masyarakat india dan gerakan politik di tanah melayu… · 2017. 3. 7. · di tanah melayu, tahun...

12
MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN DENGAN TUMPUAN KEPADA MASYARAKAT SIKH Azharudin Mohamed Dali, * PENDAHULUAN Sejarah masyarakat India di Tanah Melayu merupakan satu bidang kajian yang telah menarik perhatian ramai sarjana. Kajian tentang masyarakat India sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sering sahaja didasari oleh dua bidang iaitu aspek sosioekonomi dan aspek politik. Dalam aspek sosioekonomi pula, tumpuan diberikan kepada aktiviti masyarakat ladang. Antara beberapa kajian penting yang berkaitan dengan proses migrasi serta pembabitan masyarakat keturunan India dalam bidang perladangan termasuklah Indian in Malaysia and Singapore oleh S. Arasaratnam yang diterbitkan pada tahun 1970. Buku ini membincangkan bukan sahaja proses migrasi masyarakat serta pertapakan mereka di Ma- laysia dan Singapura, malah turut memberi perhatian dalam pembabitan orang India dalam sektor perladangan terutamanya penanaman getah. Kajian-kajian lain termasuklah oleh J. Norman Parmer, Colonial Labour Policy and Administration: A History of Labour in the Rubber Plantation Industry in Malaya 1910-1914 yang diterbitkan pada tahun 1960; Ravindra K. Jain bertajuk South Indians on the Plantation Frontier in Malaya; dan K. S Sandhu bertajuk Indians in Malay: Immigration and Settlement, 1876-1957. Pembabitan masyarakat India dalam bidang politik pula menjadi bahan kajian R. Ampalavar, "Social and Political Development in In dian Community of Malaya"; R. Ramachandra, "the Indian Independence Movement in Malaya, 1842-1945"; S. Subramaniam, "Politics of the Indians in Malaya 1945-1955"; Robert A.A Ankiah, "Senario Politik Masyarakat India antara 1910- 1945 di Malaya" dan sebahagian daripada kandungan tesis Doktor Falsafah oleh Khoo Kay Kim yang bertajuk "The Beginning of Political Extremism in Malaya, 1915-1935".1 Jumlah yang sebegitu banyak dalam penghasilan kajian tentang aspek politik masyarakat India di Tanah Melayu dalam tempoh prakemerdekaan ini sebenarnya membayangkan suatu rangkuman sejarah masyarakat tersebut yang sangat menarik. Kajian-kajian ini telah * Penulis ialah pensyarah di labatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Senarai yang disebutkan ini sebenarnya hanya memaparkan sebahagian daripada ratusan kajian yang telah di lakukan sarna ada di peringkat ijazah Sarjana Muda, Sarjana mahupun Doktor Falsafah. Senarai ini sebenarnya membuktikan betapa bidang ini merupakan bidang yang sering mendapat perhatian pengkaji sarna ada sejarah, sosiologi, antropologi dan sebagainya. 60 Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Upload: others

Post on 02-Dec-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU… · 2017. 3. 7. · DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN DENGAN TUMPUAN KEPADA MASYARAKAT SIKH ... asyarakat Sikh sarna ada pembabitan

MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN

DENGAN TUMPUAN KEPADA MASYARAKAT SIKH

Azharudin Mohamed Dali, *

PENDAHULUAN

Sejarah masyarakat India di Tanah Melayu merupakan satu bidang kajian yang telah menarik perhatian ramai sarjana. Kajian tentang masyarakat India sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan sering sahaja didasari oleh dua bidang iaitu aspek sosioekonomi dan aspek politik. Dalam aspek sosioekonomi pula, tumpuan diberikan kepada aktiviti masyarakat ladang. Antara beberapa kajian penting yang berkaitan dengan proses migrasi serta pembabitan masyarakat keturunan India dalam bidang perladangan termasuklah Indian in Malaysia and Singapore oleh S. Arasaratnam yang diterbitkan pada tahun 1970. Buku ini membincangkan bukan sahaja proses migrasi masyarakat serta pertapakan mereka di Ma­laysia dan Singapura, malah turut memberi perhatian dalam pembabitan orang India dalam sektor perladangan terutamanya penanaman getah. Kajian-kajian lain termasuklah oleh J. Norman Parmer, Colonial Labour Policy and Administration: A History of Labour in the Rubber Plantation Industry in Malaya 1910-1914 yang diterbitkan pada tahun 1960; Ravindra K. Jain bertajuk South Indians on the Plantation Frontier in Malaya; dan K. S Sandhu bertajuk Indians in Malay: Immigration and Settlement, 1876-1957. Pembabitan masyarakat India dalam bidang politik pula menjadi bahan kajian R. Ampalavar, "Social and Political Development in Indian Community of Malaya"; R. Ramachandra, "the Indian Independence Movement in Malaya, 1842-1945"; S. Subramaniam, "Politics of the Indians in Malaya 1945-1955"; Robert A.A Ankiah, "Senario Politik Masyarakat India antara 1910-1945 di Malaya" dan sebahagian daripada kandungan tesis Doktor Falsafah oleh Khoo Kay Kim yang bertajuk "The Beginning of Political Extremism in Malaya, 1915-1935".1

Jumlah yang sebegitu banyak dalam penghasilan kajian tentang aspek politik masyarakat India di Tanah Melayu dalam tempoh prakemerdekaan ini sebenarnya membayangkan suatu rangkuman sejarah masyarakat tersebut yang sangat menarik. Kajian-kajian ini telah

* Penulis ialah pensyarah di labatan Sejarah, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Senarai yang disebutkan ini sebenarnya hanya memaparkan sebahagian daripada ratusan kajian yang telah di lakukan sarna ada di peringkat ijazah Sarjana Muda, Sarjana mahupun Doktor Falsafah. Senarai ini sebenarnya membukti kan betapa bidang ini merupakan bidang yang sering mendapat perhatian pengkaji sarna ada sejarah, sosiologi , antropologi dan sebagainya.

60

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU… · 2017. 3. 7. · DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN DENGAN TUMPUAN KEPADA MASYARAKAT SIKH ... asyarakat Sikh sarna ada pembabitan

MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DITANAH MELAYU, TAHUN 191G--l920-AN

memperlihatkan relaiti bahawa telah wujud gerakan-gerakan politik masyarakat India meskipun motif serta tunjang perjuangannya masih lagi terhadap negara India. Meskipun demikian, jika diperhatikan secm-a mendalam, kajian-kajian itu terutamanya dalam bidang politik kebanyakannya menjurus kepada tempoh menjelang Perang Dunia Kedua. Kecuali kajian oleh Robert A.A Ankiah dan Khoo Kay Kim, kajiannya ditumpukan kepada Indian National Army (INA) iaitu gerakan politik yang dilakukan dan diterajui oleh Subhas Chandra Bose semasa Perang Iepun. Kajian mereka itu menjadi penting kerana mengisi ruang kosong yang ditinggalkan sebelum era perarng dunia dan turnt secara jelas memaparkan kewujudan gerakan politik masyarakat keturunan India di Tanah Melayu, Kajian ini menjadi lebih penting kerana turut memaparkan pembabitan masyarakat Sikh dalam gerakan politik di Tanah Melayu.

