ums ipta pertama - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/14547/1/ub0000001235.pdf · ditaksanakan,...

1
Suara Sepanggar BIL 12013 07 Tun Dr. Mahathir Mohamad Saran Pusat Kajian Strategik Sabah Kaji Denis-Denis Peperangan BEKAS PERDANA Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad memuji UMS terhadap cadangan penubuhan Pusat Kajian Strategik Sabah. Menurut beliau, penubuhan Pusat Kajian itu amat bertepatan dalam usaha membantu kerajaan untuk mengukuhkan aspek pertahanan dan kedaulatan negara. Justeru, beliau menyarankan agar pihak UMS mengadakan penyelidikan terhadap jenis-jenis peperangan khususnya sistem peperangan gerita yang disifatkan sukar untuk dikalahkan. Tun Dr. Mahathir berkata, kajian terhadap sistem peperangan itu penting memandangkan teknik tersebut merupakan sistem peperangan yang sering digunakan pada masa kini. "Sistem Perang gerila ini bukan seperti peperangan biasa. Kalau kita tidak meningkatkan kecekapan kita dalam jenis peperangan seumpama ini, besar kemungkinan negara kita tidak dapat diselamatkan; " katanya ketika mengulas cadangan UMS untuk menubuhkan Pusat KajianStrategik Sabah. Terdahulu, Tun Dr. Mahathir dalam syarahan perdananya yang bertajuk Peranan Generasi Muda Ke Arah Negara Maju dan Berdaulat pada 16 Mac lalu berkata Kemajuan dikecapi negara masa kini bukan datang dengan sendirinya tetapi adalah hasil usaha dan perjuangan pemimpin terdahulu dan rakyat perlu menghayatinya. Sambil menegaskan, rakyat Malaysia kini menikmati pembangunan dalam semua peringkat termasuk pembangunan minda, betiau berkata perkembangan itu memerlukan generasi muda melengkapi diri dengan ilmu terkini terutama dalam bidang sains dan teknotogi. "Kita sedar bahawa kemajuan kita, hidup selesa dan kebahagiaan bukan datang dengan begitu mudah tetapi ia diusahakan, jika kita sedar maka kita boleh menyediakan diri kita untuk masa depan, kita membekalkan diri kita dengan ilmu pengetahuan yang tidak statik dan sentiasa bertambah seumur hidup, " katanya. Beliau menambah, generasi muda pada zaman sekarang berpeluang mendapat ilmu pengetahuan tanpa batasan berbanding pada zaman dahulu, sekaligus mereka dapat berfikir dan menilai apa juga pendapat dan pengaruh terutamanya dari negara luar. "Sekiranya rakyat ingin melihat negara maju, ia bukan saja perlu menguasai ilmu terkini tetapi juga perlu berpegang dengan nilai-nilai dan sifat yang baik serta mulia yang pasti boleh menyumbang kepada kemajuan negara... inilah peranan ' penting muda mudi di negara ini, " katanya. Turut hadir bersama lebih 3,000 hadirin ýý/ iaian fisten iun manatnLr, iun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Naib Canselor UMS, Datuk Mohd Harun Abdullah; Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tan Sri Abdul Hamid Egoh serta ahli akademik UMS. Oteh: Satbinous Saribun s c

Upload: others

Post on 12-Sep-2019

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UMS IPTA Pertama - eprints.ums.edu.myeprints.ums.edu.my/14547/1/ub0000001235.pdf · ditaksanakan, ia bukan sahaja menjadi kejayaan negara, malah menjadikan UMS dikenali mata dunia

UMS IPTA Pertama Lancarkan EcoCampus di Malaysia

Oleh: Faezah Mohamad Dun

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) menjadi sebuah pusat rujukan dalam pemuliharaan alam sekitar bagi institut pengajian tinggi (IPT) lain apabila berjaya melancarkan Pelan Tindakan EcoCampus selama lima tahun pada 7 Februarilalu.

Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi, Dato Dr. Rujhan Mustafa berkata, lokasi UMS di atas lanskap semula jadi yang unik serta kaya dengan kepelbagaian bio dan ekosistem akan memudahkannya menjadi kampus pertama di Malaysia mencapai status EcoCampus menjelang tahun 2017.

"UMS memiliki ekosistem yang lengkap. Kita yakin ini satu usaha yang tepat sesuai dengan Deklarasi Rio, untuk memastikan kelestarian alam sekitar; " katanya pada majlis tersebut.

