siaraya pendaftaran pengakap 2015 (1)

13
Rujukan : PPMCS (06)300/02/(59) Tarikh : 01 FEBRUARI 2015 Kepada semua : Pesuruhjaya Bahagian, Pesuruhjaya Kawasan, Pesuruhjaya Daerah, Seluruh Negeri Sabah (Mohon rujuk lampiran untuk senarai penama yang berkenaan) Melalui : Pegawai Pendidikan Daerah Seluruh Negeri Sabah Tuan, PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2015 Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 02. Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran keahlian tahunan Pengakap bagi tahun 2014 telah tamat tempohnya pada 31 Disember 2014. Sehubungan dengan itu, pendaftaran dan pembaharuan keahlian bagi tahun 2015 kini mulai dibuka. 03. Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa bagi Pengakap di seluruh negeri Sabah, pendaftaran HARUSLAH dilakukan melalui Pesuruhjaya Pengakap Daerah masing-masing dan borang-borang pendaftaran hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah pada atau sebelum 30 Jun 2015. Ini adalah bagi membolehkan pihak pentadbiran Pengakap negeri dapat membuat bancian lengkap serta merancang program-program yang berkaitan. 04. Bersama ini dilampirkan kadar yuran keahlian terkini serta borang-borang berkaitan untuk dipanjangkan ke sekolah / kumpulan di bahagian / daerah tuan. Pihak kami juga memohon agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segera dan serius berkenaan perkara ini bagi memastikan semua ahli Pengakap dapat menjalankan aktiviti dan latihan dalam keadaan sah berdaftar. Kumpulan atau ahli Pengakap yang tidak mendaftar adalah dianggap bergerak secara haram dan melanggar Undang-undang Malaysia (Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dengan pindaan No. 143 Tahun 1974 : Akta Persekutuan Pengakap Malaysia).

Upload: buntalan14

Post on 08-Nov-2015

95 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

dokumen

TRANSCRIPT

  • Rujukan : PPMCS (06)300/02/(59)

    Tarikh : 01 FEBRUARI 2015

    Kepada semua :

    Pesuruhjaya Bahagian,

    Pesuruhjaya Kawasan,

    Pesuruhjaya Daerah,

    Seluruh Negeri Sabah

    (Mohon rujuk lampiran untuk senarai penama yang berkenaan)

    Melalui :

    Pegawai Pendidikan Daerah

    Seluruh Negeri Sabah

    Tuan,

    PENDAFTARAN KEAHLIAN PENGAKAP NEGERI SABAH BAGI TAHUN 2015

    Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

    02. Adalah dimaklumkan bahawa pendaftaran keahlian tahunan Pengakap bagi tahun 2014 telah

    tamat tempohnya pada 31 Disember 2014. Sehubungan dengan itu, pendaftaran dan pembaharuan

    keahlian bagi tahun 2015 kini mulai dibuka.

    03. Oleh yang demikian, dimaklumkan bahawa bagi Pengakap di seluruh negeri Sabah,

    pendaftaran HARUSLAH dilakukan melalui Pesuruhjaya Pengakap Daerah masing-masing dan

    borang-borang pendaftaran hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah pada atau

    sebelum 30 Jun 2015. Ini adalah bagi membolehkan pihak pentadbiran Pengakap negeri dapat

    membuat bancian lengkap serta merancang program-program yang berkaitan.

    04. Bersama ini dilampirkan kadar yuran keahlian terkini serta borang-borang berkaitan untuk

    dipanjangkan ke sekolah / kumpulan di bahagian / daerah tuan. Pihak kami juga memohon agar

    pihak tuan dapat mengambil tindakan segera dan serius berkenaan perkara ini bagi memastikan

    semua ahli Pengakap dapat menjalankan aktiviti dan latihan dalam keadaan sah berdaftar.

