malaysia garis panduan perumahan penjawat · pdf file2. garis panduan ini disediakan sebagai...

Download MALAYSIA GARIS PANDUAN PERUMAHAN PENJAWAT · PDF file2. Garis Panduan ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada semua pihak ... pelaksanaan di atas tanah sendiri / pemaju)

If you can't read please download the document

Upload: doandien

Post on 06-Feb-2018

315 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

  • MALAYSIA

    GARIS PANDUAN

    PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

    UNIT PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA

    JABATAN PERDANA MENTERI

  • 2

    KANDUNGAN

    PERKARA MUKASURAT

    PENGENALAN

    Latar Belakang / Tujuan

    Definisi PPA1M

    Agensi Pelaksana / Penyelaras PPA1M

    3 - 4

    PENDEKATAN PELAKSANAAN PPA1M

    Aspek Penawaran

    Aspek Permintaan

    4 11

    KAJIAN SEMULA DAN PINDAAN 12

    TARIKH KUATKUASA 12

    PERTANYAAN

    Kemasan Minimum Rumah PPA1M bagi Pembangunan Berstrata dan Pembangunan Bertanah

    Terma Rujukan Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan

    Terma Rujukan Jawatankuasa Khas

    Syarat dan Keutamaan Pemilihan Pembeli

    12

    13

  • 3

    PENGENALAN

    Latar Belakang / Tujuan

    1. Dokumen ini merupakan Garis Panduan Perumahan Penjawat Awam

    1Malaysia (PPA1M) yang dikemaskini daripada Garis Panduan asal yang

    dikeluarkan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri

    (UKAS,JPM) bertarikh pada 21 Januari 2014.

    2. Garis Panduan ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada semua

    pihak yang berkepentingan dengan pembangunan PPA1M termasuk Agensi

    Pelaksana, Kementerian / Agensi, Pihak Berkuasa Negeri / Tempatan, penjawat

    awam dan pemaju serta institusi pembiaya.

    Definisi PPA1M

    3. PPA1M adalah merupakan satu skim rumah mampu milik khas untuk penjawat

    awam. Skim ini diperkenal dan dilancarkan oleh Kerajaan bagi membantu penjawat

    awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli serta

    memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang kurang

    dari harga pasaran.

    4. Di bawah skim khas ini, Kerajaan telah menetapkan untuk menyediakan

    sejumlah 100,000 unit rumah mampu milik untuk penjawat awam menjelang akhir

    tahun 2018.

    Agensi Pelaksana / Penyelaras PPA1M

    5. Agensi yang bertanggungjawab secara keseluruhan dalam pelaksanaan

    PPA1M adalah Unit PPA1M, Jabatan Perdana Menteri (JPM). Unit ini menjadi

    single point of contact bagi pelaksanaan PPA1M.

  • 4

    6. Dua agensi yang dipertanggungjawabkan sebagai pelaksana program / projek

    PPA1M mengikut kawasan, iaitu:

    (i) Unit PPA1M, JPM: bagi seluruh Negara kecuali di kawasan Wilayah

    Persekutuan Putrajaya; dan

    (ii) Perbadanan Putrajaya: bagi kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

    Namun Perbadanan Putrajaya perlu merujuk perkara-perkara dasar dan

    isu-isu perancangan serta pelaksanaan PPA1M di Wilayah Persekutuan

    Putrajaya dengan Unit PPA1M, JPM.

