sihat bedah buku - nuh.com.sg bh pg 13.pdf · untuk kesihatan seperti protein dan semua asid ... da...

1
KACANG soya kaya dengan pelbagai khasiat untuk kesihatan seperti protein dan semua asid amino yang penting. Kolagen pula ialah protein yang terdiri daripa- da asid-asid amino yang membantu menguatkan struktur-struktur di seluruh badan dan bertindak sebagai tisu-tisu penghubung untuk membantu A PABILA Encik Muhammad Ghazali Mahmat bermain bola sepak dan melakukan sena- man berlari-lari anak, beliau ti- dak menyangka bahawa kesihatan yang diharap akan diraih daripada aktiviti itu berubah menjadi penyakit yang tidak di- duga. Kekerapan menggunakan kedua-dua belah kakinya untuk bermain sukan-su- kan itu rupa-rupanya membawa padah ke- pada buku lali kirinya sejak sekitar dua tahun lalu. Namun, Encik Muhammad Ghazali tidak sedar bahawa kesakitan yang dirasa- kan itu adalah lebih serius. “Saya ingat ia cuma sakit-sakit biasa sa- ja. Lagipun, sakit itu terasa hanya selepas saya bermain bola sepak atau berlari. Ja- di, saya hanya gosok minyak atau pergi urut. Lepas satu dua minggu ia hilang,” En- cik Muhammad Ghazali, 46 tahun, seo- rang pegawai logistik, membuka cerita. Tetapi, pada Mac tahun lalu, selepas se- lesai berlari, kesakitan yang dirasakan di buku lalinya itu luar biasa perit. Ia seperti mencucuk-cucuk buku lalinya. Sesekali ia bengkak dan keadaan itu berlanjutan hing- ga tiga bulan. “Kesakitan itu saya rasakan di ke- dua-dua belah buku lali kiri saya. Buku la- li kanan tak sakit. Saya sapu minyak, tapi tak baik, malah saya terpaksa jalan terhin- cut-hincut, tak boleh pakai kasut dan tak boleh pergi kerja,” cerita ayah dua anak lelaki ini yang berusia 17 tahun dan 19 tahun itu. Beliau bermain bola sepak dua kali se- bulan dan berlari-lari anak sekali atau dua kali seminggu untuk tujuan bersenam bagi meningkatkan kesihatan. Tidak tahan menanggung sakit, tiga bu- lan kemudian beliau ke klinik dan dirujuk- kan ke Jabatan Kemalangan dan Kece- masan (A&E), Hospital Universiti Nasion- al (NUH). Selepas masalahnya dikenal pasti, beliau menjalani pembedahan di buku lalinya yang terjejas itu pada Sep- tember tahun lalu. PEMBEDAHAN BERJAYA Encik Muhammad Ghazali berasa amat lega kerana pembedahan yang dija- laninya itu berjaya dan beliau dapat kembali melakukan kegiatan yang dige- marinya – bermain bola sepak dan ber- lari-lari anak sejak bulan lalu. Menerangkan tentang kesakitan yang dialami Encik Muhammad Ghazali dan pembedahan yang dijalaninya, doktor yang merawatnya, Dr Tan Ken Jin, konsul- tan di Divisyen Pembedahan Kaki dan Buku Lali, NUH, berkata bahawa Encik Muhammad Ghazali pada dasarnya meng- hadapi dua masalah di buku lalinya. Yang pertama ialah kecederaan di buku lali kirinya itu yang sudah dialami se- panjang sekitar dua tahun, dan yang ke- dua ialah kecederaan di ligamennya yang bengkak. “Masalah begini memang biasa dihada- pi ahli-ahli sukan akibat penggunaan ber- lebihan satu bahagian tubuh mereka,” kata Dr Tan. Bagi Encik Muhammad Ghazali, beliau mengalami masalah disebut anterior im- pingement (tumbuhan tulang kecil akibat radang) di bahagian depan buku lali kiri- nya dan masalah posterior impingement (masalah serupa) di bahagian belakang buku lali yang