    Kumpulan atau ahli Pengakap yang tidak mendaftar adalah dianggap bergerak secara haram dan

    melanggar Undang-undang Malaysia (Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dengan pindaan No. 143

    Tahun 1974 : Akta Persekutuan Pengakap Malaysia).

  • Segala kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Sekian.

    100 TAHUN MEMBANGUN NEGARA BANGSA MELALUI KEPENGAKAPAN

    Saya yang menjalankan tugas-tugas

    PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH

    MAKRIN BIN HJ. SUDI

    Penolong Pesuruhjaya Negeri Sabah (Pentadbiran)

    b/p Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah

    s.k Pengarah Pendidikan

    Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

    (u.p. : Sektor Pembangunan Kemanusiaan)

    Pegawai Pendidikan Daerah

    Seluruh Negeri Sabah

    Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah (Pentadbiran)

    Penolong Eksekutif Ibu Pejabat Pengakap Negeri Sabah

    Fail

  • LAMPIRAN 1

    SENARAI PESURUHJAYA BAHAGIAN, KAWASAN DAN DAERAH

    PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH

    PESURUHJAYA PENGAKAP BAHAGIAN :

    BIL BAHAGIAN NAMA

    1 Pantai Barat Utara En. Nasbi Lasai

    2 Pantai Barat Selatan En. Jubrine Sugari

    3 Pedalaman Bawah En. Parigu Tingadon

    4 Pedalaman Atas En. Awang Sham Buragang

    5 Sandakan Datuk Dr. Awang Zaini Hj. Suntim (Pemangku)

    6 Tawau En. Mohd. Sayful Foo

    PESURUHJAYA PENGAKAP KAWASAN :

    BIL KAWASAN NAMA

    1 Zon 1 Pantai Barat Utara Pn. Zyaliah @ Maya Ramdan

    2 Zon 2 Pantai Barat Utara En. Rasmi Bin Datu Tumai

    3 Zon 1 Pantai Barat Selatan Tn. Hj. Azman Badu

    4 Zon 2 Pantai Barat Selatan En. Hassan Bin Sulaiman

    5 Zon 1 Pedalaman Bawah En. Robin Bumpin

    6 Zon 2 Pedalaman Bawah -

    7 Zon 1 Pedalaman Atas En. Ahmid Bin Harris

    8 Zon 2 Pedalaman Atas En. Kamaruddin Salleh

    9 Zon 1 Sandakan -

    10 Zon 2 Sandakan En. Ag. Abu Bakar Hj. Ag. Tengah

    11 Zon 1 Tawau En. Basri Nusu

    12 Zon 2 Tawau En. Abu Samah Bin A. Bakar

    13 Zon Khas En. Deen @ Erwan Gunda

    PESURUHJAYA PENGAKAP DAERAH :

