sifu oleh: hanita ladjaharun smk bandaraya kota kinabalu ... · peningkatan pencapaian pelajar...

15
Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013) 1 SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah [email protected] ABSTRAK Kajian ini dijalankan bagi meninjau keberkesanan aktiviti SIFU dalam proses pembelajaran dalam pengajaran Sejarah. SIFU merupakan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang melibatkan 100% pelajar secara aktif dan efektif untuk menjadi “guru” dan pelajar dalam satu sesi pembelajaran dalam pengajaran. Selain itu, 100% pelajar juga akan bergerak dan berkomunikasi menjayakan aktiviti SIFU. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara sahaja. Melalui ujian pra dan pasca serta hasil maklum balas pelajar dan guru aktiviti SIFU dapat dirumuskan sebagai aktiviti yang efektif membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran secara optimum, pelajar berasa selesa dan seronok belajar dan meningkatkan keyakinan serta minat terhadap mata pelajaran Sejarah. Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah keberkesanan SIFU telah mendorong guru lain melaksanakan aktiviti ini dalam subjek Bahasa Melayu, Biologi dan Pendidikan Islam. Seterusnya, SIFU bukan hanya diaplikasi di SMK Bandaraya Kota Kinabalu tetapi turut diaplikasikan disekolah lain seperti di SMK Putatan Penampang, SM St John Tuaran, SMK Segama Lahad Datu, SM Shan Tao Kinabalu dan SMK Agama Kota Kinabalu. SIFU juga telah meraih kemenangan iaitu Johan Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah 2013. 1.0 PENGENALAN Menurut P.J Philips (1950) aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang melibatkan pelajar membaca dan mendengar membolehkan pelajar mengingati sehingga 20% perkara yang dipelajari. Sekiranya pelajar membaca, mendengar dan menerangkan pelajar akan berupaya mengingati sehingga 70% perkara yang dipelajari. Sehubungan dengan perkara ini, Dr. Haji Mohd Kassim Bin Haji Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (2012), menyatakan “pembelajaran dalam pengajaran yang hebat adalah guru mengajar dan pelajar lebih belajar”. Oleh itu, adalah amat penting bagi guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti yang membolehkan keseluruhan pelajar belajar secara aktif dan efektif. 2.0 ISU KAJIAN Aktiviti pembelajaran dalam pengajaran seperti penerangan, pembentangan, persembahan power point, forum dan lain-lain tidak melibatkan keseluruhan pelajar secara aktif dan efektif. Contohnya jika aktiviti pembentangan atau forum diadakan hanya pelajar yang

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

39 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

1  

SIFU

Oleh:

HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meninjau keberkesanan aktiviti SIFU dalam proses pembelajaran dalam pengajaran Sejarah. SIFU merupakan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang melibatkan 100% pelajar secara aktif dan efektif untuk menjadi “guru” dan pelajar dalam satu sesi pembelajaran dalam pengajaran. Selain itu, 100% pelajar juga akan bergerak dan berkomunikasi menjayakan aktiviti SIFU. Guru hanya bertindak sebagai pemudah cara sahaja. Melalui ujian pra dan pasca serta hasil maklum balas pelajar dan guru aktiviti SIFU dapat dirumuskan sebagai aktiviti yang efektif membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran secara optimum, pelajar berasa selesa dan seronok belajar dan meningkatkan keyakinan serta minat terhadap mata pelajaran Sejarah. Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah keberkesanan SIFU telah mendorong guru lain melaksanakan aktiviti ini dalam subjek Bahasa Melayu, Biologi dan Pendidikan Islam. Seterusnya, SIFU bukan hanya diaplikasi di SMK Bandaraya Kota Kinabalu tetapi turut diaplikasikan disekolah lain seperti di SMK Putatan Penampang, SM St John Tuaran, SMK Segama Lahad Datu, SM Shan Tao Kinabalu dan SMK Agama Kota Kinabalu. SIFU juga telah meraih kemenangan iaitu Johan Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah 2013.

