tokburong.files.wordpress.com  · web viewmerujuk kepada gambarajah di atas x ialah a nabi nuh a.s...

24
Tasawwur Islam kertas 1 & 2 Soalan Latih Tubi set 6 document.doc Tasawwur Islam Latih Tubi Set 6 Kertas 1 2008 Nama Pelajar : Tingkatan : JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SOALAN LATIH TUBI 2008 SET 6 TASAWWUR ISLAM Kertas 1 Satu jam lima belas minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B 2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B 3. Hitamkan jawapan anda untuk Bahagian A di ruang yang disediakan pada halaman belakang dalam kertas soalan ini Untuk Kegunaan Pemeriksa Bahagian Markah A B JUMLAH

Upload: haque

Post on 27-Mar-2019

269 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

BAHAGIAN A

document.doc

Tasawwur IslamLatih TubiSet 6Kertas 1200811/4 Jam

Nama Pelajar :

Tingkatan :

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOALAN LATIH TUBI 2008SET 6

TASAWWUR ISLAM

Kertas 1Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B

2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B

3. Hitamkan jawapan anda untuk Bahagian A di ruang yang disediakan pada halaman belakang dalam kertas soalan ini

4. Tuliskan jawapan anda untuk Bahagian B di ruang yang disediakan dalam kertas soalan ini.

Untuk Kegunaan Pemeriksa

Bahagian Markah

A

B

JUMLAH

Page 2: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

(20 MARKAH)

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1.

Merujuk kepada gambarajah di atas X ialah

A Nabi Nuh a.sB Nabi Daud a.sC Nabi Adam a.sD Nabi Ismail a.s

2. Berikut adalah cara-cara wahyu diturunkan kepada Rasulullah, kecuali

A Rasulullah SAW mendengar bunyi seperti bunyi locengB Rasulullah SAW mendengar bunyi seperti bunyi pukulan gendangC Malaikat Jibril datang menyerupai manusia lalu mengajar Rasulullah s.a.wD Allah SWT berkata-kata dengan Rasulullah s.a.w melalui cara yang difahami oleh

baginda

3 Islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah SWT Islam bersih dari kekurangan dan kejahilan Islam dan seluruh makhluk merupakan hak Allah SWT Allah SWT adalah sebagai pemberi peraturan hidup

Pernyataan di atas menerangkan tentang

A Prinsip-prinsip UluhiyyahB Prinsip-prinsip WaqiiyyahC Prinsip-prinsip RububiyyahD Prinsip-prinsip Rabaniyyah

4 Hikmah Islam menyuruh umatnya mencari harta secara halal ialah supaya

document.doc

Rasul Ulul Azmi

Nabi Muhammad s.a.w Nabi Isa a.s

X

Nabi Musa a.s

Nabi Ibrahim a.s

Page 3: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

A Harta sentiasa bertambahB Umatnya menjadi kaya rayaC Umatnya tidak boros berbelanjaD Terjamin hidup di dunia dan di akhirat

5 Pekerjaan yang dianggap sebagai ibadat mestilah menepati syarat-syarat tertentu. Syarat-syarat tersebut ialah

I Pekerjaan yang halal di sisi syarakII Pekerjaan yang berasaskan kepakaran dan keuntunganIII Pekerjaan yang tidak melalaikan daripada beribadat kepada AllahIV Pekerjaan yang tidak menggangu kepentingan awam dan alam sekitar

A I, II dan III.B I, II dan IV.C I, III dan IV.D II, III dan IV.

6 Contoh fatwa yang telah diwartakan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ialah

A Hukum haram amalan ribaB Hukum wajib menutup auratC Hukum wajib memelihara akalD Hukum haram pengklonan manusia

7 “ dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakkan ) “Surah an-Nissa : 17 : 32

Firman Allah S.W.T di atas menerangkan tentang kewajipan memelihara

A AkalB AgamaC KeturunanD Harta benda

8 Pilih hikmah penetapan hukum harus

A Memastikan manusia tidak melakukan kerosakkan dan penindasanB Memastikan manusia tidak meninggalkan perkara asas dalam agamaC Memberikan kelonggaran kepada umat Islam untuk membuat pilihanD Memberi peluang kepada umat Islam untuk menambahkan pahala ibadat.