Walau bagaimanapun, daripadajumlah kajian yang ada, masih sedikit yang memberikan perhatian terhadap gerakan-gerakan politik yang dijalankan oleh kalangan minoriti dalam masyarakat India termasuklah masyarakat Sikh. Sering sahaja ditonjolkan betapa perkembangan politik India dimulakan oleh penubuhan persatuan-persatuan India yang selalunya diterajui oleh kalangan India Muslim ataupun Tamil. Pembabitan masyarakat Sikh masih lagi terpinggir. Antara kajian yang memperlihatkan perkara ini ialah "The Be­ginning of Political Extremism in Malaya 1915-1935" yang ditulis pada tahun 1973 oleh Khao Kay Kim. Dalam bidang sosial pula, pengetahuan tentang masyarakat Sikh masih agi bergantung pada kajian yang dilakukan oleh Amarjit Kaur iaitu "Ethnicism, Religion

3.lld Social Organisation Among the North Indians in Malaya". Ringkasnya" berbanding engan masyarakat India di Tanah Melayu terutamanya masyarakat Tamil, kajian ten tang asyarakat Sikh sarna ada pembabitan mereka dalam aspek sosial, politik atau ekonomi

sebenarnya masih sangat kurang. Berdasarkan hakikat ini, tulisan ini cuba melihat salah 5atu aspek dalam sejarah masyarakat tersebut iaitu pembabitan masyarakat Sikh dalam .:;erakan politik yang disifatkan sebagai radikal di Tanah Melayu,

.... ATAR BELAKANG KEDATANGAN MASYARAKAT SIKH DI TANAH _lELAYU

-= menanjung Tanah Melayu telah menjadi medan tarikan bukan sahaja kepada orang Cina ~lap i juga orang India. Kemasukan orang India yang bermula pada abad ke-19 semakin :ertambah pada dekad-dekad awal abad ke-20. Kajian menunjukkan bahawa sehingga tahun

I I, jumlah orang India di Tanah Melayu ialah 270 000 orang iaitu seramai 172 000 : rada di Negeri-Negeri 'Melayu Bersekutu, 32 000 di Negeri-Negeri Selat dan 13 000

g di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Daripada jumlah itu, seramai 140000 g terbabit dalam kerja-kerja buruh ladang dan buruh-buruh ini kebanyakannya datang

. selatan India, semen tara selebihnya bekerja sebagai tukang gunting, pemandu, polis, tera dan buruh dengan agensi kerajaan seperti Majlis Bandaran, Iabatan Kereta Api dan alan Kerjaraya,2 Meskipun demikian, jumlah yang disebutkan ini tidak menyatakan

::nbahagian antara India selatan dengan India utara ataupun kumpulan etnik India itu ~~ara jelas hingga menyebabkan jumlah tepat masyarakat Sikh di Tanah Melayu ketika itu

- ;' 00 Kay Kim, 1973. The Beginning of Political Extremism in Malaya, 1915-i935 '. Tesis Doktor Falsafah. abatan Sejarah, Universiti Malaya, hIm. 3.

61

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU… · 2017. 3. 7. · DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN DENGAN TUMPUAN KEPADA MASYARAKAT SIKH ... asyarakat Sikh sarna ada pembabitan

MALAYSIA DAR I SEGI SEJARAH

tidak dapat dinyatakan. Meskipun demikian, data yang ada pada tahun 1921 menjelaskan bahawajumlah masyarakat Sikh di Tanah Melayu ialah 9307 orang daripada 21 759 orang etnik utara India. 3 Secara umumnya, boleh dikatakan bahawa kedatangan masyarakat Sikh ke Tanah Melayu berlangsung dalam beberapa tahap. Dalam tahap pertama, masyarakat Sikh berada di Tanah Melayu selaras dengan kedudukan mereka sebagai Sepoi. Munsyi Abdullah dalam Hikayat Abdullah memberi sedikit maklumat berkaitan dengan perkara ini . Meskipun tidak terdapat perkataan 'Sikh' dalam karyanya itu, namun Munsyi Abdullah ada menyatakan tentang kehadiran tentera 'Supai' (Sepoi) ke Melaka. Antara lain, Munsyi Abdullah menyebut, "Maka adalah pada masa itu di Melaka segala rakyat Inggeris itu Supai namanya, mereka itu orang Benggala dan orang Hindustan. Maka adalah an tara mereka itu tiga bahagian orang Islam dan sebahagian orang Hindu".4 Berdasarkan petikan ini, jelas bahawa 'Supai' yang dimaksudkan oleh Munsyi Abdullah ialah tentera Sepoi yang menjadi sebahagian daripada pasukan tentera British. Dalam sejarah tentera Sepoi ini, sebahagian besarnya adalah terdiri daripada orang Sikh, Path an serta Benggali. Oleh yang demikian, tidak bersalahan untuk menyatakan bahawa 'Supai' yang dimaksudkan oleh Munsyi Abdullah terse but sebahagiannya orang Sikh, sementara sebahagian lagi ialah orang Pathan dan Benggali. Jika hal ini boleh diterima, maka bermakna orang Sikh telah berada di Tanah Melayu sejak tahun 1840-an lagi. Namun demikian, pada masa itu mereka hanyalah sebagai tentera Sepoi yang tidak menetap secara kekal, sebaliknya akan berpindah mengikut arahan. yang telah ditentukan. Tahap kedua kehadiran orang Sikh juga adalah dalam bentuk tentera Sepoi. Ini berlaku apabila Kapten Speddy telah dihantar oleh Mantri Larut Ngah Ibrahim ke India untuk merekrut pasukan Sepoi bagi menjaga serta mengawal keselamatan di kawasan perlombongan di Larut. Kapten Speddy telah merekrut seramai 110 orang Sepoi yang terdiri daripada orang Sikh, Hindu dan Path an untuk berkhidmat di bawah kuasa Ngah Ibrahim. Berikutan dari itu, satu pasukan keselamatan telah ditubuhkan dan Taiping dijadikan pusat bagi pasukan ini yang dikenali sebagai Military Police (M.P.).5 Tahap ketiga kehadiran masyarakat Sikh ini lebih kepada imigran ekonomi. Menjelang akhir abad ke-19, kemasukan masyarakat Sikh semakin meningkat dan mereka bertumpu di pelabuhan Pulau Pinang dan Singapura serta kawasan-kawasan bandar termasuklah Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping dan Seremban. Dalam masa yang sarna, mereka yang terbabit dalam pasukan keselamatan seperti pasukan polis mereka tinggal di berek polis at au kuaters kerajaan. Malah dalam tahap ini, kawasan berek serta kuaters kerajaan menjadi pusat penting bagi masyarakat Sikh. Mereka mula mendirikan gurdwara dan melantik granti dari India bagi menjalankan aktiviti sosial dan keagamaan.6 Menarikjuga untuk dinyatakan bahawa gudwara ini kemudiannya sewaktu gerakan politik yang membabitkan masyarakat Sikh semakin memuncak telah menjadi antara pusat gerakan yang penting. Ucapan-ucapan berbentuk anti British turut dinyatakan oleh granti , malah turut menjadi pusat untuk mengumpulkan wang bagi tujuan gerakan politik. Amarjit Kaur misalnya mengatakan, "the gurdwara in Malaya became th~focal point from

3 Amarjit Kaur, 1983. "Etnicism, Religion and Social Organisation Among the North Indians in Malaya" dIm. Malaysia in History, Jil. 26, hIm. 31 .