1.0 PENGENALAN Menurut P.J Philips (1950) aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang melibatkan pelajar

membaca dan mendengar membolehkan pelajar mengingati sehingga 20% perkara yang

dipelajari. Sekiranya pelajar membaca, mendengar dan menerangkan pelajar akan berupaya

mengingati sehingga 70% perkara yang dipelajari. Sehubungan dengan perkara ini, Dr. Haji

Mohd Kassim Bin Haji Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran

Negeri Sabah (2012), menyatakan “pembelajaran dalam pengajaran yang hebat

adalah guru mengajar dan pelajar lebih belajar”. Oleh itu, adalah amat penting bagi

guru untuk merancang dan melaksanakan aktiviti yang membolehkan keseluruhan pelajar

belajar secara aktif dan efektif.

2.0 ISU KAJIAN

Aktiviti pembelajaran dalam pengajaran seperti penerangan, pembentangan, persembahan

power point, forum dan lain-lain tidak melibatkan keseluruhan pelajar secara aktif dan

efektif. Contohnya jika aktiviti pembentangan atau forum diadakan hanya pelajar yang

Page 2: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

2  

terlibat sepenuhnya akan membuat persiapan rapi. Sebaliknya pelajar lain hanya lebih

banyak mendengar sahaja. Tambahan pula aktiviti pembelajaran dalam pengajaran

sedemikian tidak membolehkan pelajar mempelajari sesuatu topik yang luas. Sedangkan

sukatan mata pelajaran Sejarah sangat luas dan peruntukan masa mengajar hanya tiga

masa seminggu. Lantaran itu, saya tidak menafikan guru lebih banyak membuat aktiviti

penerangan guru dalam proses pembelajaran dalam pengajaran untuk membolehkan

sukatan pelajaran dihabiskan. Selain itu, mata pelajaran Sejarah kurang diminati atau

dianggap membosankan sudah menjadi senario biasa di kebanyakan sekolah. Malah belajar

Sejarah atau membaca buku teks Sejarah dianggap ubat tidur yang mujarab oleh pelajar.

Oleh itu, saya memikirkan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang perlu melibatkan

pelajar secara seronok, aktif dan efektif seterusnya membolehkan pelajar menguasai topik

yang lebih luas dalam satu sesi pembelajaran dalam pengajaran.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian ini dijalankan ialah:

1. Melibatkan 100% pelajar secara aktif dan efektif dalam proses pembelajaran

dalam pengajaran

2. Menghasilkan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang membolehkan pelajar

‘mengajar’ dan belajar secara aktif dan efektif.

3. Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran ke arah memupuk minat

terhadap mata pelajaran Sejarah.

4.0 KONSEP DAN PELAKSANAAN SIFU

SIFU merupakan aktiviti pembelajaran dalam pengajaran yang berpusat kepada pelajar

dan guru mata pelajaran hanya bertindak sebagai fasalitator sahaja. Aktiviti SIFU

melibatkan pelajar untuk berusaha membaca dan memahami topik-topik tertentu di

bawah pemantauan guru mata pelajaran. Pelajar-pelajar yang telah menguasai topik-

topik tertentu akan mengambil peranan sebagai “guru” atau SIFU. Mereka akan

mengajar topik yang dikuasai kepada rakan-rakan lain. Setelah selesai, peranan “guru”

akan diteruskan oleh pelajar dari kumpulan berikutnya untuk mengajar rakan-rakan

mereka tentang topik yang dipelajari. Aktiviti ini berdasarkan konsep “I Teach, I

Master” atau “Guru Mengajar, Pelajar Lebih Belajar”. Ringkasnya aktiviti SIFU akan

melibatkan 100% pelajar untuk belajar (membaca, memahami dan menghafal),

mengajar (menerangkan, bersoal jawab dan berbincang), bergerak (mencari rakan

untuk diajar) dan berkomunikasi (menyampaikan isi pelajaran, berbincang dan bersoal

Page 3: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

 