    BIL DAERAH NAMA

    1 Usukan En. Mohd. Rithzuan Bin Janggol

    2 Kadamaian En. Mirza Affendy Bin Asah

    3 Tempasuk En. Mohammad Bin Othman

    4 Kundasang En. Mohalil Bin April

    5 Ranau En. Mohd. Azdie Bin Apin

    6 Kota Marudu En. Robert Garatam

    7 Kudat En. Shah Nassier Bin Maruson

    8 Pitas En. Sandy Jose

    9 Banggi En. Mohd. Zaideel Bin Abdullah

    10 Kota Kinabalu Pn. Nourhaizum Datuk Awang Zaini

    11 Inanam En. Mohd. Rizan Bin Gulam Hussein

    12 Sembulan Cik Juanita Surilla Stimol

    13 Tuaran En. Edmund Thomas

    14 Tamparuli Pn. Ramlah Hj. Ramlee

    15 Putatan En. Jumadil Kahar

    16 Penampang En. Razmeh Rahman

    17 Kawang Tn. Hj. Busu Masatur

    18 Papar Pn. Vianna Ho Fui Len

  • 19 Tambunan En. Gimus Gotil

    20 Bingkor En. Atamah Tingadon

    21 Keningau En. Nawong Jubilik

    22 Sook En. Fazri Usidi

    23 Tenom En. Sami Jiman

    24 Kemabong En. Godfrey Ng Vui Soon

    25 Nabawan En. Andrew Charles

    26 Pensiangan En. Andy Jusit

    27 Beaufort 1 Pn. Wong Siu Chin

    28 Beaufort 2 En. Awang Tangah Abd. Gapar

    29 Sipitang En. SMD Robert YWP Taringan

    30 Kuala Penyu -

    31 Membakut En. Sulaiman Hj. Taba

    32 Menumbok -

    33 Sandakan En. Borhan Tahere

    34 Sibuga En. Nourhazwan Datuk Awang Zaini

    35 Karamunting En. Mohammad Bin Saat

    36 Kinabatangan En. Shopian Bin Nasir

    37 Telupid En. Riduan Junaidi

    38 Tongod En. Aron Abel Marcus

    39 Beluran Pn. Vera Ariati Silalahi

    40 Tawau En. Lee Chee Keong

    41 Merotai En. Rusli Abdul

    42 Balung En. Arbin Setta

    43 Kunak En. Salim Samai

    44 Lahad Datu En. Juraimin Hj. Jadil

    45 Tungku Tn. Hj. Ahmad Sawal

    46 Semporna En. Mohd. Hanafiah Bin Abd. Wahab

  • LAMPIRAN 2

    YURAN PENDAFTARAN KEAHLIAN

    PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH

    a) Bayaran Pendaftaran Kumpulan .. RM 10.00 (Wajib dibayar sekali sahaja bagi kumpulan yang baru mendaftar)

    b) Bayaran Keahlian bagi Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Muda Dan Pengakap Remaja (setiap seorang) .. RM 1.00

    c) Bayaran Keahlian bagi Pengakap Kelana, Penolong Pemimpin, Pemimpin, Pemimpin Kumpulan, Penolong Pesuruhjaya Daerah,

    Pesuruhjaya Daerah, Pesuruhjaya Kawasan, Pesuruhjaya Bahagian,

    Pesuruhjaya Ibupejabat Negeri, Penolong Pesuruhjaya Negeri,

    Persaudaraan Pengakap Raja, Persaudaraan Pengakap B-P, Penolong

    Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Ahli-ahli Majlis Pengakap

    Peringkat Kebangsaan,Negeri dan Daerah dan Ahli Biasa . RM 5.00

    CARA UMUM MEMBUAT PENDAFTARAN :

    1. Isikan borang-borang berikut :

    i) Borang PPM 1(A) ii) Borang PPM 1(B) iii) Borang Permohonan Pendaftaran Kumpulan (PPM-8) iv) Borang Permohonan Tauliah Pemimpin (diisi dalam 3 salinan) v) Bagi pendaftaran Krew Pengakap Kelana, hendaklah disertakan dengan

    Borang Pendaftaran Krew Pengakap Kelana (PPM-8(C))

    2. Borang-borang di atas hendaklah dikemukakan bersama bayaran ataupun slip / bukti pembayaran yang berkaitan ke Ibupejabat Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah.

    3. Pembayaran boleh dilakukan melalui Wang Pos / Money Order / Cek diatas nama PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH.

    4. Untuk bayaran melalui bank, pembayaran boleh dilakukan ke akaun berikut :

    Nama : PERSEKUTUAN PEMGAKAP MALAYSIA CAWANGAN SABAH

    Nama Bank : Public Bank

    Cawangan : Menara MAA, Kota Kinabalu

    No. Akaun : 3063399019

    *Bagi setiap pendaftaran kumpulan, Ibupejabat Pengakap Negeri Sabah akan mengeluarkan :

    i. Sijil Pendaftaran Kumpulan ii. Tauliah Pemimpin Pengakap Sementara / Tetap (bagi yang berkaitan)

    iii. Resit perakuan penerimaan pembayaran yuran