set 2 · web view02/2 bahasa melayu kertas 2 gerak gempur 1 2 jam gerak gempur satu penilaian...

8
SULIT 02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Gerak gempur 1 2 jam GERAK GEMPUR SATU PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D. 2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua- dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja. 3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D.

Upload: hoangmien

Post on 21-Apr-2018

226 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Set 2 · Web view02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Gerak gempur 1 2 jam GERAK GEMPUR SATU PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

SULIT 02/2BahasaMelayuKertas 2Gerak gempur 12 jam

GERAK GEMPUR SATU

PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009

BAHASA MELAYUKertas 2

Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

2. Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A(i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.

3. Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak[Lihat sebelah]

SULIT02/2 @ 2009 Hak Cipta Panitia BM

Page 2: Set 2 · Web view02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Gerak gempur 1 2 jam GERAK GEMPUR SATU PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

SULIT 02/2

Bahagian A (i)

(20 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, berdasarkan petikan tersebut,tulis sebuah ringkasan tentang usaha-usaha menangani masalah alam sekitar.Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan.Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Alam anugerah tuhan ini memang unik. 27.6% daripada keluasan muka bumi ini diliputi tumbuh-tumbuhan yang berfungsi untuk menyerap karbon dioksida dan juga sebagai pengukuh struktur tanah daripada bencana alam . Oleh itu, bumi bukan sahaja penting untuk kesejahteraan hidup manusia, tetapi juga untuk hidupan yang lain. Biarpun demikian, masalah pemusnahan alam sekitar tetap berlaku di mana-mana.

Peranan ibu bapa membudayakan nilai-nilai terutamanya nilai baik hati dan kasih sayang adalah penting dalam memastikan alam sekitar bersih. Ini mestilah dimulakan di rumah. Ibu bapa juga hendaklah memperlihatkan sikap bertanggungjawab dan sayang akan alam sekitar. Di sekolah, guru seharusnya memainkan peranan menyerapkan nilai bertanggungjawab akan alam sekitar melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan cara ini, alam pasti terpelihara oleh generasi akan datang.

Pihak yang bertanggungjawab secara langsung seperti Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Kastam telah diberi kuasa untuk menyiasat hal berkaitan alam sekitar. Akta Zon Ekonomi Eksklusif haruslah digunakan untuk mengenakan denda yang tinggi kepada mereka yang mencemari alam. Anggota masyarakat juga hendaklah mengadakan aktiviti gotong - royong dalam membersihkan alam sekitar dari semasa ke semasa. Selain mengehadkan aktiviti pembalakan, pelbagai kempen misalnya Kempen Cintailah Alam Sekitar hendaklah diteruskan.

Sebenarnya usaha untuk mendidik anggota masyarakat agar lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar merupakan usaha murni yang tidak harus dipandang remeh. Peranan itu tidak mampu dimainkan oleh kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan pelibatan semua anggota masyarakat.

(dipetik dan diubahsuaikan daripada “Sayangi Alam Sekitar”, Naim

Ismail, Fokus ,Jun 2008)

SULIT 02/2

Set 2/BM/2009 2

Page 3: Set 2 · Web view02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Gerak gempur 1 2 jam GERAK GEMPUR SATU PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

Bahagian A (ii) Pemahaman

( 10 markah)

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1. Apakah maksud rangkai kata mematuhi undang-undang ?. (2 markah)

2. Berdasarkan petikan , nyatakan dua peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah alam sekitar ?. ( 4 markah)

3. Pada pendapat anda, apakah kesan yanga timbul jika masalah pencemaran alam sekitar berterusan. ? (4 markah)

SULIT 02/2

Set 2/BM/2009 3

Page 4: Set 2 · Web view02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Gerak gempur 1 2 jam GERAK GEMPUR SATU PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

Bahagian B

[20 markah]

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang Langkah-langkah menggelakkan diri daripada dibuli . Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Set 2/BM/2009 4

Langkah-langkah mengelakkan diri daripada dibuli

Belajar seni pertahanan diri

Merapatkan diri dengan keluargaMemberitahu kepada guru kes-kes buli

Bijak memilih kawan

Page 5: Set 2 · Web view02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Gerak gempur 1 2 jam GERAK GEMPUR SATU PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

SULIT 02/2

BAHAGIAN C

[40 markah]

Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

1. Pengetua sekolah anda akan berpindah ke sekolah lain. Sebagai Ketua Pengawas anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis jamuan perpisahan.

Tuliskan ucapan anda itu selengkapnya.

2. Ibu bapa berperanan penting melahirkan anak-anak yangcemerlang, akademik dan sahsiah.

Nyatakan pendapat anda.

3. Membaca jambatan ilmu. Begitulah kata-kata hikmat yang menyarankan kita supaya menimba ilmu melalui pembacaan

Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan membaca.

4. Kempen pembasmian vandalisme telah diadakan di tempat tinggal anda. Tulis pengalaman anda semasa menyertai kempen pembasmian vandalisme.

5. Tulis suatu cerita yang berakhir dengan ayat di bawah ini. ... sejak kejadian itu aku akan sentiasa mengingati pesanan ibuku.

SULIT 02/2

Set 2/BM/2009 5

Page 6: Set 2 · Web view02/2 Bahasa Melayu Kertas 2 Gerak gempur 1 2 jam GERAK GEMPUR SATU PENILAIAN MENENGAH RENDAH 2009 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA

BAHAGIAN D

( 10 markah )

Jawapan anda hendaklah berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji dalam Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 seperti yang berikut :

(i) Pahlawan Pasir Salak,karya Mohd Ismail Sarbini (ii) Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain (iii) Timulak Kapal Perang karya Azman Nordin (iv ) Kapten Hassan Wira bangsa karya Harun Johari (v) Panas Salju, karya Talib Samad

(vi) Merdeka ! Merdeka !, karya A. Rahman Hanafiah(vii) Ekspedisi, karya Mohd Ghazali Tocheh(viii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan, karya Maznan Nordin

Berdasarkan novel Tingkatan 3 dan Tingkatan 1, huraikan plot peleraian dalam kedua-dua novel tersebut.

KERTAS SOALAN TAMAT

Set 2/BM/2009 6