panduan penjagaan kucing foster - spca.org.my · dahulu supaya mereka dapat menyesuaikan diri...

23
PANDUAN PENJAGAAN KUCING FOSTER Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang Jaya, 68000, Selangor 03 4256 5312 www.spca.org.my

Upload: trinhkhanh

Post on 23-Mar-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PANDUAN PENJAGAAN

KUCING FOSTERJalan Kerja Ayer Lama, Ampang Jaya, 68000, Selangor

03 4256 5312 www.spca.org.my

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN I : PENGENALAN 4- Soalan yang Kerap Ditanya 4-6

BAHAGIAN II: PERSIAPAN UNTUK KUCING FOSTER 6- Bekalan yang Anda Perlukan 7- Rumah Selamat 7

BAHAGIAN III: MEMBAWA PULANG KUCING FOSTER 8- Memilih Kucing Foster 8- Pengenalan dengan Kucing 8- Pengenalan dengan Anjing 9- Kucing dan Kanak Kanak 9

BAHAGIAN IV: PENJAGAAN HARIAN 9- Pemakanan 9- Tabiat Menggunakan Bekas Najis 10- Dandanan 10- Senaman dan Rangsangan Minda 10- Keperluan Keselamatan 10

BAHAGIAN V: SOKONGAN PERUBATAN 11- Penjagaan Veterinar 11- Tanda Tanda Penyakit 11-13

- Cairan Mata 11- Selsema dan Cairan Hidung 11-12- Hilang Selera Makan 12- Letih/ Lesu 12- Muntah Muntah 12- Sakit/Ketegangan Semasa Kencing 12- Cirit Birit 13- Menggaru Telinga dengan Kerap 13

- Telinga Bengkak atau Kemerahan 13- Keguguran Bulu 13- Dehidrasi 13

- Kriteria untuk Kecemasan 13

BAHAGIAN VI: MASALAH KELAKUAN HAIWAN 14- Bermain Kasar 14- Kemalangan Semasa Menggunakan Bekas Najis 14- Mencakar pada Permukaan yang Tidak Sesuai 14

BAHAGIAN VII: GERAK TUBUH 14- Relaks atau Ingin Tahu 15- Gementar atau Risau 15- Takut atau Marah 15

BAHAGIAN VIII: KUCING PEMALU ATAU TAKUT 15- Persediaan 16-17

- Tentang Sangkar 16- Menyediakan Sangkar 16- Peralatan yang Anda Perlukan 16- Snek 16- Sarung Tangan Kulit 16- Pheromone 17

- Pengajaran 17-22- Motivasi Menggunakan Makanan 17- Belai Menggunakan Batang 18- Belai Menggunakan Berus 18- Belai Menggunakan Sarung Tangan 19- Belai Menggunakan Tangan 20- Mengangkat Kucing dalam Sangkar 20- Membawa Kucing Keluar dari Sangkar 21- Meluangkan Masa di Bilik Bermain 22- Meluangkan Masa di Bilik Sebenar 22

4

Kenapa Kami Memulakan Program Ini?

SPCA Selangor menerima banyak kucing yang diserahkan atau diselamatkan

dan kadang-kadang, kucing-kucing itu berada dalam keadaan yang teruk atau

terlalu kecil untuk berada di sini kerana mempunyai haiwan-haiwan yang lain

yang mungkin membawa penyakit.

Disebabkan kami mempunyai hampir seratus ekor kucing, kami tidak dapat

fokus kepada kucing-kucing yang memerlukan lebih perhatian. Oleh sebab itu,

kami memerlukan sukarelawan yang boleh membuka hati dan rumah mereka

untuk kucing-kucing kami. Melalui program ini, haiwan-haiwan ini akan

mendapat perhatian yang secukupnya sehingga mereka kuat dan sihat untuk

berada di SPCA Selangor sehingga mereka di-”adopt”.

Bagaimana Anda Boleh Membantu Kami?

Anda hanya perlu membuka rumah anda untuk kucing-kucing ini dan berikan:

- Persekitaran yang sihat dan selamat

- Dana perubatan

- Pengangkutan ke/dari SPCA Selangor dan SEMUA temu janji veterinar

yang telah dijadualkan

- Membina ikatan yang baik untuk mendidik kucing tentang kebaikan

hubungan antara keluarga dan haiwan peliharaan

- Senaman yang banyak dan rangsangan positif untuk menanam sifat yang

baik

BAHAGIAN I: PENGENALAN

Soalan yang Kerap Ditanya

Berapa banyak masa saya perlu luangkan dengan kucing foster?

- Jumlahnya mungkin berbeza bergantung kepada tahap keaktifan dan

keperluan kucing foster anda

- Ianya ideal untuk meluangkan lebih kurang 2 jam sehari bermain dan

membina ikatan dengan kucing foster anda.

Bolehkah saya foster jika saya mempunyai kerja sepenuh masa?

- Boleh, kami akan berikan anda kucing yang sesuai.

