Diantarasaya dan Andi Kamarool, siapakah yang terlebih dahulumenghirup kopi untuk kali kedua.

    Minumlah, apa segan-segan pula, Haji Simpul terus mendesakIya, kami minum, balas kami serentak.

    Serentak dengan itu juga, kami terus menelan kopi hitam yangpahit. Tetapi, kali ini kami berusaha agar wajah tidak berkerut.Tidak rela kelemahan diri dikesan oleh Haji Simpul bagi kalikedua.

    Bagus, mula-mula saja rasa pahit, lepas tu terasa sedap. Kiatmesti minum air yang ada khasiat,

    Iya, Tuan Haji, cakap Tuan Haji tu memang betul, balas sayasambil menelan air liur untuk menghilangkan rasa pahit ditekak,

    Andi Kamarool tersenyum pahit, buah halkumnya nampakbergerak-gerak.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    29/131

    Haji Simpul terus menghabiskan sisa air kopi dicawannya.Dengan perlahan-lahan dia meletakkan cawan kopi dilantai.Jejari kanannya mengurut badan cawan beberapa kali. Dianampak macam resah saja.

    Kamu ada hubungan keluarga dengan orang tua Mia? Biji mataHaji Simpul tertumbuk kewajah Ani Kamarool, tidak kira darisebelah mana. Samada dari sebelah ibu atau ayah, sambungHaji Simpul. Dengan sedaya upaya dia berusaha agar bijimatanya bertembung dengan biji mata Andi Kamarool, kelopakmatanya tidak berkedip.

    Andi Kamarool cuba mengelak. Dengan secara mendadak saja,

    Haji Simpul menjatuhkan telapak tangan kiri keatas bahu kanan Andi Kamarool. Jari-jarinya memegang erat tulang bahu AndiKamarool.

    Kamu ada hubungan keluarga? soalnya lagi.

    Andi Kamarool gelengkan kepala.

    Betul, tak ada hubungan keluarga? dia minta sebuah kepastian

    yang jitu. Bahu kanan Andi Kamarool digoncangkan berkali- kali.Wajah Andi kamarool segera menjadi kemerah-merahan.Dahinya mula ditumbuhi peluh-peluh halus.

    Ada hubungan keluarga? untuk sekian kali, pertanyaan yanghampir diulangi. Andi Kamarool bagaikan terpukau, tidak bolehbersuara. Dia hanya menggelengkan kepala.

    Haiiiiiii.., Haji Simpul bagaikan mengeluh. Dengan serta

    merta jari jemari yang menyentuh bahu Andi Kamarool diangkat.Selepas itu, tidak ada tindak tanduk atau tutur kata yang terhaburdari mulut Haji Simpul.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    30/131

    SEPI

    Suasana terasa sepi. Saya mengigit bibir, Andi Kamaroolmenggaru pangkal leher beberapa kali. Semuanya yang kami

    lakukan adalah untuk menghilangkan keresahan.

    Sebenarnya si Harisun banyak bercerita tentang kamu berduapada aku. Dia mencurigai keikhlasan dan kejujuran kamu, nadasuara Haji Simpul yang bersahaja memecahkan kesepian.

    Kami tersentak, tidak menduga begitu tanggapan Kak Sunkepada kami. Haji Simpul menarik dan melepaskan nafasdengan tenang. Dalam suasana yang agak tegang itu, terdengar

    kicau dan kokok ayam dalam cuaca panas yang kian menyengat.

    Tuan, haji. Andi Kamarool tidak meneruskan percakapan.

    Katakan, apa yang mahu kamu katakan. Aku bersediamendengar, Haji Simpul memicit-micit pangkal lengankanannya.

    Begini tuan haji Andi Kamarool menyambung. Siapa pun

    berhak merasa curiga. Bila ada orang luar yang tak dikenalidatang tempat kita.

    Haji Simpul tersenyum sambil anggukkan kepala tanpa berkataapa-apa.

    Apa hubungan Tuan Haji dengan Kak Sun? saya bertanya.

    Haji Simpul mengkedutkan kening. Macam ada sesuatu yangdifikirkannya, sebelum meluahkan jawapan.

    Dia jiran sekampung, selalu dadtang ke rumah bila adamasaalah. Sekarang ini pun, dia dalam pengawasan aku.Semangatnya cukup lemah, macam ada sesuatu yang ditakutidan dihormatinya. Dia sentiasa cemas.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    31/131

    Apa yang dituturkan oleh Haji Simpul membuat saya dan Andikamarool membeliakkan biji mata. Berita baru yang sungguhmengejutkan. Hampir sama dengan apa yang kami lihat terjadipada diri Kak Sun.

    Bahu Andi Kamarool segera saya singgung. Dia menjerit denganapa yang saya lakukan. Andi Kamarul mencuit kepala lutut sayadengan ibu jari yangbermaksud supaya bertenang.

    Kenapa dengan dia Tuan Haji? susul Andi Kamarool.

    Sebelum memberi jawapan, Haji Simpul melemparkanpandangan keluar rumah sejenak. Kemudian dia mengubah

    pandangan ke arah kami.

    Kalau aku tak terangkan, kamu berdua sudah tahu. Apa yangdibuatnya kamu berdua sudah tahu. Apa yang dibuatnya kamuberdua dah tengok.

    Bukan begitu, Tamar, Haji Simpul merenung muka saya.

    Iya, Tuan Haji, jawap saya.

    Susah aku nak mengatasi masaalahnya,sulit, perlahan benarnada suara Haji Simpul. Dia kelihatan seperti berputus asa. Lututkanannya segera di tegakkan. Telapak tangan kirinya, punterdampar atas tempurung lutut kiri. Haji Simpu; termenungpanjang.

    Kesian Kak Sun, tak boleh dibiarkan dia berterusan begitu. TuanHaji mesti tolongnya. Secara sepontan saya bersuara.

    Aku juga berfikir macam tu, Haji Simpul memberi reaksi yangpositif. Tetapi, Andi kamarool terus termenung panjang.Barangkali, kurang setuju dengan saranan yang saya berikan.

    Kita harus bertindak, saya membakar semangat Haji Simpul.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    32/131

    Iya, sekarang kita boleh mulakan Orang yang boleh membantudan menolong Harisun ialah kamu .. jari telunjuk Haji Simpulmenuding ke arah Andi Kamarool.

    Lagi sekali saya mengalami kejutan. Bijik mata Andi Kamaroolbagaikan mahu tersembul. Mukanya berubah, dia mengalamikejutan yang hebat dari saya.

    DIRI

    SAYA tuan haji . Mullut Andi Kamarool melopong.

    Iya, kamu orangnya, anggk Haji Simpul.

    Apa yang saya tahu, Tuan Haji

    Ahhhhh.., Haji Simpul segera bangun.

