at-tarikh salasilah negeri kedah: analisis perbandingan...

22
AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan Teks 1 Oleh: Dr Ibrahim Bakar Langkawi 2 PENDAHULUAN Apabila kita lihat ke belakang, sebenarnya telah berlalu masa mencecah hampir seratus lima belas tahun lamanya, semenjak kitab At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman (ASNK) dititahkan penulisannya pada 1 Rejab tahun 1345 Hijrah, atau boleh juga dikira selama sembilan puluh dua tahun, dikira dalam tahun Masihi, mulai 5 haribulan Januari 1927. Namun, pada masa ini, kitab yang begitu penting seolah-olah telah dilupakan begitu lama, seperti tersembunyi dari mata masyarakat ramai, kecuali hanya ditimang-timang oleh segelintir para sejarawan dan golongan sarjana di menara gading. Sebenarnya, sebelum tertulis kitab ASNK ini, telah wujud beberapa kitab yang jalinan isinya menceritakan selok-belok masyarakat Kedah zaman silam, seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Syair Sultan Maulana, Syair Duka Nestapa dan Tarikh atau Salasilah Kerajaan Kedah. Namun, jika dibandingkan, kitab ASNK ini boleh dianggap yang paling unggul. Isi kandungannya merangkumi berbagai-bagai aspek perbincangan pensejarahan. Sebab itu ia amat patut diletakkan pada tempatnya yang wajar. Kitab ASNK penulisan Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arsyad ini ialah sebuah kitab yang layak dikategorikan sebagai penulisan sejarah tradisional, kerana jalan bahasanya menyerupai karya-karya zaman tradisional seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Aceh, Hikayat Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun, dilihat dari sudut masa buku ASNK ini dihasilkan, ia boleh dikategorikan sebagai hasil karya sejarah zaman transisi, antara penulisan tradisional dan modern. Di samping itu, jika dilihat dari sudut genre pula maka kitab At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman ini tidaklah seluruhnya sama dengan kitab-kitab lain seperti ternyata di atas. Kitab-kitab Hikayat Merong Mahawangsa, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Aceh, Hikayat Banjar dan Hikayat Raja-raja Pasai selalu dianggap sebagai hasil kesusasteraan Melayu tradisional yang termasuk dalam genre ‘sastera sejarah’ 3 . Dilihat dari sudut ini, ASNK telah terkeluar dari kumpulan 1 Kertas kerja ini dibentangkan dalam Forum At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, di Dewan Theatrette, Muzium Negeri Kedah, anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perbadanan Muzium Negeri Kedah, dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK). 2 Penulis dan pembentang ialah Penyelenggara dan Pengkaji Teks At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, terbitan PSMCK. Beliau kini menyandang jawatan Pengarang Kehormat, merangkap Ketua Biro Penerbitan dan Pemasaran, PSMCK. Penulis boleh dihubungi di alamat e-mail : [email protected] . 3 Siti Hawa Haji Salleh, 1998. Hikayat Merong Mahawangsa, terbitan bersama Yayasan Karyawan dan Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur, halaman xiii.

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

30 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan Teks1

Oleh: Dr Ibrahim Bakar Langkawi2

PENDAHULUAN

Apabila kita lihat ke belakang, sebenarnya telah berlalu masa mencecah hampir seratus lima belas tahun lamanya, semenjak kitab At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman (ASNK) dititahkan penulisannya pada 1 Rejab tahun 1345 Hijrah, atau boleh juga dikira selama sembilan puluh dua tahun, dikira dalam tahun Masihi, mulai 5 haribulan Januari 1927. Namun, pada masa ini, kitab yang begitu penting seolah-olah telah dilupakan begitu lama, seperti tersembunyi dari mata masyarakat ramai, kecuali hanya ditimang-timang oleh segelintir para sejarawan dan golongan sarjana di menara gading.

Sebenarnya, sebelum tertulis kitab ASNK ini, telah wujud beberapa kitab yang jalinan isinya menceritakan selok-belok masyarakat Kedah zaman silam, seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Syair Sultan Maulana, Syair Duka Nestapa dan Tarikh atau Salasilah Kerajaan Kedah. Namun, jika dibandingkan, kitab ASNK ini boleh dianggap yang paling unggul. Isi kandungannya merangkumi berbagai-bagai aspek perbincangan pensejarahan. Sebab itu ia amat patut diletakkan pada tempatnya yang wajar.

Kitab ASNK penulisan Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arsyad ini ialah sebuah kitab yang layak dikategorikan sebagai penulisan sejarah tradisional, kerana jalan bahasanya menyerupai karya-karya zaman tradisional seperti Hikayat Merong Mahawangsa, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Aceh, Hikayat Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun, dilihat dari sudut masa buku ASNK ini dihasilkan, ia boleh dikategorikan sebagai hasil karya sejarah zaman transisi, antara penulisan tradisional dan modern.

Di samping itu, jika dilihat dari sudut genre pula maka kitab At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman ini tidaklah seluruhnya sama dengan kitab-kitab lain seperti ternyata di atas. Kitab-kitab Hikayat Merong Mahawangsa, Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Aceh, Hikayat Banjar dan Hikayat Raja-raja Pasai selalu dianggap sebagai hasil kesusasteraan Melayu tradisional yang termasuk dalam genre ‘sastera sejarah’3. Dilihat dari sudut ini, ASNK telah terkeluar dari kumpulan

1KertaskerjainidibentangkandalamForumAt-TarikhSalasilahNegeriKedah,diDewanTheatrette,MuziumNegeriKedah,anjuranbersamaDewanBahasadanPustakadanPerbadananMuziumNegeriKedah,dengankerjasamaPersatuanSejarahMalaysiaCawanganKedah(PSMCK).

2PenulisdanpembentangialahPenyelenggaradanPengkajiTeksAt-TarikhSalasilahNegeriKedah,terbitanPSMCK.BeliaukinimenyandangjawatanPengarangKehormat,merangkapKetuaBiroPenerbitandanPemasaran,PSMCK.Penulisbolehdihubungidialamate-mail:[email protected].

3SitiHawaHajiSalleh,1998.HikayatMerongMahawangsa,terbitanbersamaYayasanKaryawandanPenerbitUniversitiMalaya,KualaLumpur,halamanxiii.

Page 2: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

2

‘hasil kesusasteraan’ atau ‘karya sastera’, melainkan ia jelas dihasilkan sebagai sebuah ‘karya sejarah’.

Seterusnya, kitab ini menyimpan khazanah sebagai dokumentasi Kesultanan Kedah Darul Aman yang menjadi rujukan utama yang sangat penting hingga pada masa sekarang. Setakat ini belum ada buku lain yang boleh menandingi ASNK dari segi kewibawaan dan sudut pernyataan salasilah raja-raja Kedah yang sangat lengkap. Bahkan, sebarang kemusykilan mengenai kesahihan titik-bengik yang timbul mengenai masalah kerabat raja-raja Kedah, kitab ini jugalah yang kerap menjadi andalan. Oleh sebab itu, dengan faktor-faktor tersebut di atas maka karya sejarah tradisional ini amat patut diangkat untuk didaftarkan oleh pihak UNESCO, sebagai salah sebuah karya penting berasal dari Alam Melayu.

NASKHAH-NASKHAH AT-TARIKH SALASILAH Setakat masa ini terdapat beberapa jenis buku yang dapat kita katakan sebagai naskhah ‘At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman’ (ASNK). Naskhah-naskhah ini mempunyai perbezaan yang ketara antara satu dengan yang lain, dari segi kandungan, jenis teks dan fizikalnya. Untuk tujuan analisis teks maka naskhah-naskhah yang dimaksudkan itu boleh digelarkan sebagai Naskhah A, Naskhah B, Naskhah C dan Naskhah D, akan dijelaskan di bawah. Naskhah A ialah manuskrip jawi yang ditulis oleh pengarang, dimaksudkan untuk panduan cetakan, yang kini tersimpan di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Naskhah B ialah buku cetakan huruf rumi dalam tahun 1968, sebagai hasil selenggaraan berpandukan manuskrip atau naskhah A. Naskhah C ialah buku cetakan berhuruf jawi edisi awal iaitu pada tahun 1928. Naskhah D ialah buku cetakan berhuruf jawi edisi kedua dengan sedikit tambahan isi dan halaman. Semua buku dan manuskrip yang disebut di atas, sekarang ini sudah tidak ada lagi dalam pasaran buku.