- Anda hanya perlu berikan penjagaan sebelum dan selepas bekerja

5Berapa lamakah saya perlu menjaga kucing foster?

- Ianya berbeza. Rumah foster diperlukan untuk kucing yang mempunyai

masalah kesihatan atau tingkah laku yang boleh dibaiki di dalam suasana

rumah

- Selalunya, jangka masa adalah dari 2 minggu sehingga 2 bulan

Berapa kerapkah saya perlu membawa kucing foster ke SPCA Selangor?

- Kucing foster hanya perlu datang untuk SEMUA temu janji vaksin,

pemandulan dan ubat cacing sebelum dipulangkan untuk “adoption”

Bilakah kucing foster saya bersedia untuk “adoption”?

- Sehingga veterinar kami mengatakan kucing foster anda sihat dan kuat

untuk “adoption”

Adakah saya perlu memberi kucing foster ubat?

- Kebanyakan penyakit mempunyai tempoh untuk kucing menunjukkan

symptom-simptomnya

- Jika kucing foster anda memerlukan perubatan, kami akan beri panduan

sebelum anda membawa pulang kucing foster anda.

Bolehkah kucing foster saya bermain dengan kucing saya?

- Anda perlu membawa kucing anda ke veterinar untuk memastikan ianya

sihat, peramah dan mendapat vaksin.

- Jika kucing anda sakit semasa anda menjaga kucing foster, SPCA

Selangor tidak akan memberi perubatan atau dipertanggungjawabkan

- Semua kucing foster perlu dikuarantinkan sekurang kurangnya 2

minggu sebelum bergaul dengan haiwan peliharaan anda yang lain.

Nota penting: Jika haiwan perliharaan anda dibenarkan keluar rumah,

anda tidak boleh benarkan ia bergaul dengan kucing foster anda kerana

mereka berisiko mendapat penyakit

6Bagaimanakah jika saya mahu “adopt” kucing foster saya?

- Anda perlu melalui prosedur “adoption” yang lengkap

- Jika anda sudah memulangkan kucing foster anda kepada SPCA Selangor,

sila hubungi pengurus foster kami.

Bagaimana jika seseorang mahu “adopt” kucing foster saya?

- Jika sesiapa berminat untuk “adopt” kucing foster anda, sila hubungi

pengurus foster kami untuk berjumpa

- SEMUA PROSEDUR “ADOPTION” PERLU DILAKUKAN DI SPCA

SELANGOR OLEH PIHAK SPCA SELANGOR

Siapa yang akan jaga kucing foster saya jika saya perlu ke luar bandar?

- Pastikan anda tidak mempunyai perancangan untuk bercuti semasa anda

menjaga kucing foster kami.

- Jika anda perlu meninggalkan kucing foster anda untuk jangka masa yang

panjang, anda perlu memulangkan kucing tersebut supaya kami boleh

mencari penjaga foster yang lain.

- Sila maklumkan kepada kami seminggu sebelum anda memulangkan kucing

foster anda supaya kami dapat mengaturkan pengurusan

Bagaimana jika saya ada masalah dengan kucing foster saya?

- Jika anda ada sebarang masalah dengan kucing foster kami, sila

maklumkan pengurus foster untuk kami memberi bantuan dan

bimbingan.

BAHAGIAN II: PERSEDIAAN UNTUK KUCING FOSTER

Ruang

- Sediakan satu ruang untuk kucing foster anda untuk membantu mereka

menyesuaikan diri di persekitaran baru.

- Ianya lebih baik untuk mengurung kucing foster anda di ruang yang kecil

dahulu supaya mereka dapat menyesuaikan diri sebelum membiarkan

mereka meneroka seluruh rumah

- Lengkapi kawasan kucing foster anda dengan semua keperluan asas

- Ianya penting untuk memberi mereka ruang tersendiri sementara

menyesuaikan diri dengan bunyi dan bau yang baru

7Bekalan yang Anda Perlukan

Anda boleh memulakan hubungan dengan baik – dan mengurangkan tekanan –

dengan memastikan anda mempunyai semua keperluan kucing itu.

• Sebuah bekas untuk makanan dan satu lagi untuk air. Bekas seramik atau

keluli tahan karat adalah lebih bagus

• Bekalan makanan kering (kibbles). Semua kucing perlu diberi diet makanan

kering melainkan kucing tersebut memerlukan diet yang berbeza. Pastikan

makanan tersebut mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk kucing foster

• Tempat yang selesa untuk tidur. Tuala atau selimut sudah memadai.

• Bekas najis: Pastikan saiz bekas tersebut sesuai untuk kucing anda.

• Pasir: Sila gunakan pasir yang bergumpal (clumping litter) melainkan anda

diberi arahan yang sebaliknya.

• “Scratching post”: Cuba bereksperimen permukaan mana yang mereka lebih

suka gunakan.

• Snek: Snek adalah salah satu cara untuk membina hubungan dengan kucing

foster

• Permainan: Pastikan permainan kucing foster tahan lasak dan selamat

• Peralatan dandanan: Kucing yang rapi dan bersih akan mengurangkan risiko

mendapat penyakit.

