siaran media mengenai pinjaman perumahan penjawat awam 8 julai 2015

1

Click here to load reader

Upload: vj-kanth

Post on 14-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

surat pinjaman

TRANSCRIPT

Page 1: Siaran Media Mengenai Pinjaman Perumahan Penjawat Awam 8 Julai 2015

_______________________________________________________________________________________

Kementerian Kewangan Malaysai, Kompleks Kementerian Kewangan, No. 5 Persiaran Perdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62592 WP Putrajaya

Tel: 03-8000 8000 Fax: 03-88823893/03-88823894 Emel: pro @treasury.gov.my

SIARAN MEDIA / MEDIA

RELEASE

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA OLEH YBHG TAN SRI DR MOHD IRWAN

SERIGAR ABDULLAH, KETUA SETIAUSAHA PERBENDAHARAAN

MENGENAI PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM

Kementerian Kewangan merujuk kepada kenyataan stesen tv online Astro Awani

yang menyatakan bahawa kerajaan akan memberhentikan pinjaman perumahan

kepada penjawat awam bagi mengukuhkan kedudukan fiskal negara adalah tidak

benar. Kementerian Kewangan amat kesal kerana kenyataan tersebut disiarkan

tanpa merujuk kepada pihak Kementerian terlebih dahulu.

Malah, kerajaan akan menambahbaik urusan pembiayaan pinjaman perumahan

untuk penjawat awam. Untuk itu, kerajaan telah menubuhkan sebuah badan

berkanun yang dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

(LPPSA) di bawah Kementerian Kewangan untuk menguruskan semua perkara

yang berkaitan dengan pinjaman perumahan penjawat awam. LPPSA akan

memastikan pinjaman perumahan dibuat secara lebih efisyen dengan

mengekalkan segala terma dan kemudahan sedia ada.

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA PUTRAJAYA 8 JULAI 2015