singapore education
DESCRIPTION
singapore educationTRANSCRIPT
Seperti juga di Malaysia, sistem persekolahan Singapura terdiri daripada enam tahun sekolah
rendah, lima tahun sekolah menengah, dan peringkat pengajian tinggi, tetapi tidak mengamalkan
sistem persekolahan vernakular. Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan semua
sekolah di Singapura.
Para pelajar menghadiri sekolah rendah selama enam tahun mulai usia tujuh tahun, sehingga
berakhir dengan peperiksaan Primary School Leaving Examination (PSLE). Sekolah rendah
mengajar empat mata pelajaran teras, iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa
Ibunda (Mandarin, Melayu dan Tamil). Semua mata pelajaran diajar dan diperiksa dalam bahasa
Inggeris kecuali Bahasa Ibunda yang diajar dan diuji dalam bahasa masing-masing. Biarpun
"Bahasa Ibunda" secara umumnya memaksudkan bahasa pertama, namun dalam sistem
pendidikan Singapura, istilah tersebut memaksudkan bahasa kedua atau tambahan kerana
bahasa Inggeris merupakan bahasa pertamanya. Sekolah rendah awam tidak mengenakan
yuran persekolahan, tetapi mungkin ada yuran tambahan nominal untuk kemudahan sekolah.[88]
Selepas sekolah rendah, pelajar biasanya menghadiri sekolah menengah selama empat hingga
lima tahun. Terdapat pelbagai subjek yang ditawarkan di sekolah menengah, termasuk bahasa
Inggeris, bahasa ibunda, geografi, sejarah, matematik asas, matematik tambahan, kimia, fizik,
biologi, bahasa Perancis dan bahasa Jepun.
Seseorang pelajar lazimnya mengambil tujuh atau lapan mata pelajaran, tetapi tidak kurang juga
yang mengambil lebih daripada lapan. Sekali lagi, semua mata pelajaran dalam sekolah
menengah diajar dan diuji dalam bahasa Inggeris, kecuali bahasa ibunda iaitu dalam bahasa
Melayu, Mandarin atau Tamil. Pada akhir sekolah menengah, para pelajar mengambil
peperiksaan Singapore-Cambridge GCE 'O' Level, yang mana keputusannya menentukan jenis
laluan pendidikan pasca menengah yang boleh dikejar oleh mereka.[89] Yuran sekolah di
kebanyakan sekolah menengah awam adalah nominal, iaitu sekitar S$5 selepas subsidi.[90] Namun, terdapat beberapa sekolah menengah swasta yang mengenakan yuran beratus dolar
sebulan.
Bukan semua pelajar menghadiri sekolah menengah. Ramai juga yang menghadiri
institusi pendidikan vokasional seperti Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di mana mereka
mengejar sijil vokasional. Ada juga yang menghadiri Sekolah Sukan Singapura atau sekolah
yang ada “Integrated Programme”, di mana mereka memintasi peperiksaanSingapore-
Cambridge GCE 'O' Level sepenuhnya.
Selepas peperiksaan O Level yang diambil sekitar usia 16 tahun, para pelajar biasanya berdaftar
dalam Kolej Rendah (Junior College), Institut Terpusat (Centralised Institute) atau Politeknik.
Program dalam Kolej Rendah atau Institut Terpusat berkesudahan dengan peperiksaan GCE A
Level selepas dua atau tiga tahun.
Terdapat lima politeknik di Singapura, iaitu Politeknik Singapura, Politeknik Ngee Ann, Politeknik
Temasek, Politeknik Nanyang dan Politeknik Republik. Politeknik di Singapura ini tidak
menawarkan ijazah, sebaliknya pelajar politeknik mengejar diploma dalam tempoh pelajaran tiga
tahun.
Terdapat lima buah universiti awam di Singapura: Universiti Kebangsaan Singapura, Universiti
Teknologi Nanyang, Universiti Pengurusan Singapura, Universiti Teknologi dan Rekabentuk
Singapura dan Institut Teknologi Singapura. Kerajaan telah membina banyak lagi universiti
awam pada puluhan tahun lalu dengan harapan menyediakan peluang pendidikan tinggi kepada
30% setiap kohort.[91][92] Kursus politeknik dan universiti dikendali dalam bahasa Inggeris
sepenuhnya.
Banyak sekali universiti luar negara yang membuka kampus di Singapura. Antaranya
ialah INSEAD, Sekolah Perniagaan Chicago, Universiti New York, Universiti Las
Vegas,Technische Universität München, ESSEC dan lain-lain lagi.[92]