• Kolar: Kolar kucing perlu mempunyai penyesuaian “break away” dan

mempunyai tag pengenalan diri

• ‘Carrier”: Pastikan ianya kuat dan mempunyai lubang udara yang mencukupi

Rumah Selamat

Jangan pandang rendah akan kebolehan kucing melepaskan diri. Berikut adalah

langkah-langkah keselamatan rumah untuk kucing foster anda.:

• Pastikan semua tong sampah di tutup dan disimpan di tempat tersembunyi.

• Pastikan mangkuk tandas tertutup

• Simpan semua makanan daripada meja dan tempat yang boleh dicapai

kucing foster

• Alihkan tanaman yang berada di dalam rumah. Kebanyakan tumbuhan

adalah beracun untuk kucing.

• Pastikan akuarium dan sangkar yang mempunyai haiwan haiwan kecil

seperti hamster, ikan selamat daripada kucing foster anda

• Alihkan semua ubat, losyen dan alat solek daripada dicapai kucing foster

anda.

• Alihkan dan pastikan wayar elektrik selamat daripada dikunyah atau terjerut

kucing foster anda.

• Simpan pakaian yang mempunyai butang atau tali yang akan

membahayakan kucing foster jika termakan.

8BAHAGIAN III: MEMBAWA PULANG KUCING FOSTERMenjaga kucing foster memerlukan komitmen daripada anda untuk

memastikan mereka sihat dan gembira

- Bila kami telah mempunyai kucing yang sesuai untuk anda, satu

perjumpaan akan dijadualkan untuk anda mengambil kucing foster di

SPCA Selangor.

- Jika kucing foster tersebut memerlukan perubatan, kami akan bimbing

anda cara untuk memberinya

- Sila jujur. Jika anda tidak berasa selesa tentang kucing foster anda, sila

maklumkan pengurus foster sebelum anda membawa pulang kucing

tersebut

Nota Penting: Jika ada apa apa masalah yang menyebabkan anda tidak

dapat menjaga kucing foster anda, sila maklumkan pengurus foster

secepat mungkin supaya kami boleh menyediakan ruang untuk kucing

tersebut. Kami mungkin tidak dapat menerima kucing foster anda serta

merta, harap anda dapat bersabar.

Memilih Kucing Foster

Pengenalan dengan Kucing

- Sebelum membawa pulang kucing foster, sediakan tempat yang

berasingan untuk kucing tersebut

- Tempat ini perlu mempunyai semua keperluan asas kucing foster anda.

Kucing foster dan kucing anda perlu mempunyai kawasan yang

berasingan

- Dalam masa 2 minggu, berikan mereka barangan yang mempunyai bau

kucing tersebut seperti tuala atau selimut. Tukar berangan tersebut antara

kucing anda dan kucing foster supaya mereka biasa dengan bau masing-

masing

- Langkah yang seterusnya, biarkan mereka melihat satu sama lain melalui

“baby gate” atau pintu yang dibuka 2-3 inci. Jika kucing-kucing itu

menunjukkan sifat ingin tahu dan selesa, biarkan mereka berjumpa

- Buka pintu dan sentiasa perhatikan mereka, jika mana mana kucing

menunjukkan tanda tanda stress atau agresif, pisahkan mereka dan

perkenalkan mereka dengan lebih perlahan.

Ianya idea yang bagus jika anda mempunyai penyapu atau botol “spray”

tersedia untuk memisahkan pergaduhan. Jangan cuba memisahkan

kucing-kucing yang sedang bergaduh menggunakan tangan atau mana

mana anggota badan anda.

9Pengenalan dengan Anjing

- Mulakan dengan mengasingkan mereka dahulu, lengkapi ruang kucing

foster anda dengan semua keperluannya

- Dalam satu ke dua minggu, biarkan anjing dan kucing foster anda bau satu

sama lain. Menukar selimut atau tuala antara satu sama lain membantu

mereka menyesuaikan diri dengan bau masing-masing

- Selepas itu, biarkan mereka bertemu secara berdepan. Pakaikan “leash”

pada anjing anda dan biarkan kucing foster anda meneroka rumah anda.

- Jangan teruskan pertemuan jika mana mana haiwan menjadi agresif atau

terlalu teruja

- JANGAN BIARKAN KUCING FOSTER ANDA DAN ANJING ANDA

BERGAUL TANPA PEMANTAUAN ANDA.