NASKHAH A: Naskhah Asal (Manuskrip Jawi), 1927

Pada tarikh 1 Rejab tahun 1345 Hijrah, bersamaan 5 haribulan Januari 1927, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Ibrahim ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, yang ketika itu menjawat sebagai Regent Kedah, telah menitahkan supaya perjalanan sejarah negeri Kedah ditulis semula. Pekerjaan yang berat itu telah diletakkan atas pundak Encik Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, yang ketika itu menjawat pekerjaan sebagai Setiausaha Sulit Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Kepercayaan dan tanggung-jawab berat yang diletakkan oleh kerajaan Kedah kepada Muhammad Hassan telah dilaksanakan dengan amat baik. Maka pada tahun itu juga penulisan ASNK telah diselesaikan. Maka terhasillah naskhah jawi tulisan tangan (manuskrip) yang paling awal.

Manuskrip ASNK yang paling awal itu terkandung dalam lembaran kertas setebal 146 halaman. Untuk tujuan pengenalan dalam pembentangan ini, manuskrip ini dinamakan sebagai ‘Naskhah A’. Manuskrip tersebut kini masih tersimpan di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, dinomborkan dalam katalog sebagai MS 100.

Untuk mengenali secara dekat naskhah ini, seorang penyelenggara awal manuskrip At-Tarikh Salasilah tersebut, iaitu Mohd. Zahid bin Mohd. Shah, telah memberi

Page 3: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

3

maklumat yang memadai untuk kita memahami sedikit sebanyak keadaan naskhah tersebut. Hasil daripada selenggaraannya dalam tahun 1968, maka telah diterbitkan sebuah buku transliterasi huruf rumi, oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka. Dalam bab pengenalan buku selenggaraannya itu, Mohd Zahid telah mengatakan, ‘Buku At-Tarikh negeri Kedah Daru’l-aman yang diusahakan ini ada-lah salinan daripada naskhah asal tulisan tangan huruf Arab yang di-tuliskan dalam tahun 1927 oleh Enche’ Muhammad Hassan J.P. anak To’ Kerani Muhammad Arshad, Kerani Rahsia Al-marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah Yang Maha Mulia. Naskhah asal itu kepunyaan Enche’ Soda bin Mohd. Hassan dan dihadiahkan-nya kapada Dewan Bahasa dan Pustaka. Naskhah itu mempunyai 146 halaman, dan berukoran 8” x 14” x 1/4”’4, atau 20.5 cm x 35.5 cm x 0.7 cm (untuk perbandingan, ukuran kertas A4 ialah 21 cm x 30 cm). Naskhah asal itu mungkin telah lama disimpan oleh Muhammad Hassan sendiri, yang kemudian diwarisi oleh anaknya Encik Soda. Setelah beberapa lama disimpan olehnya barulah dihadiahkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Mengenai nama Encik Soda ini, ada beberapa penulisan yang menyatakan namanya ialah ‘Cik Soda binti Muhammad Hassan’, yang menunjukkan nama bagi seorang wanita. Namun, maklumat Mohd Zahid yang mengatakan nama beliau itu ialah “Enche’ Soda” lebih menepati.

Berikutnya, maklumat lanjut tentang naskhah ini terdapat di dalam sebuah katalog, iaitu Katalog Manuskrip di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Imej naskhah ini ada dipaparkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka dalam suatu laman sesawang (website) untuk dikenali oleh masyarakat umum yang berminat.

Manuskrip yang berukuran 20.5 cm x 33 cm ini telah ditandakan dengan nombor rujukan MS 100. Ia ditulis menggunakan dakwat hitam dan merah. Keadaannya kurang memuaskan kerana dakwat yang digunakan telah kembang meresap ke dalam kertas. Pada kertas yang digunakan terdapat tera air (water-mark) ‘Guthrie & Co. Ltd’.5

Naskhah inilah yang telah diserahkan oleh Muhammad Hassan kepada pihak Jelutong Press, Pulau Pinang, untuk digunakan sebagai panduan dalam kerja-kerja atur huruf jawi, supaya dijadikan plat bagi setiap halaman buku yang hendak dicetak. Setelah selesai proses atur huruf, dan buku telah berjaya dicetak oleh Jelutong Press, naskhah asal tulisan tangan (jawi) ini telah diserahkan kembali kepada Muhammad Hassan untuk disimpan.

Penulisan ASNK ini dimaksudkan supaya kefahaman sejarah Kedah dapat disebarkan kepada orang ramai. Pada masa itu, pembanyakan naskhah dengan kaedah penyalinan secara tulisan tangan (manuskrip) telah pun mula ditinggalkan, kerana teknologi mesin percetakan telah mula maju. Pada ketika itu juga, telah wujud banyak syarikat percetakan di Malaya, antaranya ialah Jelutong Press, di Pulau Pinang. Untuk tujuan mencetak bagi memperbanyak naskhah ASNK terawal,

4Mohd.ZahidbinMohd.Shah.At-TarikhSalasilahNegeriKedah(transliterasiRumi),terbitanDewanBahasadanPustaka,1968,halamanxxi.

5AhmadJelaniHarun.Artikeldalambukuselenggaraan‘WarisanMahawangsaKedah’,terbitanPSMCK,2006,halaman105,berasaskanKatalogManuskripdiPusatDokumentasiMelayu,DewanBahasadanPustakayangdiselenggarakanolehRajaMasitahRajaAriffin.

Page 4: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

4

kepercayaan telah diberikan oleh penulis kepada syarikat percetakan Jelutong Press itu.

Namun, dengan sebab-sebab tertentu, isi yang terkandung dalam manuskrip ini didapati mempunyai beberapa perbezaan dengan naskhah-naskhah yang terhasil daripadanya. Perkara ini akan dibincangkan nanti.

Gambar 1: Halaman pertama Manuskrip At-Tarikh Salasilah, 1927

NASKHAH B: Buku Cetakan Tulisan Rumi 1968

Pada tahun 1966, dalam suatu pertemuan santai antara Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putera dengan Tun Syed Nasir bin Ismail, mereka telah berbincang secara tidak rasmi supaya diusahakan penerbitan penulisan-penulisan sejarah tempatan yang ditulis oleh anak tempatan. Ketika itu, YTM Tunku Abdul Rahman ialah Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, manakala Tun Syed Nasir ialah Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Kebetulan ketika itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memiliki naskhah asal tulisan tangan yang telah pun

Page 5: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

5

dihadiahkan oleh Encik Soda bin Muhammad Hassan, yang sebelum itu tersimpan begitu lama di rumahnya.

Dua tahun setelah itu, iaitu dalam tahun 1968, kebetulan pula ketika itu Encik Mohd. Zahid Mohd Shah sedang bekerja sementara di DBP dan beliau bersedia untuk melakukan kerja-kerja transliterasi dan menyelenggara naskhah tersebut (Naskhah A) supaya dapat diterbitkan dalam huruf rumi. Lazimnya, pada masa itu, kerja-kerja transliterasi dilakukan dengan tulisan tangan, kemudian ditaipkan supaya mudah digunakan untuk kerja-kerja atur huruf dalam proses cetakan. Akhirnya, pada tahun itu juga buku ASNK edisi rumi dapat diterbitkan oleh DBP dan diedarkan untuk bacaan umum. Naskhah bertulisan rumi ini boleh kita namakan sebagai ‘Naskhah B’.

Ejaan rumi yang digunakan ialah sistem ejaan lama Bahasa Melayu, iaitu yang sedang digunakan di Malaysia pada ketika itu. Sistem ejaan lama itu berbeza dalam berbagai-bagai aspek bahasa, berbanding sistem ejaan baru yang sedang digunakan sekarang di Malaysia. Contohnya, perkataan ‘seribu’, masih dieja sebagai ‘sa-ribu’, ‘sepertinya’ masih dieja sebagi ‘saperti-nya’, anak-anak dieja sebagai ‘anak2’ dan sebagainya.

Nama buku yang tercatat pada kulit hadapannya ialah ‘At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah’. Nama pengarangnya dicatatkan sebagai ‘Muhammad Hassan bin To’ Kerani Mohd. Arshad (Allah Yarham)’. Isi buku ini terkandung dalam 287 halaman. Tetapi jika dikira senarai kandungan, kata pengantar dan pendahuluan oleh pengarang sebanyak 30 halaman, dan nota-nota hujungan sebanyak 15 halaman, maka jumlahnya menjadi 332 halaman. Jika dibandingkan dengan Naskhah A, naskhah baru ini sangat mudah dibaca kerana telah dimasukkan tanda-tanda baca yang sesuai, dan diadakan paragraf dan bab yang memudahkan pembaca.