 

jawa

dan

mem

lain

Seba

mem

Kum

kum

diku

kum

LanPela

LanSIF

ab). Bagi m

dikehenda

mbuat pene

untuk mem

agai contoh

mbuat pen

mpulan 2 pu

mpulan sele

uasai oleh

mpulan sehin

ngkah 1: Pajar akan

ngkah 2: PU bergera

melaksanaka

aki untuk

erangan sec

mbuat pene

hnya: Ahli K

nerangan d

ula akan be

esai berger

mereka. A

ngga enam

Pembahagimembaca,

Pelajar dark ke kump

L

Seminar Pe

an aktiviti SI

menguasai

cara individ

erangan. Pe

Kumpulan 1

dan menga

rpecah dan

rak ke seti

Aktiviti SIF

kumpulan b

ian kumpu, memaha

ri kumpulapulan 2 da

Lima orang

Pendidikan Seja

IFU, pelajar

topik tert

du. Kemudia

lajar yang m

berpecah d

adakan ses

n bergerak k

iap kumpu

FU boleh d

bergantung

ulan dan tmi dan me

an 1 meman 3 untuk

jarah dan Geog

r dibahagika

tentu seca

an setiap p

membuat p

dan bergera

si perbinca

ke Kumpula

lan untuk

dilaksanakan

g pada topik

opik untuenghafal t

mainkan pek mengajar

Li

ografi 2013 (UM

an kepada b

ra berkum

pelajar berg

penerangan

ak ke Kump

angan. Set

an 1 dan 3

mengajar

n paling k

k yang dipel

k dikuasaiopik masin

eranan sebr rakan-ra

ima orang

MS, 29 – 30 O

beberapa ku

mpulan teta

gerak ke ku

akan digel

pulan 2 dan

telah seles

sehinggalah

topik yang

kurang dala

lajari.

i secara inng-masing

bagai ‘gurkan merek

Ogos 2013) 

umpulan

api akan

umpulan

ar SIFU.

3 untuk

sai, ahli

h semua

g sudah

am dua

ndividu. g.

ru’ atau ka.

Page 4: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

 

 

Lanmem

Lanmem

5.0 BA

Tiad

pers

6.0 KU

Pela

men

7.0 PE

T

No

ngkah 3: Pmainkan p

ngkah 4: Pmaikan pe

AHAN DAN

da sebarang

siapan dan a

UMPULAN

ajar Tingkat

njayakan ak

ERANCANG

Tarikh

ov 2011

Pelajar daperanan se

Pelajar daeranan seb

N KOS

g bahan ata

arahan yan

SASRAN

tan Lima Al

ktiviti SIFU.

GAN DAN

Guru memi

pengajaran

secara aktif

Guru mend

SIFU.

L

Seminar Pe

ari kumpuebagai SIF

ari kumpubagai SIFU

au kos yang

g jelas dari

amanda ya

PELAKSAN

Tind

kirkan aktiv

n yang me

f dan efektif

dapat idea

Lima orang

Lima orang

Pendidikan Seja

lan 2 berFU

lan 3 berU

g diperlukan

pada guru.

ang terdiri

NAAN TIND

dakan

viti pembela

elibatkan 10

f.

melakasan

g

jarah dan Geog

rgerak ke

rgerak ke

n dalam me

daripada se

DAKAN

ajaran dalam

00% pelaja

nakan aktiv

L

ografi 2013 (UM

kumpulan

kumpulan

enjayakan a

eramai 41 o

m

ar

iti

Lima orang

Lima oran

MS, 29 – 30 O

n 1 dan 3

n 1 dan 2

aktiviti SIFU

orang dipil

Catatan

ng

Ogos 2013) 

3 untuk

2 untuk

, hanya

ih untuk

Page 5: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

 

 

20

20

16

20

Ja

7.0 PEL

PeakamebePerak

0 Jan

012

6 Feb

012

n- Okt

LAKSANAA

lajar daripaan menunengajar mersoal jawablajar lebih kan masing

Pelaksanaa

Pelaksanaa

& Team Te

Pelaksanaa

proses pem

pun proses

AN AKTIVIT

ada kumpuggu rakanereka dan b atau berbselesa diaj-masing.