    Dia melangkah ketingkap dan berdiri di situ, merenung dedaunpokok yang dipanggang matahari. Saya hanya menelan air liursambil mata merenung sisa air kopi yang berada di dasar cawan.

    Mungkin kerana tidak selesa berdiri di tepi tingkap menyebabkan

    Haji Simpul kembali duduk bersila didepan kami. Diamenghilangkan air kopi, melihat dari gerak-gerinya,ternyata HajiSimpul cuba mencari ketenangan dan keselesaan dalam dirinya.Saya dengan Andi Kamarool tetap macam tadi, sekejap dudukbersila, sekejap melunjurkan sepasang kaki untukmenghilangkan rasa lenguh.

    Banyak perkara yang ada pada kamu Andi untuk menolong Miadan Harisun. Barangkali kamu tak tahu semuanya itu atau kamusengaja buat tak tahu, dengan hati-hati Haji Simpul mengungkapkata- kata, renungannya cukup lembut ke arah Andi Kamarool.Saya lihat Andi Kamarool makin bertambah bingung.

    Tuan Haji mempermain-mainkan saya?

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    33/131

    Tidak, aku bercakap perkara yang benar

    Saya tak tahu, kalau begini saya boleh jadi gila.

    Bertenang Andi, jangan mengelabah. Dengar cakap aku dulu,haji Simpul terus menepuk-nepuk bahu Andi Kamarool denganlembut. Penuh kemesraan. Saya lihat Andi Kamarool menarikdan melepaskan nafas perlahan-lahan sambil merenung lantai.Dia sedang berusaha menenangkan perasaannya.

    Aku tahu apaya kamu berdua rasa dan lihat di kawasan rumahMia. Macam-macam benda pelik terjadi. Betul tak cakap aku ini,Tamar.

    Betul tuan haji.

    Satu lagi, aku nak bagi tahu kamu berdua, kebanyakan bendapelik yang terjadi itu, memang Mia tidak tahu. Tapi, Harisun tahu.

    Aku pernah pesan pada Harisun, suruh kau berdua datang jumpaaku. Itulah sebabnya aku tidak terkejut, bila kamu berdua datang

    jumpa aku, penjelasan dari Haji Simpul membuat sayatermenung panjang.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    34/131

    SIRI 183 MATANYA MULA MERAH

    Penjelasan dari Haji Simpul itu, secara tidak langsung seolah-olah menyuruhkami berfikir tentang Kak Sun.

    Hati kecil saya lantas membuat kesimpulan, Kak Sun memang tidak ikhlas.Dialah, batu penghalang hasrat kami bertemu dengan Haji Simpul.

    Aku kadang-kadang, risau dengan perangai si Harisun. Dia suka, dengankeadaan yang tidak baik itu terjadi kepada diri Mia dan dirinya. Berkali-kali akuterangkan padanya, masaalah Mia boleh diatasi, begitu juga dengan masaalahdirinya. Salah seorang dari mereka, harus mengadu hal pada aku atau mintabantuan aku. Kemudian barulah aku berusaha memecahkan masalah yangmereka hadapi.

    Agaknya, Kak Sun merasakan perkara itu susah, tingkah saya.

    Memanglah susah, rohani mereka berdua mesti dibersihkan dengan amalan-amalan yang terpuji. Perkara begini, tidak boleh dibuat dalam sekelip mata. Mestidiamalkan secara berterusan, mesti sanggup menghadapi godaan, Haji Simpulberhenti bercakap, matanya merenung lantai. Barangkali dia berfikir apakahperkara itu harus dibentangkan kepada kami atau dimatikan begitu saja.

    Sesungguhnya, saya memang mengharapkan Haji Simpul menghuraikan secaralebih terperinci tentang Mia dan Kak Sun. Malangnya, saya tidak beranimenyatakan hasrat tersebut secara terang-terangan.

    Syukur ! Tanpa diminta Haji Simpul menjelaskan secara terperinci, bahawa apayang terjadi pada diri Mia dan rumah batu lama itu adalah akibat keterlanjuran

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    35/131

    nenek moyangnya yang bekerjasama dengan makhluk ghaib yang disebut SAKA.Selagi zuriat nenek moyangnya ada dibumi ini, saka itu akan menjaga mereka danmereka pula mesti membela saka mengikut ketetapan syarat yang dibuat dengannenek moyang dahulu.

    Bila dipersia-siakan syarat dan janji, macam macam yang datang, seperti yangterjadi pada Mia dan melarat kepada orang gajinya. Kalau dibiarkan parapekerjanya akan turut terlibat. Andi, kamu harus menyelamatkan Mia, dari caraHaji Simpul bercakap dan renungan mata, ternyata kata-kata yang dihamburadalah untuk Andi kamarool.

    Tuan haji suruh saya.

    Iya, balas Haji Simpul.

    Saya seorang, tanya Andi Kamarool cemas.

    Aku bantu kamu, Haji Simpul memberi jaminan.

    Jaminan yang diberikan itu, membuat Andi Kamarool menoleh kearah saya duatiga kali. Walaupun begitu dia nampak tenang. Tidak gugup macam tadi.

    Anehnya, saya pula berdebar dan cemas, tidak tentu fasal. Apakah harapan danpermintaan Haji Simpul itu akan memulakan sebahagian babak baru yang lebihbaik untuk saya dan Andi Kamarool. Mungkinkah kami akan terus terpenjara didaerah asing ini dalam jangka waktu yang tidak dapat ditentukan. Semuanyaberputar ligat dalam tempurung kepala.

    Bagaimana caranya tuan haji? Apa saya boleh ikut sama?

    Haji Simpul tersenyum. Lagisekali wajah saya jadi tumpuan anak matanya yanghitam tajam. Bila direnung begitu, saya jadi serba salah. Tidak senang rasanyahati.

    Sudah tentu kamu boleh ikut sama, kamu boleh menolongnya dengan ilmupetua yang ada pada kamu, tetapi., dengan serta merta Haji Simpul alihkanrenungan ke arah Andi Kamarool.

    Kamu ada kelebihan tersendiri yang tidak ada pada orang lain, tambah HajiSimpul.

    Maksud tuan haji, celah Andi Kamarool.

    Datuk nenek kamu, mengamalkan ilmu dunia yang sealiran dengan ilmu nenekmoyang Mia. Mereka berguru dengan orang yang sama. Tetapi, menuntut ditempat yang berlainan. Mereka sama-sama SAKA yang berpenghulukan jin,

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    36/131

    bapanya harimau. Mereka sudah berjanji untuk memelihara SAKA itu, selagizuriat mereka ada dimuka bumi.

    Janji yang mencelakakan keturunan sendiri, terhambur dari mulut saya.

    Ahh kamu, nada suara Haji Simpul meninggi. Dia memperlihat rasa kurangsenangnya, dengan membeliak biji mata kepada saya.

    Maafkan saya.