9

document.doc

Tanggungjawab ibu bapa

Page 4: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

Dalam rajah di atas X ialah

A Berlaku adil jika berpoligamiB Memberi nafkah zahir dan batinC Memelihara kehormatan diri dan maruah suamiD Memberi layanan yang saksama kepada semua ahli keluarga

10. Menjadikan sesuatu barangan yang berharga sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dikenali sebagai,

A Ar-RahnB Al-IjarahC Al-TakafulD Al-Wadiah

11

Dalam rajah di atas Y merujuk kepada

A Mas kahwinB KeuntunganC Gaji bulananD Hasil lelongan

12. Syarat-syarat seorang mukalaf ialah

I Islam

document.doc

X

Memberi kasih sayang kepada anak-anak

Mendidik anak-anak dengan baik

Harta yang dipindahkan secara percuma

Wasiat

Hadiah

Y

Page 5: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

II balighIII berakalIV merdeka

A I, II dan IIIB I, II, IVC I, III, IVD II, III dan IV

13. Manakah yang berikut bukan sumber penyelesaian masalah menurut Islam ?

A Al-IjmakB Al-HadisC Al-QuranD Al-Ta’awun

14. Pilih padanan yang salah

Alam Ghaib Alam Musyahadah

A Tidak boleh ditanggapi oleh pancaindera Dapat ditanggapi oleh pancaindera

B Akal tidak mampu memikirkan zat Allah SWT Dapat ditanggapi oleh pancaindera

C Boleh dimanfaatkan untuk membina tamadun

Tujuannya adalah untuk menguji keimanan manusia

D Kenikmatan bersifat kekal Kenikmatannya bersifat sementara

15

Elemen-elemen di atas merujuk kepada pembentukan

A Negara IslamB Badan legislatifC Badan kehakimanD Undang-undang Islam

16 Nama-nama lain bagi al-Quran ialah

I Al-LisanII Al-Kalam

document.doc

Wilayah Majlis Syura Ketua Negara Rakyat

Page 6: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

III Al-FurqanIV Al-Taubah

A I dan II B I danC II dan IIID III dan IV

17 Setiap rakyat mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat dan negaranya. Apakah tanggungjawab tersebut ?.

I Taat setia kepada negaraII Mendapat jaminan keselamatan III Mempunyai kebebasan bersuara dan memberi pendapatIV Menjaga keamanan dan keharmonian hidup masyarakat

A I dan II B I dan IVC II dan IIID III dan IV

18. Pilih pernyataan yang benar tentang ciri-ciri seorang rasul

A Tidak diturunkan kitab suciB Setiap rasul adalah seorang nabiC Bilangan rasul ialah 124000 orangD Diberikan wahyu untuk dirinya sahaja

19 Manakah yang di atas menerangkan mengenai konsep Rububiyyah

I Kekuasaan Allah SWT meliputi langit dan bumiII Mengakui hanya Allah SWT layak disembahIII Paksi keimanan adalah dua khalimah syahadahIV Allah SWT sebagai pencipta, pemilik dan pentadbir alam

A I dan II B I dan IVC II dan IIID III dan IV

20 Cara bersyukur dengan menggunakan akal ialah

A Melazimi berzikir dan berwiridB Melakukan solat fardu dan sunatC Memelihara dan memulihara alamD Mentafsir dan memberi idea kearah kebenaran

BAHAGIAN B(20 markah)

Jawab semua soalanMasa yang dicadangkan untuk bahagian ini ialah 45 minit.

document.doc

Page 7: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

Soalan 21 hingga 24.

Tuliskan istilah yang sesuai dengan pernyataan berikut pada ruangan yang telah disediakan

UntukKegunaanPemeriksa

21Segala hukum, prinsip dan peraturan yang terkandung dalam Islam adalah bersumberkan wahyu dan hadis

22Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang bertentangan dengan al-Quran dan hadis

23Kagum dengan amalan sendiri dan memandang rendah kebaikan yang dilakukan oleh orang lain

24 Memiliki daya kreativiti, inovatif dan produktif dalam melaksanakan pekerjaan

Soalan 25 hingga 28

Lengkapkan pernyataan berikut

UntukKegunaanPemeriksa

25 Pembubaran perkahwinan dalam Islam boleh berlaku secara talak, fasakh dan

26 Penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan bentuk-bentuk harta yang diharamkan

27 Kesan fahaman _________________________ mengakibatkan hilang rasa hormat terhadap nabi sebagai utusan Allah SWT.

28 Islam sebagai ad-Din mengatur cara hidup yang lengkap merangkumi aspek ______________________ ibadat dan akhlak.

Soalan 29 hingga 32 adalah berdasarkan carta di bawah

Tentukan pernyataan di bawah dengan menuliskan ( X ) atau ( Y ) pada ruangan jawapan yang disediakan.

