sgbp malay

5
Penyata Prinsip- Prinsip Urusniaga Umum Satu Pengenalan Syarikat Brunei Shell Petroleum Sendirian Berhad Brunei LNG Sendirian Berhad Brunei Shell Tankers Sendirian Berhad Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sendirian Berhad Perkataan “Syarikat” merujuk kepada Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd, Brunei LNG Sdn Bhd, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd dan Brunei Shell Tankers Sdn Bhd. sebagai individu, secara berasingan dan entiti yang mengikut perundangan masing-masing. © Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd (Oktober 2013)

Upload: cheazaharicheahmad

Post on 18-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

s

TRANSCRIPT

  • Penyata

    Prinsip-

    Prinsip

    Urusniaga

    Umum

    Satu Pengenalan

    Syarikat Brunei Shell Petroleum

    Sendirian Berhad

    Brunei LNG Sendirian

    Berhad

    Brunei Shell Tankers

    Sendirian Berhad

    Syarikat Pemasaran

    Brunei Shell Sendirian Berhad

    Perkataan Syarikat merujuk kepada Syarikat

    Minyak Brunei Shell Sdn Bhd, Brunei LNG Sdn

    Bhd, Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd

    dan Brunei Shell Tankers Sdn Bhd. sebagai

    individu, secara berasingan dan entiti yang

    mengikut perundangan masing-masing.

    Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn Bhd

    (Oktober 2013)

  • Page 2

    Penyata Prinsip-Prinsip Urusniaga Umum

    Rakan-rakan sekerja sekalian,

    Kita mempunyai lapan prinsip/dasar yang digunakan di dalam menjalankan semua usaha urusniaga kita dan menghuraikan tingkah laku yang di harapkan daripada setiap kakitangan. Prinsip-prinsip tersebut adalah berasaskan nilai-nilai utama seperti kejujuran, ketulusan dan hormat terhadap orang. Ianya juga menandakan bagaimana kita menggalakkan kepercayaan,

    keterbukaan, kerja berpasukan, professionalisma dan berbangga dengan apa yang kita lakukan.

    Versi SGBP yang di sertakan ini adalah sesuatu yang awda boleh kongsikan dengan rakan-rakan sekerja kamu, rakan kongsi niaga dan juga yang berurusan dengan kita. Bacalah dokumen ini dengan teliti dan kami menyarankan supaya kamu menggunakan prinsip-prinsip ini didalam semua pekerjaan awda.

    Telah bertahun-tahun prinsip-prinsip ini

    merupakan asas yang penting bagi bagaimana untuk mengendalikan urusniaga kita dan ujud dengannya adalah sangat mustahak bagi kejayaan kita yang berterusan.

    Salam hormat.

    Ken Marnoch Pengarah Urusan Syarikat Minyak Brunei Shell Sendirian Berhad Brunei Shell Tankers Sendirian Berhad

    Mohammad Awang Damit Pengarah Urusan Brunei LNG Sendirian Berhad

    Pg Shamhary Pg Dato Hj Mustapha Pengarah Urusan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sendirian Berhad

    Pengenalan Dokumen ini menggariskan prinsip/dasar umum perniagaan yang menentukan tatacara Syarikat mengendalikan urusannya. Funny Kita terlibat dalam perniagaan minyak dan gas serta berkhidmat untuk kepentingan pemegang

    saham, para pekerja, pelanggan dan negara. Perniagaan Syarikat dilaksanakan dengan jujur, integriti, menghormati insan dan selaras dengan aspirasi Negara. Syarikat ingin menjadi efisen, bertanggungjawab dan beroleh keuntungan sambil memberikan perhatian berat terhadap keselamatan dan alam sekitar dan memberikan sumbangan terhadap pembangunan berkekalan. Komitmen Syarikat adalah untuk memajukan kakitangan anak-anak Brunei sehingga mencapai

    keupayaan penuh mereka dan menggalakkan kemajuan perniagaan bumiputera. Kami percaya bahawa minyak dan gas adalah bahan yang penting kepada kehendak sumber tenaga seluruh dunia untuk perkembangan ekonomi bagi beberapa dekad yang akan datang. Peranan kita ialah untuk mempastikan yang kita menghasilkan dan menghantarnya dengan mendatangkan keuntungan dan dengan cara mesra alam dan penuh bertanggungjawab.