Kucing dan Kanak Kanak

- Sila tunjukkan anak-anak anda cara menjadi bertanggungjawab dan hormat

dengan kucing foster anda

- Anda perlu memantau semua pergaulan antara anak anda dan kucing

foster anda

- Perkara-perkara yang anda perlu ingatkan anak anda

• Jangan kacau kucing foster semasa ia makan atau tidur

• Jangan menjerit atau mengejar kucing foster

• Dukung kucing foster hanya bila ada orang dewasa untuk membantu

• Hati hati semasa membuka pintu agar kucing anda tidak lari keluar

daripada rumah

BAHAGIAN IV: PENJAGAAN HARIANPenjaga foster perlu bertanggungjawab dan memastikan kebajikan kucing

foster terjaga. Semua keperluan perubatan mereka perlu dipenuhi dan

dipatuhi jika kucing tersebut sakit

- Kesemua kucing foster SPCA Selangor perlu diberi diet makanan kering,

melainkan diberitahu lain oleh veterinar

- Kami menggunakan campuran ProDiet dan Royal Canin dan meminta

penjaga foster menggunakan makanan yang sama atau kualiti yang lebih

bagus

- Berikan kucing foster anda makan dua kali sehari, jumlahnya perlu

berdasarkan umur dan berat kucing foster anda. Pastikan kucing tersebut

sentiasa mempunyai air minuman yang bersih

Sila maklum kebanyakkan makanan manusia dan tanaman rumah adalah

beracun untuk kucing. Sila alihkan tanaman atau makanan yang boleh

dicapai kucing foster anda

Pemakanan

10

- Jika anda mempunyai kucing lain, sediakan satu bekas najis untuk setiap

kucing

- Letakkan di tempat yang sunyi dan kurang orang lalu

- Bersihkan bekas najis sekali setiap hari dan basuh bekas najis setiap dua

minggu

- Sila maklum yang kucing mungkin tersasar menggunakan bekas najis jika

ia mempunyai masalah kesihatan seperti cirit birit atau jangkitan kuman

pada saluran kencing.

Jika kucing tersebut tersasar menggunakan bekas najis, jangan hukum

ia. Ini akan membuatkan ia hilang kepercayaan kepada anda.

Tabiat Menggunakan Bekas Najis

Dandanan

- Kucing yang bersih dan rapi mempunyai peluang yang tinggi untuk di-

’adopt”, jadi sikat bulu kucing foster anda dengan kerap, lebih lebih lagi

kucing berbulu panjang

- Anda boleh memotong kuku kucing foster anda tetapi hati hati untuk tidak

memotong terlalu pendek kerana boleh menyebabkan pendarahan

Kucing tidak suka dimandikan, jadi jangan mandikan kucing foster anda.

Senaman dan Rangsangan Minda

- Masa bermain menggalakkan pergaulan. Luangkan masa bermain dengan

kucing foster anda sekurang kurangnya 2 jam sehari.

- Cuba pelbagai jenis mainan dan perhatikan mana satu yang kucing foster

anda suka

- Jangan galakkan kucing foster anda bermain secara kasar seperti

menggigit tangan atau kaki.

Keperluan Keselamatan

- Kucing foster anda perlu berada di dalam rumah sepenuh masa. Jika ia

menunjukkan minat untuk keluar rumah, berhati hati semasa membuka

pintu agar ia tidak terlepas keluar.

- Ingat, jika kucing anda dibenarkan keluar rumah, mereka tidak boleh

bergaul dengan kucing foster anda. Asingkan mereka

- Jangan biarkan kucing anda bebas didalam kereta, gunakan “carrier”

setiap masa pengangkutan

11BAHAGIAN V: SOKONGAN PERUBATAN

- Anda bertanggungjawab membawa kucing foster anda ke SEMUA temu

janji veterinar

- Jika anda menjaga kucing yang memerlukan ubat, pastikan kucing

tersebut mempunyai dos yang dinyatakan veterinar

- Jangan hentikan pemberian ubat tanpa merujuk veterinar

- KUCING FOSTER PERLU DIBAWA KE SPCA SELANGOR UNTUK

SEMUA VAKSIN, PEMANDULAN DAN UBAT CACING YANG

DIJADUALKAN SEBELUM DIBAWA PULANG UNTUK “ADOPTION”

- Penjaga foster masih perlu membawa kucing foster untuk vaksin atau

pemandulan yang telah dijadualkan WALAUPUN KUCING FOSTER

SAKIT

- Veterinar akan membuat pemeriksaan kesihatan dan memberi tarikh

yang baru

- Sila maklum penjaga foster perlu menanggung kos perubatan kucing

foster kecuali vaksin, ubat cacing dan pemandulan semasa mereka

dibawah jagaan penjaga foster

- Penjaga foster perlu memaklumkan pengurus foster jika kucing foster

mempunyai penyakit yang serius seperti virus atau kanser

- SPCA Selangor akan mempertimbangkan dan mempunyai hak

untuk meminta kucing foster dipulangkan jika kami mendapati

prognosisnya adalah teruk

Penjagaan Veterinar

Idea yang tepat adalah untuk perhatikan dan rekodkan tanda-tanda penyakit

seperti:

Cairan mata

- Cairan berwarna kekuningan atau kehijauan

- Bengkak dikawasan mata

- Kelopak mata ketiga yang ketara, rujuk veterinar

Selsema dan Cairan Hidung

- Selsema adalah perkara biasa jika kucing sedang pulih daripada

Jangkitan Saluran Pernafasan Atas

- Jika cairan tidak berwarna, jangkitan mungkin “viral” dan mungkin tidak

memerlukan ubat.