Namun, dalam selenggaraan itu, Mohd. Zahid mengatakan bahawa beliau telah ‘menyalin daripada naskhah asal tulisan tangan’, tetapi telah dengan sengaja mengubah jalan bahasa Naskah A itu, kerana pada pendapat beliau ia perlu dilakukan supaya mudah difahami oleh pembaca pada masa itu. Dengan itu perbezaan antara kedua-dua naskhah menjadi ketara, bukan sahaja kerana ia bertulisan rumi, tetapi yang lebih penting ialah banyak struktur ayatnya yang telah berubah walau pun isinya hampir serupa. Dan ada kalanya, perubahan ayat-ayat tersebut telah memesongkan sedikit makna, daripada konteks asalnya. Kesimpulannya, walau pun naskhah rumi ini menggunakan Naskhah A yang asal sebagai asas selenggaraan, namun dengan jelas pihak penyelenggara telah mengadakan beberapa perubahan. Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh penyelenggara dalam bab pengenalannya. Dengan itu, sesetengah pengkaji berpendapat bahawa hasil transliterasi rumi 1968 atau Naskhah B ini tidak dapat mewakili kerja asal pengarangnya.

Seterusnya, masa berlalu begitu sahaja. Naskhah-naskhah rumi itu pun akhirnya menjadi semakin lupus dari kedai-kedai jualan buku, apatah lagi edisi jawinya. Buku-buku ini hanya terdapat dalam perpustakaan di pusat-pusat pengajian tinggi, yang hanya dibaca untuk kajian oleh para sarjana.

Page 6: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

6

Gambar 2: Kulit depan At-Tarikh Salasilah, edisi rumi tahun 1968, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (Naskhah B)

NASKHAH C: Buku Cetakan Awal Tulisan Jawi, 1928

Naskhah ini ialah kumpulan edisi awal berhuruf cetakan jawi yang diterbitkan oleh Jelutong Press dalam tahun 1928.

Nama yang tertulis pada tiap-tiap halaman di sebelah atas naskhah ini ialah ‘At-Tarikh Salasilah’. Namun, pada halaman hadapan tertulis namanya sebagai ‘At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman’, tetapi pada halaman yang sama di tengahnya tertulis pula ‘Tawarikh Salasilah Negeri Kedah’. Selain itu, pada halaman 1, pengarang telah memulakan naratifnya sebagai berikut, ‘Bismillah........ Telah dimulai akan ‘Tawarikh Salasilah’ ini dengan Bismillah....’. Nampaknya, buku ini boleh disebut dengan dua atau tiga nama, iaitu ‘At-Tarikh Salasilah’ atau ‘Tawarikh Salasilah’. Namun, nama yang lebih muktabar dan lebih sering digunakan oleh para sejarawan bagi naskhah ini ketika membuat rujukan ialah ‘At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman’.

Timbul pula persoalan tentang sebutannya sama ada ‘Al-Tarikh’ atau ‘At-Tarikh’. Ejaan jawinya ialah ‘Alif-lam-ta-alif-ra-ya-kha’, maka sebutan asasnya ialah ‘Al-Tarikh’. Namun, dalam kaedah penyebutan bahasa Arab, ada dua jenis ‘Alif-Lam’ di hadapan kata nama. Pertama dinamakan ‘Alif-Lam Syamsiyah’, iaitu sifatnya seperti matahari yang keberadaannya tidak dapat dilihat. Yang kedua ‘Alif-lam Qamariyah’, iaitu sifatnya seperti bulan yang zahir dan dapat dilihat oleh mata. Dalam kaedah penyebutan ‘Alif-Lam Syamsiyah’ huruf ‘Lam’nya disembunyikan atau tidak

Page 7: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

7

dizahirkan, tetapi disatukan dengan huruf mula kata nama sesudahnya. Bagi perkataan khususnya ‘Al-Tarikh’, perkataan ‘Al’ di hadapan tidak sepatutnya dibunyikan, melainkan digabungkan dengan huruf ‘Ta’ selepasnya, maka bunyinya menjadi ‘At-Tarikh’. Lengkapnya, ‘At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman’.

Nama The Jelutong Pres ada dicatatkan dalam kitab cetakan Jawi ini pada halaman iii (di bawah kata pengantar penerbit) dan halaman belakang kulit.

Gambar 3 dan 4: Ejaan nama ‘The Jelutong Press’ dalam tulisan jawi (Melayu) dan rumi (English) seperti yang terdapat dalam buku cetakan 7 Rabiul awal

1347 (bersamaan 24 Ogos 1928)

Gambar 5: Halaman hadapan At-Tarikh Salasilah, terbitan Jelutong Press 1928, Cetakan Awal

Mengikut tarikh yang terdapat pada halaman (i) dalam buku ini, tarikh buku ini dicetak atau dicap pada 7 haribulan Rabiul-awwal, tahun 1347 Hijrah, iaitu bersamaan 24 Ogos, 1928 Masihi, hari Jumaat.

Setelah naskhah tulisan tangan sedia berada pada pihak Jelutong Press, maka proses ‘mengatur huruf’ dilakukan untuk menghasilkan plat-plat bagi setiap halaman. Huruf-huruf yang digunakan pada masa itu ialah huruf-huruf jawi terbalik (mirror image) yang dibuat daripada timah. Setelah selesai atur huruf (susunan terbalik) itu barulah plat itu dikemaskan, kemudian dipasang pada mesin cetak. Mesin ini berfungsi melekapkan plat pada plat dakwat, kemudian berputar semula ke atas helaian kertas yang menanti untuk dicetak. Huruf-huruf dan ayat cetakan yang terhasil di atas kertas adalah dalam keadaan sebenar. Setelah itu diikuti dengan proses menjilid setiap helaian, menjadikan sebuah buku. Dengan itu terhasillah buku bertulisan jawi cetakan, bernama At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah Darul Aman. Setakat ini belum ditemui rekod atau apa-apa kenyataan tentang jumlah naskhah cetakan awal buku ini. Dengan itu tidak diketahui berapa banyakkah buku ini telah

Page 8: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

8

tersebar di kalangan masyarakat awam. Buku cetakan jawi ini dapat kita namakan sebagai ‘Naskhah C’.

Buku cetakan jawi tahun 1928 ini sering dianggap sebagai mewakili naskhah asalnya, iaitu Naskhah A. Namun, tidak terdapat apa-apa keterangan tentang sumber asal dalam menghasilkan percetakan buku ini. Walau bagaimanapun, apabila kita membuat penelitian, didapati ada perbezaan yang ketara pada beberapa tempat dalam naskhah cetakan ini jika dibandingkan dengan Naskhah A (manuskrip). Selain itu naskhah C ini juga mempunyai beberapa perbezaan berbanding naskhah B.

Perbezaan yang amat penting antara Naskhah C ini, iaitu cetakan awal berhuruf jawi 1928, dengan Naskhah B cetakan rumi 1968, ialah kerana jalan bahasa Naskhah B telah diubah, sedangkan jalan bahasa Naskhah C adalah sama keseluruhannya dengan manuskrip asal. Namun, terdapat suatu fakta penting yang tertinggal dalam naskhah C, sedangkan dalam naskhah cetakan rumi naskhah B terdapat fakta tersebut. Fakta yang dimaksudkan ialah mengenai sebutir bintang berbentuk bujur telur6, yang telah dikurniakan oleh pihak Siam kepada DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah dalam tahun 1310 Hijrah.

Fakta yang dimaksudkan ialah suatu frasa pada halaman 242, paragraf ke-2. (Lihat Tabel di bawah).