document.doc

1

1

1

1

1

1

1

1

Page 8: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

29

30

31

32

Soalan 33 hingga 36

Tuliskan istilah berikut yang sesuai dengan pernyataan di bawah pada ruangan jawapan yang disediakan

UntukKegunaanPemeriksa

33Fahaman yang menjadikan faktor pengeluaran dan barangan pengguna milik negara

34Fahaman yang mahukan demokrasi dan kebebasan dalam kegiatan ekonomi dan sosial

35 Fahaman yang memisahkan nilai-nilai keagamaan dalam kehidupan

36Fahaman yang mempercayai bahawa hanya bendalah yang menyebabkan terjadinya segala sesuatu di dunia ini

Untuk kegunaan Pemeriksa

Soalan 37 hingga 40

Tandakan ( ü ) pada pernyataan yang betul.

document.doc

X Hudud Y Takzir

Pernyataan Jawapan

Disebat 40 kali kerana minum arak

Kesalahan-kesalahan khalwat dan mencuri yang tidak cukup nisbah

Dipenjarakan kerana kesalahan dadah

Hukuman yang ditetapkan oleh syarak sebagai menunaikan hal Allah SWT.

1

1

1

1

Sekularisme Materialisme Liberalisme Komunisme

Page 9: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

Tandakan ( Î ) pada pernyataan yang salah.

37 Antara syarat menjadi khalifah ialah lelaki yang berpengaruh dan baik keturunan

38 Ibadat umum melibatkan hubungan antara manusia dengan Tuhan semata-mata

39 Menghilangkan keraguan masyarakat terhadap sesuatu hukum merupakan salah satu keperluan fatwa

40 Al-Murabahah dan al-Bai’ bithaman ajil merupakan suatu bentuk simpanan dan pelaburan wang.

document.doc

1

1

1

1

Page 10: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

document.doc

BAHAGIAN A

A B C D1

A B C D2

A B C D3

A B C D4

A B C D9

A B C D5

A B C D8

A B C D7

A B C D10

A B C D6

A B C D20

A B C D19

A B C D18

A B C D17

A B C D16

A B C D15

A B C D14

A B C D13

A B C D12

A B C D11

KERTAS JAWAPAN

Bahagian A

Page 11: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

document.doc

Tasawwur IslamLatih TubiKertas 2Set 620082 ½ jam

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SOALAN LATIH TUBI 2008SET 6

TASAWWUR ISLAM

Kertas 2Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi tujuh soalan.

2. Soalan satu wajib dijawab dan pilih empat soalan yang lain.

3. Calon perlu menjawab lima soalan sahaja.Jawapan hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.

Latih Tubi 2008 © Hak Cipta JAPIM

Page 12: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

[ 100 markah ]

Jawab lima soalan.Soalan 1 wajib dijawab dan pilih mana-mana empat soalan yang lain.

1 (a) (i) Nyatakan pengertian nabi dan rasul [ 4markah ]

(ii) Terdapat sebilangan rasul diberikan gelaran ulul azmiJelaskan dua sebab gelaran tersebut diberikan kepada mereka.

[ 2 markah ]

(b) (i) Jelaskan proses kejadian manusia menurut Islam

[ 4 markah ]

(ii) Nyatakan keistimewaan yang dianugerahkan Allah kepada manusia.

(c) (i) Berikan pengertian alam [ 2 markah ]

(ii) Huraikan dua hikmah Allah merahsiakan alam ghaib daripada pengetahuan manusia.

