sikh 2

5
PERKAHWINAN DALAM AGAMA SIKH Dalam agama Sikh, perkahwinan atau anand karaj dianggap suci. Penganut Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan, iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh. Sistem perkahwinan orang Sikh adalah monogami. Perkahwinan dalam masyarakat Sikh penting, malah dimestikan kerana cara hidup berkeluarga atau grihasth asram adalah cara hidup yang paling utama dan semula jadi sifatnya. Perkahwinan antara individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau endogami dilarang atau tidak digalakkan. Oleh itu, pemilihan menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing-masing. Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk pemilihan pasangan eksogami, iaitu memilih pasangan hidup daripada kelompok yang luar daripadanya, bukan daripada mereka yang ada ikatan persaudaraan. Cara ini dapat meluaskan pengaruh keluarga dan menggalakkan perkembangan budaya. Ringkasnya, keluarga dan kaum kerabat memberi perhatian yang berat dalam menentukan kemasukan ahli baru ke dalam keluarga meneka. Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk keturunan dan kepusakaan patrilineal. Dalam bentuk ini, hubungan persaudaraan atau individu dihubungkan dengan kelompok keluarga melalui keturunan daripada sebelah nasab bapa. Misalnya, kelahiran seorang bayi merupakan masa yang amat menggembirakan, lebih-lebih lagi jika bayi tersebut lelaki, dan ibu yang melahirkan bayi tersebut dipuji kerana melahirkan anak lelaki yang sememangnya menjadi harapan keluarga. Kelahiran anak lelaki menguatkan kedudukan ibu dalam keluarga kerana bayi lelaki semacam jambatan yang

Upload: maria-abdurrashid

Post on 16-Jul-2015

1.996 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sikh 2

PERKAHWINAN DALAM AGAMA SIKH

Dalam agama Sikh, perkahwinan atau anand karaj dianggap suci. Penganut

Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh

menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia

dengan Tuhan, iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut

Sikh. Sistem perkahwinan orang Sikh adalah monogami.

Perkahwinan dalam masyarakat Sikh penting, malah dimestikan kerana cara

hidup berkeluarga atau grihasth asram adalah cara hidup yang paling utama

dan semula jadi sifatnya. Perkahwinan antara individu yang mempunyai

hubungan kekeluargaan atau endogami dilarang atau tidak digalakkan. Oleh

itu, pemilihan menantu biasanya dibuat oleh ibu bapa masing-masing.

Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk pemilihan pasangan eksogami, iaitu

memilih pasangan hidup daripada kelompok yang luar daripadanya, bukan

daripada mereka yang ada ikatan persaudaraan. Cara ini dapat meluaskan

pengaruh keluarga dan menggalakkan perkembangan budaya. Ringkasnya,

keluarga dan kaum kerabat memberi perhatian yang berat dalam menentukan

kemasukan ahli baru ke dalam keluarga meneka.

Masyarakat Sikh mengamalkan bentuk keturunan dan kepusakaan patrilineal.

Dalam bentuk ini, hubungan persaudaraan atau individu dihubungkan dengan

kelompok keluarga melalui keturunan daripada sebelah nasab bapa.

Misalnya, kelahiran seorang bayi merupakan masa yang amat

menggembirakan, lebih-lebih lagi jika bayi tersebut lelaki, dan ibu yang

melahirkan bayi tersebut dipuji kerana melahirkan anak lelaki yang

sememangnya menjadi harapan keluarga. Kelahiran anak lelaki menguatkan

kedudukan ibu dalam keluarga kerana bayi lelaki semacam jambatan yang

Page 2: Sikh 2

menyatukan si ibu dengan bapanya. Ringkasnya, anak lelaki menjadi harapan

keluarga demi penerusan keturunannya dan kerabatnya serta menjadi ketua

keluarga dan melaksanakan upacara kematian ayahnya. Sungguhpun

demikian, hal ini tidak bermakna bahawa anak perempuan dipandang rendah.

Malah dalam agama Sikh, kedudukan kaum wanita sama dengan kedudukan

lelaki.

Seseorang Sikh yang menjadi ahli kaum Khalsa perlu berkahwin

dengan Khalsa juga. Jika pengantin perempuan belum lagi

memohon amrit (air suci) untuk menjadi ahli kaum Khalsa manakala

pasangannya Khalsa, maka dia perlu memohon amrit untuk menjadi ahli

kaum Khalsa.

Ada beberapa upacara yang dilakukan dengan teliti sebelum istiadat

perkahwinan dilangsungkan supaya mendatangkan hasil yang baik dan

memuaskan kedua-dua belah pihak. Antaranya, mangani, sehra bandhi,

milni dan anand karaj.

Pertama, mangani (pertunangan), walaupun tidak diwajibkan, boleh

dilakukan, sama ada di kediaman lelaki atau di gurdwara(pusat ibadat

penganut Sikh). Biasanya upacara formal diadakan di gurdwara. Pada hari

yang ditetapkan, bapa si perempuan bersama-sama saudara-mara pergi

ke gurdwara. Bakal pengantin lelaki duduk di depan menghadap kitab

suci, Sri Guru Granth Sahib Ji, dan dipakaikan kirpan (pedang kecil) oleh

bapa mentuanya. Selepas itu, dia disuapkan manisan dan diberi wang serta

dipakaikan cincin atau gelang emas. Bakal pengantin perempuan tidak

dibenarkan menghadiri upacara ini. Tarikh perkahwinan ditetapkan selepas

upacara pertunangan. Berita dan jemputan perkahwinan disebarkan kepada

saudara-mara dan sahabat handai kedua-dua belah pihak.