sama. Selain itu beliau mengalami ligamen koyak di keliling buku lali yang sama. Dr Tan menjelaskan: “Saya melaku- kan pembedahan halus atau keyhole sur- gery di bahagian belakang buku lalinya untuk membuang tumbuhan tulang terse- but dan mengeluarkan tulang yang ‘ter- sepit’ di bahagian depan buku lali. “Kemudian saya lakukan pembedahan pembentukan semula ligamen yang ce- dera.” Pembedahan itu selesai dalam masa se- jam setengah dan Encik Muhammad Ghazali tidak perlu tinggal di wad hospi- tal. Beliau kemudian diberikan but khas untuk dipakai dan menjalani fisioterapi. Encik Muhammad Ghazali pula me- nambah: “Saya sembuh daripada pembe- dahan agak pantas. Dalam seminggu sele- pas pembedahan, saya dah tak perlu pa- kai topang untuk berjalan dan tak perlu pakai but selepas enam minggu.” Dr Tan mencelah: “Seperti yang dikata- kan tadi, masalah ini agak biasa dihadapi, tetapi jarang orang menghadapi sekali tiga masalah ini – anterior impingement, poste- rior impingement dan kecederaan liga- men. “Saya sendiri melakukan dua atau tiga pembedahan ligamen seminggu, kebanya- kannya ke atas pesakit lelaki dan aktif da- lam sukan seperti bola sepak dan bola ker- anjang. “Jadi, nasihat saya ialah jika kesakitan yang dialami lebih teruk dan berterusan, ada bengkak yang tidak reda atau bunyi di buku lali yang sakit, pasti ada sesuatu yang tidak kena dan dapatkanlah rawatan segera.” KAJIAN Baru-baru ini, NUH juga telah melaku- kan kajian kecil melibatkan 50 pesakit dari hospital itu untuk mengetahui men- gapakah mereka yang mengalami sakit buku lali lambat sembuh. Mereka berusia purata 26 tahun dan kajian itu dijalankan dari Januari 2011 hingga November 2012. Para pesakit itu telah menjalani pemer- iksaan magnetic resonance imaging (MRI) dan hasil pemeriksaan itu didapati hanya 30 peratus atau 15 pesakit mengalami kecederaan ligamen. Yang lain mengalami masalah-masalah yang biasanya tidak dikaitkan dengan ke- sakitan di buku lali seperti tulang beng- kak, kecederaan di ligamen dalaman dan di tulang rawan. Melakukan MRI bukan pendekatan biasa yang diambil bagi sakit buku lali dan ia juga mahal, tetapi ia dapat mengesan masalah-masalah lain yang lebih serius yang dihadapi. “Doktor tidak menyarankan semua pe- sakit menjalani MRI, tetapi pesakit yang mengalami sakit buku lali teruk dan mere- ka yang aktif dalam sukan dan melakukan pekerjaan yang tidak memberi mereka masa untuk menjalani fisioterapi, boleh menimbangkan untuk melakukan MRI agar mereka dapat menjalani rawatan yang betul dan sembuh lebih cepat,” ka- tanya. Gandingan soya dan kolagen baiki kulit dan tulang JAYA BEDAH BUKU LALI SOY-LITE COLLAGEN: Produk halal yang dikatakan baik untuk membantu meningkat- kan kesihatan dan keanjalan kulit. GEMBIRA SUDAH SEMBUH: Encik Muhammad Ghazali Mahmat (kanan), 46 tahun, gembira kerana sudah sembuh daripada tiga masalah kesakitan di buku lali kirinya setelah menjalani pembedahan yang dilakukan oleh Dr Tan Ken Jin (kiri), konsultan di Divisyen Pembedahan Kaki dan Buku Lali, NUH. – Foto M.O. SALLEH Produk Halal Sihat E-mel: [email protected] Ahli sukan sembuh dengan pantas dan tidak perlu pakai but khas selepas enam minggu Be ourValentin e Be ourValentine Berita Harian 13 Rabu, 6 Februari 2013 13

