sijil pengajian tafsir (spt) · modul ini mengajak anda membahaskan kisah nabi adam a.s., nabi nuh...

3
Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI) (The Institute of Hadeeth & Islamic Studies) Haqiqah ● Asilah ● Mutaba’ah The Institute of Hadeeth & Islamic Studies ● 299C, Changi Rd. ● S’pore 419777 ● Tel: 6 8484 265 ● instituthadith.com ● [email protected] OBJEKTIF & SILIBUS SIJIL PENGAJIAN TAFSIR (SPT) Objektif SPT: Menghayati al-Quran dengan lebih dekat dan benar Menjauhi tafsiran-tafsiran palsu dan mengelirukan Membantu anda khusyuk dalam solat Silibus SPT: NAMA MODUL SINOPSIS MODUL 1. TAFSIR SURAH 1 Modul ini mengajar anda tafsir surah Al-Fatehah, 4 Qul dan ayat Kursi. Al- Fatehah surah pertama dan utama dalam al-Quran, padanya terdapat lautan ilmu ‘ubudiyyah. Ayat Kursi ialah ayat paling agung dalam al-Quran, padanya terserlah keagungan Allah S.W.T.. Surah alIkhlas & surah alKafirun pengukuh Tauhid, penguat tekad. Surah alFalaq & surah anNaas pelindung dan pemelihara 2. TAFSIR & MUFASSIR Antara cara untuk menguasai sesuatu ilmu, kita harus kenal tokohnya dan hasil karya mereka. Modul ini menjelaskan kepada anda erti Tafsir dan Ta’wil, Ta’wil terpuji dan Ta’wil tercela, syarat dan adab Mufassir, tokoh- tokoh Tafsir yang masyhur sejak zaman sahabat Nabi s.a.w. sehinggalah kurun ini. Anda juga akan dikenalkan dengan sebahagian kitab Tafsir 3. TAFSIR SURAH 2 Modul ini mengajar anda tafsir surah al-Kahfi. Selain daripada mengambil pengajaran ringkas dari ayat-ayatnya, modul ini memberi tumpuan kepada 4 kisah utama dalam surah tersebut; iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah 2 teman yang seorang kaya dan seorang lagi miskin, kisah Nabi Musa a.s. bersama Nabi Khidir a.s. dan kisah Dzulqarnain. Ikuti kisah menarik mereka

Upload: dinhdieu

Post on 08-Jul-2018

275 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIJIL PENGAJIAN TAFSIR (SPT) · Modul ini mengajak anda membahaskan kisah Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Lut a.s., Nabi Musa a.s., Luqman alHakim a.s

Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI) (The Institute of Hadeeth & Islamic Studies)

Haqiqah ● Asilah ● Mutaba’ah

The Institute of Hadeeth & Islamic Studies ● 299C, Changi Rd. ● S’pore 419777 ● Tel: 6 8484 265 ● instituthadith.com ● [email protected]

OBJEKTIF & SILIBUS

SIJIL PENGAJIAN

TAFSIR (SPT)

Objektif SPT:

Menghayati al-Quran dengan lebih dekat dan benar

Menjauhi tafsiran-tafsiran palsu dan mengelirukan

Membantu anda khusyuk dalam solat

Silibus SPT:

NAMA MODUL SINOPSIS MODUL

1. TAFSIR SURAH 1

Modul ini mengajar anda tafsir surah Al-Fatehah, 4 Qul dan ayat Kursi. Al-Fatehah surah pertama dan utama dalam al-Quran, padanya terdapat lautan ilmu ‘ubudiyyah. Ayat Kursi ialah ayat paling agung dalam al-Quran, padanya terserlah keagungan Allah S.W.T.. Surah alIkhlas & surah alKafirun pengukuh Tauhid, penguat tekad. Surah alFalaq & surah anNaas pelindung dan pemelihara

2. TAFSIR & MUFASSIR

Antara cara untuk menguasai sesuatu ilmu, kita harus kenal tokohnya dan hasil karya mereka. Modul ini menjelaskan kepada anda erti Tafsir dan Ta’wil, Ta’wil terpuji dan Ta’wil tercela, syarat dan adab Mufassir, tokoh-tokoh Tafsir yang masyhur sejak zaman sahabat Nabi s.a.w. sehinggalah kurun ini. Anda juga akan dikenalkan dengan sebahagian kitab Tafsir

3. TAFSIR SURAH 2

Modul ini mengajar anda tafsir surah al-Kahfi. Selain daripada mengambil pengajaran ringkas dari ayat-ayatnya, modul ini memberi tumpuan kepada 4 kisah utama dalam surah tersebut; iaitu kisah Ashabul Kahfi, kisah 2 teman yang seorang kaya dan seorang lagi miskin, kisah Nabi Musa a.s. bersama Nabi Khidir a.s. dan kisah Dzulqarnain. Ikuti kisah menarik mereka