    7. Tanggungjawab Agensi Pelaksana adalah seperti berikut:

    (i) Merancang, mengurus, memudahcara dan memantau pelaksanaan

    program / projek PPA1M. Ini termasuklah:

    a) menentukan keperluan rumah;

    b) kesesuaian rumah dari segi jenis, saiz, rekabentuk, spesifikasi;

    c) kesesuaian projek dari segi lokasi dan persekitaran;

    d) kesesuaian harga rumah untuk kumpulan penjawat awam yang

    disasarkan;

    e) mempastikan pelaksanaan projek berjalan lancar seperti yang

    dirancangkan;

    f) menjadi pemudahcara yang berkesan di antara pihak yang

    berkepentingan iaitu pemaju, pembeli, Pihak Berkuasa Negeri/

    Tempatan dan Agensi Kerajaan yang berkenaan; dan

    (ii) Mengurus pembeli termasuk menyediakan senarai pembeli dan

    menawarkan rumah kepada pembeli yang layak serta memastikan urusan

    jual-beli rumah berjalan lancar dan kepentingan pembeli terpelihara.

  • 5

    PENDEKATAN PELAKSANAAN PPA1M

    Aspek Penawaran

    8. Konsep / Prinsip pelaksanaan adalah seperti berikut:

    (i) Inisiatif Swasta

    Rumah disediakan oleh pemaju, iaitu pemaju membina, membiayai dan

    menjual rumah kepada penjawat awam daripada senarai pembeli yang

    dibekalkan oleh Agensi Pelaksana; dan

    (ii) Bina - Kemudian Jual (BKJ)

    Kaedah penyediaan adalah secara BKJ dengan varian 10:90 (BKJ 10:90).

    Melalui kaedah ini, pemaju akan menerima pembayaran daripada pembeli

    sebanyak 2 kali iaitu 10% semasa/setelah menandatangani Perjanjian

    Jual Beli manakala baki 90% lagi hanya akan diterima selepas Sijil

    Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

    [Nota: skim ini bukan berasaskan amalan bayaran kemajuan (progress

    payment)].

    9. Kriteria / Ciri-ciri Pelaksanaan adalah seperti berikut:

    (i) Lokasi Projek

    a) Projek PPA1M boleh dilaksanakan di mana-mana lokasi yang

    dikenalpasti mempunyai permintaan di kalangan penjawat awam

    bagi kawasan tersebut dan sekitarnya. Keutamaan adalah di

    kawasan bandar;

    b) Kesesuaian lokasi perlu mengambil kira jarak dan kemudahan ke

    tempat kerja serta persekitaran yang kondusif;

  • 6

    (ii) Spesifikasi Rumah

    a) Jenis rumah: bertingkat/apartmen atau bertanah. Semua jenis

    apartmen, perlu disediakan kemudahan lif;

    b) Saiz rumah: Sekurang-kurangnya 850 kaki persegi (kps). Setiap

    rumah perlu mempunyai sekurang-kurangnya 3 bilik tidur dan 2 bilik

    air;

    c) Kemasan rumah: kemasan minimum bagi Pembangunan Berstrata

    dan Pembangunan Bertanah seperti di LAMPIRAN 1;

    d) Reka bentuk: konsep reka bentuk perlu mengambil kira penjimatan

    kos pembinaan dan penyelenggaraan, keselesaan penghuni dari

    segi pencahayaan dan pengudaraan;

    e) Kemudahan perumahan (amenities): kemudahan seperti yang

    ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);

    (iii) Harga Rumah

    a) Harga rumah yang dijualkan kepada penjawat awam ditetapkan

    mestilah kurang dari harga pasaran selepas ditolak subsidi yang

    diberikan oleh Kerajaan;

    b) Harga rumah akan ditentukan dalam dua bahagian:

    Pertama: harga pemaju, iaitu harga sebenar unit rumah yang

    dipersetujui bersama oleh Kerajaan dan pemaju;

    Kedua: harga PPA1M, iaitu harga yang akan dijual kepada

    penjawat awam yang ditetapkan oleh Kerajaan setelah ditolak

    daripada harga pemaju sebagai subsidi;

    c) Pertimbangan harga rumah adalah berasaskan harga pasaran serta

    kos pembangunan dan keuntungan yang berpatutan mengambil kira

    kos pembinaan, pembiayaan yang berdasarkan BKJ, lokasi dan nilai

    tanah, keluasan, jenis dan kemudahan yang disediakan;

    (iv) Tempoh Pembinaan Dan Penyiapan Projek

    a) Pembinaan rumah jenis bertanah (landed) adalah dalam tempoh 24

    bulan;

    b) Pembinaan rumah jenis apartment adalah dalam tempoh 36 bulan.