[ 4 markah ]

2 (a) (i) Berikan Pengertian Rabaniyyah. [ 2 markah ]

(ii) Jelaskan dua kelebihan menghayati sifat Rabaniyyah yang dituntut oleh Islam

[ 4 markah ]

(iii) Berikan konsep Syumuliyyah dalam bidang ekonomi dan sosial

[ 4 markah ]

(b) (i) Islam menjamin hak asasi manusiaTerangkan bukti yang menunjukkan prinsip alamiyyah menjamin hak-hak tersebut

[ 4 markah ]

(ii) Nyatakan dua prinsip alamiyyah dalam Islam [ 2 markah ]

(c) Marunah bermaksud prinsip Islam boleh berubah mengikut kesesuaian, namum masih tetap atas prinsip asalJelaskan kelebihan sifat murunah tersebut. [ 4 markah ]

3 (a) (i) Berikan pengertian negara Islam [ 2 markah ]

(ii) Sistem pemerintahan Islam adalah yang terunggul.Jelaskan ciri-ciri sistem pemerintahan tersebut. [ 4 markah ]

(iii) Senaraikan dua isi kandungan Piagam Madinah. [ 4 markah ]

(b) (i) Kemukanan dua hujjah yang menunjjukan kepentingan [ 4 markah ]

document.doc

Page 13: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

institusi kehakiman Islam.

(ii) Kenyataandsiatas menerangkan tentang etika kehakiman. Jelaskan dua kebaikan etika kehakiman tersebut [ 4 markah ]

(c) Senaraikan dua tanggungjawab hakim dalam melaksanakan tugasnya. [ 2 markah ]

4 (a) (i) Terangkan sebab Islam menyuruh umatnya mrncari harta secara halal.

[ 4 markah ]

(ii) Harta musnah dalam kebakaran

Berlakunya banjir lumpur yang merosakkan harta[ 4 markah ]

Kenyataan diatas menunjukkan ujian Allah terhadap pemilik harta.Bagaimanakah sikap orang yang beriman menghadapi ujian tersebut.

[ 4 markah ]

(b) (i) Berikan pengertian bekerja kerana Allah [ 2 markah ]

(ii) Islam amat mementingkan kualiti dalam semua perkaraJelaskan langkah untuk meningkatkan kualiti kerja dalam Islam

[ 4 markah ]

(c) (i) Ar-Rahnu Al-Ijarah

Istilah diatas adalah merujuk kepada jenis muamalah dalam IslamNyatakan pengertian bagi istilah-istilah diatas [ 4 markah ]

(ii) Meninggalkan muamalah secara Islam memberi kesan buruk kepada masyakat.Jelaskan dua bukti bagi menyokong kenyataan diatas [ 4 markah ]

5 (a) (i) Nyatakan pengertian istilah-istilah dibawah.1. Fikah2. Qadha

[ 4 markah ]

(ii) Terangkan dua perbezaan antara fatwa dan ijtihad[ 4 markah ]

(iii) Senaraikan contoh amalan bagi hukum-hukum berikut1. Wajib2. Haram3. Sunat4. Makruh

[ 4 markah ]

5 (b) (i) Senaraikan empat perkara yang boleh merosakkan sesuatu [ 4 markah ]

document.doc

Tidak boleh mensabitkan kesalahan jika ada keraguan

Page 14: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

ibadat

(ii) Kemukakan dua cara untuk meningkatkan kualiti ibadat kepada Allah

[ 4 markah ]

6 (a) (i) Nyatakan dua matlamat penyelesaian masalah kepada masyarakat menurut Islam.

[ 4 markah ]

(ii) Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah dalam Islam.

[ 4 markah ]

(b) (i) Senaraikan dua amalan dalam menyelesaikan masalah menurut Islam.

[ 4 markah ]

(ii) Jelaskan langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mencegah gejala ponteng sekolah. [ 4 markah ]

(iii) Huraikan dua langkah untuk mengatasi gejala keruntuhan moral dikalangan pelajar.

[ 4 markah ]

7 (a) (i) Al-Quran, al-Hadis saling kuat dan menguatkan antara satu sama lain.

Jelaskan dua kepentingan hadis dalam memahami al-Quran.

[ 4 markah ]

(ii) Jelaskan dua perbezaan antara hadis sahih dengan hadis dhaif.