Tambah beliau, sekiranya pelan tersebut berjaya ditaksanakan, ia bukan sahaja menjadi kejayaan negara, malah menjadikan UMS dikenali mata dunia sebagai institusi rujukan.

Dato' Dr. Rujhan yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohamed Khalid Nordin turut menyaksikan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara UMS dengan 11 rakan EcoCampus bagi menggunakan kepakaran masing- masing dalam tujuan promosi dan sokongan kewangan.

Sebelas Rakan EcoCampus tersebut ialah New Straits Times Press (NSTP) Bhd, CIMB Bank, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Syarikat Petroleum Nasional Bhd. (PETRONAS), TNB Engineering Corporation Sdn. Bhd, Perbadanan Pinjaman Sabah,

Institut Penyelidikan Pembinaan

Ekonomi Sabah dan Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd.

Terdahulu, Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Harun Abdullah dalam ucapannya berkata, satu usaha berterusan akan dilakukan dengan mengadakan bengkel yang melibatkan semua pihak dari peringkat pengurusan sehingga ke sekolah-sekolah.

Hadir sama pada majlis itu, Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi MakLumat, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan pegawai- pegawai Utama UMS.

fCämpus' 4mqibn IOr. u, n fa k. gn

Malaysia, MCM Value Sdn. Bhd., Kumpulan Angkatan

Hebat, Unit Perancangan

Suara Sepanggar BIL 12013 07

Tun Dr. Mahathir Mohamad Saran Pusat Kajian Strategik Sabah Kaji Denis-Denis Peperangan

BEKAS PERDANA Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad memuji UMS terhadap cadangan penubuhan Pusat Kajian Strategik Sabah. Menurut beliau, penubuhan Pusat Kajian itu amat bertepatan dalam usaha membantu kerajaan untuk mengukuhkan aspek pertahanan dan kedaulatan negara. Justeru, beliau menyarankan agar pihak UMS mengadakan penyelidikan terhadap jenis-jenis peperangan khususnya sistem peperangan gerita yang disifatkan sukar untuk dikalahkan.

Tun Dr. Mahathir berkata, kajian terhadap sistem peperangan itu penting memandangkan teknik tersebut merupakan sistem peperangan yang sering digunakan pada masa kini.

"Sistem Perang gerila ini bukan seperti peperangan biasa. Kalau kita tidak meningkatkan kecekapan kita dalam jenis peperangan seumpama ini, besar kemungkinan negara kita tidak dapat diselamatkan; " katanya ketika mengulas cadangan UMS untuk menubuhkan Pusat Kajian Strategik Sabah.

Terdahulu, Tun Dr. Mahathir dalam syarahan perdananya yang bertajuk Peranan Generasi Muda Ke Arah Negara Maju dan Berdaulat pada 16 Mac lalu berkata Kemajuan dikecapi negara masa kini bukan datang dengan sendirinya tetapi adalah hasil usaha dan perjuangan pemimpin terdahulu dan rakyat perlu menghayatinya.

Sambil menegaskan, rakyat Malaysia kini menikmati pembangunan dalam semua peringkat termasuk pembangunan minda, betiau berkata perkembangan itu memerlukan generasi muda melengkapi

diri dengan ilmu terkini terutama dalam bidang sains dan teknotogi. "Kita sedar bahawa kemajuan kita, hidup selesa dan kebahagiaan bukan datang dengan begitu mudah tetapi ia diusahakan, jika kita sedar maka kita boleh menyediakan diri kita untuk masa depan, kita membekalkan diri kita dengan ilmu pengetahuan yang tidak statik dan sentiasa bertambah seumur hidup, " katanya.

Beliau menambah, generasi muda pada zaman sekarang berpeluang mendapat ilmu pengetahuan tanpa batasan berbanding pada zaman dahulu, sekaligus mereka dapat berfikir dan menilai apa juga pendapat dan pengaruh terutamanya dari negara luar.

"Sekiranya rakyat ingin melihat negara maju, ia bukan saja perlu menguasai ilmu terkini tetapi juga perlu berpegang dengan nilai-nilai dan sifat yang baik serta mulia yang pasti boleh menyumbang kepada kemajuan negara... inilah peranan ' penting muda mudi di negara ini, " katanya. Turut hadir bersama lebih 3,000 hadirin ýý/ iaian fisten iun manatnLr, iun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, Naib Canselor UMS, Datuk Mohd Harun Abdullah; Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Tan Sri Abdul Hamid Egoh serta ahli akademik UMS.

Oteh: Satbinous Saribun

s c