  • 7

    (v) Dana Mudahcara

    a) Dana Mudahcara disedia bertujuan untuk membayar jumlah subsidi

    harga seunit rumah yang diberikan kepada pembeli dan perlu

    dibayar oleh Kerajaan kepada pemaju;

    b) Pembayaran Dana Mudahcara dibenarkan sehingga (sebanyak)

    25% daripada Gross Development Cost (GDC). Pengiraan Dana

    Mudahcara adalah mengikut kadar per unit dan dibayar kepada

    pemaju sebanyak 4 kali mengikut kemajuan kerja setiap 25%;

    c) Permohonan Dana Mudahcara hanya boleh dibuat selepas projek

    PPA1M diluluskan;

    d) Perincian bantuan Dana Mudahcara boleh dirujuk kepada Garis

    Panduan Dana Mudahcara bagi Projek PPA1M yang dikeluarkan

    oleh UKAS, JPM.

    (vi) Pembayaran kepada Pemaju

    a) Pemaju akan menerima dua bentuk bayaran, iaitu:

    Pertama, daripada pembeli seperti keterangan di perenggan 8 (ii);

    dan

    Kedua, daripada Kerajaan melalui Dana Mudahcara seperti

    keterangan di perenggan 9 (iv).

    (vii) Perjanjian Yang Melibatkan Pemaju

    Ada dua perjanjian yang melibatkan pemaju, iaitu:

    a) Pertama, perjanjian dengan pihak Kerajaan, iaitu Perjanjian

    Pembangunan (Development Agreement - DA) bagi pemajuan

    projek di atas tanah Kerajaan (Pesuruhjaya Tanah Persekutuan

    PTP) atau Perjanjian Dana Mudahcara bagi pemajuan di atas tanah

    sendiri (tanah pemaju). Jika pemajuan tanah PTP turut melibatkan

    Dana Mudahcara, maka pemaju perlu menandatangani kedua-dua

    perjanjian, iaitu Perjanjian Pembangunan dan Perjanjian Dana

    Mudahcara; dan

    b) Kedua, Perjanjian Jual Beli dengan pembeli.

  • 8

    10. Cadangan pelaksanaan projek adalah seperti berikut:

    (i) Penyertaan Pemaju

    a) Semua pemaju adalah layak menyertai skim PPA1M tertakluk

    kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa seperti

    Kementerian Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan

    Tempatan (KPKT);

    b) Pemilihan pemaju adalah mengambil kira keupayaan kewangan,

    pengalaman dan model perniagaan yang dapat memberi manfaat

    bersama (win-win situation) di antara pihak pemaju, pembeli dan

    Kerajaan berasaskan model perniagaan yang menjamin daya maju

    projek di pihak pemaju dan dalam masa yang sama memastikan

    harga rumah ditawarkan dalam lingkungan mampu milik pembeli;

    c) Bagi pemajuan di atas tanah sendiri/pemaju, kaedah perolehannya

    akan dibuat secara rundingan. Bagi pemajuan di atas tanah PTP,

    perolehannya akan dibuat secara tender (Request for Proposal -

    RFP/ Request for Information - RFI) tertakluk kepada keputusan

    Kerajaan;

    (ii) Proses Pertimbangan Permohonan Projek (merujuk kepada

    pelaksanaan di atas tanah sendiri / pemaju) adalah mengikut turutan

    berikut:

    a) Langkah 1: pemaju mengemukakan cadangan kepada agensi

    pelaksana mengikut format yang ditetapkan;

    b) Langkah 2: Agensi Pelaksana mengkaji cadangan dan menjemput

    pemaju membentang cadangan kepada Jawatankuasa Kewangan

    dan Teknikal (JKTK) yang dipengerusikan oleh Ketua Un