- Anda boleh “nebulize” untuk mengurangkan ketidakselesaan kucing anda.

Tanda tanda Penyakit:

12Nebulizing boleh dilakukan dengan dua cara:

(1) Letakkan kucing anda di dalam bilik air dan biarkan air panas mengalir

(jangan benarkan kucing anda terkena air panas)

(2) Letakkan kucing di dalam “carrier”, tutup dengan tuala dan letakkan

nebulizer atau humidifier di bawah tuala.

- Jika cairan adalah berwarna, rujuk veterinar kerana kucing anda mungkin

mempunyai jangkitan bakteria

- Jika kucing anda mula mencungap atau bernafas menggunakan mulut, rujuk

veterinar.

Hilang Selera Makan

- Kucing anda mungkin stress selepas sampai ke rumah dan boleh

menyebabkan hilang selera makan.

- Jika kucing masih lagi tidak makan dalam masa 24 jam, rujuk veterinar.

- Jika kucing anda makan tanpa masalah tetapi tiba-tiba tidak makan selama

24 jam, rujuk veterinar.

- Jangan tukar diet pemakanan kucing anda tanpa merujuk veterinar kerana

boleh menyebabkan cirit birit

Letih/ Lesu

- Tahap keaktifan berbeza bergantung kepada umur dan personaliti kucing

- Jika kucing anda tidak boleh berdiri dan kelihatan lemah, bawa ke klinik

haiwan

Muntah muntah

- Kadang kadang, kucing akan memuntahkan bulu mereka. Ini adalah normal.

- Jangan risau jika berlaku satu atau dua peristiwa kucing anda muntah

asalkan mereka berkelakuan normal; makan, aktif, tiada cirit birit

- Jika muntah adalah makanan yang tak dihadam atau separa hadam, rujuk

veterinar.

Sakit atau Ketegangan Semasa Kencing

- Kucing anda mungkin tidak kencing selepas mereka sampai ke rumah

kerana stress, tetapi jika mereka masih tidak kencing dalam masa 24 jam,

rujuk veterinar

- Jika anda perasan kucing anda meneran atau mengiau semasa kencing,

bawa ke veterinar.

13

Kriteria untuk Kecemasan

• Tidak bernafas atau mencungap

• Dehidrasi melampau, gusi kering, letih, muntah, tidak kencing

• Letih/lesu, tidak boleh berdiri

• Pitam atau tidak boleh bangun

• Sejuk

• Tulang patah

• Trauma: dilanggar kereta, dipijak

• Pendarahan tidak berhenti atau luka besar

Cirit Birit

- Pantau najis kucing anda setiap hari. Ia adalah normal jika kucing anda

berak cair untuk 2 ke 3 hari selepas sampai rumah.

- Jika cirit birit, sila rujuk veterinar untuk pastikan kucing anda tidak

memerlukan perubatan

- Jika najis kucing anda mempunyai tompokan darah, berbau hanyir atau

berlendir, sila rujuk veterinar.

Menggaru Telinga dengan Kerap

- Kucing anda mungkin mempunyai kutu telinga jika ia menggaru atau

menggeleng kepala dengan kerap.

- Jika ia mempunyai tahi telinga seperti serbuk kopi, rujuk veterinar

Telinga Bengkak atau Kemerahan

- Jika telinga kucing anda kemerahan atau bengkak dan berbau seperti yis,

ia mungkin mempunyai jangkitan kuman, otitis, sila rujuk veterinar

Keguguran Bulu

- Ia adalah biasa jika kucing mempunyai bulu yang nipis di bahagian mulut,

kelopak mata atau di hadapan telinga..

- Keguguran rambut di satu kawasan atau bulu menipis mungkin tanda

“ringworm” atau radang kulit.

- Ianya adalah penting untuk memantau bulu kucing anda setiap hari

Dehidrasi

- Cubit kulit di bahagian antara bahu kucing anda dengan perlahan. Jika

kulitnya tidak kembali normal, kucing anda tidak mempunyai air yang

mencukupi, rujuk veterinar

14BAHAGIAN VI: SOKONGAN KELAKUAN

- Kami mengharapkan penjaga foster dapat menanam kelakuan dan

tabiat yang baik pada kucing foster melalui pendekatan yang positif

- Secara asasnya ialah untuk menggalakkan tabiat yang baik dan abaikan

kelakuan buruk

- Anda tidak perlu menghukum kucing yang melakukan tabiat buruk

kerana ia tidak berkesan untuk membuang tabiat tersebut

- Kami hanya akan memberi kucing yang mempunyai masalah kelakuan

dengan penjaga foster yang selesa menjaganya

- Kami akan memberi panduan dan galakkan supaya penjaga foster dapat

menjaganya dengan baik

Bermain Kasar

- Jika anda cuba untuk membelai kucing foster anda tetapi ia menggigit

anda, alihkan tangan anda

- Jangan bermain dengan kucing anda menggunakan tangan.