    Kita mengehendaki tahap perlaksanaan yang tinggi, mengekalkan kedudukan jangka masa panjang yang kukuh dan dalam suasana bersaing yang kian berkembang ditempat kita memilih untuk beroperasi Kita berhasrat untuk berkerja rapat dengan para pelanggan, rakan kongsi dan para pembuat polisi untuk memperkembangkan pengunaan berpanjangan tenaga dan sumber asli dengan lebih efisen. Untuk mencapai matlamat ini Syarikat berharap semua kakitangan menyedari tanggungjawab mereka dengan mentaati standard profesional dan etika tertinggi. Bertugas dengan mengikuti dasar perniagaan kita adalah penting untuk

    menjaga kepercayaan dan keyakinan para pemegang saham, para pelanggan, pembekal dan Negara dan untuk membolehkan pertumbuhan yang berterusan serta kemajuan

    Syarikat.

  • Page 3

    Penyata Prinsip-Prinsip Urusniaga Umum

    Prinsip Kita Para kakitangan Syarikat berkongsi satu gabungan prinsip utama kejujuran, ketulusan dan hormat kepada orang. Kita juga percaya dengan kukuh betapa pentingnya keyakinan, keterbukaan, kerja berpasukan dan profesionalisma dan berbangga terhadap apa yang kita lakukan selaras dengan aspirasi Negara. Perkembangan Berdayatahan Selaku sebahagian daripada Prinsip Urusniaga, kita berjanji untuk menyumbang terhadap perkembangan berdayatahan. Ini memerlukan pengimbangan keperluan jangka masa pendek dan panjang, mengabungkan pertimbangan ekonomi, alam sekitar dan sosial didalam membuat keputusan perniagaan. Tanggungjawab Syarikat mengenalpasti lima bahagian

    tanggungjawab. Adalah menjadi tugas berterusan para pengurus untuk menilai terhadap keutamaan dan melaksanakan tanggungjawab tersebut yang tidak dapat di pisahkan daripada dasar penilaiannya.

    a. Kepada pemegang saham Untuk melindungi pelaburan para pemegang saham dan memberikan pulangan jangka panjang

    yang berterusan stand-ing dengan syarikat-syarikat yang maju di dalam industri yang sama. b. Kepada Pelanggan Untuk mendapatkan dan mempertahankan para pelanggan dengan memajukan serta membekalkan produk dan khidmat yang memberikan nilai dari segi harga, kualiti, keselamatan dan kesan terhadap alam sekitar yang mana di sokong oleh keperluan kepakaran teknologi, alam sekitar dan perniagaan.

    c. Kepada para kakitangan Untuk menghormati hak asasi manusia para kakitangan kita dan memberikan mereka suasana kerja yang baik dan selamat, dan persyaratan kerja yang kompetitif. Untuk mengalakkan perkembangan dan

    pengunaan kebolehan bakat para pekerja dengan baik; untuk memberikan suasana kerja yang menyeluruh dimana setiap pekerja mempunyai hak

    yang sama untuk mengembangkan bakat dan kebolehannya dan melatih serta memajukan kakitangan yang terdiri dari warganegara Brunei kearah pencapaian yang terbaik dalam operasi, teknologi dan pengurusan perniagaan.

    Untuk menggalakan pengelibatan para kakitangan di dalam perancangan dan hala tuju pekerjaan mereka, memberikan mereka jalan untuk mengemukakan saranan dan keresahan. Adalah diiktiraf bahawa kejayaan komersial adalah bergantung kepada komitmen padu semua kakitangan.

    d. Kepada mereka yang berurusniaga dengan Syarikat Untuk mewujudkan perhubungan yang mantap dan bermanfaat dengan para kontraktor, pembekal

    dan rakan kongsi dan untuk menggalakan penerapan dasar Urusniaga Umum ini atau apa jua dasar yang sebanding di dalam hubungan tersebut. Kemampuan untuk menyerapkan dasar ini secara berkesan adalah merupakan satu fakta yang penting di dalam membuat keputusan untuk menjalin atau mengkekalkan hubungan tersebut. e. Kepada masyarakat Untuk mengendalikan perniagaan sebagai ahli warga korporat yang bertanggungjawab kepada masyarakat dengan mematuhi undang-undang Negara Brunei Darussalam serta menghormati

    nilai-nilai kebudayaan, social dan ugama, menyokong dasar hak asasi manusia sejajar dengan peraturan perniagaan yang sah dan untuk memberikan perhatian yang sewajarnya terhadap kesihatan, keselamatan dan alam sekitar.