[ 4 markah ]

(b) (i) Senaraikan dua matlamat sistem sosial Islam [ 2 markah ]

(ii) Huraikan perbezaan antara sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan komvensional [ 4 markah ]

(c) (i) Nyatakan pengertian ibadat khusus dan ibadat umum beserta dengan contohnya sekali

[ 2 markah ]

(ii) Kebahagiaan dalam berumahtangga merupklan impian setiap pasangan suami isteriJelaskan cara membina keutuhan rumahtangga menurut Islam

[ 4 markah ]

SOALAN TAMAT

document.doc

Page 15: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

SKIMA

BAHAGIAN A

1. C 2. B 3. D 4. D 5. B6. D 7. C 8. B 9. A 10. D11. B 12. C 13. A 14. C 15. C16. A 17. B 18. B 19. A 20. D

BAHAGIAN B

21. Rabaniyyah22. Ajaran sesat23. Ujub24. Jati diri25. Khuluk26. Pencerobohan27. Anti hadis28. Akidah29. X30. Y31. Y32. X33. Komunisme34. Liberalisme35. Sekularisme36. Materialisme37. 38. X39. 40. X

document.doc

Tasawwur IslamSkima Latih TubiKertas 2Set 62008

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

TASAWWUR ISLAM

Kertas 2

Latih Tubi 2008 © Hak Cipta JAPIM

Page 16: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

[ 100 markah ]

Jawab lima soalan.

document.doc

SKIMA LATIH TUBI 2008SET 6

Page 17: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

Soalan 1 wajib dijawab dan pilih mana-mana empat soalan yang lain.

1 (a) (i) Pengertian nabi dan rasul [ 4markah ]

Nabi ialah manusia lelaki pilihan Allah yang diberikan wahyu untuk dirinya dan tidak wajib disampaikan kepada orang lain

Rasul ialah manusia lelaki pilihan Allah yang dipili dari kalangan nabi-nabi diberikan wahyu untuk dirinya dan wajib disampaikan kepada orang lain

2 isi X 2 markah

(ii) Dua sebab gelaran ulul azmi tersebut diberikan kepada mereka

[ 2 markah ]

1. Sebagai penghormatan / pengiktirafan daripada Allah2. Kerana mereka mempunyai tahap kesabaran yang tinggi3. Kerana mereka mempunyai tahap keazaman / keteguhan

jiwa yang mantap semasa berdakwah4. Kerana mereka tidak pernah berdoa kepada Allah untuk

diturunkan azab kepada umatnya

2 isi X 2 markah

(b) (i) Proses kejadian manusia menurut Islam [ 4 markah ]

1. Nutfah ( percampuran air mani lelaki dan perempuan )2. Bertukar menjadi segumpal darah beku ( Alaqah )3. Bertukar menjadi sekul daging (Mudghah)4. Tulang yang dibaluti daging dan ditiupkan roh

1 isi X 1 markah

(ii) Keistimewaan yang dianugerahkan Allah kepada manusia. [ 4 markah ]1. Memiliki akal yang sempurna2. memiliki fizikal yang sempurna3. Dilantik menjadi rasul kepadasemua mahkluk lain4. Dilantik sebagai khalifah untuk mentadbir alam ini5. mempunyai budaya dan tamadun yang boleh

berkembang

1 isi X 1 markah

(c) (i) Pengertian alam [ 2 markah ]- Segala makhluk ciptaan Allah yan berada di bumi dan langit

(ii) Dua hikmah Allah merahsiakan alam ghaib daripada pengetahuan manusia.

[ 4 markah ]

1. Untuk menunjukkan kekuasaan Allah2. Untuk menguji keimanan hambanya3. untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan manusia4. untuk menilai sejauh mana ketaatan hambanya.

2 (a) (i) Pengertian Rabaniyyah. [ 2 markah ]Segala hukum, konsep, prinsip, nilai dan peraturan yang terkandung Islam adalah bersumberkan daripada al-Quran dan Hadis Rasulullah.

(ii) Dua kelebihan menghayati sifat Rabaniyyah yang dituntut oleh Islam

[ 4 markah ]

1. Menjadikan seseorang itu semakin beriman, yakin

document.doc

Page 18: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

dengan rukun iman2. Sanggup berjihad dengan nyawa, harta dan fikiran

untuk meninggikan syariat Islam3. Melahirkan akhlak yang mulia dan terpuji4. Taat segala perintah Allah dengan meninggalkan

laranganNya.5. Semangat bekerja yang bersungguh untuk mencasri

keredaan Allah.