4 Munsyi Abdullah, 1997. Hikayat Abdullah. Edisi Ketujuh. Kuala Lumpur: Pustaka Anlara, hIm. 25. 5 Inder Singh s/o Sgt. Ram Singh, 1963. History of Malay States Guides (1873-1919). Pulau Pinang: Penang

Historical Society, hIm. II . 6 Amarj it Kaur, "Ethnicism, Religion and Social Organisation Among the North Indians in Malaya", hIm. 32.

62

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU… · 2017. 3. 7. · DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN DENGAN TUMPUAN KEPADA MASYARAKAT SIKH ... asyarakat Sikh sarna ada pembabitan

MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU, TAHUN 19l0-1920-AN

which these reformist organisations carried on their activities",? Jumlah masyarakat Sikh di Singapura pada dekad-dekad awal abad ke-20 tidak dapat ditentukan. Meskipun begitu pada tahun 1950-an, jumlah masyarakat Sikh di Singapura ialah 11 200 orang. Masyarakat Sikh yang terbabit dalam sektor perniagaan terutamanya tekstil dan pemberi pinjaman wang di Singapura kebanyakannya bertumpu di sekitar High Street. 8

Masyarakat tempatan sering sahaja merujuk masyarakat Sikh di Tanah Melayu sebagai 'Benggali' . Perkataan ini tidaklah membawa maksud sebenar kerana antara Benggali dengan Sikh merupakan kelompok etnik yng berbeza. Masyarakat Benggali berasal dari Bengal (Bangladesh), semen tara masyarakat Sikh pula berasal dari wilayah Punjab. Bagaimana perkataan 'Benggali' ini digunakan untuk merujuk masyarakat Sikh masih lagi kurangjelas. Meskipun demikian , berkemungkinan perkataan ini muncul kerana orang Sikh telah menggunakan Bengal sebagai jalan masuk ke Tanah Melayu. Selain itu, kalangan Sepoi yang datang ke Tanah Melayu juga berkemungkinan datang daripada pasukan-pasukan yang ditempatkan di Bengal sebelumnya hingga secara mudah sahaja masyarakat tempatan merujuk masyarakat Sikh sebagai 'Benggali'. Sejarah kedatangan mereka ke Tanah Melayu sebenarnya tidak jauh berbeza dengan kedatangan masyarakat India yang lain seperti masyarakat Tamil dari bahagian selatan. Namun begitu, selain dirujuk sebagai buruh, mereka sebenarnya lebih banyak terbabit dalam aspek keselamatan sarna ada sebagai pengawal keselamatan ataupun sebagai pasukan keselamatan dalam Malay States Guides (MSG). Berkemungkinan, kelebihan kerana memiliki tubuh yang besar serta wajah mereka yang sentiasa kelihatan serius, berjambang dan serban mereka menjadi aset penting yang menarik minat British untuk 'menjadikan' bidang ini sebagai 'monopoli ' mereka. Faktor ini turut disokong oleh kedudukan mereka sebagai 'marital races' yang telah terkenal kerana keberanian dan kesetiaan mereka. Menarik juga untuk disebutkan bahawa di kalangan or­ang Sikh yang terbabit dalam MSG inilah yang kemudiannya terbabit secara langsung dalam gerakan politik radilcal di Tanah Melayu.9

MASYARAKAT SIKH DAN GERAKAN POLITIK

Jika dilihat sejarah pembabitan masyarakat Sikh dalam gerakan politik di Tanah Melayu, terutama pada tempoh sebelum Perang Dunia Kedua, mahu atau tidak, perhatian harus juga diberikan kepada perkembangan yang berlaku di India terutamanya di Punjab. Tempoh antara tahun 1910 hingga tahun 1920-an, merupakan tahap penting dalam sejarah gerakan politik di India. Pada tahap ini, dua gerakan politik didapati berjalan secara serentak. Pertama, gerakan politik yang disifatkan sebagai gerakan liberal yang antara lain diketuai oleh

7 Ibid., him. 39. 8 Kernial Singh Sandhu, 1969. "Some Aspects of Indian Settlement in Singapore, 1819-1969", dim. Journal of

Southeast Asian History, lil. 2, No.2, September, him. 197. 9 Dalam masa yang sarna, terdapat sekurang-kurangnya empat faktor yang menyebabkan orang Sikh digemari

oleh British untuk diserapkan ke dalam pasukan keselamatan. Pertama, mereka dikatakan terkenal dengan , kedua, kerana saiz pada mereka yang besar dan tegap hingga membolehkan mereka menjalankan tugas-tugas berat yang memerlukan kekuatan fizikal, ketiga, kerana wajah mereka yang garang yang secara psikologi menakutkan masyarakat tempatan, dan keempat, British menganggap orang Sikh boleh dipercayai berbanding kaum-kaum lain. Untuk keterangan lanjut sila rujuk, Ranjit Singh all Malkiat Singh, 'lagat Singh 1886-1956: Satu Kajian biografi Tentang Peranan dan Sumbangan Seorang Tokoh Sikh Tempatan ' . Latihan Ilmiah, labatan Sejarah, Universiti Malaya, Sesi 1997/98, him. 4-6.

63

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU… · 2017. 3. 7. · DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN DENGAN TUMPUAN KEPADA MASYARAKAT SIKH ... asyarakat Sikh sarna ada pembabitan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Jawaharlal Nehru, Mahatma Gandhi, Valallbai Patel dan sebagainya. Gerakan kedua pula ialah gerakan yang bersifat radikal yang bersedia menggunakan apa sahaja cara termasuklah penggunaan senjata dan kekerasan bagi mencapai matlamat mereka. Gerakan ini menjadi Bengal dan Punjab sebagai pusat mereka. Lebih penting lagi, gerakan politik bersifat radikal ini bukan sahaja dilangsungkan di India, malah turut digerakkan dari luar India. Ini berlaku apabila imigran-imigran India di luar negeri turut menyahut seruan untuk membabitkan diri dalam gerakan ini . Keadaan ini turut didorong oleh kewujudan 'jaringan persaudaraan' an tara masyarakat keturunan India yang ada di luar negeri. Oleh sebab Bengal dan Punjab menjadi pusat gerakan ini, maka secara langsung imigran yang berasal dari dua wilayah ini menjadi penggerak penting dalam gerakan ini. Pembabitan orang Sikh serta Benggali di luar India dapat secara jelas dilihat di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah. Masyarakat Sikh di Tanah Melayu juga tidak terkecuali membabitkan diri dalam isu ini.