  • Page 4

    Penyata Prinsip-Prinsip Urusniaga Umum

    Prinsip 1 Ekonomik

    Keuntungan jangka masa yang panjang adalah mustahak bagi mencapai matlamat perniagaan dan perkembangan berterusan. Ia adalah merupakan suatu ukuran bagi kecekapan dan juga nilai yang di berikan oleh para pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan Syarikat. Ia membekalkan sumber-sumber korporat yang di kehendaki bagi pelaburan yang berterusan yang di perlukan untuk memperkembangkan dan menghasilkan bekalan sumber tenaga untuk di masa hadapan yang di perlukan oleh para

    pelanggan. Tanpa keuntungan dan latarbelakang kewangan yang kukuh, kita tidak mungkin akan dapat memenuhi tanggungjawab kita ini.

    Ciri-ciri bagi pelaburan dan pertimbangan untuk

    kepelabagaian termasuk pertimbangan perkembangan yang berdaya tahan (ekonomi, sosial dan alam sekitar) dan juga

    penilaian terhadap risiko pelaburan tersebut.

    Prinsip 2 Persaingan

    Syarikat menyokong perusahaan bebas. Kita berusaha untuk bersaing dengan jujur dan penuh ketatasusilaan dan dalam lingkungan peraturan rangka kerja persaingan yang boleh di gunakan; kita tidak akan menghalang orang lain dari bersaing secara bebas dengan kita.

    Prinsip 3 Integriti Perniagaan

    Syarikat menekankan terhadap ketulusan, kejujuran dan keadilan didalam semua aspek perniagaan dan menjangka tindak balas yang sama dari semua pihak yang berurusan dengannya. Pemberian pembayaran, meminta dan menerima rasuah dalam apa jua bentuk sekali pun sama ada secara langsung atau pun tidak adalah suatu yang tidak dapat diterima sama sekali. Pembayaran untuk melicinkan/memudahkan urusan adalah juga merupakan rasuah dan tidak sepatutnya di lakukan. Kakitangan seharusnya menghindari konflik kepentingan diantara kegiatan kewangan peribadi dengan peranan mereka di dalam mengendalikan urusniaga Syarikat. Semua pengurusan perniagaan bagi pihak Syarikat mestilah ditunjukkan dengan tepat dan jujur di dalam penyata kira-kira syarikat menurut prosedur yang telah tersedia dan tertakluk untuk di audit dan di didedahkan.

    Prinsip 4 Syarikat dan Masyarakat. a. Syarikat Syarikat bergiat dengan penuh bertanggungjawab didalam lingkungan undang-undang negara dimana kita beroperasi untuk mencapai objektif perniagaan yang sah. Syarikat tidak membuat pembayaran kepada parti-parti politik, pertubuhan atau pun wakil mereka.

    Syarikat tidak mengambil bahagian dalam parti politik. Walau bagaimana pun, jika berurusan dengan kerajaan, Syarikat mempunyai hak dan tanggungjawab untuk mengenengahkan

    kedudukan kita dalam apa jua perkara yang membabitkan kita, kakitangan, para pelangan, pemegang saham dan masyarakat tempatan

    dengan cara yang selaras dengan nilai dan Dasar Urusniaga kita.

    b. Kakitangan Bilamana pihak individu berhasrat untuk menglibatkan diri dalam kegiatan kemasyarakatan, termasuklah pencalonan untuk pengundian jawatan awam, mereka akan diberi

    peluang untuk berbuat yang demikian jika ianya dianggap wajar dari segi keadaan setempat.