Ga

Seminar Pe

n Ujian Pra

n aktiviti SI

aching

n aktiviti S

mbelajaran d

ulangkaji

TI SIFU

lan lain untuk

bebas bincang. jar oleh

mbar 1: Pe

Pendidikan Seja

dan Pasca

IFU dalam L

SIFU diteru

dalam peng

Semua pkumpulanrakan meyang merakan kemkumpulanke kumpukumpulanpemerhati

elaksanaa

jarah dan Geog

Lesson Stud

uskan dalam

ajaran mah

pelajar dar lain untuk reka sendirreka mahu.mbali ke yang berikulan lain u selesai. Pi.

an Aktiviti

ografi 2013 (UM

Pelaksa

Alaman

dy Dihadir

daripad

membe

tentang

m

hu

Pelaksa

ke kelas

Ahli telah berpecuntuk tentan

ripada Kummenjadi gu

ri. Mereka b. Setelah s

kumpulan kutnya akanuntuk menada masa

SIFU

MS, 29 – 30 O

anaan di

nda

i oleh

da panitia l

erikan

g aktiviti SIF

anaan dipe

s-kelas lain

Kumpulan menguas

cah ke kummengaja

ng topik me

mpulan 1 uru dan mebebas memselesai, ahli

asal. Ken bergerak ngajar hingini guru h

Ogos 2013) 

kelas 5

guru

lain dan

komen

FU

rluaskan

1 yang sai topik

mpulan lain ar rakan ereka.

bergerak engajar rakamilih kumpui Kumpulanemudian adan berpec

ggalah semanya menj

ke an-lan

n 1 ahli cah

mua adi

Page 6: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

6  

7.1 Guru memberi arahan.

Guru memberikan arahan kepada pelajar tentang cara pelaksanaan aktiviti SIFU,

pembahagian tajuk dan kumpulan.

7.2 Pelajar belajar

Setelah memahami arahan dan tugasan masing-masing pelajar diberikan masa

untuk membaca dan menguasai topik masing-masing. Pelajar digalakan membuat

nota ringkas atau peta minda sebagai ABM semasa membuat penerangan dan

perbincangan dengan rakan. Malah pelajar digalakan bertanya kepada guru jika

ada perkara yang tidak difahami.

Gambar 2: Pelajar Mendengar Arahan Guru

Gambar 3: Pelajar Membaca Buku Teks Untuk Menguasai Topik Masing-Masing

Page 7: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

7  

7.3 Pelajar mengajar

Setelah menguasai topik masing-masing pelajar dari kumpulan 1 akan berpecah

dan bergerak untuk menjadi SIFU dan mengajar rakan dari kupulan lain. Setelah

selesai, pelajar dari kumpulan berikutnya pula akan menjadi SIFU dan mengajar

rakan mereka tentang topik yang mereka kuasai.

Gambar 4: Pelajar Dibahagikan Kepada Lima Kumpulan Dan SIFU Mengajar Rakan Mereka Secara Berkumpulan

Gambar 5: Pelajar Dibahagikan Kepada Dua Kumpulan Dan Membolehkan SIFU Mengajar Rakan Mereka Secara Berpasangan

Page 8: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

8  

Gambar 6: Pelajar Dibahagikan Kepada Tiga Kumpulan Dan Membolehkan Mereka Mengajar Rakan Dalam Kumpulan Yang Kecil Terdiri Daripada Dua Orang Pelajar

8. 0 DAPATAN KAJIAN

8.1 Ujian Pra Dan Pasca

Carta 1: Perbandingan Taburan Markah Ujian Pra Dan Pasca

36

67

3

13.8

65

83

37

11.3

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

Markah Purata Markah Tertinggi Markah Terendah Sisihan Piawai

PRA PASCAPurata,Tertinggi, Terendah dan Sisihan Piawai

Page 9: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

9  

Carta 2: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra Dan Pasca

Carta 3: Analisis Peratus Peningkatan Markah

98%

2%

Pencapaian Meningkat

Pencapaian Konstant

22.0 %

41.5 %

19.5 %

9.8 %

4.9 %2.4 %

0%0.0 %

5.0 %

10.0 %

15.0 %

20.0 %

25.0 %

30.0 %

35.0 %

40.0 %

45.0 %

1% ‐ 50% 51%‐100% 101%‐200% 201%‐300% 301% dankeatas

Konstant Penurunan

Page 10: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

10  

Berdasarkan carta 1, markah purata pelajar dalam ujian pra hanya 36 markah berbanding 65

markah dalam ujian pasca. Seterusnya markah tertinggi dalam ujian pra hanya 67 markah

berbanding 83 markah dalam ujian pasca. Dalam ujian pasca pencapaian terendah pelajar

ialah 37 markah berbanding ujian pra iaitu hanya 5 markah. Berdasarkan carta 3 pula,