(iii) Konsep Syumuliyyah dalam bidang ekonomi dan sosial [ 4 markah ]Ekonomi

1. Bebas mencari, memiliki dan menguruskan harta asalkan menurut syariat Islam

2. wajib mengeluarkan zakat apabila cukup seala syaratnya

3. merapatkan jurang taraf hidup miskin dan kaya melalui sedekah dan zakat

4. Islam menyediakan panduan cara bermuamalat yang baik

Sosial1. Islam menyediakan peraturan yang sesuai dalam

kehidupan manusia2. Islam menyediakan adab-adab dalam peperangan3. Islam menyediakan peraturan halal dan haram dalam

kehidupan seharian4. Islam tidak membezakan warna kulit seseorang

dalam mendapatkan keadilan.

(b) (i) bukti yang menunjukkan prinsip alamiyyah menjamin hak-hak asasi manusia

1. Kebebasan beragama – tidak memaksa untuk menganut Islam

2. Kebebasan bersuara – membenarkan kebebasan bersuara tanpa disalahgunakan

3. kebebasan memiliki harta – berhak dengan jalan yang halal dan sah.

4. Melindungi nyawa – menetapkan hukuman qisas, hasramkan pembunuhan.

5. Memelihara kehormatan diri – Mewajibkan menutup aurat dan berakhlak mulia.

[ 4 markah ]

(ii) Dua prinsip alamiyyah dalam Islam [ 2 markah ]1. Kedudukan manusia sebaik-baik kejadian2. nilai keadilan Islam bersifat sejagat3. Islam sentiasa menegakkan kebenaran dan

mencegah kemungkaran4. Islam menjamin hak asasi manusia daipada

dicerobohi

(c) Kelebihan sifat murunah 1. Menunjjukkan sikap toleransi dan berhikmahnya Islam2. Menarik minat orang bukan Islam untuk memahami

ajaran Islam3. Mengalakkan umat Islam mentaati dan melaksanakan

[ 4 markah ]

document.doc

Page 19: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

perintah Allah dengan sempurna.4. Memastikan kesinambungan Islam dan ajarannya

didunia ini.

3 (a) (i) Pengertian negara Islam [ 2 markah ] Negara yang mengarahkan segala urusan pemerintahan

dan pentadbirannya tunduk kepada hukum Islam yang besumberkan al-Quran dan hadis

(ii) ciri-ciri sistem pemerintahan Islam yang terunggul.1. Sistem pemerintahan Islam berdsarkan al-Quran dan

hadis2. Sistem pemerintahan Islam melaksanakan amar

makruf dan nahi mungkar3. sistem pemerintahan Islam mewujudkan keamanan

dan kesejahteraan4. sistem pemerintahan Islam menjamin kebebasan hak

asasi manusia5. sistem pemerintahan Islam memstika ketua negara

mestilah seorang yang adil dan beriman

[ 4 markah ]

(iii) Dua isi kandungan Piagam Madinah. [ 4 markah ]

1. Nabi Muhammad sebagai ketua negara Islam2. Jaminan hak sosial dari segi kebajikan dan

keselamatan3. Rakyat bertanggungjawab keselamatan dan

kedaulatan negara4. Kebebasan mengamalkan ajaran agama masing-

masing

(b) (i) Dua hujjah yang menunjjukan kepentingan institusi kehakiman Islam.

[ 4 markah ]

1. Dasar kehakiman diciptakan oleh Allah – tiada cacat cela dan bersifat kekal sepanjang serta sesuai diamalkan

2. Mendidik jiwa manusia – mengawal tingkah laku manusia supaya tidak terjebak dengan maksiat.

3. Undang-undang tidak berubah – kerana datangny a daripada Allah.

4. Memberi kesejahteraan hidup - mendidik manusia supaya terpelihara daripada unsur yang merosakkan.

(ii) Dua kebaikan etika kehakiman 1. Elakkan daripada berlakunya pengakuan palsu2. Memastikan aspek kesaksian bebas daripada syak

wasangka3. Pentingnya bahan bukti yang berkaitan dengan kes4. Mengelakkan hukuman diputuskan secara terburu-

buru dan tidak adil5. Supaya orang yang tidak bersalah terlepas daripada

hukuman.

[ 4 markah ]

document.doc

Page 20: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

(c) Dua tanggungjawab hakim dalam melaksanakan tugasnya.[ 2 markah ]

1. Menjatuhkan hukuman dengan adil dan saksama2. Memastikan hukuman dijatuhkan tidak ketika marah3. Menjatuhkan hukuman tanpa ragu-ragu4. Membebaskan tertuduh jika ada keraguan.