Upload: truongque

Post on 26-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KACANG soya kaya dengan pelbagai khasiatuntuk kesihatan seperti protein dan semua asidamino yang penting.

Kolagen pula ialah protein yang terdiri daripa-da asid-asid amino yang membantu menguatkanstruktur-struktur di seluruh badan dan bertindaksebagai tisu-tisu penghubung untuk membantukulit menjadi tegang dan kenyal.

Beberapa jenis makanan, termasuk hidup-hidupan laut dan produk soya, sayur hijau, keka-cang dan buah serta sayur merah, membantudalam penghasilan kolagen. Jika digandingkankedua-dua bahan ini – soya dan kolagen – ia dida-pati boleh membantu meningkatkan lagi kesiha-tan dan keanjalan kulit seseorang.

Antara bahan gabungan makanan soya dankolagen ini yang terdapat dalam pasaran kiniialah Soy-Lite Collagen keluaran Herbal Pharm.

Suplemen atau makanan tambahan ini menga-ndungi bahan campuran organik kacang soyadengan kolagen ikan dari Jepun.

Seorang jurucakap Herbal Pharm menggaris-kan beberapa lagi kebaikan suplemen itu sepertiberikut – ia bebas daripada herba dan ubat-uba-tan, lantas sesuai untuk wanita hamil dan yangmenyusukan bayi; dan mengandungi asid-asid le-mak penting iaitu omega 6 dan omega 3. Ia jugamembantu membaiki kulit muka, melambatkanproses penuaan dan mengurangkan kedut danmembantu membaiki kesihatan tulang dan ra-wan lutut.

Dan yang penting untuk pengguna Muslim, iaproduk halal dan selamat digunakan untuk jang-ka panjang.

Bagi mereka yang prihatin dengan kecantikanwajah, makanan tambahan ini dikatakan dapatmembantu mengelakkan tompok-tompok hitam,meningkatkan kecerahan wajah, mengelak ga-ris-garis halus, menganjalkan kulit dan membaikisemula bekas parut di muka.

Ada pula yang mempersoalkan sama ada ia se-suai untuk pesakit gout gara-gara mereka mem-punyai kandungan asid urik yang tinggi.

Jurucakap itu menerangkan lagi bahawa peng-hasil Soy-Lite Collagen telah mengambil kira per-kara tersebut dengan menggunakan serbuk soyayang sudah dibuang embrionya dan enzim uri-nase (bahan utama yang menyebabkan pemben-tukan asid urik).

Cara menggunakannya ialah membancuh se-uncang Soy-Lite Collagen ke dalam 100 mililiterair suam.

Sekotak bahan ini mengandungi 15 uncangdan dijual dengan harga $80 dan dua kotak har-ganya $150. Untuk tempahan dan kiriman percu-ma ke rumah, telefon 6396-8000.

APABILA Encik MuhammadGhazali Mahmat bermain bolasepak dan melakukan sena-man berlari-lari anak, beliau ti-

dak menyangka bahawa kesihatan yangdiharap akan diraih daripada aktiviti ituberubah menjadi penyakit yang tidak di-duga.

Kekerapan menggunakan kedua-duabelah kakinya untuk bermain sukan-su-kan itu rupa-rupanya membawa padah ke-pada buku lali kirinya sejak sekitar duatahun lalu.

Namun, Encik Muhammad Ghazalitidak sedar bahawa kesakitan yang dirasa-kan itu adalah lebih serius.

“Saya ingat ia cuma sakit-sakit biasa sa-ja. Lagipun, sakit itu terasa hanya selepassaya bermain bola sepak atau berlari. Ja-di, saya hanya gosok minyak atau pergiurut. Lepas satu dua minggu ia hilang,” En-cik Muhammad Ghazali, 46 tahun, seo-rang pegawai logistik, membuka cerita.

Tetapi, pada Mac tahun lalu, selepas se-lesai berlari, kesakitan yang dirasakan di

buku lalinya itu luar biasa perit. Ia sepertimencucuk-cucuk buku lalinya. Sesekali iabengkak dan keadaan itu berlanjutan hing-ga tiga bulan.

“Kesakitan itu saya rasakan di ke-dua-dua belah buku lali kiri saya. Buku la-li kanan tak sakit. Saya sapu minyak, tapitak baik, malah saya terpaksa jalan terhin-cut-hincut, tak boleh pakai kasut dan takboleh pergi kerja,” cerita ayah dua anaklelaki ini yang berusia 17 tahun dan 19tahun itu.

Beliau bermain bola sepak dua kali se-bulan dan berlari-lari anak sekali atau duakali seminggu untuk tujuan bersenam bagimeningkatkan kesihatan.

Tidak tahan menanggung sakit, tiga bu-lan kemudian beliau ke klinik dan dirujuk-kan ke Jabatan Kemalangan dan Kece-masan (A&E), Hospital Universiti Nasion-al (NUH). Selepas masalahnya dikenalpasti, beliau menjalani pembedahan dibuku lalinya yang terjejas itu pada Sep-tember tahun lalu.

PEMBEDAHAN BERJAYA

Encik Muhammad Ghazali berasaamat lega kerana pembedahan yang dija-laninya itu berjaya dan beliau dapatkembali melakukan kegiatan yang dige-marinya – bermain bola sepak dan ber-lari-lari anak sejak bulan lalu.

Menerangkan tentang kesakitan yangdialami Encik Muhammad Ghazali danpembedahan yang dijalaninya, doktoryang merawatnya, Dr Tan Ken Jin, konsul-tan di Divisyen Pembedahan Kaki danBuku Lali, NUH, berkata bahawa EncikMuhammad Ghazali pada dasarnya meng-hadapi dua masalah di buku lalinya.

Yang pertama ialah kecederaan dibuku lali kirinya itu yang sudah dialami se-panjang sekitar dua tahun, dan yang ke-dua ialah kecederaan di ligamennya yangbengkak.