Gunakan permainan. Ajar mereka yang permainan adalah untuk bermain

dan tangan untuk membelai.

Kemalangan Semasa Menggunakan Bekas Najis

- Jika kucing anda tidak menggunakan bekas najisnya, anda mungkin

perlu meletakkan beberapa lagi sehingga anda pasti ruang yang ia suka

gunakan

- Atau anda boleh kurung kucing foster anda di penjuru yang anda mahu

ia gunakan untuk beberapa hari.

Mencakar pada Permukaan yang Tidak Sesuai

- Jika kucing mula mencakar menggunakan permukaan yang tidak

sepatutnya, pastikan “scratching post” ia masih dalam keadaan baik.

- Anda boleh bereksperimen permukaan mana yang kucing foster anda

suka. Sama ada kotak, karpet atau tali sisal

BAHAGIAN VII: GERAK TUBUHUntuk mengelakkan stress, ia adalah penting untuk melihat dan memahami

pergerakan tubuh badan kucing anda. Ianya bagus untuk anda memerhatikan

beberapa tanda tersebut.

15

BAHAGIAN VIII: KUCING PEMALU ATAU TAKUT- Kucing boleh menggigit, mencakar dan menyerang, yang boleh

menyebabkan luka

- Keperluan keselamatan seperti sarung tangan, cermin mata

keselamatan dan pakaian keselamatan digalakkan

- SPCA Selangor tidak bertanggungjawab untuk sebarang

kecederaan

Relaks atau Ingin Tahu:

•Kucing anda membalas kelipan mata anda

•Misai ke depan

•Kedua dua telinga menegak

•Membau persekitaran dan objek

•Meletakkan tapak tangan di bawah badan

•Meniarap dalam keadaan selesa.

•Membersihkan diri

•“Purring”

•Meraba

•Meminta perhatian

•Melaga kepala pada anda atau objek

Gementar atau Risau:

•Sebelah telinga menegak dan satu lagi kebelakang

•Menjilat bibir

•Menegangkan badan

•Mendesis

•Mengelak hubungan mata

•Mengeraskan badan/ Tidak mahu bergerak

Takut atau Marah:

•Anak mata bulat

•Kedua dua telinga kebelakang

•Misai kebelakang

•Mendesis

•Menggeram atau meraung

•Menggigit

•Kedua kaki hadapan mengeras

•Menyerang

•Menegangkan badan

16PersediaanTentang Sangkar

- Hadkan ruang untuk kucing foster anda untuk memudahkan anda untuk

berinteraksi dengan kucing

- Jika anda tidak mengehadkan ruang kucing foster anda, ia akan

menyorok

- Sangkar itu akan menjadi bilik tidur kucing foster anda sehingga ia konfiden

dan peramah

- Satu sangkar yang 20” lebar, 20’’ tinggi adalah bagus

- Sangkar tersebut tidak boleh lebih kecil dari ukuran diberi

- Anda perlu menggunakan sangkar wayar yang terbuka di semua bahagian.

Menyediakan Sangkar

- Letakkan tempat tidur dibahagian belakang sangkar. Tempat tidur perlulah

datar supaya kucing foster anda tidak dapat menyorok

- Bekas najis diletakkan di hadapan pintu sangkar

- Bekas makanan dan minuman dipasang di tepi sangkar

- Jika kucing foster tidak biasa berada di dalam sangkar, biarkan ia

sesuaikan diri sekurang-kurangnya dua hari

Peralatan yang Anda Perlukan

- Batang berbulu burung adalah bagus

- Batang plastik. Gunakan batang plastik dan balutkan kain disatu hujung

- Berus lembut panjang

Snek

- Jika kucing tersebut terangsang dengan makanan, anda boleh gunakan

makanan bayi, daging ayam atau tuna.

- Selalu berikan snek tersebut selepas tamat sesi

- Hanya perlu beri satu sudu kecil atau beberapa keping daging sahaja

Sarung Tangan Kulit

- Untuk keselamatan pada permulaan

- Jika kucing foster anda besar dan kuat, gunakan sarung tangan kimpalan

- Tetapi anda perlu menukar kepada sarung tangan lebih kecil secepat

mungkin selepas anda berasa selamat untuk menyentuh kucing foster anda.