63.5% pelajar mengalami peningkatan markah antara 1% hingga 100%, 34.2% atau 14

orang pelajar mengalami peningkatan markah lebih dari 100% berbanding ujian pra. Hanya

seorang sahaja pelajar yang mengalami konstat dan tiada pelajar yang mengalami

penurunan markah. Ringkasnya, seperti yang tertera dalam carta 2 sebanyak 98% pelajar

telah menunjukkan peningkatan pencapaian dalam ujian setelah melaksanakan aktiviti SIFU.

8.2 Pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM

Carta 4: Pencapaian Pelajar 5 Alamanda Dalam Peperiksaan SPM 2012

Purata Mata Gred Ujian

Peperiksaan Penggal I Percubaan I Percubaan II

6.01 6.01

5.52

4.15

2.852.53

0.00

1.00

2.00

3.00

4.00

5.00

6.00

7.00

TOV AR1 AR2 AR3 AR4 SPM'12

Page 11: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

11  

8.3 Maklum balas guru

Semasa membuat pencerapan kebanyakan guru mendapati aktiviti SIFU adalah

amalan pembelajaran dalam pengajaran yang berkesan. Menurut mereka SIFU

mempunyai pelbagai kelebihan. Antaranya ialah:

i. Penglibatan pelajar aktif

ii. Penguasaan isi pelajaran yang efektif

iii. Pelajar seronok dan ceria

iv. Pelajar selesa belajar dan diajar oleh rakan

v. Meningkatkan keyakinan pelajar

vi. Mengasah bakat pelajar

vii. Meningkatkan Kemahiran Berfikir Kreatif Kritis

viii. Komunikasi berkesan

ix. Pelajar yang diajar tidak malu bertanya kepada rakan sebaya

x. Memupuk sikap bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai SIFU

xi. Pelajar menunjukkan kesungguhan menguasai topik sebagai persediaan untuk

mengajar

xii. Memupuk semangat kerja berpasukan

xiii. SIFU sangat memudahkan tugas guru kerana guru hanya memberi arahan

yang jelas kepada pelajar untuk belajar dan mengajar sambil dipantau oleh guru.

xiv. Aktiviti SIFU menjimatkan masa kerana topik yang luas dan sukar dapat

dikuasai oleh pelajar dengan lebih cepat dan berkesan. Contohnya: Topik yang

sukar dan penting seperti “Agama Dan Ajaran Utama Dunia” dan “Reaksi

Pembentukan Malaysia” dapat dikuasai pelajar dengan efektif

Page 12: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

12  

8.4 Maklum balas pelajar

Jadual 1: Maklum Balas Pelajar Selepas Menjayakan Aktiviti SIFU

Bil Perkara/ Skala 1 2 3 4 5

Jum % Jum % Jum % Jum % Jum %

1 Aktiviti SIFUMembolehkan anda menguasai isi pelajaran dengan berkesan 0 0 0 0 0

0 24

58.6

17 41.4

2 Aktiviti SIFU membolehkan anda belajar dan mengajar secara aktif 0 0 0 0 0 0 15

36.6

26 63.4

3 Aktiviti SIFU adalah aktiviti yang berkesan, menarik dan dinamik 0 0 0 0 0 0 19

46.3

22 53.7

4 Aktiviti SIFU dapat menambah minat terhadp mata pelajaran Sejarah

0

0

0

0

0

0

22

53.7

19

46.3

5 Anda suka/ seronok menjayakan aktiviti SIFU

0 0 0 0 0 0 12 29.3 29 70.7

6 SIFU perlu dijayakan dalam mata pelajaran lain

0 0 0 0 0 0 14 34.1 27 65.9

Skala 1: Sangat Tidak Setuju Skala 2: Tidak setuju Skala 3: Kurang Setuju Skala 4: Setuju Skala 5: Sangat Setuju

Antara pendapat pelajar mengenai aktiviti SIFU:

i. Sepanjang aktiviti SIFU tiada rasa bosan, mengantuk dan malas belajar.

ii. SIFU mendorong saya belajar bersungguh-sungguh sesuatu topik kerana kena

mengajar rakan lain tentang topik tersebut.

iii. SIFU membolehkan saya belajar dan mengajar rakan dengan lebih selesa.

iv. SIFU membolehkan pelajar menguasai dan mengingati topik dengan berkesan.