    Jangan cepat melatah, jangan cepat marah. Berbalik pada diri si Andi ini.Kelebihannya, berjaya mengawal diri dan membuang SAKA datuk neneknyadengan amalan mengikut hukum-hukum Allah. Disamping itu, dia turut dibantuoleh alim ulama, penuh perasaan Haji Simpul bersuara.

    Tetapi, saya tewas juga tuan haji, terjebak juga dengan kepintaran dan penipuan

    syaitan, potong Andi Kamarul. Tiba-tiba dia menangis tersedu.

    Tangisan dan sedu sedan Andi Kamarool berakhir, setelah dipujuk oleh HajiSimpul. Satu suasana yang berlaku diluar dugaan, inilah kali pertama sayamelihat Andi Kamarool yang keras hati itu menangis.

    BERJAYA

    Tetapi. akhirnya kamu berjaya keluar dari sarang kejahatan itu. Kaumenggunakan apa yang ada pada kau untuk menyelamatkan Mia, sekali gusmenolong, Harisun yang menjadi hamba penunggu rumah batu, tu.

    Saya tak,

    Jangan cepat menolak, pintas Haji Simpul. Andi Kamarool terdiam. Diamembiarkan haji Simpul meneruskan percakapan.

    Jangan cepat menolak sebelum berusaha. Menyelamatkan manusia dari kuasasyaitan satu amal jariah. Membetulkan kepercayaan orang Islam yang sudahterpesong, satu kewajipan yang memang dituntut. Apakah kamu berdua tdakmahu membuat amal jariah semasa hidup?

    Mahu, jawap kami serentak.

    Kalau begitu mulakan, jangan berdolak dalik lagi, Andi, sebuah permintaanyang murni tetapi penuh cabaran.

    Aku sedia membantu, kamu berdua, Haji Simpul melafazkan janji sambilmengenggam penumbuk.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    37/131

    Bagaimana kalau tuan haji saja menjalankan kerja itu, saya kira kata-kata yangdiungkapkan oleh Andi Kamarool merupakan satu helah untuk melepaskan diritugas berat itu.

    Kamu memang bijak, cara hormat kamu mahu menguji kesungguhan dan

    kejujuran aku Andi. Dalam hal ini, ada syaratnya untuk aku memulakan tugas tu,

    Apa syaratnya tuan haji.

    Aku tak boleh jual murah bak kata orang, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Mia tidak pernah minta tolong, begitu juga dengan Harisun, bagaimanaaku mahu memulakan. Kamu suka dengan Mia, Andi, Haji Simpul tidakberselindung lagi. Andi Kamarool, tidak boleh berdalih lagi di hadapan orang tuayang boleh membaca apa yang tersirat dalam kalbunya.

    Iya tuan haji, saya sukakan dia, pengakuan yang tidak mengejut saya. Memang

    sudah diduga Andi Kamarool akan berterus-terang.

    Kalau begitu jangan bertangguh lagi, Haji Simpul membakar semangat AndiKamarool. Saya lihat muka Andi Kamarool mula merah. Dia merasakan dirinyaseperti tercabar.

    Tunjukkan jalan untuk saya tuan haji,

    Ada dua jalan, kamu boleh pilih mana yang kamu mahu. Apa yang pasti,semuanya mempunyai risiko yang tinggi.

    Terangkan tuan haji, saya mengeluarkan usul.

    Bila aku terangkan, mesti dibuat, jangan berdalih. Paling lewat dalam masa tigabulan perkara itu mesti berjalan. Kalau tidak dibuat, padahnya kita tanggungbersama.

    Apa padahnya tuan haji?

    Syaitan menggoda keimanan kita hingga terpesong.

    Ohhhhhh, serentak kami bersuara.

    Haji Simpul memperkemaskan sila, menyandar badan ke dinding. Sepasangtangannya memeluk tubuh dengan kejap sekali. Sepasang matanya merenung kedepan, bagaikan menembusi dinding mengembara jauh ke kawasan yang tidakbertepi. Dia seperti menafikan kehadhiran kami disisinya. Kelopak matanya tidakberkelip.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    38/131

    KEMAS

    Cara pertama, Andi menikah dengan Mia. Boleh bersama selama satu bulantetapi, tidak boleh membuat hubungan badan. Biasanya dalam tempoh seminggulawan jenis kamu terus memberontak dan dia akan memperlihatkan tanda-tanda

    peninggalan nenek moyang di tubuhnya, kalau saka jin harimau, badannyaberbelang dan memperlihatkan ciri- ciri seekor harimau, Haji Simpul menariknafas dan sepasang tangan yang memeluk tubuh segera dijatuhkan ke lantai.

    Sebaik telapak tangannya bertemu dengan papan lantai, tudung saji, kerispanjang dan pedang jepun yang digantungkan di dinding jatuh ke lantai, macamada sesuatu yang menjatuhkannya.

    Itu amaran kerana aku mahu campur urusan orang lain, aku sudah bersedia.Datanglah, saya dan Andi Kamarool tercengang-cengang, tidak tahu kepadasiapa kata-kata itu ditujukan oleh Haji Simpul.

    Kami segera merenung ke halaman rumah, dalam panas terik itu kami seakan-akan melihat kemunculan beberapa ekor binatang aneh dalam keadaan yangsamar-samar.

    Sekali pandang macam kucing hitam, bila dilihat kali kedua seperti musang. Bilamahu diamati-amati, binatang itu terus hilang.

    Jangan pedulikan apa yang ada di luar. Aku bercakap kepada kamu tentangperkara yang lebih besar dari apa yang ada di luar, Haji Simpul melahirkanprotes keras.

    Maafkan saya, kata Andi Kamarool.

    Begitu juga dengan saya, saya pula mencelah.

    Masa dia dalam pengalihan itu, kamu juga naik darah kerana kamu memang satusaka dengannya. Secara perlahan-lahan kamu juga turut mengalami masaperalihan menjadi harimau. Bila kamu menyedari perkara itu, kamu mestibersedia, Haji Simpul telan air liur.

    Apa yang mesti disiapkan? Tanpa segan sili Andi kamarool bertanya.

    Bacalah surah penghalau syaitan seperti yang diberikan guru agama atau ustaztempat kamu menuntut ilmu agama. Kamu bertasbih dan kawal perasaaan,hingga peralihan itu terbantut. Bila kamu terbantut, Mia juga terbantut.

    Berapa lama tuan haji?

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    39/131

    Selama satu bulan, sepanjang masa itu kamu sentiasa diduga dan dicabar.Lepas waktu itu, kamu jadikan rumah batu sebagai surau. Panggil semua pekerjaMia berjemaah disitu pada setiap waktu. Setiap malam Jumaat baca yassinselama empat puluh hari, lagi sekali Haji Simpul berhenti bercakap. Diamengeliat dan meraba pipi kanannya yang kemerah-merahan seperti dicakar

    sesuatu.

