sifat oksigen dan karbon dioksida
DESCRIPTION
oksigen dan karbon dioksidaTRANSCRIPT
Sifat-sifat Oksigen dan Karbon DioksidaUdara terdiri daripada tiga gas utama, iaitu oksigen, karbon dioksida dan nitrogen.
Setiap gas mempunyai sifat-sifat kimia (chemical properties) yang tersendiri.
Sifat-sifat gas boleh diperhatikan dengan menjalankan ujian-ujian berikut; Keterlarutan dalam air (solubility in water) Tindak balas dengan natrium hidroksida (sodium hydroxide) Kesan ke atas Kayu uji berbara (glowing wooden splinter) Kayu uji menyala (burning wooden splinter) Kertas litmus (litmus paper) Air kapur (lime water) Penunjuk hidrogen karbonat / larutan bikarbonat
Sifat-sifat Pemerhatian dan kesimpulanOksigen Karbon dioksida
Warna Tiada TiadaBau Tiada TiadaKeterlarutan dalam air
Sedikit larut (slightly soluble) dalam air. Sedikit larut dalam air.
Tindak balas dengan natrium hidroksida
Tidak larut dalam natrium hidroksida. Sangat larut dalam natrium hidroksida.
Ujian dengan kayu uji berbara
Kayu uji berbara menyala. Oksigen membantu pembakaran.
Kayu uji berbara terpadam (extinguishes). Karbon dioksida tidak membantu pembakaran.
Ujian dengan kayu uji menyala
Kayu uji menyala dengan api yang marak. Oksigen membantu pembakaran.
Kayu uji menyala terpadam serta merta. Karbon dioksida tidak membantu pembakaran.
Ujian dengan kertas litmus lembab
Kertas litmus tidak berubah warna. Oksigen adalah bersifat neutral.
Kertas litmus berubah warna daripada biru kepada merah. Karbon dioksida bersifat sedikit berasid.
Ujian dengan air kapur Tiada perubahan pada air kapur. Air kapur menjadi keruh.
Ujian dengan penunjuk bikarbonat
Tiada kesan pada penunjuk bikarbonat. Oksigen adalah bersifat neutral.
Warna ungu penunjuk bikarbonat berubah menjadi kuning. Karbon dioksida adalah bersifat sedikit berasid.
Sifat-sifat oksigen dan karbon dioksida.