Page 3: Sikh 2

Menjelang hari perkahwinan, upacara yang wajib dijalankan ialah

mandi vatna. Dalam upacara ini, lima atau tujuh orang wanita yang telah

berkahwin memandikan bakal pengantin di rumahnya tiga atau empat hari

sebelum hari perkahwinan. Ringkasnya, upacara ini menandakan permulaan

perayaan perkahwinan.

Upacara kedua ialah mengikat sehra di dahi pengantin lelaki oleh

ibunya. Sehra ialah hiasan kepala yang dibuat daripada bunga dan kertas

berkilat. Sebelum mengikat sehra, adik perempuannya mengikat bola benang

bulu yang berwarna-warni di pergelangan tangan kanan abangnya untuk

menunjukkan hubungan persaudaraan sesama mereka. Abangnya kemudian

memberi wang kepada adik perempuannya. Sebelum pengantin lelaki keluar

dari rumah dan berangkat ke rumah pengantin perempuan, salah seorang

saudaranya menuangkan minyak kelapa di ambang pintu rumah untuk

menandakan alamat yang baik.

Upacara milni ialah adat pertemuan antara bapa pengantin lelaki / dengan

bapa pengantin perempuan / pada hari perkahwinan di kediaman pengantin

perempuan. Ardas(doa) dibacakan apabila rombongan pengantin lelaki tiba.

Dalam pertemuan ini bapa pengantin perempuan menghadiahkan sehelai

selimut dan wang kepada bapa pengantin lelaki. Kadang kala sebentuk cincin

atau gelang emas disertakan. Selepas itu, mereka berjabat tangan dan

berpeluk mesra.

Rombongan dihidangkan dengan sarapan pagi yang disediakan khas

sebelum berangkat ke gurdwara.

Anand karaj merupakan upacara yang terakhir dan penting yang dijalankan

di gurdwara. Upacara ini biasanya dimulakan dengan bernyanyi mazmur dan

membaca kitab suci. Selepas itu, granthi (ketua agama) menerangkan tujuan

mereka berkumpul pada hari tersebut kepada sangat (jemaah), termasuk

Page 4: Sikh 2

tujuan perkahwinan dan kewajipan suami isteri menurut pandangan agama

Sikh. Kedua-dua orang pengantin duduk bersila menghadap kitab

suci. Granthi berdiri bersama-sama pengantin lelaki dan perempuan, bapa

pengantin lelaki dan bapa pengantin perempuan untuk bacaan ardas secara

senyap.

Selepas itu, bapa pengantin perempuan memberi sehelai kain

tudung (palla) kepada pengantin lelaki dan dia memegangnya pada satu

hujung dan di hujung lain dipegang oleh pengantin perempuan. Selepas

itu, sangat menyanyikan ayat daripada kitab suci yang berkaitan

dengan anand karaj. Kedua-dua orang pengantin memegang tudung sambil

berjalan mengelilingi Sri Guru Granth Sahib Ji sebanyak empat kali.

Pergerakan ini disebut lavan. Pengantin lelaki berjalan di depan dan

pengantin perempuan mengikut dari belakang.

Selepas tamatnya lavan, granthi dan pasangan tersebut serta bapa mereka

berdoa sebagai tanda bersyukur atas kesempurnaan upacara perkahwinan

dan merestui pasangan tersebut. Granthi menasihatkan kedua-dua orang

pengantin tentang tanggungjawab mereka. Selepas

bacaan ardas semua sangat yang hadir diberi karah parshad (halwa yang

suci). Gurdwara menyuruh pasangan pengantin menandatangani buku daftar

perkahwinan gurdwara. Sijil perkahwinan (dalam tulisan Gumukhi) diberi

kepada pasangan.

Selepas makan tengah hari, pengantin perempuan dibawa pulang ke rumah

pengantin lelaki. Pemergian pengantin perempuan adalah peristiwa yang

menyedihkan bagi keluarganya kerana dia bukan "milik" mereka lagi.

Sebelum kereta pengantin bertolak, bapa pengantin lelaki membaling duit

syiling ke atas kereta tersebut. Perbuatannya itu bertujuan menunjukkan

Page 5: Sikh 2

kegembiraannya dan dia sanggup mengorbankan benda kesayangan

manusia, iaitu duit, demi kebahagiaan anaknya dan menantunya.

Secara keseluruhannya, anand karaj adalah suci dalam falsafah agama Sikh.

Penganut Sikh perlu mematuhi segala ajaran yang termaktub dalam kitab suci

agar perkahwinan mereka direstui oleh tuhan dan berkekalan ke akhir hayat.

Pasangan suami isteri yang sudah berkahwin perlu saling memahami dan

saling menghormati. Mereka perlu hidup bersatu dan cuba mengelakkan

konflik yang boleh menggugat ikatan kekeluargaan mereka.