Tabel 1 NASKHAH CETAKAN RUMI 1968 (B) NASKHAH CETAKAN JAWI 1928 (C

DAN D) Halaman 242: ‘Ada pun selama Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia duduk di benua Siam itu, delapan kali mengadap Raja Maha Besar’. ‘Maka pada tujuh belas haribulan Muharram, Hijrah seribu tiga ratus sepuluh [1310], Raja Maha Besar mengurniai sebiji bintang emas berupa bujur telor kepada duli baginda Sultan Yang Maha Mulia. Maka pada sembilan belas haribulan Muharram, tahun Hijrah seribu tiga ratus sepuluh (1310), bersamaan tiga belas Ogos, al-Masihi 1892, bermohon kepada Raja Maha Besar berangkat balik ke Kedah’. ‘Hatta maka pada sepuluh haribulan Safar, Hijrah seribu tiga ratus sepuluh [1310], bersamaan tiga September, al-

Halaman 357: ‘Ada pun selama Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia duduk di benua Siam itu, delapan kali mengadap Raja Maha Besar’. ‘Maka pada tujuh belas haribulan Muharram, Hijrah seribu tiga ratus sepuluh [1310], bersamaan tiga belas August, al-Masihi 1892, bermohon kepada Raja Maha Besar berangkat balik ke Kedah’. ‘Hatta maka pada sepuluh haribulan Safar, Hijrah seribu tiga ratus sepuluh [1310], bersamaan tiga September, al-Masihi 1892, Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia dengan sekaliannya sampai ke Kedah dengan selamat’.

6Mohd.ZahidbinMohd.Shah.At-TarikhSalasilahNegeriKedah(transliterasiRumi),terbitanDewanBahasadanPustaka,1968,halaman242,paragrafke-2.

Page 9: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

9

Masihi 1892, Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia dengan sekaliannya sampai ke Kedah dengan selamat’. Penjelasan: Ayat-ayat yang dihitamkan pada Naskhah B cetakan rumi 1968 tiada di dalam Naskhah C dan D cetakan jawi 1928.

Kemungkinan besar bahagian tersebut telah tertinggal semasa dalam proses mengatur huruf oleh pembuat plat untuk cetakan Jawi tahun 1928 itu. Kesilapan atur huruf seperti ini telah menghasilkan kesalahan fakta yang jelas.

Kesalahan tertinggal perkataan semasa atur huruf itu juga telah menghasilkan gabungan ayat yang salah dalam Naskhah Jawi C dan D, berbunyi sebagai berikut: ‘Maka pada tujuh belas haribulan Muharram, Hijrah seribu tiga ratus sepuluh [1310], bersamaan tiga belas Ogos, al-Masihi 1892, bermohon kepada Raja Maha Besar berangkat balik ke Kedah’. Tarikh 17 Muharram 1310 Hijrah sepatutnya bersamaan dengan 11 Ogos 1892 Masihi, bukan 13 Ogos 1892 Masihi. Persamaan tarikh Hijrah dan Masihi menjadi betul sekiranya fakta yang tertinggal tentang bintang bujur telur yang dikurniakan kepada baginda sultan dimasukkan semula ke dalam Naskhah C dan D sebagai pembetulan.

Naskhah C ini sering dikatakan terdiri daripada 440 halaman, tetapi sebenarnya ia hanya terdiri daripada 386 halaman. Sebenarnya telah berlaku kesalahan penomboran pada buku cetakan tersebut. Halaman 141 telah tersalah tulis menjadi halaman 201. Jadi, halaman yang betul hanyalah daripada nombor 1 hingga 140 sahaja. Perkara ini memang telah disedari semenjak awal percetakannya dan telah dinyatakan dengan suatu nota pendek pada sebelah dalam kulit buku hadapan, seperti berikut: ‘Dimaklumkan adalah di dalam hikayat Salasilah Negeri Kedah ini telah tersilap cap mukanya daripada nombor 201 hingga nombor 441, yang sebenarnya 141 hingga akhirnya 381 berturut-turut’.

Halaman 141 dan seterusnya ke atas telah tersalah ‘tambah’ sebanyak 61 halaman, yang sebenarnya tidak wujud. Pada halaman terakhir memang tertulis angka 441, sehingga menjadikan kita boleh salah sangka, walhal yang sebenarnya mesti dikurangkan 60, maka sepatutnya ia menjadi halamannya berjumlah 381.

Gambar 6: Kenyataan salah cetak dalam Naskhah C dan D

Page 10: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

10

NASKHAH D: Buku Cetakan Tulisan Jawi Edisi Kedua 1928

Penelitian seterusnya menunjukkan wujud pula satu lagi versi naskhah ASNK. Naskhah dimaksudkan ialah buku cetakan kedua berhuruf jawi, atas nama Jelutong Press juga. Dalam buku ini terdapat tambahan pada beberapa tempat. Naskhah ini kita namakan ‘Naskhah D’.

Tidak diketahui bilakah tarikh sebenar dilakukan cetakan kedua ini kerana plat yang menyatakan tarikh keluaran buku ini masih digunakan plat lama, tanpa perubahan. Pengarang juga tidak mencatatkan di mana-mana tempat lain tentang tarikh cetakan kedua ini. Dengan itu, buku yang telah disemak itu masih menggunakan tarikh 7 haribulan Rabiul-awwal, tahun 1347 Hijrah.

Dijangka cetakan yang kedua ini dilakukan dalam tahun yang sama, boleh dikatakan menggunakan kebanyakan plat-plat cetakan yang awal, dengan mengadakan sedikit penambahan fakta dan penambahan beberapa halaman.

Buku cetakan semula ini barangkali dihasilkan kerana naskhah-naskhah cetakan pertama telah kehabisan dalam pasaran. Agaknya, kewujudan naskhah cetakan Edisi Kedua ini kurang disedari oleh ramai pengkaji, sehingga telah menimbulkan sedikit kekeliruan.

Dalam Naskhah D ini terdapat fakta yang tidak terdapat di dalam Naskhah B dan C. Perkara ini berlaku kerana pengarang sendiri telah menambahkan beberapa fakta yang difikirkan perlu. Maksudnya, fakta tersebut memang tidak ada di dalam Naskhah A yang asal, tetapi telah ditambahkan kemudian, ketika melakukan semakan untuk cetakan baru kali kedua. Contohnya ialah penambahan halaman baru dan fakta mengenai perancangan pembinaan Masjid Zahir dan cerita tentang majlis pembukaan rasminya, sedangkan dalam naskhah cetakan awal fakta ini tidak ada.

Sebenarnya, edisi kedua ini dicetak semula dengan menggunakan sebahagian besar plat lama (edisi cetakan awal), di samping beberapa plat yang telah diubah atur-hurufnya dan juga dimasukkan beberapa isi dan halaman baru, di celah-celah halaman lama. Untuk tujuan cetakan kedua itu, hanya beberapa plat telah diubah. Kebanyakan plat yang lain telah digunakan semula untuk cetakan kedua ini.

Jumlah halaman dalam Naskhah D ini agak berbeza berbanding dengan Naskhah C. Sebabnya, terdapat halaman tambahan, yang memang ditambah semasa proses cetakan kedua itu. Nombor-nombor halaman yang lama terus digunakan, sama dengan Naskhah C, namun terdapat pula enam halaman tambahan iaitu 366-alif, 366-ba, 392-alif, 392-ba, 400-alif dan 400-ba, menjadikan jumlah halamannya ialah 387. Dan jika diambil kira halaman pendahuluan di hadapan, iaitu halaman <i> dan <ii>, maka jumlah semuanya ialah 389 halaman sahaja, bukan 441 halaman seperti yang tertulis pada halaman terakhirnya.

Selain daripada penambahan isi dan halaman, perlu disebut juga bahawa dalam edisi kedua ini masih terdapat keciciran fakta yang penting iaitu mengenai Raja Siam mengurniakan bintang berbentuk bujur telur kepada DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 17 Muharram tahun 1310 Hijrah. Ini bermakna, semasa membuat semakan edisi kedua ini pihak pengarang dan pencetak hanya merujuk pada edisi cetakan jawi pertama sahaja, tanpa merujuk semula pada Naskhah A yang asal.

Cetakan edisi kedua ini dilakukan dengan menggunakan plat (plate) lama. Dijangka dengan sebab itulah hasil cetakannya kelihatan agak ‘kembang’ dan kurang ‘tajam’ huruf-hurufnya, berbanding Naskhah C. Hanya beberapa plat sahaja yang

Page 11: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

11

diubah. Plat yang tidak diubah menghasilkan muka surat buku yang serupa dengan cetakan awal, iaitu Naskhah C, dengan susunan huruf dan perkataan yang persis sama. Bagi plat yang telah diubah kedudukan huruf-hurufnya, menghasilkan muka buku yang berlainan dibandingkan dengan Naskhah C.