Secara umum, terdapat dua ali ran dalam melihat pembabitan politik masyarakat Sikh di Tanah Melayu an tara tahun 1910 hingga tahun 1920-an. Aliran pertama merujuk gerakan yang bersifat berpersatuan yang lebih mementingkan persoalan semasa, sementara ali ran kedua pula disifatkan sebagai gerakan radikal. Gerakan berpersatuan di Tanah Melayu bermula pada tahun 1902 apabila Khalsa Diwan Malaya ditubuhkan di Taiping, Perak dan menjadi an tara pertubuhan yang sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Sikh di Tanah Melayu. Pertubuhan ini dilihat lebih cergas menjaga kepentingan masyarakat sikh berbanding pertubuhan-pertubuhan Sikh yang lain seperti Singh Sabha yang ditubuhkan di Larut, Perak pada tahun 1916.10 Berbanding dengan gerakan Singh Sabha yang lebih kepada gerakan sosiokeagamaan, gerakan Khalsa Diwan dilihat lebih menjurus kepada aspek politik. Jika pertubuhan Singh Sabha menekankan keinginan untuk meningkatkan kehidupan masyarakat Sikh terutamanya di Larut dan mendesak pihak British agar masyarakat Sikh juga diberikan hak yang sarna dengan masyarakat India yang lain, Khalsa Diwan Malaya pula ingin mencantumkan kesemua gurdwara yang ada di Tanah Melayu di bawah kelolaannya. Tindakan ini kemudiannya menimbulkan masalah dengan pihak berkuasa British yang masih lagi merasai ketegangan kesan daripada peristiwa Dahagi di Singapura serta pembabitan masyarakat Sikh dengan gerakan Ghadar. Apabila permohonan untuk menguasai gurdwara di Selangor dibawa ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan pada tahun 1918, permohonan terse but telah ditolak. Namun, dengan sedikit perubahan terhadap permohonan yang berjaya meyakinkan pihak berkuasa bahawa pertubuhan ini tidak akan menimbulkan sebarang ancaman, akhirnya Khalsa Diwan cawangan Selangor telah ditubuhkan pad a bulan Mei 1918. 11 Dalam pada itu, bermula pada tahun 1908, Khalsa Diwan Malaya telah mengadakan persidangan tahunan yang meliputi seluruh masyarakat Sikh di Tanah Melayu. Malah masyarakat Sikh dari rantau Asia Tenggara dan India turut dijemput untuk menghadiri persidangan ini. Berdasarkan keadaan ini, maka sudah pasti perbincangan ten tang politik yang membabitkan India turut menjadi tajuk perbincangan. Walau bagaimanapun, oleh sebab kajian tentang pembabitan pertubuhan Sikh di Tanah Melayu dalam bidang politik masih belum dilakukan secara mendalam, maka perkaitan pertubuhan ini dengan gerakan yang bersifat radikal terutamanya dalam gerakan Ghadar masih belum diketahui.

10 Gerakan Singh Sabha merupakan gerakan yang menyeru agar ajaran guru disemak semula, mementingkan pendidikan dan cuba menyelesaikan masalah buta huruf di kalangan masyarakat Sikh.

11 Ibid., him. 41.

64

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU… · 2017. 3. 7. · DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN DENGAN TUMPUAN KEPADA MASYARAKAT SIKH ... asyarakat Sikh sarna ada pembabitan

MASYARAKATINDIA DAN GERAKAN POLmK DITANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN

MASYARAKAT SIKH DAN GERAKAN POLITIK RADIKAL DI TANAH MELAYU

Pembabitan masyarakat keturunan India dalam gerakan politik terutamanya antara tahun 1910 hingga tahun 1920-an adalah sangat minimal. Keadaan ini mungkin berlaku kerana beberapa sebab tertentu. Antara yang jelas ialah wujudnya pemecahan dalam komuniti terse but berdasarkan kasta, kelas dan suku yang menyukarkan sebarang keinginan untuk membentuk satu gabungan tenaga pendesak politik yang berkemampuan. Di lihat dari sudut lain, perkara ini sebenarnya membawa kelebihan besar kepada pihak British terutamanya dalam usaha mereka menghadapi masyarakat India di Tanah Melayu. British menyedari bahawa gabungan antara komuniti-komuniti India di Tanah Melayu akan membahayakan kedudukan mereka hingga menyebabkan mereka lebih menekankan satu bentuk pelaksanaan dasar "pecah dan perintah". Masyarakat India dari bahagian selatan akan ditumpukan kepada sektor-sektor tertentu terutamanya kalangan orang Sikh akan diletakkan di bahagian lain sarna ada sebagai pengawal keselamatan, polis dan tentera sebagaimana yang boleh dilihat dalam MSG. Secara langsung, pemecahan ini telah mengecilkan sebarang kemungkinan untuk masyarakat India di Tanah Melayu bergabung. Pada masa yang sarna, laporan-Iaporan British sering sahaja melihat perbezaan sikap semula jadi antara masyarakat India yang berasal dari bahagian utara dengan selatan. Mereka yang berasal dari bahagian selatan yang terbabit dalam sektor perburuhan telah berjaya menunjukan perkhidmatan yang sangat memuaskan kepada British. Lebih penting lagi, mereka dikatakan tidak agresif sebagaimana masyarakat yang berasal dari bahagian utara. 12 Oleh sebab orang Sikh berasal dari bahagian utara, maka secara langsung menjelaskan be tapa masyarakat ini lebih agresif dalam sikap serta perJakuan mereka. Pandangan begini secara psikologinya telah menyebabkan masyarakat India dari bahagian selatan tidak membabitkan diri dalam gerakan politik bersifat radikal dan membiarkan kalangan dari utara terutamanya orang Sikh yang bergiat aktif dalam gerakan terse but.