9.0 LAIN-LAIN

9.1 Pelaksanaan SIFU dalam subjek lain.

Keberkesanan aktiviti SIFU telah mendorong beberapa orang guru dari panitia Sejarah

dan panitia lain menjalankan aktiviti SIFU. Antaranya ialah subjek Biologi, Geografi,

Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Bahasa Inggeris.

Page 13: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

13  

9.2 Pelaksanaan SIFU oleh sekolah lain.

Aktiviti SIFU juga telah diaplikasikan di sekolah lain dan diakui keberkesanannya oleh

guru dan pelajar yang melaksanakannya. Antara sekolah yang telah melaksanakan

aktiviti SIFU ialah SM Shan Tao Kota Kinabalu, SMK Putatan Penampang , SM St. John

Tuaran, SMK Agama Kota Kinabalu, SMK Segama Lahad Datu. Selain itu, guru sendiri

telah mengaplikasikan aktiviti SIFU bersama pelajar dari sekolah lain semasa

mengadakan Ceramah Cara Berkesan Belajar Sejarah Dan Teknik Menjawab Soalan

Sejarah SPM. Antara sekolah-sekolah tersebut ialah SMK Arshad Kota Belud, SMK Telipok

Ria, SM St. Peter Telipok, SM Sanzack, SMK Agama Inanam.

Koleksi Gambar Pelaksanaan Aktiviti SIFU Di Sekolah Lain

Gambar 7: Aplikasi SIFU Di SMK Agama Kota Kinabalu

Gambar 8: Aplikasi SIFU Di SMK Agama Inanam

Gambar 9: Aplikasi SIFU Di Gabungan Enam Buah Sekolah Dari

Labuan

Gambar 10: Aplikasi SIFU Di SMK Bandaraya Kota kinabalu

Page 14: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

14  

9.3 Impak

Keberkesanan aktiviti SIFU telah mendorong guru menyertai Pertandingan Guru Inovatif

pada tahun 2013. Pada 16 Mei 2013, SIFU telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan

Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah. Kejayaan ini dan respond dari rakan-rakan guru

serta pelajar akan memberikan dorongan kepada saya untuk menyebarluaskan amalan

aktiviti ini.

Gambar 13: SIFU dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah 2013

Gambar 11: Aplikasi SIFU Di SMK Putatan, Penampang

Gambar 12: Aplikasi SIFU Di SM St. John Tuaran

Page 15: SIFU Oleh: HANITA LADJAHARUN SMK Bandaraya Kota Kinabalu ... · Peningkatan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM 2012 juga adalah bukti terbaik keberkesanan aktiviti SIFU. Malah

Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013 (UMS, 29 – 30 Ogos 2013)  

15  

10. KESIMPULAN

Melalui aktiviti SIFU ini saya melihat mata pelajaran Sejarah bukan lagi membosankan tetapi

lebih menyeronokkan. Adalah menjadi harapan saya agar SIFU dapat menyumbang kepada

peningkatan penguasaan dan pencapaian pelajar lebih-lebih lagi setelah mata pelajaran

Sejarah diwajibkan lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula pada

tahun 2013.

RUJUKAN

1. Mok Soon Sang, Ilmu Pendidikan Untuk KPLI, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.,

Kuala Lumpur, 2002.

2. Majalah Pendidik, Bil. 7, September 2010.

3. Http//hss.fullerton.edu/linguistics/cln/sew-kincheloe.pdf.

4. Http://search.yahoo.com/search;_ylt=A0oGdFDA6JVM2UAAmd1XNyoA?ei=UTF-

8&vc=countrymy&fr=yfp701&fp_ip=my&rs=1&p=audio+and+visual+learning+techni

ques&rs=0&fr2=rs-bottom