Plat-plat tambahan tersebut di atas diadakan dengan sebab adanya tambahan isi. Tambahan isi tersebut menyebabkan aturan huruf-huruf terpaksa diubah. Misalnya, setakat halaman 366, semua kandungan isinya sama. Selepas halaman 366, ditambahkan halaman 366-alif dan 366-ba. Mulai halaman 367, kandungan isinya sama semula. Ini bermakna, hanya beberapa plat yang perlu telah ditambah atau digantikan. Dalam kaedah cetakan pada masa itu, satu halaman dihasilkan daripada satu plat logam, yang mengandungi huruf-huruf yang telah diatur dan dikemaskan sebelumnya. Untuk lebih jelas, bagi menampakkan perbezaan antara kedua-dua Naskhah C dan D, tambahan isi tersebut dipaparkan dalam tabel-tabel di bawah:-

Tabel 2: PERBEZAAN ISI NASKHAH C DAN D MENGIKUT HALAMAN

NASKHAH C NASKHAH D

Halaman 366: ‘Balik ke Kedah ….. pekerjaan kahwin itu …’

Halaman 366: Sama keseluruhan isinya ‘Balik ke Kedah ….. pekerjaan kahwin itu …’

tiada Halaman 366-alif: Mengandungi isi tambahan. ‘Ada pun besar pekerjaan berkahwin putera-putera duli baginda Yang Dipertuan Yang Maha Mulia itu daripada permain-permain dan jamu-jamuan dan dihiaskan berbagai-bagai perhiasan daripada tiap-tiap perkara alatan yang cukup adat peraturan, adat raja-raja negeri Kedah; tiadalah ditafsirkan satu-satu perkara dalam tawarikh ini’.

tiada Halaman 366-ba: ‘Di dalam hal yang demikian, dimuafakat dengan paduka adinda Duli Tengku Mahmud Yang Maha Mulia dan menteri-menteri yang layak dimuafakat perkara itu. Maka akhir keputusan muafakat itu tetap hendak dipinjam kepada kerajaan yang maha besar Benua Siam di Bangkok. Demikianlah ditetapkan dalam muafakat itu …’.

Halaman 367: ‘… adanya. Syahdan lagi pada Hijrah …… Maka pada dua puluh enam …’.

Halaman 367: Sama keseluruhan isinya. ‘… adanya. Syahdan lagi pada Hijrah …… Maka pada dua puluh enam …’.

Page 12: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

12

Keterangan: 1. Tulisan yang ditebalkan (bold) menunjukkan fakta tersebut terdapat dalam

kedua-dua naskhah C dan D, pada halaman yang ditunjukkan. 2. Tulisan yang dicondongkan (italic) menunjukkan fakta tersebut terdapat

dalam naskhah D sahaja sebagai tambahan semasa semakan oleh pengarang buku.

Perkara yang sama dilakukan untuk halaman selepas 390. Halaman 391 telah ditambah isinya, diteruskan hingga halaman 392 dan ditambah pula halaman 392-alif dan 392-ba. Demikianlah cara dilakukan bagi halaman yang perlu diubah, seperti yang ditunjukkan dalam Tabel di bawah:-

Tabel 3: PERBEZAAN ISI MENGIKUT HALAMAN

NASKHAH C NASKHAH D

Halaman 390: ‘Perancis sampai masanya ….. serta ditembak meriam …’

Halaman 390: Sama isinya ‘Perancis sampai masanya ….. serta ditembak meriam …’

Halaman 391: ‘… dua belas das, pasal Duli Yang Maha Mulia Lagi Maha Besar King George ampun kurnia kepada Duli Yang Maha Mulia bintang yang bergelar K.C.M.G’. ‘Hatta, maka keesokan hari, Tuan W.G. Maxwell mengadap Duli Yang Maha Mulia, maklum ia hendak bercuti sembilan bulan, hendak diganti dengan Tuan Meadow-Frost sementara’. ‘Hatta, pada Hijrah seribu tiga ratus dua puluh sembilan [1329], pada lima belas haribulan Syawal, bersamaan 9 Oktober, al-Masihi 1911, Tuan W.G. Maxwell Advisor bermohon belayar daripada Kedah. Meadows-Frost menjadi Advisor sementara’. ‘Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh [1330], pada dua puluh tiga haribulan Rajab, bersamaan 8 Julai, al-Masihi 1912, Tuan W.G. Maxwell Advisor balik daripada bercuti, menerima pekerjaan Advisor. Demikianlah adanya’.

Halaman 391: Ada isi tambahan. ‘… dua belas das, pasal Duli Yang Maha Mulia Lagi Maha Besar King George ampun kurnia kepada Duli Yang Maha Mulia bintang yang bergelar K.C.M.G.’ ‘Ada pun hal Yang Maha Mulia Tengku Mahmud President State Council itu tiadalah alpa mengambil ketahui hal keadaan negeri dan lain. Di dalam hal yang demikian itu, teringat hendak perbuat suatu masjid yang berpatutan dengan masa itu, kara(na) masjid Duli Al-Marhum Sultan Zainal Rasyid Yang Pertama buat itu sudah rosak. Di dalam hal yang demikian itu, dimuafakat dengan Haji Wan Sulaiman, yang berpangkat Syeikhul Islam sekarang ini, dan pegawai2 daripada hal ahwal masjid itu. Apakala putus muafakat, lalu bertitah kepada Tuan G. Guman, State Engineer, suruh perbuat plan, serta Yang Maha Mulia Tengku Mahmud sifatkan seperti maksud yang hendak diperbuat itu. Maka tiada berapa lama plan itu pun siaplah seperti maksud Duli Tengku Mahmud itu.’

Page 13: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

13

Syahadan lagi pada dua puluh delapan haribulan Rejab, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh satu [1331], hari Khamis, bersamaan 3 Julai, al-Masihi 1912, waktu jam pukul sebelas empat puluh lima minit, Tuan …’

‘Maka dibawa muafakat yang panjang di jemaah State Council. Akhir keputusan muafakat itu, bertentangan dengan Tuan W.G. Maxwell, tetap hendak diperbuat seperti plan itu.

Halaman 392: Yang Terutama High Commisioner Sir Arthur Young, K.C.M.G., iaitu Tuan Gabernor Singapura dan adikongnya dan sekretarinya sampai di Kedah dengan kapal perang, berhenti di laut, disambut dengan kapal ‘Darul Aman’ mari di Jambatan Besi yang kerajaan hiaskan. Apabila sampai disambut oleh orang besar-besar Kedah mengikut adat, serta ditembak meriam tujuh belas das, dan sepahi tiga dozen memberi hormat, lalu naik motokar, langsung pergi di Kampung Baru, bersama-sama orang besar-besar Kedah, berjumpa dengan Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia. Bercakap seketika sampai pukul dua belas sepuluh minit, berangkat daripada Kampung Baru mari di Balai Besar sekaliannya. Pada ketika itu ada hadir pegawai-pegawai kepala pekerjaan yang besar-besar menanti di Balai Besar itu. Maka disambut oleh orang-orang besar kepala pekerjaan dengan cukup hormat. Maka duduklah sekaliannya, masing-masing tarafnya. Maka Duli Tengku Mahmud Yang Maha Mulia pun berdiri membaca surat, pasal meletakkan Duli Tengku Ibrahim, putera Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia yang sulung menjadi Regent, memegang sekalian kekuasaan …’

Halaman 392: Ada isi sama, ada tambahan. ‘Hatta, maka keesokan hari, Tuan W.G. Maxwell mengadap Duli Yang Maha Mulia, maklum ia hendak bercuti sembilan bulan, hendak diganti dengan Tuan Meadow-Frost sementara’. ‘Hatta, pada Hijrah seribu tiga ratus dua puluh sembilan [1329], pada lima belas haribulan Syawal, bersamaan 9 Oktober, al-Masihi 1911, Tuan W.G. Maxwell Advisor bermohon belayar daripada Kedah. Tuan Meadows-Frost menjadi Advisor sementara. Demikianlan adanya’. Hatta, pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh, pada 22 haribulan Rabiul-awwal, bersamaan ........ al-Masih 1912, dimulai bina Masjid Dzahir itu. Demikianlah. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh [1330], pada dua puluh tiga haribulan Rajab, bersamaan 8 Julai, al-Masihi 1912, Tuan W.G. Maxwell Advisor balik daripada bercuti, menerima pekerjaan Advisor. Demikianlah adanya. Ada pun hal Yang Maha Mulia Tengku Mahmud President State Council itu, diambil hemah yang tiada berputusan darihal kegeringan Seri Paduka kekanda Baginda Sultan Yang Maha Mulia itu, dengan sebab tiada …’

tiada Halaman 392-alif: Ada isi tambahan. ‘… boleh memutuskan suatu pekerjaan yang besar-besar, kerana kegeringan. Di dalam hal yang demikian itu dibukakan Allah Subhanahu wa Taala suatu ingatan hendak digantikan dengan putera Duli Baginda Yang Maha Mulia yang sulung,