    Aku minta pertolongan Allah berusaha untuk membebaskan anak Adam daricengkaman kamu, Haji Simpul menunjukkan kata-kata itu pada sesuatu yangtidak nampak dilihat oleh mata kasar kami.

    Kemudian melakukan perkara yang lebih berat dari itu. Bilik kosong di bahagiandapur rumah hendaklah dibersihkan. Buang semua kain atau sebarang bendayang ada disitu. Jadikan bilik itu tempat kamu membaca Quran setiap malam,

    jadikan tempat kamu bersembahyang sunat. Akhirnya kubur lama dibawahpokok buluh kamu buang, memang tidak ada rangka manusia di situ.

    Macam mana dengan penunggu rumah batu tu, tuan haji, saya pula menyoal.

    Bila rumah batu itu dijadikan tempat ibadat, sentiasa dipenuhi dengan ayat-ayatsuci dengan sendiri kepercayaan dan keyakinan para pekerja Mia, si Harisunterhadap penunggu itu dapat dileburkan, penunggu itu akan terus lari. Sekarangdah faham?

    Iya kami faham, serentak kami menjawap.

    Akibat terlalu lama duduk, seluruh sendi terasa lenguh dan sengal. Kami mintaizin dari Haji Simpul untuk berjalan-jalan di ruang rumah. Permintaan kamidiperkenankan. Kami bergerak bebas sambil sesekali merenung keluar.Akhirnya, kami duduk baersimpuh di depan Haji Simpul kembali.

    DUDUK

    Bagaimana ? Dah hilang rasa lenguh,

    Lenguh dah hilang tapi, rasa sengal-sengal masih ada, saya jawap sambiltersengih. Andi Kamarool sudah duduk bersila terus sambil memicit-micitpangkal pehanya berkali-kali. Semua gerak-gerinya dalam perhatian Haji Simpul.

    Berat juga syaratnya. Susah kerjanya tuan haji, kata saya memberi komentar.Saya lihat Haji Simpul tersenyum.

    Didalam dunia ini, mencari kebaikan dan membuat kebajikan bukannya mudah.Mesti keras semangat, tabah dan yakin, balas Haji Simpul.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    40/131

    Dan Andi Kamarool buat tidak kisah dengan apa yang diungkapkan oleh HajiSimpul. Pada hal kata-kata yang dihamburkan itu memang ditujukan khasuntuknya. Dia tetap seperti tadi terus memicit-micit pangkal pehanya.

    Cara kedua macam mana ? susul saya lagi.

    Haji Simpul gosok pangkal hidung dua tiga kali. Dia merenung ke arah sayasambil mengecilkan (seperti hujung mata kanannya).

    Huh, keluhnya sambil membesarkan sepasang mata. Dia merenung ke silingrumah sebelum merenung ke arah saya untuk kesekian kalinya. Sudah tentuperbuatan Haji Simpul itu menimbulkan keresahan pada saya.

    Kau memang tak sabar, kalau kau tak tanya pun, aku tetap terangkan.

    Saya jadi tersipu-sipu dengan kata-kata yang terpancut dari kelopak bibir Haji

    Simpul. Andi kamarool menghadiahkan senyum sinis sambil pura-pura batuk.Saya menarik nafas dalam-dalam.

    Sebelum memulakan penerangancara (syarat) kedua, haji Simpul menggeliat,macam orang baru bangun tidur. Seperti tadi juga, dia terus merenung syilingrumah, macam ada sesuatu yang dilihatnya di situ. Di luar, panas terik terusberkuasa. Tetapi, didada langit kelihatan awan bertompok putih bertukar menjaditompok-tompok hitam.

    Ada tanda nak hujan, kata Haji Simpul.

    Saya dan Andi Kamarool merenung ke dada langit, Tompok-tompok hitam itu,bergerak agak lemah ke arah selatan.

    Cuaca elok, panas terik. Awan pula bertompok hitam, rungut Haji Simpul.Serentak kami anggukkan kepala, mengiakan kata-kata Haji Simpul.

    Mudah-mudahan hujan tak jadi, jawap saya.

    Aku pun harap hujan pun lambat, boleh jadi pada sebelah petang atau sebelahmalam.

    Saya kira, apa yang Haji Simpul ungkapkan adalah berlandaskan pengalamansilamnya. Semua yang dilalui dan dirasainya dikutip dan disimpan dalamkhazanah diri. Ia dimanafaatkan bila diperlukan tanpa mengira waktu dan masa.Perkara yang patut dicontohi dari Haji Simpul.

    Perlahan-lahan saya menghela nafas panjang dan Andi Kamarool terus merenungdedaun yang bergerak disentuh angin. Buat beberapa detik, suasana dalamrumah terlalu sepi.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    41/131

    Cara kedua, tuan haji, saya memecah kesunyian.

    Haji Simpul memperkemaskan silanya. Seluruh perhatian kami tertumpukearahnya. Tidak terkedip kelopak mata merenung batang hidungnya.

    Cara kedua, Haji Simpul tidaj melanjutkan kata-kata. Kami jadi resah. Hamperdua tiga minit masa terbuang begitu saja. Dia bagaikan tidak berminat untukmenyambung kata-kata yang terhenti.

    Huhh, saya mengeluh lemah.

    Kamu resah Tamar?

    Saya tidak menjawap. Memang saya sudah duga, Haji Simpul menyambungperkataan yang terputus. Setelah menikah dengannya, tinggal tempat itu. Tetapi,cara itu merugikan, tanah dan rumah terbiar, sedangkan syaitan penunggu yang

    mahu dihalau, tidak mahu lari. Dia sudah dapat pendamping baru.

    Siapa pendamping barunya tuan haji? mendadak saya bertanya.

    Harisun.

    Saya dan Andi Kamarool saling berpandangan.

    Cerita yang diluahkan oleh Haji Simpul membuat kening dan dahi Andi Kamaroolberkerut. Hati saya mula digoncang keresahan. Saya kira jalan penyelesaiansuduh tertutup. Rumah batu dan Mia harus dilupakan. Saya kira Andi Kamarooltidak bersedia melakukannya.

    Bagaimana, kalau rumah batu dan tanah dijadikan tempat beribadat dandiwakafkan? saya bertanya lagi.

    Wajah Andi Kamarool dihiasi senyum. Ibu jarinya ditegakkan kearah saya. Diabersetuju dan memuji pertanyaan yang saya hamburkan. Sokongan moral yangdiberikan membuat saya lebih bersemangat untuk menghujani Haji Simpuldengan pelbagai pertanyaan.

    Boleh Tamar tapi,

    Tapi, apa tuan haji?