4 (a) (i) Sebab Islam menyuruh umatnya mencari harta secara halal. [ 4 markah ]

1. Menjamin kebahagiaan hidup didunia dan akhirat2. Mengelakkan penindasan dan penganiayaan semasa

mendapatkan harta seperti rasuah dan riba3. Mengalakkan permusuhan seperti mendapatkan

harta secara manipulasi

(ii) Sikap orang yang beriman menghadapi ujian Allah terhadap harta.

[ 4 markah ]

1. Sentiasa bersabar dengan ujian tersebut2. Reda dengan ketentuan Allah3. Menanggap apa yang berlaku ada hikmah

disebaliknya4. Sentiasa berusaha dengan lebih gigih lagi untuk

mendapatkan rezeki Allah

(b) (i) Berikan pengertian bekerja kerana Allah [ 2 markah ]- Berusaha atau melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan secara berterusan untuk mencari nafkah kerana Allah

(ii) Langkah untuk meningkatkan kualiti kerja dalam Islam1. Bekerja dengan ikhlas kerana Allah2. Membuat perancangan yang rapi sebelum

memulakan tugas3. Sentiasa berdisplin dan menepati masa dalam

menjalankann tugas4. Sentiasa menilai mutu kerja untuk membaiki kesilapan

jika ada

[ 4 markah ]

(c) (i) Pengertian bagi istilah-istilah Rahnu – Menjadikan sesuatu barangan yang berharga sebagai cagaran bagi sesuatu hutang

Al-Ijarah – Satu perjanjian yang membolehkan sesaorang mengambil faedah daripada orang lain dengan membayar bayaran tertentu

[ 4 markah ]

(ii) Dua bukti bagi menyokong kenyataan meninggalkan muamalah secara Islam memberi kesan buruk kepada masyakat.

1. Masyarakat tidak bersatu padu – kerana hilangnya semangat tolong menolong

[ 4 markah ]

document.doc

Page 21: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

2. Masyarakat berada dalam kegelisahan – kerana berlakunya penindasan keatas golongan yang lemah

3. Masyarakat dibelenggu dengan masalah rasuah dan riba – kerana golongan kaya tidak akan menolong orang yang miskin

5 (a) (i) Pengertian istilah-istilah dibawah.3. Fikah – Kefahaman tentang hukum amali yang

diijtihadkan oleh mujtahid yang diambil daripada dalil syarak

4. Qadha – Penghakiman atau keputusan yansg diputuskan oleh pihak mahkamah dalam sesuatu perbicaraan berdasarkan hujjah dan bukti yang nyata.

[ 4 markah ]

(ii) Dua perbezaan antara fatwa dan ijtihad[ 4 markah ]

Fatwa IjtihadDikeluarkan oleh majlis fatwa

Dikeluarkan oleh individu

Mempunyai kuatkuasa undang-undang

Tiada kesan penguatkuasaan undang-unfang

Berkenaan dengan hukum syarak

Berkaitan dengan agama dan umum

Merujuk kepada al-Quran, hadis, ijmak dan qias

Merujuk kepada pelbagai sumber

(iii) Contoh amalan bagi hukum-hukum berikut5. Wajib – Menutup aurat, solat, puasa6. Haram – Bezina, meminum arak, berjudi7. Sunat – Sedekah, mengaji, berzikir, solat sunat8. Makruh – Makan benda berbau seperti petai, bawang,

merokok

[ 4 markah ]

5 (b) (i) Empat perkara yang boleh merosakkan sesuatu ibadat [ 4 markah ]

1. Takbur2. Riak3. Ujub4. Sumaah5. Hasad dengki6. Ungkit-mengungkit7. Munafik8. Murtad/syirik/kufur

(ii) Kemukakan dua cara untuk meningkatkan kualiti ibadat kepada Allah

[ 4 markah ]1. Meningkatkan ilmu pengetahuan tentang sesuatu

ibadat2. Mendampingi orang-orang yang berilmu dan

document.doc

Page 22: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

beramal soleh3. Melakukan ibadat dengan tenang dan sabar4. Melakukan ibadat dengan berterusan dan tidak

terpengaruh denga perubahan negatif.

6 (a) (i) Dua matlamat penyelesaian masalah kepada masyarakat menurut Islam.

[ 4 markah ]

1. Menegakkan keadilan dalam masyarakat2. Melahirkan semangat bekerjasama dan perpaduan3. Hidup dalam aman dan selesa

(ii) Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menyelesaikan masalah dalam Islam.