Page 14: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

14

akan kekuasaan Sultan itu. Maka Yang Maha Mulia Tengku Mahmud pun muafakatlah dengan putera-putera Duli Yang Maha Mulia Sultan dan pegawai-pegawai yang berpangkat, yang layak di dalam jemaah itu, daripada hal ehwal yang tersebut. Serta difatwa oleh Syeikh Muhammad Khiath, Syeikhul Islam Negeri Kedah, atas jalan hukum syarak, patutlah seperti maksud Yang Maha Mulia Tengku Mahmud. Apakala putus muafakat, dijelaskan kepada Tuan W.G. Maxwell Advisor akan hal ehwal yang telah dimuafakat itu. Maka hal itu bertentanganlah dengan W.G. Maxwell, lalu diperbuat surat maklum kepada Tuan Yang Terutama Gabernor Singapura akan perkara-perkara yang telah muafakat itu. Demikianlah adanya. Syahadan lagi pada dua puluh delapan haribulan Rejab, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh satu [1331], hari Khamis, bersamaan 3 Julai, al-Masihi 1912, waktu jam pukul sebelas …’

tiada Halaman 392-ba: Isi tambahan. ‘… empat puluh lima minit, Tuan Yang Terutama High Commisioner Sir Arthur Young, K.C.M.G., iaitu Tuan Gabernor Singapura dan adikongnya dan sekretarinya sampai di Kedah dengan kapal perang, berhenti di laut, disambut dengan kapal ‘Darul Aman’ mari di Jambatan Besi yang kerajaan hiaskan. Apabila sampai disambut oleh orang besar-besar Kedah mengikut adat, serta ditembak meriam tujuh belas das, dan sepahi tiga dozen memberi selamat, lalu naik motokar, langsung pergi di Kampung Baru, bersama-sama orang besar-besar Kedah, berjumpa dengan Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia. Bercakap seketika sampai pukul dua belas sepuluh minit, berangkat daripada Kampung Baru mari di Balai Besar sekaliannya. Pada ketika itu ada hadir pegawai-pegawai kepala pekerjaan yang besar-besar menanti di Balai Besar itu. Maka disambut oleh

Page 15: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

15

orang-orang besar kepala pekerjaan dengan cukup hormat. Maka duduklah sekaliannya, masing-masing tarafnya. Maka Duli Tengku Mahmud Yang Maha Mulia pun berdiri membaca surat, pasal meletakkan Duli Tengku Ibrahim, putera Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia yang sulung menjadi Regent, memegang sekalian kekuasaan …’

Halaman 393: ‘Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia. Demikian bunyinya, …… maka difatwa …’

Halaman 393: Sama isinya. ‘Duli Baginda Sultan Yang Maha Mulia. Demikian bunyinya, …… maka difatwa …’

Keterangan: 1. Tulisan yang ditebalkan (bold) menunjukkan fakta tersebut terdapat dalam

kedua-dua naskhah C dan D, pada halaman yang ditunjukkan. 2. Tulisan yang dicondongkan (italic) menunjukkan fakta tersebut terdapat

dalam naskhah D sahaja sebagai tambahan semasa semakan oleh pengarang buku.

Halaman 397 juga telah diubah sedikit, diikuti dengan perubahan pada halaman 398, 399 dan 400 untuk penambahan isi. Selepas halaman 400, ditambah plat sebagai halaman 400-alif dan 400-ba, seperti yang ditunjukkan dalam Tabel di bawah:-

Tabel 4: PERBEZAAN ISI MENGIKUT HALAMAN

NASKHAH C NASKHAH D

Halaman 396: ‘… Jumaat dua puluh sembilan … State Council dan Tuan …’

Halaman 396: Sama keseluruhan isinya ‘… Jumaat dua puluh sembilan … State Council dan Tuan …’

Halaman 397: Advisor dan Sekretari kerajaan dan Member-member State Council, menjalankan sebarang undang-undang peraturan yang menjadi kebajikan di atas negeri. Demikianlah Duli Yang Maha Mulia Regent memerintah negeri Kedah Darul Aman. Maka segala pegawai pekerjaan dan rakyat-rakyat isi negeri melimpah kesukaan yang Duli Yang Maha Mulia Regent menerima kekuasaan Sultan Yang Maha Mulia itu. Demikianlah halnya.

Halaman 397: Advisor dan Sekretari kerajaan dan Member-member State Council, menjalankan sebarang undang-undang peraturan yang menjadi kebajikan di atas negeri. Demikianlah Duli Yang Maha Mulia Regent memerintah negeri Kedah Darul Aman. Maka segala pegawai pekerjaan dan rakyat-rakyat isi negeri melimpah kesukaan yang Duli Yang Maha Mulia Regent menerima kekuasaan Sultan Yang Maha Mulia itu. Demikianlah halnya.

Page 16: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

16

Hatta, pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh dua [1332], pada tujuh belas haribulan Rajab, bersamaan 11 Jun, al-Masihi 1914, Tuan Wolferstan sampai mari di Kedah menerima pekerjaan menjadi Advisor, ganti Tuan W.J. Maxwell. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh dua [1332], pada dua puluh haribulan Rajab, bersamaan 14 Jun, al-Masih 1914, Tuan W.J. Maxwell bermohon belayar daripada Kedah, jadi Colonial Secretary. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tiga [1333], pada lima haribulan Jamadilakhir, bersamaan 20 April, al-Masih 1915, Tuan Hall sampai di Kedah menjadi Advisor …’

Hatta, pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh dua [1332], pada tujuh belas haribulan Rajab, bersamaan 11 Jun, al-Masihi 1914, Tuan Wolferstan sampai mari di Kedah menerima pekerjaan menjadi Advisor, ganti Tuan W.J. Maxwell. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh dua [1332], pada dua puluh haribulan Rajab, bersamaan 14 Jun, al-Masih 1914, Tuan W.J. Maxwell bermohon belayar daripada Kedah, jadi Colonial Secretary. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tiga [1333], pada lima haribulan Jamadilakhir, bersamaan 20 April, al-Masih 1915, Tuan Hall sampai di Kedah …’

Halaman 398: ‘… ganti Tuan Wolferstan, kerana Tuan Wolferstan bercuti delapan bulan empat belas hari. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tiga [1333], pada tujuh haribulan Jamadilakhir, bersamaan 22 April, al-Masihi 1915, Tuan Wolferstan belayar daripada Kedah.’ ‘Hatta, pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tujuh [1337], pada dua puluh lima haribulan Syawal, bersamaan 24 Julai, al-Masihi 1919, Tuan McAthur sampai di Kedah, jadi Advisor ganti Tuan Hall. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tujuh [1337], pada dua puluh lima haribulan Syawal, 24 Julai, al-Masihi 1919, Tuan Hall bermohon belayar daripada Kedah.’ ‘Syahadan lagi, pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], pada dua puluh dua haribulan Ramadhan, bersamaan 9 Jun, al-Masihi 1920, Tuan McArthur bercuti delapan bulan, bermohon belayar daripada Kedah. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan. Pada dua puluh lima haribulan Ramadhan, bersamaan 12 Jun, al-Masihi 1920, Tuan Hallifax …’

Halaman 398:. ‘… menjadi Advisor, ganti Tuan Wolferstan, kerana Tuan Wolferstan bercuti delapan bulan empat belas hari. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tiga [1333], pada tujuh haribulan Jamadilakhir, bersamaan 22 April, al-Masihi 1915, Tuan Wolferstan belayar daripada Kedah.’ Ada pun masjid yang dibina pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh [1330] itu telah siap pada akhir Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tiga. Hatta, pada 6 haribulan Dzulhijjah, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tiga [1333], hari Jumaat, mulai buka dan sembahyang di Masjid Zahir, Kota Setar. Pada ketika itu segala anak raja-raja dan sekalian Distrit Opiser dan segala pegawai-pegawai dan anak baik-baik dan penghulu-penghulu dan lain-lain, hingga penuh sesak hadhir menanti waktu sembahyang. Maka waktu jam pukul 12, bilal pun bang di atas bendahara. Kemudian daripada itu, waktu jam pukul dua belas suku, Haji Wan Ismail Chief Qadhi pun bang di hadapan …’