    Kena usaha menghalaunya dulu, kalau diwakafkan dengan tidak menghalaunya,memang kerja sia-sia. Nanti tak ada orang yang mahu datang ke situ, rumahterbiar, tanah jadi hutan. Kalau dijual pun, tak ada orang yang mahumembelinya, terang Haji Simpul.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    42/131

    TINGKAP

    Dia segera bangun. Berjalan ke arah tingkap dan berdiri sebentar di situ.Pepohon dan bebunga yang berkembang di halaman ditatapnya seketika. Dadalangit yang digayuti awan hitam juga direnungnya. Haji Simpul kembali duduk

    bersila di hadapan kami.

    Pelik, semua yang didengar dan dilihat. Pelik belaka, saya merungut sendirian.

    Diadlam dunia ini, tak ada yang pelik. Kalau Allah mengizinkan, semuanya bolehterjadi, Haji Simpul mendengar rungutan dan terus memberi komentarnya.

    Kenapa datuk nenek Mia membuat perkara yang menyusahkan cucunya?

    Sebabnya mudah sekali, masa itu mereka kurang memahami ajaran Islam yangsebenar, mereka lebih yaking dengan pertolongan makhluk ghaib.

    Salahnya, orang yang tahu tentang ugama tidak mahu menunjukkan jalan yangbenar. Biasanya orang yang tahu tentang ugama sombong, terlalu memandangrendah pada orang yang tidak tahu jahil. Semua perkara kurafat dan karut ini,berpunca dari alim ulama juga, daya tidak bermaksud mahu membahaskanperkara tersebut, semuanya terjadi secara kebetulan.

    Aku setuju pendapat kamu tu, Tamar

    Dengan wajah yang ramah Haji Simpul menerima pandangan saya. AndiKamarool tetap seperti tadi, membisu semacam. Barangkali dia sedang mencari

    rumusan yang terbaik untuk dirinya.

    Mungkin salah satu syarat yang diungkapkan oleh Haji Simpul mampudipenuhinya. Saya tahu kasihnya terhadap Mia terus membuak tetapi,melepaskan Mia dari penunggu rumah batu bukanlah satu tugas yang mudah.Terlalu banyak liku yang harus dilalui. Apakah Andi Kamarool bersediamelakukannya. Muka Andi Kamarool yang keresahan saya tatap.

    Bagaimana, kamu bersedia? Haji Simpul menghalakan pertanyaan kepada AndiKamarool.

    Saya bersedia tuan haji.

    Jawapan itu mengejutkan saya. Sukar rasa mempercayai yang kata-kata ituterpancut dari kelopak bibir Andi Kamarool.

    Kamu pilih yang mana, pertama, kedua dan ketiga Haji Simpul minta kepastian.Mulut Andi kamarool terlopong, sukar untuknya meluahkan sebuah kepastian.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    43/131

    Lagi sekali saya lihat kening Andi Kamarool berkerut dan dahinya berkedut.Andainya, dia minta pendapat saya, sudah tentu saya menyarankan kepadanyabegini, segeralah menikah dengan Mia, kemudian berhijrah di tempat lain.Sesungguh saya juga akan berbuat demikian, jika berpeluang memiliki Mia.

    Bagaimana? Boleh bagi tahu cara mana yang kamu pilih?

    Saya tersentak, nada suara Haji Simpul cukup keras kali ini.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    44/131

    SIRI 184 PENGAWAL BERTELINGA KUDA

    ANDI KAMAROOL memperlihatkan reaksi yang sungguh berbeza. Dia meluruskanbadan, menegakkan kepala. Sepasang matanya bercahaya garang terpanah kewajah Haji Simpul. Pandangan mereka bertembung, sama-sama tidak mahumengalah. Hati saya kembali berdebar, bimbang terjadi sesuatu yang tidakdiingini. Lebih dari lima minit mereka beradu kekuatan, selama itu jugalah jantungsaya berdenyut kencang.

    Ternyata dalam pertarungan itu, kekalahan berada di pihak Andi Kamarool.

    Matanya, berair dan meleleh di cerun pipi. Andi Kamarool tidak mampumenandingi kekuatan anak mata Haji Simpul.

    Dengan segera Andi Kamarool mengalihkan pandangan ke arah lain. Diamerenung ke lantai. Suasana dalam rumah terasa sepi sekali. Sukar untukdiramalkan, siapakah di antara kami bertiga akan bersuara lebih awal.

    "Bagaimana Andi?" Andi Kamarool panggungkan kepala. Dengan sinar matayang layu dia renung muka Haji Simpul.

    "Apa dia tuan haji."

    "Boleh kamu beritahu keputusannya sekarang," kata Haji Simpul.

    "Maafkan saya, susah nak buat keputusan. Nanti dululah, tuan haji. Bila sampaimasanya, saya beritahu tuan haji."

    Jawapan Andi Kamarool itu membuat Haji Simpul mengkerutkan dahi dantermenung sejenak. Macam ada sesuatu yang difikirkannya. Tiba tiba dia senyum

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    45/131

    sinis sambil merenung keluar, melihat dedaun pisang yang melintuk-liuk ditolakangin rembang.

    "Nanti dulu tu, bila Andi?" Haji Simpul minta kepastian. Andi Kamarool terusmembisu dan resah. Dua tiga kali dia menelan air liur.

    "Seminggu, sebulan atau dua bulan?" Tambah Haji Simpul.

    "Nanti, saya beritahu kemudian, tuan haji."

    "Tapi kamu suka pada Mia."

    "Iya tuan haji," angguk kepala Andi Kamarool.

    "Mia juga sukakan Andi, tuan haji," sampuk saya. Air muka Andi Kamaroolberubah. Dia tersipu-sipu.

    "Perkara tu, saya tak tahu tuan haji," Andi Kamarool gelengkan kepala tanpamahu merenung ke arah saya.

    "Kalaulah cakap Tamar betul, jangan persiakan hajat Mia," tambah Haji Simpulbersama senyum panjang. Penuh makna dan kiasan. Ternyata senyuman yangterukir di kelopak bibir lelaki tua itu, membuat Andi Kamarool menundukkanwajahnya merenung lantai.

    SALAH

    BILA melihat Andi Kamarool berada dalam keadaan serba salah, saya tersenyumpanjang. Andi Kamarool tahu, senyuman saya itu menyindirnya. Buktinya AndiKamarool, mencubit paha saya sambil menunjukkan penumbuk. Haji Simpul yangnampak gelagat Andi Kamarool ketawa kecil.

    "Mahu bergaduh," katanya.

    Kami berdua cuma mampu tersenggih saja.

    Setelah hampir dua jam berlabuh di rumah Haji Simpul, banyaklah rahsia tentangrumah batu, tentang ladang peninggalan orang tua Mia, kami ketahui. Apa yang

    kami perolehi tetap menjadi rahsia, tidak boleh disebarkan kepada orang lain. Itupesan Haji Simpul yang pasti patuhi. Kalau dilanggar, padahnya sedia menanti.Apakah padah yang menanti, tidak pula diberitahu kepada kami.