    Prinsip 5 Kesihatan, Keselamatan, Keamanan dan Alamsekitar Syarikat mempunyai pendekatan pengurusan yang sistematik terhadap kesihatan, keselamatan, keamanan dan alam sekitar bagi membolehkan pencapaian pembaikan perkembangan perlaksanaan yang berterusan. Hingga setakat ini, Syarikat mengendalikan perkara

    ini sebagai aktibiti urusniaga yang kritikal, menetapkan piawaian dan sasaran untuk pembaikan, mengukur, menilai dan melaporkan perlaksanaan ke pihak luar. Kita berterusan mencari jalan untuk mengurangkan kesan operasi, produk dan perkhidmatan kita keatas alam sekitar.

  • Page 5

    Penyata Prinsip-Prinsip Urusniaga Umum

    Prinsip 6 Masyarakat Sumbangan yang paling penting yang diberikan oleh Syarikat terhadap kemajuan sosial dan material negara ialah dalam melaksanakan kegiatan asas mereka dengan seberkesanmana

    yang boleh. Sebagai tambahan, Syarikat berminat secara

    konstraktif dalam hal kemasyarakatan yang mungkin secara tidak langsung berhubungkait dengan perniagaannya dan untuk memberikan

    sumbangan, membantu dan terlibat sama dalam hal kemasyarakatan tertakluk kepada program dan keadaan setempat. Prinsip 7 Perhubungan dan Penglibatan Syarikat mengitiraf bahawa perundingan dan

    penglibatan yang kerap dengan stakeholder adalah penting. Kita komited untuk membuat laporan terhadap perlaksanaan kita dengan memberikan keterangan yang lengkap kepada pihak-pihak yang sah yang menghendakinya, tertakluk kepada

    batasan kerahasiaan urusniaga. Di dalam interaksi kita dengan para pekerja, rakan urusniaga dan masyarakat tempatan, kita berhasrat untuk mendengar dan bertindak balas kepada mereka dengan jujur dan penuh tanggung jawab. Prinsip 8 Kompliant Kita mematuhi dengan semua undang-undang dan peraturan Negara Brunei Darussalam.

    Ujud dengan Dasar kita

    Nilai utama yang sama-sama kita kongsikan seperti kejujuran, keutuhan dan hormat terhadap orang, menunjang semua kerja yang kita laksanakan dan adalah merupakan asas Dasar Urusniaga kita.

    Dasar Urusniaga merangkumi semua transaksi urusan, besar atau kecil, menggerakkan tingkahlaku yang di harapkan dari setiap kakitangan dari setiap Syarikat didalam pengendalian urusniaganya dalam setiap masa.

    Kita di nilai dengan cara bagaimana kita bertindak. Reputasi kita akan di teguhkan jika kita bertindak dengan mematuhui peraturan undang-undang dan Dasar Urusniaga kita. Kita menggalakan rakan kongsi perniagaan kita ujud dengan prinsip tersebut atau dengan dasar yang bersesuaian.

    Kita menggalakkan para kakitangan kita untuk menunjukkan kepimpinan, bertanggung jawab dan kerja berpasukan, dan menerusi perlakuan ini, untuk memberi sumbangan terhadap kejayaan yang menyeluruh kepada Syarikat.

    Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk menjadi contoh tauladan, untuk mempastikan semua kakitangan menyedari tentang dasar-dasar ini dan berkelakuan mengikuti semangat dan prinsip-prinsip surat penyataan ini.

    Aplikasi dasar-dasar ini dikukuhkan dengan pengeluaran beberapa set prosedure yang komprehensif yang mana telah di reka untuk mempastikan para kakitangan kita memahami dasar-dasar tersebut dan mengesahkan yang

    mereka bertindak selaras dengan nya.

    Sebagai sebahagian daripada sistem kepastian, ianya adalah juga merupakan tanggung jawab pihak pengurusan untuk memberikan kepada para kakitangan suatu ruang yang sulit dan selamat untuk mengutarakan kerisauan dan melaporkan hal-hal yang tidak memenuhi dasar-dasar tersebut. Di sebalik itu, adalah menjadi tanggungjawab kakitangan Syarikat untuk melaporkan penyelewengan Dasar Urusniaga yang di kenalpasti kepada Syarikat.

    Dasar Urusniaga adalah menjadi tongak bagaimana kita mengendalikan urusniaga kita buat sekian lama dan ujud dengan nya adalah sangat mustahak terhadap kejayaan berterusan kita.