Page 17: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

17

Halaman 399: ‘… sampai di Kedah, jadi Advisor, ganti Tuan McArthur. Demikianlah adanya.’ ‘Di dalam hal yang demikian teringat-ingatlah Duli Yang Maha Mulia Regent hendak melawat di sebelah negeri luar, mengambil ketahui hal ahwal peraturan negeri. Akhir keputusan, ingatan yang demikian itu dimuafakat. Putus muafakat, pada tujuh haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 24 Jun, al-Masihi 1920, Duli Yang Maha Mulia Regent berangkat daripada Kedah dengan kereta api, berhenti di Pulau Pinang. Cadangan Duli Yang Maha Mulia Regent itu hendak berangkat pergi melawat di sebelah Tanah Jawa.’ ‘Ada pun yang mengiring Duli Yang Maha Mulia Regent itu, paduka adinda Tengku Muhammad Jiwa, dan paduka adinda Tengku Muhammad, dan Cik Ahmad ‘Distrit Opiser Sungai Patani’, dan Cik Ismail ‘Harbour Master’. Maka pada sembilan haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 26 Jun, al-Masihi 1920, Duli Yang Maha Mulia Regent serta yang mengiring itu berangkat daripada Pulau Pinang, di dalam mel kereta api, sampai di Singapura pada sepuluh …’

Halaman 399: ‘… mimbar. Selesai daripada bang, Yang Maha Mulia Tengku Mahmud President State Council pun berangkat naik di atas mimbar, membaca khutbah dengan jelas. Selesai daripada membaca dua khutbah, Duli Baginda Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Sultan Abdul Hamid Halim Syah berdiri menjadi Imam dengan cukup fasih bacaannya, hingga selesai sembahyang. Demikianlah, yang dimulai sembahyang Masjid Zahir Kota Setar adanya.’ Hatta, pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tujuh [1337], pada dua puluh lima haribulan syawal, bersamaan 24 Julai, al-Masihi 1919, Tuan McAthur sampai di Kedah, jadi Advisor ganti Tuan Hall. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh tujuh [1337], pada dua puluh lima haribulan Syawal, 24 Julai, al-Masihi 1919, Tuan Hall bermohon belayar daripada Kedah. Syahadan lagi, pada Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], pada dua puluh dua haribulan Ramadhan, bersamaan 9 Jun, al-Masihi 1920, Tuan McArthur bercuti delapan bulan. Bermohon belayar daripada Kedah. Maka pada Hijrah seribu tiga ratus tiga …’

Halaman 400: ‘… haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 27 Jun, al-Masihi 1920, bersemayam di Raffles Hotel. Maka pada dua belas haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 29 Jun, al-Masihi 1920, Duli Yang Maha Mulia Regent dan yang mengiring naik kapal ‘Melchior Treub’ yang hendak belayar ke tanah Jawa. Maka belayarlah kapal itu menuju ke tanah Jawa. Ada pun yang mengiring Duli Yang Maha Mulia Regent daripada Kedah setakat Singapura itu: Paduka adinda Tengku

Halaman 400: ‘… puluh delapan. Pada dua puluh lima haribulan Ramadhan, bersamaan 12 Jun, al-Masihi 1920, Tuan Hallifax sampai di Kedah, jadi Advisor, ganti Tuan McArthur. Demikianlah adanya.’ ‘Hatta, Yang Maha Mulia Tengku Mahmud President State Council pun senanglah hati kerana putera-putera Duli Baginda Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Sultan sudah ada dengan pangkat pekerjaan masing-masing jawatan. Ada pun Duli Tengku Mansur berpangkat

Page 18: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

18

Ismail bin Tengku Abdul Jalil dan Tengku ‘Abaidah bin Tengku Muhammad Saad Kulim.’ ‘Hatta pelayaran Duli Yang Maha Mulia Regent dan yang mengiring itu pun sampailah di Serubaya. Pada 15 haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 2 Julai, al-Masihi 1920, waktu jam pukul sepuluh pagi, disambut oleh Tuan Syed Ali Al-‘Atas, serta dengan taulannya dengan cukup kehormatan, bersemayam di hotel. Maka melawatlah Duli Yang Maha Mulia Regent dan yang mengiring di dalam Serubaya itu. Daripada …’

Hakim Besar Melayu Yang Kedua.

Dan Duli Tengku Muhammad berpangkat Advisor General.

Dan Duli Tengku Badlisyah berpangkat ‘State Tejera’.

Dan Duli Tengku Muhammad Jiwa berpangkat ‘Distrit Opiser’ Kulim.

Dan Duli Tengku Kassim berpangkat ‘Sepertandil’ Monopoli dan Kastam.

Dan Duli Tengku Abdullah putera Yang Maha Mulia Tengku Mahmud berpangkat ‘Malay Opiser’. Demikianlah adanya.

tiada Halaman 400-alif: ‘Di dalam hal yang demikian teringat-ingatlah Duli Yang Maha Mulia Regent hendak melawat di sebelah negeri luar, mengambil ketahui hal ahwal peraturan negeri. Akhir keputusan, ingatan yang demikian itu dimuafakat. Putus muafakat, pada tujuh haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 24 Jun, al-Masihi 1920, Duli Yang Maha Mulia Regent berangkat daripada Kedah dengan kereta api, berhenti di Pulau Pinang. Cadangan Duli Yang Maha Mulia Regent itu hendak berangkat pergi melawat di sebelah Tanah Jawa.’ Ada pun yang mengiring Duli Yang Maha Mulia Regent itu, paduka adinda Tengku Muhammad Jiwa, dan paduka adinda Tengku Muhammad, dan Cik Ahmad ‘Distrit Opiser Sungai Patani’, dan Cik Ismail ‘Harbour Master’. Maka pada sembilan haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 26 Jun, al-Masihi 1920, Duli Yang Maha Mulia Regent serta yang mengiring itu berangkat daripada Pulau Pinang, di dalam mel kereta api, sampai di Singapura pada sepuluh haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh …’

Page 19: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

19

tiada Halaman 400-ba: ‘… delapan [1338], bersamaan 27 Jun, al-Masihi 1920, bersemayam di Raffles Hotel. Maka pada dua belas haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 29 Jun, al-Masihi 1920, Duli Yang Maha Mulia Regent dan yang mengiring naik kapal ‘Melchior Treub’ yang hendak belayar ke tanah Jawa. Maka belayarlah kapal itu menuju ke tanah Jawa. Ada pun yang mengiring Duli Yang Maha Mulia Regent daripada Kedah setakat Singapura itu: Paduka adinda Tengku Ismail bin Tengku Abdul Jalil dan Tengku ‘Abaidah bin Tengku Muhammad Saad Kulim.’ Hatta pelayaran Duli Yang Maha Mulia Regent dan yang mengiring itu pun sampailah di Serubaya. Pada 15 haribulan Syawal, Hijrah seribu tiga ratus tiga puluh delapan [1338], bersamaan 2 Julai, al-Masihi 1920, waktu jam pukul sepuluh pagi, disambut oleh Tuan Syed Ali Al-‘Atas, serta dengan taulannya dengan cukup kehormatan, bersemayam di hotel. Maka melawatlah Duli Yang Maha Mulia Regent dan yang mengiring di dalam Serubaya itu. Daripada …’

Halaman 401: ‘… Serubaya berangkat pergi melawat di Jokja … pada dua puluh satu haribulan Zulkaedah, Hijrah seribu tiga ratus tiga …’

Halaman 401: Sama keseluruhan isinya. ‘… Serubaya berangkat pergi melawat di Jokja … pada dua puluh satu haribulan Zulkaedah, Hijrah seribu tiga ratus tiga …’

Keterangan: 1. Tulisan yang ditebalkan (bold) menunjukkan fakta tersebut terdapat dalam

kedua-dua naskhah C dan D, pada halaman yang ditunjukkan. 2. Tulisan yang dicondongkan (italic) menunjukkan fakta tersebut terdapat

dalam naskhah D sahaja sebagai tambahan semasa semakan oleh pengarang buku.