    Saya dan Andi Kamarool segera minta diri untuk pulang. Dengan senang hati HajiSimpul merestui kepulangan kami.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    46/131

    "Silakan, hati-hati dengan orang yang kamu temui. Kalau boleh, rahsiakankedatangan kamu berdua ke sini jika ada yang bertanya. Kalau tak ada yangbertanya, lagi bagus," dari muka pintu Haji Simpul mengingatkan kami. Apa yangmampu kami lakukan ialah menganggukkan kepala.

    Sebaik saja telapak kaki memijak bumi, secara tidak semena-mena hujan panasturun berderai. Kami terpaksa naik ke rumah kembali. Haji Simpul turut merasahairan dengan peristiwa yang terjadi. Menurutnya, jarang terjadi hujan panasturun mendadak tanpa sebarang tanda. Dia bergegas turun ke kaki tangga lalumendonggakkan kepala ke langit.

    "Hujan biasa," katanya selamba. Dia naik semula ke rumah. Bersila seperti tadi diruang tamu yang luas. Kali ini perbualan dan cerita sudah habis diluahkan. Bagimengatasi kesepian. saya dan Andi Kamarool lebih hanyak bercerita tentangminat diri kami pada Haji Simpul. Orang tua yang baik hati itu sediamendengarnya. Meskipun cerita yang kami tuturkan tidak layak untuknya dan

    membosankan.

    Haji Simpul mempelawa kami makan tengah hari dan sembahyang zuhur dirumahnya. Permintaannya tidak kami hampakan. Makan nasi dengan sayur lemakpucuk ubi, sambal belacan berulamkan jering muda yang dihidangkan oleh piutHaji Simpul memang menyelerakan.

    Kira-kira pukul tiga petang, rumah Haji Simpul kami tinggalkan. Saya dan AndiKamarool menyusuri jalan tanah merah hingga sampai ke kawasan kedai sederet.

    Kerana cuaca tidak begitu panas, angin bertiup berterusan menyebabkan badankami kurang berpeluh. Kedai runcit paling hujung kami masuki.

    Andi Kamarool membeli kira-kira tiga kepul beras, ikan masin, tiga biji telur ayamdan sedikit sayur segar.

    "Cukup tak, untuk kita makan malam Tamar."

    "Lebih dari cukup, Andi."

    Andi Kamarool segera menjelaskan harga barang yang dibeli kepada si penjualbertubuh kecil, berkulit hitam manis dan sentiasa senyum.

    "Terima kasih, saya jual, halal," katanya.

    "Saya beli, halal," balas Andi Kamarool. Mereka berbalas senyuman dan akhirnyasaling bersalaman.

    ASING

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    47/131

    MUNGKIN kerana kami orang asing,sudah tentu kedatangan kami ke kedai runcitpaling hujung itu jadi perhatian para pelanggan kedai sederet.

    Semasa mahu keluar dari kedai runcit, secara tidak sengaja bahu kiri sayaberlaga dengan bahu seorang lelaki setengah baya yang mahu masuk ke kedai

    runcit.

    "Maafkan saya."

    "Tak mengapa, sepatutnya saya yang minta maaf bukannya kamu, saya yang takmerenung orang," kata lelaki yang setengah baya. Kami segera bersalam.Kemudian Andi Kamarool juga turut bersalaman.

    "Tetamu Mia?"

    Kami segera anggukkan kepala. Hairan, bagaimana lelaki setengah baya itu tahu

    yang kami jadi tetamu Mia. Saya renung batang tubuh lelaki itu dari atas kebawah. Dari bawah ke atas hingga dia resah semacam.

    "Adik saya bekerja di ladang Mia, dia jadi mandor parit. Dia yang ceritakankepada saya tentang kamu berdua."

    "Begitu," sahut kami serentak dengan perasaan lega.

    Kerana berdiri di laluan orang keluar masuk, kami segera beredar dari situ.Berlabuh di kaki lima kedai runcit. Orang yang lalu di situ, kalau merenung akanmenjeling ke arah kami.

    "Bagaimana dengan pengalaman di sana?"

    Pertanyaan yang menimbulkan rasa cemas dalam hati. Saya dan Andi Kamaroolsaling berpandangan. Saya beri laluan pada Andi Kamarool untuk menjawab.

    "Macam biasa," jawab Andi Kamarool.

    "Tak mengalami perkara-perkara ganjil."

    "Maksudnya?" celah saya.

    Lelaki itu terdiam, macam berfikir sesuatu.

    "Maksudnya," sambung lelaki setengah baya," kata orang kawasan rumah tu adapenunggu, hebat juga bila awak berdua boleh tinggal di situ."

    "Hummmmm...kami tak alami semuanya itu," saya membohonginya.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    48/131

    Andi Kamarool tersenggih. Dia mula menyedari yang saya mula jual temberang.Apa yang pasti, kata-kata saya tadi membuat lelaki setengah baya itu termenungpanjang. Saya tidak tahu, apakah dia percaya atau tidak. Pokoknya, saya danAndi Kamarool tidak mahu dia bertanya lebih terperinci tentang kami, tentangrumah batu, tentang Mia.

    "Dah jumpa Haji Simpul."

    Lagi sekali kami dikejutkan oleh lelaki setengah baya. Kami kini, berada di saatyang sungguh genting. Kalau tidak berhati-hati, semua rahsia akan terbongkar.

    "Kami tak kenal dia," sahut saya.

    "Tak adakah pekerja Mia yang beritahu tentang kehebatan Haji Simpul."

    "Tak ada," Andi Kamarool mula menjawab.

    "Pembantu rumah Mia, si Harisun."

    Jawapan saya itu membuat lelaki setengah baya menarik nafas dalam- dalam. Diamengigit bibir sambil merenung orang yang lalu lalang di jalan tanah merah.Kemudian merenung bungkusan yang dibimbit oleh Andi Kamarool. Dari airmukanya, dapat diduga keinginannya untuk mengetahui apa yang ada dalambungkusan.

    "Barang dalam bungkusan tu, untuk makan malam."

    "Ha..." lelaki setengah baya tersentak. Dia terkejut kerana tidak menduga yangsaya mahu memberitahu barang dalam bungkusan (di tangan Andi Kamarool)kepadanya.

    "Nampaknya, awak berdua ni bukan sebarang orang, dada awak berisi," nadasuaranya lembut.

    "Itu sangkaan saja," balas saya.

    Mungkin menyedari yang kami tidak memberi tindak balas yang baik danberfaedah untuk dirinya, membuat lelaki separuh baya itu tawar hati untukmengajukan sebarang pertanyaan kepada kami.

    "Biar saya masuk kedai dulu, saya nak beli rokok," dia minta diri secara hormatdan spontan.

    "Silakan," saya memberi laluan.

    "Terima kasih."

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    49/131

    Lelaki setengah baya itu pun masuk ke kedai runcit. Dan kami pun beredar darikaki lima kedai runcit tersebut.