Selain itu, terdapat beberapa faktor lain yang mengehadkan pergerakan masyarakat India bergerak cergas dalam bidang politik di Tanah Melayu. Robert AA Ankiah melihat dari sudut latar belakang kehadiran mereka ke Tanah Melayu. Pemikiran masyarakat India di Tanah Melayu sebenarnya masih begitu terikat kepada sektor ekonomi kerana mereka masih menganggap bahawa kedatangan mereka hanya bersifat sementara. Pegangan bahawa mereka hanya 'menginap sementara' di Tanah Melayu menjadikan mereka lebih bertumpu kepada keinginan mengumpulkan kekayaan sebelum kembali ke India. Persoalan politik tidak menjadi begitu penting kepada mereka. Sikap begini dibuktikan melalui penubuhan persatuan-persatuan masyarakat India yang telah ditubuhkan an tara tahun 1910 hingga tahun 1920-an termasuklah Persatuan India Selangor yang telah ditubuhkan pada tahun 1919, Persatuan India Singapura pada tahun 1923 dan Persatuan Nadar pada tahun 1924. Penu­buhan persatuan ini lebih menumpukan perjuangan mereka kepada soal-soal kepentingan pekerja ladang serta kebajikan mereka. Persoalan politik tidak dititiberatkan. 13 Malahan persatuan-persatuan India yang ditubuhkan lebih awal dari itu seperti Persatuan Indian

12 K.S. Sandhu, 1993. "The Coming of the Indians to Malaysia", dim. K.S. Sandhu dan A. Mani (eds.).lndian Communities in Southeast Asia. Singapura: Institute of Southeast asian Studies, him, 154.

13 Robert A. A Ankiah, 'Senano Politik Masyarakat India antara 1910-1945 di Malaya,' Latihan Ilrniah, labatan Sejarah, Universiti Malaya, Sesi 1992/1993, hIm. 27-34.

65

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 7: MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU… · 2017. 3. 7. · DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN DENGAN TUMPUAN KEPADA MASYARAKAT SIKH ... asyarakat Sikh sarna ada pembabitan

MALAYSIA DAR! SEG! SEJARAH

(Indian Association) yang ditubuhkan pada tahun 1906 di Taiping serta Persatuan India Selangor (Selangor Indian Association) yang ditubuhkan pada tahun 1909 juga turut memberi perhatian kepada persoalan yang sarna iaitu menjaga kepentingan masyarakat India dan dianggap sebagai 'loyalist in their attitude towards the British authority" . 14

Gerakan politik radikal yang berkembang di India turut mempengaruhi sebahagian daripada penduduk India di Tanah Melayu. Di India, sejarah pembabitan orang Sikh dalam gerakan radikal serta penggunaan senjata dalam perjuangan mereka melawan British bukanlah perkara baru. Sebaliknya, perkara ini telah berlangsung sejak tahun 1840-an sewaktu Ranjit Singh berusaha membebaskan Punjab daripada penguasaan British.15 Pada awal abad ke-20, mereka men jadi tenaga penggerak penting bersama-sama dengan kalangan revolusioner dari Bengal yang mengajukan satu alternatif yang berbeza dengan perjuangan golongan liberal yang lebih kepada perubahan perlembagaan. Pada tahap ini, berbagai­bagai usaha telah dilakukan oleh kalangan radikal ini bagi mencapai objektif mereka menyingkirkan British dari India. Antaranya termasuklah bertindak membunuh pegawai­pegawai British, mengebom kawasan strategik dan sebagainya. Pihak British yang menyedari ancaman kumpulan ini telah bertindak dengan menggubal peruntukan undang-undang termasuklah Akta 1915 yang membolehkan pihak berkuasa menangkap dan memenjarakan sesiapa sahaja yang disyaki tanpa perlu disoal dan dibicarakan. Akta ini diiringi dengan akta-akta lain termasukiah akta hasutan, akta media cetak dan sebagainya. Dengan sekatan­sekatan yang dilakukan ini menyebabkan gerakan kalangan revoluisoner radikal ini sangat terhad. Pergerakan kumpulan ini di India menjadi semakin sukar hingga menyebabkan mereka melarikan diri ke luar negara dan menjalankan gerakan politik mereka dari Eropah, Kanada dan Amerika Syarikat.

Pada tahun 1913, sebahagian daripada pemimpin-pemimpin radikal ini telah menyebar­kan fahaman mereka di Amerika Syarikat dan berjaya menarik perhatian masyarakat Sikh yang bekerja sebagai buruh di negara tersebut. Usaha inilah yang kemudiannya dijelmakan dalam bentuk sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Ghadar. Motif utama parti ini adalah untuk menghalau British keluar dari India. Bagi menjayakan usaha ini, beberapa ruangan telah diatur dan antara yang penting ialah kembali ke India secara besar-besaran bersama-sama dengan kelengkapan persenjataan yang mencukupi dan melancarkan peperangan terbuka terhadap British di India. Bermula dari sinilah masyarakat Sikh di seluruh dunia terbabit secara langsung dalam gerakan politik radikal.

Pada masa yang sarna, sejarah gerakan politik radikal orang India di Tanah Melayu bermula pada tahun 1910 melalui tindakan yang telah dilakukan oleh kalangan revolusioner dari Bengal. Golongan ini berusaha mendapatkan pengaruh serta sokongan daripada orang India yang berada di luar negara. Sebagai sebuah kawasan yang mempunyai jumlah masyarakat India yang besar serta berhampiran dengan India, maka Tanah Melayu menjadi tumpuan utama. Usaha golongan revolusioner dari Bengal di Tanah Melayu telah dilakukan melalui Bholanath Chaterji. Walau bagaimanapun, beliau hanya berjaya merekrut beberapa

14 S. Arasaratnam, "Indian Associations and the Growth of Leadership Among Malayan Indians (1906-1930)", dIm. Journal of the Historical Society Jil. VIII, 1969170, Kuala Lumpur: University Malaya, hIm. 2.

15 Untuk melihat sejarah perkembangan dasar dan sikap militan di kalangan masyarakat Sikh, lihat kajian oleh Ajmer Singh, 'The Origins of Militancy in Sikhism'. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, Sesi 196711968.

66

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 8: MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU… · 2017. 3. 7. · DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN DENGAN TUMPUAN KEPADA MASYARAKAT SIKH ... asyarakat Sikh sarna ada pembabitan

MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLmK DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN

orang Sikh yang tinggal di Kedah dan Perlis.16 Oleh sebab sambutan kurang menggalakkan menyebabkan usaha yang dilakukan oleh revolusioner dari Bengal ini terhad di situ sahaja. Gerakan politik bersifat radikal ini hanya muncul semuia pada era Perang Dunia Pertama dan kali ini membabitkan masyarakat Sikh. Gerakan Ghadar yang bennula di Amerika Syarikat telah mula diketahui oleh seluruh masyarakat Sikh di seluruh dunia melalui akhbar rasmi mereka iaitu The Ghadr. Masyarakat Sikh di Tanah Melayu tidak terkecuali daripada terpengaruh dalam lingkungan gerakan ini. Pembabitan masyarakat Sikh dalam pasukan keselamatan di Tanah Melayu sebenarnya menjadi kelebihan kepada mereka. British di Tanah Melayu menyedari hakikat ini dan mula bertindak menghalang agar gerakan ini tidak tersebar meluas. Mereka telah mengadakan satu bentuk sekatan yang kuat bagi menghalang sebarang usaha menjadikan masyarakat India di Tanah Melayu turut serta dalam gerakan tersebut. Singapura yang menjadi pintu masuk utama telah dikawal rapi. Keadaan yang sarna turut dilakukan terhadap beberapa lagi pintu keluar-masuk ke Tanah Melayu terutamanya di Pelabuhan Klang dan Pulau Pinang. Di samping memberi perhatian terhadap gerakan di luar Tanah Melayu, British juga memberi perhatian serius kepada setiap pergerakan masyarakat Sikh di Tanah Melayu sendiri. Misalnya, British memberi perhatian terhadap aktiviti yang dilakukan oleh JagatSingh di Kedah dan Perl is dan kerana dikatakan melakukan kesalahan, beliau telah dihukum buang negeri.17 Salah satuperistiwa yang memaparkan pembabitan orang Sikh dalam gerakan radikal di Tanah Melayu adalah·dalam peristiwa Dahagi di Singapura.

DAHAGI SINGAPURA DAN PEMBABITAN REVOLUSIONER RADIKAL

Pembabitan MSG dalam gerakan anti-British sangat ketara pada tahun 1913 hingga tahun 1915. Usaha sebenarnya telah dilakukan oleh kalangan aktivis Parti Ghadr untuk mempengaru~i masyarakat Sikh yang bertugas dalam pasukan tersebut. Pada tahun 1914, Leftenan Kolonel C.H.B Less telah melaporkan bahawa akhbar The Ghadr telah diperoleh oleh anggota-anggota MSG. Pada bulan Februari 1915 pula, kalangan sepoi dari 'Fifth Native Light Infantry' yang berpusat di Singapura telah melancarkan kebangkitan anti­British. Pihak British pula melihat peristiwa ini sebagai pemberontakan pasukan tentera terhadap pegawai atasan kerana tidak berpuas hati terhadap arahan yang telah dikeluarkan. Dalam peristiwa ini, Singapura hampir dapat ditawan, namun tindakan pantas pihak British yang turut mendapat sokongan daripada beberapa pihak termasuklah pasukan tentera Jepun serta pasukan khas dari Johor telah berjaya mematahkan kebangkitan ini. Mereka yang terbabit telah ditangkap dan dihukum mati .I8 Peristiwa ini telah memberi kesan besar kepada British. Berikutan daripada peristiwa itu, British telah bertindak mengurangkan anggota Sepoi dan peraturan yang lebih ketat telah dikenakan terhadap mereka hingga menyebabkan

16 Jadugopal Mukherjee, 1956. Viplabi leebaner Simriti, Calcutta, him. 29 dipetik daripada A.C Bose, "Attempts by Indian Revolusionaries at Utilising Southeast Asia as a Base Attack on India During World War I", Kertas Kerja yang dibentangkan pada The International Conference of the International Association of Historian of Asia (IAHA), Kuala Lumpur, 1968, him. 3.

17 Untuk keterangan lanjut tentang Jagat Singh lihat latihan ilmiah, Ranjit Singh a!l Malkiat Singh, "Jagat Singh 1886-1956: Satu Kajian Biografi Tentang Peranan dan Sumbangan Seorang Tokoh Sikh Tempatan".

18 Ranjit Singh Malhi, 1984. "Some Historical Notes on the Sikh Community in Malaya", dim, Malaysian in History, Malayan Jil. 27 Kuala Lumpur: Malayan History Society, him. 43.

67

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 9: MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU… · 2017. 3. 7. · DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN DENGAN TUMPUAN KEPADA MASYARAKAT SIKH ... asyarakat Sikh sarna ada pembabitan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

kegiatan radikal di kalangan masyarakat Sikh di Tanah Melayu telah dilihat berkurangan. 19

Peristiwa Dahagi yang berlaku pada tahun 1915 di Singapura ini telah memperlihatkan secarajelas pembabitan golongan Sikh dalam gerakan radikal yang bersifat anti-British di Tanah Melayu. Jika dilihat secara mendalam, peristiwa ini membabitkan bukan sahaja anggota berketurunan Sikh tetapi juga membabitkan anggota beragama Islam.20 Mereka yang beragama Islam ini berasa tidak puas hati apabila arahan dikeluarkan untuk menghantar mereka ke Turki. Usaha telah dilakukan untuk meredakan ketegangan. Tiga anggota Sepoi iaitu Jemader Sher Khan, Jemadar Villayat Shah dan Havildar Sunder telah menggesa agar tindakan tersebut diterima oleh rakan-rakan yang lain. Dalam masa yang sarna, sepucuk surat telah diterima oleh General Commanding Officer (GCO) di Negeri-Negeri Selat pada bulan Disember 1914 yang kandungannya menjelaskan keengganan anggota Sepoi untuk bertugas ke luar negara. Antara lain kandungan surat tersebut menyatakan:

As our brethren who have been shot in the Komagata Maru case have troubled and grieved us, some of us have lost dear brothers and other blood-relations ... When we have no right to walk freely on our own land then what do you want from us in other countries? ... We strongly tell you that we will not go to other countries to fight except those mentioned in our agreement sheets. 21

Kandungan surat ini membawa makna yang cukup besar kerana memperjelaskan dua perkara. Pertama, nyata bahawa penulis surat ini ialah anggota MSG yang berasa tidak puas hati terhadap arahan yang dikeluarkan agar mereka berkhidmat di luar negara. Kedua, penulis surat ini juga ialah anggota Sikh yang berasa kecewa dengan peristiwa Komagata Maru.22

Peristiwa di Singapura ini telah memberi kesan kepada pasukan MSG yang berpangkalan di Taiping. Kalangan Sepoi telah memperlihatkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap pegawai-pegawai British. Ancaman yang sangat membimbangkan British ialah kemungkinan kalangan anggota Sikh ini bergabung dengan Sepoi beragama Islam yang jumlahnya dianggarkan mencapai sehingga 10 000 orang. Mereka dilengkapi senjata rifel jenis Winchesters. Malah dikatakan bahawajika keadaan semakin buruk, pegawai-pegawai kulit