17Pheromone

- Pheromone seperti Feliway, ialah bahan kimia yang dihasilkan kucing

untuk menanda kawasan untuk mengurangkan stress

- Anda boleh semburkan sedikit pada batang sebelum menyentuh kucing

foster menggunkannya

PengajaranSila baca semua pengajaran and tips sebelum memulakan proses

pergaulan

Pengajaran 1: Motivasi menggunakan makanan

- Memberikan makanan boleh membawa interaksi yang positif kepada

kucing yang agresif atau pemalu, tetapi bukan semua kucing berminat

dengan makanan

- Letakkan sedikit makanan pada hujung batang

- Masukkan batang separuh ke dalam sangkar

- Jika kucing tidak membau atau menjilat, arahkan batang itu pada hidung

kucing dengan perlahan

- Anda mahu kucing foster itu menjilat- bukan gigit

- Walaupun kucing itu terangsang dengan makanan, ia mungkin tidak layan

pada mulanya

- Jika begitu, pergi pada langkah kedua, tetapi teruskan beri makanan pada

kucing itu pada permulaan sesi

- Berikan kucing itu snek setiap kali tamat sesi

- Pada mulanya, sebelum kucing foster itu mendapat kepercayaan anda, ia

mungkin akan makan selepas anda beredar

Tips

•Bercakap pada kucing itu dengan nada yang lembut dan panggil namanya

•Mulakan dengan perlahan, berikan masa untuk kucing foster itu tahu apa yang

sedang berlaku

•Jika kucing itu adalah terangsang dengan makanan, selalu gunakan pengajaran

1 untuk memulakan interaksi

•Perhatikan gerak badan kucing foster anda untuk mengetahui emosinya

18Pengajaran 2: Membelai menggunakan batang

- Cari tanda kecil yang baik: pada permulaan, kucing itu membau dan

menyentuh batang itu walaupun sementara

Ini adalah langkah-langkahnya

- Mulakan dengan pengajaran 1 (motivasi makanan) untuk membantu

penukaran ke pengajaran 2

- Biarkan kucing foster itu membau batang. Jika ia mahu menggigit batang

tersebut, jangan gerakkan batang untuk seketika atau alihkan supaya kucing

itu tidak menggigit

- Jika kucing foster masih lagi cuba untuk menggigit batang itu, keluarkan batang

tersebut dan letakkan sedikit makanan pada hujung batang. Biarkan ia

menjilatnya

- Bawa batang dibaluti kain. Biarkan kucing itu membaunya

- Alihkan batang itu ke atas kepala kucing tersebut dan cuba menyentuh

kepalanya dengan lembut di kepalanya dahulu

- Jika kucing itu benarkan, belai kucing itu menggunakan batang sehingga ke

badan belakangnya.

- Jika kucing itu mendesis atau menyerang, Tarik batang itu kebelakang. Tunggu

beberapa saat dan cuba sekali lagi. Walaupun anda hanya dapat menyentuh

kepalanya sudah bagus

- Jika kucing foster bertindak secara negatif, ulang semula perbuatan yang

membuatkannya bertindak secara positif, anda mungkin perlu mengulangnya

Pengajaran 3: Membelai menggunakan berus lembut panjang

Berikut adalah langkah-langkahnya:

• Mulakan dengan pengajaran 1 (motivasi makanan)

• Ambil berus itu dan gerakkannya perlahan. Lihat reaksi kucing foster dan

biarkan ia membaunya

• Bawa berus tersebut keatas kepala kucing dan cuba menyentuhnya dengan

perlahan

• Mulakan dengan kepala kucing tersebut dan belai dengan lembut

• Jika kucing itu membenarkan, belai sehingga kebelakang badannya

• Jika kucing itu mendesis atau menyerang, tunggu beberapa saat dan cuba

semula. Jika ia masih berkelakuan negatif, kembali kepada perbuatan yang

membuatkan ia berkelakuan positif dan mula semula

19

Pengajaran 4: Membelai menggunakan sarung tangan

Pada permulaannya, anda perlu menggunakan sarung tangan. Gunakan

batang yang kuat dan tegar

Ini adalah langkah-langkahnya

• Mulakan dengan pengajaran 1 (motivasi makanan)

• Pegang batang menggunakan bahagian tangan yang sama dengan kepala

kucing. Misalnya, jika kepalanya berada di tangan kanan anda, anda perlu

pegang batang menggunakan tangan kanan

• Ambil berus panjang dan gerakkannya dengan perlahan ke dalam sangkar

seperti pengajaran pertama.

• Bawa batang sehingga kebelakang badan kucing dan kembali ke leher

kucing. Kenakan sedikit tekanan pada leher kucing itu dan masukkan

tangan anda dengan perlahan dan pastikan kucing itu melihat perbuatan

anda

• Kucing itu mungkin mendesis, tetapi terus menggerakkan tangan anda

sambil bercakap dengan lembut

• Cuba sentuh belakang badan kucing foster berdekatan ekornya. Jika ia

mendesis, berhenti seketika dan mula semula

• Walaupun anda hanya dapat menyentuh kucing itu sekejap ianya sudah

memadai. Ini adalah bertujuan untuk membuatkan kucing itu berfikir

sentuhan anda tidak menyakitkan

• Jika kucing itu menyerang atau menggigit, hentikannya dan teruskan

membelainya menggunakan batang

20Pengajaran 5: Membelai menggunakan tangan

Ini adalah langkah-langkahnya

- Letakkan makanan pada jari anda dan gerakkan ke arah kucing dengan

perlahan

- Kebiasaannya, kucing akan datang dekat dan menjilat makanan itu. Jika

ianya tidak berlaku, letakkan jari anda pada hidung kucing foster.