    SELATAN

    MUNGKIN rencana yang disusun begini, setelah membeli barang di kedai runcit,kami harus meninjau arah selatan kawasan kedai sederet. Kemudian bergeraklagi menyusuri sebatang parit kecil yang airnya tidak seberapa. perjalanan akanberakhir di satu kawasan lapang, di mana terdapat kira sepuluh buah rumahpapan.

    Kami harus minta tolong pada para penghuni rumah di kawasan tersebut agarmenunjukkan di mana rumah kaum kerabat Kak Sun. Ternyata, rancangan keduatidak terlaksana. Baru kira-kira setengah rantai menyusur tepi parit, kamibertembung dengan seekor ular sawa sebesar batang pinang. Ular sawa itu,

    seolah-olah menanti kedatangan kami dengan perasaan marah. Si ular membukamulut dengan luas, bersedia untuk membelit tubuh salah seorang dari kami.

    Saya dan Andi Kamarool mencari jalan selamat. Kami berpatah balik dan laridengan sekuat-kuat hati, meredah onak dan duri. Sebaik saja kami memasukikawasan ladang Mia, Kak Sun menanti di bawah pohon sena yang berdahanrendang.

    "Kamu jumpa Haji Simpul," katanya.

    Kami tidak menjawab dan meneruskan perjalanan ke rumah papan. Kak Sun terus

    mengekori.

    "Kenapa tak beritahu aku," tambahnya.

    Kami terus membisu. Langkah dipercepatkan. Kak Sun tidak putus asa. Dia terusbertanya.

    "Kamu berdua memang tidak tahu menghargai budi baik orang. Menyesal akuberbudi kepada kamu," Kak Sun tidak dapat mengawal perasaan, seperti tadi

    juga, kami buat tidak kisah dengan apa yang dituturkannya.

    Kami berpisah dengan Kak Sun sebaik saja sampai di halaman rumah batu.Tergesa-gesa dia masuk ke rumah batu dan kami meneruskan perjalanan kerumah papan.

    Peristiwa bertemu ular sawa di tepi parit, meninggalkan kesan yang mendalam dihati kami. Pelbagai tanggapan dan andaian muncul dalam kepala saya dan AndiKamarool.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    50/131

    Kesimpulannya, ternyata Kak Sun mempunyai peranan yang tersembunyi dalamperkara ini. Dia menjadi dalangnya. Dia menjadi orang suruhan penunggu rumahbatu.

    "Paling baik untuk keselamatan berdua. kita jangan ke mana-mana malam ni,"

    turut saya sambil menatap wajah Andi Kamarool yang gusar. Dia bersandar didinding.

    Kita tak pergi jemaah maghrib dan Isyak dengan orang kampung sebelah?"

    "Tak payah, kalau kita pergi entah apa pula yang terjadi."

    "Ok, sahut Andi Kamarool. Dia tidak memperlihatkan sebarang reaksi.

    PENDEK

    SETELAH menunaikan sembahyang Isyak dan melakukan wirid pendek. Kamiterus ke dapur, masak ala kadar untuk makan malam. Kali ini Andi Kamaroolmemperlihatkan bakat tersembunyi dalam bidang masak memasak.

    "Sedap," itu komen yang setelah perut kenyang.

    "Itu baru permulaan," sahut Andi Kamarool, saya sambut dengan ketawa yangpanjang. Ketawa saya terhenti dengan serta merta.

    Andi Kamarool menahan nafas, pinggan dan piring di depan bergerak ke kiri danke kanan. Terdengar seperti orang bersilat di ruang tamu. Dinding rumah seperti

    dipalu dengan kayu. Pada saat itu juga muncul lembaga hitam dengan sepasangtangan dan kaki yang berbulu.

    "Pengawal rumah batu," bisik Andi Kamarool.

    "Barangkali, segala-galanya akan berakhir di sini, Andi," kata saya cemas.

    "Bertenang, Tamar."

    Lembaga hitam itu kian berani, wajahnya yang selama ini disembunyikan darikami dipamerkannya. Bentuk wajahnya agak bulat, bibirnya tebal melentur ke

    bawah, menutup bahagian dagunya yang tajam macam muncung musang.Telinganya macam telinga kuda. Sepasang biji matanya yang sebesar telur ayamtersembul keluar, memancarkan cahaya merah dan biru silih berganti. Kulitmukanya berbulu, macam bulu kuda. Dalam tempoh lima minit, wajahnya bolehbertukar menjadi harimau, anjing, ular tedung atau orang utan.

    Apa yang terjadi membuat saya tergamam, mati akal untuk berikhtiar. Semuaayat-ayat Quran yang saya amalkan selama ini, tidak dapat saya ingati. Saya lupa

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    51/131

    dan bodoh. Segala-galanya saya serahkan kepada Andi Kamarool untukmengendalikannya.

    "Biar aku uruskan semuanya, Tamar."

    "Terpulanglah pada kamu Andi."

    Dengan perlahan-lahan Andi Kamarool berdiri, berdepan dengan lembaga yangmengerunkan. Bau nafas si lembaga hitam amat busuk sekali, macam baubangkai. Tekak saya jadi loya dan mahu muntah.

    "Aku terpaksa menentangnya, Tamar," kata Andi Kamarool setelah dia berdiri disudut yang baik untuk melakukan serangan. Biji mata lembaga menyorot setiapgerak-geri dan langkah Andi Kamarool dengan teliti. Sepasang tangan yangberbulu digerakkan ke kiri dan ke kanan.

    "Aku terpaksa, Tamar."

    Selesai saja dia bersuara, Andi Kamarool terus melompat dan membuka silatbangau putih, tubuh lembaga diserang dengan tendangan yang padu, buahpenumbuk dilepaskannya ke sasaran yang dikirakan dapat melemahkan silembaga hitam. Temyata semuanya tidak berbasahi badan.

    Andi Kamarool merangkak perlahan-lahan mendekati saya. Lembaga hitam yangberbulu tebal terus menyeringgai memperlihatkan deretan gigi sebesar kapak.

    "Aku mesti mencuba dengan pelbagai cara, kau bantu Tamar."

    "Bantu dengan apa Andi?"

    "Dengan apa saja," kata Andi Kamarool.

    Dia terus mengambil air sembahyang. Kemudian duduk bersila di kanan saya.Kerana saya hafaz yassin, saya terus membacanya dalam hati. Andi Kamaroolterus berzikir. Lembaga hitam, tidak berganjak di depan kami. Dia semakingarang, pinggan dan piring terus berterbangan dan hancur berderai.

    Saya terkejut besar, secara mendadak Andi Kamarool melompat ke arah tangankanan lembaga hitam yang berbulu. Tangan lembaga itu, dipegangnya sekuat hatidan pada saat itu juga wajah lembaga yang mengerunkan itu bertukar menjadiwajah Kak Sun.