19 Robert A.A Ankiah, "Senario Politik Masyarakat India antara 1910-1945," him. 27. 20 Meskipun demikian, Islam yang disebutkan di sini merupakan sebutan umum, kerana kalangan anggota Sepoi

yang beragama Islam itu sendiri berasal dairpada orang Sikh dan juga Pathan. 21 e.0 273/433, 1.0 kepada e.O, 5 Feb., encl. Lieut-Col. Less kepada S.O.L.F., S.S., 6 Disember 1914. 22 Peristiwa Kogamata Maru berlaku pada tahun 1914. Masyarakat Sikh sejak awal abad ke-20 secara beramai­

ramai telah berhijrah ke luar negara terutama ke Amerika Syarikat dan Kanada kerana kesukaran yang dialami di Punjab. Umumnya, mereka akan menaiki kapal dagang dan memakan masa yang lama sebelum sampai ke destinasi mereka. Berikutan dari itu, Gurdit Singh, seorang kontraktor dari Selangor telah menyewa sebuah kapal Jepun bernama Komagata Maru untuk membawa imigran Sikh dari Punjab ke Kanada. Walau bagaimanapun, apabila Komagata Maru tiba di Pelabuhan Vancouver pada 2 1 Mei 1914, penumpang tidak dibenarkan memasuki Kanada kerana perubahan peraturan imigresen dan mereka diminta untuk berpatah balik ke India. Apabila sampai di Pelabuhan Budge Budge, Calcutta, penumpang tidak dibenarkan memasuki bandar sebaliknya dikehendaki menaiki kereta api dan meneruskan perjalanan ke Punjab. Sebaliknya penumpang telah berarak ke bandar hingga menimbulkan pertentangan terbuka dengan pasukan keselamatan. Kesannya seramai 20 orang terbunuh. Peristiwa ini sering sahaja menjadi ingatan kepada masyarakat Sikh betapa mereka tidak mendapat layanan yang baik daripada pihak berkuasa sarna ada di Kanada mahupun di India. Malah perkara ini juga sering menjadi perangsang kepada masyarakat Sikh untuk menentang British. Lihat R.A. Bidarthi, 1977. "Komagata Maru", dim. The Sikh Courier, Jil. 9, No.5; dan Hugh Johnston, 1979. The Voyage of Komagata Maru. London: Oxford University Press.

68

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 10: MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU… · 2017. 3. 7. · DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN DENGAN TUMPUAN KEPADA MASYARAKAT SIKH ... asyarakat Sikh sarna ada pembabitan

MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN

putih ini pasti tidak akan mampu mempertahankan diri kerana kekurangan bekalan peluru.23

Selain Taiping, bandar yang turut mempunyai potensi yang besar untuk turut sarna terbabit dalam sebarang kemungkinan kebangkitan masyarakat Sikh ialah bandar Ipoh. Terdapat laporan yang mengatakan bahawa sejak bulan Mac 1915 kalangan 'agitator' telahdikesan berada di Ipoh. Sewaktu peristiwa di Singapura, suasana di beberapa tempat di Tanah Melayu turut merasai ketegangannya terutama apabila ramai daripada kalangan Sikh ini mempunyai hubungan persaudaraan dengan orang Sikh yang berada dalam MSG di Singapura. Malah masyarakat Sikh ini sering melihat MSG sebagai simbol kebanggaan mereka. Langkah yang diambil oleh masyarakat Sikh di Singapura itu akan dilihat sebagai satu penanda penting yang kemudiannya akan diikuti oleh masyarakat Sikh di Tanah Melayu. Berdasarkan ikatan ini, pihak British di Tanah Melayu benar-benar berasa cemas.

Peristiwa Dahagi di Singapura ini tidak harus dilihat sebagai satu peristiwa yang berasingan dengan keseluruhan perkembangan gerakan politik radikal yang sedang berlangsung di India. Malah peristiwa ini termasuk dalam rantaian gerakan politik terse but. Jika dilihat secara mendalam, terdapat beberapa elemen penting yang menyokong peristiwa ini turut mempunyai pertalian dengan gerakan Ghadar yang sedang berlangsung secara aktif antara tahun 1913 hingga tahun 1920-an. Malahan gerakan ini secara langsung turut membabitkan Tanah Melayu yang turut menjadi pusat 'persinggahan sementara' kalangan Ghadarwallah24 dalam perjalanan balik ke India. Ini bermakna, peristiwa Dahagi di Singapura itu, merupakan salah satu dari usaha kalangan radikal untuk melemahkan kedudukan Brit­ish kerana jika usaha melemahkan British di Tanah Melayu tercapai, maka akan turut menjejaskan kedudukan British di India. Berdasarkan idea ini, maka sejak tahun 1913 dilihat kalangan 'agitator' telah secara aktif berada di Singapura. Antaranya telah dilaporkan kehadiran seorang granti dari Medan iaitu Wir Singh yang dikenal pasti mempunyai pertalian dengan gerakan Ghadar. Wir Singh berada di Singapura sehingga bulan Disember 1915 sebelum bertolak ke Pulau Pinang dan Perlis dan beliau dilaporkan telah menemui Jagat Singh. Selain memberi ceramah yang menentang British, Wir Singh juga dikatakan berusaha untuk mengumpul wang daripada masyarakat Sikh. Hubungan antara Wir Singh dengan Jagat Singh inilah yang dikatakan menjadi modal British untuk menyingkirkan Jagat Singh. Selain Wir Singh, seorang lagi 'agitator' yang dilaporkan memberi ucapan anti-British ialah Baz Khan yang telah ditangkap dan dijatuhi hukuman mati pada 8 Julai 1915.

Suasana tegang di Singapura pada bulan Februari 1915 bukan sahaja dirasakan di kalangan masyarakat Sikh tetapi juga masyarakat Singapura secara keseluruhannya. Brit­ish yang menyedari suasana ini mula mengambil langkah tertentu. Satu mesyuarat an tara pemimpin masyarakat Singapura telah diadakan pada 6 Mac 1915 dan dihadiri oleh 3000 orang termasuklah Setiausaha Jajahan Negeri-Negeri Selat iaitu RJ. Wilkinson. Dalam perhimpunan itu, agen-agen rahsia yang dibawa khas dari India menyelinap dalam kalangan hadirin bagi mengintip gerak-geri mereka. Lima orang daripada mereka telah ditangkap kerana dikatakan bertanggungjawab menyebarkan hasutan. 25 Kehadiran agen-agen khas ini menunjukkan betapa seriusnya gerakan politik radikal di kalangan masyarakat India di Tanah Melayu dan British berusaha untuk menyekat gerakan ini daripada merebak. Kehadiran

23 e.O 273/473, Young kepada Long, 17 Oktober 1918. 24 Ghadarwallah merupakan gelaran yang digunakan bagi merujuk anggota Ghadar. 25 e.O 273/421, Young kepada Lewis Harcourt, 11 Mac 1915.