Mulai halaman 401, tidak ada lagi perubahan dilakukan, hingga halaman akhir. Maknanya, halaman selepas 401 bagi naskhah B dan naskhah C ini adalah sama.

Naskhah D ini juga sering dikatakan terdiri daripada 440 halaman, tetapi sebenarnya hanya terdiri daripada 386 halaman. Sebenarnya telah berlaku kesalahan penomboran pada buku cetakan tersebut. Halaman 141 telah tersalah tulis menjadi

Page 20: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

20

halaman 201. Jadi, halaman yang betul hanyalah daripada nombor 1 hingga 140 sahaja. Perkara ini memang telah disedari semenjak awal percetakannya dan telah dinyatakan dengan suatu nota pendek pada sebelah dalam kulit buku hadapan. Halaman 141 dan seterusnya ke atas telah tersalah ‘tambah’ sebanyak 61 halaman, yang sebenarnya tidak wujud. Pada halaman terakhir memang tertulis angka 441, sehingga menjadikan kita boleh salah sangka, walhal yang sebenarnya mesti dikurangkan 60, maka sepatutnya ia menjadi halaman 381. Namun, terdapat pula 6 halaman tambahan seperti telah disebut di atas iaitu 366-alif, 366-ba, 392-alif, 392-ba, 400-alif dan 400-ba, menjadikan jumlah halamannya ialah 387. Dan jika diambil kira halaman pendahuluan di hadapan, iaitu halaman <i> dan <ii>, maka jumlah semuanya ialah 389 halaman sahaja, bukan 441 halaman seperti yang tertulis pada halaman terakhirnya. Angka halaman 324 pada buku ini tidak ditulis, tetapi ini semata-mata hanya kerana kesalahan cetakan.

Hampir keseluruhan naskhah ini bertulisan Jawi atau Arab huruf cetak, kecuali angka halamannya dan angka bagi tahun Masihi, yang bertulisan angka Eropah.

Keseluruhan teks telah tercetak pada tiap-tiap halaman di dalam garisan kotak berukuran 9.0 cm x 14.8 cm, kecuali nama buku ‘At-Tarikh Salasilah’ dan angka halaman, yang tertulis di luar kotak itu. Dapat dikesan juga ukuran buku cetakan ini ialah 10 cm x 15.5 cm.

Naskhah ini telah diperbanyak dengan kaedah cetakan dalam tahun 1928 Masihi, lebih tepat pada 7 haribulan Rabiul Awal, tahun Hijrah 1347, seperti yang dinyatakan pada halaman <ii>. Proses percetakan telah dilakukan oleh The Jelutong Press, beralamat di Nombor 555, Jelutong Road, Pulau Pinang. Syarikat percetakan ini adalah milik Syed Sheikh Al-Hadi. Dipercayai manuskrip yang telah dihasilkan oleh Muhammad Hassan hanyalah khas untuk tujuan percetakan, kerana pada masa itu kaedah percetakan yang menggunakan kaedah atur huruf pada suatu plat logam telah semakin maju. Perbanyakan naskhah penulisan dengan cara menyalin dengan tangan (manuskrip) telah semakin ditinggalkan pada masa itu.

Kaedah percetakan yang digunakan pada masa itu boleh dikatakan sukar, terutama dalam tulisan jawi, berbanding dengan masa sekarang. Huruf-huruf yang digunakan diperbuat daripada timah secara terbalik (mirror image), kemudian disusun menjadi perkataan di atas suatu plat. Huruf-huruf itu kemudian dikemaskan dan dikunci supaya tidak bergerak-gerak semasa cetakan dijalankan. Kerja menyusun huruf ini memerlukan pekerja yang mahir, kalau tidak banyak kesalahan boleh berlaku. Plat yang telah siap kemudian dipasang pada alat cetakan untuk dikenakan dakwat, lalu dicapkan di atas kertas.

Ketika mengatur huruf itulah banyak berlaku kesalahan. Misalnya huruf ‘ra’ disangka ‘dal’ sehingga perkataannya menjadi lain. Misal yang lain, huruf ‘pa’ diletakkan pada perkataan yang sepatutnya menggunakan huruf ‘fa’, atau sebaliknya. Maka kita dapati hasilnya boleh bercampur aduk, seperti perkataan ‘Mufti’ dan ‘Mupti’. Walau pun begitu, ada pula ejaan yang konsisten menggunakan huruf ‘pa’ seperti pada perkataan ‘pikiran’ dan ‘nipiri’, yang sepatutnya menggunakan huruf ‘fa’ supaya dapat disebut ‘fikiran’ dan ‘nifiri’. Dalam kes ini, kemungkinan besar ia bukan kesalahan yang dilakukan oleh pengatur huruf, tetapi memang pengarangnya menulis mengikut sebutan dialek Kedah.

Page 21: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

21

Gambar 7: Attarikh Salasilah Cetakan Kedua 1028, menunjukkan halaman-halaman 392 dan 392-alif.

Rajah: Ringkasan Aliran Penghasilan Naskhah-Naskhah ASNK

A. NASKHAH ASAL (1927) (Manuskrip)

C. CETAKAN JAWI (1928) B. CETAKAN RUMI (1968) (Jelutong Awal) (DBP)

D. CETAKAN JAWI (1928) (Jelutong Kedua)

Page 22: AT-TARIKH SALASILAH NEGERI KEDAH: Analisis Perbandingan …eseminar.dbp.gov.my/bengkelmanuskrip/ibrahim.pdf · 2018-08-15 · Banjar atau Hikayat Raja-raja Pasai sebagai contoh. Namun,

22

PENUTUP Kajian yang telah dilakukan oleh beberapa sarjana melibatkan teks At-Tarikh Salasilah menunjukkan kitab ini mempunyai banyak kelebihan, sehingga ia dapat dikatakan autentik dan muktabar. Namun, kitab yang kita anggap autentik dan muktabar ini tidak terdapat dalam pasaran. Ia hanya boleh didapati di beberapa perpustakaan, dengan capaian yang amat terhad. Ertinya, kitab ini tidak boleh diakses oleh masyarakat awam.

Di samping itu, kitab asalnya juga terdiri daripada tulisan jawi, baik manuskrip asal, ataupun naskhah cetakan Jelutung Press. Manuskrip asal tentulah tidak boleh dimiliki oleh semua orang kerana ia hanyalah satu naskhah yang tersimpan di Dewan Bahasa dan Pustaka. Namun, tidak ramai pula di kalangan masyarakat kini, terutamanya golongan remaja, yang boleh membaca penulisan jawi, baik tulisan jawi cetakan, apatah lagi tulisan manuskrip, tentu lebih sukar. Ertinya, kitab ini tidak boleh diakses oleh masyarakat awam.

Kita perhatikan, Bahasa Melayu yang digunakan oleh pengarang At-Tarikh Salasilah ini boleh dikatakan transisi, antara karya klasik dengan karya modern. Dalam kitab ini terdapat banyak perkataan bahasa Melayu klasik, sehingga menjadikan ia agak sukar difahami, tanpa menelitinya dengan saksama. Ertinya, kitab ini tidak boleh diakses oleh masyarakat awam.

Selain daripada kandungan perkataan-perkataan Bahasa Melayu klasik, kitab ini juga mengandungi Bahasa Melayu loghat Kedah, yang hanya difahami oleh penutur bahasa Melayu dialek utara (loghat Kedah). Ertinya, kitab ini tidak boleh diakses oleh masyarakat awam.

Maka, langkah penting yang perlu diambil oleh kita ialah dengan menyelenggara semula kitab ini. Jalan bahasanya tidak perlu diubah, namun tulisannya perlu dirumikan, supaya dapat dibaca oleh masyarakat awam dari semua golongan. Kempen perlu dilakukan secara teratur supaya rakyat mempunyai kesedaran yang tinggi untuk memiliki naskhah dan membacanya dengan selesa. Target kita ialah, sebuah buku untuk seisi rumah. Masyarakat perlu diberitahu, bahawa mereka tidak akan mengalami kerugian memiliki buku yang dianggap autoriti dan muktabar ini, berkaitan sejarah negeri Kedah khususnya, serta sejarah bangsa Malaysia amnya.

Sekian. Selesai ditulis pada 29 Zulkaedah 1439, bersamaan 11 Ogos 2018.

Gambar 8: Buku At-Tarikh Salasilah terbitan PSMCK tahun 2018,

menggunakan Naskhah C sebagai asas kerja-kerja penyelenggaraan.