- Apabila ia mula makan, sentuh kepalanya dengan perlahan. Jika ia benarkan,

teruskan membelainya sehingga belakang badan. Jika ia mahu menggigit,

alihkan tangan anda

- Jika reaksi kucing itu negatif pada mana mana bahagian, pergi semula ke

bahagian yang membuatkan ia memberi reaksi yang positif

Selepas kucing foster anda berasa selesa dibelai. Luangkan lebih banyak

masa membelainya.

Pengajaran 6: Mengangkat kucing dari dalam sangkar

Ini adalah langkah yang mungkin menakutkan untuk kucing tersebut, jadi

bersedia untuk kucing itu memberi reaksi yang negatif

Berikut adalah langkah-langkahnya:

• Mulakan sesi dengan memberi makanan menggunakan jari anda. Kemudian,

belai ia

• Selepas itu, scruff kucing foster dan angkat kaki hadapannya dengan

perlahan untuk beberapa saat. Letakkan kucing foster semula dan belainya

semula. Ini dikira satu sesi

• Jika sesi ini tidak berjalan lancar, kucing foster anda tidak bersedia untuk

diangkat dan anda perlu membina lebih lagi kepercayaan. Ulang semula

pengajaran 5 sehingga kucing anda berasa selesa

• Kemudian, ulang semula sebanyak mana sehingga kucing foster anda

berasa selesa.

• Selepas itu, lakukan dua langkah yang pertama, tetapi letakkan satu tangan

di atas kucing dan satu lagi dibawah perutnya. Cuba angkat kucing itu

sehingga semua kakinya tidak jejak sangkar. Lakukan beberapa sesi

sehingga ia berasa selesa

21

Pengajaran 7: Bawa kucing keluar untuk masa bermesra

Bersiap sedia untuk kucing anda menjadi stress. Lama-kelamaan, kucing foster

anda akan berasa selesa untuk keluar dari rumah, dipegang atau dibelai.

- Mulakan sesi dengan membelai kucing foster anda. Kemudian, angkat kucing

tersebut. Jika ia mula panik, letak semula ia. Belai ia semula dan cuba

keluarkan ia dari sangkar semula.

- Jika kucing foster anda bergelut, ia masih tidak biasa untuk dipegang.

Kembali ke pengajaran 6. Jangan berputus asa.

- Scruff kucing foster anda dengan satu tangan, sebelah tangan lagi berada di

bawah kucing itu dan pegang kedua dua kaki hadapan

- Angkat kucing foster anda keluar dari sangkar. Pegang kepala kucing ke atas,

letak kucing itu diatas pangkuan anda. Anda boleh bawa keluar sama ekor

dahulu atau tepi badannya

- Bila anda meletak semula kucing itu ke dalam sangkar, anda tidak mahu

kucing tersebut lompat dari lengan anda kedalam sangkar

- Sebaliknya, letak kucing foster anda dengan perlahan ke dalam sangkar.

Anda tidak mahu membuatkan kucing tersebut seperti melarikan diri dari

anda. Jangan lupa berikan snek selepas tamat sesi

22

Pengajaran 8: Meluangkan masa di bilik bermain

Di dalam bilik bermain, kucing foster anda akan bergaul dengan beberapa

manusia yang lain. Kucing tersebut akan belajar menyesuaikan diri dengan

kucing lain dan belajar untuk bermain

- Sediakan bilik bermain dengan tempat untuk menyorok. Cat tree perlu tidak

lebih tinggi dari pandangan mata anda. Sediakan alat permainan dan tempat

duduk

- Selepas kucing foster anda menyesuaikan diri di dalam bilik bermain,

kenalkan ia kepada beberapa manusia lain untuk bergaul untuk

menggalakkan dia menyesuaikan diri kepada orang lain selain penjaga

foster

- Berikan kucing tersebut meneroka bilik bermain selama sejam. Jika kucing

foster tidak berasa selesa dan melarikan diri bila anda cuba mendekatinya,

cuba mengalih perhatiannya dengan permainan atau makanan

- Jika ia tidak berjaya, belai kucing foster diatas pangkuan anda dan

letakkannya semula ke dalam sangkarnya

- Luangkan masa dengan kucing foster anda dengan membelainya di

pangkuan anda. Letakkannya semula selepas tamat sesi.

- Ulang sesi ini sehingga kucing foster anda tidak larikan diri dari anda.

Pengajaran 9: Meluangkan masa di bilik sebenar

- Bilik sebenar perlu disediakan seperti kehidupan sebenar. Anda perlu

meletakkan perabot dan barangan lain (tv, telefon, komputer)

- Anda perlu mengehadkan tempat bersembunyi supaya anda dapat menguji

tahap keyakinan kucing foster anda

- Semasa kucing tersebut berada di bilik sebenar, ia perlu mendekati dan

memahukan perhatian dan belaian

23

Terima kasih kerana membuka

hati dan rumah anda untuk

kucing foster kami.

Rujukan:- bestfriends.org – Cat Foster Care Manual- Bestfriends.org – Socializing Cats; How to Socialize

Very Shy or Fearful Cat