[ 4 markah ]

1. Mengenalpasti setiap masalah ang berlaku2. mengenalpasti punca masalah secara terperinci dan

menyeluruh3. Mengenalpasti kaedah dan strategi untuk

menyelesaikan masalah 4. Menguji dan mengaplikasikan kaedah penyelesaian

masalah5. Melakukan penilaian semula

(b) (i) Dua amalan dalam menyelesaikan masalah menurut Islam. [ 4 markah ]

1. Melalui doa2. Melalui pendidikan3. Melalui dakwah4. Melalui nasihat yang bijaksana5. Melalui al-Quran6. Melalui Hadis

(ii) Langkah-langkah yang boleh anda lakukan untuk mencegah gejala ponteng sekolah. [ 4 markah ]

1. Mematuhi segala peraturan sekolah2. Mengadakan sesi kaunseling dengan guru kaunseling3. menasihati rakan yang ponteng dengan nasihat yang

baik

(iii) Dua langkah untuk mengatasi gejala keruntuhan moral dikalangan pelajar.

[ 4 markah ]

1. Memantapkan ilmu keagamaan kepada remaja tersebut

2. Ibubapa mesti menantau pergerakkan anak-anak mereka

3. Penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan remaja

4. Mengalakkan masyarakat untuk berperanan dalam menangani masalah ini.

document.doc

Page 23: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

7 (a) (i) Dua kepentingan hadis dalam memahami al-Quran.

1. Hadis menghuraikan nas al-Quran yang mujmal ( Ringkas)

2. Hadis mentaksihkan (menentukan) maksud nas al-Quran yang umum

3. Hadis membatasi hukum nas al-Quran yang umum dan tidak terbatas

[ 4 markah ]

(ii) Dua perbezaan antara hadis sahih dengan hadis dhaif. [ 4 markah ]Hadis sahih Hadis dhaif

Mempunyai sanad yang bersambung terus kepada nabi Muhammad

Hadis yang gugur seorang perawi daripada sanadnya

Diriwayatkan oleh perawi yang thiqah

Diriwayatkan oleh perawi yang dituduh pendusta

Menjadi hujjah kepada umat Islam

Ditolak oleh sebahagian ulamak untuk dijadikan hujjah

(b) (i) Dua matlamat sistem sosial Islam [ 2 markah ]1. Mendapatkan keredaan Allah2. Merelisasikan keadilan sosial3. Memakmurkan alam mengikut ajaran Islam4. Melaksanakan hak dan keadilan dengan sebaik-baiknya

(ii) Perbezaan antara sistem perundangan Islam dengan sistem perundangan komvensional [ 4 markah ]Perundangan Islam Perundangan ciptaan

manusiaCiptaan Allah Ciptaan manusiaBersifat universal Bersifat setempatSesuai pada semua tempat dan zaman

Sesuai pada sesuatu tempat dan zaman sahaja

Al-Quran dan hadis sebagai rujukan

Pemikiran manusia sebagai rujukan utama

(c) (i) Pengertian ibadat khusus dan ibadat umum beserta dengan contohnya sekali

[ 2 markah ]

Ibadat khusus – Semua amalan khusus yang disyariatkan oleh Allah samada fardu atau sunat. Contohnya solat, puasa, zakatIbadat umum – Semua amalan kebajikan yang disyariatkan oleh Allah bagi menghubungkan manusia dalam sesebuah masyarakat. Contohnya menuntut ilmu, bekerja

(ii) cara membina keutuhan rumahtangga menurut Islam1. Mengamalkan perintah agama dan menjauhi maksiat

dalam kehidupan berkeluarga2. Hormat menghormati dan sayang menyayangi

antara satu sama lain

[ 4 markah ]

document.doc

Page 24: tokburong.files.wordpress.com  · Web viewMerujuk kepada gambarajah di atas X ialah A Nabi Nuh a.s B Nabi Daud a.s C Nabi Adam a.s D Nabi Ismail a.s 2. Berikut adalah

Tasawwur Islam kertas 1 & 2Soalan Latih Tubi set 6

3. Berusaha mencari rezeki yang halal dan berbelanja mengikut kemampuan

4. Melaksanakan tanggung jawab terhadap rumahtangga dengan sempurna mengikut bidang tugas masing-masing

SOALAN TAMAT

document.doc