Page 2: SIJIL PENGAJIAN TAFSIR (SPT) · Modul ini mengajak anda membahaskan kisah Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Lut a.s., Nabi Musa a.s., Luqman alHakim a.s

Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI) (The Institute of Hadeeth & Islamic Studies)

Haqiqah ● Asilah ● Mutaba’ah

The Institute of Hadeeth & Islamic Studies ● 299C, Changi Rd. ● S’pore 419777 ● Tel: 6 8484 265 ● instituthadith.com ● [email protected]

4. USUL TAFSIR 1

Untuk mentafsir al-Quran, para ulama telah meletakkan beberapa kaedah dan garispandu agar pentafsirnya tidak tersasar dari maksud dasar alQuran. Kaedah dan garispandu itu dikenali dengan ilmu Usul Tafsir. Dalam modul ini anda akan mempelajari erti wahyu, Makkiyyah dan Madaniyyah, Ayat dan surah pertama yang turun dan yang akhir turun serta Asbabun Nuzul

5. NIDAAT ARRAHMAN LIAHLIL

IMAN 1

Tiada seruan yang lebih indah, lebih baik dan bermakna daripada seruan Allah S.W.T.. Modul ini cuba menafsirkan sebanyak mungkin ayat-ayat al-Quran yang dimulai dengan “Ya ayyuhal ladzina aamanuu..” (Wahai orang-orang yang beriman..). Terdapat 89 ayat seperti itu dan ditambah lagi dengan satu ayat dari surah anNur. Selepas seruan Allah, pasti ada suruhan, atau larangan atau khabar yang penuh hikmah. Dengarkanlah..

6. NIDAAT ARRAHMAN LIAHLIL

IMAN 2

Lanjutan dari modul sebelumnya, modul ini menyambung menafsirkan sebanyak mungkin ayat-ayat al-Quran yang dimulai dengan “Ya ayyuhal ladzina aamanuu..” (Wahai orang-orang yang beriman..)

7. USUL TAFSIR 2

Lanjutan dari modul Usul Tafsir 1, modul ini membahaskan tentang Nasikh & Mansukh (ayat pemansukh dan yang dimansukhkan), erti Tilawah, Amthaal (perumpamaan) alQuran, sejarah pembukuan al-Quran, Muhkam & Mutasyabih

8. MANAHIJ TAFSIR

Mengapakah pendekatan Mufassir berbeza-beza dalam mentafsir alQuran? Mengapa sebahagian Mufassir mentafsirkan dengan tafsiran yang panjang lebar tentang satu ayat yang pendek sedangkan pentafsir lain tidak tafsir begitu? Inilah yang dinamakan Manhaj (cara, sistem, metodologi) Tafsir. Anda akan mempelajari Tafsir bil Ma’thur, Tafsir bir Ra’yi, Tafsir Maudhu’I dan lain lain

9. CABARAN TAFSIR MASAKINI

Jika al-Quran tidak terlepas dari tuduhan dan celaan orang-orang kafir serta munafiq, maka Tafsir juga akan berhadapan dengan cabaran-cabaran serupa. Apakah bentuk pemalsuan dalam Tafsir yang dilakukan oleh Islam Liberal, Orientalis, Syi’ah, Israiliyyat dan lain-lain? Apakah jawapan ulama Islam? Sedarkah anda tentang hal ini? Atau anda kata, oh, itu tiada kaitan dengan saya, itu tugas ulama

10. KISAH-KISAH AL-QURAN

Kisah-kisah dalam al-Quran semuanya benar, padat dengan hikmah serta pengajaran. Modul ini mengajak anda membahaskan kisah Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Lut a.s., Nabi Musa a.s., Luqman alHakim a.s., dan 3 Sahabat Nabi s.a.w. yang tidak ikut serta berperang

Page 3: SIJIL PENGAJIAN TAFSIR (SPT) · Modul ini mengajak anda membahaskan kisah Nabi Adam a.s., Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Lut a.s., Nabi Musa a.s., Luqman alHakim a.s

Institut Hadith & Dirasat Islamiah (IHDI) (The Institute of Hadeeth & Islamic Studies)

Haqiqah ● Asilah ● Mutaba’ah

The Institute of Hadeeth & Islamic Studies ● 299C, Changi Rd. ● S’pore 419777 ● Tel: 6 8484 265 ● instituthadith.com ● [email protected]

* Pengajian modul-modul ini tidak semestinya mengikut tertib nombornya. Modul ditawarkan

mengikut kesesuaian modul dengan kebolehan pensyarah yang mengajar.

* Reviu ke atas silibus ini dijalankan sekurang-kurangnya 2 tahun sekali.

* Sebahagian isi kandungan modul-modul ini sesuai untuk peringkat Sijil dan sebahagiannya sesuai

untuk peringkat Diploma agar anda dilengkapi dengan ilmu asas yang mencukupi untuk melangkah

ke peringkat Diploma.

,Pihak Pengurusan - InstitutHadith