    "Muka Kak Sun," jerit saya sekuat hati.

    Dengan sekelip mata, lembaga hitam ghaib depan mata kami. Di tangan kananAndi Kamarool tergenggam seruas buluh kuning yang sudah hampir reput.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    52/131

    Manakala di sebelah kiri saya terdapat cebisan kain kafan yang dilekati tanahmerah. Saya menggigit lidah menahan rasa cemas yang menggoncang dada.

    "Kita berhasil mengusirnya Tamar" nada suara Andi Kamarool riang.

    "Semoga dia tak datang lagi."

    "Aku juga harap begitu, kita bersihkan serpihan pinggan. piring dan gelas," AndiKamarool segera mencampakkan seberkas penyapu lidi kepada saya.

    Ruang dapur yang berserakkan dengan serpihan tembikar pinggan, piring dankaca gelas terus dibersihkan. Dilonggokkan di suatu sudut ruang dapur, sebelumdisumbatkan, ke dalam raga sampah. Tetapi bau busuk masih berlegar-legar diruang dapur. Beberapa helai bulu, seperti bulu nibung terlekat di dinding.

    "Aku fikir bulu tu, milik makhluk aneh," kata saya.

    "Aku fikir juga macam tu, biarkan di situ. Jangan di usik," jawab Andi Kamarool.

    BEREDAR

    KERANA semuanya sudah selesai. Kami pun beredar ke ruang tamu. AndiKamarool terus berzikir. Dan saya juga turut berzikir.

    Suara Andi Kamarool yang keras beransur menjadi lemah dan perlahan, akhirnyaterus hilang. Bila saya toleh ke arahnya. saya dapati dia sudah rebah di lantai. Diakeletihan, fikir saya.

    Bila berseorangan, saya tidak dapat meneruskan wirid dengan baik. Macam-macam yang datang dalam tempurung kepala. Badan saya rebahkan di sisi AndiKamarool dengan harapan dapat tidur segera.

    Setengah jam masa berlalu tetapi, saya masih belum tidur. Masih mengiring kekanan, mengiring ke kiri, menelentang menatap lelangit rumah. Berpuluh-puluhkali, kelopak mata saya rapatkan tetapi, mata saya masih terbeliak, masih segartidak ada sedikit pun tanda-tanda mahu mengantuk.

    Suasana malam yang sepi membuat saya tidak tentu arah. Rasa takut dan cemas

    silih berganti datang dalam diri.

    Bila terdengar suara lolongan anjing, suara burung hantu, desiran dedaun yangberlaga sama sendiri membuat bulu roma yang tegak berdiri. Rasanya, pada saatitu juga saya mahu mengejutkan Andi Kamarool. Biarlah dia tidur, saya membuatkeputusan.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    53/131

    Saya terus duduk mencangkung memeluk sepasang lutut, merenung tiap sudutruang. Beberapa ekor cicak berlarian di dinding dan ke langit mengejar serangayang merayap di situ. Apa yang peliknya, saya sentiasa merasa cemas, takut danseram.

    Bagi mengatasi masalah tersebut, saya harus melakukan sesuatu. Denganberbuat demikian secara langsung rasa seram dan takut akan terusir dari saya.

    Tiba-tiba secara tidak sengaja, saya terpandangkan dupa tembaga di tepi tiang. Dikaki tembaga terdapat beberapa ketul kemenyan. Tanpa berfikir panjang, sayaterus membakar dan menghidupkan bara api dalam dupa. Ketul kemenyan sayapecah-pecahkan menjadi butir-butir kecil. Bahang bara dari dupa menghangatkantubuh.

    Butir-butir kemenyan saya campakkan ke dalam dupa. Asap nipis mulamengembang bersama bau yang kurang menyenangkan.

    Dua tiga kali saya tersedak dan mata terus berair. Bila sudah begitu. sayasepatutnya berhenti mencampakkan butir-butir kemenyan dalam dupa. Tetapi,saya tidak berbuat demikian, sebaliknya saya terasa seronok bermain denganbara dan asap kemenyan.

    Akibat dari keseronokkan tanpa batas itu, seluruh ruang dipenuhi dengan asapkemenyan membuat saya sesak nafas.

    Dalam kepulan asap itu, saya terlihat pintu sebelah kanan dan kiri (yang pernahdigunakan oleh datuk dan Haji Basilam) bergerak dengan kuat memukul dinding.

    Bunyinya memekakkan anak telinga. Rumah bergegar semua barang yangtergantung dan berada di tempat tinggi, jatuh berserakkan di lantai. Batang tubuhAndi Kamarool bergolek ke arah pintu ruang dapur, terkandas di bendul.Anehnya, Andi Kamarool tidak terjaga dari tidur.

    Saya cuba berdiri tetapi, tidak berhasil. Saya mula terasa rumah sepertiberpusing, macam gasing. Pandangan saya berpinar-pinar. Saya cuba menjeritmalangnya suara tidak keluar. Saya benar-benar takut dan cemas. Andi Kamaroolmasih terbujur macam mayat.

  • 8/7/2019 Siri 180 Dirasuk Kucing Jantan-192

    54/131

    Siri 185. Merebut Geliga Naga

    BARANGKALI cara terbaik yang wajar saya lakukan ialah, keluar dari ruang rumah

    yang melemaskan itu. Tinggallah Andi Kamarool yang tidur mati. Tetapi cara itu

    bukanlah perbuatan yang terpuji. Hanya orang yang mementingkan diri sendiri saja yang

    sanggup melakukan perkara tersebut. Adat berkawan sudah senang sama- sama dilaluidan dirasai.

    Persoalan itu, mungkin cara mendadak dalam kepala. Agak sukar untuk membuat

    keputusan. Setelah difikirkan dengan semasak- masaknya, saya memutuskan tidak akan

    meninggalkan Andi Kamarool sendirian. Biarpun apapun yang akan berlaku, saya tetap

    bertahan di ruang tamu. Tidak akan lari ke mana-mana, tetap bersama-sama Andi

    Kamarool.

    Saya renung lelangit ruang tamu semuanya nampak macam biasa. Saya toleh ke arah

    dupa, asap kemenyan tetap mengepul. Dengan hati- hati tubuh Andi Kamarool saya

    goncang. Dia tidak juga membuka mata, malah makin lena tidurnya. Saya dekatkan bibirke telinganya.

    "Andi bangun ," bisik saja.

    "Hummm...," terdengar suara dengan mata terpejam. Gegendang telinga saya

    menangkap, suara orang sedang bercakap dalam bahasa yang sukar dimengertikan. Tidak

    dapat dipastikan dari arah mana suara itu datang. Dan suara itu hilang begitu saja.

    HATI

    SUPAYA hati jadi tenang dan aman, saya pun membaca surah- surah Quran mana yangteringat oleh saya ketika itu. Pada peringkat awalnya, saya tidak dapat membaca dengan

    baik. Ada