“Masalah begini memang biasa dihada-pi ahli-ahli sukan akibat penggunaan ber-lebihan satu bahagian tubuh mereka,”kata Dr Tan.

Bagi Encik Muhammad Ghazali, beliaumengalami masalah disebut anterior im-pingement (tumbuhan tulang kecil akibatradang) di bahagian depan buku lali kiri-nya dan masalah posterior impingement(masalah serupa) di bahagian belakangbuku lali yang sama.

Selain itu beliau mengalami ligamenkoyak di keliling buku lali yang sama.

Dr Tan menjelaskan: “Saya melaku-kan pembedahan halus atau keyhole sur-gery di bahagian belakang buku lalinyauntuk membuang tumbuhan tulang terse-but dan mengeluarkan tulang yang ‘ter-sepit’ di bahagian depan buku lali.

“Kemudian saya lakukan pembedahanpembentukan semula ligamen yang ce-dera.”

Pembedahan itu selesai dalam masa se-jam setengah dan Encik MuhammadGhazali tidak perlu tinggal di wad hospi-tal. Beliau kemudian diberikan but khasuntuk dipakai dan menjalani fisioterapi.

Encik Muhammad Ghazali pula me-nambah: “Saya sembuh daripada pembe-dahan agak pantas. Dalam seminggu sele-pas pembedahan, saya dah tak perlu pa-kai topang untuk berjalan dan tak perlupakai but selepas enam minggu.”

Dr Tan mencelah: “Seperti yang dikata-kan tadi, masalah ini agak biasa dihadapi,tetapi jarang orang menghadapi sekali tigamasalah ini – anterior impingement, poste-rior impingement dan kecederaan liga-men.

“Saya sendiri melakukan dua atau tigapembedahan ligamen seminggu, kebanya-kannya ke atas pesakit lelaki dan aktif da-lam sukan seperti bola sepak dan bola ker-anjang.

“Jadi, nasihat saya ialah jika kesakitanyang dialami lebih teruk dan berterusan,ada bengkak yang tidak reda atau bunyidi buku lali yang sakit, pasti ada sesuatuyang tidak kena dan dapatkanlah rawatansegera.”

KAJIAN

Baru-baru ini, NUH juga telah melaku-kan kajian kecil melibatkan 50 pesakitdari hospital itu untuk mengetahui men-gapakah mereka yang mengalami sakitbuku lali lambat sembuh.

Mereka berusia purata 26 tahun dankajian itu dijalankan dari Januari 2011hingga November 2012.

Para pesakit itu telah menjalani pemer-iksaan magnetic resonance imaging (MRI)dan hasil pemeriksaan itu didapati hanya30 peratus atau 15 pesakit mengalamikecederaan ligamen.

Yang lain mengalami masalah-masalahyang biasanya tidak dikaitkan dengan ke-sakitan di buku lali seperti tulang beng-kak, kecederaan di ligamen dalaman dandi tulang rawan.

Melakukan MRI bukan pendekatanbiasa yang diambil bagi sakit buku lali dania juga mahal, tetapi ia dapat mengesanmasalah-masalah lain yang lebih seriusyang dihadapi.

“Doktor tidak menyarankan semua pe-sakit menjalani MRI, tetapi pesakit yangmengalami sakit buku lali teruk dan mere-ka yang aktif dalam sukan dan melakukanpekerjaan yang tidak memberi merekamasa untuk menjalani fisioterapi, bolehmenimbangkan untuk melakukan MRIagar mereka dapat menjalani rawatanyang betul dan sembuh lebih cepat,” ka-tanya.

Gandingan soyadan kolagenbaiki kulitdan tulang

JAYABEDAHBUKULALI

SOY-LITECOLLAGEN:Produk halalyangdikatakanbaik untukmembantumeningkat-kankesihatandankeanjalankulit.

GEMBIRA SUDAH SEMBUH: Encik Muhammad Ghazali Mahmat (kanan), 46 tahun, gembira kerana sudah sembuh daripada tiga masalah kesakitan di buku lalikirinya setelah menjalani pembedahan yang dilakukan oleh Dr Tan Ken Jin (kiri), konsultan di Divisyen Pembedahan Kaki dan Buku Lali, NUH. – Foto M.O.SALLEH

Produk Halal

Sihat

E-mel: [email protected]

Ahli sukan sembuh dengan pantasdan tidak perlu pakai but khas

selepas enam minggu

We’re helping celebrity hunksPaul Foster and Mike Kasem

look for that specialsomeone this Valentine’s

Be ourValentineBe ourValentine

They’ve applied. Have you?

Find out how you can date them at www.tnp.sg

Berita Harian 13

Rabu, 6 Februari 2013 13

chongchj
Rectangle
chongchj
Rectangle