69

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 11: MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU… · 2017. 3. 7. · DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN DENGAN TUMPUAN KEPADA MASYARAKAT SIKH ... asyarakat Sikh sarna ada pembabitan

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

agen-agen khas ini juga secara langsung merupakan tindakan bijak pihak British kerana sudah pasti kehadiran mereka di kalangan khaIayak tidak akan mendatangkan syak wasangka. Agen-agen ini juga ditugaskan untuk mempengaruhi rakan-rakan mereka agar tetap setia kepada British dan an tara yang penting tennasuklah Kothavala, Jemadar Dalip Sing dan Ishwar Das.26 Hasil daripada penyiasatan inilah, beberapa orang anggota gerakan radikal ini telah berjaya ditangkap tennasuklah Pal Singh di Kedah yang ditangkap pada bulan Mei 1915. Beberapa orang lain turut ditangkap, namun oleh sebab kekurangan bukti, akhirnya mereka dibebaskanY Suasana di Tanah Melayu dikatakan benar-benar terkawal pada pertengahan tahun 1916. Laporan pada tahun 1916 menyatakan:

The attitude of disaffection was in large measure based on misunderstandings; but although the bulk the Sikhs were influenced by the pervarted stories and Ghadr literature, it is certain that there were a few amongst them were bad politically. A bad class of men exists in every community and section.28

Khoo Kay Kim dalam melihat pembabitan kalangan radikal dalam gerakan politik masyarakat India ini menyatakan bahawa Tanah Melayu bukan sekadar menjadi kawasan laluan dan 'persinggahan sementara' sahaja bagi agen-agen gerakan Ghadar, malah masyarakat Sikh yang menetap di Tanah Melayu sendiri turut terbabit secara aktif dalam gerakan tersebut. Antara nama-nama yang penting tennasuklah Bhagwan Singh iaitu seorang granti sebuah Gudwara di Pulau Pinang. Beliau telah terbabit dalam gerakan Ghadar sejak berada di Tanah Melayu pada tahun 1916 sebelum melebarkan sayapnya ke luar negara dan menjadikan Jepun sebagai pusat operasinya. Malah beliau dikatakan menjadi tokoh di belakang tabir dalam mengeratkan hubungan anggota revolusioner dengan Jepun sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rash Behari Bose semasa Perang Dunia Kedua.29 Selain itu, laporang-laporan perisikan British turut menyebut seorang bernama Ishar Singh di Renggam, Johor yang dikatakan sebagai 'ringleader of the seditious movement' .30 Swami Sundram Pully merupakan seorang 'agitator' yang turut menanam unsur-unsur anti-British di Singapura sebelum berpindah ke Indonesia.31

KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan makajelas betapa pembabitan masyarakat India dalam bidang politik di Tanah Melayu bukanlah semata-mata bergantung pada gerakan berpersatuan sahaja. Sebaliknya, masyarakat India di Tanah Melayu turut mengikuti aliran yang ada di India iaitu melalui pertubuhan politik serta gerakan radika!. Sebagaimana kegagalan gerakan radikal di India untuk mencapai objektif mereka, gerakan radikal di Tanah Melayu juga turut gaga!. Gerakan Ghadar yang menjadi tunjang kepada gerakan radikal masyarakat Sikh di Tanah Melayu gagal mencapai matlamat mereka, malah gerakan

26 e.O 273/458, Young kepada Long, 5 November 1917. 27 e.O 273/435, w.O kepada C.O. 30 Oktober 1915. 28 Ibid. 29 Khoo Kay Kim, 'The Beginning of Political Extremism in Malaya' , him. 24. 30 "Indian Revolutionary Movement", dim. Khoo Kay Kim (ed.) , 1977. The History of South-East Asia, South

and East Asia: Essay and Documents . Kuala Lumpur: Oxford University Press, him. 271. 31 Khoo Kay Kim, "The Beginning of Political Extremism in Malaya," him. 25.

70

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Page 12: MASYARAKAT INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU… · 2017. 3. 7. · DI TANAH MELAYU, TAHUN 1910-1920-AN DENGAN TUMPUAN KEPADA MASYARAKAT SIKH ... asyarakat Sikh sarna ada pembabitan

MASYARAKXf INDIA DAN GERAKAN POLITIK DI TANAH MELAYU, TAHUN 191(}-192O-AN

ini dilihat tidak lebih daripada sebuah gerakan yang tidak tersusun, Tindakan pantas, bijak dan licik pihak British terutamanya melalui badan perisikan mereka menjadi faktor penting yang menggagalkan usaha ini. Us aha perisikan British ini termasuklah menjadikan Singapura sebagai pusat bahagian timur yang bertanggungjawab mengendalikan sebarang gerakan untuk menjatuhkan India. Ungkapan yang disebutkan oleh Richard J. Popplewell memba­yangkan kepentingan tersebut apabila mengatakan, "Singapore became the sorting-house for intelligence i"n all the region".32 Hasil daripada gerakan bijak perisik British, kalangan Ghadarwallah bukan sahaja dihapuskan apabila menjejakkan kaki ke India, malah dalam perjalanan kembali ke India itu juga mereka telah berjaya dibanteras. Dalam soal ini, Tanah Melayu telah dijadikan sebagai 'wilayah penampan' yang penting hingga kalangan Ghadrwallah ini tidak mempunyai sebarang harapan. Meskipun demikian, kegagalan peristiwa Dahagi 1915 di Singapura juga harus diambil kira. Kalangan Sepoi yang berpangkalan di Singapura secara berani telah mengambil cabaran gerakan radikal dengan melakukan penentangan secara terbuka, namun kes-kes ini tidak diikuti oleh pasukan Sepoi di Taiping dan Pulau Pinang. Jika sebaliknya, sudah pasti gerakan ini akan menunjukkan hasil yang lebih baik. Dilihat dari sudut lain, berdasarkan sumber-sumber yang ada sehingga hari ini, gerakan Ghadar yang membabitkan masyarakat Sikh ini juga tidak mempunyai . hubungan dengan pertubuhan-pertubuhan Sikh yang sedia ada di Tanah Melayu seperti Khalsa Diwan Malaya mahupun Singh Sabha. Ini bermakna bahawa gerakan Ghadar itlJ lebih bersifat tertutup dan persendirian dan pastinya tidak mempengaruhi seluruh masyarakat Sikh dan India lainnya dalam gerakan ini membayangkan wujudnya satu gerakan politik yang disifatkan sebagai radikal di kalangan masyarakat India di Tanah Melayu dan tidak hanya bersifat sehala iaitu berpersatuan sebagaimana yang diketahui sebelum ini. Perkara inijuga membayangkan betapa masyarakat Sikh di Tanah Melayu bukanlah golongan yang pasif dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan politik. Persatuan-persatuan Sikh serta pembabitan mereka dalam gerakan-gerakan politik sebagaimana yang dibincangkan menunjukkan mereka juga secara aktif terbabit meskipun matlamat mereka masih lagi bertunjangkan kepada India. Peristiwa ini juga sering sahaja dijadikan asas kepada pembabitan golongan radikal India di Tanah Melayu kemudiannya terutamanya pada era Perang Dunia Kedua melalui penubuhan Indian Nationalist Army (INA) di bawah pimpinan Netaji Subhas Chandra Bose yang turut menjadikan Tanah Melayu sebagai pusat gerakan utama.

32 Richard J. Popplewell, 1995. Intelligence and Imperial Defence. London: Frank Cass, him. 262.

71

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Persatuan Sejarah Malaysia